TEGASAN LENTUR

C 2007 / UNIT 9 / 1

TEORI LENTURAN

OBJEKTIF AM : Mempelajari dan memahami paksi neutral, teori lenturan, tegasan lenturan dan taburan tegasan lenturan.

OBJEKTIF KHUSUS: Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat: Menerbitkan formula Tegasan Lenturan.  Mengira taburan tegasan lentur pada satu-satu keratan.  Melakar taburan tegasan lentur pada satu-satu keratan.

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 9 / 2

TEORI LENTURAN
INPUT 9

9.0

PENGENALAN Di dalam topik 2 anda telah didedahkan apabila rasuk dibeban, ia mengalami momen lentur dan daya ricih pada keseluruhan keratan rasuk. Di dalam unit ini kita akan melihat dengan lebih lanjut berhubung kesan momen lentur sahaja berbanding daya ricih. Apabila rasuk ditindakkan beban pada paksi memanjangnya, ia cenderung untuk melentur dan analisis magnitud lenturan telah dibincangkan dalam topik 2. Apa yang akan ditentukan dalam unit ini adalah tegasan dalaman yang wujud di dalam keratan rasuk tersebut untuk menentang momen lenturan. Tegasan dalaman ini dikenali sebagai tegasan lentur. Teori lenturan merupakan teori yang yang menerangkan tentang tegasan lentur pada satu-satu keratan rasuk.

9.1

TEORI LENTURAN MUDAH Teori lenturan mudah, merupakan suatu teori yang membolehkan analisis berhubung nilai dan agihan tegasan lentur yang berlaku pada mana-mana bahagian keratan rasuk. Sebagaimana yang telah dibincangkan dalam unit 8, tahap lenturan pada bahagian keratan rasuk adalah berbeza, bergantung kepada jarak dari paksi neutral. Lenturan pada paksi memanjang rasuk cenderung mengakibatkan berlaku mampatan dan tegangan pada keratan memanjang. Namun demikian, terdapat beberapa andaian yang perlu diikuti bagi mendapatkan teori lenturan iaitu; (i) (ii) (iii) (iv) (v) Keratan rentas rasuk tetap rata, sebelum dan selepas pembebanan. Bahan rasuk adalah homogen (sejenis) dan mematuhi Hukum Hooke. Modulus keanjalan untuk tegangan dan mampatan adalah sama. Rasuk adalah lurus dan mempunyai keratan rentas yang seragam sepanjang keratan rasuk. Beban mesti bertindak selari dengan paksi tegak keratan rentas rasuk dan berserenjang terhadap paksi memanjang rasuk.

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 9 / 3

Bagi mendapatkan tegasan lentur, pertimbangkan satu rasuk AB yang dibebankan dengan daya luaran sebesar P. Rasuk akan melentur dengan permukaan atas rasuk mengalami mampatan dan permukaan bawah mengalami tegangan.
P A
Lengkung anjal Rajah 9.1 : Lenturan Tulen

B

9.1.1

Penerbitan Formula Tegasan Lentur Pertimbangkan satu unsur kecil, dx bagi rasuk yang mengalami momen lentur. (Rajah 9.2) Akibatnya, bahagian kecil rasuk tersebut akan melentur dengan O sebagai pusat jejari lengkungan.

Paksi neutral

Rajah 9.2 : Teori Lenturan

Di mana; M = Momen  = Sudut lengkungan R = Jejari lengkungan Pertimbangkan;  Filamen PQ berjarak y dari RS, paksi neutral rasuk.  Filamen ini akan termampat kepada P’Q’ selepas lenturan.

Pengurangan panjang bagi filamen PQ:l = PQ – P’Q’

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 9 / 4

sambungan......

δ l Keterikan,  =
l

=

P −P ' Q ' Q -------- (i) P Q

Pertimbangkan bentuk geometri lengkungan pada rajah 9.2(b), didapati dua bahagian OP’Q’ dan OR’S’ adalah sama;


@

P' Q' R−y = R' S ' R

1-

P' Q' R−y =1R' S ' R

dipermudahkan :
R ' S '− ' Q ' P y = P Q R P −P ' Q ' Q y = P Q R

Dari (i) :

∴

y =  R

Dengan itu jelas bahawa keterikan adalah berkadar dengan jarak dari paksi neutral

Diketahui; Tegasan, = Terikan x Modulus Keanjalan = =
y xE R

yx @
σ
y =

E R

E R

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 9 / 5

9.1.1.1 Momen Rintangan Pada bahagian yang awal, telah dibincangkan bahawa lenturan pada rasuk disebabkan faktor tindakan momen pada kedua hujung keratan rasuk. Terdapat tegasan lentur dalam keratan rasuk yang menghasilkan momen rintangan yang sama nilai dengan momen luaran. Pertimbangkan keratan rasuk dibawah. (Rajah 9.3)
P
y

Q

Paksi neutral

Rajah 9.3 : Unsur Keratan Rasuk

Pertimbangkan filamen PQ yang berjarak y dari paksi neutral; Anggap; a = luas filamen PQ Diketahui;  = yx
E R

∴Jumlah tegasan pada filamen ini
 = yx
PQ

E x a R

 Momen filamen PQ terhadap paksi neutral M= y x =
E x a x y R

E . y2. a ---------(i) R

 Nilai y2. a mewakili nilai momen luas kedua filamen terhadap paksi neutral;

∴M =
M = I

E xI R

E R

M = I

σ E = y R

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 9 / 6

9.2

KEDUDUKAN PAKSI NEUTRAL Telah dibincangkan terdahulu, bahawa paksi neutral merupakan satu filamen yang tidak mengalami ubah bentuk akibat lenturan. Filamen ini seolah-olah tidak ditindakkan dengan daya momen lentur. Sebagaimana yang telah dibuktikan dari ‘Teori Lenturan’, tegasan lentur berkadar dengan jarak filamen dari paksi neutral. Semakin jauh filamen dari paksi neutral maka semakin tinggi tegasan lenturan yang di alami. Persoalannya, di manakah kedudukan paksi neutral. Sila imbas kembali perbincangan dalam unit 8, di mana sebarang momen luas diambil terhadap paksi sentroid adalah sifar. Ini menunjukkan paksi neutral sesuatu keratan merentasi paksi sentroid bagi keratan tersebut. Dengan itu, untuk menentukan kedudukan paksi neutral, terlebih dahulu perlu mencari sentroid bagi keratan tersebut .

Pastikan anda kuasai kaedah mencari sentroid, bagi memboleh anda menyelesaikan masalah berhubung tegasan lentur

9.3

TABURAN TEGASAN LENTUR Bagi rasuk tupang mudah, tegasan mampatan berada di atas paksi neutral dan tegasan tegangan berada di bawah paksi neutral. Pada paksi neutral tidak terdapat tegasan lentur. Tegasan lentur maksimum, m terletak pada jarak yang terjauh dari paksi neutral.(Rajah 9.4)

m

N

N 

Rajah 9.4: Taburan Tegasan Lentur

m

Marilah ikuti penyelesaian masalah berhubung tegasan lentur. Sila beralih ke mukasurat seterusnya.

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 9 / 7

PENYELESAIAN MASALAH 9a

Mengira tegasan lentur maksimum dan melakar taburan tegasan

Sebatang rasuk yang ditupang mudah 2m panjang, dikenakan beban teragih seragam 15 N/mm seperti rajah di bawah. Tentukan tegasan lentur maksimum yang berlaku dalam keratan rasuk yang berukuran 30mm lebar dan 70mm dalam. Lakarkan agihan tegasan lentur yang berlaku ke atas keratan tersebut.

15N/mm

70mm

2m

Penyelesaian (i)

30mm

Momen luas kedua sekitar paksi neutral bagi segiempat tepat;
Ipg=

bh 3 12 30 x70 3 12

= =

8.58 x 105 mm4

(ii)

Momen lentur maksimum bagi rasuk tupang mudah dengan beban teragih seragam; Mmak =
wL 2 8 15 x 2000 8
2

=

= 7.5 x 106 Nmm (iii) Tegasan lentur maksimum berlaku pada jarak 35mm dari paksi neutral; 
mak

=

M y I

=

(7.5 x10 6 )35 8.58 x10 5

= 305.94 N/mm2

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 9 / 8

(iv)

Lakaran agihan tegasan lentur
3 6N m 0 /m

2

2 3 6N m 0 /m

PENYELESAIAN MASALAH 9b

Menentukan nilai beban yang boleh ditanggung rasuk

Satu keratan rasuk mempunyai kedalaman 300mm ditupang mudah pada rentang sepanjang 4m. Apakah nilai beban teragih seragam yang boleh ditanggung oleh rasuk tersebut, sekiranya tegasan lentur tidak boleh melebihi 120 N/mm2. [ I = 8 x 106 mm4 ] Penyelesaian Diketahui momen maksimum rasuk tupang mudah dengan beban teragih seragam adalah
wl 2 ; 8 wl 2 M= 8

=

w(4 2 ) = 2w -------------(i) 8

Diketahui;
σ M = y I 120 M = x 8 x 106 150

= 6.4 x 106 Nmm = 6.4 x 103 Nm Dari (i); 2w = 6.4 x 103
6.4 x10 3 = 3.2 x 103 N/m # 2

w =

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 9 / 9

PENYELESAIAN MASALAH 9c

Menentukan tegasan lentur maksimum keratan T

Satu rasuk keluli keratan T , ditupang mudah sepanjang 3m dan menanggung beban teragih seragam 17 N/mm pada keseluruhan rentang. Kirakan tegasan lentur maksimum keratan ini.
100mm

17N/mm

10mm

3m

100mm

10mm

Penyelesaian Langkah-langkah penyelesaian (i) (ii) Tentukan sentroid bagi keratan tersebut. Tentukan momen luas kedua .
Sila rujuk penyelesaian masalah 8g dalam unit 8 bagi penentuan titik sentroid dan pengiraan momen luas kedua.

ymak = 77.5 mm dan I = 23.55 x 105 mm4 (iii) Mengira tegasan lentur maksima Diketahui; Mmak =
wL 2 8 17 x3000 8
2

= Diketahui; mak =

= 19.13 x 106 Nmm
M mak x ymak I 19 .13 x10 6 x 77.5 23 .55 x10 5

=

= 629.54 N/mm2 #

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 9 / 10

PENYELESAIAN MASALAH 9d

Satu rasuk julur 4m panjang mempunyai keratan rentas I. Rasuk ini membawa beban teragih seragam 15 N/mm pada keseluruhan rentangnya. Kirakan tegasan lentur maksimum dan lakarkan taburan agihan tegasan.
60mm 15N/mm 20mm 20mm 100mm 20mm 100mm

Penyelesaian Langkah-langkah penyelesaian (i) (ii) Tentukan sentroid bagi keratan tersebut. Tentukan momen luas kedua .
Sila rujuk penyelesaian masalah 8h dalam unit 8 bagi penentuan titik sentroid dan pengiraan momen luas kedua.

ytegangan = 79.23 mm ; ymampatan = 60.77 mm ; I = 1.285 x 107 mm4 (iii) Mengira tegasan lentur maksima. Diketahui; Mmak = wl 2 2 15 x 4000 =2

2

= 120 x 106 Nmm Diketahui; mampatan maksima =
M mak x ymampatan I

=

120 x10 6 x 60.77 1.285 x10 7

= 567.5 N/mm2

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 9 / 11

 tegangan maksima =

M mak x ytegangan I 120 x10 6 = x 79.23 1.285 x10 7

= 739.9 N/mm2 (iv) Taburan agihan tegasan lentur
739.9N/mm2

60.77mm 567.5N/mm2

SEKIRANYA TELAH BERSEDIA, ANDA BOLEH MENCUBA SOALAN-SOALAN AKTIVITI YANG DISEDIAKAN BERIKUTNYA.

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 9 / 12

AKTIVITI 9

 SEBELUM MENERUSKAN KE INPUT YANG BERIKUTNYA, SILA UJI KEFAHAMAN ANDA.  SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA. 9.1 Padankan lajur 1 dan lajur 2 di bawah.

Lajur 1

( ……) (i) Tegasan dalaman yang wujud di dalam
keratan rasuk tersebut untuk menentang momen lenturan. Lajur 2 A. Teori Lenturan B. Tegasan lentur C. Paksi neutral

( ……) (ii) Teori yang yang menerangkan tentang
tegasan lentur pada satu-satu keratan rasuk.

( ……) (iii) Tahap lenturan pada bahagian keratan rasuk
adalah berbeza, bergantung kepada jarak dari __________ .

( ……) (iv) __________ merupakan satu filamen yang
tidak mengalami ubah bentuk akibat lenturan.

( ……) (v) __________ berkadar dengan jarak filamen dari paksi neutral.

9.2

Satu rasuk mempunyai keratan rentas berukuran 250mm (dalam) x 150mm (lebar) ditindakkan dengan momen lentur maksimum 750 kNm. Tentukan tegasan lentur maksimum dalam keratan rasuk. Sebatang rasuk berkeratan rentas 300mm(dalam) x 100mm (lebar) mengalami momen lentur maksimum 170 Nmm. Tentukan tegasan lentur pada pada jarak 50mm dari permukaan atas rasuk.

9.3

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 9 / 13

MAKLUMBALAS AKTIVITI 9

9.1

(i) (ii) (iii) (iv) (v)

A. B. C. C. B.

Tegasan lentur Teori lenturan Paksi neutral Paksi neutral Tegasan lentur

9.2

Contoh penyelesaian Ix’ =
bd 3 0.15 x 0.25 3 = 12 12

= 1.953 x 10-4 m4

Tegasan lentur maksimum berlaku pada jarak yang terjauh dari paksi sentroid; y=
d 0.2 5 = = 0.125 m 2 2

σ M = y I
 

= =

M .y I

750 x10 3 x 0.125 1.953 x10 −4

= 480 MN/m2 #

9.3

Contoh penyelesaian Ix’ =
bd 3 100 x300 = 12 12
3

= 225 x 106 mm4

Diberi , y = 50mm

=

M .y = I

170 x50 = 3.778 x 10-5 N/mm2 # 225 x10 6

PENILAIAN KENDIRI

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 9 / 14

1.

Satu rasuk keluli T sepanjang 5m ditupang mudah , membawa satu beban tumpu sebanyak 25kN yang terletak 2.5m dari satu hujung. Dapatkan: (a) Kedudukan paksi neutral (b) Momen luas kedua merujuk kepada paksi neutral. (c) Tegasan maksima (nyatakan samada tegangan atau mampatan) (d) Lakarkan agihan tegasan lentur.
25N/mm
50mm 150mm

5m

100mm

50mm

2.

Sebatang rasuk keluli berbentuk H disokong mudah pada kedua-dua hujungnya. Rasuk ini dikenakan beban tumpu 15 kN pada pertengahan rentangnya dan beban teragih seragam 8 kN/m pada keseluruhan rentangnya. Tentukan tegasan lentur maksimum dan lakaran agihan tegasan.
15 kN 8 kN/m 50mm

5mm 3m 95mm

10mm

10mm

3.

Kirakan tegasan tegangan dan mampatan maksimum yang terjadi dalam rasuk berkeratan rentas segiempat tepat berongga dan lukis taburan tegasannya.
5kN/m 8kN 10mm

2.5m

3m

1.5m

10mm

50mm

30mm

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 9 / 15

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

Anda digalakkan membuat rujukan tambahan dan menyemak jawapan dengan pensyarah.

___________________________________________________________ SEKIRANYA ANDA TELAH BERJAYA MENJAWAB DENGAN BETUL, MARILAH BERPINDAH KE UNIT 10

Related Interests