USAHA ± USAHA GATT/WTO DALAM MENGGALAKKAN PERDAGANGAN BEBAS SERTA KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA ± NEGARA MEMBANGUN

1.Pendahuluan

1.1.

Latar belakang pembentukan GATT

Akhir Masa Keemasan Perdagangan Bebas (1815-1914) Perang Dunia I dianggap telah menamatkan masa keemasan Perdagangan Bebas (18151914) iaitu masa dimana aktiviti ekonomi dan perdagangan berkembang dengan pesat, dimana ramai negara-negara Eropah mengambil langkah untuk memenuhi segala keperluannya dengan upaya sendiri (swasembada) ekoran suasana yang tegang di persekitaran Eropah. Dalam pertanian, langkah yang diambil oleh negara-negara Eropah untuk mengembangkannya ialah larangan import, subsidi dan peningkatan tarif sehingga menimbulkan distorsi dalam perdagangan antarabangsa. Di Amerika, kemelesetan ekonomi yang dialami pada tahun 1929 juga telah membuat para ahli Kongres untuk menerapkan polisi proteksionisme. Sehingga ramai negara lain juga mula mengamalkan polisi proteksi. Namun, perdagangan dan perekonomian dunia tetap tidak membaik sehingga Perang Dunia II pecah. Usaha-usaha untuk menghidupkan kembali sistem perdagangan sebenarnya telah mula pada tahun 1930-an. Amerika Syarikat sendiri telah mengeluarkan Akta Perjanjian Perdagangan Resiprokal (Reciprocal Trade Agreement Act) pada tahun 1934. Isi akta tersebut ialah membolehkan Presiden mengadakan perjanjian dengan negara rakan dagang Amerika Syarikat untuk menurunkan tarifnya scara resiprokal (dilakukan oleh kedua pihak). Bagaimanapun, usahausaha ini mula serius dilakukan setelah Perang Dunia II.

1

3. wakil daripada kerajaan AS telah bertemu beberapa kali dengan wakil dari negara-negara utama lainnya untuk merancang sebuah sistem perdagangan antarabangsa pasca perang yang akan selari dengan sistem kewangan antarabangsa. Kongres AS menganggap penubuhan sebuah pertubuhan perdagangan antarabangsa seperti ITO telah melebihi hak presiden yang telah diberikan oleh Kongres dalam Akta Perjanjian Dagang Resiprokal dimana disebutkan hak presiden hanyalah untuk menurunkan tarif dalam perdagangan sahaja. 23 negara menandatangani Perjanjian Umum mengenai Perdagangan dan Tarif (GATT) sebagai pemangkin awal untuk liberalisasi perdagangan. Pertemuan ini mempunyai dua tujuan iaitu untuk merancang piagam untuk ITO dan untuk merundingkan substansi suatu perjanjian ITO. Penubuhan GATT Pada tahun 1944.2. maka negara-negara Sekutu mulai berusaha untuk mempersiapkan orde baharu sistem ekonomi antarabangsa.1 Dengan ketidakikutsertaan AS sebagai salahsatu kuasa ekonomi terbesar maka ITO pun gagal dibentuk. halaman 66. dengan mulai berakhirnya PD II. Kedua pertubuhan di atas hanya mengatasi masalah kewangan antarabangsa dan pembangunan.1. Bagaimanapun. Jakarta : Universitas Indonesia. 2 . pada tahun 1944 diadakan persidangan Breton Woods untuk membentuk IMF dan IBRD atau Bank Dunia. H. 1. Dalam 1 Kartadjoemena. peraturan yang mengatur perdagangan antarabangsa dan pengurangan tarif. wakil daripada 56 negara mula membincangkan piagam dari ITO dan menghasilkan piagam Havana. Pada Mac 1948. Pada akhir tahun 1940-an. Pada bulan Oktober 1947 di Geneva Switzerland. negara-negara membahas perlunya lembaga ketiga selepas perang. GATT sebagai pengganti ITO GATT sebagai perjanjian tidak mempunyai ahli seperti sebuah pertubuhan. negara-negara yang menandatangani GATTdisebut sebagai contracting parties (pihak yang berkontrak). (1996) GATT dan WTO: sistem. Piagam ITO (piagam Havana) ditandatangani.S. Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (ITO). menyedari bahawa dasar tarif beggar-thyneighbor tahun 1930-an telah memberikan sumbangan terhadap persekitaran yang menyebabkan perang. Pada bulan November 1947 di Havana Kuba. namun kerana Kongres AS tidak menyetujuinya AS tidak ikut serta. Untuk mencapai tujuan tersebut. dan menyebabkan GATT sebagai satu-satunya instrumen antarabangsa dalam bidang perdagangan. khususnya. forum dan lembaga internasional di bidang perdagangan.

Bagian ini mengatur tentang Free Trade Area dan ketentuan prosedural dan operasional yangdiperlukan dalam menerapkan perjanjian. Ianya mengatur ketentuan spesial dan berbeza (special and different treatment) kepada negara membangun. yang secara harfiah adalah General Agreement on Tariffs and Trade. GATT merujuk kepada dokumen utama GATT. cukai anti pelambakan dan perlakuan nasioanal (national treatment). y Bagian II Bagian kedua terdiri daripada dua puluh pasal (pasal III ± pasal XXII). Dalam melakukan aktivitinya. Pasal II merupakan pasal yang mengatur penurunan tarif yang disetujui dalam GATT. dan secara awamnya dikenal sebagai the General Agreement. Bagian ini ditambahkan ke dalam GATT pada tahun 1965. Teks sebenar kalimat dalam tanda kutip ialah ³«to the fullest extent not inconsistent with existing legislations´ seperti yang tercantum dalam Protocol of Provisional Agreement. terdiri daripada 38 pasal yang dibahagi menjadi empat bahagian. Peraturan dalam bagian kedua GATT ialah peraturan sementara (provisional). subsidi.pengambilan keputusan. y Bagian IV Bagian ini terdiri dari tiga pasal iaitu pasal XXXVI. GATT secara formal tidak bertindak sebagai pertubuhan namun sekumpulan negara-negara yang menandatangani GATT yang bertindak bersama (contracting parties acting jointly) walaupun secara de facto masyarakat antarabangsa telah menerima GATT sebagai pertubuhan antarabangsa. y Bagian I Ianya terdiri daripada dua pasal iaitu Pasal I yang menghuraikan prinsip Most-Favoured Nation atau MFN dimana perlakuan paling baik yang diterima oleh satu ahli kena diterapkan ke semua ahli di GATT. y Bagian III Ianya terdiri dari pasal XXIV hingga pasal XXXV (12 pasal). pasal XXXVII dan pasal XXXVIII. 2 3 . Bagian ini mengatur hal penting seperti prosedur kastam. Setiap ahli GATT mesti menerapkan peraturan yang tercantum ³sejauh mungkin tanpa bertentangan dengan undang-undang yang berlaku pada waktu negara tersebut menjadi ahli GATT´2.

GATT berjaya mengadakan delapan putaran perdagangan sebelum diubah menjadi WTO. negara ahli kena menerapkan bagian I dan III dari GATT tanpa perkecualian. Tokyo (1973-1979).4. pada putaran Tokyo. Dillon (1960-1961) Kennedy (1964-1967). halangan bukan tarif seperti subsidi mula dibahas. Torquay (1951). Dengan protokol ini. halaman 47 4 . Keempat. dan Uruguay (1986-1994). 1.GATT. ianya terdapat beberapa masalah dengan struktur GATT. 3 Pada masanya. ianya ramai dipercaya bahawa proteksi perdagangan yang diperbolehkan menghadkan perdagangan dan merusak pola perdagangan di beberapa sektor penting. beberapa komoditi seperti tekstil dan barangan pertanian tidak termasuk dalam GATT. negara-negara yang menghasilkan barangan intelektual seperti film. Sedangkan bagian II. Untuk mengatasi masalah ini. Lima putaran pertama hanya membahas masalah penurunan tariff. Kemudian. program komputer. mula dari putaran Kennedy. Ketiga. Ianya menghasilkan perjanjian GATT 1944 dan 3 Ibid. Geneva (1956). dan tidak pernah rasmi disahkan sebagai pertubuhan antarabangsa melakukan aktiviti ³pertubuhan/organisasi´nya melalui Protokol Penerapan Sementara (Protocol of Provisional Application). putaran Uruguay diadakan pada tahun 1986. langkah-langkah untuk mengatasi perlambakan (dumping) mula dibincangkan. dan paten ubat-ubatan frustasi kerana kurangnya perlindungan hak intelektual daripada negara sedang membangun dan GATT juga tidak mencakup perdagangan perkhidmatan yang kini berkembang pesat. Dalam PPA. Kedua. negara-negara ahli scara teknikal boleh segera menerapkan perjanjian GATT secara provisional atau darurat. ianya terdapat pengecualian iaitu klausa grandfather dimana negara ahli boleh tidak menerapkan perjanjian dalam bagian tersebut kerana bertentangan dengan undangundang yang telah berlaku ketika GATT ditubuhkan. Putaran-putaran ini bermula dari putaran Geneva (1947). Negaranegara dengan pertikaian/ketidaksetujuan (disagreement) yang berlangsung lama tidak boleh mencapai resolusi pemecahan masalah. Kelemahan GATT dan Perubahan GATT menjadi WTO Walaupun GATT berjaya dalam menurunkan tarif dalam perdagangan antarabangsa. sebagai sebuah perjanjian interim. Masalah tersebut ialah mekanisme penyelesaian masalah (dispute settlement) tidak berfungsi seberkesan yang diharapkan. Annecy (1949).

Prinsip-prinsip GATT/WTO 2.1. Lebih jauh. Perlakuan Nasional hanya berlaku sebaik suatu barangan.1. Sehingga. Ianya juga mesti diterapkan pada perkhidmatan tempatan dan asing. sehingga semua negara ditempatkan pada kedudukan yang sama. perkhidmatan dan kekayaan intelektual. dan paten tempatan dan asing. y Perlakuan Nasional/National Treatment Prinsip ini melarang perbezaan perlakuan antara barangan asing dan barangan tempatan yang berarti bahawa ketika barangan import telah lulus semua peraturan kastam dan masuk ke pasar tempatan ianya tidak boleh diperlakukan lebih buruk daripada barangan tempatan. jenama.1. putaran Uruguay meluaskan GATT authoriti ke area baharu iaitu tekstil. Akhirnya. Prinsip ini tercantum dalam artikel pertama GATT. set peraturan baharu tersebut berlaku dengan WTO terbentuk rasmi pada tahun 1995. Perdagangan tanpa diskriminasi y Most-Favoured Nation (MFN) atau non-diskriminasi Secara ringkas MFN adalah prinsip bahawa perdagangan antarabangsa antara ahli harus dilakukan secara non-diskriminatif. 5 . Prinsip ini juga tercantum pada artikel 17 GATS dan artikel 3 TRIPS. mencaj cukai kastam pada sebuah import bukanlah sebuah pelanggaran terhadap perlakuan nasional bahkan apabila barangan tempatan tidak dikenakan cukai yang sama. pertanian. Dengan demikian prinsip utama adalah bahawa konsesi yang diberikan kepada satu negara rakan niaga harus berlaku pula bagi semua negara lainnya. ianya agak sedikit berbeza. hak cipta. Walau dalam penerapannya. Inti 2. 2. Satu negara tidak boleh diberi perlakuan lebih baik atau lebih buruk daripada negara lain. perkhidmatan atau hak cipta telah memasuki pasaran.menciptakan WTO. artikel kedua GATS (General Agreement on Trade in Services) dan artikel keempat TRIPS (Trade-Related Aspects of Intellectual Property Rights).

semua negara ahli persatuan tersebut mnetapkan tarif luaran yang sama 6 . Sehingga GATT mengecualikan perjanjian perdagangan regional ini. Salahsatu negara yang mendapat waiver adalah Amerika Syarikat iaitu dalam bidang pertanian. had boleh diterapkan apabila peningkatan import barangan telah mencapai taraf yang boleh menimbulkan injury bagi industri tempatan. bagaimanapun ianya bersifat sementara dan non-diskriminatif.y Waiver dan had darurat terhadap import Waiver ialah perkecualian terhadap aturan GATT oleh suatu negara kerana negara tersebut telah memiliki dasar yang berlawanan dengan GATT sebelum GATT ditubuhkan. dimana negara ahli boleh menerapkan had dalam importnya atau mencabut konsesi tarif kepada negara lain untuk barangan yang mengalami peningkatan import yang besar sehingga menimbulkan kesulitan untuk industri tempatan negara tesebut. ketika perjanjian GATT dibentuk. Pada tahun 1947. Hak darurat ialah hak negara untuk membatasi import apabila ia dirasa berlebihan sehingga menimbulkan kesulitan yang berat atau menjejas industri tempatan. Dalam persatuan Kastam/Customs Unions. AFTA dan NAFTA. para perunding menyadari bahawa dari semasa ke semasa. Wilayah perdagangan bebas ini seperti NAFTA (North America Free Trade Area) dan AFTA (ASEAN Free Trade Area). Dalam kata lain. ahli-ahli tetap mengekalkan tarif luaran yang berbezabeza tergantung kepada negara-negara di luar wilayah tersebut tapi terlibat dalam perdagangan bebas sesama ahli dalam wilayah tersebut. Perkecualian ini berlaku bagi kedua bentuk perjanjian perdagangan regional iaitu wilayah perdagangan bebas (free trade area) dan persatuan kastam (customs unions) Pada wilayah perdagangan bebas. beberapa negara mungkin ingin terus maju dengan perdagangan bebas yang lebih besar lagi. Hal ini diatur dalam pasal XIX GATT. y Perkecualian untuk Perjanjian Perdagangan Regional Walau berlawanan dengan MFN. perjanjian seperti ini diperbolehkan dalam GATT apabila untuk menggalakkan perdagangan negara-negara dalam wilayah tersebut. ianya tidak bertujuan untuk menghalang keuntungan yang mungkin boleh dicapai apabila beberapa ahli berkeinginan menurunkan tarifnya lebih jauh lagi. contoh EU. Walau GATT lebih menyukai tarif yang non-diskriminatif. Hak ini disebut safeguard.

Sehingga ianya meningkatkan kestabilan pasaran bagi pedagang dan pelabuh. Apabila ia ingin mengubah komitmen binding-nya.4 y Larangan terhadap batasan kuantitatif Iaitu larangan terhadap batasan import yang bersifat kuantitatif seperti kuota dan yang lain. Satu dari pencapaian Putaran Uruguay ialah peningkatan jumlah perdagangan yang di bawah komitmen binding. 100% barangan telah mempunyai tarif yang diikat (bound tariff).Understanding the WTO. dan dampak distorsi akibat proteksi tersebut dapat dilihat secara lebih jelas. Salahsatu customs unions adalah Masyarakat Eropah atau Europe Unions. Namun ianya diperbolehkan apabila suatu negara menghadapi masalah dalam perimbangan perbelanjaannya. y Tarif Binding Ianya merupakan komitmen untuk mengikat negara-negara ahli supaya tidak meningkatkan cukai terhadap barangan import setelah masuk ke dalam daftar binding. Perkecualian ini diatur dalam pasal XVII GATT yang menentukan bahawa restriksi kuantitatif boleh dilakukan oleh satu negara 4 World Trade Organization. Dalam GATT/WTO. ia kena berunding dengan rakan dagangnya. mereka mengikat komitmen mereka. Ianya agar perlindungan yang diberikan dan batasan kepada barangan luar dapat diterapkan dengan cara yang lebih jelas dan transparan. ketika negara-negara setuju untuk membuka pasar mereka terhadap barangan dan perkhidmatan.1. Pada pertanian. Untuk barangan.kepada negara di luar wilayah persatuan dan menghapuskan tarif import dalam perdagangan sesama ahli. Perdagangan yang lebih bebas. Geneva : World Trade Organization. transparan dan boleh dijangka y Tarif sebagai alat tunggal proteksi negara GATT mengizinkan proteksi terhadap barangan tempatan oleh kerajaan melalui tarif sahaja. (2008). Ianya dianggap sebagai hambatan yang paling serius dan paling sering ditemui sebagai warisan dari zaman depresi pada tahun 1930-an. Ini bertujuan agar rakan dagang memperoleh pampasan terhadap dampak perubahan dalam tarif maksimum.2. Suatu negara boleh mengubah tarifnya asal masih di bawah tarif maksimum tersebut. Halaman 12 7 . ikatan (binding) ini berwujud tarif maksimum. 2.

dengan semakin seringnya negara-negara mengenakan subsidi ekspor dan dumping.´ Seperti yang tercantum di artikel XVII 8 . bahagian integral perjanjian WTO. Dalam Putaran Uruguay. Timbal-balik. WTO seringkali menghadapi masalah.1. suatu proses penukaran konsesi.3.5 WTO juga memberikan konsultasi kepada negara yang menerapkan halangan kuantitatif ini untuk memulihkan perekonomian negara tersebut dan kemungkinan polisi alternatif lain yang boleh diambil selain had import kuantitatif tersebut. kedua cukai ini diatur. 2. 2. ianya boleh berupa masa lebih bahagi negara membangun untuk memenuhi komitmen mereka dalam banyak perjanjian WTO dan hak istimewa yang dibuat untuk meningkatkan kesempatan dagang negara membangun melalui akses pasar yang lebih luas. memudahkan pengurangan 5 Teks sebenar dari artikel di atas ialah ³«to apply quantitative restrictions for balance of payments purposes in a manner which takes full account of the continued high level of demand for imports likely to be generated by their programs of economic development.1. Usaha-usaha GATT/WTO dalam menggalakkan perdagangan bebas 2.1.2. Menurunkan tarif melalui reciprocity dan non-discrimination Timbal-balik (reciprocity) ialah amalan yang wujud dalam putaran perundingan GATT/WTO dimana suatu negara menawarkan untuk mengurangi salahsatu halangan perdagangannya dan negara kedua ³timbal-balik´ dengan menawarkan untuk mengurangi salahsatu halangan perdagangannya.4. Menggalakkan persaingan yang adil Atau fair competition. disempurnakan dan menjadi 2. Untuk meningkatkan partisipasi negara-negara berkembang dalam perundingan perdagangan internasional. Hal ini diatasi dengan memberi negara pengimport hak untuk mengenakan countervailing duties dan anti-dumping duties seperti yang tertulis dalam perjajnjian teks GATT dan hasil daripada Tokyo Round. Perlakuan khusus dan berbeda bagi negara-negara berkembang (Special dan Differential Treatment for developing countries ± S&D).2. S&D diterapkan. Countervailing duties ialah cukai yang dikenakan kepada barangan yang mendapat subsidi export dari negara pengeluar dan anti-dumping duties ialah cukai bagi barang yang dianggap dilambak oleh negara pengeluar.membangun untuk mencegah mengecilnya simpanan devisa kerana peningkatan import.

perancang tidak perlu menyalin sebahagian besar daripada perjanjian lagi dan lagi. Di peringkat praktikal yang murni. berarti bahawa ketika salahsatu ahli GATT/WTO menawarkan sebuah konsesi tarif kepada ahli GATT/WTO lain. Sehingga. Pengalihan perdagangan ialah amalan yang mahal dimana pengeksport menghantar barangannya ke negara ketiga. Sehingga timbal-balik ianya diperlukan oleh dua negara besar untuk terlibat dalam liberalisasi perdagangan. Sehingga prinsip non-discrimination memperluas keuntungan yang didapat daripada pengurangan tarif resiprokal daripada perundingan dua negara ke semua ahli GATT/WTO. Di bawah WTO. Non-diskriminasi juga mencegah pengalihan perdagangan (trade re-routing) dimana barangan dihantar melalui negara ketiga untuk mengelakkan tarif yang tinggi. Non-diskriminasi dalam polisi tarif. Ianya juga memiliki keuntungan praktikal. 9 . yang bererti mengatur tarif yang sama ke import dari semua negara. mengubah pakejnya dan menghantar barangan tersebut ke negara tujuan dimana barangan itu dikenakan tarif bagi negara ketiga yang lebih rendah (kerana ³datang´ dari negara ketiga). Mengapa WTO mengadopsi pendekatan multilateral dengan syarat yang ketat untuk non-diskriminasi? Ianya kerana non-diskriminasi adalah cara yang selesa untuk mengurangi kompleksitas hubungan perdagangan antarabangsa. non-diskriminasi memastikan kerajaan mengimport dari negara pengeluar dengan kos yang paling rendah. memastikan bahawa sumber-sumber dialokasikan ke penggunaan yang paling produktif dan berkesan.halangan perdagangan. Selain keuntungan praktikal. mungkin lebih mudah untuk bernegosiasi dalam satu set tarif import multilateral daripada terlibat dalam puluhan perjanjian bilateral. ia mesti menerapkannya ke semua ahli GATT/WTO. tetapi ini boleh dicapai melalui hubungan rangkaian bilateral. Terkadang. Di sisi lain. Non-discrimination atau perlakuan yang sama rata. negara-negara besar yang mengurangi tarif import mereka akan mengalami keuntungan kerana rakan niaga mereka secara bersamaan akan mengurangkan tarif import mereka. WTO melalui amalan pengurangan tarif resiprokal (timbal-balik) menyediakan mekanisma yang diperlukan untuk negara-negara komit dalam perdagangan bebas. untuk memenuhi syarat tarif yang lebih murah ini. non-diskriminasi juga mempunyai keuntungan ekonomi. non-diskriminasi melindungi negara pengeksport daripada oportunisme bilateral.

putaran Tokyo (1973-1979) menjadi usaha pertama dalam melawan halangan bukan tarif seperti subsidi dan cukai yang dkenakan untuk mengimbangi subsidi tersebut (countervailing duties). Aturan asal barangan adalah kriteria yang digunakan untuk menentukan dimana suatu barangan dikeluarkan. halangan teknikal. putaran perdagangan GATT/WTO berfokus untuk menurunkan tarif lebih jauh. ianya hanya mengurus perdagangan barangan sahaja. TRIMs. proses pengalihan perdagangan tidak perlu wujud. Pada peraturan pengiraan nilai barangan kastam (rules for the valuation of goods at customs).barangan kena menjalani perubahan yang besar sehingga syarikat memindahkan tahap pengeluarannya ke negara ketiga.2. ianya dirasakan bahawa WTO perlu memperluas bidang perdagangan yang dicakup. cap 10 . Menghilangkan rintangan perdagangan bukan tarif Pada tahun-tahun pertama. Preshipment inspection ialah penyemakan yang lebih jauh terhadap import terutama butiran penghantaran seperti harga. Ianya merupakan hal yang penting kerana beberapa polisi menerapkan perlakuan yang berbeza terhadap negara-negara pengeksport seperti polisi anti-dumping dan anti-subsidi.2. inspeksi barangan sebelum dikapalkan (preshipment inspection). seragam dan netral. 1. dan kualiti barangan yang ditempah dari luaran oleh negara membangun. WTO mengatur agar pelesenan import transparan. kuantiti. peraturan pengiraan nilai barangan kastam. SPS dan GATS) Ketika GATT digantikan oleh WTO. 2. Dalam prosedur lesen import. dan aturan mengenai asal barangan (rules of origin). Lalu. Namun pada WTO. Kemudian putaran Kennedy (1964-1967) mula membincangkan tentang perjanjian anti-dumping. Ianya merupakan perlindungan terhadap hak cipta (copyright). sederhana dan boleh dijangka.3. Perluasan ke bidang lain (TRIPs. Dengan pengamalan tarif tunggal non-diskriminasi.2. penipuan komersial dan penghindaran cukai). TRIPs (Trade-related of Intelectual Property ) iaitu perjanjian mengenai hak cipta/hak kekayaan intelektual. persetujuan WTO bertujuan untuk sistem pengiraan nilai kastam (customs valuation) yang adil. Pada GATT. ianya diperluas ke bidang lain seperti perkhidmatan dan beberapa peraturan lain. Ianya juga mengatur isu-isu birokratik dan undang-undang yang boleh menjadi penghalang dalam perdagangan seperti prosedur lesen import. dan masalah lain seperti prosedur perizinan import. 2. Ianya bertujuan untuk melindungi kepentingan kewangan negara (mencegah perpindahan modal.

lalu desain industri. kecil kemungkinan mereka akan dituntut melalui jalur hukum dalam suatu pertikaian. polisi yang mengenakan syarikat untuk menggunakan sumbersumber tempatan dan polisi yang menghadkan import syarikat atau mengenakan target untuk export suatu syarikat. SPS (Sanitary and Phytosanitary Measure) iaitu perjanjian mengenai keselamatan makanan (daripada bakteria. tanaman. garispandu (guideline) dan rekomendasi antarabangsa bila ada. Ianya hanya berlaku pada tindakan yang mempengaruhi perdagangan barangan sahaja. 11 . Namun.Ianya juga melarang polisi pelabuhan yang akhirnya berhujung ke batasan terhadap kuantiti. Apabila mereka melakukannya. Ianya menyatakan bahawa beberapa tindakan daripada kerajaan boleh membatasi dan mengganggu perdagangan dan oleh itu. 2. kontaminan. paten dan lain-lain. Peraturan tersebut kena diterapkan hanya sejauh yang diperlukan untuk melindungi kehidupan atau kesehatan manusia.dan pestisida) dan keselamatan tumbuhan dan haiwan. Bagaimana negara-negara menerapkan perlinfdungan hak tersebut dalam wilayahnya d. Perjanjian ini mencakupi lima isu iaitu a. ia juga menyatakan bahawa peraturan tersebut kena berasaskan sains yang mendukung. atau haiwan. Bagaimana untuk memberi perlindungan yang cukup bagi hak kekayaan intelektual c. Ianya mengizinkan setiap negara untuk mengatur standard keselamatannya sendiri. b. Tatacara peralihan yang khusus selama sistem baru dieprkenalkan. TRIMs (Trade-related of Investment Measure) iaitu perjanjian mengenai syarat kerajaan tempatan terhadap suatu pelabuhan. Bagaimana perjanjian prinsip asas sistem perdagangan dan barangan intelektual lainnya diterapkan.dagang (trademark). Dan peraturan tersebut tidak boleh dengan sewenang-wenang membezakan negara-negara dalam kes dan kondisi yang sama. 3. Negara ahli digalakkan menggunakan standard. Britain. penunjuk geografi (geografical indication) iaitu ketika nama barangan merupakan nama tempat pengeluar seperti keju cheddar dari kampung Cheddar. ahli-ahli tidak boleh mengeluarkan polisi yang membezakan dan merugikan orang asing atau barangan asing.

pengangkutan dan lain-lain. Harga barangan yang lebih murah akhirnya akan meringankan biaya hidup bagi masyarakat dalam suatu negara dan menginkatkan kualiti hidup mereka. iaitu sebagai salahsatu sektor aktiviti ekonomi dan sebagai alat dasar suplai aktiviti ekonomi lain (contoh transfer wang elektronik). maka pelabuhan akan masuk ke dalam negara membangun dan menciptakan pekerjaan dan akhirnya menambah pendapatan negara. Perpindahan manusia (movement of natural persons). barangan import dengan harga yang murah boleh masuk ke pasar domestik. ketidakstabilan dalam sistem perbankan mempengaruhi keseluruhan ekonomi. c. berbeza dengan perdagangan barangan. dan memberikan pilihan yang lebih banyak terhadap pengguna. sepertiga dari pekerjaan global dan hampir 20 peratus dari perdagangan global. warga tetap (permanent residence) atau pekerjaan tetap. perdagangan perkhidmatan lebih kompleks. Tanpa sebuah regim multilateral seperti sistem WTO. telekomunikasi. Dengan meliberalisasikan perdagangan.4. Bagaimanapun. Negara yang lebih lemah mesti berurusan dengan setiap kuasa ekonomi utama secara individu dan mungkin 12 . Ianya menjelaskan bahawa GATS tidak berlaku pada orang-orang yang mencari pekerjaan tetap atau sebagai syarat untuk mendapatkan kewarganegaraan. sektor komunikasi mempunyai dua peranan. Kesan terhadap negara membangun 2.1. 2. Bagian ini beurusan dengan hak individual untuk menetap sementara di suatu negara untuk menyediakan perkhidmatan.3.3. b. Telekomunikasi. negara yang lebih berkuasa akan lebih bebas dalam menerapkan kemahuan mereka secara unilateral kepada negara yang lebih lemah. Bagian tambahan GATS menunjukkan beberapa masalah dalam perkhidmatan yang tidak ada dalam barangan. Oleh itu. Bidang perkhidmatan mewakili sektor yang tumbuh paling cepat dari ekonomi global dan meliputi dua per tiga daripada pengeluaran global. perkhidmatan kini dimasukkan ke dalam peraturan WTO. Ianya juga memperkuat posisi negara membangun. membantu perekonomian negara membangun Dengan liberalisasi perdagangan. GATS (General agreement on Trade Service) iaitu perjanjian mengenai perdagangan perkhidmatan seperti perbankan. a. Perkhidmatan kewangan.

tidak tahan terhadap tekanan yang tidak dinginkan daripada negara maju. Negara membangun juga memperoleh perlakuan khusus dan berbeza dalam WTO berupa tarif import yang lebih rendah terhadap barangan mereka dan perpanjangan masa dalam memenuhi komitmen mereka dalam perjanjian WTO. Sebagai platform penyelesaian sengketa WTO boleh menjadi platform bagi negara membangun dalam menyelsaikan sengketa mereka dengan negara maju. untuk memastikan keberadaan dan perkembangan firma lokal dan memberi had kepada dalam kepemilikan TNC terhadap sektor-sektor penting. Negara membangun beranggapan bahawa syarat tersebut diperlukan untuk melindungi perimbangan perbelanjaan pembayaran mereka (balance of payments). untuk mengelakkan amalan TNC seperti transfer pricing dan monopolistic market allocation. Tanpa sebuah cara penyelesaian yang konstruktif dan harmoni (perjanjian WTO). Ianya juga dianggap bahawa negara maju membawa kepentingan syarikat multi-nasional dalam perundingan WTO dalam memperluas kuasa mereka pada negara membangun. Dimana dalam WTO.2. Perjanjian seperti TRIMs yang menghilangkan syarat-syarat bagi pelabuhan asing dianggap membawa kepentingan syarikat multi-nasional.3.3. Sebagai alat negara maju dalam mengatur perekonomian dunia Negara membangun menganggap bahawa WTO telah menjadi alat bahagi negara maju dalam mengatur perekonomian dunia demi kepentingan mereka sendiri. Negara maju juga cuba untuk membawa isu-isu baharu yang 13 . menunjukkan bahawa terdapat dasar yang jelas untuk menilai siapa yang salah dan benar. Hal ini telah membawa konflik antarabangsa dan mencetuskan deklarasi Doha pada November 2001 yang berusaha untuk mengecualikan perubatan daripada perjanjian TRIPs terutama ubat terhadap AIDS. harga ubat AIDS yang mahal kerana paten yang dikenakan telah menjejaskan usaha untuk memerangi penyakit tersebut sebab ramai epnderita yang tidak boleh membeli obat tersebut.3. Di Afrika. negara kecil lebih mempunyai suara dalam urusan perdagangan dengan negara besar. TRIPs juga dianggap memperkuat monopoli TNC terhadap teknologi sehingga memperlemah posisi negara membangun. malaria dan tuberkulosis. 2. beberapa kes ini mungkin akan menyebabkan konflik politik yang serius. Terdapat 300 sengketa telah dibawa ke WTO sejak penubuhannya pada tahun 1995. Fakta bahawa sengketa boleh diselesaikan dalam perjanjian WTO. 2.

polisi persaingan. namun ianya hanya menghasilkan 0. Dengan perdagangan bebas. menjejaskan pertanian negara membangun kerana menaikkan harga benih. dimana negara maju cuba membawa isu investasi. terdapat 62 negara kecil dan miskin yang menyumbang 0.3. Paten benih yang dilindungi TRIPs. ia kena membuka pasrannya sendiri dan pembukaan pasaran ini mesti cukup menarik bagi negara rakan untuk mahu terlibat dalam negosiasi. Sebagai contoh 20 peratus daripada populasi dunia ialah negara kurang membangun.negara membangun anggap tidak berhubungan dengan perdagangan seperti pada Singapore Issue pada tahun 1996. Dalam perdagangan bebas. Ianya merupakan fakta yang menyedihkan bahawa dalam WTO negara dengan pasaran yang kecil merugi dalam proses negosiasi timbal-balik kerana mereka tidak cukup menarik bahagi rakan dagangnya.5. Kesan Prinsip dan Usaha WTO y Prinsip MFN menyebabkan negara membangun kurang mendapat bahagian dalam akses pasaran. dan trade facilitation. 2. WTO telah berjaya dalam menggalakkan perdagangan namun keuntungan perdagangan tersebut tidak terbahagi secara merata.05 peratus 14 . ianya masih dirasakan kurang.4. Walau dalam WTO terdapat perlakuan khusus dan berbeza bahagi negara membangun. menurut Bank Dunia. Akses pasaran dalam WTO diperoleh melalui negosiasi dengan asas timbal-balik. government procurement. Untuk sebuah negara memperoleh peningkatan akses pasaran. ianya boleh menguntungkan kedua pihak apabila kedua pihak tersebut setara namun apabila salahsatu pihak lebih berkuasa dari pihak yang lain. Meletakkan negara membangun pada level yang sama dengan negara maju tanpa benar-benar mempertimbangkan kapabiliti mereka Perdagangan bebas yang diperjuangkan WTO dirasakan tidak adil bahagi negara membangun. kerana beberapa peraturan WTO memberatkan negara membangun.3. Ketiga isu pertama dianggap tidak berhubungan dengan perdagangan. Pada tahun 200. Apa yang negara membangun inginkan ialah perdagangan yang adil dimana sistem perdagangan antarabangsa mendukung keperluan pembangunannya sehingga dapat setara dengan negara maju.03% dari arus perdagangan. maka pihak yang lebih lemah akan cenderung menanggung kerugian. 2.

hanya satu peratus dari tenaga kerja terlibat dalam pertanian. negara membangun juga dibolehkan tanpa had untuk mengurangkan apa-apa sekatan perdagangan dalam kadar peratus dan produk yang mereka tentukan antara mereka sendiri (berlawanan dengan prinsip non-diskiriminasi) di bawah Enabling Clause. pertanian adalah sumber utama pekerjaan masyarakat terutama yang berskala kecil. Oleh itu. GSP memberikan negara membangun akses pasaran dengan tingkat tarif yang lebih rendah daripada tarif MFN. Melalui PTA 6 Enabling Clause ialah bahagian dari GATT 1994 di bawah WTO yang membolehkan pengecualian daripada perlakuan non-diskriminasi dalam menyokong negara membangun.1 peratus secara kolektif. 15 . Oleh itu. India mengambil posisi tegas dalam perbincangan untuk tidak bernegosiasi yang boleh menghilangkan pekerjaan masyarakatnya. jumlah pekerja yang menjadi petani ialah 74 peratus daripada keseluruhan pekerja. y Perlakuan Khusus dan Berbeza untuk negara membangun telah menjadi alat oleh negara maju untuk mengawal negara membangun tersebut. barangan import yang lebih murah akan menggantikan hasil keluaran petani tempatan yang akhirnya akan kehilangan pekerjaan mereka. Negara-negara ini secara struktur merugi dalam negosiasi akses pasaran. Selain itu. Di Kenya. Ianya dianggap bahawa negara membangun menjadi penumpang gratis (free rider) dalam sistem WTO kerana mengambil keuntungan dari prinsip MFN dan menawarkan sedikit daripada liberalisasi perdagangan mereka.6 Bagaimanapun perlakuan ini tidak diterapkan dalam sektor penting yang merupakan eksport utama negara membangun seperti tekstil. keramik. di India. Ianya disokong dengan kuat oleh kumpulan 42 negara membangun lain yang dikenal sebagai G33. y Pemotongan tarif import dalam sektor penting negara membangun boleh menjejaskan perekonomian negara. Apabila tarif import pertanian dipotong. Sebagai contoh. Sedangkan di negara maju seperti Amerika Syarikat. barangan kulit dan barangan industri sederhana lainnya. mereka diberikan akses preferensial kepada pasaran negara maju di bawah Generalized Scheme of Prefrerences (GSP). Pada banyak negara membangun. 58 peratus daripada tenaga kerja terlibat dalam pertanian.dalam perdagangan dunia secara individual dan 1. Perlakuan khusus dan berbeza ianya diciptakan untuk mendukung perekonomian negara membangun.

Bagaimanapun. memberikan lebih banyak pilihan barangan bagi pengguna tempatan dan menjadi platform penyelesaian pertikaian perdagangan. Ianya boleh memberikan akses pasaran yang lebih luas ke negara-negara maju. 16 . perbezaan kapasiti dan kapabiliti antara negara maju dan negara membangun telah memberikan kesan bahagi negara membangun dalam sistem WTO. negara maju cuba memasukkan agenda mereka yang tidak berhubungan dengan perdagangan ke dalam institusi dan perjanjian perdagangan. 3.(Preferential Trade Agreement) dan skim S&D. Usaha WTO dalam meliberalisasikan perdagangan dianggap telah memberikan kesan negatif bahagi perekonomian negara membangun yang berupa industri tempatan yang tidak boleh bersaing dengan barangan import dan meluasnya jangkauan MNC terhadap perekonomian negara membangun. Kesimpulan Sejak penubuhannya. GATT (kemudian menjadi WTO) telah berjaya menurunkan tarif perdagangan dan menghilangkan beberapa halangan perdagangan lainnya dalam usaha untuk meliberalisasikan perdagangan antarabangsa. negara membangun meminta perdagangan yang lebih ³adil´ daripada ³bebas´ dalam sistem WTO. Bagaimanapun. hal ini masih dirasa kurang bagi negara membangun yang memerlukan bantuan kewangan dan teknikal untuk mengejar ketinggalan mereka daripada negara maju. Ianya diwujudkan dengan perlakuan yang spesial dan berbeza dimana negara maju tidak mengharap negara membangun untuk membalas apa-apa konsesi perdagangan dalam negosiasi. Beberapa perjanjian seperti TRIPS dianggap memberatkan negara membangun terutama dalam hal perubatan dan pertanian. Oleh itu. Ianya juga menjadi badan yang mengurus maslah perdagangan dan pertikaian perdagangan antarabangsa. Mereka menggunakan PTA dan skim S&D agar negara membangun mahu mendukung mereka dalam isu yang tak berhubungan dengan perdagangan seperti standard buruh dan lain-lain. sistem WTO telah menjadi pemangkin perdagangan dan juga tantangan. Bagi negara membangun.

forum dan lembaga internasional di bidang perdagangan. Jagdish. A.org/english/docs_e/legal_e/gatt47_e.pdf Crowley. The Text of GATT.org/ geograph/devpmt/matoo.org/digital_ assets /publications/economic_perspectives/2003/4qeppart4. Diperolehi Mac 11.Understanding the WTO. S. H. Mei).) diperolehi pada 7 haribulan Mac 2010. Homi & Roger Strange. 1-7. (1996). Diperolehi pada bulan Februari 2010. dari http://cpqrack2. Far Eastern Economic Review. Mattoo.pdf Katrak. Jakarta: Universitas Indonesia. 2010.cn/wencong/bhagwati/FEERFinal. Geneva : World Trade Organization.). 17 . 42-57. An Introduction to the WTO and GATT. (2003).dufe. GATT dan WTO : sistem.d. (2005).. Economic Perspectives. & Arvind Subramaniam.pdf World Trade Organization. New York : Palgrave Macmillan. Diperoleh pada Mac 2010. Q IV.edu. dari http://time. A. (2004). Reshaping the WTO.oas.wto. The WTO and developing countries.sice. dari http://www. dari http://www.pdf Kartadjoemena. The WTO and the Poorest Countries: The Stark Reality. (2008). (Eds. M. (n. (2004.Bibliografi Bhagwati.chicagofed.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful