1.

0 SINOPOSIS FILEM PAPADOM Mengisahkan Saadom adalah seorang pengusaha kedai makan yang terlalu kuat bekerja sehingga berjaya mengejar impian hidupnya, namun dia gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira dan ayah kepada Miasara. Situasi ini berubah apabila Saadom kehilangan isteri kesayangannya yang meninggal dunia dalam satu kemalangan ketika ingin melihat anaknya menerima anugerah di sekolah selepas suaminya memberikan alasan sibuk bekerja. Sebelum itu, Munirah sempat berpesan agar suaminya sentiasa menjaga anaknya seperti mana menjaga kerjanya. Sejak itu Saadom tidak lagi seperti dulu, ke mana saja anaknya berada dia sentiasa berada disisi. Sehinggalah saat berpisah dengan anaknya apabila Miasara ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya di IPTA. Miasara tidak lagi mahu ayahnya mengikutnya ke Kuala Lumpur dan mengugut akan berhenti belajar sekiranya tidak patuh arahannya. Saadom akur dengan kehendak anaknya, namun di sebalik itu Saadom punyai rancangan untuk memohon jawatan sebagai tukang kebun di IPTA tempat anaknya belajar agar dapat sentiasa melihat anaknya. 2.0 PENGENALAN Dalam filem Papadom, terdapat banyak prinsip psikologi sosial yang terjadi dalam situasi atau individu yang digambarkan dalam filem tersebut. Antara lima prinsip psikologi yang dapat dikenalpasti dalam filem Papadom ialah agresif, prejudis, hubungan kekeluargaan, perapatan dan persahabatan. Dalam filem Papadom terdapat beberapa adegan yang menunjukkan berlakunya tingkah laku agresif. Agresif ialah sebarang tingkah laku yang dirancang untuk mencederakan orang lain, iaitu tingkah laku yang harus dielakkan. Menurut Arnold Buss (1961), tingkah laku agresif adalah sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang memberi rangsangan berbahaya kepada organisma ataupun sebarang gerak-geri yang memberi sesuatu suasana yang tidak selesa kepada seseorang individu. Contohnya, seseorang yang suka menentang kawannya dan menyebabkan kawannya menangis atau cedera. Manakala, prinsip psikologi iaitu prejudis, diskriminasi dan stereotaip mempunyai

konsep yang tersendiri dan saling berkaitan. Prasangka memberi pengertian kepada satu bentuk sikap yang ditujukan kepada ahli sesuatu kelompok. Sementara diskriminasi pula ialah

tindakan tingkah laku negatif yang ditujukan kepada ahli kelompok tersebut. Manakala, stereotaip merujuk kepada kepercayaan negatif ke atas sesuatu kelompok. Menurut Paplia dan Olds (1985), prasangka dan diskriminasi wujud di kalangan manusia. Kedua-duanya berlaku merentasi faktor bangsa ataupun kelompok etnik yang membawa kepada corak tingkah laku seperti perkauman, anti semistisme, diskriminasi terhadap golongan tua, cacat, miskin, ataupun jantina serta mereka yang mengamalkan cara gaya kehidupan yang tidak popular atau disukai. Prinsip psikologi yang ketiga yang terdapat dalam filem Papadom ialah hubungan kekeluargaan. Kamus Dewan edisi yang ketiga menyatakan hubungan adalah sambungan, rangkaian dan perkaitan, dan talian. Manakala intim pula didefinisikan sebagai sangat mesra, rapat, karib, perhubungan, dan persahabatan. Hubungan kekeluargaan merupakan hubungan antara ibu bapa dengan anak, hubungan sesama anak-anak dan hubungan saudara mara dekat atau jauh. Prinsip hubungan kekeluargaan yang difokuskan ialah hubungan ibu bapa dan anak. Anak-anak ialah pengikat kasih sayang sesebuah keluarga. Maka tidak hairanlah jika hubungan ibu bapa dan anak terlalu rapat. Seterusnya ialah attachment atau perapatan. Perapatan merupakan hubungan kasihsayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Oleh sebab perapatan awal, iaitu pada zaman kanak-kanak mempengaruhi hubungan emosi individu pada masa akan datang, maka ibu bapa dan guru-guru mesti memahami bagaimana perapatan mempengaruhi pembentukan emosi kanak-kanak. Manakala, persahabatan merujuk kepada ikatan suci antara satu sama lain. Persahabatan tidak mengira umur, bangsa, jantina, keturunan, pangkat dan agama. Perhubungan ini terbentuk mungkin dengan beberapa sebab, antaranya ialah kawan sepermainan sejak kecil, jiran, kawan sekolah, kawan seasrama dan sebilik. Hubungan ini juga mungkin terjadi secara tidak sengaja atau perkenalan singkat di majlis atau kursus. Kesimpulannya, dalam filem Papadom banyak diselitkan dengan prinsip atau tema psikologi sosial yang dapat memberi sedikit kesedaran dan pengajaran dalam kehidupan setiap individu terutamanya kepada setiap individu yang bergelar bapa.

Yang you tu gatal sangat . Agresif telah berlaku pada latar di mana Hisyam mempamerkan perlakuan agresifnya kepada Saadom. Pada ketika itu. Antaranya ialah keagresifan (aggression).3. Hisyam telah memegang dan melihat leher Miasara dan Yvonne. Hisyam berkata dengan marah dan geramnya Hoi. Ahli psikologi telah menyatakan dan melabelkan agresif mempunyai dua jenis iaitu agresif instrumental . Keagresifan yang boleh dilihat dalam beberapa adegan filem Papadom. 3. Hisyam telah menolak dan memukul pak cik tersebut.1 Keagresifan Beberapa tema telah dikenalpasti di dalam filem filem Papadom.0 KEAGRESIFAN 3. Agresif Hostile dan hostile . Sasha salah seorang satu dari watak filem Papadom adalah ketua pasukan sorak. freshie. Pelajar-pelajar lelaki yang lain telah menolak Miasara dengan kuat lalu pengsan setelah melihat Miasara cuba menghalang mereka daripada memukul pak cik tersebut kerana pak cik tersebut adalah ayah Miasara. Yvonne juga bergaduh sambil saling menolak dengan kawan-kawan Sasha. Selepas itu. berzina ke? . Kan siang-siang I warning you yang Hisyam boyfriend I. Pelajar-pelajar lain pun turut membelasah pak cik tersebut. terdapat adegan agresif yang lain telah dikenalpasti. Sasha berasa marah dan cemburu apabila melihat mereka dan berkata Hei. Hisyam merupakan teman lelaki Sasha dan juga pengarah filem tentang ragbi pada waktu tersebut. Antara adegannya ialah ketika berada di padang bola ragbi.2 Perkaitan Psikologi Sosial Berdasarkan kepada beberapa adegan yang dilihat dan dikenalpasti. Miasara menjadi marah apabila orang memanggil dia jalang. Hisyam sedang bercakapcakap dengan Miasara dan Yvonne yang merupakan pelajar baru di Uitm Shah Alam. Kemudiannya kawan-kawan Sasha juga berkata amboiamboi. Keagresifan didefinisikan sebagai tingkah laku secara verbal atau fizikal yang bertujuan untuk mencederakan seseorang. Kemudiannya Sasha telah melemparkan sesuatu kepada Miasara kerana geram dan Miasara pun marah dan melemparkan balik barang tersebut dan berkata Ingat muka kau lawa sangat . prinsip Psikologi Sosial yang boleh dilihat adalah keagresifan. mulalah pergaduhan mereka dengan saling menarik rambut dan tolak-menolak. jalangnya bunyi! . Selain adegan di padang bola ragbi.

Beberapa kajian termasuklah satu di Osaka University oleh Kennichi Ohbuchi dan Toshihiro . Perasaan marah merupakan satu daripada unsur yang penting untuk menghasilkan keagresifan. perselisihan faham antara dua orang kanak-kanak. Kanak-kanak ini didapati mudah marah dan membalas dendam tanpa berfikir atau bertimbang rasa terhadap keberkesanan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. seorang kanak-kanak gagal mendapatkan anak patung yang telah terjatuh. Punca atau sebab kekecewaan datangnya dari luar diri individu iaitu satu pengalaman atau respons yang subjektif apabila berhadapan dengan sesuatu keperluan terhalang. Contohnya. Keagresifan termasuk dalam Psikologi Sosial dan dibuktikan dengan penemuan kajian seperti kajian Kenneth Dodge dalam Azizi Yahya. Individu yang diserang atau dihina oleh orang lain adalah sangat konduksif untuk agresif. seseorang yang berasa semakin marah akan bertindak semakin agresif. Biasanya. Oleh itu. Yusof Boon. Dalam adegan tersebut bapa Miasara menjadi agresif apabila ada orang menyerang dan memukul dia.3 Bukti artikel jurnal Adegan agresif dalam filem Papadom bersesuaian dengan prinsip Psikologi Sosial. 3. menyatakan kanak-kanak yang reaktif keagresifan dan suka bertengkar dengan rakan sebaya biasanya bertanggapan bahawa rakan-rakannya sentiasa bermusuhan dengannya. faktor untuk mengawal tingkah laku agresif sama penting dengan menimbulkan perasaan agresif. atau sekurangkurangnya bertenang dengan menggunakan akal dan tidak menunjukkan tingkah laku agresif. Jamaludin Ramli. salah satu pengaruh kepada keagresifan adalah aversive incident. Pengetahuan lampau merupakan mekanisme penting untuk menentukan manusia bertingkah laku agresif.muncul dari kemarahan. Fawziah Yahya dan Amir Hamzah Abdul (2010). tapi hanya untuk sesuatu Agresif tujuan. tujuannya adalah untuk mencederakan. ketidakselesaan dengan panas. Prinsip Psikologi Sosial yang boleh dilihat adalah keagresifan. kejengkelan dan serangan semuanya mudah menyebabkan seseorang berasa marah. Oleh itu. serangan atau kepadatan penduduk. Kajian yang lain adalah Dollard dan rakan dalam Azizi Yahya dan rakan (2010) memfokuskan bahawa tingkah laku agresif ialah disebabkan oleh perasaan kecewa dan semua perasaan kecewa akan menyebabkan tingkah laku yang agresif. Namun ada juga individu yang selalu berasa marah tetapi berkelakuan tenang. Jaafar Sidek Latif. Kekecewaan. instrumental bertujuan untuk mencederakan juga. Jenis aversive incident seperti kesakitan.

Mowrer. Keagresifan boleh berlaku apabila individu telah diserang oleh orang lain dan individu tersebut akan menyerang balik dan boleh mencederakan orang lain. menurut kajian yang dijalankan oleh Leonard Berkowitz (1988) telah menyatakan bahawa kekecewaan boleh menghasilkan kecenderungan untuk agresif hanya apabila mereka ada permusuhan dan juga menimbulkan kesan negatif.Kambara dalam Myers (2010). 4. Beliau telah menolak bukti yang dinyatakan oleh Dollard. yang mana akan terus meningkat jumlah kejutan.1 Adegan atau Skrip Dalam filem Papadom terdapat beberapa adegan yang menyelitkan unsur prejudis. keagresifan dalam prinsip Psikologi Sosial boleh dilihat dalam filem Papadom seperti adegan Sasha bergaduh dengan Miasara dan juga adegan Hisyam menyerang rumah pak cik tukang kebun dan memukul pak cik tersebut kerana salah sangka dan beranggapan Miasara mempunyai hubungan dengannya serta tidak tahu pak cik Saadom tersebut adalah ayah Miasara. Setelah setiap percubaan ujian. Doob. pemenangnya memilih berapa banyak kejutan diberikan kepada individu yang kalah. Manakala. Sebenarnya setiap orang memainkan lawan yang telah diprogramkan.0 PREJUDIS 4. Adakah peserta sebenarnya memberi respon murah hati? Hampir tidak. dan Scars iaitu kekecewaan menghasilkan reaksi agresif dan hanya terkawal dan sengaja berkelakuan buruk yang menimbulkan kemarahan diuji. Mengestrak mata untuk mata adalah respon yang lebih mungkin. seseorang individu bersaing dengan yang lain dalam konteks reaksi. Miasara dan Yvonne telah berjumpa dengan seorang senior yang bernama Shasha. Dalam adegan tersebut telah menunjukkan bahawa Sasha kecewa dan marah apabila melihat teman lelakinya bersama dengan wanita lain dan menjadikannya lebih agresif dari tingkah laku secara verbal dan fizikal. Dalam sebahagian besar kajian tersebut. Tambahan juga kekecewaan juga boleh menyebabkan kemarahan dan seterusnya kepada agresif. Justeru. Shasha yang memperkenalkan dirinya sebagai ketua bagi pasukan sorak di universiti tersebut dan ketua bagi peminat fanatik Hisham Hashim yang merupakan seorang pelakon yang terkenal . Miller. Adegan prejudis dapat dilihat apabila pada suatu ketika semasa sesi pendaftaran diri di universiti. memastikan serangan sengaja mencetuskan serangan balas.

merangkap teman wanita. di mana situasi yang berlaku apabila Saadom datang ke sebuah kedai motosikal dengan berpakaian tukang kebun. Contoh dialog. Shasha : Petang karang. 4. : Tapi. Adegan prejudis dapat dilihat apabila Shasha mengajak Miasara untuk menyertai pasukan sorak universiti tetapi dia tidak pula mengajak Yvonne untuk menyertai pasukan tersebut. apabila Saadom mengeluarkan kad kredit. adegan stereotaip dapat dilihat lagi apabila Shasha memberi amaran kepada Miasara dan Yvonne supaya jangan mengganggu teman lelakinya iaitu Hisham Hashim. barulah pelayan kedai tersebut memberikan senyuman dan melayan Saadom dengan baik. dapat dikenalpasti beberapa adegan yang menunjukkan berlakunya prejudis yang mempunyai unsur-unsur stereotaip dan diskriminasi. innocent and hot memang sesuai join kitaorang Miasara. pelayan kedai tersebut seakan-akan memandang rendah dengan Saadom dan tidak memberi layanan yang baik kepada Saadom.2 Perkaitan Psikologi Sosial . Dalam filem Papadom ini. Malah. tak hot macam abang penyek Just be there Manakala. Adegan prejudis ketiga lebih kepada diskriminasi. pada awal sesi pendaftaran lagi senior mereka iaitu Shasha telah menunjukkan pandangan yang negatif ke atas pelajar baru seperti Miasara dan Yvonne dengan mengelarkan mereka sebagai Freshere . Namun. Apabila Miasara dan Yvonne mula memasuki universiti. prejudis yang kedua dapat dikenalpasti iaitu lebih kepada unsur stereotaip. I nak you datang padang join team cheer leading I You ni sweet. saya tak pandai chile leading Shasha : Oh no tak ada orang yang berani cakap no dengan Miasara : How to Yvonne? Shasha : Dia tu bukan orang kita.

Manakala. fakta. Diskriminasi wujud dalam berbagai bentuk. Apabila kecenderungan dan niat ini diterjemahkan ke dalam tingkah laku nyata.maka munculnya tingkah laku negatif yang dikatakan diskriminasi. menyukai. situasi. idea. tepat atau mencukupi. dan pengetahuan terhadap ahli sesuatu kelompok serta cara maklumat tentang ahli kelompok tersebut diproses. Prejudis merujuk kepada komponen afektif iaitu perasaan atau emosi negatif yang dialami oleh individu yang prejudis. Diskriminasi merupakan komponen tingkah laku melibatkan kecenderungan untuk bertindak secara negatif atau mempunyai niat untuk melakukan keganasan terhadap ahli sesuatu kelompok. Emosi negatif wujud apabila individu yang tidak disukai itu muncul di depan mata atau hanya memikirkan individu tersebut sahaja. diskriminasi boleh mengakibatkan pergaduhan atau penganiayaan sesuatu kelompok oleh kelompok yang lain. Sementara diskriminasi pula merupakan tindakan tingkah laku negatif ditujukan kepada ahli kelompok tersebut. Komponen tingkah laku pula memperihalkan kepada niat untuk bertindak dalam cara yang tertentu agar tingkah laku selari dan sikap. iaitu penilaian terhadap dan reaksi ke atas sesuatu objek. Walau bagaimanapun pada tahap yang melampau. Prejudis didefinisikan sebagai pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok tertentu. dan tingkah laku. Komponen kognitif merujuk kepada pemikiran. stereotaip dan diskriminasi. dan simpati yang merupakan perasaan emosi positif.Sikap adalah kesukaan dan kebencian. Pada situasi paling sederhana tingkah laku diskriminasi dapat dihindari. Pandangan prejudis tidak diluahkan secara terbuka. manusia. dan diingati semula. perasaan negatif melibatkan penghinaan. Komponen ini merangkumi unsur hormat-menghormati. Ahli-ahli psikologi mendapati ketiga-tiga komponen sikap tersebut memainkan peranan dalam membentuk sikap manusia seperti prejudis. Sikap terbahagi kepada tiga komponen utama. disimpan. kepercayaan. ekonomi atau sosial. dan reaksi yang berubah-ubah. Komponen afektif melibatkan keadaan emosi yang positif atau negatif terhadap sesuatu. iaitu kognitif. takut. atau aspek yang lain termasuklah idea abstrak dan polisi sosial. afekti. Sikap prejudis disalurkan dari satu generasi kepada generasi yang lain. . Lazimnya pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang jelas. Kesannya semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam aspek politik.

Kajian ini meninjau persepsi pelajar terhadap hubungan pelajar yang berbilang kaum di sekolah mereka.Marger. Persepsi stereotaip bagi kumpulan terjadi akibat daripada persaingan kumpulan. 50 orang pelajar India dan 29 orang pelajar Cina. manakala Ali yang berbangsa India dapat berkerjasama dalam menguruskan peniagaan iaitu Saadom Nasi Kandar tanpa wujudnya prejudis dan diskriminasi. Mengikut teori ini peringkat ketiga dalam Kitaran Hubungan Kaum adalah fasa penyesuaian (accomodation). Ini bermakna pelajar berlainan kaum berkongsi ideologi yang tertentu. kuasa atau masuk kepada beraneka sumber selalunya dikatakan negatif. Merujuk kepada filem papadom. Stereotaip digunakan sebagai alasan yang kuat untuk peminggiran dan permusuhan. Sampel kajian terdiri daripada 170 orang pelajar sekolah menengah di kawasan luar bandar yang merangkumi 91 orang pelajar Melayu. Persepsi pelajar mengenai amalan-amalan di bilik darjah juga dikaji. sikap prejudis. Park. Alan yang berbangsa Cina.3 Sokongan artikel jurnal Merujuk kepada artikel jurnal yang bertajuk Hubungan antara etnik di kalangan pelajar sekolah menengah di sekolah luar bandar . disimpan. dan diingati semula. stereotaip merujuk kepada gambaran dalam mental atau pemikiran yang dicipta untuk sekumpulan manusia. Stereotaip merupakan komponen kognitif yang melibatkan kepercayaan dan jangkaan terhadap ahli sesuatu kelompok serta cara maklumat tentang ahli kelompok tersebut diproses. Teori kitaran hubungan kaum dan teori konflik menjadi asas kajian ini. Kerapatan antara kaum ditinjau berdasarkan aktiviti harian pelajar bersama-sama dengan kawan yang berlainan kaum.Manakala. Apabila merujuk kepada diskriminasi kaum. 4. dapatan kajian menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dari segi perkongsian identiti dan prejudis mengikut kaum. Hubungan antara kaum berdasarkan empat aspek iaitu. perkongsian identiti. diskriminasi dan stereotaip saling berkaitan dan mempengaruhi antara satu sama lain yang bersifat negatif. Dapatan kajian menyokong teori Kitaran Hubungan Kaum yang di kemukakan oleh Robert E. di samping itu wujud juga kerapatan hubungan di kalangan pelajar yang berlainan kaum. sikap diskriminasi kaum mahupun prejudis tidak berlaku kerana dapat dilihat dengan jelas apabila Saadom yang berbangsa Melayu.1994) . Kumpulan yang dipercayai mengancam status. kajian oleh Amareson A/L Munusamy. . prejudis. (dalam Martin N. Secara ringkasnya. 1921. masyarakat atau negara. sikap stereotaip dan kerapatan hubungan antara kaum.

5. dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari segi sikap stereotaip dan kerapatan antara kaum. dalam aspek prejudis dan diskriminasi. kerana dapat dilihat Saadom bersahabat baik dengan dua orang yang berlainan kaum iaitu kaum Cina dan kaum India.Manakala dari aspek stereotaip. Manakala. Pada awalnya hubungan kekeluargaan . terdapat perbezaan yang signifikan dari segi persepsi pelajar Melayu dan India mengenai kerapatan hubungan antara mereka dengan kelompok ras yang lain dan terdapat juga perbezaan signifikan dari aspek sikap stereotaip antara pelajar Cina dan India.0 HUBUNGAN KEKELUARGAAN 5. Mun dan anaknya Miasara. dipandang negatif oleh pelayan kedai motorsikal tersebut kerana beranggapan Saadom tidak mampu untuk membeli motorsikal tersebut. apabila melihat kepada prinsip psikologi sosial iaitu prejudis. stereotaip jelas kelihatan apabila Saadom yang memakai pakaian tukang kebun semasa hendak membeli motorsikal. Kecenderungan untuk bergaul antara kaum hanya berlaku berdasarkan aktiviti sewaktu masa di sekolah sahaja dan jarang berlaku selepas waktu persekolahan. Merujuk kepada filem Papadom. Secara keseluruhan dapatan menunjukkan kerapatan hubungan antara kaum adalah di tahap yang memuaskan.1 Adegan atau skrip Dalam filem Papadom ini ia banyak mengisahkan tentang hubungan kekeluargaan antara Dom dengan isterinya. Dapatan ini menunjukkan masih terdapat lagi sikap stereotaip di kalangan masyarakat majmuk. diskriminasi dan stereotaip memang wujud dalam masyarakat terutamanya yang berbilang kaum. mahupun pihak keluarga memainkan peranan penting dalam memupuk sikap keterbukaan dan penerimaan sesuatu kaum dalam lapisan masyarakat. diskriminasi mahupun stereotaip sememangnya masih ada ditunjukkan kepada segelintir ahli dalam kumpulan. Terdapat banyak cara dapat disalurkan pandangan bagi mengatasi mengurangkan prasangka dan diskriminasi. media massa. Kesimpulannya. Kerjasama daripada semua pihak seperti pihak sekolah. Namun. mahupun stereotaip kaum tidak jelas ketara. Amalan bilik darjah menunjukkan bahawa budaya bilik darjah mengarah kepada pembentukan hubungan antara kaum yang baik. Apabila merujuk kepada filem Papadom isu seperti prejudis. Miasara bersahabat baik dengan Yvonne yang berbangsa Cina.

Walaupun diberi amaran oleh guru besar sekolah. Hal ini jelas memberitahu bahawa Saadom seorang yang mengambil berat tentang anaknya namun cara beliau adalah salah. Namun begitu. Hal ini jelas membuktikan bahawa Saadom masih bergantung pada isterinya dan isterinya selalu membantunya dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan anak mereka iaitu. isterinya muncul untuk membantunya. Di sini menunjukkan bahawa bapanya terlalu menyayangi anaknya dan telah mengatur sepenuhnya kehidupan anaknya. jangan buat macam ni lagi ok. beliau juga nekad menunggu anaknya walaupun di luar pagar sekolah. beliau sentiasa berada di sisi anaknya. Setiap masa yang berlalu. ini tidak berbincang dan jangan mengikut perasaan macam firauan je . Contohnya. Selain itu. mengejutkan anaknya ke sekolah. Dom ingin mengubah hidup mereka sekeluarga dan tidak mahu mereka hidup susah lagi. beliau teringatkan akan isterinya. Walaupun begitu. Selain itu. papa minta maaf ye. Nasihat isterinya Dom tidak boleh berbuat begitu. Saadom telah mengambil peranan sepenuhnya sebagai seorang bapa dan seorang ibu. Mia dah besar bawalah dia duduk dan tanya pendapatnya. beliau tidak mahu berjauhan dengan anaknya kerana takut kehilangan anaknya seperti beliau kehilangan isteri kesayangannya. isterinya muncul di sebelahnya sebagai jelmaan Saadom dan memberikan nasihat kepadanya untuk tidak terlalu menyongkong anaknya. Saadom telah meminta maaf dengan Mia dan membuat perjanjian antara mereka berdua. menghantar dan mengambil anaknya pulang dari sekolah. . Setelah isterinya meninggal. kenapa papa kena ada dengan Mia 24 jam? Sebab papa sayang Mia .antara mereka adalah sangat bahagia. Namun begitu. setelah beberapa tahun Dom banyak menghabiskan masa dengan perniagaannya dan cuba memberikan yang terbaik untuk isteri dan anaknya. setiap masa apabila Saadom mempunyai masalah dan konflik dalam hidupnya. Segala kelengkapan dan keperluan anaknya Mia telah diuruskan termasuklah memasak. Dan selalu menyatakan kepada isterinya Mun abang rindu kat Mun . beliau cuba untuk mengikut kemahuan anaknya untuk belajar di Kuala Lumpur. Mia. Contohnya semasa memandu untuk mencari Mia setelah dia lari dari majlis kawan baiknya. Mia betul nak tinggalkan papa?. papa tak sepatutnya buat keputusan tanpa bincang dengan Mia. Beliau sanggup menghantar makanan pada anaknya apabila tiba waktu rehat dan menyatakan bahawa makanan itu adalah lebih berkhasiat daripada apa yang ada di sekolah anaknya. dan segala yang dilakukan oleh anaknya.

Stenberg & Grajek. Anak sentiasa mengingati ibu bapa walaupun di mana mereka berada. Hanya dengan tingkahlakunya sahaja yang membuktikan bahawa beliau betulbetul sayangkan anaknya. menerima dan memberi sokongan. Selain itu juga. Contoh dialog ialah takkan awak nak skodeng semua pergerakan Mia? . Pengkaji telah membandingkan hubungan semulajadi dan hubungan dalam cinta antara ibu bapa dengan anak. . dan mempercayai antara satu sama lain. Anak juga merupakan satu amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada ibu bapa. Rahman pun bercakap saya tak sangka ada ayah yang buat perkara tersebut terhadap anaknya. Hal ini jelas pada watak yang ditunjukkan oleh bapanya iaitu Saadom yang sangup berkorban apa sahaja termasuklah masa beliau banyak dihabiskan dengan menjaga Mia dan sanggup bekerja sebagai tukang kebun bagi menjamin keselamatan anaknya. keperluan untuk memiliki merupakan satu motivasi dalam hubungan menuju kepada hubungan yang positif. dan pasangan menurut (Davis. 1984). Mia selalu teringatkan ayahnya Saadom dan ibunya walaupun telah lama meninggalkan mereka. beliau terlalu mengambil berat akan diri anaknya. kawan-kawan.2 Perkaitan Psikologi Sosial Perkaitan tema hubungan kekeluargaan dapat ditemui pada bab 11 dalam buku Social Psycology by David G. 5. Myers tenth edition. Elemen ini adalah melibatkan pemahaman. 1985. tapi saya bangga dengan pak cik . Anak-anak ialah pengikat kasih sayang sesebuah keluarga. Begitu juga dengan ibu bapa yang sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak yang tersayang. Dalam psikologi sosial. Berbalik pada filem ini. Melalui dialog ini. Hal ini membuktikan bahawa hubungan kekeluargaan yang tinggi terhadap anaknya dan tidak mahu anaknya tersalah langkah dalam memilih hidupnya.Saadom juga selalu memerhatikan tindakan anaknya dan ke mana sahaja anaknya pergi. semasa berada di atas pokok bersama dengan salah seorang pelajar kolej tersebut iaitu Rahman. Saadom juga memberitahu kepada Rahman bahawa sukar untuk seorang bapa untuk meluahkan perasaan yang dia sayang akan anaknya. isterinya melarang beliau berbuat demikian. Saadom memberitahu saya tidak mahu dia tersalah jalan dan takut perkara buruk akan berlaku padanya . Hubungan kekeluargaan ini juga melibatkan hubungan kebergantungan antara bapa dengan anak iaitu dengan Saadom dan Miasara dan Saadom dengan isterinya. Maka tidak hairanlah jika hubungan ibu bapa dan anak terlalu rapat. Namun begitu.

neurotik. Selain itu. Hoghughi (2004) menyatakan bahawa anak-anak sebenarnya bukanlah responden yang pasif terhadap amalan keibubapaan. Menurutnya lagi. berdasarkan kepada Model Belsky (1984). kajian bertujuan mengkaji hubungan keluarga dari aspek gaya keibubapaan dan pola komunikasi keluarga dan juga hubungan ciri anak terhadap hubungan keluarga. ciri anak dan konteks sosial seperti hubungan perkahwinan. hubungan ibubapa dan anak adalah satu proses transaksional. psikotik dan dusta.5. Teori Sistem Keluarga ini digunakan untuk menerangkan proses komunikasi yang berlaku dalam keluarga. Empat kategori personaliti yang dikaji iaitu ekstrovert. sikap dan tingkah laku ibu bapa terhadap anak dipengaruhi oleh persepsi mereka terhadap sikap anak-anak terhadap mereka. satu kajian berkaitan telah dijalankan berdasarkan kepada Teori Sistem Keluarga (Galvin dan Brommel. hubungan keluarga adalah bersifat menyeluruh dan melihat kepada interaksi dan saling bergantungan di antara ahli-ahli di dalam sistem untuk mengekalkan keseimbangan dan kelangsungan sistem. Berdasarkan kepada teori tersebut. Oleh yang demikian. Secara lebih khusus. Perubahan yang berlaku ini juga telah membawa perubahan kepada peranan ibubapa dan anak di mana akhir-akhir ini pengkaji mula melihat bahawa anak turut mempengaruhi ibu bapa dan seterusnya hubungan keluarga. Belsky (1984) memberi tumpuan kepada aspek gaya keibubapaan di mana terdapat tiga faktor utama yang akan mempengaruhi proses tersebut iaitu ciri ibu bapa.3 Sokongan artikel jurnal Dalam jurnal hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan oleh Che Hasniza Che Noh menyatakan bahawa hubungan keluarga dalam kajian ini memberi tumpuan kepada aspek gaya keibubapaan dan pola komunikasi keluarga. Pola komunikasi . kajian ini melihat hubungan di antara ibubapa dan anak secara dua hala iaitu saling mempengaruhi di antara satu sama lain. Jurnal ini bersesuaian dalam hubungkait antara tema hubungan kekeluargaan dalam filem Papadom ini kerana ia memaparkan gaya keibubapaan iaitu terlalu mengongkong dalam diri anaknya supaya anaknya tidak berasa terabai sebagaimana perasaan isterinya sebelum meninggal. Selain itu. 1996). jaringan sosial dan pekerjaan. Mereka sebenarnya secara aktif membentuk tingkah laku ibubapa mereka menerusi diri mereka sendiri. Kajian ini bertujuan melihat hubungan keluarga dari aspek komunikasi keluarga dan gaya keibubapaan dan juga hubungan di antara personaliti anak dengan gaya keibubapaan dan pola komunikasi keluarga. sekalipun apabila kanak-kanak tersebut telah meningkat dewasa. Sehubungan itu. kajian ini melihat kepentingan ciri anak dalam hubungan tersebut.

namun demikian ianya tidak menafikan peranan ibu bapa dalam mempengaruhi kebanyakan aspek kehidupan anak-anak. Kesimpulannya. Ambert (2001) turut menyatakan kepentingan ciri ibu bapa dan anak dalam mempengaruhi di antara satu sama lain kerana anak-anak sebenarnya turut memberi impak kepada ibu bapa lebih-lebih lagi dalam keadaan dunia yang semakin pesat dengan perkembangan teknologi ini. Untuk melihat bagaimana anak mempengaruhi ibu bapa. Walaupun kajian ini hanya memberi tumpuan kepada pengaruh anak terhadap ibu bapa. Seperti yang telah ditunjukkan dalam teori dan juga model yang digunakan dalam kajian ini. (2004) adalah kerana tret personaliti akan mempengaruhi tingkah laku individu dan kehidupan secara keseluruhannya. Menurut Ambert (2001) ciri anak dibahagikan kepada dua komponen iaitu demografi dan personal. Anak-anak diiktiraf sebagai peserta aktif dan penyumbang kepada perhubungan justeru itu setiap individu memberi kesan dan mempengaruhi di antara satu sama lain. media turut mempengaruhi anak-anak dan secara tidak langsung juga mereka akan mempengaruhi ibu bapa. keupayaan IQ dan tret personaliti. Kepentingan mengkaji ciri individu menurut Kochanska et al. manakala gaya keibubapaan dikategorikan kepada tiga iaitu permisif. . autoritarian dan autoritatif. yang mana ibu bapa tidak sahaja mempengaruhi anak-anak malahan anakanak juga merupakan penyumbang aktif kepada ibu bapa dan seterusnya mencorakkan hubungan keluarga yang dibina. Ciri personal pula termasuklah kesihatan fizikal. Bigner (2002) misalnya melihat perhubungan di antara ibu bapa dan anak merupakan proses dua hala. Ciri demografi termasuklah umur. urutan kelahiran. kumpulan adik beradik dan kualiti rakan sebaya.keluarga pula dikategorikan kepada dua iaitu orientasi perbualan dan orientasi konformiti. jantina. adalah sukar untuk ibu bapa memainkan peranan secara menyeluruh di dalam perkembangan anak-anak di mana kuasa sosial seperti rakan sebaya. hubungan ibu bapa dan anak berlaku secara dua hala dan transaksional iaitu saling mempengaruhi di antara satu sama lain. dapatan kajian ini menyokong Teori Sistem Keluarga dan Model Keibubapaan Belsky yang menyatakan hubungan di antara ahli keluarga adalah berbentuk secara dua hala. kajian ini menggunakan pembolehubah personaliti untuk menggambarkan ciri anak.

Perapatan yang dibentuk sejak kecil lagi sedikit sebanyak akan membantu membentuk emosi dan mempengaruhi perkembangan emosi pada masa akan datang. perapatan yang berlaku seterusnya adalah ketika Miasara berumur empat tahun. Prinsip psikologi iaitu perapatan ini dipaparkan melalui watak Munira iaitu isteri Saadom yang memangku Miasara yang berumur satu hari dalam pangkuannya. rakanrakan. Dalam filem Papadom. Perapatan ini dikukuhkan lagi dengan kehadiran Saadom yang mengazankan Miasara yang berada dalam pangkuan ibunya. terdapat beberapa adegan yang menyelitkan unsur perapatan.0 Perapatan 6. prinsip psikologi attachment atau perapatan telah dikenalpasti iaitu wujud perapatan atau kemesraan antara bapa dan anak perempuan. gaya perapatan seseorang itu akan terbentuk. Selain itu. Attachment atau perapatan merupakan satu hubungan yang rapat dan mesra dengan orang-orang istimewa dalam kehidupan individu tersebut. Hubungan emosi yang berbentuk kasih-sayang ini adalah berpanjangan dan kekal sepanjang hayat.1 Adegan atau skrip Berdasarkan drama Papadom. Kedatangan Saadom ke bilik Miasara telah disambut baik oleh Miasara lantas Saadom meminta maaf dan memujuk Miasara dengan memberikan papadom kegemaran Miasara. Adegan perapatan ini dapat dibuktikan dalam filem tersebut dimana wujud perapatan antara anak dan ibu bapanya iaitu ketika Miasara baru dilahirkan. Miasara amat gembira dengan kehadiran Saadom yang membawa papadom kesukaannya dan mereka berdua makan papadom tersebut sambil bergelak ketawa sehinggakan tidak menyedari kelakuan mereka diintip oleh Munira. jiran-jiran. Seterusnya adalah perapatan Saadom dan Miasara ketika Miasara pengsan dan Saadom membawa Miasara ke rumah tumpangannya dimana tempat Saadom menginap di UiTM tersebut. Hal ini dapat dibuktikan dengan adegan Saadom yang masuk ke bilik Miasara dan membawa makanan kegemaran Miasara iaitu papadom. guru-guru dan masyarakat di sekeliling.6. Di sini dapat dijelaskan bahawa terdapat perapatan yang teguh iaitu kasih sayang yang kuat yang mengikat seseorang kepada seseorang yang lain dimana kasih sayang Saadom dan isterinya terhadap anak mereka iaitu Miasara yang berada dalam pelukan ibunya. dia memeluk Saadom dan Saadom membalas . Semasa Miasara sedar dari pengsan. Melalui interaksi dengan ibu bapa seterusnya dengan ahli keluarga.

2005) menyatakan bahawa penglibatan bapa dalam melindungi dan . perhubungan perapatan adalah penting kepada manusia untuk mengharungi kitaran kehidupannya dan tingkah laku perapatan menggambarkan interaksi dari buaian hingga ke liang lahad. mereka menyatakan bahawa dalam (Lamb. 6. Day dan Laura M. teori psikologikal adalah digunakan untuk menerangkan dan menyiasat ramalan perhubungan emosi antara dua orang individu. Menurut Bowlby. Menurut Randal D. 6. Terdapat dua jenis gaya perapatan iaitu equity bermaksud keadilan atau kesaksamaan dan self-closure yang bermaksud pendedahan diri. 2007 dan Williams & Kelly. Padilla-Walker dalam (Hasting et al.3 Sokongan artikel jurnal Merujuk kepada artikel jurnal yang bertajuk Mother and Father Connectedness and Involvement During Early Adolescence .. Cara didikan yang dimiliki oleh ibu lebih kepada pembinaan kemahiran manakala bapa pula lebih memfokuskan kepada pematuhan norma-norma. Kasih sayang antara anak dengan ibu bapa ini digambarkan melalui watak ibu bapa Miasara yang terlalu menyayangi Miasara sehinggakan sanggup berkorban apa sahaja terutamanya Saadom yang bersusah payah mengurus dan membesarkan Miasara sehingga ke peringkat universiti. 2004) kedua ibu bapa mempunyai hal masingmasing dimana ibu lebih berhubungan tekal kepada tingkahlaku positif manakala bapa berkonsisten kepada masalah tingkahlaku yang lebih bersifat kedewasaan. kajian oleh Randal D. Day dan Laura M. Disini wujud perapatan antara kasih bapa dengan anaknya iaitu Miasara. Berdasarkan teori perapatan. Padilla-Walker.2 Perkaitan Psikologi Sosial Perkaitan perapatan dalam psikologi sosial adalah dimana perapatan ini merupakan satu elemen penting dalam sesebuah keluarga dimana ianya melibatkan kasih sayang antara ibu bapa dan anak yang mana boleh mewujudkan satu hubungan yang lebih erat dan lebih mesra.pelukan anaknya itu serta mengusap lengannya Miasara sambil menangis.

1 Adegan atau skrip Dalam drama Papadom ini terdapat beberapa prinsip psikologi sosial yang dapat dikenalpasti. bagi menunjukkan lagi nilai persahabatan. pada akhir filem ini Saadom telah menyatakan kepada anaknya Miasara untuk pergi bercuti bersama-sama dengan Alan dan Ali.menentang tingkahlaku negatif. manakala ibu pula lebih konsisten berhubungan dengan tingkahlaku positif. Persahabatan Miasara dan Yvonne bermula sejak disekolah menengah lagi. Daripada rakan kongsi mereka bertiga telah bersahabat baik dan telah menjadi tempat Saadom meluahkan masalahnya. Selain itu juga nilai persahabatan berbeza agama dan bangsa juga dapat dilihat iaitu diantara Miasara dan Yvonne iaitu berbangsa Cina.0 Persahabatan 7. Semasa penarikan balik tuduhan Saadom merogol Miasara. Salah satu keistimewaan dalam filem ini adalah persahabatan yang ditonjolkan meliputi semua kaum iaitu Cina. India dan Melayu. 7. Selain itu. Kesimpulannya. iaitu pada permulaan cerita ini Saadom iaitu watak utama telah berkerjasama dengan kaum Cina dan India iaitu Alan dan Ali bagi memajukan lagi perniagaan nasi kandarnya iaitu mereka sebagai rakan kongsi kepada Saadom. hubungan yang terjalin antara ibu bapa lebih erat dan seterusnya mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia. antaranya persahabatan. Alan dan Ali telah pergi ke balai polis untuk mengikat jamin Saadom. Persahabatan ini juga dapat diperlihatkan juga dipermulaan cerita juga. Alan juga telah mengingati Saadom tentang hari jadi anaknya Miasara ketika dia terlupa disebabkan kesibukan dengan kerja. Mereka sentiasa bersama-sama walau kemana sahaja mereka pergi. Hal ini dapat dibuktikan pada permulaan filem ini telah menunjukkan nilai persahabatan. Mereka telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan seterusnya bersama-sama melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) dan juga dalam bidang yang . perapatan merupakan satu elemen yang harus diterapkan dalam setiap perhubungan dimana melalui perapatan ini.

Nilai yang dapat ditemui dalam persahabatan menunjukkan kecenderungan untuk menginginkan apa yang terbaik untuk orang lain. bersifat kepercayaan. Hal ini dapat ditunjukkan menerusi adegan yang akhir sekali dimana berlaku situasi Miasara sedar daripada pengsan akibat dipukul dan ayahnya iaitu Saadom telah dibawa kepenjara kerana dituduh merogol Miasara. mungkin dalam situasi dimana mungkin sukar bagi orang lain untuk bercakap kebenaran.2 Perkaitan Psikologi sosial Menurut Duck (1991) persahabatan adalah ikatan sukarela antara dua orang dan keatas yang boleh dilihat tanpa kontrak yang bertulis antara mereka. menghormati hal-hal peribadi. hubungan yang dipercayai dan menyenangkan. terdapat tiga fungsi persahabatan iaitu keperluan material. Mereka juga ditelah ditempatkan dibilik yang sama semasa di asrama. Persahabatan boleh dianggap sebagai merangkumi seluruh rangkaian yang sama. Persahabatan tidak melibatkan tarikan seksual (fahaman tradisi). Kajian tentang persahabatan termasuklah dalam bidang sosiologi. simpati dan empati. Persahabatan dianggap lebih dekat daripada kumpulan walaupun ada pelbagai darjat keintiman yang baik dalam persahabatan dan berkumpulan. Ciri-ciri persahabatan dapat dilihat seperti banyak bergantung kepada persekitaran individu. Semasa ingin memberitahu keadaan yang sebenar kepada Prof. saling memahami dan ada perasaan kasih sayang antara satu sama lain. 7. tidak melibatkan keluarga dan egalitarian iaitu banyak persamaan. memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak dan sebagainya. juga bergantung kepada budaya dan status sosio-ekonomi. antropologi. mereka telah bergaduh bersama-sama dengan watak protagonis iaitu Shasha kerana berebut seorang lelaki. Balqis. sekiranya ada perlanggaran boleh membawa kepada pembuburan perhubungan. Menurut Solono 1986. terutamanya dalam hal menunjukkn kesalahan seseorang rakan.sama iaitu perfileman. tolongmenolong. psikologi sosial. bagi mempertahankan kata-kata Miasara bahawa ayahnya tidak bersalah. Selain itu . falsafah dan zoologi. Seseorang yang ada persahabatan saling bergantungan antara satu sama lain. Sekiranya salah seorang daripada mereka mengalami kesusahan akan dibantu oleh ahli yang lain. Semasa berlaku pergaduhan di padang sukan. Persahabatan Yvonne dan Miasara dapat diperlihatkan bahawa mereka benar-benar mengenali antara satu sama lain. kejujuran. Yvonne telah memberitahu bahawa dia mengenali bapa Miasara semenjak sekolah lagi. kepercayaan terhadap antara satu sama lain dan sebagainya.

keperluan kognitif iaitu kehendak kepada stimulisi. Oleh itu sekiranya sahabat kita seorang yang baik. Walaupun dalam cerita ini percampuran kaum. Kegembiraan juga dapat dikecepi bersamasama sekiranya seseorang itu bersahabat. Dapatan kajian menunjukkan kesignifikanan terhadap kepercayaan daripada . jantina dan kepercayaan sebagai penentu terhadap penerimaan persahabatan yang dibuat keatas 140 pelajar dalam khusus pengantar psikologi. Persahabatan yang terdapat dalam cerita ini mempunyai ciri-ciri sahabat yang baik kerana mereka sentiasa menasihati antara satu sama lain untuk kebaikan. daerah dan tempat tinggal. Nilai persahabatan yang baik tanpa mengira kaum dapat dilihat melalui kajian yang telah dibuat oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Perlakuan kita juga boleh dipengaruhi oleh sahabat. ini gambarkan di dalam sosial ini yang sebenar juga terdapat pelbagai kaum dan ada yang bersahabat baik walaupun berbeza kaum. Dengan adanya sahabat juga boleh menghiburkan kita tatkala kita dalam kesedihan. Biasanya seorang sahabat yang baik akan sentisa menjai pendengar yang baik di antara mereka bagi meringankan beban yang ditanggung. perkhidmatan dan sebagainya. terpengaruh. responden Missouri pula berasal dari Harris Teachers College in St.juga dengan adanya sahabat kita dapat meminta sesuatu yang selagi ahli yang lain terdaya untuk memberi pertolongan misalnya kewangan. maka baiklah tingkahlaku kita dan sebaliknya. Louis dan Louisiana pula mengandungi responden dari Newcom College and Tulane University in New Orleans. Willis dalam kajian mereka terhadap kaum. responden Wisconsin diambil daripada Universitiy of Wisconsin.3 Sokongan artikel jurnal Hasil kajian yang dibuat oleh Carole R. Persahabatan adalah penting bagi seseorang individu kerana dengan adanya sahabat kita akan menjadi kuat. Ramai diantara kita menjadikan sahabat adalah tempat meluahkan perasaan dan masalah apabila kita mengalami tekanan. Smith. Sekiranya manusia tidak bersahabat mereka akan hidup keseorangan tanpa orang yang boleh menghiburkan hati. Apabila kita bersama-sama sahabat kita akan menempuhi semua pengalaman ketika kita bersama-sama kawan. tanpa orang yang boleh berkongsi suka dan duka. keperluan emosi. Kedua. 7. Melalui filem ini dapat digambarkan nilai persahabatan yang ditunjukkan oleh watak. Lev Williams dan Richard H. barangan. Ketiga. teman dikala susah dan senang dan sebagainya. dibahagikan berdasarkan jantina.

Kurangnya interaksi antara bangsa dan jantina adalah sesuatu yang mengejutkan. tema kekeluargaan dan tema hubungan. agama dan budaya tidak akan menjadi penghalang untuk berkawan kerana sesuatu perhubungan yang baik tidak memandang perbezaan tersebut. Responden Wisconsin dan Missouri dari institusi pendidikan berkolerasi baik antara penerimaan orang Negro dan orang kulit putih. Dengan demikian. Walaupun terdapat jurang perbezaan seperti bangsa. Keadaan ini juga mewarnai lagi kehidupan kita kerana percampuran budaya membolehkan kita mengenal antara satu sama lain. Kesimpulannya. tema keagresifan.0 PERBINCANGAN Filem ini banyak memaparkan tema yang sesuai dengan pembelajaran psikologi sosial. Hal ini memberi kesan yang kuat kepada subjek Negro kerana perbezaan status antara kaum. sifat dan pembangunan persahabatan tertentu mungkin tertarik untuk perkembangan hidup. Kesemua tema ini terdapat dalam psikologi sosial. Sahabat yang baik juga mengetahui latar belakang rakan masing-masing untuk lebih mesra lagi. Malah ada setengah individu yang bersahabat berbilang kaum kekal sehingga ke akhir ayat. Subjek di Louisiana berkemungkinan cenderung untuk menerima kepercayaan yang bersesuaian sebagai penghormatan dalam kepercayaan lain dalam kes orang Negro yang dipersetujui. Tarikan interpersonal telah ditemui oleh Newcomb (1961) berkaitan dengan kesepakatan terhadap pelbagai isu sosial. Dalam filem ini ia banyak memaparkan kisah mengenai hubungan kekeluargaan antara bapa dengan anak dan . Meskipun tidak ada responden yang menunjukkan korelasi orang kulit putih mendiskriminasi perkauman sedangkan Negro berasa yakin terhadap diskriminasi tersebut. Beberapa dimensi kesamaan dalam personaliti yang ditemui berkolerasi dengan persahabatan. Persamaan jantina telah menunjukkan tidak ada kesesuaian kepercayaan atau bangsa dalam kebanyakkan kes. persahabatan mempunyai kualiti dan fungsi yang berbeza dalam kitaran kehidupan.bangsa dalam peringkat penerimaan persahabatan mereka. Tema yang dimaksudkan ialah tema prejudis. Di anggap bahawa golongan yang berlawanan akan dinilai kurang diterima sebagai rakan daripada sama bangsa dalam sesetengah responden. Walaupun hal ini harus dibuktikan bahawa kumpulan sterotaip tidak perlu bergantung kepada faktor motivasi dan faktor kognitif. 8. Individu yang bersahabat adalah individu yang kuat kerana mempunyai kekuatan sokongan dalam hidup. tema perapatan.

dapatlah disimpulkan bahawa tema agresif. prinsip-prinsip psikologikal yang dibincangkan di atas merupakan salah satu cabang atau perkara yang sering berlaku dan berkaitan dengan kehidupan kita seharian. Terdapat kisah suka dan duka ditunjukkan dalam filem ini.0 KESIMPULAN Berdasarkan kepada kelima-lima tema yang dibincangkan dalam filem Papadom. terdapat juga keagresifan yang ditunjukkan dalam filem ini.ibunya. Selain itu juga. dia telah menyerang Mia di padang ragbi sambil diperhatikan oleh Hisham Hashim. hubungan kekeluargaan. Seperti yang kita sedia maklum. dan persahabatan adalah berkait rapat dengan kehidupan kita seharian dimana kesemua tema ini mempengaruhi kehidupan kita seharian. prejudis. Faktor-faktor itu adalah dorongan dan galakan. Nilai kekeluargaan ini amat penting untuk pembesaran dan perkembangan emosi kanak-kanak 9. Oleh sebab itu. Sebagai contoh hubungan kekeluargaan yang mana keadaaan tersebut berlaku hampir kepada kehidupan seharian iaitu melalui hubungan kekeluargaan ini. hubungan kekeluargaan antara mereka bertiga tidak dapat dipisahkan. manusia . Hal ini berikutan dengan adanya kajian lepas oleh jurnal-jurnal yang menyokong tema-tema yang terdapat dalam filem Papadom tersebut. Selain itu. Ia ditunjukkan oleh watak Shasha yang marahkan Mia kerana merampas teman lelakinya. hubungan mesra antara ibu bapa dan anak dan keluarga yang utuh. Hal ini disebabkan sikap ayahnya yang ingin menebus kesilapan yang lalu kerana mengabaikan anak serta isterinya kerana terlalu menumpukan kepada kerjaya beliau sebagai pemilik nasi kandar. Namun salah satu faktor yang menjadi penyumbang kepada salah laku pelajar ialah nilai kekeluargaan yang semakin pudar dan rapuh dikalangan masyarakat kita hari ini. Sikap ini sebenarnya tidak ditunjukkan oleh pelajar berkenaan yang boleh mencemarkan nama Universiti berkenaan. walaupun ibu Mia telah lama meninggal. Buktinya. disiplin di rumah. perapatan. ketua bagi permainan ragbi dan terkebal kerana memiliki perwatakan yang menarik walaupun sikapnya yang playboy . bapanya terlalu sayangkan anaknya. namun bapanya selalu menganggap bahawa isterinya selalu disampingnya dalam menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

3-11. Frustrations.14. . and Aversively Stimulated Aggression. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. 10.0 Rujukan buku Amareson A/L Munusamy. 1-20.Jaafar Sidek Latif. Psikologi Sosial.Fawziah Yahya dan Amir Hamzah Abdul(2004).Jamaludin Ramli. Journal of Aggressive Behavior. (2006). Seseorang individu yang mempunyai informasi dan terdedah dengan pengetahuan psikologi seharusnya bijak menilai dan memilih prinsip yang sesuai dan mempraktikkan nilai-nilai tersebut dalam kehidupannya. Appraisals.akan mewujudkan satu perhubungan yang akan mempengaruhi perkembangan hidup seseorang pada masa akan datang.Yusof Boon. Berkowitz(1988). Jurnal pendidikan. Hubungan antara etnik di kalangan pelajar sekolah menengah di sekolah luar bandar. Azizi Yahya. Disini dapatlah disimpulkan bahawa. terdapat pelbagai prinsip psikologikal yang terdapat dalam kehidupan kita seharian. Prinsip-prinsip ini mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri.

dynamic-education. Hubungan antara etnik di kalangan pelajar sekolah menengah di sekolah luar bandar. (2006). 1-20. Rujukan internet Psiko%20sosial/Friendship%20-%20Wikipedia. 2.G. 900 904 Amareson A/L Munusamy. Terengganu. Smith. Day and Laura M. No. And Belief as Determinants of Friendship Acceptance.com/ipd/index.%20the%20free%20encyclopedia. Sex.net/forum/lofiversion/index.10th Edition. Myers. Che Hasniza Che Noh. Vol. 6. 5.htm http://www.Carole R. Race.. Lev Williams & Richard H.. 23.mesra. Mother and Father Connectedness and Involvement During Early Adolescence: Journal of Family Psychology © 2009 American Psychological Association 2009. 127-137. Journal of Personality and Social Psychology.Inc. Vol. Padilla-Walker. Jurnal Hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan: Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) Kuala Terengganu. Randal D.(2010).D. Willis (1967). Social psychology. No.view&id=691 http://www.html .php/t97484.Amerika: McGraw-Hill Companies. Jurnal pendidikan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful