Isu Pembuangan Bayi

Sedih, pilu, ngeri, tak berperasaan dan banyak lagi perkataan-perkataan yang seumpama dengan berikut dapat di gambarkan tentang kes pembuangan bayi sekarang ni yang berlakunya di Malaysia. Hampir setiap hari kita mendengar kes pembuangan bayi yang berlaku di media cetak mahupun elektronik. Statistik kes ini menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan bukan lah sesuatu yang boleh di banggakan bagi Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Kehidupan generasi muda masa kini yang bertunjangkan keseronokan duniawi telah mengheret mereka ke kancah pergaulan bebas tanpa mengira batas-batas agama. Akibat terlalu ghairah mengejar kenikmatan dunia, ada di kalangan masyarakat di luar sana yang alpa sehingga terjebak dengan perbuatan zina sehingga mengandungkan anak luar nikah. Agak menyedihkan apabila berlakunya kes-kes sebegini, bangsa melayu yang majoritinya melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Apabila tiada pegangan agama, inilah akibatnya apabila pasangan tersebut menghalalkan perbuatan haram dengan melakukan penzinaan. Akibat perbuatan haram pasangan tersebut, bayi yang tak berdosa menjadi mangsa kezaliman dunia.

Anak merupakan anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai harganya dan menjadi satu amanah untuk menjaganya. Ada pasangan yang berkahwin bertahun-tahun yang teringinkan cahaya mata tapi tak dikurniakan lagi, tapi bagi pasangan-pasangan ini mengambil jalan mudah sama ada membuang bayi yang dilahirkan, menjual bayi atau menggugurkan kandungan mereka. Ingatlah kita bersama bahawa zina dan tindakan membuang bayi adalah jenayah yang amat besar dosanya serta berat hukumannya disisi Islam. Firman Allah S.W.T didalam surah an-nisa· ayat 93:

´Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besarµ. Dalam hal ini selain daripada kesedaran diri sendiri dan bimbingan dari ibu bapa, kerajaan juga perlulah mengambil langkah tegas untuk membendung perbuatan ni supaya isu seks bebas tidak dianggap sebagai budaya negara kita seperti negara-negara barat supaya tidak di jadikan contoh untuk generasi akan datang. Negara kita dah lebih sedekat merdeka tapi segelintir masyarakyat, fikiran mereka masih lagi dijajah dengan pengaruh budaya barat. Baru-baru ni ada terbaca yang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyokong dan memberi bantuan kepada ibu yang telah melahirkan bayi luar nikah. Mungkinkahperkahwinan di usia muda dapat membantu membanteras gejala pembuangan bayi. Apa pandangan anda?

´Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh . kerana itulah negara yang sebenarnya merupakan punca utama idea kebebasan ini berkembang dengan suburnya. dengan hanya menyediakan tempat untuk bayi-bayi terbuang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tidak akan menyelesaikan masalah tersebut sebaliknya lebih banyak usaha perlu dilakukan melalui pendekatan agama dan pengukuhan institusi keluarga. Mashitah Ibrahim berkata. Pergaulan bebas ini berlaku apabila individu yang terlibat memegang prinsip idea kebebasan dalam kehidupan sehingga mereka menganggap bercampur-gaul lelaki dan perempuan dibolehkan dengan pelbagai alasan berlandaskan akal semata-mata. perpaduan 1Malaysia di sini hari ini. dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. [TMQ Al. [TMQ Taha (20) : 124]. Negara dan perlembagaannya seolah-olah suci. Dan (ingatlah). gaya hidup dalam sesebuah keluarga banyak mempengaruhi cara pemikiran anak-anak hari ini kerana mereka akan lebih mudah meniru apa yang dilakukan oleh orang tua mereka sendiri sama ada ia perbuatan yang baik mahupun sebaliknya. Mashitah berkata.´ katanya ketika menyampaikan ucaptama pada program sesi bersama pemimpin.Isu pembuangan bayi Punca KUCHING 23 Julai . Kebanyakan bayi yang dibuang adalah anak zina. setiap kali isu sosial muncul di dalam kehidupan masyarakat terutama yang melanda umat Islam pada hari ini maka yang hanya dipersalahkan adalah individu dan institusi keluarga. selain dari kehinaan ketika hidup di dunia. mengapa? Adakah mereka juga bersubahat di dalam mempertahankan sistem kehidupan hari ini yang menjadi punca kepada segala permasaalahan umat? Apabila negara pada hari ini menolak Islam sebagai suatu sistem yang mengatur kehidupan individu. beriman serta bertaqwa. ia tidak mencukupi hanya dengan menyapu minyak pada bahagian yang gatal. ´Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu. [TMQ AlA¶raaf (7) : 96]. dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit. "Seperti masalah gatal pada kulit. bersih dan putih seperti kapas dan tidak boleh dipertikaikan apalagi hendak dipersalahkan. Menurutnya peranan institusi keluarga yang menjadi asas utama dalam membentuk sebuah mesyarakat yang lebih maju dan bertamadun perlukan perhatian khasnya yang melibatkan pendidikan awal akhlak anak-anak. Maka daripada rantaian di atas. Datuk Dr. Apakah Mashitah tidak faham dengan firman-firman Allah SWT ini. pergaulan dan percampuran bebas ini dibenarkan oleh undang-undang negara. Namun. Anak zina lahir dari aktiviti perzinaan yang berlaku di antara lelaki dan perempuan. Faktanya. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami). sebaliknya kita mesti tahu kenapa kita menghadapi masalah tersebut sama ada melalui pemakanan dan begitu juga masalah bayi ini kenapa ia berlaku.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. masyarakat dan negara maka sudah pasti kita akan menghadapi 1001 macam masalah seperti mana yang berlaku pada hari ini. ± Bernama Sumber : Utusan Malaysia 23/07/10 Punca kepada Masaalah buang bayi adalah kerana Syariat Islam Tidak Diterapkan Tidak sukar untuk memahami permasalahan isu pembuangan bayi ini. ´Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu. lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan´. isu pembuangan bayi yang semakin menular dalam masyarakat ketika ini perlu dikaji secara mendalam dengan mencari punca utama kenapa kes tersebut berlaku. Perbuatan zina itu berlaku apabila lelaki dan perempuan yang bukan mahram terjebak dengan pergaulan bebas. kita dapat melihat bahawa kunci permasalahan adalah berpunca daripada negara. dari langit dan bumi. Katanya kes pembuangan bayi semakin serius sejak akhir-akhir ini dan ia merupakan antara masalah utama dalam masyarakat ketika ini selain masalah penceraian rumah tangga.Baqarah (2) : 85]. Jadi. tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya. Para ulama dan cendekiawan langsung tidak pernah mengaitkan masaalah sosial dengan negara dan perlembagaannya. Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan´. ´Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu. Beliau berkata.

