Proses penyelidikan pemasaran 1. Mendefinisikan masalah 2. Mereka bentuk penyelidikan 3. Mengumpul data 4.Menganalisis dan mentafsir data 5.

Menyediakan laporan
Proses yang pertama ialah mendefinisikan masalah. Pada peringkat ini, pihak pemasar akan mengkaji masalah yang mungkin wujud dalam organisasi. Proses ini memerlukan maklumat yang lengkap dan diperolehi dari jualan,keuntungan dan tahap kepuasan pengguna.Pada peringkat ini perlu dibuat dengan betul dan tepat bagi mengurangkan kos dan kelewatan kajian. Proses yang kedua ialah mereka bentuk penyelidikan. Pada peringkat ini, menjurus kepada rancangan pemasaran secara keseluruhan. Rekabentuk penyelidikan yang dicipta seharusnya dapat menepati citarasa pengguna.Perkara yang perlua ada dalam merekabentuk penyelidikan ialah sumber2 data,pendekatan penyelidikan,instrumen kajian,rancangan persampelan dan kaedah perhubungan. Proses yang ketiga ialah mengumpul data. Pada peringkat ini segala data yang diperolehi daripada sumber primer dan sumber sekunder.Sumber diperolehi terus dari responden.Sumber sekunder diperolehi dari majalah,laman web dan laporan terbitan kerajaan dan swasta. Proses yang keempat ialah menganalisis dan mentafsir data.Pada peringkat ini pemasar akan menganalisis dan mentafsir data bagi tujuan membuat kesimpulan dan hipotesis.Organisasi yang menghadapi masalah kekurangan tenaga pakar boleh mengimport tenaga pakar dari luar organisasi.Kaedah yang biasa digunakan untuk menganalisis data ialah sisihan piawai,kod dan multiple regression. Proses yang kelima ialah menyediakan laporan. Pada peringkat ini,proses menyediakan laporan bertulis untuk membentangkannya.Laporan perlu mengutarakan pelan cadangan bagi membantu pembantu pemasar menentukan halatuju fungsi pernagaan. Laporan mestilah jujur,jelas dan boleh difahami.

Penyelidikan pemasaran Pemasar perlu melakukan penyelidikan pemasaran kerana: 1. Tekanan persekitaran 2. Meluaskan pasaran 3. Kos pemasaran yang tinggi 4. Mendapat maklum balas daripada konsumer
.,