You are on page 1of 8

PENGENALAN TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING (TGFU)

Pendekatan TGFU yang diperkenalkan oleh Bunker dan Thorpe (1982)

menfokuskan perbezaan terhadap pengajaran permainan daripada cara

tradisional yang menekankan kepada technical – know-how kepada pendekatan

pengajaran secara taktikal yang bercirikan kepada persoalan APA dan

KENAPA. Model Bunker dan Thorpe (1982) ini boleh diaplikasikan kepada

empat kategori permainan iaitu sasaran,jaring,dan dinding, memadang dan

menyerang. Semua permainan dalam kategori ini mempunyai konsep dan

berkongsi masalah taktikal yang perlu diselesaikan dan menggalakkan

pemindahan pemahaman taktikal

merentas permainan.

Tujuan TGFU ialah meningkatkan kefahaman murid dalam pendidikan

jasmani supaya dapat melahirkan murid yang aktif dan mahir dalam bidang

sukan terutamanya permainan yang melibatkan kemahiran dan taktikal tertentu.

Melalui kaedah TGFU dapat menambahkan ilmu kefahaman mengenai cara

untukmenguasai sesuatu permainan contohnya bola baling. Pada mulanya guru

akan menggunakan bahan yang lain untuk menggantikan alat permainan.

Setelah mereka menguasai kemahiran dengan sepenuhnya mereka akan diberi

alat permainan yang digunakan dalam pertandingan yang sebenar.


Selain itu, TGFU dapat melatih pelajar supaya menjadi lebih

berkemahiran dalam setiap permainan sukan. Pelajar dapat dilatih dengan

teknik yang betul melalui konsep TGFU. Teknik dan peraturan sesuatu

permainan sukan akan didedahkan kepada pelajar secara amali dan teori

supaya mencapai tahap kefahaman yang maksima. Model TGFU yang akan

digunakan oleh para guru bagi mencapai tujuan mereka dalam proses

pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani


Permainan

Murid perlu diberikan pendedahan awal mengenai cara dan teknik dalam

sesuatu permainan supaya mereka memahami konsep tersebut dan

mempunyai gambaran awal sebelum permainan itu mula dimainkan. Mereka

dimulakan dengan permainan bersaiz kecil.

Apresiasi Permainan

Murid-murid perlu memahami peraturan dan konsep permainan walaupun

permainan itu adalah mudah dimainkan. Hal ini demikian adalah untuk

mengelakkan sebarang kekeliruan dan kecederaan berlaku semasa permainan

dijalankan. Selain itu, appreseisi permainan dapat meningkatkan peluang

dalam sasaran dan mendapat markah yang maksima.

Kesedaran taktikal

Peraturan mesti dikuasai sepenuhnya bagi menangani masalah taktikal

sesuatu permainan. Contohnya permainan bola baling ,antara masalah

taktikalnya ialah bagaimana melontar bola dengan cara yang betul agar

kumpulan pemain yang menyerang tidak berjaya mendapat bola daripada

kumpulan bertahan. Masalah taktikal perlu diperbaiki jika berlaku semasa


permainan. Pembetulan perlu dilakukan segera agar pelajar mampu

mempelajari cara bermain dalam masa yang cepat.

Membuat keputusan yang bersesuaian

Dalam proses membuat keputusan, minda mereka akan mengeluarkan

persoalan iaitu apa yang perlu saya lakukan dan bagaimana ia dilakukan

dengan sempurna. Setelah memahami segala masalah taktikal dan pelajar

mampu membuat keputusan yang sesuai untuk mencapai sasarannya. Murid-

murid digalak membuat keputusan sendiri dalam sesuatu permainan agar dapat

memperkembangkan potensi dan bakat mereka.

Melaksanakan Kemahiran

Setelah murid-murid menguasai segala teori dan kemahiran. Mereka akan

melaksanakan kemahiran dengan berterusan. Contohnya bola baling , murid-

murid akan berlatih secara berkadar untuk sasaran gol. Mereka telah

didedahkan dengan kemahiran membaling dan cara gol. Oleh itu, latihan

kemahiran perlu dilaksanakan oleh para murid.


Persembahan /Prestasi

Prestasi murid-murid akan dipantau oleh guru dan dinilai serta dikritik

mengikut kriteria agar dapat memantapkan kemahiran mereka dalam sesuatu

permainan. Daripada persembahan mereka , guru dapat mengklasifikasikan

tahap murid mereka. Antara cemerlang , baik, sederhana dan memuaskan. Dari

persembahan mereka , guru dapat mengetahui kelemahan murid-murid dan

cara membaiki murid-muridnya.

Dalam teaching games for understanding , guru dapat memberi tunjuk

ajar kepada pelajar agar mereka dapat membentuk permainan sendiri dengan

mengambil contoh permainan sukan yang pernah dimainkan oleh mereka.

Dengan adanya rekaan permainan baru , murid dapat mengetahui pentingnya

peraturan dalam sesuatu permainan dan tujuan mereka main permainan

tersebut. Selain itu, mereka dapat melibatkan diri dalam proses pembelajaran

sesuatu permainan dan saling bertukar-tukar idea dengan rakan-rakan mereka.

Secara tidak langsung semangat kerjasama antara satu sama lain dapat

dipupuk dan mereka berupaya membentangkan perkembangan permainan

mereka seterusnya dapat mengajar rakan-rakan dan para guru dengan adanya

kemahiran yang telah dipelajari Modifikasi permainan dapat meningkatkan

kemahiran dan teknik para murid dalam sesuatu permainan sukan terutamanya

kepada pelajar yang tidak mempunyai pengalaman.

1.Penggunaan peralatan yang sesuai untuk murid-murid tahap satu.- objek

ringan, lembut dan kecil.


2.Mengurangkan keupayaan sasaran bagi sesuatu permainan- kurangkan

ketinggian net/jaring.

3.Pembelajaran yang selamat dan tapak permainan yang kondusif dengan

permainan sukan-menggunakan pakaian keselamatan seperti topi keledar,

sarung tangan.

4.Memberikan peluang yang maksima dalam elemen teknikal-kurangkan

bilangan pemain.

5. Meningkatkan tahap perkembangan melalui penyelesaian masalah taktikal-

kurangkan “body contact” dan pemeriksaan peralatan agar memanjangkan

masa untuk membuat keputusan yang sesuai.

6.Meningkatkan peluang kerjasama dalam satu kumpulan-memberi masa yang

secukupnya ketika masa rehat kepada pemain untuk berbincang

penyelesaian taktikal.

7.Memberi peluang kepada pelatih dalam kemenangan dan mencapai

jaringan/goal-memberi peluang untuk skor.

8.Memberi semangat kepada pelatih- mengecilkan ruang permainan.

9.Memantapkan permainan-kurangkan pemain dalam permainan sasaran dan


permainan memadang.

10.Kurangkan dominasi pemain yang berkeupayaan-semua pelatih berpeluang

bermain dalam satu permainan.

11.Kurangkan dominasi permainan dalam aspek tertentu –kawalan dalam jenis

atau bilangan “serves”.

12.Memastikan pelatih memahami keseluruhan permainan- memberi peluang

kepada semua pelatih untuk mencuba setiap peranan atau rol dalam satu

permainan.

ASPEK KESELAMATAN

Sebelum para pelajar diminta untuk memainkan sebarang permainan, terlebih

dahulu kita haruslah memastikan aspek keselamatan dititikberatkan sama ada

sebelum,semasa dan selepas permainan supaya selamat untuk dijalankan.

 Sebelum permainan dijalankan: -

 Para pelajar mestilah memakai pakaian yang sesuai.

 Pastikan kawasan itu selamat untuk menjalankan sebarang

aktiviti

 Periksa peralatan terlebih dahulu sebelum dibawa ke padang.

 Semasa permainan: -

 Kawalan kelas mestilah dititikberatkan bagi memastikan semua


pelajar berada di padang ketika aktiviti dijalankan

 Melakukan aktiviti memanaskan badan (warming up) bagi

meregangkan otot-otot.

 Pastikan ketika aktiviti hendak dijalankan, cuaca mestilah

berkeadaan baik.

Guru-guru diingatkan supaya mengajar murid-murid tentang

kemahiran asas terlebih dahulu sebelum beralih kepada

permainan sebenar.

 Selepas permainan: -

Murid –murid hendaklah melakukan aktiviti menyejukkan badan

(cooling down) selepas melakukan sebarang aktiviti bagi

memastikan tidak berlakunya sebarang kecederaan.

 Pastikan peralatan yang digunakan disimpan semula dengan

rapi di stor sukan

 Kira kembali bilangan pelajar sama ada mencukupi atau tidak.

Ini bertujuan untuk memastikan sebarang kecemasan yang

berlaku dapat dikenal pasti.

You might also like