0 Malaysian Journal of Social Administration Volume 2, 2003: 81-103

Penjagaan warga tua dalam budaya melayu di malaysia: kes masyarakat desa di kelantan
Wan Ibrahim Wan Ahmad Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Kolej Universiti Sains dan Teknologi, Malaysia Zainab binti Ismail Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia Che Yusoff Che Mamat Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Latar Belakang Warga tua boleh didefinisikan melalui pelbagai pendekatan. Empat pendekatan biasa digunakan, iaitu 1) keumuran secara kronologi yang mendefinisikan warga tua berdasarkan umur seseorang yang dikira sejak lahir. 2) Keumuran secara biologi, iaitu keumuran yang merujuk kepada perubahan bentuk tubuh badan secara fizikal. 3) Keumuran secara psikologi, iaitu keumuran yang terjadi disebabkan perubahan dalam sistem deria, persepsi serta fungsi-fungsi mental individu, dan 4) keumuran secara sosial, iaitu merujuk kepada perubahan peranan dan hubungan individu dalam struktur sosialnya. Daripada pelbagai pendekatan ini, pendekatan yang meluas dan mudah digunakan sebagai ukuran menentukan peringkat warga tua ialah pendekatan umur kronologi. Berdasarkan ukuran ini, ahli gerontologi ataupun sosiologi keumuran telah meletakkan umur 60

9 juta di negara membangun. 1985). Menurut anggaran (PBB. 852 orang.6 juta pada 2025. penduduk berumur 65 tahun dan lebih di dunia pada 2000 berjumlah 402. pola peningkatannya berbeza di antara negara industri dengan negara membangun.3 % pada 2020 (PBB 1991). sementara hanya 28 % di negara maju.Wan Ibrahim. Penuaan penduduk desa di Malaysia Di Malaysia.1 % (1970). akan mendapat status berpenduduk tua pada 2020.3 % pada tahun tersebut. pemakanan dan kesihatan masyarakat yang bergabung menyebabkan meningkatnya jangkaan hayat penduduk. kepada 4.1988). didapati jumlah dan peratusan warga tua di Malaysia semakin bertambah walaupun jumlahnya masih lagi kecil jika dibandingkan dengan negara Barat.9 % (1995). Malaysia yang dijangkakan mempunyai jumlah warga tua sebanyak 7. negara membangun merupakan kawasan penumpuan penduduk tua. ia telah meningkat daripada 3. / Penjagaan Warga Tua • 83 Pertumbuhan warga tua sebagai fenomena global Peningkatan warga tua hari ini merupakan fenomena global dan dijangka meningkat sebanyak tiga kali ganda daripada 259 juta pada tahun 1980 kepada 761 juta pada tahun 2025. Berdasarkan pengukuran ini. 000 orang pada 1995 (Jadual 1). kepada 3. Pada tahun itu. Negara membangun akan mempunyai 72 % penduduk tua.0 juta terdapat di negara maju. PBB (1988) telah mengkategorikan sesebuah negara sebagai berpenduduk tua apabila warga tua berumur 65 tahun dan lebih di negara tersebut berjumlah tujuh peratus atau lebih. 166.2 % (2000) dan dijangka kepada 7.etal. dan jumlah ini meningkat menjadi 788. Pada 1970 penduduk warga tua ialah seramai 316. Daripada jumlah warga tua dalam tahun 2025 tersebut. Walaupun peningkatan ini merupakan fenomena sejagat. Ada beberapa gerak kuasa yang dianggap telah menyebabkan peningkatan jumlah dan peratusan warga tua di Malaysia kini. dianggarkan terdapat seorang penduduk berumur 65 tahun dan lebih dalam setiap tujuh orang penduduk dunia (Myers. dan 236. Secara umum perkembangan jumlah warga tua dalam suatu masyarakat adalah selari dengan perkembangan dan kemajuan masyarakat. Dan i segi peratusannya.9 juta dan akan mencapai 760. Ini adalah berkaitan dengan kemajuan di bidang perubatan. Semakin maju . Oleh yang demikian. berdasarkan data yang diperolehi daripada pelbagai Banci Penduduk.

Jumlah ICadar Kelahiran bagi keseluruhan wanita di Semenanjung Malaysia ialah 6. Tidak sampai sepuluh tahun selepas itu. Pada tahun 1984. Peringkat awal: Bercirikan kadar fertiliti dan mortaliti yang tinggi. struktur penduduknya muda. Penurunan kadar mortaliti banyak terjadi di peringkat bayi dan umur muda. 3. Penurunan drastik dalam aspek fertiliti ini adalah sebagai akibat langsung daripada perubahan dan kemajuan pesat dalam pembangunan sosio-ekonomi sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. didapati purata Jumlah Kadar Kelahiran bagi wanita di Semenanjung Malaysia telah jatuh kepada 4. Penduduk mengala mi pertambahan yang pesat. Berkaitan dengan proses penuaan. Peringkat kedua: Kadar mortaliti mulai menurun. . iaitu wanita berumur di antara 15-49 tahun. Jumlah penduduk tua meningkat. dianggarkan memiliki jumlah anak lahir hidup yang ramai.0 orang. Penurunan kadar fertiliti boleh menyebabkan meningkatnya jumlah warga tua. dan jumlah warga tua dalam masyarakat adalah tidak ramai.2 orang.etal.8 orang. melalui satu kajian lain. Johnson dan Falkingham (1992) telah membezakan empat peringkat dalam transisi demografi. 1994). Kemajuan sosio-ekonomi ini telah mempengaruhi pola kehidupan berkeluarga. Kadar pertumbuhan penduduk mengalami penurunan.Wan Ibrahim. The Malaysian Family Life Survey mendapati angka Jumlah Kadar Kelahiran ini telah menurun lagi kepada 3. / Penjagaan Warga Tua 85 mengalami penurunan (Wan Ibrahim. Melalui The West Malaysian Family Survey (1966) umpamanya. Pentingnya kadar fertiliti dalam mempengaruhi proses penuaan dapat dilihat daripada proses transisi demografi yang pernah terjadi di negara industri. Struktur penduduknya adalah struktur penduduk muda. iaitu: 1. khususnya ke atas beberapa variabel keluarga yang dapat diperhatikan. Lebih separuh daripada wanita tersebut memiliki anak seramai enam orang atau lebih. seperti semakin lewatnya perkahwinan pertama dan peningkatan bilangan pasangan suami isteri yang inginkan jumlah anak yang kecil. Pertumbuha n penduduk adalah renda h. iaitu The Malaysian Fertility and Family Survey (1974). Peringkat ketiga: Kadar fertiliti mulai menurun. 2. yang bererti keseluruhan wanita umur subur di Semenanjung Malaysia. tetapi kadar fertiliti penduduk ma sih tinggi.

Peluang . kemesraan. Aspek penting dalam sokongan emosi. dan dengan itu kualiti hidup masyarakat tersebut akan sentiasa dapat dipelihara. Ketiga ialah keharmonian hidup di desa. menetap di desa. Mereka merasakan desa lebih sesuai untuk kediaman. Program penggalakan Bumiputra memiliki dan menguasai 30 % aktiviti perniagaan dan perindustrian. dan saling memerlukan. menjadikan desa lebih sesuai bagi warga tua. semangat kerjasama. Kedua ialah persekitaran desa yang lebih menarik bagi warga tua. gotong royong dan tolong menolong yang diperlukan oleh warga tua. seperti kasih sayang. 1987). Interaksi ini. Anggota-anggota dalam masyarakat desa dianggap sebagai satu keseluruhan yang terintegrasi. saling berinteraksi. selain penting untuk memberikan sokongan secara fizilcal kepada warga tua. jauh dari kebisingan. saling mengambil berat serta semangat solidariti di kalangan anggota masyarakat yang kuat. keakraban. hubungan sosial. Mereka saling berkaitan. maka secara tidak langsung meningkatnya warga tua yang tinggal di kawasan desa juga berkaitan dengan DEB. tetapi apabila umur tua.et. hubungan yang mesra di antara penduduk. dan perasaan sentimen di antara anggota masyarakat. Keadaan persekitaran yang tidak sibuk. telah menggalakkan migrasi ke bandar di kalangan penduduk muda (Chamhuri. Keadaan ini dapat diperhatikan melalui ramainya warga tua yang semasa mudanya menetap di bandar. hormat menghormati. Oleh kerana itu warga tua akan mudah mendapatkan sokongan. Oleh kerana migrasi dari desa ke bandar ini boleh dikaitkan dengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun 1970. Pertama ialah hakikat bahawa warga tua yang kekurangan tenaga fizikal kurang keupayaan untuk melaksanakan pekerjaan di bandar yang memerlukan pekerjanya banyak. semuanya mudah diperolehi di kawasan desa yang masih tebal semangat esprit de corps. boleh ditampung oleh anggota masyarakat yang lain. percaya mempercayai. Kekurangan yang terdapat pada mana-mana anggota masyarakat. kepada pekerjaan yang mempunyai daya pengeluaran yang tinggi seperti yang dikehendaki oleh DEB. / Peniagaan Warga Tua 0 87 Penduduk tua pula dianggap tidak tertarik berhijrah ke Bandar kerana sekurang-kurangnya tiga perkara. Ini menjadikan penduduk tua kekal tinggal di kawasan desa.Wan Ibrahim.al. masih dipentingkan. serta program penggalakan Bumiputra berpindah daripada pekerjaan yang mempunyai daya pengeluaran yang rendah. Dalam masyarakat desa. juga penting kepada warga tua untuk mendapatkan sokongan emosi.

seperti Cantor (1980). Jika salah satu sumber dalam jaringan ini . Selaras dengan itu anaklah yang berfungsi sebagai jaminan keselamatan pada hari tua mereka. umpamanya. Horwitz (1993) mengatakan berdasarkan pendekatan pelengkap berhirarki ini sokongan sosial dipandang sebagai suatu rantaian jaringan yang berurutan.etal. Hanya sebahagian kecil sahaja daripada warga tua yang memperolehi pendapatan daripada jaminan sosial Mi. Disebabkan taraf hidup kebanyakan penduduk negara membangun masih rendah. / Penjagaan Warga Tua 89 mencari ahli keluarga untuk mendapatkan penjagaan. keluarga masih merupakan sumber utama sokongan dan penjagaan di samping berfungsi sebagai penghubung antara ahli keluarga dengan birokrasi (Shanas 1979). organisasi formal untuk mendapatkan sokongan. ini bererti kesejahteraan warga tua dalam masyarakat banyak dipengaruhi oleh kehadiran anak. Walaupun ada yang mempersoalkan kepentingan anak ke atas kesejahteraan warga tua dalam masyarakat Barat (Havanon. Di Malaysia. Rumusan yang sama juga diperolehi daripada beberapa pengkaji lain. Jika warga tua tidak mendapat sokongan daripada sumber ini. Knodel dan Sittitrai 1992). jiran tetangga. maka warga tua akan mencari adik beradik atau saudara mara yang lain. Keadaan seperti ini masih terdapat walaupun dalam masyarakat maju pada era pascaindustri yang bercirikan sistem birokrasi yang meluas. menyebabkan kebanyakan ibu bapa selalu mengharapkan anak yang ramai dalam keluarganya (Clay dan Haar 1993). warga tua mengharapkan dapat bergantung kepada anak apabila mereka mencapai umur tua. maka tahap pergantungan kepada anak adalah tinggi. ataupun sebagai sumber alternatif terakhir. khususnya anak ke atas kesejahteraan warga tua dalam masyarakat negara membangun berkaitan dengan sumbangan yang dapat mereka berikan kepada warga tua. Horowitz dan Dobrof (1982). Pentingnya keluarga. yang mengatakan bahawa ahli keluargalah yang mendominasi penjagaan dan sokongan kepada warga tua. Negara membangun juga sehingga sekarang masih belum mampu menyediakan program jaminan sosial untuk semua warga tuanya. Jika sekiranya sumber-sumber ini tidak ada maka warga tua akan mencari kawan-kawan. di negara membangun anak diharapkan dapat me mberi ka n j a minan e konomi dan sosial kepada orang tua . Dalam masyarakat maju. Amerika Syarikat.Wan Ibrahim.

Kemajuan teknologi kesihatan yang dibawa oleh modenisasi. Cantor 1980. Akibat modenisasi. menj adikan ana k-ana k dan ahli keluar ga bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penjagaan dan kesejahteraan warga tua (Chen dan Jones 1989. Dalam persaingan ini warga tua akan kalah. / Penjagaan Warga Tua 91 Na zileh 1986). 2) kemajuan teknologi ekonomi. Anak-anak dalam keluarga seperti itu pula hanya dianggap sebagai unsur kedua selepas pasangan (Fengler dan Goodrich 1979). dan status mereka adalah tinggi yang menjadikan persoalan berkaitan dengan sumber penjagaan tidak timbul. Warga tua yang tidak mempunyai anak dan pasangan akan mencari sokongan daripada unsur-unsur lain selain daripada anak dan pasangan. Tambah lagi. masyarakat mengalami kemajuan dalam empat aspek berikut. Teori ini seterusnya menyatakan warga tua sedang berhadapan dengan pelbagai masalah. Keempat-empat aspek ini dianggap sebagai gerak kuasa utama yang boleh menimbulkan pelbagai masalah dalam konteks ketersediaan sumber penjagaan kepada warga tua dalam masyarakat moden.Wan Ibrahim. penjagaan dan kualiti hidup di samping masalah status yang semakin menurun. iaitu 1) kemajuan teknologi kesihatan. berupaya meningkatkan jangkaan hayat penduduk. pekerjaan. Ogawa 1992). Dengan sendirinya warga tua terpaksa bersaing dengan golongan muda untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai. 3) peningkatan pembandaran dan 4) bertambahnya peluang pendidikan. maka pasangan merupakan unsur utama yang dapat berfungsi menyediakan penjagaan kepada warga tua tersebut (Shanas 1979. Pemodenan dan masalah penjagaan warga tua Teori modenisasi mengatakan kepentingan warga tua dalam masyarakat semakin menurun dan akhirnya kategori penduduk ini akan menjadi semakin terpinggir dan status mereka menjadi semakin menurun akibat adanya modenisasi. kemajuan dalam teknologi ekonomi pula mewujudkan banyak pekerjaan baru yang . Bagi warga tua yang pernah berkahwin dan masih mempunyai pasangan. walaupun boleh menyembuhkan banyak penyakit yang boleh mematikan sebelum ini. Dalam masyarakat tradisional kedudukan warga tua adalah penting. khususnya dalam konteks berkaitan dengan sumber kewangan. Stoller dan Earl 1982).etal. Horowitz dan Dobrof 1982.

hormat kepada warga tua menjadi amalan hidup. Warga tua dianggap sebagai sumber pengetahuan. ramai warga tua yang tinggal di situ masih mempunyai anak yang ramai dan ahli keluarga yang berada. Untuk menganalisis sokongan ini. Disebabkan arus pemodenan sudahpun sejak lama meresap ke kawasan desa.al. lcurang upaya dan hidup di tepi-tepi jalan. warga tua yang melarat. generasi muda tidak lagi memerlukan pengetahuan. ialah berkaitan dengan kewangan. Jumlah warga tua yang mendiami Rumah Sri Kenangan semakin bertambah. Sekarang ini.000 orang warga tua ditempatkan di sembilan buah Rumah Sri Kenangan di seluruh negara. dan dengan itu warga tua tidak lagi menjadi pusat kebanggaan dan sumber rujukan seperti yang berlaku sebelum kemajuan pendidikan. Dalam masyarakat yang telah mengalami peningkatan pendidikan yang pesat. sumber penjagaan adalah tidak dianggap sebagai satu masalah utama kepada warga tua desa. responden diajukan soalan berikut: i) Adakah orang yang membantu anda dalam masalah kewangan? ii) Adakah orang yang membantu anda barangan selain kewangan? iii) Adakah orang yang membantu membaiki kerosakan rumah anda? . para penghuni Rumah Sri Kenangan ini kebanyakannya terdiri daripada warga tua tanpa waris. sampel seramai 214 orang warga tua daripada 1. pengalaman dan ketrampilan orang tua mereka. Kaedah pemerhatian juga dilakukan untuk meninjau kehidupan harian warga tua secara lebih dekat. pengalaman dan ketrampilan dan dengan itu. Bentuk sokongan yang biasa kepada warga tua.Wan Ibrahim.et.067 keluarga yang mempunyai isi rumah berumur 60 tahun dan lebih di beberapa kawasan desa Negeri Kelantan telah dipilih secara rawak mudah. lebih 2. tetapi akhir-akhir ini. Perkara keempat yang boleh menimbulkan pelbagai masalah kepada warga tua ialah peningkatan peluang pendidikan. Data dikumpulkan melalui temu bual berstruktur dan tidak berstruktur. dan jumlah ini sedang meningkat. Dahulu. / Penjagaan Warga Tua • 93 lagi boleh bergantung harap kepada anak dan ahli keluarga. apakah masalah yang dibincangkan di atas sudah ketara di kawasan pedesaan negeri Kelantan? Penjagaan warga tua dalam masyarakat desa Untuk menganalisis permasalahan penjagaan dalam masyarakat desa. Dengan yang demikian. barang-barang serta pertolongan membaiki kerosakan rumah. mengemas rumah atau pertolongan membayar bil-bil semasa.

Jiran tetangga juga turut beranggapan membantu menjaga warga tua menjadi tanggung jawab mereka. paip air yang rosak. Selain ahli keluarga. Ada juga warga tua yang memperolehi sokongan daripada ahli keluarga atau jiran tetangga dalam bentuk membantu membaiki kerosakan dalam rumah. didapati ada sebahagian daripada mereka tinggal bersendirian. yang berserta dengan lauknya sekali kepada warga tua.4 % daripada mereka ada menerima sokongan penjagaan ini. Sebanyak 73. Kebanyakan ahli keluarga berpendapat menjaga warga tua adalah tanggung jawab yang mesti dipikul oleh mereka. Inipun adalah disebabkan warga tua ini tinggal bersendirian dan berjauhan daripada ahli keluarga yang lain.etal. serta lain-lain keperluan hariannya. sebanyak 87. Disebabkan mereka belum kembali. tidak ada anak ataupun sanaksaudara yang datang menziarah atau menghulurkan wang atau sumbangan lain. seperti membaiki atap. Warga tua yang tinggal bersendirian. warga tua ini diberikan nasi.Wan Ibrahim. jiran tetangga juga turut menjadi sumber penjagaan. Pada masa kajian dilakukan. sebahagian besar warga tua ada mendapat sokongan ahli keluarga dan jiran tetangga. jarang yang memasak nasi sendiri. seramai 84. Secara keseluruhan dapatlah dikatakan bahawa hanya sebahagian kecil sahaja daripada warga tua di pedesaan Kelantan yang tidak menerima sokongan penjagaan.6 % warga tua ada menerimanya. Mereka menjaga cucu masing-masing semasa anak mereka keluar bekerja atau sedang memasak makanan di dapur. dan mempunyai anak tinggal berdekatan. Sebahagian mereka mempunyai anak yang tinggal jauh di luar daerah. Ditanya lebih mendalam mengapa ada di antara mereka tidak mendapat sokongan dalam masa tersebut. menggantikan dinding. dan kebetulan dalam masa seminggu sehingga kajian dijalankan. / Penjagaan Warga Tua 95 yang dibuat semasa kajian mendapati ada anak-anak atau jiran terdelcat yang turut memberikan nasi. sementara dalam konteks membayar bil-bil semasa. dan anak ini kembali menemui warga tua untuk menghulurkan wang belanja sebulan sekali. ataupun lampu yang tidak bernyala. Sebagai pertukarannya.4 % responden mendapat sokongan jenis in Dalam bentuk membantu mengemaskan rumah pula. Ini adalah selaras dengan budaya masyarakat . warga tua ini belum lagi mendapat sokongan daripada mereka.

Budaya masyarakat desa dan persoalan penjagaan warga tua Berdasarkan data di atas. didapati penjagaan warga tua dalam masyarakat Melayu desa di Kelantan sehingga kini masih tidak . Ramai warga desa yang tidak sanggup melihat ada orang yang hidup merana. jiran tetangga dan sahabat handai juga turut menjadi sumber sokongan yang penting. Mereka hidup dalam keadaan tolong menolong. selalunya menghantar wang belanja setiap bulan.8 % responden yang kerap menerima sokongan. Dalam konteks orang membantu membaiki kerosakan rumah. Hanya sebahagian kecil warga tua yang tidak mendapat sokongan instrumental ini dalam masa seminggu sehingga kajian dilakukan.al. Sokongan dalam bentuk membantu membayar bil air dan api juga banyak diterima oleh warga tua. Jika tidak ada sanak saudara yang datang menziarah. apa lagi warga tua. tanpa mengira berkahwin ataupun bujang. Mereka ini agak sukar mendapatkan pertolongan. Warga tua yang tidak mendapat pertolongan jenis ini merupakan warga tua yang tinggal bersendirian.9 % mengatakan mere ka menerimanya hampir setiap hari. sebanyak 17. di mana 44. Mereka hanya menghantar perbelanjaan berdasarkan keperluan. Sokongan dalam bentuk membantu memberikan barangan juga merupakan sokongan yang banyak diterima. Sokongan yang paling kerap diteri ma adalah sokongan dala m bentuk me mbantu menge mas kan rumah. Bagi warga tua yang miskin. Jumlah responden yang menerima sokongan ini secara kadang-kadang adalah lebih besar daripada responden yang mendapat sokongan dalam bentuk barangan. anak-anak. atau semasa anak atau saudara mara datang menziarah sahaja. Berdasarkan data di atas dikatakan setakat ini persoalan penjagaan masih lagi belum menjadi masalah kepada warga tua desa. / Penjagaan Warga Tua • 97 mereka masih bujang.et. maka kerja-kerja di rumah terpaksa dijalankan sendiri. Budaya sebegini turut menguntungkan warga tua. tidak mempunyai pasangan dan sanak saudara berdekatan. Selain kaum keluarga. bantu membantu serta kesusahan dan kesenangan dirasakan bersama.Wan Ibrahim. kecuali pada masa-masa tertentu jika diperlukan. Jumlah responden yang tidak mendapat sokongan ini agak kecil jika dibandingkan dengan sokongan dalam bentuk barangan. Hanya sebahagian kecil yang tidak mendapat pertolongan jenis mi.

Oleh kerana itu kawasan desa dianggap sebagai tempat yang sesuai bagi kategori penduduk tua. Hubungan sosial primer lazimnya didapati di komuniti desa atau masyarakat tradisional di mana interaksi sosial di kalangan anggotanya amat rapat. dan komuniti yang mengamalkan mechanical solidarity oleh Emile Durkheim. mementingkan kebersamaan dan perkongsian matalamt. Agama Islam melarang dan mengenakan dosa yang besar jika sekiranya seorang anak mempunyai banyak harta dan kemewahan sedangkan mereka mengabaikan ibu bapa sehingga ibu bapa mereka berada dalam kemelaratan dan kemiskinan. bagi keluarga Islam. Aspek-aspek ini selaras dengan ciriciri dan kepentingan warga tua. dan masalah sokongan ini tidak boleh diserahkan semata-mata kepada orang lain selagi warga tua tersebut masih mempunyai anak. Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa komuniti atau masyarakat desa adalah masyarakat yang sesuai dengan kehidupan warga tua. sesorang anak dituntut berbakti dan berkhidmat kepada ibu bapa dengan memberikan sebarang pertolongan dan bantuan sama ada dalam bentuk kewangan ataupun bukan kewangan sehingga mereka merasa selesa dan lega dalam kehidupan setiap hari. ahli-ahli sosiologi Barat membezakan dua jenis organisasi sosial. Hashim Yahaya (1989) menyatakan semasa hidupnya. setiap anak dan ahli keluarga mempunyai tanggung jawab yang penting dalam menyediakan sokongan kepada warga tua. Masyarakat Kelantan adalah masyarakat tani (dan desa) yang masih mementingkan kerjasama dan mempunyai budaya yang tersendiri yang sesuai dengan kehidupan warga tua. iaitu organisasi di mana terdapat hubungan sosial jenis primer dan jenis sekunder. sebagai primary group oleh Charles Horton Cooley. Ferdinand TOnnies. sekalipun anak-anak itu sendiri terpaksa berhutang. Setiap warga desa diasuh supaya menjadi anak yang bertanggung jawab untuk melakukan apa sahaja untuk mengatasi atau meringankan bebanan yang dihadapi oleh setiap ibu bapa mereka.Wan Ibrahim. dan berasaskan kepada ikatan kekeluargaan dan ikatan tradisi. Oleh itu. Secara kasar komuniti seperti ini dipanggil sebagai komuniti gemeinschaft oleh ahli sosiologi Jerman. Semua jenis organisasi ini merujuk kepada masyarakat atau komuniti desa. folk society Robert Redfield. Dalam konteks ciri-ciri organisasi sosial pula. . Tindakan yang dilakukan diorientasikan untuk peningkatan kesejahteraan hidup bersama. bersemuka.etal. / Penjagaan Warga Tua • 99 membantu ibu bapa mereka.

(1993).H. R. Cantor. Cantor. "Patterns of Intergenerational Support and Childbearing in the Third World". Test of the Serial Model. 23: 8396. C. Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan . Oxford: Oxford University Press. Hashim Hj. "Negative Perceptions of Social Support: Satisfaction With Support From Family vs. Research on Aging. Jones. dan Jane E. (1992). Wives of Elderly Disabled Men: The Hidden Patients. (1993). Hashimoto. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Erickson. Robert L. Horwitz. Allan V. (1973). "Adult Siblings As Sources of Social Support for the Seriusly Mentally Ill. Clark. (1979). (1980).C. Shanas (peny. Napaporn. Clay. Family Support for the Elderly.etal. Cambridge : Cambridge University Press.). Belmont. "Aging In International perspective" Dlm.). Jilid 2. Family Perspectives. D. Chamhuri Siwar. New York: Brookdale Center On Aging. Cantor. Dlm. / Penjagaan Warga Tua 101 Rujukan Atchley. Yahaya. Marriage and The Family. M. 47: 67-83. Chen Ai Ju dan G. Akiko dan Hal L.Sittitrai.). Spengler.V Haar. Sulong Muhammad dan Rahimah Abdul Aziz (peny. (1982).H. (1979). Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 1970: Laporan Am. The Gerontologist. 46:37-51. A dan R. (1989). (1985). "Migrasi Keluar Desa: Kesan dan Implikasi Terhadap Guna Tanah Sektor Pertanian". Goodrich.A. dan E. Coppard (peny. (1992). "The Impact of Family Size on Wealth Accumulation in Rural Thailand". "Caring For The Frail Elderly: Impact on Family. Ageing In Asean: Its Socio-Economic Consequences. "Neighbors and Friends: An Overlooked Resources In The Informal Support System". Fengler. Kendig. San Diego. Little. (1980). (1987). (1989). New York: Van Nostrand Reinhold. (1989). J. (1988). Hal L. Pembandaran dan Pembangunan Negara. The Economic of Individual and Population Aging. 19: 175-183. The Role of Family in Providing LongTerm Care In The Community. Robert C. California: Wadsworth Publishing. The International Experience. Population Studies. Knodel dan W. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar.Kendig. Dobrof. M dan V. Jabatan Perangkaan Malaysia. Akiko Hashimoto dan Larry C.Friends". A dan N. Aging: Continuity and Change. 4: 23-34. Population Studies. 55:623-632. Handbook of Aging and the Social Sciences (edisi ke-2).Wan Ibrahim. M. Singapore: Institute of South East Asian Study.H. Horowitz. dan J. Tanggungjawab Ibu Bapa dan Anak Menurut Islam.Binstock." Kertas kerja yang dibentangkan di The Annual Meeting of The Gerontological Society of America. Hanavon. "Aging and Social Care". Friends and Neighbors. Dlm.

Pasaran dan Pemodenan Malaysia. .etal. Hubungan Sosial. Wan Ibrahim Wan Ahmad. Abdul Rahman Embong (penyt. / Penjagaan Warga Tua • 103 Wan Ibrahim Wan Ahmad. Tesis Ph.). (1994). Serdang. Universiti Putra Malaysia. Jurnal Antropologi clan Sosiologi 21(91-111). Kelantan.D. (2000). Negara. Fertiliti Penduduk Desa: Satu Kajian di Kuala Balah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Sokongan dan Kesejahteraan Warga Tua: Satu Kajian di Pedesaan Kelantan. Wan Ibrahim Wan Ahmad. Fakulti Ekologi Manusia.Wan Ibrahim. (1999). Penjagaan Warga Tua Pada Abad ke-21: Tanggung Jawab Keluarga atau Pemerintah? Dim.