EDU 3106 Tutorial minggu 10

Berdasarkan video klip berkaitan kemahiran komunikasi guru, anda dikehendaki berbincang dan memberi pendapat berkenaan kemahiran Komunikasi.

Komunikasi penting dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak harus mengabaikan komunikasi antara guru dengan guru, guru dengan pihak pentadbir, guru dengan ibu bapa dan guru dengan murid. Komunikasi hendaklah berlaku dua hala agar pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Komunikasi juga boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. Dalam video yang ditunjukkan, kami berpendapat bahawa komunikasi adalah penting kerana: 

Guru dapat menyampaikan maklumat dengan tepat dan berkesan kepada murid.  Guru yang mengajar hendaklah sentiasa berkomunikasi dengan murid agar hubungan menjadi erat dan mesra serta mengurangkan salah faham antara satu sama lain.  Guru dapat mengambil berat terhadap muridnya dan memahami kekangan yang dihadapi semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. 



Guru dan murid dapat saling berkongsi maklumat dan berbincang antara satu sama lain. Guru berkomunikasi dengan murid kerana mereka hendak mempengaruhi fikiran, perasaan dan tingkah laku murid -muridnya. Sebagai contoh, seorang guru cuba menukar sikap, tabiat, pendapa t dan tingkah laku murid -muridnya. 

Guru yang berkomunikasi dengan murid dapat mengambil hati pelajar dan dapat mendapatkan perhatian daripada muridnya. 

Dengan cara berkomunikasi mereka boleh berasa bahawa diri mereka diperlukan, dihargai dan penting kepada orang lain. 

Murid dapat mudah memahami apa yang hendak disampaikan daripada guru.  Murid juga dapat saling membantu semasa berkomunikasi antara satu sama lain. Murid dapat berbincang dan memberi pendapat semasa melakukan sesuatu kerja.

EDU 3106 Tutorial minggu 10 

Dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik, pembentukan akhlak, kemahiran-kemahiran tertentu dapat diterap dengan lebih mudah dan berkesan. 

Komunikasi berkesan akan menghasilkan motivasi yang berkesan terhadap murid. 

Apabila menggunakan bahasa yang difahami o leh semua murid, komunikasi dapat memberikan maklumat kepada murid di kelas dan seterusnya menjadikan pengajaran dan pembelajaran berlaku secara berkesan.  Pelajar dapat mengemukakan kesangsian yang berlaku dalam pengajran yang disampaikan dan seterusnya da pat memberi pemahaman dan maklumat yang tepat kepada murid.