KE ARAH MEMBENTUK GENERASI PENCINTA WARISAN SATU MALAYSIA Biar mati anak, jangan mati adat, itulah slogan

yang dicanang-canangkan dalam kalangan rakyat Malaysia saban hari. Belakangan ini, masyarakat di Malaysia semakin alpa tentang betapa pentingnya peranan warisan di Malaysia. Kehidupan mereka tanpa adat resam seperti sebuah kapal yang terumbang-ambing di tengah-tengah lautan. Senario tersebut telah menjadi tajuk ‘hangat’ yang menghiasi dada-dada akhbar tempatan. Isu ini telah menjadi buah mulut rakyat tempatan. Perkara ini juga telah menjadi polemik dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Senario ini bertambah parah apabila sesetengah golongan masyarakat tidak tahu pengertian warisan. Acap kali kedengaran dakwaan-dakwaan sumbang segelintir masyarakat yang mempersoalkan kepentingan warisan dalam kehidupan mereka pada era pemodenan ini. Ada juga sesetengah pihak yang sewenang-wenangnya menunding jari kepada pihak kerajaan kerana tidak mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah ini. Pemikiran masyarakat yang masih berada di takuk lama ini menyebabkan kita akan dilabel sebagai masyarakat yang mempunyai mentaliti Negara Dunia Ketiga. Seharusnya, semua pihak berganding bahu dan tidak berpeluk tubuh bagi membendung kemelut ini daripada terus merencatkan pembangunan negara. Bibit-bibit kealpaan tentang budaya dan warisan negara yang berputik dalam sanubari masyarakat perlu dibentengi secara drastik, progresif dan efektif. Sudah tiba masanya, kita menerima sinar hidayah dengan mengakui kebenaran peribahasa yang berbunyi, bermuafakat membawa berkat dalam usaha kita meladeni punca-punca berlakunya kealpaan dalam kalangan masyarakat terhadap warisan dan seterusnya mendiskusikan langkah-langkah yang proaktif dan strategik bagi membendung kemelut yang kian bermaharaja lela ini.

1

warisan bermaksud harta peninggalan dan harta pusaka. Seperti yang kita sedia maklum. marilah kita bersama-sama mengenali pengertian warisan. Malaysia. perubatan tradisional.Adat yang merangkumi aspek bermula daripada kelahiran. Jika kita ke bandarbandar utama seperti bandar raya Kuala Lumpur. Namun. masyarakat moden di Malaysia telah tenggelam dan hanyut dalam arus transformasi negara ke arah dunia yang lebih canggih dan berteknologi. India dan Iban. Hal ini jelas membuktikan bahawa warisan telah menjadi harta yang paling berharga dalam kalangan masyarakat pada zaman dahulu. sastera rakyat. perkahwinan. rumah tradisional. warisan merupakan aset perdana yang menjadi tunjang dalam pemodenan negara kita. Sikap bena tak bena yang wujud dalam pemikiran masyarakat telah menimbulkan keraguan terhadap keutuhan pemeliharaan warisan di Malaysia. Seharusnya. seni halus dan senjata tradisional. kita sebagai rakyat Malaysia yang berwibawa harus bangga dengan warisan negara kita. Variasi warisan di Malaysia boleh dibahagikan kepada adat resam. Kemustahakan warisan dalam kehidupan masyarakat tidak dapat dinafikan lagi. sehinggalah kematian terdapat dalam hidup masyarakat di Malaysia. pakaian dan perhiasan. kesenian. Cina. edisi keempat. wanita India yang mengenakan pakaian sari dan wanita Cina memakai pakaian cheongsam? Jumlah tersebut sudah pastinya hanya boleh 2 .permainan tradisonal. dewasa ini.Sebelum mengorak langkah kepada perbincangan yang lebih mendalam. kaya dengan adat resam dan kebudayaan yang rencam seperti adat resam kaum Melayu. Hal ini demikian kerana warisan berperanan untuk mendisiplinkan masyarakat dahulu sama ada dalam arena siasah. peralatan tradisional. berapa ramaikah wanita Melayu yang mengenakan pakaian baju kurung. Menurut Kamus Dewan. kemasyarakatan dan ekonomi.

Golongan masyarakat khususnya golongan belia juga didapati tidak ingin mewarisi pekerjaan-pekerjaan tradisional kerana mereka menganggap pekerjaan tersebut telah ketinggalan zaman. Sikap mereka yang mengetepikan anak-anak boleh dikaitkan dengan peribahasa yang berbunyi. Banyak orang lebih gemar memakai pakaian-pakaian ala barat kerana mereka menganggap budaya kebaratan merupakan identiti mereka. Segala-galanya bermula dari rumah. Cuba kita bayangkan . bagai enau dalam belukar. Hal ini demikian kerana pengaruh budaya barat bertentangan dengan budaya ketimuran.Kealpaan masyarakat boleh dikaitkan dengan peribahasa. Kalau bukan kita yang melakukan pekerjaan seperti menoreh getah dan menanam padi. kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang? Oleh hal yang demikian marilah kita bersama-sama meladeni fakor-faktor yang mendorong berlakunya kealpaan dalam diri masyarakat. budaya ketimuran semakin terhakis daripada sanubari masyarakat kita. Ibu bapa dikatakan telah kecundang dalam memikul peranan keibubapaan bagi mendidik anak-anak mengenali warisan negara. Institusi keluarga pada zaman moden ini semakin lama semakin goyah.Ibu bapa dikatakan terlalu sibuk dan rakus dalam mengejar nilai-nilai materialistik semata-mata untuk meraih pendapatan yang lumayan. melepaskan 3 .dibilang dengan jari sahaja. Natijahnya. Pengaruh barat yang semakin menular dalam kalangan masyarakat kita telah menjadi ‘racun’ yang amat berbisa. apakah impaknya jikalau di Malaysia tidak ada orang yang ingin mengusahakan tanaman padi? Semestinya negara kita perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak bagi menampung keperluan makanan ruji bagi penduduk di Malaysia. siapa lagi? Hal ini demikian kerana arena pekerjaan-pekerjaan tradisional banyak menyumbangkan hasil kepada kesejahteraan dan kemakmuran rakyat sejagat.

Natijahnya. Ramai anak-anak remaja tidak tertarik untuk mengetahui warisan negara menerusi wahana di sekolah. Tindakan anak-anak mengikuti jejak langkah ibu bapa mereka yang salah boleh dikaitkan dengan peribahasa yang berbunyi. tidak ada langkah inisiatif yang diambil oleh pihak Jabatan Pelajaran 4 . ibu bapa di era pemodenan ini. Sebagai contoh. Laungan slogan. Ibu bapa juga tidak memberi galakan kepada anak-anak untuk bermain permainan tradisional seperti congkak. maka anaknya juga akan mengikutinya kerana. hanya akan mengikuti cara berpakaian yang ditonjolkan oleh ibu bapa mereka. sebab baluhan kulit ada di batangnya. Selain itu. ‘batu seremban’ dan tingting. anak-anak yang baru ‘setahun jagung’ dalam mengenali dunia yang fana ini. bagaimana pohon tiada akan tumbang dipanah halilintar. Sesetengah ibu bapa juga telah gagal menjadi suri teladan bagi anak-anak mereka. mereka beranggapan bahawa adat resam dan budaya tradisi. Sejak kecil anak-anak hanya disogokkan dengan permainan di zaman siber seperti permainan video dan permainan komputer. ‘Sekolahku Syurgaku’ tampaknya menjadi omong-omong kosong sahaja. Mereka bersikap acuh tak acuh dalam mendidik anak-anak tentang warisan negara. tidak penting dan tidak mempunyai kaitan dengan kehidupan anak-anak. bagai melepaskan batuk di tangga. Maka. muzik-muzik tradisional dan pakaian tradisional yang terdapat di Malaysia kepada para pelajar. lebih suka berpakaian ala barat dan meminggirkan cara berpakaian ala timur.pucuk masing-masing. Hal ini disebabkan oleh sikap guru-guru. bagaimana acuan begitulah kuihnya. bapa borek. dalam memperkenalkan warisan-warisan seperti permainan tradisional. Jikalau seorang bapa memakai pakaian yang kurang sopan. anak rintik. kerana anak-anak tidak mendapat didikan yang tulus dan telus daripada ibu bapa mereka. Bagi sesetengah ibu bapa.

pihak sekolah kurang menganjurkan programprogram yang bergiat secara aktif untuk memastikan para pelajar istiqamah dalam memelihara dan menghargai warisan yang tidak ternilai. baju kurung yang lengkap bertudung. Masyarakat kini telah kecundang daripada landasan hidayah budaya warisan dan adat istiadat. mengingati dan menghargai warisan yang telah menjadi tradisi keturunan mereka. Kini. Cuba kita lihat berapa banyak sekolahkah yang menganjurkan kelab seni silat gayung. Oleh hal yang demikian. Wlliam Mc Kelle. para pelajar yakni bakal-bakal pemegang tampuk kepimpinan negara pada masa hadapan tidak mendapat penghayatan yang menyeluruh tentang kepentingan warisan dalam kehidupan mereka. seorang ahli pemikir barat pernah berkata. dan kelab wusyu? Kebanyakan sekolah lebih berfokus kepada kecemerlangan akademik sematamata. “Seseorang akan belajar daripada keadaan sekelilingnya”. jarang-jarang kelihatan pakaian-pakaian tradisional tersebut dipakai oleh orang ramai. Di samping itu. malah dapat menjatuhkan imej negara di mata-mata para pelancong asing yang berkunjung ke negara ini. Pakaian masyarakat pada zaman dahulu lebih sopan dan menutup aurat seperti baju melayu yang lengkap bersamping. sari yang lengkap berselendang dan cheongsam. Maka seseorang individu yang wujud bersamasama dengan masyarakat di sekelilingnya turut menerima impak . Fokusnya kepada aspek kesopanan dan kesusilaan masyarakat. Masyarakat beranggapan bahawa mereka akan dipandang rendah sekiranya 5 . kelab silambam. Hal ini bukan sahaja boleh mempengaruhi sikap seseorang individu.Negeri bagi mengisi sukatan pelajaran para pelajar dengan bahan-bahan yang dapat memanifestasikan nilai-nilai murni dalam diri para pelajar supaya sentiasa berusaha untuk memelihara. Mereka lebih suka berpakaian yang mendedahkan aurat dan kurang sopan. pada era globalisasi.

maka . membuktikan bahawa media massa merupakan ‘api dalam sekam’ yang menyebabkan kemelut kealpaan masyarakat terhadap warisan bertambah parah. akan mudah terpengaruh dengan budaya-budaya hedonisme. Melalui Dasar Langit Terbuka. Malaysia sedang berkembang pesat dalam transformasi ke arah yang lebih jitu dan bermutu.bibit-bibit kealpaan terhadap warisan akan mula bercambah dalam benak mereka. Pihak media massa lebih gemar menyebarkan ideologi kebaratan yang dapat mengancam budaya ketimuran menerusi wadah seperti rancangan-rancangan di kaca televisyen serta laman-laman web di internet. Akibatnya. Pihak media massa yang bersikap bagai menangguk di air yang keruh. individu yang melihat masyarakat di sekeliling mereka memakai pakaian seperti ‘jeans’ dan baju-baju ketat. iaitu pihak yang tidak bertanggungjawab. telah mengambil kesempatan atas kemajuan zaman teknologi. seperti kata yang sering diagung-agungkan dalam kalangan masyarakat. Sudah terang lagi bersuluh. sekali klik. Semakin lama senario ini dibiarkan berlanjutan. semua tahu”. dipancarkan pelbagai rancangan dari serata dunia ke ruang tamu kita saban hari. Golongan masyarakat di Malaysia juga mudah dibuai mimpi indah oleh laman-laman web berunsur kebaratan dan pornografi yang disajikan oleh pihak media massa. Pemikiran yang tandus dan dangkal tersebut telah menyesatkan masyarakat kita. Oleh hal yang demikian tidak hairanlah jika masyarakat lupa dan alpa tentang adat. “Dunia terletak di hujung jari.berpakaian seperti orang zaman dahulu. tatacara dan peraturan yang diwarisi sejak berabad-abad yang lalu kerana kurang rancangan-rancangan mengenai warisan dan 6 6 . Tambahan pula. melayari laman-laman web di internet pada hari ini sememangnya mudah.

Woodrow Wilson. Ibu bapa sewajarnya mempraktikkan kemahiran keibubapaan dengan menjadi suri teladan kepada anak-anak kerana ‘anak-anak bagaikan kain putih. Pihak sekolah pula harus mengadakan lawatan ke muzium-muzium yang menyimpan khazanah warisan. Oleh hal yang demikian.tradisi di Malaysia kurang diiklankan menerusi wahana media cetak mahupun media elektronik. Anakanak yang melihat ibu bapa mereka berpakaian tradisional akan tertarik untuk meniru perlakuan ibu bapa mereka. Sebagai contoh. marilah kita mengkaji usaha-usaha strategik yang perlu dilakukan bagi membendung masalah ini daripada terus menghantui kehidupan masyarakat di Malaysia. Tindakan ini dapat memberi pendedahan kepada para pelajar supaya tahu akan sejarah dan asal-usul diri mereka sekali gus membenarkan 7 7 . Sebagai contoh. tetapi bertindak’. ibu bapa memperkenalkan pakaian-pakaian tradisonal kepada anak-anak dengan memperagakan pakaian tersebut di hadapan anak-anak. ibu bapa menceritakan kepada anak-anak tentang kemerdekaan Malaysia yang diwarisi oleh generasi pada hari ini. Bangunan Stadhuys dan Tugu Negara.Hal ini dapat melahirkan keinsafan dan semangat menghargai warisan dalam diri anak-anak. Ibu bapa juga digalakkan membawa anak-anak ke tempattempat bersejarah yang menyimpan pelbagai warisan dan peristiwa bermakna seperti Kota A Famosa . Hal ini dapat melahirkan semangat patriotik dalam diri anak-anak. yakni seorang ahli politik Inggeris pernah berkata. Ibu bapa perlu menerangkan kepada anak-anak tentang warisan yang diperoleh daripada peristiwa yang berlaku di setiap tempat bersejarah dengan menggunakan pendekatan yang efektif dan mantap. ibu bapalah yang mencorakkannya’. “Hidup bukanlah berfikir semata-mata.

Kempen ini harus 8 8 . peristiwa tersebut wajar dijadikan pengajaran dan iktibar bagi semua pihak.peribahasa ‘Sejarah mengajar kita supaya lebih dewasa’. Tindakan ini perlu bagi memberi pemahaman kepada para pelajar tentang budaya kaum-kaum lain serta menggalakkan mereka menghormati kebudayaan kaum-kaum lain. pemuda harapan bangsa. ‘Kempen Cintalah Warisan Kita’. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan”. Perdana Menteri Malaysia iaitu “Satu Malaysia. Peranan pihak berwajib turut memberi dampak dalam usaha membantu mengurangkan kealpaan masyarakat terhadap warisan Malaysia. Pihak sekolah juga digalakkan menganjurkan ‘Hari Warisan Satu Malaysia’. Sesungguhnya. kita harus sedar betapa pentingnya perpaduan dalam menjana serta membangunkan sesebuah kerajaan. Pihak kerajaan memikul obligasi yang sangat dominan dengan mengadakan program dan kempen yang bergiat secara efektif. Sebagai contoh. pemudi tiang negara. Pada hari tersebut para pelajar diwajibkan mengenakan pakaian tradisional mengikut bangsa masing-masing. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri juga memainkan peranan dengan mengadakan pertandingan esei tentang warisan. Menyingkap kembali peristiwa berdarah 13 Mei 1969. maka tidak hairanlah jika kita mampu membentuk insan-insan yang kamil sekali gus melahirkan bakal-bakal pemegang tampuk kepimpinan negara kerana sesungguhnya. Hal ini sekali gus dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan para pelajar sejajar dengan gagasan kudsi Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Dengan itu kita dapat menghindarkan masalah polarisasi kaum daripada terus mengancam kehidupan masyarakat di Malaysia. Hal ini dapat meningkatkan semangat para pelajar untuk mengenali warisan di samping meningkatkan penguasaan kemahiran bahasa oleh pelajar. Dengan adanya langkah yang proaktif diambil oleh pihak sekolah.

Perlis pada 1 Ogos 2010 yang lalu perlulah diadakan secara berterusan pada setiap tahun. nescaya kita akan dapat membendung krisis kealpaan masyarakat terhadap warisan negara dengan lebih efektif sekali gus dapat membentuk masyarakat yang madani. Dengan adanya kesatuan tenaga antara pihak kerajaan dan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO). Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Kempen Jalur Gemilang anjuran pihak kerajaan negeri tersebut telah dihadiri oleh 20 ribu orang rakyat Malaysia. Sememangnya. Hubungan erat antara pihak kerajaan dengan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) amat mustahak dalam menjayakan program-program dan kempen-kempen yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.program-program seperti ‘Kempen Jalur Gemilang’ yang telah diadakan di Stadium Kangar. 9 9 . ‘Harimau mati meninggalkan belang. Sebagai contoh. Langkah ini boleh dianggap sebagai usaha strategik yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Penerangan. Hal ini sekali gus dapat membendung masalah kealpaan masyarakat terhadap warisan Malaysia. Nama-nama tokoh yang banyak berjasa kepada negara harus dijadikan nama bagi bangunan-bangunan utama dan jalan-jalan raya yang menjadi laluan orang ramai agar masyarakat dapat mengenang dan sentiasa menghargai jasa-jasa tokoh tersebut. merupakan kata-kata yang berkait rapat dengan warisan tokoh-tokoh bersejarah di Malaysia seperti Tunku Abdul Rahman yakni Bapa Kemerdekaan Malaysia. Selain itu. Buktinya. manusia mati meninggalkan nama’. kerjasama bersama-sama dengan pihak Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) amat diperlukan bagi memberi sumbangan dan bantuan untuk menyemai nilai-nilai cinta akan warisan dalam diri setiap individu dalam kalangan masyarakat di Malaysia.mendapat sokongan pihak media massa bagi menyebarkan semangat mencintai warisan Malaysia ke seluruh pelosok Malaysia.

bersepadu. tak lekang dek panas’.’tak kenal maka tak cinta’. rasioanal. marilah kita bersama-sama bersinergi bagi mengorak langkah yang proaktif. Sebelum ‘nasi sudah menjadi bubur’. nescaya kita dapat menjamin pembangunan negara yang lebih efisien sekali gus membolehkan Malaysia ‘duduk sama rendah. dan strategik agar kita dapat melahirkan bangsa Warisan Satu Malaysia. Dengan lahirnya anak watan yang berpegang teguh kepada warisan. ‘tak lapuk dek hujan. semua pihak harus menggembleng tenaga ‘raksasa’ bagi membina semangat cinta akan warisan negara dalam sanubari masyarakat di Malaysia agar Warisan Satu Malaysia.Bangunan Sultan Abdul Samad dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Intihanya. Hal ini demikian kerana dalam kesibukan kita mengejar kemajuan dunia. Oleh itu. 10 . berdiri sama tinggi’ dengan negara-negara lain. terdapat pelbagai punca yang mendorong berlakunya kealpaan dalam kalangan masyarakat terhadap warisan. janganlah kita alpa tentang warisan negara. Sesungguhnya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful