You are on page 1of 36

Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

MANUAL PENGGUNA
SISTEM PENGOPERASIAN DATA
SECARA ONLINE
e-Operasi

BAGI
GURU PK 1

MODUL PENDAFTARAN
&
MODUL GURU, MODUL ENROLMEN,
MODUL SEKOLAH

MS 1 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT

1.0 Skrin Utama 3


1.1 Skrin Daftar Masuk 4-5
1.2 Skrin Lupa Kata Laluan 6
1.3 Skrin Tukar Kata Laluan 7

2.0 Paparan bagi Skrin Guru PK 1

2.0 Skrin Maklumat Guru


2.1.1 Skrin Cetakan Maklumat Guru 8
2.1.2 Skrin Hantar Laporan 9 - 10
2.1.3 Skrin Kemaskini Maklumat Guru 11
2.1.4 Skrin Lapor kepada PPD 12 - 13
2.1.5 Skrin Kemaskini Maklumat Peribadi 14
2.1.6 Skrin Kemaskini Maklumat Pasangan 15
2.1.7 Skrin Kemaskini Maklumat Akademik 16 - 17
2.1.8 Skrin Kemaskini Maklumat Ikhtisas 18
2.1.9 Skrin Kemaskini Maklumat Perjawatan 19
2.1.10 Skrin Kemaskini Maklumat Sejarah 20
Perkhidmatan 21
2.1.11 Skrin Kemaskini Maklumat Latihan 22
/Kursus 21 – 22
23

2.2 Skrin Semakan Data Guru 24 -25


2.3 Skrin Carian Guru 26 -27
2.4 Skrin Cetakan Nama Guru 28
2.5 Skrin Senarai Jawatan Dalam Kumpulan 29 – 30

3.0 Skrin Maklumat Enrolmen 31


3.1 Skrin Tambah Kelas 32
3.2 Skrin Input / Edit Enrolmen 33
3.3 Skrin Rumusan Enrolmen 34

4.0 Skrin Maklumat Sekolah 35 - 36

MS 2 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

Paparan utama e-Operasi

Paparan 1.0 Skrin Utama

1. Untuk membolehkan Guru PK1 membuat pengemaskinian data melalui e-


Operasi, Guru PK1 perlu membuat proses pendaftaran melalui sistem.

2. Klik PENDAFTARAN BARU pada Paparan 1.0 untuk membuat proses daftar
diri.

3. Sekiranya Guru PK1, sudah ada Login ID dan Katalaluan, sila isikan maklumat
pada Profail Login dan klik butang ‘Login’.

MS 3 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

Paparan bagi Skrin Daftar Masuk

Paparan 1.1 Skrin Daftar Masuk

4. Skrin bagi Daftar Masuk adalah seperti Paparan 1.1.

5. Guru PK1 dikehendaki memasukkan maklumat di Paparan Daftar Masuk.


Maklumat Nama, No. Kad Pengenalan, No. Gaji dan No.Fail JPN perlulah
sama seperti maklumat yang terdapat didalam data EMIS.

6. Pastikan ID Pengguna dan Kata Laluan ditaip dalam huruf besar atau huruf
kecil atau campuran huruf dengan nombor.

IDPENGGUNA : Maklumat yang digunakan sebagai identiti diri


untuk memasuki sistem. Panjang yang diperlukan
adalah 6 hingga 16 aksara.

KATA LALUAN : Maklumat yang digunakan sebagai kunci untuk


memasuki sistem. Panjang yang diperlukan adalah
6 hingga 16 aksara.

7. Sila lihat contoh dibawah.

ID Pengguna dan Kata Laluan.

MS 4 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

FAUDZIAH faudziah
FAUDZIAH87 faudziah35
FAUDZIAH_58 faudziah_58
FDZ_557 fdz_5557
F 575859

8. Pastikan ID Pengguna dan Kata Laluan tidak kurang dari 6 aksara. Jika tidak
memenuhi syarat, sistem akan mengeluarkan mesej seperti berikut :

Kata Laluan Tidak Boleh Kurang Dari 6 Aksara.

9. Pengesahan Kata Laluan bermaksud pengguna dikehendaki memasukkan


semula KATA LALUAN yang sama dalam ruangan Pengesahan Kata Laluan.
Jika Pengesahan Kata Laluan adalah salah, maka sistem akan mengeluarkan
mesej seperti berikut :

Kata Laluan Dan Pengesahan Kata Laluan Tidak Sama.


Sila Cuba Lagi.

10. Sila pastikan maklumat Soalan Keselamatan, Jawapan dan Tarikh Lahir perlu
diisikan. Jika tidak diisi, maka sistem akan mengeluarkan mesej seperti berikut:

Sila Masukkan Jawapan Anda


Sila Masukkan Tarikh Lahir Anda

11. Guru PK1 dikehendaki memasukkan semua maklumat di atas dan tekan butang
Simpan.

a. Sekiranya maklumat Guru PK1 tiada, sistem akan memaparkan mesej


seperti dibawah :-

Maklumat Tiada Dalam Rekod Kami

Sila hubungi pegawai yang berkaitan untuk maklumat lanjut.

b. Sekiranya maklumat Guru PK1 telah didaftarkan, sistem akan


memaparkan mesej seperti dibawah :-

Maklumat Telah Didaftar.


Sila ke Menu Profail Login Untuk Masuk Sistem.

c. Sekiranya maklumat pengesah berjaya didaftarkan., sistem akan


memaparkan mesej seperti dibawah :-

Tahniah Pendaftaran Anda Berjaya

MS 5 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

Paparan bagi Skrin Terlupa Kata Laluan

Paparan 1.2 Skrin Lupa Kata Laluan

12. Klik Lupa Kata Laluan seperti di paparan 1.2 untuk membuat proses sekiranya
lupa kata laluan.

13. Guru PK1 dikehendaki memasukkan maklumat di Paparan Lupa Kata Laluan dan
menekan butang HANTAR.

a. Sekiranya maklumat Guru PK1 tidak tepat, sistem akan memaparkan


mesej seperti dibawah :-

Maklumat Tidak Tepat. Sila Hubungi Pentadbir Sistem di JPN

b. Sekiranya maklumat Guru PK1 tepat, sistem akan memaparkan katalaluan


seperti dibawah :-

ID Pengguna : *********
Kata Laluan : *********

Sila Log in Dengan Kata Laluan pada Skrin Profail Login.

MS 6 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

Paparan bagi Skrin Tukar Kata Laluan

Paparan 1.3 Skrin Tukar Kata Laluan

14. Klik pada Tukar Kata Laluan . Sistem akan memaparkan skrin seperti di
paparan 1.3 untuk membuat proses tukar kata laluan.

15. Guru PK1 dikehendaki memasukkan maklumat di Paparan Tukar Kata Laluan dan
menekan butang HANTAR.

a. Sekiranya katalaluan baru dan pengesahan katalaluan tidak sama, sistem


akan memaparkan mesej seperti dibawah :-

Kata Laluan Baru dan Pengesahan Kataluan Tidak Sama. Sila Cuba Lagi

b. Sekiranya maklumat pengesah tidak tepat, sistem akan memaparkan


katalaluan seperti dibawah :-

Harap Maaf Kata Laluan Salah... Cuba Lagi

c. Sekiranya maklumat pengesah tepat, sistem akan memaparkan katalaluan


seperti dibawah :-

Pertukaran Kata Laluan Berjaya,


Sila Gunakan Kata Laluan Baru Bagi Laluan Masuk
Sistem

MS 7 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

Paparan bagi Skrin Guru PK1

Paparan 2.0 Skrin Guru PK 1

16. Skrin utama Guru PK 1 adalah seperti di paparan 2.0 di mana sistem akan
memaparkan Nama Penuh Guru PK 1, No. Kad Pengenalan, Jawatan dan
Kod Sekolah.

17. Sila klik pada menu MAKLUMAT GURU.

MS 8 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

Paparan bagi Skrin Maklumat Guru

Paparan 2.1.0 Skrin Maklumat Guru

18. Skrin akan memaparkan sub menu dan maklumat utama sekolah dalam menu
Maklumat Guru.

19. Terdapat 5 sub menu dalam menu Maklumat Guru.

a) Kemaskini Maklumat Guru - kemaskini data guru


b) Semakan Data Guru - semak data guru
c) Carian Guru - tambah guru di sekolah
d) Cetakan Nama Guru - Cetak maklumat guru
e) Senarai Jawatan Dalam Kumpulan - Paparan senarai guru dalam
jawatan kumpulan

20. Klik pada sub menu Kemaskini Maklumat Guru.

MS 9 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

Paparan Skrin Kemaskini Maklumat Guru

Paparan 2.1 Skrin Maklumat Guru

21. Sistem akan memaparkan senarai guru yang memerlukan pengemaskinian di


sekolah Guru PK1.

22. Sila semak senarai nama guru di sekolah Guru PK1 bersama nombor kad
pengenalan dan jawatan guru.

23. Sekiranya ruang Pengemaskinian menunjukkan status „YA‟, ia bermaksud data


guru tersebut telah dikemaskini oleh Guru PK 1. Jika status ‘TIDAK‟, Guru PK 1
perlu mengemaskini maklumat guru di sekolah tersebut.

24. Jika ruang „Ralat No kp‟ berstatus ‘YA’, maka nombor kad pengenalan (No KP)
guru tersebut ralat di pangkalan data e-operasi. Guru PK 1 perlu memaklumkan
kepada PPD untuk mengemaskini maklumat Nokp guru.

25. Ruang „Cetakan‟ digunakan untuk membolehkan guru data mencetak maklumat
guru secara individu.

MS 10 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

Bersambung

Paparan 2.1.1 Skrin Cetakan Maklumat Guru

26. Semua maklumat guru yang dipilih akan dipaparkan di cetakan. Guru PK 1 perlu
klik butang pencetak untuk mencetaknya. Cetakan ini perlu diedarkan kepada
guru supaya mereka memastikan maklumat mereka tepat dan sahih.

27. Guru PK1 perlu mendapatkan perakuan dari guru. Kemudian Guru PK1 perlu
hantar kepada Pegawai Pengesah iaitu Pengetua/Guru Besar di sekolah supaya
maklumat guru mendapat pengesahan dari mereka.

28. Sekiranya ada data yang perlu dikemaskini, maka Guru PK 1 perlu
mengemaskininya.

29. Klik pada BACK di tetingkap pelayar ( Window Browser) untuk ke skrin utama
Kemaskini Maklumat Guru.

MS 11 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

Bersambung

Paparan 2.1.2 Skrin Hantar Laporan

30. Apabila Guru PK 1 klik pada butang ‘HANTAR LAPORAN’ di skrin Kemaskini
Maklumat Guru,paparan 2.1.2 akan dipaparkan untuk tindakan Guru PK 1.

31. Skrin ini digunakan supaya Guru PK 1 boleh memaklumkan kepada pegawai
yang bertanggungjawab di PPD jika ada nama guru tiada dalam senarai nama
guru di sekolah atau bukan di bawah seliaan,

32. Sila nyatakan maklumat guru termasuk nama,nombor kad pengenalan dan butir-
butir peribadi secara ringkas untuk semakan PPD.

33. Setelah mengisi maklumat yang diperlukan, klik butang HANTAR. Apabila
hantar, sistem akan mengeluarkan mesej „Laporan anda telah di hantar.‟

34. Klik butang KEMBALI untuk ke skrin Kemaskini Maklumat Guru.

35. Sekiranya maklumat yang diisi tidak betul, klik butang „BATAL‟ supaya
maklumat tidak hantar ke PPD.

MS 12 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

Bersambung

Paparan 2.1 Skrin Maklumat Guru

36. Apabila selesai „HANTAR LAPORAN‟, Guru PK 1 boleh mengemaskini data


guru di sekolah tersebut.

37. Klik pada Nama Guru seperti di Skrin Maklumat Guru.

MS 13 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

Bersambung

Paparan 2.1.3 Skrin Kemaskini Maklumat Guru

38. Sistem akan memaparkan skrin Kemaskini Maklumat Guru. Dalam paparan
maklumat utama guru akan dipaparkan. Guru PK 1 perlu semak data bersama
guru berkenaan.

39. Sekiranya nombor kad pengenalan guru tidak betul, Guru PK 1 perlu klik pada
menu ‘Lapor Kepada PPD‟ untuk memaklumkan kepada PPD. Sila rujuk skrin
Lapor Kepada PPD (2.1.4)

40. Skrin Kemaskini Maklumat Guru memaparkan tujuh sub menu bagi tindakan
Guru PK 1.

a) Maklumat Peribadi
b) Maklumat Pasangan
c) Maklumat Akademik
d) Maklumat Ikhtisas
e) Maklumat Perjawatan
f) Maklumat Sejarah Perkhidmatan
g) Maklumat Latihan Kursus

MS 14 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

Bersambung

Paparan 2.1.4 Skrin Lapor kepada PPD

41. Jika No KP guru tidak betul dalam paparan kemaskini Maklumat Guru, Guru PK
1 perlu tuliskan No KP yang asal dan No KP yang sebenar dalam ruangan yang
disediakan untuk semakan PPD.

42. Klik pada butang „HANTAR‟ dan maklumat akan diterima oleh Pegawai
bertanggungjawab di PPD.

43. Klik pada menu „Kemaskini Maklumat Guru‟ untuk ke skrin Maklumat Guru
atau klik pada sub menu ‘Maklumat Peribadi‟.

MS 15 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

Bersambung

Paparan 2.1.5 Skrin Kemaskini Maklumat Peribadi

44. Paparan 2.1.5 memaparkan maklumat peribadi,maklumat alamat semasa dan


maklumat alamat surat menyurat guru.

45. Guru PK 1dikehendaki mengemaskini data guru yang belum dikemaskini atau
tiada dalam paparan.

MS 16 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

46. Tanda (*) berwarna merah menunjukkan medan mandatori yang wajib diisi oleh
Guru PK 1.

47. Guru PK 1 perlu memastikan semua data guru dalam paparan benar dan sahih.

48. Apabila semua maklumat telah diisi, klik pada butang „Kemaskini Maklumat
Peribadi‟.

49. Setelah dikemaskini,data guru akan disimpan dalam pangkalan data e-Operasi.

50. Jika klik pada butang ‘Laman Utama Kemaskini‟, skrin paparan 2.1 akan
dipaparkan.

51. Sila pilih sub menu Maklumat Pasangan untuk mengemaskini maklumat
pasangan guru.

MS 17 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

Bersambung

Paparan 2.1.6 Skrin Kemaskini Maklumat Pasangan

52. Paparan 2.1.6 memaparkan Maklumat Pasangan guru.

53. Sekiranya guru mempunyai pasangan, Guru PK 1 perlu mengemaskini maklumat


pasangan jika maklumat salah di skrin Maklumat Pasangan.

54. Sekiranya guru belum ada maklumat pasangan, klik pada menu ‘Tambah
Pasangan’ untuk mengisi maklumat pasangan.

55. Sekiranya maklumat pasangan tidak wujud atau belum ada pasangan, klik pada
menu „Padam Maklumat Pasangan‟.

56. Apabila sudah mengemaskini, klik butang „Kemaskini Maklumat Pasangan‟.

57. Setelah kemaskini maklumat pasangan, klik sub menu „Maklumat Akademik‟.

MS 18 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

Bersambung

Paparan 2.1.7 Skrin Kemaskini Maklumat Akademik

58. Paparan 2.1.7 memaparkan Maklumat Akademik guru.

59. Guru PK 1 perlu pastikan semua maklumat akademik dalam paparan 2.1.7 betul
dan sahih.

60. Klik pada butang ‘Kemaskini Maklumat Akademik‟.

61. Apabila selesai kemaskini Maklumat Akademik, klik sub menu ‘Maklumat
Ikhtisas‟.

MS 19 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

Bersambung

Paparan 2.1.8 Skrin Kemaskini Maklumat Ikhtisas

62. Paparan 2.1.8 memaparkan Maklumat Ikhtisas guru.

63. Guru PK 1 perlu pastikan semua maklumat Ikhtisas dalam paparan 2.1.8 betul dan
sahih.

64. Klik pada butang ‘Kemaskini Maklumat Ikhtisas‟.

65. Apabila selesai kemaskini Maklumat Ikhtisas, klik sub menu ‘Maklumat
Perjawatan‟.

MS 20 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

Bersambung

Paparan 2.1.9 Skrin Kemaskini Maklumat Perjawatan

66. Paparan 2.1.9 memaparkan Maklumat Perjawatan guru.

67. Guru PK 1 perlu pastikan semua maklumat perjawatan dalam paparan 2.1.9 betul
dan sahih.

68. Tanda (*) dalam paparan menunjukkan, medan tersebut wajib diisi maklumat.
Sekiranya tiada maklumat, Sistem tidak dibenarkan untuk proses kemaskini.

69. Apabila mengisi maklumat perjawatan, klik pada butang ‘Kemaskini Maklumat
Perjawatan‟.

70. Apabila selesai kemaskini Maklumat perjawatan, klik sub menu ‘Maklumat
Sejarah Perkhidmatan‟.

MS 21 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

Bersambung

Paparan 2.1.10 Skrin Kemaskini Maklumat Sejarah Perkhidmatan

71. Paparan 2.1.10 memaparkan Maklumat Sejarah Perkhidmatan guru.

72. Sekiranya maklumat dalam paparan tidak betul, Guru PK 1 boleh mengemaskini
maklumat dengan klik pada imej „Kemaskini‟.

73. Skrin akan memaparkan ‘Kemaskini Maklumat Sejarah Perkhidmatan’. Guru PK


1 perlu kemaskini maklumat dan klik pada butang ‘Kemaskini Maklumat Sejarah
Perkhidmatan’. Setelah mengemaskini, maklumat akan dipaparkan di skrin 2.1.10
seperti di atas.

74. Sekiranya ada pertambahan maklumat sejarah perkhidmatan, klik menu ‘Tambah
Sejarah Perkhidmatan‟.

75. Sekiranya maklumat sejarah perkhidmatan tidak wujud atau salah maklumat,
boleh buang maklumat dengan klik imej ‘Padam Rekod‟.

MS 22 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

Bersambung

Paparan 2.1.11 Skrin Kemaskini Maklumat Latihan /Kursus

76. Paparan 2.1.11 memaparkan Maklumat Latihan/Kursus yang dihadiri oleh


guru.

77. Sekiranya maklumat dalam paparan tidak betul, Guru PK 1 boleh mengemaskini
maklumat dan klik pada butang „Kemaskini Maklumat Latihan /Kursus‟.

78. Sekiranya ada pertambahan maklumat latihan/kursus, klik menu ‘Tambah


Latihan/Kursus‟.

79. Sekiranya maklumat latihan/kursus tidak wujud atau salah maklumat, boleh buang
maklumat dengan klik menu „Padam Maklumat‟.

MS 23 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

Paparan Skrin Semakan Data Guru

Paparan 2.2 Skrin Semakan Data Guru

77. Paparan 2.2 memaparkan menu Semakan Data Guru

78. Guru PK 1 perlu memasukkan No.KP guru untuk semak data maklumat guru.

79. Setelah diisi No. KP, klik butang „PAPAR‟.

80. Skrin akan memaparkan semua maklumat guru seperti di skrin 2.2.1. sekiranya
ada perubahan, klik menu ‘Kemaskini Maklumat Guru‟ untuk proses kemaskini
maklumat guru.

MS 24 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

Paparan 2.2 Skrin Semakan Data Guru

MS 25 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

Paparan Skrin Carian Guru

Paparan 2.3 Skrin Carian Guru

81. Paparan 2.3 memaparkan menu Carian Guru

82. Guru PK 1 perlu memasukkan No.KP guru untuk semak data maklumat guru.

83. Setelah diisi No. KP, klik butang ‘Carian Rekod‟.

84. Skrin akan memaparkan maklumat seperti di skrin 2.3.1

MS 26 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

Paparan 2.3 Skrin Carian Guru

85. Skrin akan memaparkan maklumat No.KP,Nama dan Nama Sekolah Semasa
guru.

86. Sekiranya nama guru belum berada dalam senarai guru di sekolah, tambahkan
rekod guru tersebut. Klik butang „Tambah Rekod „.

87. Sekiranya nama sekolah semasa guru berbeza dan Guru PK 1 klik butang
‘Tambah Rekod’, sistem akan mengeluarkan mesej seperti berikut :

“ Sila Hubungi PPD/ JPN atau Bahagian sekolah semasa untuk rekod ini di
release”

88. Mesej tersebut dikeluar di sistem disebabkan sekolah asal guru tersebut masih
tidak dilepaskan. Oleh itu sila hubungi PPD/JPN atau Bahagian untuk rekod guru
ini dilepaskan dan diberi sekolah baru.

89. sekiranya dalam sistem keluar mesej “ Rekod ini berjaya dimasukkan ke senarai
guru sekolah tuan/puan’, maka rekod guru tersebut telah berjaya ditambah di
sekolah ini.

MS 27 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

Paparan Skrin Cetakan Nama Guru

Paparan 2.4 Skrin Cetakan Nama Guru

90. Semua maklumat guru bagi guru-guru di sekolah akan dipaparkan di cetakan.
Guru PK 1 perlu klik butang pencetak untuk mencetaknya secara
keseluruhannya. Cetakan ini perlu diedarkan kepada guru supaya mereka
memastikan maklumat mereka tepat dan sahih.

91. Guru PK1 perlu mendapatkan perakuan dari guru. Kemudian Guru PK1 perlu
hantar kepada Pegawai Pengesah iaitu Pengetua/Guru Besar di sekolah supaya
maklumat guru mendapat pengesahan dari mereka.

92. Sekiranya ada data yang perlu dikemaskini, maka Guru PK 1 perlu
mengemaskininya.

93. Klik pada BACK di tetingkap pelayar ( Window Browser) untuk ke skrin utama
Kemaskini Maklumat Guru.

MS 28 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

Paparan Skrin Senarai Jawatan Dalam Kumpulan

Paparan 2.5 Skrin Senarai Guru Dalam Jawatan Kumpulan

94. Sistem akan memaparkan senarai guru dalam jawatan kumpulan

95. Klik pada No.KP untuk memaparkan maklumat guru dalam dalam jawatan
kumpulan.

96. Skrin hanya paparkan maklumat guru. Maklumat guru tidak boleh
dikemaskini.Sila rujuk skrin paparan 2.5.1

MS 29 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

Bersambung

Paparan 2.5 Skrin Maklumat Guru

MS 30 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

Paparan bagi Skrin Maklumat Enrolemen

Paparan 3.0 Skrin Maklumat Enrolmen

97. Skrin memaparkan Maklumat Enrolmen bagi sekolah.

98. Terdapat tiga menu utama bagi Maklumat Enrolmen.

a. Tambah Kelas.
b. Input / Edit Enrolmen
c. Rumusan Enrolmen

99. klik pada Menu Tambah Kelas

MS 31 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

Paparan Skrin Tambah Kelas

Paparan 3.1 Skrin Tambah Kelas

100. Paparan 3.1 memaparkan senarai nama kelas di sekolah.

101. Sekiranya nama kelas wujud,klik pada ‘Checkbox’ ‘YA’ untuk


pengesahan.

102. Kemudian klik pada butang „ KEMASKINI/MASUKAN‟.

103. Klik pada menu „Input / Edit Enrolmen‟

MS 32 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

Paparan Skrin Input /Edit Enrolmen

Paparan 3.2 Skrin Input / Edit Enrolmen

104. Skrin paparkan maklumat enrolmen murid mengikut nama kelas,bilangan


kelas,kaum dan jantina.

105. Sila isikan maklumat di ruang input dan klik butang


„KEMASKINI/MASUKKAN‟.

106. Klik pada menu „Rumusan Enrolmen‟

MS 33 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

Paparan Skrin Rumusan Enrolmen

Paparan 3.3 Skrin Rumusan Enrolmen

107. Skrin paparkan rumusan enrolmen yang telah dikemaskini. Klik butang
CETAK untuk mencetak rumusan enrolmen

108. Klik pada menu „Maklumat Sekolah‟.

MS 34 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

Paparan Skrin Maklumat Sekolah

Paparan 4.0 Skrin Maklumat Sekolah

MS 35 -36
Manual Pengguna- Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-Operasi)

109. Skrin 4.0 memaparkan maklumat sekolah. Sila isi maklumat yang perlu.

110. Sila pilih ‘checkbox’ yang berkaitan di Label Sekolah.

111. Klik butang „KEMASKINI‟ untuk mengemaskini maklumat yang telah diisi.

112. klik menu KELUAR. Guru PK 1 akan keluar dari sistem. Sistem akan kembali
memaparkan skrin utama Sistem e-Operasi.

MS 36 -36