Falsafah Pendidikan Islam Sebelum kita meninjau Falsafah Pendidikan Islam, adalah lebih elok diperincikan dahulu tentang

Falsafah Islam itu sendiri dan juga asal perkataan falsafah. Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani Kuno, dan dalam pengertian yang bebas ia bermaksud "Cintakan Hikmah"(Al -Syaibany, 1991) Hikmah ialah satu pandangan dan fikiran yang tinggi atau jauh serta matang. Pengamatannya tidak dapat dicapai oleh pengetahuan biasa. Dalam Oxfort Dictionary (1982) ditakrifkan falsafah sebagai: "Seeking after wisdom or knowledge especially that which deals with ultimate reality, or with the most general causes and principles of things and ideas and human perception and knowle dge of them, physical phenomena and ethics" Jadi, falsafah merupakan satu usaha untuk mencari kebenaran, (seeking the thruth), dan kebenaran itu sebenarnya hanya Allah. Kalau kita cuba mencari erti hakikat hidup, maka ini adalah falsafah. Hakikat hidup yang sebenar hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Yang kita tahu berdasarkan apa yang diberitahu oleh Allah, maka itulah yang benar dan mutlak. Yang kita fikirkan sendiri menjadi falsafah kita dan tidak bersandarkan kepada kitab Allah, maka itu tid akalah sebenar, ia tidak mutlak dan ianya bersifat relatif. Sebab itu bermacam-macam falsafah timbul hasil pemikiran manusia. Seperti Liberalisme, Idealisme, Asetisme, Eksistensialime, Hedonisme, Kapitalisme, Kommunisme dan banyak lagi. Jika falsasfah itu berpunca daripada Allah atau wahyu, maka ia akan sama sahaja perinsipnya dan juga matlamatnya. Falsafah Islam ialah falsafah yang berteraskan wahyu, iaitu Al -Quran dan AsSunnah. Jadi apabila seseorang Islam yang faham Islam membincangkan mengena i falsafah, tidak kira sama ada falsafah hidup atau falsafah pendidikan atau pun yang lain-lain, perbincangannya tidak akan lari daripada prinsip dan matlamat Islam. Sebaliknya, seorang Islam yang tidak memahami hakikat Islam, malah ia telah lebih dahulu mendalami falsafah lain daripada Islam, menjadi sangat susah ia menerima falsafah Islam. Malah falsafahnya yang dikatakan Islam itu dalam banyak hal bertentangan dengan kehendak Islam. Jika falsafah itu diertikan dengan "cintakan hikmah atau kebenaran " maka falsafah Islam bererti cintakan hikmah atau kebenaran yang berasaskan ajaran Islam. Dan ajaran Islam itu bersumberkan wahyu, iaitu Al -Quran dan As-Sunnah. Failasuf Islam dari setiap zaman, apabila membincangkan tentang falsafah biasanya mereka tidak akan lari daripada soalan -soalan berikut sebagai asas perbincangan, iaitu: Siapa anda (apa hakikat diri anda)? Dari mana anda datang? Kenapa anda berada di sini (alam dunia)? Kemana anda akan pergi? Apa tujuan hidup? Dan apakah hakikat mati? (Yaljin, 1991).

Falsafah Pendidikan Islam pula ialah falsafah pendidikan yang berteraskan ruh Ialam. Jadi. 30 Al-Baqarah. Jadi ilmu ini tentulah ilmu ya ng benar. kemudian mereka akan mati dan akan dipersoalkan tentang tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh Allah. 1991). kemahiran. pengalaman dan sebagainya. Setelah berusaha mencari dan berfikir berdasarkan wahyu. Sheikh Muhammad Abduh pula berkata bahawa "Hikmah itu ialah memahami sesuatu tentang rahsia dan faedahnya". Ini termasuklah ilmu. Orang yang mempunyai hikmah mempunyai pandangan yan g jauh. Falsafah Islam cuba mencari hakikat manusia dan alam semesta ini. Ia bermaksud orang yang mahir dalam sesuatu bidang dan melakukannya dengan cukup baik dan halus (Muhammad Nasir. Bila ia dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan ba ik maka jadilah ia insan yang so leh. Ini berdasarkan ayat 269 surah al -Baqarah. dan ia disebut Falsa fah Pendidikan Islam (Al-Syaibany. yang mana setelah menjalani pendidikan beberapa lama akan lahir seorang insan yang kenal dirinya. iaitu ilmu yang tinggi martabatnya. Mengikut Muhammad Nasir (1978) hikmah di sini bermaksud mengenal golongan. 1978). Dalam versi yang lain Muhammad Abduh mengatakan bahawa "Hikmah itu ilmu yang benar yang menjadi pengerak untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang berfaedah" Orang yang mempunyai hikmah ini digelar "Hakeem". maka dapat dirumuskan bahawa manusia dijadikan oleh Allah untuk hidup di alam ini sebagai hamba dan khalifah. iaitu falsafah Islam untuk pendidikan. pandai berkawan sama ada dengan orang Islam atau pun bukan Islam. kerana ilmulah penyuluh untuk mengenal sesuatu. Untuk memahami sesuatu tentulah memerlukan ilmu. maksud daripada Falsafah Pendidikan Islam ialah menyediakan manusia dengan dan ilmu pengetahua n yang cukup agar ia kenal akan dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya. Adakalanya hikmah itu bermaksud ilmu. kenal Tuhannya. bertamadun. serta mengetahui cara untuk menjalankan atau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah. Hikmah ada kalanya bermaksud bijaksana (surah An-Nahli 125). nilai. bukan setakat lima atau enam puluh tahun ke hadapan. faham tujuan Allah jadikan segala yang ada. tetapi sampai ke alam akhirat. Antara perkara yang penting yang difokuskan oleh falsa fah pendidikan Islam ialah: . 172 Al-A`raf dan lain-lain. Ini jelas seperti cerita Luqman al-Hakeem di dalam Al-Quran.Perkataan hikmat disebut beberapa kali di dalam Al -Quran dengan maksud yang berbeza mengikut qarinah ayat berkenaan. Ini adalah berdasarkan kepada ayat-ayat 55 surah Az-Zariyat. Ahli falsafah pendidikan Islam atau failasuf pendidikan Islam ialah orang yang berusaha berfikir mencari apakah perka ra-perkara yang perlu dimasukkan ke dalam kurikulum pendidikan. mengetahui hukum -hukum Allah dan mengamalkannya. 72 Al-Ahzab.

Pendidikan Rohani. emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pendidikan Akal. Asas penting dalam cara hid up mengikut . Pendidikan Kepimpinan. rohani. Pendidikan Akhlak. Pendidikan Keibubapaan. Pendidikan Keterampilan. Penyataan Falsalah Pendidikan Islam yang digubalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumb angan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga. keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri. alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN : Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. masyarakat dan negara. semua perkara yang disebutkan diatas itu perlu ada dan menjadi tajuk-tajuk penting dalam kurikulum pendidikan Islam. berakhlak mulia. barulah dapat melahirkan insan soleh yang mampu melaksanakan tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah dengan betul dan sempurna seperti yang dibincang dalam Matlamat Pendidikan Islam. masyarakat. Pendidikan Kemasyarakatan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan. Pendidikan Jasmani. dan banyak lagi. Dengan demikian. Jadi. kemahiran. kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al -Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap. berketrampilan. nampaknya ada unsur untuk menuju ke arah ini. berdasarkan falsafah Islam. Pendidikan Ibadah.Pendidikan Aqidah. FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM : Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu. FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Disediakan Oleh Ustaz Haji Mohammad Haji Shafie Pengetua Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan Pendahuluan Agama Islam atau 'Din AI Islam" secara langsung membawa erti sebagai suatu cara hidup yang mencukupi semua bidang.

Islam bertujuan membimbing manusia kepada suatu cara hidup yang benar-benar memenuhi tuntutan -tuntutan irtsani yang 'compler' itu .. la memberikan ajaran-ajaran yang bertujuan merubah bukan saja kehidupan perseorangan manusia. ia membawa kontek p endidikan.. Lantaran itu pendidikan dan ilmu pengetahuan tidaklah merupakan sesuatu yang terasing d ari Islam malahan ia merupakan sebahagian dari Islam itu sendiri. Jika kita lihat kepada masyarakat Melayu pula. Inggeris . tidak dapat dipakai untuk memahami Islam tanpa merusakkan sifatnya yang sebenar. budaya dan kesenian. orang Melayu rata -rata tidak tahu membaca dan menulis sebelum kedatangan Islam tetapi bersama -sama dengan kedatangan Islam. dan dengan tujuan hidup manusia. fikiran dan ilmu pengetahuan... dengan fungsi manusia seb. Pembelajaran dan pelajaran dan bersama -sama itu pula ia berjaya meletakkan nilai tertentu di kalangan orang Melayu yang memeluk Islam. kepada bentuk -bentuk yang sehat selaras dengan status manusia sebagai hamba Allah.a. Manakala jalan untuk mencapai kesempurnaan ketiga asas ini terletak pula kepada akal. Islam adalah suatu sistem kehidupan yang bersifat menyeluruh (all ambracing) dan dalam hal ini istilah "agama". iaitu mencari keredaan Tuhan di dunia dan di akhirat.supaya kesejahteraan atau salam dalam erti yang sebenar sebenamya dapat di nikmati oleh insan secara perseorangan dan secara bermasyarakat. yaitu syariah menuntun bukan saja perhubun gan manusia dengan Tuhan (hubungan vertikal). politik.). atau pemisahan menonjol. dari yang bersifat kebendaan kepada yang bersifat rohanir dari yang bersifat per seorangan kepada yang bersifat kolektif .w.1gai . Konsep Islam "Islam" yang bererti "Penyerahan diri kepada kehendak -kehendak Tuhan Yang Maha Esa" merupakan peringkat terakhir dan manifestasi yang paling sempuma dari agama Allah yang satu yang disampaikan kepada manusia melalui "utusan -utusan" Allah dari semasa ke semasa hinggalah kepada zaman Pesuruh Nya yang terakhir.dari yang paling basic kepada yang paling tinggi. la tidak membatasi dirinya semata-mata pada mensucikan kehidupan rohani dan kehidupan moral manusia dalam arti yang terbatas dari perkataan tersebut.'Vicegerent") Allah di muka bumi yang harus memakmurkan dan memajukan alam ini sebagai suatu amanah kuddus {sacred trust). Islam sebagaimana yang. .wakil" {KhaliEah.agama Islam ialah iman. tetapi perhubungan manusia dengan manusia (hubungan horizontal) yang mengangkut soal -soal kehidupan sosial. yaitu Nabi Besar Muhammad (s.. Islam dan ihsan. tetapi juga susunan masyarakat manusia. Islam tidak mengakui adanya pertentangan. antara hidup kerohanian dan hidup keduniaan. ekonomi. Agama (atau religion) biasanya dita krifkan sebagai suatu sistem kepercayaan-kepercayaan dan ritus ("system of beliefs and rituals) yang merupakan urusan perseorangan yang amat private sifatnya.digarisi oleh Program Hidupnya. sebagaimana yang difaham di Barat khasnya dan dikalangan orang -orang yang berpendidikan modem amnya.

Untuk mengatur umat dalam kehidupan sosial. perkongsian d alam perniagaan. 4. mengatur masyarakat dan lain -lain adalah peranan -peranan yang harus tetap diajarkan kepada generasi muda. Undang-undang ini disusun di bawah lima kategori besar: 1. mati hidup atau hukum kerana berkhalwat sahaja. Peribadatan kepada Allah "ibadat" yang dirangkumi dalam rukun Islam yang lima. Peranan di sini berkaitan dengan kelanjutan hidup (survival) masyarakat sendiri.Dengan erti lain Islam adalah sa tu perutusan (message) Allah untuk semua umat manusia yang bersifat universal. Ummah ini bermaksud untuk menjadi saksi terhadap perlaksanaan perutusan Tuhan (Q. jenayah. Akhlak (adab) yang mengatur soal tatasusila perhubungan dan ketinggian moral. kekeluargaan dan sebagainya. bertani. Dalam hal ini biarlah kita meninjau sedikit tentang apakah fungsi pendidikan itu sendiri. Sebab kekalnya masyarakat atau peradaban. Pendidikan Islam: Apakah pula hubungan antara "Pendidik an" dan "Islam". Ada menganggap syariat itu merujuk kepada "Mahkamah Syariah" atau hanya kepada nikah kahwin. Kepercayaan yang merangkumi enam rukun iman. "Muammalat" yang berkaitan dengan tugas -tugas individu dalam masyarakat dan meliputi perjanjian. Oahulu . ia juga meletakkan syarat-syarat bagi bangkitnya dan tertubuhnya sebuah "masyarakat" Islam atau "um-mah" dengan andaian bahawa sepanjang sejarah manusia akan selalu ada masyarakat-masyarakat ugama-ugama lain yang berdampingan dengannya. al Quran dan Sunnah memb eri peraturan-peraturan dan pedoman-pedoman yang disusun oleh ahli -ahli fiqah dan diberi nama "syariah" atau undang-undang Islam. Jadi syariat itu luas sekali merangkumi soal -soal akidah dan akhlak tetapi sebahagian besar orang-orang Islam sendiri belum merialisasikan hal ini. perzinaan.2: 143) terutama mengenai perlaksanaan ibadah dan amanah. Menangkap ikan dan ilmunya. Ahli -ahli sejarah pendidikan ada menyebut bahawa fungsinya: . Menyiapkan generasi muda untuk memegang peranan -peranan tertentu dalam masyarakat pada masa yang akan datang. 3. 1. 2. saksi palsu. undang civil. 5. Menangkap ikan. keamanan. 2. Walau pun Islam bersifat universal. sekalipun tidak bere rti harus memakai alatalat (tools) yang sama dari generasi kegenerasi. Hukuman "uqubat" yang berkenaan dengan pencurian. tuduhan dan lain -Iain. Memindahkan ilmu pengetahuan yang bersangkutan dengan peranan peranan tersebut dari generasi muda.

iaitu pemindahan nilai -nilai dari generasi tua kepada generasi muda. Ini telah dibuktikan oleh sejarah peradaban. itulah yang asal. dan Sunnah Nabi. Siap untuk dijual. di situ diproses dalam kilang. tanpa nilai -nilai keutuhan (integrity) dan kesatuan (integration) suatu masyarakat tidak akan terpelihara yang akhirnya berakhir dengan kehancuran masyarakat tersebut.rtinya membanding~. maka masyarakat itu tidak bpleh wujud. Sekarang orang menangkap ikan dengan kapal. iaitu kejujuran. Ambil sahaja satu n ilai sebagai misal. Begitu jugalah perbandingan antara dukun yang mengobati segala penyakit dengan asap atau dengan ludah. tidak pakai kail. tombak. Persoalan yang mungkin timbul di sini adalah. tetapi tujuannya untuk mengubati orang juga. Mungkin perbedaan tidak nampak pada dua fungsi pertama. maka tentu di situ tidak akan ada hub ungan sosial yang membawa kepada terciptanya kelompok hidup. dan doktor moden yang menggunakan television untuk melihat dekat jantung sisakit dan menggunakan segala alat -alat moden untuk mengubati patientnya. iaitu Al -Quran. iaitu penyiapan generasi muda untuk men gisi peranan-peranan masa hadapan dan pemindahan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan peranan -peranan tersebut. malah harganyapun sudah tercetak di kilang itu. dan sebelum kapal berlabuh di pantai semuanya sudah menj adi ikan dalam tin. Memindahkan nilai-nilai yang bertujuan untuk memelihara keutuhan dan kesatuan masyarakat yang menjadi syarat mutlak bagi kelanjutan hidup (survival) suatu masyarakat dan peradaban. atau mungkin membaling ikan dengan batu. doktor zaman sekarang mengut amakan 'specialist' yang mendalam. Dukun zaman dulu serba boleh. oleh Al -Quran atau Sunnah dengan masalah yang . f!. Fungsinya tetap itu juga tidak berubah.dengan memakai kail. Kalau di dalam suatu masyarakat kejujuran ini tidak ada. hanya alatnya yang berlainan. Ikan di laut dihirup masuk ke perut kapal. dari mana datangnya nilai -nilai itu? Dengan kata lain siapakah yang menciptakan nilai -nilai itu? Nilai-nilai Islam: Jadi barangkali dengan hur~ian di atas jelaslah bagi kita apa dia fungsi pendidikan itu. Kemudian datang sumber ketiga iaitu Qiyas. Kalau setiap orang dalam kelompok mengatakan sesuatu lain dari yang ingin ia perbuat. Tetapi peranan menangkap ikan tetap itu juga. Dengan kata lain. Perbedaan mungkin akan ketara sekali pada fungsi ketiga.n masalah yang disebutkar. Juga dari situ akan jelas bagi kita apa dia perbedaan pendidikan pada umumnya dengan pendidikan Islam. Perbedaan ini akan meny angkut persoalan nilai mana yang akan dipindahkan? Apa sumber -sumber nilai-nilai itu? Dalam Islam ada lima macam sumber nilai yang di akui. 3.

Sehingga umat menjadi kekal . Tujuan Pendidikan Islam Islam menganggap manusia sebagai berada dalam keadaan "fitrah" yakni keadaan suci bersih terutama di segi keinsanan. dan memindahkan nilai-nilai yang diselaraskan dan diwarnai oleh fungsi keempat ini. Jadi jelaslah bagi kita lima sumber nilai -nilai dalam Islam yang sekali gus juga memberi definasi tentang nilai itu. Barangkali pendidikan yang bukan Islam hanya menggunakan dua sumber terakhir . Ertinya pendidikan Islam menyiapkan generasi muda untuk mengisi peranan. sebagaimana diamalkan oleh Rasulullah s. Fungsi Asas Pendidikan Islam Tetapi di samping itu ada lagi fungsi keempat bagi pendidikan Islam yang membezakannya dari pendidikan lain. Kemudian sumber keempat adalah kemaslahatan umum pada suatu ketika yang difikirkan patut menutut kacamata Islam. memindahkan pengetahuan. Sedang sumber kelima adalah kesepakatan dan lima' ulamak -ulamak dan ahli-ahli fikir Islam pada suatu ketika yang dianggap sesuai dengan sumber dasar iaitu Al -Quran dan Sunnah. Nilai-nilai inilah yang diusahakan oleh pendidikan Islam untuk memindahkannya dari satu generasi kepada generasi yang lain. Ulamak-ulamak dan pemikir-pemikir Islam sesudah beliau dan sahabat-sahabatnya menjalankan fungsi-fungsi ini dalam menyebarkan agama Islam keseluruh dunia yang sekarang ini menempati ruang antara Morocco di pinggir lautan Atlantik sampai Indonesia di sebelah Timur di pantai lautan Teduh (Pasifik) dan meliputi tidak kurang dari lapan ratus juta jiwa manusia.dihadapi oleh umat Islam pada masa tertentu. Di sini digunakan Qiyas. w .a.dan sahabat-sahabatnya. Jadi tujuan pendidikan Islam ialah untuk menimbulkan keadaan yang dapat membantu manusia dalam melaksanakan kehidupannya sebagai khalifah dan hamba Tuhan atau dengan erti lain manusia . iaitu mendidik anak didiknya beramal di dunia ini untuk memetik hasilnya di akhirat.dan kokoh memikul tanggungjawab sebagai pembawa amanah ukhalifah" di atas bumi ini. Sudah barang tentu hasil -hasil pemikiran itu ada juga terpengaruh oleh berbagai agama di samping yang betul -betul hasil pemikiran manusia sahaja.iaitu kemaslahatan umum yang berdasar pada nilai -nilai dan adat kebiasaan masyarakat tertentu dan hasil pemikiran dan penelitian ahli -ahli dan pemimpin pemimpin pada zaman terten tu. Inilah fungsi-fungsi pendidikan Islam. Fungsi keempat inilah yang menau tkan tiga fungsi sebelumnya dan menjiwai segala pelaksanaannya. tetapi nas yang tegas dalam Al -Quran tidak ada.

. Perjanjian "mithaq" antara Tuhan dan umat manusia. 4. (Q. Tamadun suci tidak mungkin lahir jika keadaan sekeliling pendidikan itu sen diri masih kabur dan kotor. pergaulan. Dalam hal ini pendidikan Islam berkehendakkan satu keadaan yang sesuai diwujudkan di sekolah -sekolah. ditimbul dan diamalkan dalam masyarakat Islam.daki Islam bukanlah semata -mata dengan mempelajari dan mengetahui mengenai moral.S1: 56). Maksud dan tujuan penciptaan alam. baik di segi berpakaian. Nilai yang disemaikan tidak tepat clan gila -lahir dari bijak pandai yang kegilaan lantaran tidak ada padoman -kerana tidak berdasarkan kepada '. Institusi pendidikan Islam perlu menyediakan suasana yang boleh menyediakan pengenalan "celik akal" (insight) yang benar-benar bernilai kepada murid -murid. Satu perkara penting yang harus diingat mengenai pendidikan moral yang dikehen. Mengetahui kejujuran atau kebenaran itu sebagai sifat -sifat yang baik tidaklah menjadikan seseorang itu berani dan jujur. Aspek tingkah laku (effektif) lebih penting dari kognitif. 2. Tamadun yang membawa manusia mengenali kebenaran dalam erti kata yang sebenarnya. Prinsip -prinsip utama seperti:- 1. Kebenaran yang di selimuti oleh "hikmat" (Q. Tuhan menciptakan manusia untuk menyembah kepadanya.tajalli" penglahiran sifat -sifat Tuhan itu sendiri. dan dapat melihat secara objektif dan standard. Ertinya dalam satu suasana tidak boleh bercampur dua nilai yang tidak sehaluan. Secara tidak langsung tuan-tuan telah pun dibentangkan dengan nilai yang perlu. "Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali agar supaya mereka menyembah kepadaku". Namun untuk lebih memahami lagi mengenai tatasusila Islam perlulah kita memahami prinsip keugamaan dan falsafah Islam itu sendiri.2: 269). sepertimana mengetahui mengenai teori muzik tidak serta merta menjadikan ses eorang itu ahli muzik. 3. dalam maksud lain kehidupan bermoral itu sendiri perlu dihayati. Keadaan sifat-sifat Tuhan Keadaan amanah manusia sebagai khalifah dan hamba "Abd". Mengikut ajaran Islam.diberi amanat untuk mengembangkan sifat Tuhan di muka bumi sehingga berjaya membentuk satu tamadun Ilahi yang 'muqaddas' yang berbeza daripada tamadun duniawi yang 'profane' yang 'secular' atau yang tidak diasaskan atas kehendak Tuhan. pembelajaran dan sebagainya. Tatasusila Masyarakat Islam: Saya telah menerangkan mengenai pendidikan Islam serta tujuannya sekali.

6: 103). tanggung-jawab yang sangat besar. Berkenaan dengan penciptaan Nabi Adam a. "Raja Yang Teragong" (AI -Malik) dan lain-Iain lagi. tetapi Dia memerintah manusia selalu mencari dan menambah pengetahuan dan berdoa agar Tuhan menolongnya: "Hai Tuhanku. Sekarang kita lihat bahagian kedua. dan kaitann ya itu semua dengan sifat keterbatasan dan amanah. Jauh lebih luas dari itu. "Yang Memiliki Segala Kekuasaan" (Malikul Mulk). Menyembah dalam pengertiannya yang umum. Tetapi yang penting diterangkan di sini bahawa sifat-sifat yang diberikan kepada manusia itu harus dianggap sebagai amanah. Tuhan berfirman dalam AI Quran: ". iaitu sifat -sifat tuhan. 15:29). Tuhanmu. Tuhan Maha Mengetahui. pertama sekali bahawa "menyemb ah" dalam dua ayat AIQuran di atas itu tidak dimaksudkan sebagai upacara sembahyang yang biasa kita fahami. manusia menjadi lebih suci. antara lain. tetapi diberiNya kekuasaan politik kepada manusia di atas bumi. Dalam falsafah Islam. Dan begitulah seterusnya.. bahawa Tuhan kami memberi manusia beberapa potensi atau kebolehan berkenaan sifat -sifat Tuhan. tetapi la memerintah manusia supaya bersifat pengasih kepada jirannya jika mengharapkan Tuhan bersifat pengasih kepadanya. "Yang Maha Penyayang" (AI-Rahim).20: 114).. sifat-sifat Tuhan hanya dapat diberi kepada manusia dalam bentuk dan cara yang terbatas. Misalnya Tuhan memerintah manusia menjalankan upacara sembahyang kepadanya. Pendeknya berjumlah 99 semuanya. sebab kalau tidak demikian maka manusia akan menjadi Tuhan atau mengaku diri sebagai Tuhan.s. tambahkan ilmuku" (Q. bermakna mengembangkan dan melaksanakan sifat -sifat ini pada manusia mengikut perintah . dalam hal ini um at manusia. Harus ditekankan di sini.dan petunjuk Tuhan. Sifat-sifat Tuhan ini disebut dalam AIQuran dengan nama-nama yang indah (AI-Asmaa AI-Husna) I yang menggambarkan Tuhan sebagai "Yang Maha Pengasih" (AI -Rahman). Aku telah membentuknya dan menghembuskan kepadanya roh Kami " (Q. Tidak Tuhan kecuali pencipta segala sesuatu. Ini bermakna. Juga Yang Memiliki Segala Kekuasaan."ltulah Dia Allah. "Yang Maha Mencipta" (AI-Khaliq). oleh sebab itu sembahlah Dia" (Q. "Yang Maha Berkuasa" (AIQawiy). jadi ia telah meniru sifat Tuhan dalam kesucian. Dengan berbuat demikian. kepada Tuhan. Juga Tuhan adalah Maha Pe ngasih. . sembahyang. tanggungjawab yang besar . dalam erti yang luas. Jadi di sini mulailah jelas bagi kita bagaimana potensi-potensi manusia yang banyak digunakan dalam psikologi mempunyai kaitan dengan tujuan keja -dian alam jagat (AI-Kaun). "Yang Maha Suci" (AI-Quddus).

Juga: "Dan Dia telah menjadikan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi memberi khdimat kepadamu." (Q. "Dan Kami memberi kamu (manusia) kekuasaan di atas bumi dan memberi kamu penghidupan di situ" (Q. 31: 20). kerajaan. Semua ini bermakna bahawa amanah itu sekurang -kurangnya ada dua macam: yang pertama kebolehan manusia mengembangkan sifat-sifat Tuhan pada dirinya. kekayaan. iaitu pengurusan yang sesuai terhadap amanah. Untuk melaksanakan ibadat dan menolong manusia beribadat kepada Tuhan dengan cara lebih baik.dengan menjalankan kekuasaan yang tidak adil kepada orang -orang dan makhluk lain atau memperalat mereka. 2:29). Tetapi kerana "maka manusia paling banyak hanya menjadi khalifah di atas bumi" Dialah yang telah meletakkan kamu se bagai kahlifah di atas dunia dan meletakkan sebahagian mu di atas yang lain. Sebab amanah ini telah diajukan kepada langit. pada diri manusia sekarang bertambah luas dan mengandungi juga pengertian mengurus dengan betul amanah yang dipikul itu. (Q.Dari sini jelas pula bahawa "beribadat" dalam erti yang luas adalah mengembangkan sifat Tuhan yang diberikan kepada manusia dan itulah tujuan kejadian alam ini. dan menyangka ia tahu segala-galanya dan . ilmu.6 : 166). Itu semuanya dariNya".. bumi dan gunung. 33: 72). supaya la boleh meng uji kamu dengan apa yang telah la berikan kepadamu. Sejarah tamadun manusia penuh dengan kisah dan trajedi yang menggambarkan bagaimana berbagai tamadun dan masyara kat telah hilang dan hancur sebab mereka menyalah gunakan kekuasaan. Dalam ayat lain: "Tidakkah kamu lihat Allah menjadikan apa -apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi memberi khidmat kepadamu dan telah mengutamakan kamu di luar dan di dalam (Q. . Dengan ini konsep "beribadat" diperkaya lagi dengan mengandungi makna baru. 7: 10). yakni sifat-sifat Tuhan. dan yang kedua berkenaan dengan cara pengurusan sumber -sumber yang ada di bumi. maka manusia diberi kekuasaan (salah satu sifat Tuhan) di atas bumi dan mencari rezeki dari situ. tetapi enggan memikulnya. Jadi .beribadat" yang pada pengertian asalnya bererti pengembangan potensi potensi. Tetapi rupanya manusia bersifat aniaya dan bodoh (Q. Lalu diterima oleh manusia. Ini menunjukkan bahawa manusia telah menyalahgunakan amanah itu oleh sebab sombong dan bongkak.

muamalat dan sebagainya. Inilah perbezaan pendidikan moral (tatasusila) dala m Islam dengan pendidikan moral yang kita pinjam dari Barat. Dipetik daripada : Himpunan kertas kerja Krusus Dakwah dan Kepimpinan bagi guru -guru (bukan guru agama ) Sekolah Menenengah dan Rendah 1984 Terbitan: Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur . keseluruhannya mengambil kira 1/4 daripada seluruh jumlah ayat -ayat AlQuran. ibadat. Para ulamak Islam menyarankan bahawa ikhsan ini merangkumi semua aspek kelakuan manusia baik berupa hubungan Tuhan. 2. Bahagian pertama merangkumi sebanyak 763 ayat AI-Quran dan bahagian kedua 741 ayat. mau pun dengan makhluk -makhluk lain.Berhubung dengan pandangan Islam mengenai pembentukan akhlak atau tatasusila perhubungan. Sesungguhnya sistem moral -akhlak -dalam Islam berhubung dengan sistem keper cayaan. la mempunyai kaitan dengan tujuan kejadian alam dan perkembangan sifat -sifat Tuhan pada manusia. Rasulullah sendiri dalam banyak Sabdanya mengatakan uga ma itu adalah "akhlak yang baik". Bidang akhlak yang berhubung dengan makrifat atau teori. .dan lain-Iain lagi yang semuanya adalah sifat -sifat Tuhan yang diamaI1ahkan Tuhan kepada manusia agar manusia dapat menyembah Tuhan dengan lebih baik. Islam dan ikhsan. dengan ringkas telah diterangkan di atas.Hal ini telah diulang beberapa kali. yang memisahkan moral itu dari kekuasaan Allah. dengan ciri sendiri. Dalam Al-Quran terdapat dua ciri besar: 1. dengan masyarakat. Panduan seluruh aspek pengajaran yang dibawa oleh Rasulullah itu dengan sendiri sudah mera ngkumi segala norma -norma dan nilai-nilai yang membentuk individu. maka adalah mudah diterangkan jika kita memahami ugama Islam itu sendiri se perti yang. komuniti dan masyarakat. Saya percaya penghayatan kepada sifat Allah seperti yang telah diterangkan di 3tas adalah ciri dan norma penting pembentukan nilai tatasusi la masyarakat Islam. Saya telah menjelaskan bahawa Islam itu satu cara hidup. Bidang akhlak yang berhubung suluk atau praktik. Adalah terlalu luas untuk diperkatakan tentang tajuk ini di masa yang begini terhad. Di tempat lain Rasulullah pernah bersabda bermaksud bahawa ugama itu diasaskan kepada iman.

Timur & Islam terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menjadi panduan d an arah tuju kepada segala usaha mengembang dan memajukan sistem pendidikan di Malaysia.my/falsafah _pendidikan . Sekiranya kita membuat perbandingan Falsafah Pendidikan Ke bangsaan dengan falsafah-falsafah pendidikan yang lain.edu. rohani. sebahagian daripada unsur -unsur yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai kaitan erat dengan falsafah -falsafah pendidikan Barat." Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.tripod. bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Secara keseluruhannya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan lebih mirip atau mempunyai banyak persamaan dengan falsafah pendidikan rekonstruktivisme . Timur dan juga falsafah pendidikan Islam.htm www. berakhlak mulia. berketrampilan. falsafah pendidikan di Malaysia merupakan suatu falsafah pendidikan yang mempunyai keistimewaan dan ciri -ciri tersendiri.al-munir.htm pend islami.html Perkembangan Falsafah Pendidikan Barat. berakhlak mulia. Matlamat Pendidikan Negara bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilainilai yang murni seperti kepercayaan kepada Tuhan.com/in/elcom98/falsafah. Beliau berpendapat bahawa pengalaman sebenarnya terhasil daripada interaksi manusia dengan elemen-elemen . Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan pada tahun 1988 telah menjadi pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara berdasarkan dua ayat panjang yang berikut: "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek. Walau bagaimanapun. Theodore Burghard Hurt Brameld (1904-?) menggabungkan teori progresivisme dengan behaviorial sains sebagai asas rekonstruktivisme. emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Timur mahupun falsafah pendidikan Islam. setia kepada negara serta boleh memberi sumbangan untuk mencapai kemajuan negara serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat harmonis yang berbilang kaum. Program Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah dirancang bertujuan mencerminkan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara ini.http://www.angelfire. sama ada di negara Barat.com/new_page_1. bertanggungjawab.

kesejahteraan. peranan utama pendidikan ialah membina tingkah laku manusia supaya menjadi seorang yang berakhlak mulia. Beliau juga menekankan bahawa nilai berubah mengikut perubahan masyarakat. Kedua-dua falasafah ini jelas menekankan bahawa matlamat utama pendidikan sebagai pencapaian kesejahteraan diri dan membentuk masyarakat yang stabil demi keharmonian dan kemakmuran. Pendidikan disifatkan sebagai alat penting untuk mengekalkan nilai dan norma masyarakat yang pent ing untuk membawa kestabilan. Selain daripada pengajian bidang kemanusiaan dan sains tulen. Nasionalisme dan Internasionalisme. keperluan dan kebolehan pelajar. Dengan erti kata yang lain.dalam alam persekitaran dan alam sosial. Menurut John Dewey dan ahli-ahli progresivisme. untuk menjadi manusia yang sempurna dan berupaya memberi sumbangan kepada . sekolah merupakan sebuah masyarakat kecil yang bercorak demokratik. pengalaman individu merupakan tempat utama dalam p roses interaksi tersebut. salah satu fungsi pendidikan di Malaysia ialah mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu. Nilai yang tertinggi akan dapat dicapai apabila individu dan masyarakat memperolehi kepuasan dalam peringkat penyempurnaan. Menurut falsafah pendidikan Timur . Mereka menggambarkan pelajar sebagai individu yang berpengalaman. dan keharmonian kehidupan. Mereka berpendapat segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang berdasarkan minat. mengikut peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara. penyelesaian masalah dan ujikaji. Guru yang berkesan adalah guru yang memainkan peranan sebagai pembimbing dan penasihat dengan membimbing pelajar. membolehkan pelajar berinteraksi. Oleh hal yang demikian. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. iaitu mata pelajaran yang memupuk kemahiran daya cipta dalam kalangan pelajar sebagaimana yang dititiberatkan dalam falsafah tersebut . kurikulum sekolah pula merangkumi pendidikan teknik dan vokasional. Ciri-ciri ini boleh dikenalpasti berdasarkan Kurikulum Bersepa du Sekolah Rendah dan Menengah yang menitikberatkan penggunaan kaedah praktik dan kaedah inkuiri penemuan serta strategi pemusatan pelajar untuk membolehkan pelajar memperolehi il mu pengetahuan dan menguasai kemahiran secara individu. dan nilai baik hati ini dapat diperkembangkan melalui proses pendidikan. pelajar merupakan peranan utama dalam pembelajaran. Mereka juga menganggap fitrah manusia mengandungi nilai murni baik hati. Di dalam tempat belajar. projek. demi membentuk insan. mereka harus diajar dengan pendekatan kajian sosial. bekerja dan hidup secara berkumpul sekali gus menyokong penggunaan strategi kolaboratif dan koperatif dalam aktiviti-aktiviti pendidikan. Walau bagaimanapun. yang harmonis dan seimbang. bermotivasi kendiri dan mempunyai naluri ingin tahu. Memandangkan falsafah pendidikan rekonstruktivisme adalah berasaskan falsafah progresivisme. maka falsafah pendidikan di Malaysia pula mengandungi ciriciri progresivisme dan pragmatisme. Fungsi ini pula boleh dihayati daripada falsafah pendidikan Barat iaitu rekonstruktisme serta falsafah pendidikan Timur iaitu Konfusianisme.

Beliau juga berpendapat pendidikan harus menjadi satu proses berhidup. iaitu sesuatu falsafah yang dicipta tersendiri daripada pelbagai falsafah yang sedia ada. kreatif membentuk iklim kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.kemajuan masyarakat. mempunyai kecekapan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara. intelek. James B. emosi dan agama. Memandangkan sebab sistem pendidikan menitikberatkan pembelajaran 3M dan dikehendaki mematuhi kewibawaan dan autoriti guru. segala aspek fizikal. mengambil inisiatif untuk menjalankan tugas sebagai pengajar. moral dan kerohanian den gan penuh makna. dan mahir menggunakan teknik peneguhan ataupun ganjaran dan denda. emosi adalah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Rabindranath Tagore (1861 1941) mentafsirkan pendidikan sebagai proses bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna. perkembangan individu dari segi intelek. norma. iaitu melalui latihan intelek dan mental untuk membentuk personaliti dan mental mereka ke tahap keharmonian dan penyempurnaan. falsafah pendi dikan di Malaysia boleh dikatakan pula mengandungi unsur essensialisme yang bercorak tradisional. rohani. Jika dibandingkan dari aspek falsafah pendidikan Islam. saintifik. bersih. guru memainkan peranan yang utama dalam proses pendidikan. agar mereka dapat berjaya hidup dalam masyarakat secara terus menerus. membantu pelajar memperolehi keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa. Conant (1893-1978) dan Hyman George Rickover (1900-?). serta berpandangan dengan sikap internasionalisme yang positif. berpendapat fitrah manusia sebenarnya kekurangan nilai-nilai murni yang sempurna. Seorang yang berpendidikan denga n erti kata sebenar ialah bukan sahaja berfikiran cergas. Sama ada dapat dibaiki untuk menjadi insan yang baik adalah bergantung kepada pengaruh kebudayaan masyarakat. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula kita dapat menghayati falsafah pendidikan Islam ini. Membentuk individu yang menyeluruh juga berkaitan dengan falsafah pendidikan nasionalisme dan i nternasionalisme di India. berani dan bebas. tetapi juga mendukung sikap nasionalisme yang ideal. khasnya dari segi rohani. tetapi harus dihubungkaitkan dengan pengalaman kehidupan manusia. iaitu tidak semata-mata terikat kepada buku. dinamik serta realistik. Guru hendaklah mengamalkan sikap pimpinan demokratik. Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa (1994) merumuskan bahawa falsafah pendidikan di Malaysia sebenarnya dikenali sebagai falsafah eklektisisme . peraturan dan kebudayaan masyarakat. Tambahan pula Pendidikan Agama dan Pendidikan Moral dalam KBSR dan KBSM mencerminkan ciri -ciri pembelajaran afektif untuk perkembangan individu. Mengikut mereka. pelajar hendaklah dididik dengan nilai. Pendapat ini amat jelas dan tepat menggambarkan perkembangan sistem pendidikan di Malaysia dipengaruhi oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dicipta mengikut acuan rakyat Malaysia sendiri berdasarkan falsafah -falsafah yang . berupaya mencapai segala aspek kehidupan.

com/2010/03/perkembangan -falsafah-pendidikanbarat. http://dadwayne.blogspot.sedia ada dan direka bentuk sedemikian rupa demi merealisasikan hasrat rakyat Malaysia ke arah kecemerlangan pendidikan.html .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful