1.5 Fungsi Sistem Peredaran Darah dalam Mekanisma Pertahanan Badan 1.

Badan memerlukan mekanisma pertahanan untuk melindungi badan daripada mikoorganisma yang boleh menyebabkan penyakit. 2. Patogen – mikroorganisma yang menyebabkan penyakit. Contohnya: bakteria, virus and parasit. Barisan pertahanan pertama 1. Terdiri dari pelindung fizikal dan kimia yang mencegah pathogen daripada memasuki badan. Contohnya: kulit. 2. Kulit luar adalah tegap dan memberi perlindungan supaya bacteria dan virus tidak boleh memasuki badan. 3. Kulit yang telah mati akan jatuh dan ini menyukarkan pertumbuhan bacteria pada kulit. 4. Kulit juga menjadi satu pelindung kimia kerana ia merembeskan sebum dan air peluh. a) Sebum membentuk satu lapisan pelindung di atas kulit. b) Air peluh yang dirembeskan oleh kulit mengandungi lysozyme, sejenis enzim yang menyebakan dinding sel bacteria rapuh. 5. Membran mucus (trakea, saluran respirasi, pencernaan dan urogenital) juga merembeskan mucus. a) Membran mucus hidung mengandungi bulu yang diselaputi mucus yang memerangkap dan menapis mikroorganisma, habuk dan bahan tercemar dari udara yang diresap. b) Air mata dan air liur mengandungi lysozyme. 6. Perut merembeskan asid hydroklorik yang akan membunuh mikroorganisma yang hadir dalam makanan dan minuman. Barisan pertahanan kedua 1. Fagosit (sel darah putih) yang menjalankan fagositosis. 2. Fagositosis – satu proses di mana fagosit mengepung dan menelan mikroorganisma atau partikel lain seperti bahan-bahan selular. 3. Jenis-jenis fagosit: a) Neutrofils dan monosit: – dijumpai dalam darah b) Macrofaj - dijumpai dalam interstitial fluid 4. Apabila jangkitan berlaku, fagosit akan bergerak ke tempat yang dijangkit. 5. Fagosit akan masuk ke interstitial fluid melalui dinding kapilari. 6. Semasa pergerakan, monosit akan membeasr dan menjadi macrofaj. 7. Apabila fagosit berdepan dengan pathogen, fagosit akan mengapeung dan menelan fagosit. 8. Setelah menelan patogen. Patogen akan diuraikan oleh lysozyme. Barisan pertahanan ketiga 1. Sistem imun – spesifik.

2. Immuniti – keadaan di mana badan akan menolak jangkitan oleh pathogen yang boleh menyebabkan penyakit, seperti, virus chicken pox. 3. Jika mangsa terdedah kepada virus berkenaan, badan akan mengenali virus dan akan memusnahkan sebelum virus boleh mengancam badan mangsa. 4. Antigen: a) molekul kompleks yang besar, biasanya sejenis protein yang sistem imunmenganggap sebagai asing. b) biasanya dijumpai di permukaan luar mikroorganisma yang menyerang badan. c) ada yang terlarut dalam plasma darah atau interstitial fluid. Contohnya: racun ular dan toxin bacteria. 5. Antibodi adalah protein yang dijumpai pada permukaan limfosit. 6. Tindakbalas imun adalah interaksi di antara antibody dan antigen yang menyebabkan antigen disingkirkan dari badan. 7. Apabila seseorang dijangkiti, pathogen dan sel darah putih akan terhasil dengan banyak di lymph node yang menyebakan lymph node membengkak. 8. The lymph nodes mengandungi macrofaj (merosakkan bacteria, tisu mati dan bahan asing oleh fagositisis) dan limfosit (merosakkan antigen dan bahan asing). Barisan Pertahanan Pertama Kedua Ketiga Jenis-jenis imuniti Imuniti aktif Dihasilkan oleh badan Imuniti pasif Diperoleh dari luar badan Cara perlindungan Pelindung fizikal (kulit), kimia (peluh) Fagositosis Sistem imun

1. Jenis imuniti: a) Imuniti aktif i) Badan boleh menghasikan antibodi hasil tindakbalas dengan antigen. ii) Imuniti aktif yang diperolehi secara semulajadi - Apabila seseorang terdedah kepada pathogen, antigen pathogen tersebut mengaktifkan sistem imun. - Sistem imun boleh menghasilkan antibody apabila dirangsang oleh antigen. - Apabila seseorang pulih daripada jangkitan, dia akan jadi imun apabila terdedah kepada pathogen yang sama. iii) Imuniti aktif yang diperolehi secara tidak semulajadi - Demam campak adalah sangat merbahaya disebakan ia mudah merebak. - Untuk melindungi seorang daripada dijangkiti demam campak, mangsa mestilah diberi imuniti. - Imunisasi adalah satu proses untuk meningkatkan sistem imun dengan memberikan vaksin.

- Vaksin mengandungi pathogen yang tidak kuat, mati atau dalam bentuk yang tidak merbahaya. - Setelah diberi vaksin, ia akan mengaktifkan badan untuk menghasilkan antibody. - Disebabkan patogen yang diberikan adalah samada diubahsuai atau yang lemah, seseorang itu tidak akan mendapat sebarang kesan penyakit tersebut. - Untuk beberapa penyakit, dos booster harus diberikan. - Dos pertama biasanya akan menghasilkan kepekatan antibodi yang rendah yang tidak cukup untuk melindungi mangsa. - Dos booster adalah perlu untuk meningkatkan penghasilan antibodi kepada satu tahap yang mencukupi untuk melindungi individu daripada jangkitan. - Tidak memberikan imuniti spontan terhadap sesuatu penyakit. - Imuniti yang akan kekal lama. - Memerlukan masa yang panjang untuk membolehkan badan bertindakbalas terhadap jangkitan disebabkan badan memerlukan masa untuk menghasilkan antibodi.

Semulajadi Sistem imun

Tidak semulajadi Vaksin dan Booster

b) Imuniti pasif - Badan menerima antibodi daripada sumber luar. - Imuniti pasif yang diperoleh secara semulajadi i) Berlaku apabila fetus masih di dalam uterus. ii) Antibodi maternal akan merentasi plasenta ke saluran darah fetal. iii) Mereka melindungi bayi semasa beberapa bulan selepas dilahirkan. iv) Bayi juga boleh meperolehi imuniti pasif daripada antibodi daripada susu ibu atau kolostrum semasa penyususan susu ibu. - Imuniti pasif yang diperolehi secara tidak semulajadi i) Imuniti pasif melibatakan penyuntikan serum yang mengandungi antibodi untuk mencegah masalah kesihatan tersebut. ii) Contoh: Serum mengandungi antibodi atau antiserum daripada penderma, boleh disuntik kepada sesiapa yang memerlukannya apabila ke negara yang dijangkiti penyakit.

iii) Antibodi ini boleh melindungi individu untuk sementara apabila terjangkit dengan patogen yang menyebabakan penyakit tersebut. iv) Effectif tetapi bukan untuk jangka masa lama, biasanya tiga bulan. v) Hanya memberikan perlindungan segera, jangkamasa pendek dan sementara. Semulajadi - Semasa dalam kandungan ibu - Susu ibu AIDS Tidak semulajadi - Serum

1. Virus ‘human immunodeficiency virus’ (HIV) adalah satu virus yang menyerang sistem imun. 2. Jangkitan oleh HIV mengakibatkan jangkitan ‘acquired immunodeficiency syndrome’ (AIDS). 3. AIDS adalah satu keadaan di mana seorang yang dijangkiti mengalami pelbagai jangkitan. 4. Ini adalah disebabkan sel sistem imun dimusnahkan secara perlahan-lahan. 5. Virus akan membiak di dalam limfosit dan membunuh limfosit. 6. Individu yang dijangkiti HIV tidak menunjukkan sebarang symptom. 7. Kesan jangkitan hanya dapat dilihat selepas 5 tahun. 8. Disebabkan sistem imun individu lemah, badan terdedah kepada jangkitan. 9. Ini mengakibatkan, sistem imun terganggu dan individu meninggal dunia. 10. HIV memasuki badan melalui pemindahan cecair badan seperti darah dan semen, dan juga merentasi plasenta. 11. Bayi yang baru lahir boleh dijangkiti oleh virus daripada ibu yang dijangkiti semasa bersalin. 12. Jangkitan HIV pada fetus dan bayi baru lahir boleh dikawal dengan rawatan perubatan kepada ibu semasa proses bersalin. 13. Remaja dan orang dewasa boleh mendapat AIDS apabila mengadakan seks bebas yang tidak menggunakan kondom dengan individu yang dijangkiti AIDS.

14. Mereka juga boleh dijangkiti jika berkongsi jarum yang tercemar, biasanya digunakan untuk mengambil dadah atau membuat tattoo. 1.6 Menghargai Sistem Kardiovaskular yang Sihat