Padahal ianya adalah ciptaan Allah yang suci dari sebarang dosa tetapi dilahirkan daripada dosa insan yang bernafsukan syaitan. Ada yang menangis mengenangkan nasib ciptaan Allah ini yang tidak dipandang dan dicampak merata-rata seolah-olah ianya sesuatu yang Allah ciptakan tanpa nyawa. Kanak-kanak terutamanya perempuan dibunuh dan ditanam hidup-hidup untuk menutup malu dan hanya untuk mempertahankan maruah keluarga. Malah ada diantara mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan belajar di IPT-IPT yang memberikan pendidikan yang baik. Apakah kita ini ingin digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan sepertimana yang terjadi di zaman jahiliyah sebelum kedatangan Islam. Dari perbuatan dosa inilah yang melahirkan satu janin yang lahir bukan dari kehendak mereka tetapi dari nafsu serakah mereka yang mementingkan diri sendiri. lubang tandas. Kempen. namun usaha ini tidak menampakkan hasil malah ianya semakin menjadi-jadi sehingga tidak dapat di bendung lagi Islam dan agama utama di Malaysia yang lain sangat mengharamkan dan menegah . melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam´.tangan manusia. Kanak-kanak juga dilayan sebegitu tanpa rasa belas kasihan dan dibuang merata-rata demi untuk menutup malu dan menjaga maruah orang yang melakukannya. (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatanperbuatan buruk yang mereka telah lakukan. sudah pasti ia akan memberi rahmat kepada sekalian alam. Hampir setiap minggu kita mendengar dari televisyen. denda seperti penjara 20 tahun kepada sesiapa yang didapati bersalah melakukan jenayah ini juga telah dijalankan. Semua yang dilakukan hanya untuk memuaskan diri sendiri tetapi tidak memikirkan apa yang dilakukan hanya mendatangkan dosa. "PEMBUANGAN BAYI ADALAH SUATU JENAYAH" Isu ini telah lama diketengahkan oleh banyak pihak. Tong sampah. pertunjukan. Maksiat dan aktiviti seksual yang bebas berlaku dimana-mana. supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)´. Telah banyak usaha kerajaan untuk membasmi gejala ini. Inilah yang telah berlaku pada masyarakat kita pada masakini. Tetapi lihatlah apa yang telah terjadi pada zaman sekarang. [TMQ Ar-Ruum (30) : 41]. tempat pembuangan sampah. akhbar dan majalah tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya yang ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan dan ada yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup.[TMQ Al-Anbiyaa¶ (21) : 107]. tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya menjadi tempat dimana bayi-bayi malang ini ditemui. ´Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad). Allah SWT telah memberi jaminan bahawa apabila Islam diterapkan. FirmanNya lagi. Kes pembuangan bayi semakin meningkat dari hari ke hari. Anak-anak remaja kini terutamanya remaja Melayu yang beragama Islam tidak mengenal dosa atau pahala.

.. Oleh itu. Mereka itulah orang yang lalai". Ini kerana gejala pembuangan bayi ini adalah satu kesalahan yang amat kejam dan lebih kejam lagi dari perbuatan haiwan..pengguguran dan pembuangan bayi di kalangan masyarakat. Sepertimana firman Allah dalam surah Al-A'araf ayat 179: Maksudnya: "Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkannya daripada jin dan manusia. Sebagaimana yang telah disebut dalam Al-Quran surah An-Nisa' ayat 93: Maksudnya: "Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka jahanam. Namun apakah faktor yang menyebabkan berlakunya gejala seperti ini? Ada yang berpendapat ianya bermula dari rumah lagi....... Namun semuanya datang dari diri remaja itu sendiri samada mereka ingin memilih jalan yang betul atau tidak. mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan allah) dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat).... Sedangkan haiwan juga mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anak-anaknya sehingga sanggup mati demi anak.. Ini kerana diri sendiri sahaja yang mampu megubah segalanya. Ini kerana ada diantara ibu bapa yang memberi didikan agama yang sempurna kepada anak mereka tetapi apabila meningkat dewasa dan anak-anak membawa haluan mereka sendiri. Penayangan filem berunsur seks oleh media elektronik. sesungguhnya gejala seperti ini tidak akan ada penghujungnya sekiranya tiada kesedaran di kalangan masyarakat untuk mengubah sikap mereka.. kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar".bahkan mereka lebih sesat lagi... Mungkin juga ianya berpunca dari kemajuan teknologi dan media cetak dan elektronik pada zaman sekarang yang banyak memberi pendedahan seks dan bahan yang tidak berfaedah kepada remaja. Maka anak-anak mula bertindak liar tanpa pengawasan ibu bapa. Ianya boleh dianggap satu dosa yang besar kerana membunuh dengan niat.... Oleh itu.. penyebaran VCD dan gambar lucah didalam internet juga menjadi punca yang turut mendorong seseorang terjebak ke lembah kezinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah disamping berleluasanya program-program hiburan yang melampau dalam masyarakat.mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayatayat allah)... renung-renungkanlah. Mereka itu seperti binatang ternakan.. . segala ajaran ibu bapa akan dilupakan sedikit demi sedikit.. Mungkinkah didikan agama dari ibu bapa yang kurang terhadap anak-anak mereka atau terlebih didikan? Tetapi ibu bapa tidak boleh dipersalahkan seratus peratus dalam hal ini..

Megikut kementerian. 104 buah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan 55 buah Klinik Nur Sejahtera yang bersedia menerima bayi-bayi tersebut yang memerlukan perlindungan. Keluarga. Dan Masyarakat mengenai isu ini dan mendapat jawapan bertulis daripada pihak kementerian. 01-07-2010 Pembuangan bayi semakin mendapat perhatian serius daripada masyarakat. tindakan lanjut yang diambil oleh JKM terhadap bayi-bayi yang terlibat dalam kes-kes pembuangan bayi adalah berdasarkan peruntukan di bawah Akta Kanak-kanak 2001 melalui Program Anak Pelihara. pihak kementerian menyatakan pihaknya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berperanan untuk menyelamat dan member perlindungan kepada bayi dibuang yang didapati masih hidup termasuklah melalui penyediaan tempat-tempat perlindungan kepada bayi-bayi tersebut. Antara soalansoalan yang dikemukakan adalah: (a) Berapakah kes pembuangan bayi daripada tahun 2005 ± 2009 dan tindakan pihak Kementerian ke atas ibu bapa yang dikenal pasti terlibat dalam pembangunan bayi dan (b) apakah tindakan lanjut yang diambil oleh pihak Kementerian terhadap bayi-bayi yang terlibat dalam kes-kes pembuangan bayi. Di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 317. jumlah kes pembuangan bayi mengikut negeri dari tahun 2005 hingga 2009 adalah sebanyak 407 kes. YB Dato¶ Seri Tiong King Sing. Negeri Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 105 kes diikuti oleh Johor dengan 83 kes dan Sabah dengan 65 kes manakala Perlis mencatatkan jumlah kes terendah dengan 1 kes diikuti oleh Kuala Lumpur dan Melaka dengan 2 dan 3 kes masing-masing. Tawaran akan dibuat bagi mereka yang benar-benar layak dan dapat member penjagaan dan perlindungan yang terbaik kepada kanak-kanak serta berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh JKM. kerjasama dengan NGO juga diwujudkan untuk menempatkan kanak-kanak yang berusia 2 hingga 12 tahun melalui Program Anak Pelihara. ibu bapa yang terlibat melakukan pembuangan bayi boleh didakwa dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 7 tahun atau dengan denda atau dengan kedua-dua dan Seksyen 318 Kanun yang sama juga memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau dengan denda atau dengan keduanya sekali bagi kesalahan membuang bayi yang telah mati. mengikut statistic Polis Diraja Malaysia (PDRM). Selain itu. Kementerian mempunyai 55 buah institusi kebajikan. Untuk soalan pertama. Pemantauan sentiasa dijalankan oleh JKM sama ada urusan penyerahan kanak-kanak tersebut dilaksanakan oleh JKM sendiri mahupun NGO untuk memastikan kanak-kanak diberi penjagaan dan perlindungan selaras dengan ketetapan Konvensyen Bagi Hak Kanak-kanak. Ahli Parlimen Bintulu mengemukakan soalan kepada Kementerian Pembangunan Wanita. Selain itu. bayi yang tidak dituntut oleh ibu bapa akan ditawarkan untuk dijadikan anak pelihara kepada pemohon yang memohon anak pelihara. Akta Kanak-kanak 2001 menetapkan ibu bapa pelihara perlu memelihara kanak-kanak bagi tempoh dua tahun sebelum bayi dijadikan anak angkat sekiranya pemohon ingin berbuat demikian. Status anak pelihara akan kekal sekiranya ibu bapa pelihara enggan menjadikan kanak-kanak tersebut sebagai anak angkat.Kes Pembuangan Bayi dan Langkahlangkah mengatasi. Dalam soalan kedua. Dalam sesi parlimen baru-baru ini (29 Jun 2010). Proses permohonan dan kelulusan untuk menjadikan kanakkanak sebagai anak angkat adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara. .

seorang bayi dibuang setiap sepuluh hari. malahan semakin kerap dilaporkan di kawasan desa dan luar bandar. fenomena ini tidak lagi hanya berlaku di bandar-bandar besar. Sementara menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia pula. mengecam tindakan zalim tersebut. Apa yang lebih membimbangkan. Adakah kerana bayi-bayi malang tersebut dianggap hasil perzinaan. sementara 48 (8%) adalah janin ( Sumber PDRM). majoriti (532 ± 92%) adalah bayi baru lahir. secara umumnya. menuding jari menyalahkan remaja belia yang dikatakan semakin sumbang perlakuan mereka. 2010 ² nhh Kenyataan Media Jamaah Islah Malaysia (JIM) 12 Februari 2010 ISU PEMBUANGAN DAN PEMBUNUHAN BAYI PERLU PENDEKATAN HOLISTIK! JIM ingin menarik perhatian kepada statistik pembuangan bayi antara tahun 2000 sehingga 2006 yang melaporkan sebanyak 580 orang bayi telah dibuang. masyarakat Malaysia seolah-olah hanya mampu menyatakan rasa kesal. dilaporkan menurut satu kajian di Lembah Klang. Bayi-bayi juga pernah dilaporkan dibuang di dalam tandas sekolah dan premis menara gading institusi pengajian tinggi. dikandung tanpa dirancang dan dikehendaki (unplanned and unwanted) oleh ibu mereka. Jadual 1 : Bilangan Kes Pembuangan Bayi Tahun Jumlah kes 2006 53 2007 76 2008 102 2009 (sehingga Mei) 33 Dalam Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2007. berhak mendapatkan jagaan kehamilan yang . maka kematian mereka tidak harus dibela? JIM ingin menegaskan bahawa setiap bayi berhak disambut kelahirannya oleh pasukan perubatan yang terlatih di premis kesihatan yang serba lengkap untuk mengendalikan sebarang kecemasan. Namun. Setiap ibu yang hamil.Isu Pembuangan dan Pembunuhan Bayi Perlu Pendekatan Holistik February 17. tanpa bapa yang sanggup melindungi lalu kemudiannya dibiarkan atau dibuang untuk menutup aib dan malu . terdapat peningkatan ketara dalam kes pembuangan bayi yang dilaporkan (Rujuk Jadual 1).

JIM berpandangan pendekatan yang lebih pragmatik dan serius perlu segera diambil dalam menangani isu pembuangan bayi ini. dilaporkan penemuan mayat reput seorang wanita muda di bilik asrama salah sebuah IPT di selatan tanahair. Strategi mendidik dan menyeru masyarakat untuk kembali mengamalkan ajaran agama yang menekankan gaya hidup yang murni mesti dilipatgandakan dan menjadi keutamaan di setiap peringkat. HIV/AIDS dan keganasan seksual. masih terdapatnya kelompok ahli masyarakat yang tetap akan terjerumus mengamalkan gaya hidup seksual berisiko tinggi. Setiap bayi baru lahir yang ditemui mati terdampar. Pihak berwajib mestilah mengekang sebarang aktiviti dan kegiatan yang membuka peluang luas yang membawa kepada berlakunya perzinaan seperti pergaulan bebas. selari dengan bertambahnya cabaran yang menghakis nilai murni dalam komuniti. Ianya tidak boleh hanya dilihat dari sudut pandang gejala sosial dan seksual semata-mata. Awal Julai lepas. penyakit jangkitan kelamin. Usaha mesti dipertingkatkan agar institusi keluarga dan masyarakat kembali membangunkan sistem nilai dan disiplin hidup yang mampu mengawal tingkahlaku ahli-ahlinya. hiburan tanpa batas dan gaya hidup hedonistik yang menggalakkan penagihan dadah. JIM menuntut semua pihak memainkan peranan yang lebih bertanggungjawab dalam usaha mencegah gejala sosial yang sedang berleluasa dan semakin parah hari ini. Ianya mesti bermula pada tahap individu yang harus diperkayakan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran membuat keputusan yang bijak. Dalam konteks ini. dari yang paling atas iaitu pucuk pimpinan negara sehinggalah kepada rakyat jelata . Pendekatan tersebut mestilah holistik dan menjurus kepada penyelesaian akar umbi masalah. Pergaulan bebas yang berakhir dengan perzinaan seringkali mengakibatkan kehamilan yang tidak dikehendaki. pengguguran janin. Kematian ibu yang melahirkan bayi tanpa bantuan perubatan ini perlu dilihat sebagai satu kematian ibu (maternal mortality) yang sepatutnya boleh dielakkan (avoidable) sekiranya jagaan kesihatan dan perubatan dapat diberikan sebagaimana lazimnya. usia. di samping komplikasi lain seperti pembuangan dan pembunuhan bayi. pangkat dan kedudukan mesti mempunyai daya tahan. pendekatan rawatan ( prescriptive) mestilah diambil bagi menangani isu di atas : . bersama bayi yang dilahirkannya sendirian. dikira satu kematian neonatal (bayi berusia tidak lebih empat minggu) yang secara tidak langsung menandakan jagaan kesihatan yang tidak sempurna dan tahap kesihatan yang rendah. disiplin serta integriti yang tinggi dalam mengendalikan emosi dan keinginan nafsu syahwatnya. dengan menekankan kedua ± dua aspek pencegahan (preventive) dan rawatan (prescriptive) secara serentak. JIM akur. bertanggungjawab berkaitan aspek seksualitinya. alkohol dan seks.sempurna untuk memastikan kesihatannya terjaga sepanjang masa. sekalipun langkah pencegahan dijalankan. Setiap individu tanpa mengira gender.

Pimpinan negara dan agensi kerajaan yang berkenaan mesti mengambil langkah menyediakan tempat perlindungan yang mampu membimbing wanita yang hamil di luar nikah menjalani kehidupan yang lebih bermakna. pusat perlindungan ini tidak boleh berfungsi sebagai pusat transit ( one-stop centre) yang menjadi tempat persinggahan sementara bagi wanita yang hamil di luar nikah semata-mata untuk melahirkan bayi sahaja! Semoga cadangan pendekatan rawatan (prescriptive) dapat memberi ruang dan peluang kedua kepada mereka yang telah terlanjur untuk bertaubat. selari dengan intipati ajarannya sebagai ` rahmatalil `alamin¶ ( rahmat untuk sekelian alam). mesti mendapatkan jagaan antenatal di pusat kesihatan yang berhampiran secara berkala untuk memastikan kesejahteraannya dan janin dalam kandungan terpelihara. JIM mendesak agar langkah-langkah yang disarankan segera diambil tindakan bagi menangani isu pembuangan bayi hingga ke akar umbi. Pasangan lelaki yang terbabit dalam perzinaan sehingga menyebabkan kehamilan mesti dipertanggungjawabkan. di mana seorang wanita Al-Ghamidiyah mengaku hamil selepas berzina dan meminta dilaksanakan hukuman hudud ke atasnya. sama ada yang sudah sah berkahwin ataupun belum. Langkah praktikal mesti segera diambil untuk mengelakkan ibu yang hamil akibat perzinaan dalam masyarakat hari ini tidak berfikiran panjang lalu mengambil keputusan melulu membuang dan membunuh bayi yang baru lahir. Mereka mesti bertanggungjawab terhadap kesihatan diri mereka sendiri dan tidak seharusnya mempertaruhkan nyawa mereka melalui kehamilan dan kelahiran sendirian. Setiap janin dan bayi. kepucatan. Namun Rasulullah SAW menangguhkan hukuman tersebut untuk memberi peluang bayi itu dilahirkan dengan selamat dan selesai tempoh penyusuannya. tidak mengulangi perbuat yang sama dan kembali ke pangkal jalan menjalani kehidupan menurut kehendak syariah dengan kerahmatan Islam. Jelas betapa Islam mengambil pendekatan melindungi dan membela bayi yang tidak berdosa. Jagaan antenatal boleh dijalankan dengan baik. d. c.a. Setiap wanita yang hamil. Ini berpandukan kepada sirah Rasulullah SAW. kelahiran pramatang atau kematian semasa melahirkan. sekalipun yang terhasil dari perzinaan mestilah diberikan peluang dan hak untuk hidup. kelahiran bayi dikendalikan oleh mereka yang terlatih dan proses pengangkatan bayi melalui saluran yang formal dapat dibuat sekiranya siibu mahu menyerahkan bayinya kepada orang lain. b. Perkembangan kajian saintifik yang membabitkan DNA dan genetik hari ini membolehkan pembuktian terhadap asal usul keturunan manusia dibuat. Jangan biarkan Malaysia menjadi sebuah masyarakat jahiliyyah moden yang tiada peri kemanusiaan lagi! . Walaubagaimanapun. Wanita yang menyembunyikan kehamilannya (concealed pregnancy) seringkali berhadapan dengan risiko komplikasi seperti cubaan menggugurkan kehamilan. preeklampsia. Satu mekanisme perundangan perlu diusahakan agar pasangan lelaki dalam perzinaan tidak boleh secara sewenang-wenangnya berlepas tangan dari memikul tanggungjawab yang sepatutnya.

ini emaii saya«««. 2011 at 5:04 pm salam«. Meraka datang ke rumah saya atas kerelaan mereka sendiri. saya pernah menolong beberapa gadis yang mempunyai masalah sebegini. Dimana harus saya mula? Sya begitu berharap pihak tuan boleh menpertimbangkan semua ini.. semua pengurusan dilakukan oleh saya semua termasuk termasuk makanan. Mereka tiada tempat untuk bersalin. sebenarnya mereka tidak ada sebarang pendedahan ke mana mereka harus pergi jika mereka punya masalah sebegini.com. ubat-ubatan dan bayaran bil. Ada antara keluarga mereka dah tahu @ keluarga sememangnya tidak tahu bahawa anak gadis mereka sedang hamil. saya akan pergi bersama ke klinik kerajaan untuk dapatkan kad mengandung untuk memudahkan mereka bersalin nanti di hospital kerajaan nanti. One Response to ³Isu Pembuangan dan Pembunuhan Bayi Perlu Pendekatan Holistik´ 1. Madya Dr. jika saya ingin buka ³rumah berteduh wanita bermasalah´ bagaimana caranya untuk membuka rumah berteduh wanita bermasalah ini? saya sangat menolong yang mempunyai masalah ini. ummi Says: January 16.ummi_umairrah@yahoo. Saya pernah menolong gadis yang mempuyai masalah iaitu hamil tampa nikah.my« . 1 Comment » Like Be the first to like this post.Prof. Harlina Halizah Siraj Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) 0123243134 Possibly related posts: (automatically generated) Seminar Kepimpinan Wanita JIM Perjumpaan GIGS Belia Rundingan Umum Laporan SUHAKAM 2007 & 2008 y y y Posted in Media. tempat dimana mereka pernah bertanya semua mahukan baby mereka selepas dilahirkan untuk dijadikan anak angkat dan mereka tidak dibenarkan ambil baby mereka sebab bby itu akan dijadikan anak angkat orang lain. sepanjang mereka tinggal dengan saya.

com/doc/19744558/pembuangan-bayi http://www.my/bm/news.com.com/isu-semasa/isu-pembuangan-bayi-semakin-berleluasa http://www.my/index.scribd.jais.khairilafzal.php?act=view&berita_id=147 .gov.bnbbc.http://www.php?option=com_content&task=view&id=741&Itemid=1 http://www.

http://wjimpahang.slideshare.net/HafiziGhazali/isi-isi-penting-masalah-pembuangan-bayi .wordpress.com/2010/02/17/isu-pembuangan-dan-pembunuhan-bayi-perlupendekatan-holistik/ http://www.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful