MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629

Bincangkan Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Kemelesetan Ekonomi Di Amerika Syarikat Sekitar 1929-1932. Huraikan Usaha-Usaha Yang Dilakukan Oleh Presiden F.D. Rooservelt Bagi Mengatasi Masalah Ini 1. Pendahuluan Perang Dunia Pertama ditamatkan melalui Perjanjian Versailles pada 28 Jun 1919. Akibat perjanjian tersebut, negara-negara Eropah telah dipetakan semula. Manakala Jerman kehilangan wilayah jajahannya dan dipaksa meletakkan senjata, tenteranya dilucutkan senjata dan kapal-kapal dimusnahkan. Rakyat Amerika Syarikat ingin meraikan kejayaan mereka selepas Perang Dunia Pertama. Sekitar 1919-1928, Ekonomi Amerika Syarikat berkembang pesat di mana industri kereta, perfileman budaya yang telah mencorakkan kehidupan masyarakat Amerika memberikan kesan hingga kini. Kemewahan jelas terpancar pada ekonomi Amerika apabila pasaran saham telah meningkat. Sebelum berlaku kemelesetan ekonomi 1929-1932, Amerika Syarikat juga pernah mengalami situasi tersebut pada tahun 1819, 1837, 1873, 1893, 1907 dan 1920-1921. Kemelesetan pada tahun 1929-1932 digelar ambang kemelesetan besar atau 'forestate of great depression 1929'.1 Menurut sejarah ekonomi, Amerika Syarikat tidak pernah mengalami kemelesetan ekonomi seteruk itu. Kadar pengganguran telah jatuh ke tahap 26% iaitu paling teruk pernah berlaku di Amerika Syarikat. Kemelesetan ekonomi ini membawa kesengsaraan kepada rakyat Amerika Syarikat.

1 Great Leinward. 1975. The Pageant of American History. USA: Allyn & Bacon Inc. hlm. 490491.

1

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629

2. Faktor-FaktorKemelesetan Ekonomi 2.1.

Yang

Menyebabkan

Kemelesatan

Pengagihan Kekayaan Yang Tidak Seimbang

Walaupun ekonomi Amerika Syarikat meningkat dengan ketara sekitar 1920an hingga 1928, namun malangnya bukan semua rakyat dapat menikmatinya. Era ini digelar 'the great ilusion' kerana terdapatnya masalahmasalah tersembunyi. Golongan kaya terus menjadi kaya, manakala golongan miskin tidak mendapat sebarang faedah daripada peningkatan ekonomi tersebut. Jurang ekonomi antara rakyat dilihat terlalu luas. Pada tahun 1929 seramai 0.1 peratus keluarga rakyat Amerika Syarikat (24000 keluarga) yang teratas mempunyai pendapatan yang sama dengan 42 peratus (11.5 juta keluarga) di tingkat paling bawah. Lima peratus daripada keluarga Amerika Syarikat yang teratas menerima 30 peratus menerima pendapatan negara , manakala 60 peratus yang terbawah hanya menerima 26 peratus. Mereka yang sama 0.5 peratus mengawal 34 peratus daripada semua simpanan sementara 80 peratus rakyat Amerika Syarikat tidak mempunyai simpanan langsung.2 Jurang perbezaan yang luas ini meninggalkan kesan buruk terhadap ekonomi Amerika Syarikat disebabkan jumlah permintaan jauh berkurangan berbanding dengan jumlah penawaran. Pada tahun 1920an berlaku penawaran barangan berlebihan. Era 1923-1929 juga menyaksikan berlaku purata pengeluaran seorang pekerja bertambah sebanyak 32 peratus dalam bidang pengeluaran, sementara purata upah pekerja hanya meningkat sebanyak lapan peratus. Kadar kenaikan upah yang terlalu rendah berbanding dengan peningkatan
2 John M.Faragher, 1997. Out of Many : The History of American People. New Jersey: PrenticeHall Inc., hlm. 758-759.

2

Kadar kenaikan upah yang terlalu rendah memberi kesan buruk kerana ramai rakyat yang tidak mampu membeli barangan yang memenuhi pasaran. Kebanyakan barang keperluan dibeli secara ansuran. rakyat Amerika Syarikat mula mengamalkan budaya berhutang. Corcoran Department of History. Walaupun ada permintaan. Alamat dalam talian : 3 .3 3 Sharon Murphy. Akibat ketidakmampuan membeli barangan ini. Kuasa permintaan semakin menurun berbanding pengeluaran. ''The Advertising of Installment Plans During the 1920s'' dlm Essays in History. Sekiranya pengagihan pendapatan lebih seimbang. keuntungan syarikat telah meningkat kepada 62 peratus dan dividen meningkat kepada 62 peratus. Universiti of Virginia. Jill 37.MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629 pengeluaran telah membawa keuntungan syarikat yang sangat ketara. Maka terdapat ramailah rakyat Amerika Syarikat yang menganggur setelah dibuang kerja. Apabila barangan yang dikeluarkan tidak ada pembeli sudah tentu kilang-kilang yang dibina akan ditutup. Manakala hanya sebuah keluarga yang mampu mendapatkan bekalan elektrik. Pada tahun 1923 hingga 1929. Jika bekalan elektrik tiada sudah tentu mereka juga tidak memerlukan peralatan elektrik seperti radio atau peti sejuk. Akibat pergantungan kepada segelintir golongan kaya ini yang membelanjakan secara mewah tentunya tidak dapat merancakkan ekonomi negara. Kadar peningkatan pengeluaran adalah lebih tinggi berbanding dengan peningkatan penggunaan barangan yang dikeluarkan. namun lebih ¾ daripada rakyat Amerika Syarikat tidak mampu membeli barangan yang dihasilkan. 1997. Terdapat segolongan kaya yang mempunyai kuasa beli yang tinggi namun mereka hanya membelanjakan kekayaan mereka dalam jumlah yang kecil sahaja. sudah tentu ramai rakyat yang dapat membeli barangan yang dikeluarkan. Pada tahun 1929 hanya sebuah keluarga daripada 6 keluarga mampu memiliki kereta.

edu/journalist/EH/EH37/EH37. Tahap ini semakin serius semasa era kemelesetan besar (1929-19320). radio dan perabot secara ansuran. Pinjaman wang secara melampau berlaku pada era ini bagi membeli saham. Pada tahun 1929. Penggunaan Kredit Secara Melampau Sebelum era perang. Pelabur Amerika Syarikat sanggup membuat spekulasi berlebihan dalam pasaran saham dan dengan ini sangup meminjam wang bagi mendapatkan keuntungan segera. akan tetapi jika dibuat melalui hutang tentunya untuk jangka masa panjang akan membebankan rakyat sendiri.virginia. rakyat Amerika Syarikat membeli barangan kekal secara tunai dan hanya membeli rumah/kereta secara ansuran tidak melibatkan keperluan lain. Pembelian secara kredit ini membolehkan pengguna membeli barangan yang dikehendaki dengan kadar segera dan membantu pengilang memasarkan barangannya. Kegiatan membeli saham ini juga walaupun baik untuk pertumbuhan ekonomi. pengembangan perniagaan dan pembelian peralatan seharian. http://etext.html. Sedikit sebanyak ianya menyumbang kepada kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat sekitar 1929-1932.2. Bayaran secara ansuran ini digalakkan oleh iklan-iklan yang memaparkan rakyat Amerika boleh berhutang untuk memiliki barangan idaman mereka.MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629 2. Namun dalam jangka masa panjang amalannya secara berleluasa membebankan pengguna sehingga meningkatkan hutang ke beberapa bilion dolar. sebahagian besar rakyat Amerika Syarikat membeli kereta. Ianya menyebabkan hutang pengguna meningkat 250 peratus iaitu sebanyak 1 bilion dolar. 4 .

aktiviti haram dan 'insider trading' serta pembelian saham berasaskan margin.3.'' NBER Working Paper. Keuntungan syarikat meningkat dan dengan itu kadar dividen yang diberikan kepada pelabur juga tinggi. Akhirnya pada tahun yang sama berlaku kejatuhan pasaran saham mendadak. Cechetti. Alamat dalam talian : http://papers. April.1.org/papers/W6015 hlm. 1997. kadar kenaikan saham adalah ditahap yang amat membimbangkan.nber.1 5 Amalan membeli saham melalui pinjaman daripada broker.5 juta dolar pada 30 September 1929. Pasaran saham tidak boleh meningkat terus4 Stephen G. hlm.5 bilion dolar pada bulan Januari 1926 kepada 8. Pembelian saham berasaskan margin mula membawa spekulasi berlebihan di pasaran saham. No W6015. Daripada yang direkodkan mata paling tinggi iaitu 381 mata telah jatuh menjunan ke 41 mata sahaja. '' Understanding the Great Depression: Lessons for Current Policy. Kejatuhan Pasaran Saham Kemelesetan besar yang terjadi di Amerika Syarikat ini juga mejangkiti ke seluruh dunia. Bolehlah dikatakan punca utama mengapa terjadinya Kemelesetan Besar ini disebabkan oleh kejatuhan pasaran saham Amerika. Antara faktor utama yang disumbangkan kepada kenaikan pasaran saham ialah aktiviti spekulasi berlebihan. Indeks Dow Jones meningkat 191 mata pada awal tahun 1928 kepada 300 mata pada bulan Disember 1928.4 Ianya terus meningkat sehingga 381 mata pada bulan September 1929. Pinjaman broker yang digunakan bagi menampung spekulasi meningkat daripada 3. Menjelang suku kedua tahun 1929.MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629 2. 5 . Pada tahun 1929 hanya tiga peratus wang sendiri digunakan berbanding wang pinjaman 97 peratus. Hanya pada tahun 1954 barulah indeks mata saham ini melonjak kembali ke paras 381 mata iait selepas 20 tahun.5 Pada tahun 1920an pasaran saham di Amerika Syarikat menjadi tumpuan pelabur kerana pulangan yang dijanjikan begitu baik.

Jelas sekali faktor kejatuhan saham menjadi punca utama berlaku krisis ekonomi Amerika Syarikat 1929-1932. 2. Ianya telah memburukkan lagi keadaan ekonomi Amerika Syarikat yang sudah tidak stabil lagi. Semasa Perang Dunia Pertama. Amerika Syarikat menjadi pembekal utama makanan kepada negara-negara yang berperang. Teknologi pertanian telah dibangunkan bagi meningkatkan hasil pengeluaran. Pada 29 Oktober 1929 yangdigelar 'black tuesday' lebih kurang 16. 6 . Pada 24 Oktober 1929 berlaku kecemasan dalam pasaran saham apabila harga saham jatuh dengan teruk sekali.5 juta saham telah bertukar tangan.MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629 menerus. Namun usaa tersebut gagal.Morgan & Co bersama syarikatsyarikat besar untuk membentuk tabungan berjumlah 240 juta dolar bagi membeli saham salam usaha menstabilkan kembali pasaran saham.4. Namun selepas perang. Satu usaha telah dilakukan oleh J. Ketidakseimbangan Antara Industri Pekilangan Dengan Sektor Pertanian Kerajaan Amerika Syarikat semasa itu lebih mengalakkan industri baru pekilangan berbanding sektor pertanian. negara-negara Eropah mula membangunkan industri pentanian mereka dan tidak lagi mengimport hasil pertanian daripada negara Amerika Syarikat. Sekatan imigrasi telah menyebabkan tenaga buruh sukar di dapati dan telah mengurangkan jumlah pengguna barangan. Industri pekilangan mencatatkan keuntungan tetapi sektor pertanian mengalami masalah.P. harga purata 50 stok utama jatuh sebanyak 40 peratus akibat tekanan jualan. Ramai pelabur merasa kecewa dengan situasi tersebut dan mereka kehilangan wang dengan banyak sekali.

Sedangkan kedua-dua industri ini pula bergantung kepada penggunaan yang terhad. 7 . kedua-kedua industri ini mengalami kemerosotan serta segala industri berkaitan dengan turut merosot. tanahnya yang ringan dan angin yang kuat memudahkan berlakunya ribut debu yang dasyat. Oklahoma.5.6 Petani mula meminta bantuan kerajaan bagi menyelesaikan kesan bencana alam ini. Kemarau menyebabkan kawasan pertanian yang subur menjadi 'mangkuk debu' terutamanya di Texas.Missouri dan Arkansas. Pengguna hanya mampu membeli sejumlah kereta dan radio tertentu sahaja. 2. Namun usaha tersebut gagal membendung kemelesetan ekonomi malah memburukkan lagi keadaan. bahagian hujung Texas dan kawasan yang kecil.MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629 Ekonomi Amerika Syarikat terlalu bergantung kepada perkembangan dan perluasan industri perkilangan dan pertanian bagi mencapai pertumbuhan ekonominya. 6 '' Mangkuk Debu'' `ini terdiri daripada Oklahoma. Akhirnya ekonomi Amerika Syarikat juga meleset selari dengan industri pertanian yang terlebih dahulu telah meerosot. Apabila permintaan terhadap kereta dan radio menurun. Presiden Hoover mengambil langkah menubuhkan Badan Perladangan Persekutuan dengan tabung sebanyak ½ bilion dolar Amerika. Kesan Bencana Alam Bencana alam telah terjadi di Tanah Pamah Besar Amerika yang mengakibatkan pengeluaran telah berkurangan.

7 Milton Friedman dan Anna Scwartz dalam buku bertajuk A Monetary 7 Ibid. Hamiliton dan lain-lain (1987) faktor kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat adalah kerana Sistem Rizab Persekutuan yang diperkenalkan dikatakan gagal memainkan peranannya terutamanya berkaitan polisi kewangan. Dasar-dasar yang diperkenalkan melalui Sistem Rizab Persekutuan telah memburukkan keadaan di mana Adolf Miller. Menjelang 1929.MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629 2. Kenyataan yang mengelirukan dari pegawai-pegawai kerajaan termasuk Presiden Herbert Hoover sendiri telah memburukkan lagi keadaan. Sistem Rizab Persekutuan tidak menentu dalam penawaran wang negara. Presiden Bank Rizab Persekutuan bersama-sama dengan Presiden Herbertb Hoover pada lewat 1928 mula mengambil langkah menurunkan pasaran saham.4. Antaranya ialah tidak membenarkan bank memberi pinjaman bagi tujuan pembelian saham dan sekali gus meningkatkan kadar faedah bagi pinjaman broker. 8 . Kongres Amerika Syarikat juga gagal memainkan peranan dengan mengalih kemerosotan ekonomi kepada kemelesetan besar apabila mereka mengambil keputusan meningkatkan tarif dengan begitu tinggi sehingga menyekat perdagangan antarabangsa dan juga mengenakan cukai pendapatan dua kali lebih tinggi daripada sebelumnya. hlm. Menurut Friedman dan Shwartz (1963) . Pengenalan Sistem Rizab Persekutuan (Federal Reserve System) Ramai rakyat Amerika yang percaya bahawa kejatuhan saham bukanlah faktor utama berlakunya kemelesatan besar sekitar 1929-1932..6. mereka meningkatkan kadar faedah dengan begitu tinggi sehingga menyekat peningkatan ekonomi dan berlaku pengurangan penawaran wang sebanyak 1/3 antara 1929-1933.

Pada tahun 1933 jumlah penganggur meningkat kepada 12. Ramai pekerja yang diberhentikan kerja atau gagal mendapat pekerjaan kecewa dan ada yang membunuh diri menyebabkan berlaku pula krisis sosial di Amerika Syarikat.6 juta orang. 1867-1960 berpendapat bahawa krisis atau kecemasan perbankan yang berlaku sebanyak 4 kali sebagai faktor utama berlakunya kemelesetan yang teruk. Ianya merupakan kegagalan paling besar dalam sejarah Amerika Syarikat. Pada tahun 1930 sebanyak 1352 buah bank dengan jumlah simpanan 853 juta dolar telah ditutup. Sistem perbankan tidak teratur menyebabkan banyak bank yang bankrap iaitu 761 buah bank antara bulan November 1930 hingga bulan Januari 1931 termasuk yang dterajui oleh New York City Bank of The United States. krisis yang berlaku pada akhir 1930an dan awal 1931 terutamanya telah mengalih kemerosotan menjadi kemelesetan besar apabila perasaan takut akibat kegagalan industri pertanian mula tersebar ke seluruh negara. 9 .2 juta pekerja atau 9 peratus pekerja menganggur dan jumlah ini naik dua kali ganda pada tahun 1931. Pada tahun 1930 Jabatan Buruh menganggarkan 4. Manakala pada tahun 1931 2294 bank dengan jumlah simpanan 1700 juta dolar mengalami nasib sama.MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629 History of the United States. Sistem perbankan yang semakin rapuh pada tahun 1929 sebanyak 659 buah bank degan simpanan sebanyak 200 juta dolar telah ditutup. Menurut mereka. Kesan penutupan bank-bank tersebut menyebabkan berlakunya pengangguran.

hlm. Imbangan Pembayaran Asing Sebaik sahaja Perang Dunia Pertama tamat.7.8. 8 John D.Hicks. 10 . Segala permasalahan yang berlaku meninggalkan kesan yang hebat terhadap keyakinan pengguna apabila permintaan pengguna menurun dengan teruk sekali. Amerika Syarikat telah mengenakan tarif yang tinggi kepada bayaran balik hutang-hutang luar tersebut yang telah mengakibatkan penyekatan pengembangan perdagangan sehingga ke peringkat dunia. Kebanyakan negara yang selepas perang telah mengurangkan import daripada Amerika Syarikat bagi membangunkan semula ekonomi sendiri.MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629 2. New York: Harper & Row. Ekonomi Amerika Syarikat mengalami tamparan yang hebat. banyak negara Eropah yang berhutang dengan Amerika baik di pihak Bersekutu ataupun Paksi yang tidak mampu membayar hutang mereka diakibatkan kemusnahan ekonomi selepas perang. Republican Ascendancy: 1929-1932.10. kemelesetan ekonomi yang dihadapi oleh sesebuah negara itu terjadi apabila negara itu meninggalkan 'standard emas'.8 Negara-negara seperti Britain (1931) telah mengalami pengecutan ekonomi yang lebih rendah berbanding Amerika Syarikat (1993) dan Perancis (1936). Penggunaan barangan tempatan berbanding import telah menyekat perdagangan luar Amerika Syarikat. Penggunaan 'Standard Emas' Menurut Bernanke dan James (1991) dan Bernanke (1995). 1960. 2.

Kemelesetan besar memberi banyak pengajaran dan kesedaran kepada rakyat Amerika Syarikat.MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629 3. Rakyat Amerika Syarikat 11 .Rooservelt Bagi Mengatasi Kemelesetan Masalah Kemelesetan Ekonomi Sekitar 19291930.D. Segala keperitan hidup dirasai iaitu hampir 13 juta orang menggangur. Usaha-Usaha Yang Dilakukan Oleh Presiden F.D. lebih 5000 buah bank ditutup dan beratusratus orang beratur di institusi kebajikan untuk mendapatkan makanan secara percuma. Kaedah tersebut menjadi ikutan sehingga ke hari ini untuk mengawal perjalan ekonomi negara Amerika Syarikat. perana kerajaan sebagai punca utama keadaa itu berlanjutan sebegitu lama..D. F. 4. Keadaan ini menjadi titik hitam dalam sejarah Amerika Syarikat dan menjadi mimpi ngeri kepada rakyat mereka. Seterusnya jalan-jalan penyelesaian telah dicuba untuk memulihkan ekonomi negara.Roservelt bagi mengatasi kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat sekitar 1929-1932. Selepas pilihan raya 1932. Namun ramai yang berpendapat. rakyat Amerika Syarikat masih keliru dan mula mencara hala tuju baru untuk masa depan mereka. Faktor-faktor yang membawa kemelesetan besar saling bergatungan. Kemelesetan Besar ini telah meninggalkan kesan besar dalam pembentukan negara bangsa Amerika Syarikat. Kesimpulan Mengenai Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Kemelesetan Ekonomi Di Amerika Syarikat Sekitar 1929-1932.Roservelt telah berjaya memulihkan kembali ekonomi Amerika Syarikat melalui sebuah rancagan yang dikenali sebagai 'Penyelesaian Baru'. Selepas ini tentunya akan dihuraikan pula usaha-usaha yang dilakukan oleh Presiden Franklin Delano Roosevelt atau dikenali F.

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629 kurang mempercayai Parti Republikan kerana parti tersebut gagal membawa keluar masalah kemelesetan besar yang melanda. Beliau juga mengatakan akan mendapatkan kebenaran Kongres untuk memberikan beliau kuasa eksekutif yang besar agar dapat berperang melawan darurat sama seperti kuasa yang akan diberikan sekiranya negara Amerika dicerobohi musuh. Penyelesaian baru merangkumi tiga aspek penting iaitu : R Relief (Bantuan) Memberi bantuan kewangan dan makanan kepada rakyat 12 . Lawan Parti Republikan tentunya Parti Demokrat yang telah melahirkan seorang tokoh yang dipercayai bertanggungjawab memulihkan ekonomi Amerika Syarikat selepas 1932. Gabenor Franklin Delano Rooservelt (selepas ini diringkaskan FDR)bersama-sama John Nance Gardner. Penyelesaian yang diperkenalkan oleh FDR dipanggil Penyelesaian Baru. FDR telah mengambil peluang itu dengan memberikan satu ucapan yang memberikan harapan baru kepada rakyat untuk bangun memulihkan kemelesetan ekonomi yang melanda. Beliau telah menyatakan kepentingan demokrasi dan ekonomi kapitalis dengan memberi keyakinan kepada rakyat. FDR juga memperolehi majoriti dalam Dewan Senat dan Dewan Perwakilan. Sebaik sahaja dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat. FDR dan Gardner memperolehi kemenangan besar dalam pilihanraya 1932. Pelan perubahan yang dijanjikan dalam pilihanraya telah dilaksanakan dengan cepat oleh FDR. Pemasyuran FDR sebagai Presiden Amerika Syarikat diadakan pada bulan Mac 1932. Speaker Dewan Perwakilan Texas telah mengemukakan cadangan-cadangan bernas bagi mengatasi masalah kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat sekitar 1929-1930.

Terdapat persamaan ketara antara idea ekonomi Keynes dengan Penyelesaian Baharu. Pasukan elit ini terdiri daripada beberapa profesor ekonomi daripada Universiti Columbia iaitu Raymond Moley (1886-1975). Badan penasihat tidak rasmi ini diberi tugas membentuk falsafah Penyelesaian Baharu. manakala R ketiga adalah satu revolusi jangka panjang yang berkekalan dalam kehidupan rakyat Amerika Syarikat.1. Keynes tidak menyokong ekonomi 'laissez faire' dan 13 . Rexford Tugwell (1891-1979) dan Adolph A. Revolusi ini merupakan revolusi tanpa pertumpahan darah yang telah membawa pembaharuan yang menyentuh segala aspek kehidupan rakyat Amerika Syarikat. R Recovery (Pemulihan) Mencari jalan memulihkan semula ekonomi yang terjejas akibat Kemelesetan Besar. 4. (1895-1971). Pembentukan 'Brain Trust' 'Brain Trust telah dibentuk oleh FDR sebagai penasihat ekonominya. Terdapat para sejarawan dan ahli ekonomi FDR yang terpengaruh dengan penasihat ekonomi British yang terkenal iaitu John Maynard Keynes (18831946).Berlie Jr.MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629 Amerika Syarikat yang berada dalam kesusahan. Langkah pertama yang dilakukan oleh FDR bagi memulihkan ekonomi Amerika Syarikat ialah membentuk 'Brain Trust'. Aspek 2 R pertama merupakan tindakan sementara. R Reform (Pembaharuan) Merancang pembahuruan bagi mewujudkan satu sistem sosial dan industri yang dapat dikawal dan seterusnya menjamin keselamatan mereka yang menjalankan perniagaan dan memerlukan pekerjaan.

2.MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629 menganjurkan satu sistem kapitalis yang diubahsuai. Antara langkah yang telah diperkenalkan oleh FDR ialah mengistiharkan cuti bank di peringkat kebangsaaan dan memanggil sese khas Kongres pada 8 Mac 1932 bagi memperincikan krisis perbankan dan membentangkan cadangan perundangan kecemasan perbankan. Kabinet FDR merupakan gabungan antara golongan konservatif dan golongan proreformasi seperti Setiausaha Pertanian. Pembahuruan ekonomi yang diperkenalkan mengambil masa 100 hari yang bermula pada 9 Mac 1932 dan tamat pada 16 Jun 1933. Akta Kecemasan Perbankan (Emergency Banking Act) telah diluluskan dan bank akan ditutup selama tiga hari bagi mengelakkan kehabisan wang. Dengan bantuan Badan Penasihat Ekonomi ini. ahli-ahli bank dan broker yang mementingkan keuntungan peribadi daipada keuntungan kepada keseluruhan rakyat. Memulakan Pembaharuan Ekonomi Penyelesaian Baharu merupakan idea yang menyokong campurtangan kerajaan dalam menentukan kebajikan para peniaga. ahli bank. Kerajaan memainkan peranan penting bagi meningkatkan ekonomi disamping mengawal ekonomi.Wallace (18881965). Undang-Undang telah diluluskan bersifat sementara untuk cuba melepaskan Amerika Syarikat daripada kemelesetan yang teruk. Undang-Undang ini sangat berkesan kerana ianya memberi ruang kepada pihak 14 . Perbelanjaan kerajaan perlu diteliti bagi mengelakkan inflasi. FDR telah memulakan reformasi ekonomi dengan mencari punca krisis kewangan seperti penyangak mata wang. Kerajaan perlu campurtangan untuk menyelamatkan sistem ekonomi kapitalis. buruh dan termasuk para penggangur. Henry A. petani. 4.

. Bursa Saham dan para broker tertakluk di bawah undang-undang Suruhanjaya Sekuriti ini. Beberapa kod perniagaan telah ditetapkan bagi mengawal bidang perniagaan dan akhirnya langkah-langkah yang dilakukan oleh FDR bagi memulihkan ekonomi I ni telah berjaya menghapuskan penggunaan buruh kanak-kanak dan menentukan jam maksimum bagi pekerja industri iaitu selama 40 jam semingu. Bank Rizab Persekutuan juga ditubuhkan bagi mengawasi urusan bankbank. FDR telah melakukan usaha-usaha bagi mendekatkan peranan kerajaan dengan syarikat perniagaan demi kebaikan rakyat. Melalui Akta Perbankan Glass-Steagall. Pada peringkat awal akta ini berjaya memulihkan bidang perniagaan di Amerika Syarikat. Bagi bank-bank yang hampir bankrap. pemulih-pemulih persekutuan telah mengawal dan menyusun semula pentadbiran bank-bank tersebut. Bagi tujuan mengawal pasaran saham daripada dimanipulasi pihak berkepentingan. kerajaan Amerika Syarikat menubuhkan Syarikat Simpanan Insurans Persekutuan bertujuan melindungi dan menjamin keselamatan wang simpanan di syarikat kewangan. FDR juga telah mengasingkan bank perdagangan dengan bank pelaburan di Amerika Syarikat. Kongres mengangap Akta ini sebagai langkah darurat. FDR telah menubuhkan instutusi yang dipanggil Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran melalui Akta Sekuriti pada tahun 1933. Kebanyakan bank telah dibuka semula dan para penyimpan berasa lega dan mereka tidak berlumba-lumba mengeluarkan wang mereka.MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629 bank untuk menukar aset kepada wang tunai. Agensi Pemulihan Kebangsaan telah ditubuhkan untuk mengeluarkan lesen-lesen perniagaan. 15 . Para penyimpan merasa selamat walaupun jika bank bankrap. FDR juga telah memperkenalkan Akta Pemulihan Industri Kebangsaan bagi menggalakkan pemulihan industri kebangsaan.

Pada masa itu terdapat 12 juta rakyat Amerika Syarikat yang menganggur. CCC dibawah arahan tentera telah melakukan perkara yang baik seperti memberikan pekerjaan menanam pokok bagi menyediakan hutan untuk generasi akan datang disamping memelihara tanah dan punca air. CCC ditubuhkan untuk memberi pekerjaan sementara kepada kaum lelaki yang berusia antara 17 hingga 28 tahun yang tiada pekerjaan. Pentadbiran Bantuan Kecemasan Persekutuan (FERA). Agensi terlibat ialah Pertubuhan Pemulihan Awam (CCC). Pentadbiran Belia Kebangsaan ditubukan bagi membantu lebih 4 16 .daging. Melalui Kongres FDR telah menubuhkan pelbagai agensi bagi menyelaraskan kerja-kerja kebajikan. FERA pula menyediakan sumber kewangan kepada komuniti tempatan untuk mengurangkan tekanan di kawasan yang paling miskin. Menyelesaikan Masalah Pengangguran Semasa permulaan FDR menjadi Presiden Amerika Syarikat. taman dan sekolah. perpustakaan. CWA dan PWA telah menyediakan peluang pekerjaan bagi mereka yang berupaya melalui projek-projek kerajaan seperti membina lebuh raya. bekalan air.MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629 4. WPA berjaya mengambil lebih daripada 8 juta pekerja dari tahun 1935 hingga 1945. Lebih kurang 3 juta dolar wang rakyat telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk membeli beribu-ribu tong gandum.3. Mereka dilantik selama 6 bulan dan akan dibenar mendaftar semula selepas tamat 6 bulan. Pentadbiran Kerja Raya Awam (PWA) dan Pentadbiran Kemajuan Kerja (WPA). beliau telah menjanjikan bahawa tiada sesiapa pun di Amerika Syarikat yang akan menghadapi kebuluran. dan keju supaya mereka yang miskin tidak akan kelaparan.

4. Mereka diberi bantuan dari segi kemudahan belajar di sekolah-sekolah tinggi dan kolej disamping berkerja sambilan yang berjaya memperolehi pendapatan 10 dolar hingga 20 dolar sehari. Gerakan Profesif telah dilancarkan bagi menggalakan pekerja menyertai kesatuan sekerja bagi memperjuangkan hakhak mereka. Beliau juga tidak lupa melakukan tanggugjawab sosial dengan menubuhkan Akta Sekuriti Sosial 1935 bagi meyendiakan pencen kepada orang tua yang memerlukan 75 dolar sebulan bagi meneruskan kehidupan di hari tua. Bantuan ekonomi juga diberikan kepada golongan kulit hitam melalui WPA. Memberi Bantuan Kepada Pemilik Rumah Pihak Kongres telah menubuhkan Syarikat Pinjaman Pemilik Rumah pada tahun 1933 bagi melindungi pemilik tanah yang telah memajakan rumak mereka. Hubungan antara majikan dengan pekerja telah dipereratkan bagi meningkatkan poduktiviti pekerja. Menyediakan Keselamatan Sosial Semasa usaha-usaha dilakukan oleh FDR untuk memulihkan ekonomi.5. Manakala golongan kulit hitam pula telah dilantik memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.4.000 17 . Insurans penggganguran juga dibuat bagi memberi jaminan kewangan kepada pekerja jika mereka dibuang kerja. Golongan kulit hitam Amerika Syarikat jelas telah beralih daripada menyokong Parti Republikan kepada Parti Demokrat yang dipimpin oleh FDR.MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629 juta golongan belia yang berusia lingkungan 16 hingga 25 tahun. Agensi ini telah berjaya mengambilalih pajakan rumah lebih kurang 300. 4. Usaha-usaha yang dilakukan oleh FDR ini telah berjaya menghapuskan masalah pengangguran.

Melalui Penyelesaian Baharu ini. 4. Pentadbiran Pemulihan Pertanian ditubuhkan.7. 4.6. Petani juga diberi peluang menjual lebihan tanaman kepada Pentadbiran Pemulihan Pertanian atau meminjam daripada agensi tersebut.MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629 pemilik. Masalah petani diambil berat oleh kerajaan. Manakala Akta Peminjaman Semula Pemilik Rumah pada tahun 1934 telah berjaya membantu beribu-ribu keluarga di bandar dan desa. Akta Persekutuan Perdagangan 1934 pula memberi hak kepada Setiausaha Negara membuat persetujuan perdagangan dengan negara-negara asing supaya petani dapat menjual barangan mereka di luar negara. 18 . Menubuhkan Pentadbiran Lembah Tennessee (TVA) Rancangan Pentadbiran Lembah Tennessee (TVA) telah meninggalkan kesan jangka panjang kepada rakyat Amerika Syarikat. Akta ini membenarkan agensi di atas memberi pinjaman kepada pemilik rumah yang menghadapi masalah membayar pinjaman mereka. Memberi Bantuan Pertanian. Sebelum ini para pemilih rumah terpaksa menanggung faedah tinggi iaitu sebanyak 6 peratus setahun. Sebagai contoh penamam kapas diberi bantuan seperti mengurangkan cukai eksais. Akta Pinjaman Ladang Persekutuan 1933 telah menyediakan wang bagi pajakan ladang pada kadar harga yang rendah. FDR juga telah membaiki kehidupan petani dengan memberikan pelbagai isentif. Harga barang pertanian telah dikawal dan satu akta telah dibuat iaitu Akta Pemulihan Pertanian. FDR telah memberikan sokongan kuat terhadap usaha untuk pemuliharaan tanah dan kawalan banjir. masalah pertanian seperti hakisan tanah dan tanaman tidak subur telah berjaya diatasi.

5. FDR telah menjalankan pemulihan fizikal terhadap sumber-sumber asli negara. Bantuan kawalan banjir diperkenalkan dan satu janakuasa elektrik telah dibina semasa Perang Dunia Kedua di Sungai Tennessee yang telah membekalkan kuasa elektrik yang murah kepada rakyat Amerika Syarikat. Misssisipi. FDR juga mengadakan program pemulihan ekonomi di luar bandar.MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629 Lembah Tennessee merupakan tempat yang paling subur di Amerika Syarikat. Isu pekerjaan. pemulihan manusia seperti keselamatan individu dan FDR juga berjaya melalui program bantuan kerajaan untuk membantu kebajikan rakyat. Alabama Georgia. Nort Carolina dan Virginia. Ia merangkumi Tennessee. FDR berjaya membawa keluar masalah kemelesetan ekonomi sekitar tahun 1929-1932. Semua aktiviti kehidupan rakyat boleh dibuat selepas mendapat bekalan elektrik melalui program TVA ini. Kesimpulan Adalah jelas sekali Pembaharuan Baharu yang dibawa oleh FDR ini telah mempamerkan ada kesinambungan sejarah dan tradisi Amerika Syarikat. Program-progran bantuan kepada rakyat diutamakan seperti pemberiaan pencen untuk orang tua. Kawasan ini kaya dengan sumber asli dan mempunyai bekalan air yang banyak. Bermula dengan perundangan bantuan kecemasan. kesihatan dan kebajikan dititikberatkan oleh FDR. 19 . bantuan kepada golongan wanita dan kanak-kanak. Kentucky. FDR sentiasa berusaha mengembalikan keyakinan rakyat Amerika Syarikat terhadap demokrasi dan membuktikan keupayaan rakyat Amerika Syarikat mengatasi krisis dalam dan luar negara.

Kesan daripada kemelesetan ekonomi telah mengubah peranan kerajaan Amerika Syarikat buat selama-lamanya. peti ais. Rakyat Amerika Syarikat mendapat insipasi daripada penyiaraan radio dan filem-filem Hollywood yang membangkitkan sikap positif di kalangan rakyat. Rakyat telah mendapat keyakinan tinggi untuk berjuang bersama kerajaan untuk membebaskan Amerika Syarikat dari krisis ekonomi yang teruk tersebut. Akhir sekali. televisyen dan lain-lain. FDR telah membawa dasar ekonomi kapitalis kepada monopoli kepada dasar 'welfare state capitalism'. 20 . dilihat kemelesetan ekonomi yang melanda Amerika Syarikat sekitar 1929-1932 telah membawa kepada dimensi baru pentadbiran kerajaan yang sebenar untuk membantu rakyat dan negara membina maruah sebuah negara.MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629 FDR juga berjaya melalui programnya mengembalikan keyakinan pengguna di Amerika Syarikat. Konsep ekonomi yang diamalkan perlu dilihat sama rata bagi mengelakkan sekali lagi negara Amerika Syarikat terjerumus masalah kemelesetan. namun selepas berlaku kemelesatan ekonomi FDR telah memperkenalkan beberapa akta yang menyekat monopoli kekayaan rakyat. Pembahuruan ekonomi yang dilakukan meninggalkan kesan dan memberi inovasi kepada rakyat. Dari sudut politik Pembahuruan ini telah mengukuhkan kuasa kerajaan dan ada kecenderungan pemusatan kuasa di peringkat Persekutuan. Peningkatan penggunaan eklektrik akibat program TVA membawa kepada peningkatan penggunaaan barangan elektrik seperti radio. Sebelum ini Amerika Syarikat berbangga dengan amalan pasaran ekonomi bebas.

http://papers.nber. 1995. Robert. Hastedt. USA. Republican Ascendancy: 1929-1933. Present. 9).html. Roservelt and American Foreign Policy. New Jersey : Prentice-Hall Inc. New York : Harper & Row. Roservelt : A Rendezvous With Destiny. Boston : Littke. Glenn P.org/wiki/Great_Depression. 6). : Random House. Future. 1988.wikipedia. 1990 . Franklin D. Jean Edward Smith. Franklin D. 2005. The World of Depression 1929-1939. American Foreign Policy : Past. http://en. Freidel. 8). 2). Syakila Yacob. Dallek. 21 . 5).org/fdr/fdr. 2008. FDR. 4).MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629 SENARAI RUJUKAN 1). Kindleberger. John D. Amerika Syarikat Pembentukan Negara Bangsa. New York : Oxford Universiti Press. Kuala Lumpur : Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka. Hicks. 1960. 1932-1945. Frank. 3). 1973. 7). Brown. London : MacMillan & Co. Charles P.

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629 22 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful