Ibnu Sina

BIODATA IBNU SINA 1. Nama sebenar beliau ialah Al-Hussain bin Abdullah bin Al-hasan bin Ali bin sina. 2. Beliau dikenali sebagai Ibnu Sina di timur dan Avicenna di barat. 3. Beliau dilahirkan pata tahun 370 Hijrah bersamaan dengan tahun 980 Masihi di Afsyanah,Bukhara,Turkistan. 4. Beliau berasal daripada keturunan Turki. 5. Bapanya ialah pengusaha Kharmathain , Bukhara. 6. Selepas bapanya meninggal pada tahun 390 hijrah bersamaan dengan tahun 1000 masihi, Ibnu Sina berpindah ke Khawarizm,Jurjan, Rai dan Hamazan. 7. Beliau pernah bertugas sebagai pakar perubatan di wilayah Rai dan penasihat agung Amir Ala Al-Daulah di Asfahan. 8. Beliau meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah bersamaan dengan tahun 1037 Masihi di Hamazan. KEPERIBADIAN IBNU SINA 1. Ibnu Sina merupakan seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu. Beliau pernah membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali. 2. Ibnu Sina seorang yang taat beragama.Beliau sering berdoa kepada Allah SWT terutama apabila beliau menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan masalah. Beliau sering pergi ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah SWT. 3. Seorang yang pintar. Beliau berjaya menguasai pelbagai ilmu naqliah (ilmu agama) ketika berusia lapan belas tahun. 4. Seorang yang berinovatif. Ibnu Sina banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai ilmu terutama dalam bidang perubatan. PENDIDIKAN IBNU SINA 1. Ibnu sina mempelajari ilmu Al-Quran semenjak berusia lima tahun. 2. Beliau menghafaz Al-Quran ketika berumur sepuluh tahun. 3. Beliau mempelajari ilmu fikah dan tasawuf daripada Ismail Al- Zahid, ilmu hisab dan prinsip-prinsip geometri daripada Muhammad Al-Masaah, ilmu falsafah daripada Abu Abdillah Al- natili, serta ilmu sains dan ilmu astronomi daripada Al-Biruni. 4. Semasa berusia 16 tahun, beliau telah menguasai ilmu perubatan 5. Berkat kesungguhan yang tidak mengenal jemu, beliau muncul sebagai seorang pakar perubatan yang terkemuka.

KETOKOHAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN 1. Kesarjanaan Ibnu Sina dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan dunia. 2. Beliau pernah diberi kepercayaan untuk merawat penguasa Bukhara, Nuh bin Mansur, pengusaha Jurjan Al- Amir Syams Ma` ali Qabus bin Wasyamkir, pengusaha Asfahan AlAmir Ala Al- daulah. 3. Ibnu Sina menghasilkan banyak karya terutama dalam bidang perubatan. Contohnya AlQanum Fit Tib, Al-Adawiah Al-Qalbiah, dan Al-Alfiah Al- Tibbiah. 4. Karya-karya tersebut telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa latin, Hebrew dan Inggeris. 5. Ibnu Sina berjaya melakukan beberapa pencapaian dalam bidang perubatan iaitu: Penemuan penyakit baru serta puncanya - Pengaruh kuman dalam penyakit. - Jangkitan virus seperti tibi dan sebagainya. - Penyakit seperti rubella, alahan(allergy), cacar (smallpox), penyakit jiwa dan seumpamanya Penemuan dalam bidang farmasi - Menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit. - Ubat bius. Membantu teknologi perubatan - Mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan. - Mencipta picagari dan lain-lain. 6. Terdapat banyak lagi penemuan dan teori perubatan yang dikemukakan oleh Ibnu Sina dalam karya-karyanya. Karya ± karya tersebut diiktiraf sebagai rujukan penting.

Mesir. Conthnya organ dalam badan manusia boleh dilihat hanya menggunakan x-ray atau ultra sound. 4. Ibnu Sina juga terkenal sebagai seorang ahli falsafah dan menguasai pelbagai ilmu pengetahuan yang lain. 3. ilmu perubatan berkembang maju hingga ke hari ini. matematik.mantic. astronomi. Beliau juga banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih kurang 760 jenis penyakit. Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden. 3. Ibnu Sina merupakan orang yang pertama memperkenalkan cara pemerhatian dan analisis dalam bidang perubatan. Jasanya dihargai hingga ke hari ini. 2. Bukunya Al-Qanun Fit tib menjadi rujukan utama di seluruh pusat pengajian tinggi di Barat. Ibnu Sina merupakan tokoh perubatan Islam yang terkenal dan banyak memberi sumbangan dalam bidang perubatan. SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN 1. biologi. dan sains politik. hasil perkembangan sains dan teknologi telah muncul kaedah. . Ibnu Sina menghasilkan 116 karya dalam pelbagai bidang separti falsafah. Pada zaman ini.KESAN PENINGGALAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU PERUBATAN 1. kimia. 3. fizik. 2. Sebuah universiti pendidikan di hungry telah mengambil semperna nama beliau iaitu Avicenna College(kolej Ibnu Sina) RUMUSAN 1. 2. Oleh itu suatu penyakit atau kecederaan dapat dikesan dan dirawat dengan lebih cepat dan berkesan. 5.kaedah perubatan baru menggunakan peralatan ±peralatan canggih. Serta kaedah merawatnya. Ibnu Sina banyak menghasilkan karya dalam bidang perubatan. Kemudian pada tahun 1950 masihi ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa arab dan dinamakan sebagai Muallafat Ibni Sina ( Karya-karya Ibnu Sina) 4. Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap pada masa itu. Berdasarkan metode ini. Buku-buku tersebut telah dihimpun oleh Domonican Institute For Orental Studies di kaherah. Beliau melakukan metode pemerhatian (observation) dan analisis.

Beliau seorang yang berjiwa pemimpin. 3. Semua jawatan ini diberikan kerana kecekapannya dalam mentadbir serta keupayaannya mengemukakan idea-idea untuk kemajuan negara. Bapa Ibnu Khaldun adalah seorang sarjana terkenal. Ibnu Khaldun meninggal dunia di kaherah. Pemikiran Ibnu Khaldun dalam kitab Al-Muqaddimah adalah hasil daripada pengalaman dan kreativiti beliau untuk mengetengahkan sejarah sebagai bidang ilmu yang tersendiri. Walaupun beliau sibuk dengan tugas pentadbiran.Ibnu Khaldun BIODATA IBNU KHALDUN 1. Ibnu Khaldun mempelajari ilmu. PENDIDIKAN IBNU KHALDUN 1.Ibnu Khaldun berpindah ke beberapa tempat iaitu Algeria. Bougie. 4. Fez.Muhammad bin Al-syawasyi Al-Zarzali.Muhammad bin Al-Muhaimin Al-Hadrani. 2. Beliau bijak membahagi masa untuk masyarakat dan menuntut ilmu. 3. 5. Seorang yang kreatif. dan Mesir. dan ramai lagi. Granada. Sejak Tunisia dilanda wabak taun pada tahun 749 hijrah.ilmu fardu kifayah seperti mantic. Buku ini dijadikan bahan kajian oleh sarjana. namun tidak menghalangnya untuk menuntut ilmu. sains dan matematik daripada Muhammad bin Ibrahim Al-Abili. Ibnu khaldun mempelajari asas agama dan bahasa arab daripasa Abdul Rahman bin Muhammad (bapa beliau). 2. 2. Beliau lebih dikenali sebagai Ibnu Khaldun.sarjana timur dan barat hingga ke hari ini. Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad. mesir pada tahun 808 hijrah bersamaan dengan tahun 1406 Masihi ketika berusia 87 tahun. KEPERIBADIAN IBNU KHALDUN 1. Beliau dilahirkan di Tunisia pada tahun 732 Hijrah bersamaan dengan tahun 1332 Masihi. Ibnu Khaldun adalah seorang yang tekun dalam menuntut ilmu. 7. Muhammad bin saad bin Barrral Al-Ansari.falsafah. 6. Keluargabya keturunan Arab dari Yaman yang berhijrah ke Andalus. . Beliau pernah menjawat jawatan penting seperti ketua hakim di Mesir dan Perdana Menteri di Bougie.

Ibnu Khaldun merupakan penggiat budaya dan kesusasteraan Arab. Ibnu Khaldun sebagai Budayawan 1. Ibnu Khaldun mendapat pendidikan tinggi daripada beberapa orang guru yang terkenal seperti beberapa orang guru terkenal seperti Ahmad bin Al-Qassar dan Lisanuddin bin Al-khatib iaitu pengarang kitab Tarikh Gharnatah (sejarah Granada) dan Muhammad bin Abdul Salam. d) duta Granada e) Perdana Memteri (hajib) bougie f) Ketua Hakim (Qadi Al-Qudhah) Mesir. Beliau memberi tafsiran sejarah berdasarkan psikologi. Ideanya yang menarikdalam kitab Al-Muqaddimah mendoron para pengkaji dan pemikir untuk mengiktiraf beliau sebagai tokoh sarjan dan sejarawan yang mengatasi sejarawan terkenal sebelumnya seperti Al Tabari dan Al-Mas`udi. Jawatan-jawatan penting tersebut telah memberi peluang kepada Ibnu Khaldun untuk Berkhidmat kepada Negara dengan berkesan. Ibnu Khaldun Sebagai Negarawan 1. ekonomi. faktor kegemilangan dan kejatuhan. Maghribi.3. . Kemahiran beliau dalam bidng ini jelas kelihatan dalam kitab Al-Muqaddimah ketika beliau membahaskan tentang syair Arab. Semasa di Fez. c) anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim bin abi Al-Hasan di Fez. 3. 2. alam sekitar dan geografi. Beliau pernahmenyandang jawatan. 3.social. Ibnu Khaldun menganalisis sesuatu tamadun dari segi permulaan. Beliau banyak menghasilkan syair semenjak kanak-kanak lagi. Pengajian kesusteraannya dengan Syeikh Muhammad Bahr di Tunisia dimanfaatkan untuk menajamkan kemahirannya dalam syair. b) anggota Majlis Ilmiah. Ibnu khaldun merupakan negarawan yang banyak berjasa untuk negara.jawatan penting seperti: a) Setiausaha negara di istana Sultan Abu Ishaq bin Abi Yahya dan Sultan Abu Annan. 2. Ibnu Khaldun sebagai sejarawan 1. 2.

Sebuah anugerah ilmiah yang berpestij dinamakan semperna nama beliau iaitu Ibnu Khaldun Chair Of Islamic Studies di Universiti Amerika. Ibnu khaldun berjaya menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan. Penglibatan Ibnu Khaldun selama 20 tahun dalam bidang pentadbiran memetangkan pemikiran dan pengalaman beliau.SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN ISLAM 1. Beliau berjaya memurnikan ilmu sejarah dengan menjadikan rasional sebagai kayu ukur fakta sejarah tanpa fanatik kepada sesuatu laporan yang tidak terbukti kebenarannya. b) Al-Takrif Bi Ibni KhaldunWa Rihlatuhu Gharban Wa Syargan. sosiologi. 6. Ibnu Khaldun merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden khususnya dalam bidang sejarah. 4.ekonomi. Kejayaan Ibnu Khaldun itu mendorang para saujana mengiktiraf karya beliau sebagai bahan kajian dan rujukan dalam bidang-bidang tersebut. 8. 5.pemikiran beliau sering dijadikan wacana.dan pendidikan. Hasil kombinasi pengalaman. 4. 3. Beliau menggariskan empat perkara yang perlu dilakukan oleh sejarawan dalam penelitian dan analisis laporan sejarah. 2. Beliau telah . 2.bengkal dan persidangan ilmiah. Nama Ibnu Khaldun diabadikan dalam sebuah universiti terkemuka di Jakarta Indonesia iaitu Universiti Ibnu Khaldun KARYA AGUNG IBNU KHALDUN 1. beliau menghasilkan karyakarya yang bermutu seperti: a) Al-Ibar Wa DiwanAl-Mubtada Wal Khabar Fi Ayamil Arab Wal Ajam Wal Babrar Wa Man Asarahum Min Zawi Al-Sultan Al-Akbar yang lebih dikenali sebagai Muqaddimah Ibnu Khaldun. Muqaddimah Ibnu Khaldun lebih berkualiti dan berpengaruh kepada pemikiran manusia. ekonomi. iaitu .politik dan pendidikan dalam karyanya. Beliau berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak di atas hasil kombinasi diantara keunggulan rohani dengan jasmani. tema-tema seminar. 7.memberi panduan terbaik kepada manusia tentang asas pembinaan sesebuah tamadun. 5. ilmu pengetahuan. dan kreativiti. Ibnu khaldun banyak meninggalkan sumbangan yang bernilai kepada tamadun manusia. 3. serta judul-judul buku dan tesis di peringkat pengajian tinggi. politik. Sanjungan terhadap beliau hingga ke hari ini.

5. Setiap pelajar hendaklah yakin dengan kebolehan diri dan berdikari untuk mencapai matlamat hidup. politik. (c) mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku. politik dan psikologi pendidikan. sosialogi dan pendidikan. Ibnu Khaldun berjaya mentafsirkan sejarah dari pelbagai aspek seperti agama. 2. (b) mengkaji peristiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan ikhtibar kepada peristiwa-peristiwa yang sedang berlaku. 3. Ibnu Khaldun telah melakukan perubahan dalam bidang ilmu seperti ilmu sejarah dan persejarahan. sosiologi. 4. Ibnu Khaldun merupakan tokoh falsafah yang terkenal. (d)Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku RUMUSAN 1. Ibnu Khaldun dianggap sebagai pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden terutama dalam bidang sejarah.(a) mambandingkan antara peristiwa-peristiwa dangan berdasarkan kaedah sebab dan munasabah. beliau juga menguasai pelbagai ilmu pengetahuan. ekonomi. politik. ekonomi dan social. .

Inggeris. Berani memperjuangkan kebenaran. 7. Sayyid Jamaluddin Al. India. dan berpandangan jauh. Russia. Mencintai ilmu pengtahuan.Sayyid Jamaludin Biodata Sayyid Jamaluddin Al. Nama beliau ialah Sayyid Jamaluddin Bin Safdar Al .Afghani sangat meminati ilmu pengtahuan menyebabkan beliau merantau ke beberapa buah negara untuk mempelajari pelbagai jenis ilmu. Mesir. 3. Kabul. Baghdad. Pengaruhnya yang besar terhadap umat islam menyababkan beliau sering diburu oleh pihak Perancis. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani banyak merantau untuk menyampaikan Idea-Idea Islah.A. Beliau digelar sebagai Sayyid kerana salasilah keturunannya bersambung dengan Saidina Ali Karramallahu Wajhah dan Rasulullah S. 2. Iran. 9.W. Tempat-tempat yang beliau pernah kunjungi ialah Makkah. 4.Afghani sangat berani memperjuangkan kebenaran. dan London. Idea-idea yang dibawa oleh beliau diteruskan oleh muridnya iaitu Syeikh Muhammad Abduh. 6. Sayyid Jamaluddin Al. Oleh itu. Suka merantau. beliau pernah diu sir ke India.Afghani suka mengembara untuk mengkaji kedudukan umat islam serta menyebarkan idea islah yang banyak memepengaruhi perkembangan islam khususnya di timur. 5. Beliau dilahirkan pada tahun 1254 Hijrah bersamaan dengan tahun 1838 Masihi di perkampungan Asad-Asad. Turki.Afghani. 8. Beliau petah berpidato untuk menaikkan semangat umat islam supaya bersatu menentang penjajah. Keturunan beliau juga bersambung dengan Imam Al-Tirmizi iaitu seorang ulama hadis yang terkenal. . Seorang yang tekun. Beliau meninggal dunia pada 5 Syawal 1314 Hijrah bersaman dengan 9 Mac 1897 Masihi ketika berusia 60 tahun. Sayyid Jamaluddin Al . Sayyid Jamaluddin Al-Afghani pernah dilantik sebagai anggota Majlis Al -Ma arif (Kementerian Pendidikan) di Istanbul. dan kuncu kuncu mereka. tajam. Dengan ketekunannya itu membolehkan dia menguasai pelbagai ilmu dan bahasa. dan Mesir. Mempunyai akal fikiran yang cerdas. Turki. 3. 5. 4.Afghani 1. Keperibadian Sayyid Jamaluddin Al-Afghani 1. Paris. Istanbul. 2. Afghanistan.

Beliau bermusafir ke India untuk mendalami ilmu sains dan matematik moden. Al-Rad Ala Al-Dahriyyin C. Contohnya bahasa Afghanistan(Pishto). ilmu kalam. 2. Tamimmah Al-Bayan Fi Tarikh Afghan. perancis. perubatan dan anatomi. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani menguasai beberapa bahasa dunia. manik.Pendidikan Sayyid Jamaluddin Al-Afghani 1. lalu kamu berenang ke tanah inggeris. 5. Beliau juga mengasaskan beberapa akhbar seperti: A. Al-A mal Al-Kamilah B. beliau cuba mengembalikan keyakinan umat Islam di India terhadap kemampuan mereka menentang penjajah. Al-Khatirat. B. C. falsafah. . matematik. D. Antara teks pidato beliau ialah : Seandainya jumlah kamu yang beratus-ratus juta ini ditakdirkan menjadi lalat dan nyamuk sekalipun nescaya kamu akan dapat memekakan telinga-telinga orang inggaris dengan suara kamu. Inggeris dan Russia. akhbar Al-Tijarah di Mesir. E. Urdu. tasawuf. saraf. kamu akan pulang ke India dalam keadaan merdeka 4. akhbar Misr di Mesir. fikah. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani menghasilkan beberapa karya yang berbentuk ilmiah seperti: A. Arab. e) Al-Takayyufat Ala Syarh Al-Dawani Lil Aqaid Al Adudiyyah. Parsi. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani menghafaz Al-Quran keika berumur 12 tahun. Sumbangan Sayyid Jamaluddin Al -Afghani dalam bidang ilmu dan pemikiran 1. nahu. Semasa berusia 18 tahun. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani merupakan penggerak utama dalam perjuangan menentang penjajah. hadis. akhbar Al-Khafiqin di London. akhbar Al. Pidatonya yang bernas dan bersemangat dapat menyuntik semangat umat Islam. D. Sebagai contoh. 2. Seandainya kamu ditakdirkan menjadi labi-labi atau penyu sekalipun. balaghah. 4. 3. bilangan kamu yang seramai ini akan dapat mengepung dan menenggelamka tanah inggeris. beliau dapat menguasai pelbagai ilmu pengatahu an seperti AlQuran. 3. Beliau merantau ka beberapa buah negaraiasal untuk menyatukan umat islam serta mengembalikan keyakinan mereka supaya mengusir panjajah dari tanah air mereka.Urwatul wusqa di Perancis. Turki. astronomi.

3. Idea islah beliau merupakan usaha untuk mengembalikan kecemerlangan umat islam sebagaimana zaman khulafa Ar-Rasyidin. 2. . 4. 5. Islah berasal dari kata kerja aslaha yang bermaksud pambaikan. Gerakan islah telah mendorong umat islam mengkaji semula fahaman dan amalan masyarakat serta membetulkannya menurut taksiran Al-Quran dan Al-Sunnah. Idea islah Sayyid Jamaluddin Af-Afghani 1. Beliau membina perpaduan islam tanpa mengira bengsa edan budaya melalui gagasannya iaitu Al-Jamiah Al-Islamiah. Islah sangat penting kepada seseorang untuk memperoleh kejayaan dalam kehidupan. Bentuk-bentuk islah yang dibawa oleh sayyid Jamaludin Al-Afghani 1. Kesan-kesan islah yang dibawa oleh Sayyid Jamaluddin Al-Afghani 1. Beliau cuba menyedarkan umat islam tentang keburukan fanatik kepada sesuatu mazhab hingga memecahbelahkan kesatuan umat islam. 3. Beliau menyeru umat islam supaya kembali kepada ajaran islam yang tulen serta sesuai dilaksanakan sepanjang masa dan semua tempat. Beliau berpandangan bahawa umat islam mesti menumpukan perhatian kepada usahausaha untuk memerdekakan tanah air dan pemikiran mereka daripada penjajah. 6. Beliau tidak menghasilkan kitab-kitab besar sebagaimana ulama-ulama lain tetapi idea islah yang dibawanya memberi pengaruh yang besar dalam jiwa umat islam hingga ke hari ini. Idea islah Sayyid jamaluddin Al-Afghani disambung oleh Syeikh Muhammad Abduh dan Muhammad Rasyid Redha. Islah bermaksud pembaikan atau perubahan terancang ke arah yang lebih baik. Hasilnya timbul kesedaran di kalangan uamat islam untuk berjuang membebaskan tanah air daripada penjajahan. 4. Gerakan islah dari asia barat ini lebih besar pengaruhnya berbanding gerakan islah dari India yang dipelopori oleh Syah Waliyyullah Al-Dahlawi. Gerakan ini telah berjaya mengembalikan keyakina umat islamtentang kemuliaan dan kekuatan yang ada pada mereka. 2. Beliau mengkritik taklid Al-A ma ( mangikut sesuatu secara membuta tuli) tanpa berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah. 2.6.

3. Sebagai pelajar. pidato dan penulisan. 2. 3. Islah amat diperluakan dalam kehidupan umat islam untuk membangunkan diri dan melaksanakan islam menurut ajarannya yang murni. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani adalah seorang pejuang Islah yang gigih. Islah dapat memberikan keyakinan kepada umat islam tentang kesesuaian islam untuk melaksanakan pada setiap masa dan dalam semua keadaan. 5. Pemikiran Sayyid Jamaluddin Al-Afghani telah mempengaruhi para siswazah di Mesir dan Makkah untuk melakukan pembaharuan di rantau ini. 2. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani meniupkan semangat anti penjajah menerusi ceramah. Para pelajar hendaklah mencontohi corak perjuangan yang dilakukan oleh para pejuang Islam silam. kita mesti bersikap positif untuk melakukan islah untuk memperoleh pencapaian akademik yang lebih baik.Keperluan individu kepada islah 1. RUMUSAN 1. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani cuba menyatukan umat Islam melalui gagasannya iaitu AlJamiah Al-Islamiah. . 4.

2.Syeikh Muhammad Abduh Biodata Syeikh Muhammad Abduh 1. 3. . (f) Mufti Kerajaan Mesir. dan Mufti Kerajaan mesir. ahli Majlis Perguruan Universiti Al-Azhar Mesir. Beliau seorang yang tegas tetapi penyayang kepada anak-anak muridnya. Beliau memiliki sifat keperibadian yang tinggi. 6. Berdaya kreatif dalam menghasilkan tulisan-tulisan yang bernas sehingga dapat mempengaruhi pemikiran umat islam. 2. Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abduh bin Hasan Khairullah. (b) Pensyarah di Darul Ulum Mesir. Dilahirkan dalam keluarga petani di Tanta Mesir pada tahun 1265 hijrah bersamaan dengan tahun 1849 Masihi. 3. Di Perancis beliau menerbitkan majalah Al-Urwatul Wusqa bersama gurunya Sayyid Jamluddin Al-Afgani. 4. Syiekh Muhammad Abduh dibuang negeri kerana tertuduh terlibat dengan pemberontakan Urabi. 4. Beliau menubuhkan Al-Jamiah Al-Khairiah Al-Islamiah untuk membantu murid-muridnya yang menghadapi msalah kewangan. 7. Belaiu merupakan seorang tokoh ulama berkatrampilan. Belia u berani menyatakan idea-idea islahnya walaupun terpaksa berhadapan dengan rintangan yang besar. Antara jawatan yang pernah disandang oelh syiekh Muhammad Abduh ialah: (a) guru di Masjid Al-Husaini di Mesir. (c) Guru di sekolah Al-Sultaniah. (e) Ketua Hakim Mahkamah RayuanMesir. 5. Keperibadian Syeikh Muhammad Abduh 1. Syeikh Muhammad Abduh Meninggal dunia Pada ta hun 1314 Hijrah bersamaan dengan tahun 1905 Masihi di Iskandariah. Semasa menjalani hukuman tersebut beliau pergi ke Perancis. Beirut. Beliau diberi kepercayaan untuk menyandang beberapa jawatan penting negara seperti hakim Mahkamah Rayuan Mesir. Mesir. (d) Ketua editor akhbar Al-Waqai Al-Misriyyah di Mesir. Pada tahun 1882.

melalui proses pengajaran di Masjid Al-Husain. B. 2. 3. beliau berkesempatan bertemu dengan Sayyid Jamaluddin Al Afghani yang mengunjungi Mesir. Inspirasi gerakan islah Sayyid Jamaluddin Al -Afghani yang menjurus ke arah mewujudkan integrasi ilmu. 2. melalui media massa seperti majalah Al-Urwatul Wusqa. Beliau memepelajari ilmu tasawuf dan tatabahasa Arab dari Syiekh Darwisy Khudr dan Syiekh Darwisy.Pendidikan Syiekh Muhammad Abduh 1. Semasa di Universiti Al-Azhar. Disebabkan proses islah memakan masa yang panjang dan dengan stategi yang baik. Syeikh Muhammad Abduh menggunakan pelbagai metode untuk menyalurkan idea -idea islahnya. Darul Ulum. Kadar gaji guru yang rendah. 4. Al-Tahrir Fi islah AlMahakim Al-Syariah. Kesedaran Syiekh Muhammad Abduh terhadap keperluan kepada islah dalam kurikulum sekolah dan Universiti yang sudah ketinggalan zaman. Sistem pendidikan semasa itu yang menjurus ke arah taklid buta dan pasif(jumud). 3.pat mendal ami bidang akademik dan pemikiran islam. Al-Islam Wa Al-Rad Ala Muntaqidih. C. 5. beliau se. . 4. Beliau mempelajari serta menghafaz Al-Quran dalam masa 2 tahun. 2. Syiekh Muhammad Abduh belajar membaca dan menulis daripada bapanya Abduh. 1. Faktor Syiekh Muhammad Abduh melakukan islah dalam sistem pendidikan. Beliau memperoleh ijazah dari Universiti Al-Azhar pada 1877 Masihi. Metode islah Syiekh Muhammad Abduh 1. Pada kesempatan itu.dan Mufti kerajaan Mesir. dan Al-Islam Wal Nasraniah Ma alIlm Wal Madaniah.Tafsir Juz Amma. Antara idea-idea islah beliau ialah: A. Semasa kecil. 7. 5. Kekurangan praserana pendidikan serta bentuan dari kerajaan Mesir kepada golongan miskin. Pada tahun 1896 Masihi. Melalui jawatan-jawatan yang disandangnya seperti hakim Mahkamah Rayuan Mesir. D. 6. beliau mempelajari pelbagai ilmu termasuk matematik dan falsafah dengan Syiekh Hasan Al-Tawil. ahli Majlis Perguruan Universiti Al-Azhar Mesir. dan Universiti Al -Azhar. akhbar Al-Waqai Al-Misriyyah dan Al-Ahram. melalui karya ilmiah beliau seperti risalah Al-Tauhid. Seterusnya beliau mempelajari ilmu bahasa Arab di Masjid Al-Ahmadi.

Idea-idea yang dibawa oleh beliau telah mengubah pandangan umat islam yang sering terikut-ikut dengan sebahagian sarjana Muslim yang jumud dan pasif.Sumbangan Syiekh Muhammad Abduh dalam pendidikan 1. mewujudkan piawaian dalam penganugerahan sijil. Memperbaiki asrama pelajar dengan menekankan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan. Mewujudkan farmasi khususnya untuk pelajar universiti Al-Azhar. Al-Islam Wal Nasraniah Ma al. 3. Al-Islam Wal-Rad Ala-Muntaqidih H. Antara idea tersebut ialah: A. mewujudkan mata pelajaran matematik. C. Beliau berjaya memberi gambaran jelas tentang keperluan umat islam kepada islah khususnya dalam bidang pendidikan. Menyediakan peruntukan untuk gaji guru dari perbendaharaan nagara dan wakaf nagara. Al-Tahrir Fi Islah Al-Mahakim Al-Syariah G. B.Ilm Wal Madaniah. E. 2. algebra. . Tafsir Juz Amma C. risalah Al-Tauhid B. Idea islah beliau dalam bidang pendidikan khususnya di Universiti Al -Azhar telah memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan ilmu pengetahuan umat islam. 4. sejarah dan seni khat. D. Beliau meninggalkan beberapa buah karya yang bermutu dan menjadi sumber rujukan utama dalam dunia islam seperti: A. geografi. Tafsir Surah Al-Asr D. Risalah al-Rad Ala Al-Dahriyyin (terjemahan karya Sayyid Jamaluddin Al-Afghani dalam bahasa parsi) E. Syarhu nahjil balaghah F.

kita diwajibkan bermuhasabah. 6. 4. Sebagai seorang muslim. 2. Setiap muhasabah hendaklah disusuli dengan Islah. . Syeikh Muhammad Abduh mengguna kan pelbagai saluran yang ada untuk menyampaikan idea Islahnya kepada masyarakat. 3. Syeikh Muhammad Abduh banyak menghasilkan karya yang menjerumus kearah pemikiran Islam dan pengislahan. Syeikh Muhammad Abduh adalah mujaddid yang telah memberi sumbangan yang besar terhadap kemajuan pemikiran umat Islam. Idea Islah yang dibawa oleh Syeikh Muhammad Abduh telah berjaya membuat perubahan yang besar dalam pemikiran umat Islam.RUMUSAN 1. Syeikh Muhammad Abduh telah berjaya memperbaiki sistem pendidikan dan kehakiman syariah. 5. Tanpa Islah kita tidak akan mecapai kejayaan dalam kehidupan dunia dan akhirat.

4. Seorang yang tegas dan memiliki semangat juang yang tinggi.beliau tidak perna terlewat menghadiri kelasnya melainkan keuzuran. Nama sebenar beliau ialah Muhammad Tahir Bin Syiekh Muhammad bin Ahmad Jalaluddin. B. 4.Syeikh Tahir Jalaluddin Biodata syiekh Tahir Jalaluddin 1. Seorang yang kreatif dan berminat menghasilkan karya-karya ilmiah. Ketika menjadi mufti negeri Perak. Sumatera Barat. Guru di Masjidil Haram Makkah D. Beliau meninggal dunia pada 26 oktober 1956 Masihi di Perak. Beliau suka membaca dan beliau telah menyediakan sebuah perpustakaan kecil di rumahnya. 3. beliau terus menetap di perak. guru di Madrasah Al-Masyhur. 6. 6. Cinta kepada ilmu pengetahuan. Bapanya Syiekh Ahmad adalah seorang ulama dan hakim terkenal yang berketurunan melayu Minangkabau. 5. beliau mendapat gelaran Syiekh. Guru di Mabrasah Parit Jamil. Bukit Tinggi. Indonesia. Murid-muridnya memahami sikap beliau ini dan mereka berjaya mendisiplinkan diri masing. 2. Keperibadian Syiekh Tahir Jalaluddin 1. Apabila Syiekh Tahir Jalaluddin kembali dari pengajian pada tahun 1900 masihi. Mufti negeri Johor F. Beliau tekun dan gigih dalam menyebarkan idea islah walaupan sentiasa ditentang oleh para ulama tradisional di tanah air. 5. 7. Seorang yang gigih dan bersungguh -sungguh dalam memajukan masyarakat islam. Nazir sekolah-sekolah agama Johor. Beliau seorang yang menepati masa. Dilahirkan pada 7 november 1869 Masihi di Ampek Angkek. Syiekh Tahir berasal dari keluarga berilmu. C. . 3.masing. Pulau Pinang. Mufti negeri Perak E. Antara tugas danm jawatan yang pernah disandang oleh Syiekh Tahir Jalaluddin ialah A. 8. 2.Muar Johor.

beliau telah ditentang hebat oleh golongan ulama tradisional khususnya di Malaysia. Mesej Islah Syeikh Tahir Jalaluddin ialah : A. Semasa berusia 12 tahun. 5. Kesempatan ini diginakan oleh Syiekh Tahir Jalaluddin untuk menuntut ilmu -ilmu agama.Pendidikan Syeikh Tahir Jalaluddin 1. Syiekh Tahir Jalaluddin belayar ke Makkah. Beliau juga mendapat kekangan dari pihak penjajah yang merasakan kedudukan mereka terancam dengan kebangkitan orang melayu. 2. Syeikh Tahir Jalaluddin mula tertarik dengan idea Islah semasa beliau bersahabat dengan Sayyid Muhammad Rasyid Redha iaitu anak murid Syeikh Muhammad Abduh di Universit i AlAzhar. Menolak taklid (mempercayai sesuatu secara membuta tuli). Dalam memperjuangkan idea Islah. Mengajak umat Islam supaya mengamalkan ajaran Islam yang berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah yang bebas daripada adat lama yang sebahagiannya dipusakai dari agama Hindu. Di Makkah. C. Pada tahun 1983 Masihi. 3. 7. 5. Beliau diberi kepercayaan untuk mengajar di Masjidil Haram. D. Beliau tekun mempelajari ilmu falak hingga berjaya menguasainya dengan baik. Syeikh Tahir Jalaluddin di penjarakan selama 9 bulan atas tuduhan menentang Belanda. Namun ia tidak dapat mengikis semangatnya yang kental dalam memperjuangkan Islam. 4. beliau berusaha untuk menyedarkan masyarakat Islam tentang perlunya kebebasan berfikir yang terhindar daripada kongkongan kurafat dan syirik serta penjajah luar. Akibatnya. beliau tinggal dengan saudara sepupunya iaitu Syiekh Ahmad bin Khatib. 4. pada tahun 1927 Masihi. Syiekh Tahir Jalaluddin menyambung pelajaran dalam jurusan ilmu falak di universiti Ak-Azhar Mesir. 6. Idea islah Syiekh Tahir Jalaluddin 1. Menjauhkan pengaruh negatif dari luar terutama dari barat. Syiekh Ahmad Al-Khatib merupakan pemimpin Mazhab Syafie di Masjidil Haram. Apabila kembali ke Malaysia. B. Berusaha mempelajari pelbagai ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Pada tahun 1899 Masihi. . 3. 2. Syiekh Tahir Jalaluddin pulang ke tanah air dan mengembangkan ilmunya serta membuat pembaharuan untuk memajukan masyarakat islam.

Usah beliau mendapat sokongan rakan-rakan serta murid-muridnya. Beliau mengambil peluang untuk menyebarkan idea islah di kalangan murid murid dan guru-guru. Datuk Dr Zulkifli Muhammad dan Sayyid Syiekh Al-Hadi. penerbitan majalah Al Amam terpaksa dihentikan pada tahun 1908 Masihi. 4. 3. Melalui proses pengajaran 1.Haji Agus Salim. 2. Prof. 2. 5. c. Melalui majalah Al-Imam. Menerusi asuhan mereka lahir tokoh-tokoh pendakwah serta pendokong islah generasi seterusnya seperti Hamka. Beliau menerbitkan majalah Al-Imam bersama Sayyid Syiekh Al-Hadi pada bulan jamadilakhir 1324 Hijrah bersamaan bulan jul ai 1906 Masihi di Singapura. Kesarjanaan beliau semakin terserlah apabila beliau dilantik menjadi mufti Perak dan Johor. Beliau menggunakan kesempatan tersebut dengan baik untuk menyebarkan idea islah kepada masyarakat. Melalui penerbitan akhbar 1.Metode Syiekh Tahir Jalaluddin dalam menyampaikan idea islah a. Akibat tekanan daripada pihak penjajah inggeris dan belanda. b. 2. Namaun ia meninggalkan kesan mendalam kepada karyawan melayu dan para pembaca seluruh nusantara. 3. Melalui jawatan-jawatan yang disandang 1. Melalui majalah Al-Imam. . SUMBANGAN SYEIKH TAHIR JALALUD DIN DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN Dalam bidang pemikiran 1. Syiekh Tahir jalaluddin menyampaikan mesej islahnya. Neraca di singapura pada tahun 1911 Masihidan pengasuh di Malaysia pada tahun 1908 Masihi. Berikutan itu. Semasa beliau menjadi guru di Madrasah Al-Masyhur Pulau Pinang dan Matrasah Pari Jamil Johor. beberapa majalah lain muncul seperti Al -Munir di Indonesia pada tahun 1908 Masihi. Syeikh Tahhir Jalaluddin menyalurkan idea Islahnya serta maklumat-maklumat intelektual Islam untuk membebaskan masyarakat Melayu daripada sebarang unsur penjajahan fizikal dan pemikiran.

Pada tahun 1908 Masihi. Pejuang Syeikh Tahir Jalaluddin memberi kesan positif kepada perkembangan pemikiran umat Islam di nusantara. 5. Walaupun ilmu falak kurang mendapat sambutan ketika itu. 3. Ia mula dengan penubuhan jawatan kecil takwim Islam di bawah pusat Islam. Syeikh Tahir Jalaluddin merupakan seorang yang bergiat aktik dalam bidang penulisan ilmiah. 3. Penubuhannya menjadi sumber inspirasi kepada penubuhan Madrasah Al-Iqbal AlIslamiah di Riau. Syeikh Tahir Jalaluddin adalah seorang pejuang Islah yang gigih dan berdedikasi. Fakulti Pengajian Islam. 4. Al-Madrasah Al-Adabiah. Syeikh Tahir Jalaluddin merupakan seorang yang bertanggungjawab menyebarkan ilmu falak diMalaysia. Dalam bidang ilmu Falak 1. RUMUSAN 1. di Sumatera Barat Madrasah Al-Hadi di Melaka dan Madrasah Al-Masyur. 2. . Kemahiran beliau dalam ilmu falak menyebabkan beliau di gelar Al -Falaki. 4.Dalam bidang pendidikan 1. Dalam bidang kesusasteraan 1. 5. Syeikh Tahir Jalaluddin memberi sumbangan yang bermakna dalam bidang pendidikan. 2. Pulau Pinang. Ini terserlah melalui penulisan penulisannya seperti yang terdapat dalam majalah Al-Imam dan seumpamanya. namun beliau sentiasa optimis dengan keperluannya sebagai ilmu yang bersifat futurastik. Pusat-pusat pengajian tinggi juga menawarkan kursus falak syerie sebagaimana yang dilakukan oleh jabatan syariah. Kita hendaklah menghargai dan mencontohi semangat perjuangan yang tinggi yang di tunjukan oleh Syeikh Tahir Jalaluddin dalam usaha mencapai kemajuan dalam kehidupan dunia dan akhirat. beliau menubuhkan Madrasah Al -Iqbal Al-Islamiah di Singapura. Syeikkh Tahir Jalaluddin merupakan orang yang bertanggu ng jawab mengembangkan ilmu falak di Malaysia. Syeikh Tahir Jalaluddin merupakan penggiat sastera. 2. Menjelang akhir tahun 60-an. Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1981. ilmu falak mula mendapat perhatian khusus daripada pihak kerajaan. 3.

Sungai Batang. 7. Hamka dengan berani mengatur siri pidato untuk membangkitkan sema ngat umat Islam menentang pihak Belanda. Hamka menerima banyak anugerah daripada pelbagai pahak kerana jasa dan sumbangan beliau. Hamka mempelajari Al Quran dan asas-asas agama daripada bapanya iaitu Syeikh Abdul Karim. 5. Beliau dilahirkan pada 13 muharam 1362 hijrah bersamaan 16 februari 1908 Masihi di Desa Tanah Sirah. Hamka merupakan seorang yang petah berpidato. Hamka meninggal dunia pada 24 Julai 1981 Masihi ketika berusia 73 tahun. .Hamka Biodata Hamka 1. Sumatera Barat. Seorang yang berjiwa seni. Ini jelas kelihatan melalui gaya bahasa beliau dalam karyakarya agungnya. 6.Indonesia. Maninjau. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Desa Padang Panjang dan Sekolah Agama Al Tawalid yang didirikan oleh bapanya. 3. Bapanya ialah seorang ulama terkenal yang membawa pembaharuan di Minangkabau. Nama sebenar beliau ialah Haji Abdul Malik bin Syeikh Abdul Karim bin Syeikh Muhammad Amarullah. Antara jawatan dan tugas yang pernah disandang oleh Hamka ialah: (a) Guru agama di Tebing Tinggi. (b) Pensyarah di Umiversiti Islam Jakarta. Beliau pernah diberi penghormatan untuk berpidato dalam satu rancangan radio Arab Saudi. 3. 4. (f) Ketua umum Majlis Ulama Indonesia. Seorang yang berani. Minangkabau. 2. (d) Rector Perguruan Tinggi Jakarta. Semasa revolusi terhadap pihak penjajah Belanda di Sumatera . 2. (c) Pensyarah di Universiti Muhammadiah Padang panjang. (e) Pegawai Tinggi Agama Indonesia. Hamka ialah nama singkatan yang manggabungkan nama beliau dengan bapanya. Medan dan Padang Panjang. 2. Hamka banyak mengikut pengajian di masjid dan surau yang disampaikan oleh ulama ulama yang terkenal ketika itu. Pendidikan Hamka 1. Keperibadian Hamka 1. 3.

Apabila pulang dari Makkah. Sumbangan Hamka dalam bidang ilmu dan pemikiran 1. 4. 2. beliau menganggotai Persatuan Muhammadiah dan mengetuai cawangannya di Padang Panjang. 4. Karya-karya beliau dalam bidang agama menyentuh secara langsung kehidupan umat Islam di rantau ini. 5. falsafah.4. Pada 1936 Hamka menerbitkan majalah Pedoman Masyarakat . Semasa berada di Makkah pada tahun 1927 Masihi Hamka mengasaskan Persatuan Hindia Timur untuk memberi pelajaran kepada jemaah haji Indonesia. Kegigihan Hamka mengembangkan dakwah Islamiah di Nusantara 1. Hamka suka menghabiskan masa lapangnya di perpustakaan untuk membaca buku-buku kesusasteraan. Pada 1935 Masihi Hamka dilantik sebagai anggota pimpinan Pusat Pertubuhan Muhammadiah. 6. 3. Pada usia 17 tahun Hamka menerbitkan sebuah majalah dakwah yang diberi nama Khatibul Ummah. sejarah dan politik dunia. 3. Pada 1935 Masihi Hamka mengasaskan Kolej Al Muballighin. Pendekatan Hamka yang sederhana diterima baik oleh masyarakat Islam di Indonesia malah pada peringkat antarabangsa. Hasil-hasil karya Hamka Bidang Hasil karya · Agama · Tafsir Al Azhar · Tasawuf Moden · Pedoman Mubaligh Islam · Arkanun Islam · Sejarah Umat Islam · Revolusi Agama . 2. Hamka merupakan penyumbang idea islah yang dibawa oleh Sayyid Jamaludin Al Afghani dan Muhamad Abduh di nusantara. Hamka merupakan tokoh ulama yang melakukan pembaharuan yang besar kepada umat Islam di Nusantara.

Seluruh kehidupan Hamka di isi dengan perjuangan . Beliau tidak takut untuk menyuarakan kebenaran sekalipun menghadapi rintangan dan ujian yang getir. 6. bangsa dan negara adalah usaha yang murni. 3. ia dapat di realisasi oleh individu yang mempunyai jiwa yang cekal. 4. 5. Beliau juga menubuhkan Pusat Latihan Dakwah Muhammadiah 4. RUMUSAN 1. Hamka adalah penerus usaha yang dibawa oleh Sayyid Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Mempertahankan agama.· Falsafah · Falsafah Hidup · Lembaga Hidup · Falsafah Ideologi Islam · Ekspensi Ideologi · Pandangan hidup Muslim · Sastera · Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck · Dibawah lindungan Kaabah · Laila Majnun · Mandi cahaya di Tanah Suci · Menunggu beduk berbunyi Perjuangan Hamka 1. Hamka pernah mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda di Indonesia 3. Hamka telah meninggalkan jasa yang begitu besar kepada masyarakat Islam. Keberanian merupakan sifat peribadi Hamka yang terpuji. sanggup berkorban dan bertaqwa. Namun semua ujian tersebut tidak mematahkan semangat beliau untuk menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat. . 2. 5. Hamka menggunakan karisma dalam pidato dan penulisan untuk menyampaikan ajaran Islam dengan berkesan kepada masyarakat. Namun. Beliau pernah dipecat daripada jawatan ketua umum Majlis Ulama Indonesia kerana kelantangannya mengkritik kepincangan pentadbiran Indonesia . Beliau juga pernah dipenjarakan bersama tokoh-tokoh Majlis Syura Muslim Indonesia . 2.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful