MODEL DAN TEORI PENGURUSAN TINGKAH LAKU

DEFINISI DAN KONSEP Tingkah laku adalah sesuatu yang dilakukan oleh organism a. Manakala pengurusan tingkah laku merupakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan dalam pembelajaran akademik mahupun sosial. Ini bermakna tanpa perubahan tingkah laku , pembelajaran tidak akan berlaku. Dalam hal pembelajaran, perubahan tingkah laku menjadi kayu ukur bagi

menentukan samada organisma tela h mempelajari sesuatu yang baru atau tidak dan samada positif atau negatif. Tingkah laku terbahagi kepada 2 iaitu tingkah laku wajar atau positif dan tingkah laku tidak wajar atau negatif. Tingkah laku wajar merangkumi sikap ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku tidak wajar atau negatif pula merangkumi distruktif, distruptif dan sikap bergantung
TINGKAH LAKU BERMASALAH NEGATIF Tingkah laku distruktif :

Tingkah laku yang menunjukkan permusuhan nyata atau menunjukkan tingkah laku fizikal ataupun lisan yang bertujuan menyakiti seseorang. Contohnya vandalism, sengaja memotong barisan, bergaduh dan suka mengejek.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful