ISI KANDUNGAN Tajuk 1.0 Pengenalan 2.0 Hasil dan potensi ekonomi 3.0 Prinsip dan keperluan asas membuat silaj 4.

0 Sifat – sifat silaj yang baik 5.0 Kaedah membuat silaj 6.0 Kenapa silaj diperlukan 6.1 Pemeraman silaj 6.2 Silo tong plastik 6.3 Memampatkan rumput dalam tong 7.0 Pengenalan silaj daripada pelapah kelapa sawit 8.0 Kandungan nutrient silaj 9.0 Peralatan membuat silaj pelepah kelapa sawit 10.0 Teknik operasi 10.1 Teknik membuat silaj 10.2 Proses silaj 10.3 Bahan-bahan 10.4 Kadar peratusan 10.5 Cara-cara 11.0 Carta alir membuat silaj pelepah kelapa sawit 12.0 Perbincangan 13.0 Kesimpulan 14.0 Rujukan 15.0 Lampiran 15 16 17 18 19 13-14 10-11 12 12 Muka surat 2 4 5 5 5-6 6-9

1.0 PENGENALAN Silaj adalah makanan ternakan ruminan yang terdiri daripada bahan rufaj yang berkelembapan tinggi di antara 35 % hingga 75 % kandungan air yang diperolehi melalui proses penapaian dan disimpan dalam keadaan kedap udara (anaerobic). Silaj sebagai salah satu sumber bekalan
1

makanan ternakan berkualiti untuk ruminan mempunyai kelebihan berbanding dengan rumput segar dan hanya kerana silaj dapat dikeluarkan sepanjang masa, proses pengeluarannya tidak bergantung kepada keadaan cuaca dan dapat dihasilkan daripada berbagai jenis bahan rufaj seperti rumput, batang jagung, pelepah kelapa sawit dan bahan-bahan lain. Silo (bekas simpanan silaj) terdiri daripada berbagai bentuk seperti bunker, stack, tower, tong plastik dan lain-lain. Faktor yang penting ialah bekas yang digunakan seharusnya praktikal dari segi pengendalian dan mesti dalam keadaan kedap udara. Tujuan utama pengeluaran silaj adalah untuk menyimpan foder atau bahan makanan ternakan tanapa mengurangkan mutu pemakanan dan silaj yang dihasilkan digunakan terutama ketika kekurangan foder atau bahan makanan ternakan. Prinsip penting dalam pembuatan silaj, ialah penyimpanan yang terhindar dari oksigen dan mengelakkan daripada pereputan (decomposition) semasa penyimpanan. Bahan- bahan yang hendak dijadikan silaj diperam didalam silo. Silo ialah satu struktur yang kedap udara. Ini menyebabkan bahan-bahan yang disimpan didalam silo tidak terdapat oksigen. Apa yang berlaku ketika pemeraman itu ialah karbohidrat dalam bahan yang diperam bertukar menjadi asid laktrik atau asetik. Proses penukaran dilakukan oleh bakteria-bakteria anaerobik. Asid-asid akan merendahkan ph yang menyebabkan proses biokimia dalam bahan-bahn yang diperam terhenti. Dengan ini, bahan-bahan yang diperam akan disimpan dengan baik dan mutu pemakanan tidaklah begitu terjejas. Bahan-bahan aditif seperti bijirin, asid formit, folmaldehyde, asid propionik, garam biasa, ammonia dan enzim sering juga ditambah untuk membaiki proses pemeraman. Tanaman jagung telah diketahui dapat diperam menjadi silaj yang baik, diterima makan oleh ternakan dan dapat mengeluarkan hasil ternakan yang memuaskan. Untuk kawasan-kawasan yang agak kering, kegunaan tanaman sekoi boleh dipraktikkan. Tanaman sekoi mengandungi kandungan gula yang tinggi dan dapat menghasilkan silaj yang baik, tetapi kandungan asid prussik dalam sekoi boleh meracunkan makanan, treutama sekali jika sekoi dipotong terlalu muda atau tanaman didalam keadaan tekanan kemarau (stress periods) kemudaratan tidak akan berlaku jika sekoi diperam sebelum diberi makanan.
2

490. tidak memadatkan bahan dengan betul. 2. mesin silegar.0 HASIL DAN POTENSI EKONOMI Dengan pengeluaran sebanyak 1100. Kos ini termasuk peralatan. pemerapan yang menggalakan haba yang keterlaluan. Kandungan air yang terlalu rendah mengakibatkan silaj menjadi warna hitam atau coklat. kos pembangunan yang diperlukan adalah berjumlah RM113.tong penyimpanan dan 3 . Terlalu banyak kandungan air dalam tanah menyebabkan lelehan nutrien yang banyak dan merugikan.040 kg setahun.00.Mutu silaj adalah bergantung kepada bahan asal pemerapan dan selalunya adalah lebih rendah daripada tanaman asal. Mutu depengaruhi oleh kaedah pemerapan silaj.

15 sekilongram.490.00 RM53.059 dan ia adalah baik memandangkan harga silaj sebenar ialah RM0.00 Daya maju kewangan Kadar pulanag dalaman (IRR) Nilai kini bersih (NPV) @ 10% Nisbah faedah kos (BCR) @ 10% Tempoh pulang modal 42.806.95 2. Kos pengendalian sebanyak RM53.808.059 RM113. Dalm analisis ini menunjukkan bahawa kadar pulangan adalah melebihi 40%. Dari pengeluaran tersebut pengeluaran sekilogram adalah sebanyak RM0. Manakala tempoh pulangan modal yang pendek iaitukurang daripada tiga tahun adalah sesuai.243.00 setahun diperlukan untuk mengeluarkan silaj tersebut. Ini menunjukkan projek ini berdaya maju manakala nilai bersih yang positif dan tinggi menunjukkan keuntungan di masa hadapan.48 3.16 % RM373.00 1. Kos pengeluaran per kg silaj Jumlah kos tetap Jumlah kos kendalian RM0.0 PRINSIP DAN KEPERLUAN ASAS MEMBUAT SILAJ 4 .sebagainya.

Kandungan asid laktrik – 3-13 % 3. Bahan mentah hendaklah dipadatkan dengan segera bagi menghalang udara masuk untuk melakukan proses pereputan disamping menghasilkan bahan dalam keadaan kedap udara. 6.0 SIFAT-SIFAT SILAJ YANG BAIK 1. dan menyebabkan banyak kandungan air dan nutrien hilang. Contohnya. Warna hijau – kekuningan / hijau keperangan 5. Nilai pemakanan hampir-hampir menyerupai bahan-bahan asal. 4. 5. Keperisian bolah diterima makan oleh ternakan. tidak busuk.Prinsip utama dalam membuat silaj ialah memastikan bahan mentah disimpan dalam keadaan kedap udara dan mengandungi karbohidrat larut air yang mencukupi. 8. Keadaan ini akan mengurangkan pernafasan sel dan aktiviti enzim. Foder di dalam silo hendaklah dipadatkan dengan secepat mungkin dalam masa dua hari selepas dipotong bagi menghindarkan udara daripada terperangkap.5 2. foraj jagung sesuai dibuat silaj semasa berumur 75 hari manakala rumput gajah sesuai pada umur tidak melebihi 40 hari. Foder yang telah dipadatkan hendaklah diperam selama sebulan bagi menghasilkan silaj yang baik. Silaj yang baik boleh disimpan bertahun-tahun lamanya jika tidak diganggu.0 KAEDAH MEMBUAT SILAJ Foder untuk silaj hendaklah dipotong pendek diantara 3-15 cm supaya mudah dipadatkan. Foder yang terlalu lembap (kurang 25% bahan kering) akan menghasilkan silaj yang masam. Kandungan asid butirik – 0. seolah-olah bau cuka. 7. Ph (tahap kemasaman) – 4. 5 . Tahap basah tidak ada lilitan nutrien. Foder yang mempunyai bahan kering lebih daripada 35% akan menyebabkan keadaan silaj menjadi kurang mampat dan menggalakkan pertumbuhan kulat.2 % 4. Kandungan air yang diperlukan adalah antara 65-75% (25-35% bahan kering) dan boleh diperolehi melalui faktor umur dan jenis sesuatu tanaman. Bau menyenangkan.

bahan yang diperam akan dapat disimpan dengan baik dan kualiti pemakanannya dapat dikekalkan. Bila kerosakan berlaku. tetapi kos bahan-bahan tersebut mahal. karbohidrat dalam bahan hijau/segar yang diperam ditukarkan menjadi asid laktik atau asetik. 6. propionik).Bahan silaj yang mengandungi kurang karbohidrat perlu ditambah dengan asid bukan organan (sulfurik. silaj tersebut tidak boleh lagi digunakan sebagai makanan ternakan kerana tercemar oleh kulat. Udara menyebabkan bahan silaj rosak akibat tindakan bakteria aerobik. Semasa proses pemeraman perubahan bahan kepada produk tertentu dalam silaj akan berlaku. penghasilan susu dan lain-lain fungsi metabolik. Faktor utama kerosakan silaj adalah disebabkan kehadiran udara di dalam silo. aromanya tidak enak dan mendatangkan mudarat kepada ternakan. Silo merupakan struktur kedap udara atau separa kedap udara yang digunakan untuk memeram silaj. Kualiti silaj dapat diukur berdasarkan kepada beberapa 6 .0 KENAPA SILAJ DIPERLUKAN Kefahaman mengenai asas keperluan ternakan ruminant terhadap unsur asid lemak beruap (volatile fatty acid) mendorong pengusaha kepada menjalankan aktiviti pembuatan silaj. terutamanya asid laktik akan merendahkan pH dan ini menyebabkan proses biokimia yang terjadi pada bahan silaj terhenti. Tenaga yang diperlukan oleh ternakan ruminan diperolehi dalam bentuk asid lemak berwap daripada jenis asid asetik dan propionik dan bukan glukos seperti ternakan monogastrik. Asid lemak berwap ini digunakan oleh ruminan untuk tumbesaran. Secara am. Proses penukaran dilakukan oleh bakteria anaerobik dengan bantuan haba yang dihasilkan oleh sel tanaman yang masih hidup. bahan boleh dicampur dengan jenis karbohidrat yang mudah diperolihi dengan kos lebih murah seperti gula merah dan bijirin. Asid-asid yang dikeluarkan. Untuk mengurangkan kos pengeluaran silaj. 6.1 Pemeraman silaj Silaj boleh diperam di dalam silo atau tanpa silo. hidroklorik. Dengan itu. fosforik) atau boleh juga diguna asid organan (formik.

Nilai pH antara 3. udara terperangkap berkurangan.parameter. Jenis-jenis silo tersebut menghasilkan peratusan silaj rosak yang tinggi. Silo yang selalu dan praktikal digunakan ialah tong plastik. stack dan bunker silo tidak menunjukkan kejayaan yang membanggakan dalam situasi di negara ini. bahan silaj mesti dipadatkan semasa mengisi ke dalam silo.2 adalah silaj yang berkualiti baik manakala pH melebihi 4. Semakin kurang udara terperangkap. Masalah utama yang dihadapi ialah cara pemampatan serta sistem penutupan silo yang tidak sempurna yang menyebabkan keadaan erobik. 6.2 Silo Tong plastik 7 . Bagi mengelakkan udara terperangkap di dalam silo. Sehingga kini teknik-teknik penghasilan silaj dengan menggunakan tower. Nilai pH melebihi 5 adalah dianggap rosak.5 dianggap kualiti yang kurang baik.8 hingga 4. Silaj dianggap rosak bila warna menjadi kehitaman serta berbau tengik. Di samping itu jenis silo yang digunakan kini tidak boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain. Nilai pH yang rendah menunjukkan tahap fermentasi asid laktid dalam silaj yang baik. semakin baik kualiti silaj yang dihasilkan. Bila bahan diisi dengan padat.

silo ini telah diterima pakai dan digunakan oleh penternak di Malaysia. Untuk menutup tong plastik dalam keadaan ini. Keadaan tanpa udara dalam tong membolehkan proses fermentasi berlaku dengan sempurna dan 8 .3 Memampatkan rumput dalam tong Bagi mengatasi masalah memampatkan bahan silaj di dalam tong plastik.Tong plastik adalah silo yang paling sesuai digunakan berdasarkan saiz dan beratnya yang mudah dikendalikan. penutup tong dapat ditutup dengan rapat dan kemas bagi menghalang kebocoran. kualiti bahan plastik yang tahan cuaca persekitaran. ia selalunya akan terkeluar melebihi paras muka tong plastik. secara tidak langsung udara di dalam tong dapat diminimumkan di samping dapat menjimatkan pengunaan bilangan tong. Dengan menggunakan mesin berkenaan bahan silaj boleh diisi dengan kuantiti yang lebih banyak kerana lebih mampat. Satu plat dipasang di hujung pam untuk menekan bahan silaj supaya lebih padat. 6. kaedah menggunakan tangan adalah sangat sukar. Mesin tersebut terdiri daripada alat pemampat yang digerakkan oleh motor elektrik bagi menghasilkan tekanan kepada pam hidrolik. Semakin padat bahan didalam silo akan menghasilkan lebih banyak silaj dan lebih berkualiti. Penutup tong plastik dipasang injap untuk menyedut udara keluar dari dalam tong menggunakan mesin penyedut udara. JPH telah merekacipta sebuah mesin pemampat mekanikal yang merupakan kombinasi daripada alat pemampat. Plat ini boleh ditukar bergantung kepada saiz tong plastik yang digunakan. harga lebih murah dan mudah diperolehi. Bahan silaj akan dipadatkan dalam silo menggunakan tenaga manusia atau mesin. Pada masa ini. boleh digunakan berulang kali. alat penyedut udara dan tong plastik yang diubahsuai sebagai silo. Lazimnya apabila bahan silaj diisi penuh. Selain daripada itu.

akan menghasilkan silaj yang berkualiti. 9 .

Ketika ini. Penggunaan pelet daripada daun sawit pula melibatkan kos yang tinggi kerana memerlukan kilang untuk menghasilkan makanan tersebut. Otosil ialah mesin pengeluar silaj yang mampu memproses silaj dari bahan foder seperti rumput. Ghazali Hussin berjaya membangunkan mesin berteknologi tinggi dinamakan Otosil yang kos efektif. bagi membantu pengeluaran silaj makanan tersebut. Ini kerana. memakan masa serta kualiti yang rendah.2 juta tan. sekoi dan sebagainya dan juga bahan sisa pertanian seperti batang jagung. jagung 750 tan setahun sedangkan sumber sawit boleh diperoleh daripada empat juta hektar tanaman tersebut di negara ini.0 PENGENALAN SILAJ DARIPADA PELEPAH KELAPA SAWIT Selain penyakit. peningkatan harga makanan haiwan amat membebankan pengusaha memandangkan bahan mentahnya diimport. Rumput atau daun sawit perlu diracik atau dipotong terlebih dahulu sebelum diperam dipijak dalam tong bersama mikrob tertentu. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). 10 . Antara sumber tempatan yang boleh dijadikan makanan alternatif atau sekurang-kurangnya sebagai tambahan yang sedia ada ialah daun atau pelepah kelapa sawit. ramai pengusaha atau penternak haiwan ternakan ruminan menggunakan daun sawit atau rumput Napier sebagai bahan makanan mentah daripada sumber domestik untuk menghasilkan silaj. seorang penyelidik Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik. jerami padi dan pelepah kelapa sawit dengan cekap. antara masalah utama dalam industri penternakan haiwan ruminan ialah makanan. Sehubungan itu. Sehubungan itu. Kaedah tersebut memerlukan tenaga kerja yang ramai.7. sumber makanan haiwan perlu dipelbagaikan supaya industri ternakan ruminan tempatan tidak terlalu bergantung kepada produk import. Penggunaan produk mentah lain seperti jerami melibatkan 1. Silaj merupakan bahan makanan ternakan ruminan yang dihasilkan menerusi proses fermentasi anerobik ke atas bahan foder atau sisa pertanian. Menurut Ghazali.

0 KANDUNGAN NUTRIEN SILAJ Perkara Bahan kering Protin mentah Gentian mentah Lemak mentah Fosforus Silaj kelapa sawit (%) 23.22 11 Rumput p.8 1.6 0.2% berat kering 38. bagi membantu pengeluaran silaj makanan tersebut.Sehubungan itu.3 8.6% berat basah 6. jerami padi dan pelepah kelapa sawit dengan cekap. Ia dilakukan kerana terdapat rumput dan pelepah sawit yang boleh dijadikan sumber makanan kepada ternakan. Ghazali Hussin berjaya membangunkan mesin berteknologi tinggi dinamakan Otosil yang kos efektif. Otosil ialah mesin pengeluar silaj yang mampu memproses silaj dari bahan foder seperti rumput. 8. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). seorang penyelidik Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik.14% berat kering . Dengan pengalaman yang ada dan berpendapat tumpuan perlu diberikan kepada projek yang berdaya maju. sekoi dan sebagainya dan juga bahan sisa pertanian seperti batang jagung.purpureum 28.7% berat kering 0. Menurut Ghazali. Haji Sahri mengambil keputusan mengusahakan ternakan lembu secara integrasi dengan kelapa sawit pada tahun 2000.1% berat kering 2.2 33.

12 .34% berat kering 5.Kalsium Tenaga metabolisma 0. 2. Tali atau tiub basikal untuk mengikat. 3. tebal 0.18 mm dan muatan 600 kg. Pelepah kelapa sawit yang telah dihancurkan dimasukkan ke dalam beg plastik yang diletakkan pada rangka medah alih yang mudah dipasang dan mudah dibuka. Tempat untuk menyusun atau mnyimpan beg silaj hendaklah dekat dengan kandang supaya senang diambil untuk diberi makanan kepada ternakan pada setiap hari. Sisa-sisa pelepah kelapa sawit perlu dicincang atau dihancurkan halus mengguna mesin shredder untuk membungkus sisa pelepah kelapa sawit yang telah dihancurkan. 10.0 TEKNIK OPERASI 10.0 PERALATAN UNTUK MEMBUAT SILAJ KELAPA SAWIT Untuk memungut pelepah kelapa sawit di ladang. Rangka kayu yang berukuran 113 cm lebar empat segi × 122cm tinggi. Beg plastik polletilina hitam berukuran 213cm × 275cm (84” × 108”).46 5.1 Teknik membuat silaj daripada pelepah kelapa sawit 1. Pelepah kelapa sawit dipotong ketika bilangan pelepah yang dihasilkan meningkat sehingga 30 hingga 40 ketika berumur tiga hingga empat tahun 2. ia boleh dilakukan dengan menggunakan secara manual atau menggunakan jentera seperti harvesting machine dan mechanized sickle. alat-alat yang diperlukan ialah seperti berikut:1.86 mj/kg 0.94 mj/kg 9.

Pastikan beg plastik tidak berlubang bagi mengelakkan udara masuk dan ini boleh menyebabkan silaj rosak dan menjadi kompos. II. 4.0 ke 4. Silaj boleh disimpan lama selagi udara tidak masuk. Pelepah kelapa sawit Molasses. udara yang terdapat di dalam perlu dikeluarkan dengan menekan beg sebelum diikat. 10.3 Bahan-bahan: I.2 Fasa 3 • Asid laktik di hasilkan • Asid asetik menurun Fasa 4 • Pengeluaran asid laktik berterusan • Suhu turun • Aktiviti bakteria terhenti pada pH 4.700gram 13 .3. Pelepah kelapa sawit yang telah hancur ini dipadatkan dengan cara memijak untuk mengurangkan ruang udara di dalam beg.0 10. Selepas beg plastik diisi dengan penuh. 5. Setiap kali beg pembungkus silaj dibuka. beg diikat dengan tali dengan sempurna dan disimpan sekurang-kurangnya 30 hari dalam keadaan tanpa oksigen.2 Proses silaj Fasa 1 • Rumput dimasukkan ke dalam silo • Respirasi berterusan • Oksigen digunakan • CO2 dan haba dihasilkan • Suhu meningkat Fasa 2 • Asid asetik dikeluarkan • pH turun dari 6.

10.5% 4. Cincang/mesin rumput napier.III. IV. Masukkan dan mampatkan ke dalam bekas kedap udara. Garam – 1% 3. Additif – EM atau Laktos atau EIMO – 1%. Molasses – 1% 2.4 Kadar peratusan: 1.5 Cara. Peram 21 hari 14 . 2. 4. Air – 4% 5. 5. VI. 900ml air) 10. Urea – 0. 3. Tutup rapat (kedap udara).8 kg Additive – EM atau laktos EIMO – 1 liter (setelah di campur air – 100ml laktos. V. Siram dengan larutan molasses/garam/uraea/air/laktos. Garam – 700 gram Urea – 350 gram Air – 2.cara:1.

Pelepah kelapa sawit segar dicincang 2. Siram dengan larutan garam 1kg + urea ½ kg. molasses 1 kg + air 4 liter 6. Masukkan daun pelepah yang telah dicincang ke dalam bekas yang kedap udara 3. Tutup rapat dan peram selama 21 hari.11.0 CARTA ALIR MEMBUAT SILAJ DARIPADA PELEPAH KELAPA SAWIT 1. Rumput yang telah di mesin ditimbang untuk kiraan bahanbahan campuran dicincang ke dalam tong dan mampatkan 5. 4.Daun dimampatkan supaya kedap udara 15 .

Biarkan selama 21 hari .Hampir 70% makanan ruminant ditukar kepada Volatile Fatty Acid dan memasuki system darah.Dilakukan dengan proses pemasaman dengan memotong dan mengangkut ke silo 2.0 PERBINCANGAN Makanan Ternakan Berasaskan Sisa Pertanian Apakah Silaj? Hasil yang terbentuk apabila rumput atau tanaman foder yang tinggi kandungan airnya dan mudah dirosakkan oleh microorganism aerobic seperti jagung dan rumput. protin difermentasikan menjadi ammonia.aerobik dan anaerobik berlaku 5Gula merah difermentasikan menjadi laktik asid.Kaedah penyimpanan yang mudah tanpa bergantung kepada cuaca Bahan Membuat Silaj Pokok bijirin (Mengandungi karbohaidrat yang tinggi Kekacang (petai belalang.Mengisi ke satu tempat tanpa udara 3.12. pengeluaran susu dan fungsi metabolic . memampat 4. diperam secara anarerob dalam struktur kedap udara yang dinamakan silo .Foder yang berkelembapan tinggi (30 – 70 %) diperam dalam keadaan tanpa udara (anaerobic) Kenapa perlu silaj? .Bahagian akhir. amino asid - 6.Di malaysiakuntungan tinggi diperolehi bila batang jagung setelah dituai dibuat silaj . sumber tenaga untuk tumbesaran. mikrob anaerobik akan mati. pelepah kelapa sawit dll) Cara memproses Silaj 1. silaj. tiada mikroorganisma lain mengubah bahan dalm silo 7 Hasilnya. 16 .Merata. turi dll) Rumput (seperti rumput gajah) Lain-lain (bahan sampingan pertanian seperti kulit nenas.

• Silaj mampumemainkan peranan dalam menampung keperluan makanan ternakan di Malaysia. 17 .0 KESIMPULAN Kejayaan dalam pengeluaran silaj membantu dalam penyelesaian pemakanan ternakan yang semakin meningkat.13. • Kesediaan bahan sampingan pertanian yang banyak membantu pengeluaran silaj. • Secara am silo mestilah kedap udara. • Pengendalian bahan silaj sangat perlu dalam pemilihan silo. • Pengeluaran silaj yang efisien mengurangkan kos makanan.

com/ 2.0 RUJUKAN 1. http://kambingku-boer.com. Cikgu Abd Malek Abd Hanif http://smeh.bharian. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2009. Dr Norman Hj Kamaruddin http://www.gov.blogspot.14. Hak cipta Terpelihara.tripod. http://mardi.com 5. Makanan ternakan. D Dasar Privasi 4.my/web/guest/425 3.my/m/BHarian/Saturday/BeritaSawit/20041205130102/Artic le/ 18 .

• Silaj PKS yang dihasilkan mempunyai mutu yang lebih baik. dan ternyata dapat menjimatkan masa dan tenaga buruh. dengan nilai pH 3. • Kos pengeluaran silaj boleh dikurangkan sehingga 27%.5 daripada silaj yang dihasilkan secara manual. khususnya yang berasaskan bahan-bahan buangan sawit. • Teknologi yang dibangunkan dapat digunakan untuk penghasilan silaj secara komersial.0 LAMPIRAN OTOSIL merupakan sebuah mesin yang dibangunkan khusus untuk pemprosesan silaj. Ia mengandungi alat pemotong. Mesin ini berkebolehan untuk mengeluarkan sebanyak 0. hampas jagung dan sebagainya. • 19 .9 dibandingkan dengan 4. iaitu 63% lebih cekap daripada kaedah biasa (secara manual).60 tan silaj pelepah kelapa sawit (PKS). jerami padi.15. pemampat dan penyembur untuk menyuntik bakteria.

20 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful