(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

)

TAJUK 1

(SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK)

Sinopsis • Tajuk ini membincangkan tentang sejarah perkembangan ilmu linguistik yang bermula pada tahun 500 SM hingga ke zaman moden. Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden. • HASIL PEMBELAJARAN 1. Menyusur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik. 2. Menghuraikan sejarah ilmu linguistik zaman Yunani, Iskandariah, Rom, Arab, India hingga zaman moden abad ke 20 Tahukah anda bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah. 1.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom Dalam sejaran ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad

(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu Untuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 – 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika. Secara umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik. Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik zaman Yunani. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah. Zaman ini

Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman Rom. Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) bermula pada abad ketiga tahun masihi. Zaman Arab. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani. iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna. Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Para sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis. 1.2 Zaman Pertengahan. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris. iaitu pertuturan. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan. ganti nama dan kata depan. namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu. Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Tahukah anda bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Zaman India Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab. . participal.

Pada era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Qur’an dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan. Perbincangan seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman India. Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok. iaitu sekitar abad ke-19.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) Sekarang mari kita bincang pula perkembangan linguistik zaman Arab. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu. Tahukah anda bahawa kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama. iaitu bahasa . zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden. morfologi dan sintaksis. iaitu antropologi dan sosiologi. 1. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Pada zaman ini bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden Untuk pengetahuan anda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik. Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap.

marilah sama-sama kita lihat sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini. Gunakan bahasa sendiri menunjukan anda faham apa yang dibincangkan. Tugasan: Buat catatan nota dalam bentuk grafik tentang sejarah perkembangan linguistik sejak sebelum masihi hingga ke zaman moden. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L. berimbuhan dan bahasa berfleksi. . Bincangkan sumbangan Plato dan Aristotle kepada perkembangan ilmu linguistik sehingga kini. iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial. Pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik huraian.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) berisolasi. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut menelurkan satu teori baharu.

• Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam sains. • Menurut beliau. Beliau mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi. Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand de Saussure.1 Pemikiran Edward Sapir Dalam Bidang Linguistik • Edward Sapir (1884 – 1939) seorang sarjana linguistik struktural dan antropologi dari Amerika pada awal abad ke-20. Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa merupakan unsur yang menentukan sturktur pemikiran manusia. Hasil Pembelajaran (i) Menghuraikan aliran pemikiran tokoh-tokoh lingustik mengiku zaman (ii) Menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan ilmu bahasa sejak zaman awal hingga zaman moden (iii) Membuat banding beza bentuk pemikiran antara tokoh-tokoh linguistik Kerangka Tajuk Hasil pemikiran de Saussure telah melayakkan beliau diberikan jolokan sebagai “Bapa Linguistik Moden” Hasil pemikiran Bloomfield telah menghasilkan teori behaviourisme Hasil pemikiran Edward Sapir dapat diterokai melalui bukunya bertajuk Language (1881) 1. Buku beliau . bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk. Mereka merupakan tokoh linguistik yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara empirikal.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) TAJUK 2 : PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK Sinopsis Tajuk dua ialah pemikiran dalam linguistik. iaitu bersifat arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. iaitu pemikiran Edward Sapir.

1.3 Pemikiran Ferdinand de Saussure Dalam Bidang Linguistik • Ferdinand de Saussure (1857 – 1913) ialah orang pertama mengasaskan ilmu linguistik moden. Buku beliau yang popular ialah Language (1933). maka bahasapun dapat dilahirkan sebagai gerak balas atau respons terhadap rangsangan itu. Dengan kata lain. Ketokohan beliau sebagai ‘Bapa Ilmu Linguistik Moden’ telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden. • Rumusan beliau. sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca daripada adanya rangsangan atau stimulus. . bahasa akan sentiasa berubah. Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya. 1. ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila adanya rangsangan. Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) bertajuk Language berbeza dengan Bloomfield kerana menggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam masyarakat. • Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna. iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara empirikal. • Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia.2 Pemikiran Leonard Bloomfield Dalam Bidang Linguistik • Bloomfield (1887 – 1949) merupakan ahli linguistik yang mempelopori teori behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan bahasa.

(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) • Dalam sejarah ilmu linguistik moden. . Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu. • De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep ‘langue’ dan ‘parole’. • Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan buku bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915. Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri-ciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat. Huraikan dengan ringkas menggunakan ayat sendiri sumbangan dan kesan teori behaviourisme terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa. Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubanan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut. beliau merupakan orang pertama yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza. Tugasan : Buat banding beza dalam bentuk grafik antara pemikiran de Saussure dengan Bloomfield. iaitu secara sinkronis dan diakronis.

Kerangka Tajuk Pengenalan kepada bidang-bidang ilmu linguistik Linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa Perbandingan antara bahasa dan ciri persamaan dan perbezaan antara bahasa Kepentingan linguistik sejarah dalam perkembangan ilmu linguistik 3.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) ----------------------------------------------------------------------------------------------------------- TAJUK 3: BIDANG LINGUISTIK Sinopsis Tajuk tiga ialah bidang linguistik. Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan serta Linguistik Kontekstual. linguistik perbandingan dan linguistik kontekstual (iii) Membincangkan bidang linguistik gunaan dan hubungannya dengan pengajaran bahasa. iaitu Linguistik Am dan Linguistik Gunaan. Hasil Pembelajaran (i) Menghuraikan tentang bidang ilmu linguistik (ii) Menghuraikan linguistik am atau umum.1 Linguistik Umum dan Linguistik Gunaan . linguistik sejarah. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk.

iaitu terjemahan dan perkamusan. cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa. Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa. bentuk kata. ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing. Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi. iaitu bidang yang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum. Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum. kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) • • • • Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am. Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan mengajarkan bahasa. Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal. Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan. tetapi dalam modul ini kita hanya menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja. • • • • • • • • . Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori. Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan. iaitu secara deskriptif. Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan. deskripsi. Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya. ejaan. Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan.

dan leksikon. dan tidak rapat hubungannya. kaedah perbandingan tidak begitu berguna. Kaedah glotokronologi mencadangkan penggunaan formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah. seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik. Teknik asas linguistik perbandingan ialah “kaedah perbandingan” yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi. Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh. 3. setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat diterangkan dengan amat munasabah. umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi. sintaksis. dan perubahan-perubahan sistematik. sistem-sistem morfologi. dijangka amat tetap. Pada dasarnya. . berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasabahasa yang dibandingkan. Terdapat juga cabang-cabang pembandingan bahasa yang perbandingan: linguistik lain yang melibatkan bukannya sebahagian linguistik • • • • • • • Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut ciri-ciri.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan • Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah satu cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu. Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) • Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa. dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu. • “Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto.

Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek-aspek yang dibandingkan itu • • • • • • • • • 3. Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul(etimologi) sesuatu bahasa. iaitu membuat perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut. Kemudian. Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman. Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa. Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asasl usul atau etimologi sesuatu bahasa. yakni bahasa seketurunan daripada bahasa induk. khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman. Tujuannya adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa yang sekeluarga.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) • Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza. Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek bahasa yang dibanadingkan itu.3 Linguistik Kontekstual . Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini. kajian perlu dilakukan secara diakronik.

(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) • Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan linguistik. Bincangkan bidang linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa. • • • Tajuk 4: LINGUISTIK KONTEKSTUAL Sinopsis: Tajuk empat ialah tajuk yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. linguistik antropologi. bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. Sosiolinguistik. dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yagn mengkaji interaksi – interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri. serta sains kognitif. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa. Buat perbandingan antara linguistik sejarah dengan linguistik perbandingan. . linguistik pengiraan. Tugasan: 1. 2. bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri. linguistik evolusi.

1968 . 2. • • Kontekstual membawa pengertian: 1. Lyons. 2. Menjelaskan perhubungan antara bahasa dan masyarakat. kebudayaan dan masyarakat.  Linguistik kontekstual ialah bidang yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Kuala Lumpur 2005). • Menjelaskan bahawa linguistik ialah pengajian ilmu bahasa. ada hubungan atau kaitan langsung. • Linguistik adalah satu bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik Menurut Kamus Dewan (edisi keempat).Yang berkenaan.Yang membawa maksud. bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) Hasil Pembelajaran: 1. Kajian saintifik tentang bahasa. mengikut konteks. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri. Mengenalpasti aspek-aspek bahasa. makna dan kepentingan (meaningful). Menurut John Lyons (1968). Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka. Menurut Kamus Dwibahasa (1981). . Definisi kontekstual: Menurut Kamus Dewan (edisi keempat). struktur dan penggunaan bahasa dalam fungsi-fungsi sosial. 2. Linguistik Kontekstual Menurut J. • Linguistik ialah1. Kontekstual ialah-Berkaitan dengan atau menurut konteks: penyelidikan sastera dari segi dapat merencanakan perkembangan sastera. Kuala Lumpur 2005). • Linguistik adalah suatu ilmu pengkajian bahasa yang dilakukan secara saintifik. relevan. Berkaitan dengan bahasa.

Fungsi linguistik memperkatakan tentang perkara-perkara seperti perbandingan di antara bahasa rasmi dengan bahasa vernakular yang • • . Merupakan satu kajian yang sangat luas dan pelbagai meliputi bermacammacam perkara seperti fungsi bahasa. pelacakan bahasa rahsia bajak laut. ia mengkaji mengenai aspek-aspek linguistik yang melihat aspek bahasa. penerimaan istilah akuntasi di kalangan ahli ekonomi. peranan bahasa. Secara mudah. kriteria dan persepsi kesantunan berbahasa. kata sapaan yang ditinjau dari perpaduan sosial dan jarak sosial di antara penutur. struktur dan penggunaan bahasa yang ada dengan fungsi-fungsi sosial.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) Sosiolinguistik • • Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji perhubungan di antara bahasa dan gejalanya dalam masyarakat. • Sosioling • Pada prinsipnya. sosiolinguistik adalah bidang yang memperlihatkan pertalian antara bahasa dengan masyarakat. mantra dan pelbagai istilah lain lagi. pengungkapan jati diri secara sosial melalui grafiti. Cenderung berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam masyarakat yang kebiasaanya dipengaruhi oleh stratifikasi sosial dalam masyarakat. kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat yang tertentu.

 Participant observation merujuk kepada seseorang yang dihantar kepada sesuatu etnik. • Kesimpulannya. masyarakat. Antropologi Linguistik  Satu cabang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya terutama untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat. kumpulan sosial. Pengertian Antropologi Menurut etnologinya kata antropologi berasal dari kata yunani “Antropo” yang bererti manusia dan “logy” atau “logos” bererti ilmu yang mempelajari. Huraikan cabang-cabang linguistik kontekstual. bahasa.  Salah satu cara atau kaedah yang dapat digunakan untuk melihat pemakaian bahasa dalam konteks sosial budaya secara terperinci adalah participant observation. dialek dan bentuk-bentuk gaya yang dibezakan oleh perihal taraf pemakai-pemakainya. iaitu satu perihal yang melibatkan apa yang dinamakan “perancangan bahasa” dalam menegakkan identiti sesebuah negara. Linguistik Antropologikal Mengkaji hubungan di antara bahasa dan budaya. Latihan: 1.  Adakala disebut etnolinguistik iaitu bidang yang dikatakan memberi penumpuan kepada perhubungan di antara bahasa dengan penyelidikan primitif. sosiolinguistik mengkaji berbagai bahan sosio-budaya yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan sosial harian yang berkaitan pula dengan kebudayaan. pertalian bahasa dengan kumpulan-kumpulan etnik. menetap dan bergaul dengan etnik berkenaan sehingga kadang-kadang membawa kepada perkahwinan dan jangka masa yang lama.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) tidak rasmi. . Melihat aspek-aspek kehidupan penutur yang tertentu dan seterusnya melihat bagaimana suasana kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh para penutur mempengaruhi cara mereka berbahasa.

(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) TAJUK 5 : STILISTIK Sinopsis .

.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) Tajuk 5 ini melihat variasi bahasa yang bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur. Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal.  Karya sastera ditandai kelainan dalam penggunaan gaya bahasanya untuk menimbulkan kesan artistik. 2.  Cabang linguistik gunaan atau terapan. Hasil Pembelajaran 1. Melihat bagaiamana keberkesanan stilistik mempengaruhi bahasa. Pengenalan am Stilistik Bahasa. Mengenal pasti prinsip-prinsip stilistik.  Kesan penerapan daripada disiplin linguistik tercerminnya ilmu gaya yang membezakan gaya sastera dan gaya bukan sastera.  Rene Wellek dan Austin Warren (1966:182)-stilistik meneliti penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma dan berusaha menemukan fungsi estetik. Stilistik dari sudut Sastera  Kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada penggunaan bahasa. Stilistik  Menurut Abdullah Hassan (1990) Stilistik atau sylistics adalah ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa  Fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan  Ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistik dan diperluas dalam bidang kesusasteraan yang menggunakan bahasa sebagai wahana pengucapan. Perlakuan bahasa bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan.

khasnya bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan.M. penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina keseluruhan karya. Prinsip Stilistik  Pertama menganggap dan mengiktiraf bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan berbahasa sebagai satu anugerah dan bakat seseorang penulis. melalui pendekatan stilistik huraian terhadap pemilihan diksi. pendekatan stilistik membincangkan aspek tema seperti yang sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan struktural.  Analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan pengaplikasian bahasa tetapi menjangkaui kepersisan bakat berbahasa penulisnya.  Namun. kedudukan stilistik sebagai penelitian sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu penyusunan diksi serta struktur kalimat yang mencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya.  Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagai genre itu terdapat pelbagai jenis dan kategori perkataan dan ayat yang digunakan. Perbezaan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pengalaman. (1976:7).  Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang mudah difahami. penggunaan pendekatan stilistik berhasil memperlihatkan gaya keperibadian seseorang penulis.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)  Bermaksud bentuk variasi bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur. . pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan.  Penulis mempunyai cara tersendiri.  Murry J. banyak maksud dan mempunyai makna simbolik. pendidikan.  Ketiga. sikap dan keperibadian penulis  Keempat.  Analisis karya sastera merupakan suatu huraian tentang bakat dan kebolehan mengarang bagi seseorang pengarang.  Kedua.  Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal. mudah dimengerti.

pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan oleh pengarang. . Latihan: 1.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)  Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek kemasyarakatan iaitu bidang sosiolinguistik dan dialektologi perlu dikuasai oleh pengkaji atau peneliti.  Semasa berkarya. pendekatan stilistik juga menekankan penelitian tentang penghasilan sesebuah karya. seseorang penulis didorong oleh pelbagai keadaan dan rangsangan yang berlaku di sekelilingnya.  Kelima. mesej atau idealisme pengarang. menimbulkan keseronokan atau memberi kecelaruan dan kekaburan tanggapan kesan daripada penggunaan penanda dan petanda bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan pemikiran.  Penelitian yang dilakukan dengan menggunakan pendekatan stilistik ini akan menemukan gagasan bahawa terdapat unsur-unsur bahasa yang mendorong seseorang itu berkreatif. Huraikan prinsip-prinsip stilistik dan bagaimanakah stilistik itu mempengaruhi kehidupan masyarakat. juga digunakan untuk menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau khalayak terhadap sesebuah karya.  Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah atau tempatan dapat memperkaya perbendaharaan kata di samping merupakan satu gaya atau stail bagi seseorang penulis. pendekatan stilistik selain digunakan untuk menganalisis proses penghasilan sesebuah karya.  Ketujuh.  Keenam.  Aspek bahasa dapat menjelaskan kesan penggunaan sesuatu bahasa sama ada dapat difahami.

the beautiful book (buku yang cantik itu) . Bahasa apa pun di dunia ini mempunyai sifat-sifat yang tersendiri. Hasil Pembelajaran. ayat.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) TAJUK 6: SIFAT BAHASA Sinopsis Tajuk 6 ini membincangkan sifat-sifat bahasa menurut Teori Noam Chomsky Menurut Teori Noam Chomsky. Tidak semua pencatuman unit-unit itu boleh dilakukan. sebagai contoh : BAHASA MELAYU 1. nahu atau bentuk sintaksis. that car (kereta itu) 2. 1. pensel ini BAHASA INGGERIS 1. 2. melainkan mengikut cara-cara tertentu. 1. Boleh menjelaskan sifat-sifat bahasa itu secara tepat. kata). susunan perkataan . three red books (tiga buah bukuyang merah) 3. Bahasa sebagai satu sistem • Bahasa mempunyai susunan yang tertentu. sebuah buku merah 3. Menguasai dan memahami perbezaan sifat-sifat bahasa itu. sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan. Sistem itu telah ditetapkan oleh susunan bahasa. • • • • • • Terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi satu susunan yang sempurna dari segi strukturnya (klausa. Sistem yang dimaksudkan ialah aturan. Setiap bahasa mempunyai bahasa masing-masing. buku itu 2.

Tidak semestinya ada hubungan antara bunyi yang dilafazkan dengan benda-benda yang dimaksudkan. Bahasa itu bersifat arbitrari • Arbitrari ialah pertalian sesuatu bentuk atau lambang dalam bahasa dengan makna yang diberikan secara kebetulan dan ditentukan oleh budaya sesuatu masyarakat.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) 2. . • Pertembungan kebudayaan. struktur dan tatabahasanya tidak berubah. Bahasa sebagai alat berkomunikasi. • Proses komunikasi ialah adanya maklumat yang hendak di sampaikan oleh penutur kepada pendengar. 3. • • • • • • 4. Oleh kerana sifat-sifat arbitrari inilah maka kita dapati tiap-tiap bahasa mempunyai perkataan yang berlainan bagi benda-benda sama. – butir pertuturan : tajuk percakapan antara penutur dengan pendengar sama ada terdiri daripada hal-hal peribadi atau rasmi. termasuklah benda-benda yang berada di sekitarnya. Walaupun begitu. • Faktor yang mengubah bahasanya. Sebagai contoh: dalam Bahasa Melayu itu dipanggil “pintu” dalam Bahasa Inggeris dipanggil “door” “puerta” dalam Bahasa Sepanyol. Bahasa bersifat dinamis • Bahasa adalah berubah dan berkembang selagi penuturnya bergaul dan berinteraksi dengan manusia lain. – tempat : situasi sekeliling dimana pertuturan itu mengambil tempat. – pendengar : orang yang dilawan bercakap. pertembungan manusia dengan manusia lain menyebabkan pertambahan dan pengurangan perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu.

Bahasa mempunyai makna • Makna bererti yang dimaksudkan dan yang dipercakapkan. ’ a’. Latihan: 1. Ini dikatakan linear di mana apa yang ingin dituturkan disebut satu demi satu untuk melambangkan sesuatu bunyi. iaitu dengan pergerakan alatalat artikulasi satu demi satu. huraikan sifat-sifat bahasa dengan jelas.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) 5. 6. ’l’. dan ‘m’. • Sesuatu perkataan yang diujarkan mempunyai maksud. ’a’. . bunyi-bunyi yang dihasilkan ialah ‘k’. • • Sebagai contoh untuk menyebut kalam . Bahasa itu linear • Bunyi-bunyi itu dihasilkan satu demi satu. Dengan memilih contoh-contoh yang sesuai.

Hasil Pembelajaran 1. 2. makin luas daerah penyebaran bahasa itu dan makin banyak perbezaannya.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) TAJUK 7 : VARIASI BAHASA Sinopsis Tajuk 7 ini membincang dan menjelaskan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu.  Variasi bahasa ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan. Dalam konteks Malaysia.  Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu  Variasi bahasa merupakan suatu pengkajian terhadap fitur bahasa yang berbeza secara semantik apabila kita membandingkan kumpulan penutur berbeza atau suatu kumpulan penutur yang sama dalam keadaan yang berbeza. dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya.  Demikian juga halnya dengan Bahasa Melayu. Melihat pengaruh variasi bahasa itu mempengaruhi kehidupan masyarakat. di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai . makin luas daerah penyebaran bahasa itu. Variasi Bahasa.Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya.  Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya.  Aspek ini lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk bahasa yang sama dan bukannya perbandingan fitur antara dua bahasa. kosa kata dan tatabahasa. Menghurai dan menjelaskan variasi-variasi bahasa. Makin besar jumlah penuturnya.  Halliday (1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu :  Pengguna – orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan  Penggunaan – kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atau situasi bahasa itu digunakan.

Pahang. dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya.  Daripada beberapa variasi satu bahasa. Perak dan Johor. seperti dialek Kelantan. ialah variasi yang digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa sekolah). Negeri Sembilan.  Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. yang walaupun mempunyai berbagai-bagai kelainan. Tujuannya supaya mudah difahami. Melaka.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) dialek. seperti latar belakang pendidikan. di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek.  Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu. mereka mempunyai gambaran tentang satu kesatuan bahasa. masih terdiri daripada satu keseluruhan.  Variasi ini.  Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktor-faktor sosial. dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza-beza penggunaannya. dalam . Terengganu. Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu. makin luas daerah penyebaran bahasa itu. Terengganu.  Dalam bidang ilmu bahasa. yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku. variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku. jenis pekerjaan. Perak dan Johor. Makin besar jumlah penuturnya.  Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-ahli bahasa.  Tiap-tiap pihak harus gugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan guna sedikit sebanyak variasi bahasa yang bersifat bahasa melayu umum. Melaka. satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita merujuk sifat umum bahasa tersebut. seperti dialek Kelantan. yang dari segi sejarahnya berasaskan dialek bahasa Melayu Johor Riau.  Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang. misalnya bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Dalam rangka Malaysia. Negeri Sembilan. Pahang.

Sumatera. biasanya dengan mengkombinasikan bentuk tangan.  Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. sosial dan stilistik. bukannya suara. . bahasa tubuh. dan tubuh. orientasi dan gerak tangan. cabang Nusantara. dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan. dan penggunaan kata-kata tertentu.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) semua situasi rasmi seperti dalam ucapan-ucapan. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina. jawa. tatabahasa.  Dialek kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan.  Kaum tunarungu adalah kelompok utama yang menggunakan bahasa ini.  Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi .  Bahasa isyarat unik dalam jenisnya di setiap negara. Bahasa Isyarat  Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual. serta ekspresi wajah untuk mengungkapkan fikiranmereka.  Dialek mempunyai bentuk tertentu. untuk berkomunikasi. Kalimantan dan sebagainya. mesyuarat dan persidangan dan dalam media massa.  Terdapat 3 jenis variasi iaitu variasi daerah. Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek. Dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia. Variasi Bahasa (Dialek)  Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada waktu itu. dan gerak bibir. tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. lengan.

Latihan: Dengan memilih cerpen yang sesuai. Hal yang sebaliknya juga berlaku.  Ini adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi antara satu sama lain.  Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menubuhkan Pusat Latihan Malaysian Sign Language (MySL) yang digerakkan melalui sumbangan Yayasan Tan Sri Othman Yeop mensasarkan melatih 100 jurubahasa dalam tempoh lima tahun. Amerika Serikat dan Inggeris meskipun memiliki bahasa tulis yang sama tetapi memiliki bahasa isyarat yang berbeza (American Sign Language dan British Sign Language). .(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)  Bahasa isyarat berbeza di negara-negara yang berbahasa sama. Contohnya.  Golongan pekak dan bisu di negara ini menggunakan kaedah Bahasa Isyarat Malaysia (BIM). Ada negara-negara yang memiliki bahasa tulis yang berbeza (contoh: Inggeris dengan Sepanyol). yang memerlukan khidmat jurubahasa apabila berurusan dengan mereka yang tidak memahami bahasa berkenaan. analisis penggunaan variasi bahasa yang digunakan dalam cerpen tersebut.  Biasanya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai kecacatan seperti bisu dan pekak. tetapi menggunakan bahasa isyarat yang sama.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful