BAB DUA KAJIAN LITERATUR

2.0

Pengenalan telah

Persoalan tentang kewujudan sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatu padu

menjadi satu agenda yang cukup penting kepada pembentukkan Persekutuan Semenanjung Tanah Melayu. Terutamanya apabila Semenanjung Tanah Melayu memperolehi kemerdekaan dari British pada 31 Ogos 1957 dan penyertaaan Sabah dan Serawak di dalam persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Kewujudan wilayah yang terpisah antara Malaysia Timur dan Malaysia Barat yang mempunyai kepelbagaian kompsisi etnik, ras, keturunan, agama,

adat dan cara hidup yang mendasari kehidupan warga Malaysia menjadikan cabaran kehidupan dan perhubungan antara etnik menjadi semakin kompleks untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bertegrasi dan mempunyai semangat patriotisme yang menumpahkan taat setia kepada negara. Globalisasi yang di pacu melalui perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi mewujudkan satu perkampungan global yang berupaya mencapai apa jua maklumat menjadikan sempadan wilayah dan geo-politik Negara Bangsa semakin mengecil. Kewujudan dunia tanpa sempadan ini merupakan satu cabaran besar kepada pemantapan sebuah negara Bangsa Malaysia yang bersatu padu. Justeru, kerencaman, kepelbagaian dan perbezaan etnik, ras, keturunan, agama, budaya dan adat resam menjadi sesuatu titik persoalan yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak, terutamanya untuk mengenal pasti pemasalahan atau isu yang boleh mengancam suasana perhubungan etnik yang harmonis dan kedaulatan bernegara di kalangan rakyat Malaysia.

Antaranya. Perlembagaan Malaysia menjadi asas yang cukup penting untuk dijadikan panduan kepada apa jua pendekatan atau sebarang bentuk usaha ke arah pemantapan hubungan etnik di Malaysia. . Oleh itu. kewujudan sosial kontrak antara etnik yang terdapat di Malaysia perlu di fahami oleh semua pihak. Negara telah diuji dengan pelbagai dugaan dan peristiwa pahit manis yang perlu diteladani oleh setiap warganya. Zaman Darurat 1948-1960.A. di sepanjang sejarah bernegara.B Dato¶ Seri Najib Tun Abdul Razak. Hakikatnya sejarah perhubungan etnik di Malaysia penuh ranjau dan liku. sebermula dari era Pemerintahan Perdana Menteri pertama sehinggalah perdana Menteri ke enam Y. sejurus selepas kekalahan dan penyerahan tentera Jepun 1945 pada British. justeru. pelbagai dasar dan gagasan telah di bentuk oleh para pemimpin Negara. peristiwa kampung Medan pada tahun 2000. Hakikatnya apabila rakyat Sabah dan Sarawak ingin bersatu dalam persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 wujudnya perjanjian 20 perkara sebagai satu jaminan hak kepada rakyat Sabah dan Sarawak sebagai satu asas untuk memulihara perhubungan antara wilayah ke arah pembentukan negara bangsa yang bersatu padu. pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Oleh itu. agensi-agensi kerajaan mahupun pihak swasta. Sesuatu tindakan pencegahan atau pre-empative adalah perlu di beri perhatian oleh semua warganya samada mereka yang diberi mandat oleh rakyat untuk menerajui kerajaan. keluarnya Singapura 1965. peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa Malayan Union 1946. Hak-hak setiap etnik mahupun wilayah telahpun termaktub secara jelas di dalam Perlembangaan Persekutuan Malaysia sama ada semasa Tanah Melayu ingin mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. ahli-ahli politik. badan-badan bukan kerajaan.Justeru. perlu bekerjasama untuk berperanan untuk memulihara seterusnya memantap keharmonian perhubungan antara etnik di Malaysia.

teknologi.my/wpcontent/uploads/2010/09/1Malay sia Booklet.A. ³1 Malaysia satu gagasan bagi memupuk perpaduan di Kalangana rakyat Malaysia penting yang yang berbilang kaum berteraskan nilai-nilai seharusnya menjadi amalan setiap rakyat ³(http:www. Oleh itu. kerajaan amat menyedari bahawa pra syarat untuk membawa pembangunan kepada kesejahteraan rakyat dan Negara. Senarionya. budaya dan seumpamanya untuk memastikan agenda inetgrasi etnik dapat dihayati dan dijayakan oleh setiap rakyat. Pengertian Gagasan 1 Malaysia sepertimana di jelaskan oleh Y. Gagasan 1 Malaysia anataranya bertujuan untuk memperlengkapkan agenda untuk merealisaikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju pada tahun 2020.B Dato¶ Seri Najib Tun Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke enam.pdfcapaian pada 15 November 2010).A.com. apabila Y.1malaysia. Ini kerana. dasar yang digerakkan oleh usaha-usaha dan aktiviti adalah bertujuan untuk mencipta kestabilan politik dan hubungan antara etnik di Malaysia. Ianya menjadi satu pendekatan yang mengutamakan kepentingan rakyat pelbagai etnik dalam agenda pembangunan Malaysia. sosial.Dasar-dasar dan gagasan ini telah mendasari pelbagai bidang kehidupan rakyat samada dalam aspek politik. gagasan. Beliau telah memperkenalkan gagasan 1 Malaysia yang bertemakan ³rakyat didahulukan pencapaian di utamakan´. . Oleh itu. peri pentingnya suasana perhubungan etnik yang harmonis dan bersatu padu. ekonomi.B Perdana Menteri Dato¶ Seri Najib Tun Abdul Razak .

ekonomi. sejarah. Ia boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti samada melalui metodologi yang berbentuk pendidikan. meskipun dasar berkaitan bahasa Malaysia telah termaktub secara jelas dalam Akta Pendidikan 1996 sebagai medium untuk memantapkan perpaduan dan integrasi nasional. Mohd Izani Mohd Zain. integrasi dan sebagainya. Saiz sampel yang dikaji melibatkan seramai 823 pelajar Universiti Utara Malaysia. politik dan seumpamanya. sukan. perniagaan.Oleh itu. Kajian mengenai hubungan etnik di Universiti Utara Malaysia telah di laksanakan oleh ahli akademik Universiti Utara Malaysia yang terdiri dari Mansor Mohd Noor. kebudayaan. politik. Kajian ini mendapati usaha-usaha kerajaan melalui sistem pendidikan untuk menerapkan perpaduan ke arah integrasi nasional mendapat reaksi dan bantahan yang hebat terutama dari kalangan masyarakat Cina lantaran kekhuatiran mereka terhadap kebudayaan dan bahasa cina akan terhakis. Ummu Atiyah. konflik etnik.1 KAJIAN-KAJIAN LEPAS Kajian Norazlinda (2001) cuba melihat sejauhmana syor dan perakuan yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet telah di laksanakan oleh institusi pendidikan untuk menyemai nilai-nilai murni ke arah integrasi nasional atau perpaduan nasional. Abdul Rahman Abdul Aziz. Taburan mengikut etnik adalah . nasionalisme. Mohd Zakuan (2005). kesenian. akademik. keusahawanan .Terdapat pelbagai penulisan dan kajian yang telah dibuat oleh para sarjana berkenaan hubungan etnik dalam pebagai tema samada yang berkaitan pembentukan negara bangsa. bagi merealisaikan gagasan tersebut pelbagai strategi dan tindakan yang perlu di laksanakan oleh semua pihak samada oleh agensi kerajaan atau pihak swasta mahupun pertubuhan bukan kerajaan. pendidikan. 2.

Etnik india tidak bermasalah untuk hidup bersama dan berkerjasama dengan etnik lain. batas etnik dan tanggapan streotaip antara etnik di Universiti. 61 pelajar India dan 14 pelajar lain-lain etnik ( 2006 : 237). kajian ini tidak memperlihatkan benteng perkauman yang menebal. persatuan pelajar. Manakala dari aspek penggunaan bahasa Inggeris memperlihatkan pelajar-pelajar ini amat bersetuju menggunakan bahasa inggeris dalam situasi formal. perbezaan kehidupan pelbagai kumpulan etnik. Pelajar ini hanya mula berinteraksi melangkaui batasan kaum yang sama apabila berada dalam suasana pembelajaran formal. Kajian ini mendapati. Cuma etnik cina mengambil pendekatan lebih berhati-hati untuk menjalin hubungan etnik yang lebih mesra dengan etnik-etnik lain. mereka masih lagi selesa berada dalam lingkungan budaya masyarakat sendiri meskipun mereka dapat menerima kebudayaan etnik lain khususnya dalam aktiviti yang berbentuk seni persembahan. Walaubagaimanapun.601 pelajar melayu dan bumiputera Islam. amalan penggunaan bahasa Inggeris. pergaulan harian di kalangan pelajar masih lagi tertumpu dalam lingkungan etnik yang sama. Responden memperlihatkan tentang kefahaman dan persetujuan tentang kepentingan hubungan etnik perlu dipertingkatkan. Etnik Melayu kelihatan bersifat terbuka untuk mendokong hubungan etnik yang positif. Namun. Walaubagaimanapun jika dalam situasi tidak formal mereka lebih selesa untuk menggunakan bahasa ibunda atau bahasa melayu. Di mana mereka dapat menerima perbezaan budaya dalam kehidupan etnik lain. kajian ini menyatakan suasana hubungan etnik di Universiti Utara Malaysia adalah di tahap biasa. khususnya di dalam pembelajaran. 129 pelajar Cina. . Perbincangan dalam kajian ini berfokus kepada beberapa elemen seperti pergaulan harian. 27 pelajar bumiputera bukan Islam. Umumnya.

Ia perlu mempertimbangkan tentang perubahan yang telah dan sedang berlaku sebagai wadah pembinaaan bangsa Malaysia. maktab.Manakala. Jika ditinjau. Di samping itu. Abdul Rahman Embong (2000) membincangkan tentang pembentukan bangsa Malaysia dalam bukunya ³Negara bangsa Proses dan Perbahasan´ telah mengutarakan pembentukan Negara bangsa Malaysia perlu mengambil kira tentang kesinambungan sejarah silam. Beliau juga mengutarakan integrasi antara etnik boleh diperkukuhkan melalui aktiviti sukan. Beliau mengutarakan negara-negara yang pernah dijajah akan berdepan dengan permasalahan pembinaan negara dan bangsa. tulisan Khairul Azman (2004) pula menyentuh tentang konsep dan pelaksanaan Integrasi nasional dalam proses perkembangan kenegaraan dan pembangunan Malaysia. Ia juga diperkukuhkan melalui pengenalan Rukun Negara sebagai satu ideologi yang perlu dihayati oleh setiap warganegara Malaysia. kolej. Beliau turut membincangkan peristiwa 13 Mei 1969 merupakan titik peralihan dan membawa dimensi baru dalam perhubungan etnik di Malaysia. dalam konteks Malaysia hasil dasar pecah perintah British telah menghasilkan masyarkata majmuk dan wujudnya prasangka buruk di sanubari antara etnik di negara ini. Pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai alat pembangunan bagi melakukan pejuteraan semula masyarakat majmuk di Malaysia. gagasan bangsa Malaysia ± iaitu anggota semua kaum atau etnik harus mempunyai perasaan sebangsa dengan nama kolektif . Menurut beliau lagi. institusi pendidikan di peringkat persekolahan. Oleh itu. Ia boleh dijadikan satu medium untuk memupuk semangat integrasi antara kaum melalaui semangat kerjasama dan perpaduan yang utuh untuk membina bangsa dan negara yang kuat (Mohd Khairul Azman bin Suhaimi 2004 : 100-104). universiti merupakan sebuah masyarakat kecil yang boleh dijadikan medan terbaik untuk mewujudkan integrasi sosial di kalangan generasi muda.

dengan matlamt jangka panjang yang lebih besar dan luas dalam pengisian negara bangsa. budaya dan nasib masa depan bersama dengan mempunyai rupa bangsa yang sepunya. . di mana warganya turut berkongsi wilayah. bahasa mereka akan ditenggelami oleh etnik melayu dan bumiputera yang lain. Persoalannnya mengenai keseimbangan antara matlamat jangka pendek dan pratikal untuk melahirkan individu dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran teretentu bagi membolehkan mereka memasuki pasaran pekerjaan di satu pihak. Namun etnik bukan melayu mempunyai kebimbangan tentang persoalan budaya. Di mana keadaan ini akan memberikan satu legimitasi kebangsaan bagi kedudukan sebagai warga negara Malaysia. Peranan pendidikan dan nilai dalam pembinaan negara bangsa turut di perdebatkan dalam konteks corak dan isi pendidikan bagi generasi muda.sebagai satu bangsa Malaysia yang sama. khsusunya Cina dan India. Oleh itu. ekonomi. khususnya tekanan penggunaan bahasa Inggeris dan menularnya budaya kepenggunaan yang dihasilkan oleh kuasa pasaran global yang menjejaskan perkembangan kebudayaan nasional (Abdul Rahman Embong 2000: 30-31). Hakikatnya dalam pembentukan bangsa Malaysia seperti di gagaskan mendepani pelbagai cabaran yang telah tersedia ada di samping wujudnya dilema baru yang perlu ditangani dengan baik. Keadaan ini menimbulkan reaksi berbeza-beza di kalangan pelbagai kaum dan lapisan masyarakat. universiti sebagai sebuah institusi pendidikan mempunyai tanggungjawab menghasilkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan serta menjaga nilai-nilai peradaban. khususnya dalam persekitaran dunia yang pesat mengalami perubahan. status mereka sebagai kompenan satu bangsa baru. iaitu bangsa Malaysia sesuatu yang amat diharapkan. Menurut Abdul Rahman Embong lagi. bagi etnik bukan Melayu.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Wawasan 2020 yang menjadikan pembentukan sebuah negara bangsa yang bersatu padu menjadi cabaran utamanya untuk merealisaiaskan hasrat menjdaikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju. sosial dam ekonomi yang seharusnya difahami oleh semua kaum. Nazri Muslim dan Mohd Arif Kosmo (2006) pula menyentuh tentang hubungan etnik ke arah masyarkat berntegrasi dengan membawa latar sejarah hubungan etnik sebermula era penjajahan barat.disamping itu. Beliau turut menyentuh mengenai beberapa isu dan cabaran hubungan etnik yang telah dikenalpasti. Polarisasi di kalangan pelajar di peringkat sekolah menengah dan peringkat pengajian tinggi samada swasta dan swasta menunjukan hubungan etnik yang semakin melebar jurangnya. Peranan media cetak dan elektoronik turut di sentuh tidak memainkan peranan dengan baik dan berkesan sebagai medium untuk memantapkan hubungan etnik dan integarsi nasional. kesan penjahahan Inggeris yang menyebabkan berlakunya polarisasi etnik yang begitu homogenus di Tanah Melayu. status perkongsian antara etnik dalam konteks politik. dasar Integrasi. pelaksanaan dasar-dasar kerajaan yang melencong dari matlamat asal khususnya untuk mewujudkan masyarakat yang teguh dan bersatu padu. identiti dan bentuk pentadbiran yang tersendiri juga dilihat antara faktor intergrasi antara etnik di wilayah tersebut tidak dapat dilaksanakan secara berkesan di samping perbezaan ideologi dan . Selain itu. Selain itu. latar sejarah hubungan etnik di era kemerdekaan turut disentuh khusunya mengenai pemuafakatan politik antara etnik untuk mencapai kemerdekaan pada 1957 di samping itu turut menyentuh peristiwa 13 Mei 1969. Secara lebih khusus. antaranya berkenaan perbezaan latarbelakang antara kaum. ia mestilah bertindak menjadi institusi yang berupaya menyemai percambahan minda dan tegas menjunjung tinggi nilai-nilai luhur ( Abdul Rahhman Embong 2000 : 91). Kedudukan negeri-negeri di Malaysia yang mempunyai kesedaran. semangat.

Antara peranan dapat dimainkan melalui sistem pendidikan ialah melalui penyediaan persekitaran serta kemudahan bagi proses sosialisasi di kalangan wargenagera yang masih di peringkat usia muda. semangat cintakan Negara dan peprpaduan antara rakyat berbilang kaum dan keturunan (Nazri Muslim dan Mohd Arif Kasmo. perlembagaan yang boleh mewujudkan perasaan kekitaan yang kukuh dan tidak berbelah bagi terhadap bangsa Malaysia. semangat kebangsaan serta cintakan negara. patriotisme perlu difahami.perbezaaan tahap penguasaan ekonomi yang turut mengancam hubunga etnik yang lebih baik dan harmonis. Menurut Muhammad Zaini Abu Bakar usaha mengukuhkan hubungan etnik di Malaysia harus dlaksnakan secara holistik. faktor-faktor seperti intergrasi. Antara strategi yang dicadangkan untuk memperbaiki dan memantapkan hubungan antara etnik di Malaysia. Ia seharusnya menjadi pegangan dan pemilikan rasa sepunya berasasakan nilai-nilai kebangsaan yang di kongsi oleh semua warganegara Malaysia. Selain itu. sistem keadilan. Disamping itu menyediakan saluran penyebaran. Di mana perkongsian ini juga diterjemahkan melalui identiti kebangsaan seperti Jalur gemilang. nasionaliti. Beliau mencadangkan beberaqpa starategi. ianya harus bersandarkan kepada kerangka perlembagaan . sikap dan nilai-nilai yang akan membangunakan kesedaran nasional. Manakala menurut Zulhilmi Paidi dan Rohani Abdul Ghani (2003) dalam tulisannya ³Pendidikan Negara Bangsa´ menyentuh tentang proses pembinaan negara bangsa yang seharusnya menggunakan pendekatan nasionalisme. antaranya melalui strategi pendidikan yang dapat dijadikan alat yang cukup berkesan bagi membantu memantapkan identiti nasional. 2006 : 132). penerapan dan pendidikan pengetahuna. dihayati dan dipraktiskan bagi mengukuhkan pembinaan negara bangsa (Zulhilmi Paidi dan Rohani Abdul Ghani 2003 : 52).

kental kerohaniannya. memperbetulkan kedudukan sosio-ekonomi masyarakat agar ianya lebih seimbang. Islam Hadhari Perdana Menteri kelima kerana kedua-dua masa pemerintahan perdana menteri ini juga berkait rapat dengan kepimpinan Najib Tun Razak pada hari ini. Rusdi (2009) yang membincakan tentang Transisi Malaysia : Satu analisis perbandingan tentang nilai-nilai Asia. mantap emosi dan mental dan gagah fizikalnya.dan Rukun Negara yang menjadi asas untuk membentuk masyarakat yang utuh moralnya. Jabatan Perpaduan Negara dan integrasi nasional perlu mewujudkan bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D). Azhar. Tulisan ini membincangkan tentang prinsip nilai Asia yang telah diperkenalkan oleh perdana Menteri ke empat Tun Mahathir Muhammad. Kajian ini lebih cenderung untuk membuktikan ketiga-tiga konsep tersebut mempunyai persamaan dari aspek teori dan aplikasi. Islam Hadhari dan 1 Malaysia. Bahagian ini perlu memantau dan menilai keberkesanan programprogram perhubungan etnik yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan mahupun pihak masyarakat umum. Walaupun dari aspek terminolgi berbeza tapi dari aspek idea atau falsafahnya adalah untuk mempertahankan budaya politik . Di samping itu melalui pendekatan pendidikan di mana pihak kerajaan perlu menyerapkan pembelajaran mengenai kontrak sosial dalam kurikulum dalam semua peringkat aspek pengajian. Norhafizah. Pihak-pihak yang bertanggungjawab secara langsung dalam menangani isu ini. dimana ketiga-tiga konsep tersebut lebih tertumpu kepada agenda Islam dan feudal baru. Antara aspek-aspek fizikal yang harus diberi perhatian dan akan mendasari binaan hubungan etnik ialah. Pembinaan bangsa Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi juga seharusnya diperkukuhkan melalui medium memperlengkapkan asas-asa fizikal. Pendekatan media pula memerlukan kepada penghasilan program-program yang dapat memupuk perpaduan etnik di Malaysia. Azizuddin.

dengan semangat satu Malaysia. meritokrasi pendidikan dan integriti. Ia juga terus diperkukuhkan melalui pengenalan Key Performance Indeks (KPI) Menteri dan Model Eknomi Baru dalam pelan transformasi pembangunan negara. Azhar. .feudal baru dan memastikan UMNO terus berkuasa (Azizuddin. Rusdi 2009 : 116). Norhafizah. Rusdi 2009: 110). Norhafizah. politik dan sosial dan menjadi halatuju kepada agensi ± agensi kerajaan. Justeru. ideologi politik untuk bekerjasama dalam semangat 1 Malaysia untuk berkongsi nilai. Azhar. (Azizuddin.B Perdana Menteri Malaysia sepertimana berikut. Tulisan ini menggambarkan gagasan 1 Malaysia ini menjadi teras pentadbiran di era Najib adalah untuk mempromosikan perasaan saling hormat dan menghormati antara rakyat pelbagai etnik di Malaysia. telah memberikan penjelasan berkenaan gagasan 1 Malaysia dengan memberi tumpuan kepada perbincangan definisi 1 Malaysia yang diutarakan oleh Y. ketabahan. kumpulan etnik. Ia juga menjadi saranan kepada semua rakyat tanpa mengira status sosio-ekonomi. iaitu budaya kecemerlangan.A. Komunikasi dan Kebudayaan Kementerian Penerangan Malaysia (2009). Ia menjadi satu asas kekuatan. Najib telah memperkenalkan 8 nilai utama dalam gagasan ini. Menurut Sharifah Hafsah Syed Hussein Shahabuddin (2009) gagasan satu Malaysia rakyat adalah satu saranan kepada rakyat untuk bersatu dalam kepelbagaian. keperihatinan kerajaan kepada keperluan rakyat pada hari ini dan pada generasi masa hadapan. keselamatan dan mutu kehidupan sosial yang lebih baik (Sharifah Hafsah Syed Hussein Shahabuddin 2009 :1). norma untuk membawa perubahan kepada pembangunan negara kepada tahap yang lebih tinggi. rendah hati penerimaan. gagasan 1 Malaysia menjadi garispanduan kepada program dasar yang melibatkan ekonomi. kesetiaan. Buku Gagasan 1 Malaysia terbitan Jabatan Penerangan.

Komunikasi dan Kebudayaan. antaranya prinsip penerimaan. kesetiaan.³Kita berdiri. Komunikasi dan Kebudayaan Kementerian Penerangan Malaysia. Perpaduan dalam gagasan 1 Malaysia menekankan soal integrasi antara etnik untuk mewujudkan bangsa Malaysia dan ianya berbeza dengan konsep asimilasi yang di amalkan oleh negara-negara lain yang cuba untuk melenyapkan identit berasaskan etnik dan diganti dengan satu identiti nasional (Jabatan Penerangan. 2009 : 8). 2009: 10) Oleh itu. Kementerian Penerangan Malysia. Penjelasan juga diberikan tentang perbezaan gagasan 1 Malaysia berbanding konsep Malaysia Malaysian. dan . prinsip kenegaraan dan prinsip Keadilan Sosial. Bagi Menjayakan gagasan 1 Malaysia terdapat tiga prinsip teras yang perlu dihayati oleh setiap warganegara Malaysia. berintegriti. Malaysian Malaysia mencanangkan konsep kesamaraatan antara etnik secara membuta tuli tanpa mengambil kira realti dan latar sejarah perkembangan Bangsa Malaysia. gagasan 1 Malaysia bertindak sebagai aktor yang akan menjadi pemangkin kepada pengukuhan bangsa Malaysia seterusnya melahirkan rakyat yang mempunyai semangat kekitaan dan saling bekerjasama antara satu sama lain. gagasan 1 Malaysia adalah untuk mengharmonikan rakyat pelbagai kaum tanpa mengubah identiti etnik tersebut manaka konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu meninggalkan teras asas binaan kemasyarakatan yang wujud. kita berfikir dan bertindak sebagai Bangsa Malaysia«kita mengambil tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita«kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama´ (Jabatan Penerangan. keupayaan untuk membangun Negara bangsa bergantung kepada nilai kebolehan.

Komunikasi dan Kebudayaan Kementerian Penerangan Malaysia. Dalam kajian. Umpamanya kajian menganai hubungan etnik yang dilakukan oleh Mansor Mansor Mohd Noor.A.berdedikasi (Jabatan Penerangan. Abdul Rahman Aziz dan Muhammad Ainuddin Iskandar Lee (2006). Dari aspek persamaan kajian ini dengan kajian-kajian di atas adalah mengenai integrasi. sistem pendidikan. Begitu juga pendapat yang dikemukakan oleh Muhamad Zaini Abu Bakar (2005). peranan institusi pendidikan seperti universiti. bangsa Malaysia dalam konteks gagasan 1 malaysia sepertimana yang telah diutarakan oleh Y. Juga saranan yang dibuat oleh Syarifah Hafshah (2009) yang menitik beratkan penerapan konsep 1 Malaysia dalam pendekatan aktivii dan program di Universiti Kebangsaan Malaysia. pengkaji dan pembuat dasar negara. pendidikan berkenaan hubungan etnik perlu diterapkan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam setiap kurikulum pengajian di peringkat Universiti.2 KESIMPULAN Hasil dari kajian dan tulisan di atas dapatlah disimpulkan bahawa kajian berkenaan etnik di Malaysia telahpun diberi perhatian oleh para sarjana.B Perdana Menteri Dato¶ Seri Najib Tun Razak. ini pengkaji lebih berfokus kepada hasil penulisan dan kajian sarjana yang membincangkan kajian tentang persoalan dan kepentingan mengenai hubungan etnik dan isu± isu integrasi nasional dalam masyarakat majmuk di Malaysia ke arah pemantapan Negara bangsa Malaysia. Begitu juga cadangan dari Abdul Rahman Embong (2000) bahawa institsusi pendidikan seperti universiti perlu memainkan perananya untuk menyemai nilai-nilai peradabadan dan pengukuhan Negara bangsa. Manakala dalam kajian ini. di Universiti Utara Malaysia yang berfokus kepada pelajar. pengkaji akan melihat dari aspek . 2. 2009:16).

Azhar. Rusdi (2009) mengenai gagasan 1 Malaysia lebih cenderung perbincangan dalam konteks politik dan permainan kuasa. Kajian yang dilakukan oleh Azizizuddin. bagaimana pendekatan yang terbaik khususnya dalam aspek publisiti dan promosi dalam melaksanakan aktiviti yang berkaiatan integrasi. Manakala dari aspek perbezaan kajian ini dengan tulisan dan kajian mengenai gagasan 1 Malaysia sepertimana yang telah dibincangkan. Apa yang di laksanakan dalam kajian ini. Kajian ini cuba untuk meneliti sejauhmanakah penyertaan para pelajar dalam kepelbagai etnik yang wujud di Institusi pengajian tinggi di Malaysia dapat berperanan melalui aktiviti-aktiviti sama ada berbentuk akademik dan bukan akademik untuk memantapkan hubungan etnik dan perpaduan serta integrasi nasional dalam kerangka semangat 1 Malaysia. Kesemua konsep yang diketengahkan ini adalah semata-mata untuk menjayakan agenda Islam dan feudal baru melayu demi untuk mengekalkan UMNO dan Barisan Nasional di dalam kekuasaan Negara. Selain itu. Selain itu. adalah lebih berfokus kepada pengesanan pelaksanaan pelbagai aktiviti pelajar di peringkat pengajian tinggi samada swasta dan awam bagi menjayakan gagasan 1 Malaysia.aktiviti-aktiviti yang dilaksnakan oleh pihak universiti dan pelajar untuk merelasasikan integrasi dan perpaduan ke arah pemantapan hubungan etnik dalam kerangka gagasan 1 Malaysia. khususnya menyokong sebarang bentuk aktiviti-aktiviti berfokus kepada pemantapan . perpaduan dalam semangat 1 Malaysia. kajian ini bertujuan untuk melihat peranan institusi pengajian tinggi di Malaysia berperanan untuk merapatkan hubungan etnik dan polarisasi etnik di Institusi tersebut. Juga. kajian ini juga cuba meliahat apakah pendekatan aktiviti yang paling popular dan lebih menarik pelajar berbilang etnik untuk menyertainya. Beliau telah membuat perbandingan dengan konsep Nilai Asia oleh Mahathir dan Islam Hadhari oleh Abdullah Badawi sebagai sesuatu yang sama dari aspek falsafah dan aplikasinya walaupun terminolgi adalah berbeza. Norhafizah.

1malaysia. 1 Malaysia.pdf . 2006. Rusdi. September 2009.org.www. Public & Corporate UKM Relations Office: Bangi. Komunikasi dan Kebudayaan Kementerian Penerangan Malaysia : Kuala Lumpur Mansor Mohd Noor. Prosiding Seminar Pemantapan Kurikulum TITAS & Hubungan Etnik Peringkat Kebangsaan 2005. Penerbit UKM : Bangi Selangor. Malaysia in Transition : A Comparative Analysis of Asian Values. Buku 1 Malaysia. No 3. Negara Bangsa Proses dan Perbahasan.my/wp content/uploads/2010/09/1MalaysiaBooklet. Kertas Projek Sarjana Sains (pendidikan). Penerbit UiTM : Shah Alam Mohd Nazri Muslim dan Nasruddin Yunos (penyunting).html. Hubungan Etnik Dalam Konteks Masyarakat Malaysia. BIBILIOGRAFI Abdul Rahman Embong.perpaduan dan integrasi kearah pembentukan bangsa Malaysia melalui gagasan dan semangat 1 Malaysia. 2009. Message from Vice Chancellor. Mohamad Zaini bin Abu Bakar. RESONANCE UKM International Bulletin.com. Hubungan Etnik di Malaysia. Bhd: Petaling Jaya.ccenet./journal. http:www. Journal of Politics and Law. Zulhilmi Paidi dan Rohani Abdul Ghani 2003. Hubungan Etnik. Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi. 2009. 2009. Laporan Kabinet dan Isu-isu integrasi di Malaysia. Norhafizah. 2000. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn : Batu Pahat Sharifah Hafsah Syed Hussein Shahabuddin. Ikhtisar Sejarah Kenegaraan dan Pembangunan Malaysia. 2006. Terbitan Jabatan Penerangan. Norazlinda bt Saad. Abdul Rahman Aziz dan Muhammad Ainuddin Iskandar Lee. Bhd : Bentong. PTS Publication & Distributor Sdn. Vol 2. Pusat Pengajian Umum UKM : Bangi Mohd Khairul Azman bin Suhaimi. 2004. 2001. Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Azhar. Sekolah siswazah Universiti Utara Malaysia: Sintok. Islam Hadhari and 1 Malaysia. Pendidikan Negara Bangsa. Azizuddin.

USM 1. MPP) . 2. 3.Responden UUM 1. Prof Madya Dr Zaini bin Abu Bakar (pensyarah) Ahmad wafi bin Shahedan ( YDP MPP) Sivaneswari a/p Muniandy (NYDP MPP) Norshahidah bt Mohamed ( Pegawai HEP) Mohd Khairul Erwan bin Ismail (Pegawai HEP) Shahidan bin Shafie (Timbalan pendaftar Kanan HEP UUM) Zaraie bin Zakaria (pegawai hal ehwal Islam.HEP UUM) Mohd Nizho bin Abdul Rahman (pensyarah Hubungan Etnik-UUM) Aminaton Hajariah bt Hussain (Timbalan YDP MPP) Mohd Firdaus bin Ishak (Exco kerohanian dan Pembangunan Syaksiah. 4. 2. 3. 5. 4. 5.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful