INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT, JOHOR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JANUARI 2011 (SEMESTER 1)

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TOKOH TAMADUN CHINA)
NAMA MUHAMMAD AIZZAT BIN MOHAMMAD JAKI NO KAD PENGENALAN 900804 – 08 – 6481 OPSYEN MT / BI / BM PENSYARAH DR MOHD HAIRUDIN BIN AMIN

Kung sebagai nama keluarga dan Chiu/Fu Tze ialah nama .孔夫子) (Pinyin: Kǒngzǐ. Kǒngfūzǐ. Nama sebenar beliau ialah Kung Chiu/Kung Fu Tze.Confucius Confucius Nama Leluhur (姓) Kong (子) (Pinyin: Zǐ) Nama Keluarga (氏) Kong (孔) (Pinyin: Kǒng) Nama Berian (名) Nama Zi (字) Qiu (丘) (Pinyin: Qiū) Zhongni (仲尼) (Pinyin: Zhòngní) Pendeta Kong 孔子.) Pendeta Terunggul Purba (至聖先師) (Pinyin:Zhìshèng Xiānshī) K'ung-tzu. K'ung Fu-tzu Gelaran Anumerta (謚) Wade-Giles Ajaran konfucianisme telah dibawa oleh Confucius.

dan beliau terpaksa menghadapi kehidupan yang susah. peluang orang biasa untuk mendapatkan pendidikan amat sukar kerana pendidikan menjadi hak golongan bangsawan dan keluarga diraja. Minat Confucius terhadap ilmu pengetahuan mulai kelihatan ketika beliau berusia 15 tahun. Pengalaman hidupnya yang pahit itu membuatnya peka terhadap penderitaan rakyat kecil. Walau bagaimanapun. oleh ibunya iaitu Chiang Sai di negeri Lu iaitu di wilayah Shantung pada hari ini.beliau. Peluang beliau nampaknya cerah apabila beliau telah bekerja dengan golongan bangsawan. Beliau berasal daripada keluarga bangsawan tradisional. Nenek moyangnya berketurunan daripada keluarga bangsawan dari negeri Shung. beliau telah dapat mengenal sistem kerajaan Cina kuno dan . Confucius juga lebih dikenali sebagai Tuan Kung. Namun. Keprihatinannya inilah mendorong semangat Konfucius melakukan perubahan dan pembaharuan. Namun demikian. Beliau dilahirkan pada sekitar tahun 551 S. Confucius meninggal dunia pada tahun 479 S. Confucius sanggup mengambil pelbagai kerja seperti gembala.M. keadaan huru – hara dan peperangan semasa akhir dinasti Chou Barat telah menyebabkan keluarga beliau menjadi miskin. Confucius merupakan seorang yang rajin dan tidak kenal erti putus asa lalu beliau mencari jalan untuk mendapatkan pendidikan. Nasib Confucius bertambah malang apabila ayahnya meninggal dunia ketika beliau berusia tiga tahun.yaitu dengan mendidik murid-murid yang kelak dapat dipersiapkan terlibat dalam pemerintahan. kerani dan penyimpan kira-kira untuk menyara hidup mereka. Ibunya menjadi orang penting dalam hidupnya. membesarkannya.M. Ia sangat prihatin dengan keadaan sekitarnya yang dianggapnya telah rosak dan menyedihkan. Dari situ.

Jawatan pertama yang disandang beliau ialah penjaga gudang dan selepas itu dinaikkan pangkat sebagai Pesuruhjaya Taman dan Herba. Korea. Nasib Confucius seterusnya bertambah baik apabila beliau dilantik sebagai ketua polis di Jabatan Kehakiman Negeri Lu. bukan setakat penduduk di China yang mengiktiraf idea beliau tetapi telah tersebar dan mendapat sambutan penduduk di Jepun. Dengan latar belakang beliau itu. Beliau hanya diterima oleh pemerintah negara Ch’i. Beliau dianggap seorang yang mempunyai bakat yang pelbagai dalam bidang tersebut.dapat memasuki istana raja. Setelah beliau meninggal dunia. Selama 13 tahun beliau telah mengembara ke seluruh pelosok China untuk mencari pemimpin-pemimpin yang ingin mengikut nasihat dan idea-ideanya. Namun usaha beliau sering menemui kegagalan. Vietnam dan masyarakat Cina di Asia Tenggara. Beliau mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Li dan dua orang anak perempuan. Penerimaan ajaran beliau itu hasil daripada penyebaran yang dibuat oleh anak muridnye ke serata China. ajaran beliau mulai mendapat tempat di kalangan penduduk China dan juga pemerintah China hingga kini. Hari-hari terakhir dalam kehidupannya banyak dihabiskan untuk mengumpul dan menyusun buku-buku ajarannya. Beliau berkahwin ketika berusia 19 tahun dengan Chikuan. maka ramai keluarga bangsawan telah tertarik dengan idea-idea yang dibawanya dan telah menghantar anak mereka berguru dengan Confucius. . Idea-idea yang diutarakannya telah dapat menarik kira-kira 300 pengikut. Namun beliau telah meletak jawatan itu dan menjalankan usaha mengembangkan idea-idea beliau kepada masyarakat Cina. Kebolehan beliau menjadi pengajar terbukti dengan bakat yang ada dalam bidang kesenian. Pada hari ini. Beliau dikatakan sebagai guru persendirian pertama di China.

iv. ucapan.M. Book of History (Shu) . Spring and Autumn Annals (Chunqiu) . Book of Poetry (Shi) . Lima karya klasik yang dikumpulkan oleh Confucius itu adalah seperti yang berikut: i. Book of Changes (Yi) . iii.sebuah koleksi rekod. hingga abad ke-6 S.M.M. dan kertas kerajaan yang bertarikh kira-kira 2000 Tahun S. Book of Rites (Li) . .merupakan sebuah karya tentang ramalan ii.Ajaran –ajaran yang disebarkan oleh Confucius kepada masyarakat telah disusun di menjadi teks-teks klasik yang lebih dikenali sebagai Five Books and Five Classics.suatu urutan peristiwa yang berlaku di negeri Lu dari tahun 722 hingga tahun 464.sebuah buku catatan tentang peraturan upacara istiadat di tempat awan dan Peribadi yang banyak diambil semasa dinasti Chou v.Berdasarkan karya inilah era Musim Bunga dan Musim Luruh mendapat nama.sebuah koleksi puisi berjumlah 305 dan lagu-lagu rakyat yang bertarikh dari abad ke-11S.

. The Doctorine of The Mean (Zhangyong) . Beliau juga tidak mengkaji tentang soal kematian. pada tumpuannya adalah tentang soal moral dan pernah suatu ketika beliau menyatakan bahawa pegawai kerajaan harus dipilih mengikut kebolehan dan sifat moral yang tinggi dan bukannya pemilihan berdasarkan warisan seperti keluarga bangsawan. The Book of Mencius (Mengzi) .sebuah lagi karya yang dikumpul oleh pengikutnya tentang keadaan semula jadi manusia dan hubungan antara manusia dan syurga iii.perbualan antara Confucius dengan anak muridnya iv. nota tentang keadaan semula jadi manusia dan sebagainya. keamanan. Ajaran yang dibawa oleh Confucius bukannya ajaran agama kerana penekanan beliau lebih kepada soal kehidupan social manusia. beliau cuba menjelaskan kepada pengikutnya tentang warisan budaya kuno. Confucius cuba mendekati pengikutnya berhubung dengan adat dan istiadat serta norma lama untuk dihayati dan diteruskan oleh pengikutnya. menghormati kebaikan.kata – kata Confucius tentang falsafah politik moral untuk pemimpin ii. ajaran Confucius menekankan tentang kualiti peribadi manusia seperti kesopanan. Perkara inilah yang diajarkan kepada pengikutnya dan sebagai guru. Oleh itu. The Analects (Lunyu) . The Great Learning (Daxue) . terdapat karya lain yang berkaitan dengan ajaran Konfusianisme yang merupakan karangan yang dikumpul dan disusun oleh pengikut beliau : i.sebuah tulisan salah seorang pengikut Confucius iaitu Mencius berkaitan dengan peraturan kerajaan. menghormati. Oleh sebab itu. pemerintah yang baik. jujur. berbudi pekerti yang tinggi dan bertanggungjawab. Secara umumnya.Selain lima karya Confucius itu.

“Nama” boleh membantu perjalanan masyarakat dengan lebih sempurna dan teratur. Confucius juga menggesa masyarakat Cina supaya menekankan kepentingan seseorang itu berpegang pada “nama” mereka. Manakala sesebuah negara pula disaranakan ditadbir secara moral dan bukannya menggunakan undang-undang ataupun kekuasaaan. maka sifat manusia akan dapat ditamadunkan dan member suatu tatacara dalam kehidupan bermasyarakat. Dalam ajarannya. Confucius dengan rendah hati menyatakan bahawa beliau bukannya pencipta dan beliau sendiri banyak kekurangan. Oleh itu. Bagi mempraktikan konsep jen. Oleh itu. Oleh itu. Berkenaan dengan perkara itu.Beliau berpendapat bahawa masyarakat Cina harus mengamalkan ajaran lama yang telah diturunkan dari Zaman Keemasan China. Konsep ini boleh diaplikasikan kepada sesebuah masyarakat seperti xiao menanamkan perasaan sayang kepada ibu bapa. bapa sebagai seorang bapa dan anak sebagai seorang anak. maka pengikut Confucius juga disarankan mengamalkan konsep Chung dan Shu. Confucius menekankan peri pentingnya mengamalkan nilai dan moral yang baik terutamanya dalam soal kemanusiaan (jen/ren) dan mempunyai perasaan kasih sayang sesama manusia. pemerintah hendaklah mempunyai sifat moral yang tinggi untuk dicontohi oleh rakyatnya. . Setiap “nama” mempunyai suatu tanggungjawab dan tugasnya tersendiri. seseorang raja harus bertindak sebagai raja. Konsep ini amat penting bagi diterapkan ke dalam hubungan kemasyarakatan di China bagi mencapai keharmonian dan kelancaran pentadbiran kerajaan. Chung bererti “buat sesuatu kepada orang lain yang kamu suka untuk kamu sendiri” dan Shu pula bererti “jangan buat sesuatu kepada orang lain yang kamu tidak suka buat untuk diri kamu sendiri”. Dengan mengamalkan semua amalan lama. Kedua-dua konsep ini menjadi konsep yang saling melengkapi antara satu sama lain. sebagai seorang penyalur. para menteri bertindak sebagai menteri. maka beliau hanyalah seorang guru. Perkataan jen menjadi asas penting dalam ajarannya dan disebut 100 kali di dalam Analects.

bergaduh.Confucius berpendapat bahawa jika seseorang pemerintah meletakkan soal moral sebagai soal paling penting. Dengan kata lain. isteri atau sebagainya). Ikatan ini akan membantu mengawal hubungan manusia di semua peringkat atau seluruh masyarakat. beliau menjelaskan kaedah terbaik untuk memerintah bukannya menerusi penguatkuasaaan undang-undang tetapi menanamkan nilai-nilai moral menerusi pendidikan kepada rakyat. hubungan yang lebih erat adalah umpama sesebuah keluarga harus dijalankan. Dalam sesebuah masyarakat atau negara. wujud tiga hubungan yang penting dalam sesebuah keluarga seperti anak kepada bapa. Dengan itu. tetapi lebih merupakan hubungan dua hala antara kedua-dua pihak. Namun hubungan ini bukannya hubungan sehala. adik kepada abang dan isteri kepada suami. Beliau menambah lagi bahawa pemerintah umpama angin yang bertiup dan rakyatnya umpama rumput. ketaatan anak kepada ibu bapa atau orang lebih tua dipentingkan. . makan rumput akan tunduk. berperang) terhadap rakyat. Namun. Pihak yang lebih tua mempunyai tanggungjawab dan menjaga orang bawahnya (anak. maka rakyatnya akan mengikut jejaknya dan secara tidak langsung undang-undang yang keras tidak diperlukan. Oleh itu. Confucius menambah dua lagi hubungan penting dalam susunan masyarakat iaitu hubungan rakyat dengan pemerintah dan hubungan sesama kawan yang diibaratkan sebagai hubungan adik-beradik. Dalam sesebuah keluarga misalnya. manakala golongan bawah harus mentaati dan menurut perintah. beliau menyarankan supaya diwujudkan suatu ikatan yang kuat dalam masyarakat. Jika angin bertiup. dan perumpamaan ini boleh menjadi contoh sesuai dalam pemerintahan sesebuah negara. Melalui hubungan ini boleh membantu mengeratkan hubungan sesama manusia dengan rakyat mentaati pemerintah dan pemerintah pula akan menjalankan tugasnya dengan baik. Keadaan serupa juga harus ada dalam hubungan di sesebuah negara kerana perkara itu boleh mengelakkan tindakan jahat pemerintah (seperti menindas. Dengan itu. biasanya hubungan antara kawan lebih merupakan hubungan yang sama taraf kecuali terdapat perbezaan umur.

Oleh itu manusia perlu dididik untuk mengembalikan kosep hsin (xin) iaitu pemikiran atau hati. Zaman Dinasti Han memulakan upacara korban di depan makam Confucius. dan meninggal dunia pada tahun 289 S. Yang Maha Sempurna dan Maha Terkenal”. Beliau menyatakan bahawa sifat semula jadi manusia adalah baik seperti air yang menitis. Mencius juga cuba menasihati pemerintah agar menjalankan pemerintahan yang bijaksana. Kuil-kuil juga telah dibina untuk menjalankan upacara pemujaan Confucius. Satu lagi kesan ketara ajaran Confucius ialah secara beransur-ansur ajarannnya menjadi ajaran agama. Oleh itu. Ini kerana pemikiran atau hati akan menggalakkan pertumbuhan sifat-sifat baik. jika menentang sifat semula jadi maka akan timbul kejahatan. namun setelah beliau meninggal dunia barulah ajarannya mula menampakkan pengaruh dalam pemikiran masyarakat Cina. Beliau juga dikenali sebagai Tuan Meng. Walaupun pada awal hayat Confucius. Salah seorang anak murid Confucius yang paling terkenal ialah Mencius ataupun Meng Ko. Selepas itu. Beliau dilahirkan pada tahun 371 S. Confucius mula dipuja sebagai seorang tokoh yang unggul. . Secara keseluruhannya. Beliau juga menyarankan agar manusia mengembalikan institusi lama (Dinasti Chou Barat) untuk menyelesaikan masalah di China pada masa itu. taraf Confucius dinaikkan kepada “Yang Dipertian Ni. Beliau berpendapat baha semua orang boleh men jadi Yao ataupun Shun (raja lagenda yang bijaksana pada zaman kuno). Sebagai pengikut Confucius. beliau gagal mempengaruhi banyak kerajaan.Kesan Pengaruh Confucius Kepada Masyarakat Secara umumnya pengaruh Confucius dalam kehidupan mesyarakat cina amatlah penting. Pada hari ini. Manakala perbuatan jahat adalah kerana manusia tidak menuruti sifat asalnya dan bukan disebabkan bakat semula jadinya. Ajaran Confucius telah melahirkan sistem peperiksaan yang wujudnya birokrasi dalam pentadbiran China.M. masyarakat Cina masih mengamalkan ajaran falsafah. usaha Confucius itu tidak sia-sia dan pengaruhnya bukan sahaja menjadikan Confucius sebagai satu aliran falsafah utama masyarakat Cina tetapi telah menjadi sebahagian daripada ajaran agama masyarakat Cina.M.

kubur itu merupakan satu taman yang cantik dan dinamakan Taman Kong. sebuah bangunan yang dinamakan Bangunan Confucius juga didirikan untuk memperingati jasa Confucius dan para pengikutnya yang handal dalam bidang akademik. Pada masa itu. dan mewariskan karya tentang ajaran beliau dalam buku yang dikenali sebagai Mencius. dimana ia merupakan kitab yang paling tepat mengisahkan kehidupan Confucius serta ajarannya yang semakin hilang. Mencius juga mempertahankan ajaran Confucius daripada kritikan ahli falsafah yang lain. Tokong Confucius yang pertama di Malaysia terletak di sebuah sekolah yang bernama Confucius Chung Hwa School di Pulau Pinang. istiadat diadakan untuk memberi penghormatan kepada Confucius pada hari jadi Confucius iaitu pada 27 haribulan 8 Kalendar Cina (28 September 551 BCE). Selepas beliau mati. .M.Selain mengembangkan ajaran Confucius.Sekolah ini diasaskan oleh Duta Besar Dinasti Qing ke kawasan jajahan selat British pada awal kurun ke-20. Di Melaka. Kitab yang disusunkan oleh pengikut-pengikutnya ialah Lunyu (Inggeris:Analects).Walaupun Confucius telah mati tetapi ajaran dan falsafah beliau masih diamalkan sehingga terbinanya tokong-tokong di seluruh China. Beliau meninggal dunia pada tahun 289 S. Kini. Setiap tahun. peninggalannya dikebumikan di kubur Chu Fu (Sekarang: Shandong). orang orang TIONG HUA di Pulau Pinang akan membawa anakanak mereka ke tokong untuk memberi penghormatan kepada Confucius sebelum memulakan persekolahan awal mereka.

Laotse. Namum. Nama (姓名) Wade-Giles (韦氏拼音) Ejaan lain Nama Zi (字) (nama selepas berkahwin atau mencapai 20 tahun) Gelaran Anumerta (selepas kematian) Li Er (李耳) (Pinyin: Lǐ Ěr ) Lao Tzu Lao Tse. (Pinyin: Lǎozǐ) Satu lagi ajaran yang berpengaruh dalam kehidupan masyrakat Cina ialah Taoisme. latar belakang beliau tidak . Laotze Boyang (伯陽) atau Dan 聃 (Pinyin: Bó Yáng) (Pinyin: Dān) 老子. Lau Tze. Laozu Laozu meninggalkan negeri Chu dengan kerbaunya.Lao Tzu 老子. Aliran falsafah ini disebarkan oleh Lao Tzu.

Apabila kerajaan Chou mulai merosot. Namun. Beliau dilahirkan pada tahun 604 S. dalam tempoh dua hingga tiga minggu beliau telah menulis tentang ilmunya dalam sebuah karya yang berjudul Tao Te Ching (buku tentang Jalan dan Kebaikan). Oleh itu. Buku ini mengandungi 80 bab pendek dengan kira-kira 5000 perkataan Cina. sumber tradisi yang lain menyatakan beliau mati pada usia tua dan dikebumikan di China. beliau telah menyerahkan kepada pengawal sempada dan beliau telah dibenarkan pergi ke barat. Tao . ada cara untuk memasak. beliau telah ditahan oleh pengawal yang tidak membenarkan beliau menyeberangi sempadan kecuali beliau boleh menurunkan ilmunya dalam tulisan. cara mengikat tali kasut. di sebuah kampung yang dipanggil Juren dalam negeri Ch’u. Secara umumnya Taoisme merujuk “the way things do what they do”. Oleh itu. cara bertani. Lau Tzu mengambil keputusan untuk mengembara ke barat. cara berperang. Menurut sumber-sumber tradisi. Beliau juga dikatakan pernah bekerja di negeri Chou. cara sesuatu pemikiran dan tindakan yang mempengaruhi dunia dan lain-lain.M. beliau dipercayai bersifat kekal dan tidak mati. Setelah selesai menulis buku tersebut. Namun.banyak diketahui. semasa hendak menyeberangi sempadan.

Oleh itu. manusia juga tidak memerlukan undangundang dan perundangan untuk mengawal kegiatan manusia. Realitinya. Perkara ini bukan bermakna tidak bertindak atau tidak membuat sesuatu tetapi menyerahkan kepada alam semulajadi untuk menyusun keadaan. pembunuhan. timbul perbezaan antara semua benda di dunia ini. Oleh itu. bersifat semula jadi. dunia manusia adalah sesuatu yang buruk. Kejadian daripada Tao dilihat suatu kejadian yang spontan tanpa wujud objektif atau tujuan tertentu. maka perbuatan dan tindakan manusia haru bertindak spontan atau dengan kata lain. ajaran ini menekankan bahawa keamanan dan keharmonian akan tercapai jika manusia tidak mengikut hawa nafsunya untuk mencari atau mengejar kebendaan. beliau menyarankan semua perkara dibuat secara sendirian mengikut kesesuainnya sendiri. China adalah sebuah negara yang besar dan luas. Benda-benda yang wujud dalam alam semesta ini berdasarkan prinsip ini. pemerintahan yang menjalankan penaklukan menggunakan senjata adalah ditentang. Jika perkara ini diaplikasikan dalam pemerintahan. maka pemerintahan seharusnya diminimumkan. Lao Tzu tidak bersetuju bahawa kerajaan yang baik harus dicontohi oleh rakyat. Sementara itu. maka beliau menekankan tentang pembentukan perwatakan manusia. Usaha untuk memperbaiki keadaan akan menimbulkan kerugian dan ketidakharmonian pada alam semula jadi. Yang lebih penting ialah bagaimana semua rakyat dapat mengawal hawa nafsunya dan kembali kepada aturan alam semula jadi . rompakan dan peperangan berpunca daripada tindak-tanduk manusia mengejar sesuatu yang tidak dapat mereka peroleh. Berkaitan dengan usaha kembali kepada keharmonian alam semula jadi. Tao dilihat mencapai sesuatu tanpa usaha ataupun perjuangan. Menurut Lao Tzu. Beliau berpendapat bahawa kejadian negatif seperti kecurian.merupakan asas kemunculan sesuatu benda. Keadaan ini seolah-olah menunjukkan bahawa Tao mendahului tuhan ataupun sama dengannya. Begitu juga dengan manusia yang datang dari Tao. Selepas Tao. Ajaran Taoisme menekankan konsep wu-wei iaitu konsep yang merujuk “tidak buat apa-apa”. dan perkara ini hanya teori semata-mata. maka mustahil semua rakyat akan mencontohi pemerintah. Dengan itu juga. Secara tidak langsung.

kerajaan. Dengan kata lain. perubatan mahupun dalam aspek masakan. Taoisme bukan sahaja satu falsafah tetapi berkembang sebagai agama. Pada lewat abad kedua Sebelum Masihi. Ajaran agama Taoisme menjadi amalan kebanyakkan persatuan sulit China. ajaran Taoisme mula berkembang sebagai satu agama yang kebanyakkannya mengambil ciri-ciri agama Buddha Mahayana. Manakala Maharaja Gunung Timur sebagai penjaga kepada balasan baik dan balasan buruk. Taoisme mempunyai tuhan-tuhan tersendiri seperti Maharaja Jed. namun tetap diamalkan oleh penduduk China. kesenian. Ajaran Taoisme ini cuba memberi kepuasan kepada penganutnya yang tidak mencapai kepuasan dalam ajaran Confucius. ajaran Taoisme terbahagi kepada dua bahagian iaitu ajaran falsafah dan aliran agama. Bagi beliau. kerajaan yang baik adalah sebuah kerajaan yang kurang memerintah. Sebagai suatu agama. Satu lagi keistimewaaan ajaran ini ialah ajarannya telah membawa kepada beberapa gerak langkah jasmani seperti Taichi Chuan. Pada zaman dinasti Han. Chi Kung (Qi Gong) dan meditasi. Lambang Taoisme . Malah ajaran ini diamalkan bersama-sama ajaran Confucius. Walaupon ajaran ini cuba dihalang.bagi mewujudkan kestabilan dan keamanan dalam sesebuah masyarakat dan negara. Pertubuhan agama Tao ini bergerak aktif di bahagian barat daya China. Pada abad kelima Masihi. agama Taoisme telah digerakkan oleh pergerakan Tianshi dao (Cara Tuan Syurga) diketuai oleh Zhang Daoling.

jika tiadanya kiri. Ia dicipta oleh penganut-penganut Taoisme untuk menggambarkan konsep ajaran Laozi. jika tiadanya besar. kekadangnya. putih berundur. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. (2010). ajaran Buddha. (2009). Sebaliknya. lambang ini mempunyai dua bahagian yang sama besar. (2003). Choon Lean Keow. dan menunggu untuk "putih" memulih. Azam Hamzah. Suffian Mansor. Bagaimanapun. Dewan Bahasa dan Pustaka 2. 4. dan "yang" bermaksud "maskulin"). tidak akan ada kanan. Ahmad Zaki Abd Latiff. Gautama Buddha dan Lao Tzu tidak berniat mengagamakan ajaran mereka. Oleh itu. dan sebagainya. Azizah Othman. Misalnya. apa yang digelarkan Taoisme di Malaysia dan banyak tempat yang lain bukannya ajaran Lao Tzu yang sebenarnya. Garis di tengah adalah melengkung dan bukannya lulus. iaitu segala fenomena dalam dunia ini mempunyai dua keterlaluan. tidak akan ada kecil. Tamadun Asia. Apa yang digelarkan Taoisme sebenarnya adalah adat resam dan budaya orang Cina yang telah meminjam sebahagian kecil sahaja daripada ajaran Lao Tzu serta. (1998). seseorang harus tidak menentangi sifat alam semesta seakan-akan ia sentiasa sama sahaja. Tamadun China. Oxford Fajar 3. Sebenarnya. Kumpulan Budiman Sdn Bhd . Oleh itu. dan sebaliknya. dia harus berundur pada tempoh sebegini. Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia. Ini bermakna bahawa kesemua fenomena di dalam dunia ini adalah dalam keadaan sentiasa berubah-ubah. RUJUKAN  BUKU 1. separuh putih dan separuh hitam. Ia membayangkan kebenaran bahawa dunia ini adalah dunia dualisme. Ini adalah salah satu daripada tafsiran konsep "wei-wu-wei".Lambang yang sering dikaitkan dengan ajaran Laozi ialah lambang "ying-yang" ("ying" bermaksud "feminin". Sewaktu hitam berkembang. Azhar Mad Daros.

htm (Dilayari pada 2/2/2011) .http://ms.com/2009/10/23/kon-fu-tze-atau-konfucius/ (Dilayari pada 1/2/2011) .org/wiki/Sejarah_Taoisme (Dilayari pada 2/2/2011) .wikipedia.http://it411x34.org/wiki/Confucius (Dilayari pada 1/2/2011) .org/wiki/Taoisme (Dilayari pada 2/2/2011) .http://ms.tripod.com/sumbangan_tamadun.org/wiki/Konfusianisme (Dilayari pada 1/2/2011) .wikipedia.wordpress.http://ms.http://ahmadsamantho. INTERNET .wikipedia.http://ms.wikipedia.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful