Modul 1 – Sains Perpustakaan

TAJUK 1

LITERASI MAKLUMAT

Definisi Kemahiran maklumat dikenali sebagai literasi maklumat ( information literacy ). Literasi maklumat boleh didefinisi secara amnya sebagai kemahiran perpustakaan (library skill), kemahiran berkomunikasi (communication skill), kemahiran belajar (study skill), kemahiran membaca (reading skill), kemahiran penyelidikan (research skill) dan kemahiran penyampaian (presentation skill). Literasi maklumat juga merupakan kemahiran mendapatkan maklumat data yang telah disusun mengikut tertib yang berguna sama ada menggunakaan komputer atau secara manual. Maklumat ialah data yang telah diproses atau data yang memberi makna dan difahami. Contoh bilangan murid yang telah lulus dalam peperiksaan yang dijalankan mengikut gred yang telah ditetapkan . Berdasarkan data itu dapat dibuat kesimpulan mengenai kelemahan murid-murid tersebut dan tindakan susulan dapat dibuat bagi meningkatkan prestasi. Data yang telah diproses menjadi maklumat yang dapat membantu dalam proses membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Maklumat ialah hasil dari sumber yang akhir (siap) dan sedia untuk digunakan. Maklumat mempunyai nilai kerana ia membantu dalam proses membuat keputusan dan mengurangkan ketidakyakinan dengan meningkatkan tahap pengetahuan seseorang. Tujuan Dalam zaman ledakan maklumat, kemahiran mendapat dan menggunakan maklumat merupakan ciri utama yang membezakan seseorang itu berpelajaran dan berpendidikan. Seseorang yang bergelar profesional seharusnya mahir dalam mencari maklumat yang berkaitan dengan bidang kepakaran masing-masing. Tanpa kemahiran maklumat ia tidak mampu untuk membuat keputusan yang tepat dan betul, juga tidak mampu untuk menyelesaikan masalah dengan bijak. Secara ringkasnya literasi maklumat bertujuan untuk: • • • • Membolehkan seseorang individu berperanan dengan baik dan berkesan terutama dalam era teknologi. Membolehkan individu memahami keupayaan dan kelemahan diri. Membolehkan komputer digunakan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran. Maklumat boleh didapati dari pelbagai sumber seperti buku, jurnal, agensi kerajaan, konferens, media, laporan penyelidikan dan pangkalan data elektronik.

Sumber maklumat ialah bahan atau terbitan yang digunakan bagi mendapatkan maklumat tertentu. Ada sumber maklumat yang memberi maklumat yang berbentuk menunjuk arah iaitu memberi panduan kepada pengguna supaya menggunakan sumber lain jika mereka mahukan maklumat yang lebih lengkap atau terperinci. Contohnya bibliografi, senarai perolehan, katalog pusat sumber, indeks dan abstraks. Ada juga sumber maklumat yang berbentuk punca iaitu sumber ini mempunyai maklumat sebenar yang diingini pengguna seperti buku, kamus, ensklipodia dan kertas kerja persidangan.

26

grafik. Contoh bilangan murid yang telah lulus peperiksaan yang dijalankan mengikut gred yang telah ditetapkan.” Raymond McLeod JR 27 . Sellapan “Data ialah fakta dan nombor yang lazimnya tidak membawa sebarang makna. Contohnya data mungkin terdiri dari berapakah bilangan jam seorang pekerja bekerja dalam sebulan.” Raymond McLeod JR “Data yang telah diproses menjadi maklumat yang dapat membantu dalam proses membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Ia adalah sumber mentah yang tidak membawa makna dan tidak membantu dalam membuat keputusan. ilmu pengetahuan dan hikmah Data “Data adalah nombor. bunyi dan video. Contohnya data mengenai markah peperiksaan murid mengikut gred yang telah ditetapkan. Maklumat ialah hasil dari sumber yang akhir (siap) dan sedia digunakan.Modul 1 – Sains Perpustakaan Latihan Dengan ringkas nyatakan tujuan kemahiran literasi maklumat dipelajari di sekolah Jawapan : Perbezaan antara data. maklumat . abjad dan teks. Maklumat “Maklumat ialah data yang diproses atau data yang memberi makna yang difahami.” P. “ Raymond McLeod JR Berdasarkan definisi data yang diberi dapatlah disimpulkan bahawa data merupakan bahan mentah yang tidak membawa sebarang makna yang telah dikumpulkan untuk tujuan membuat analisis atau kesimpulan. Berdasarkan data itu dapat dibuat kesimpulan mengenai kelemahan murid-murid tersebut dan tindakan susulan dapat dibuat bagi meningkatkan prestasi. Maklumat mempunyai nilai kerana ia membantu dalam proses membuat keputusan dan mengurangkan ketidakyakinan dengan meningkatkan tahap pengetahuan seseorang.

mengetahui cara mendapatkan maklumat dan ilmu Menjadikan seseorang individu bertambah maju Menjadikan seseorang individu mengetahui atau mengenali multimedia dan kelebihannya dalam kehidupan.Modul 1 – Sains Perpustakaan Pengetahuan Ilmu mempunyai fakta serta teori yang dapat memahami keadaan dan boleh menyelesaikan masalah. Latihan Berikan perbezaan antara data. Pengetahuan merupakan maklumat. Ilmu sentiasa berkembang hasil daripada penemuan fakta. yang mana dapat membantu kita memahami. maklumat. pembacaan. Dapat membimbing generasi ke arah haluan teknologi untuk membentuk generasi baru yang bermaklumat. 28 . pengajaran dan pembelajaran dan sebaginya dan digunakan secara berterusan. ilmu pengetahuan dan hikmah. Ilmu merupakan satu tanggapan yang mudah atau paling kompleks tentang sesuatu perkara dan akan disokong jika mempunyai bukti yang kukuh hasil penyelidikan yang telah dijalankan. imiginasi dan pengalaman baru. kemahiran dan sikap diperolehi melalui pengalaman. mengenal. menjangka dan menangani sesuatu masalah atau siatuasi. pendengan. Hikmah Segala maklumat atau ilmu pengetahuan yang boleh membawa pengetahuan dan faedah. Jawapan : Kepentingan Literasi Maklumat • • • • Menjadikan manusia pengetahuan. menerang.

c. Ia diertikan sebagai mempunyai kaitan dengan bahasa. d. rak majalah Bilik audio visual Bilik bahan 2D dan 3 D Makmal komputer 29 . Definisi bergantung kepada individu dan juga penggunaanya. Antara kemahiran perpustakaan ialah: a. b. tetapi bukan setakat mengetahui bahawa dihasilkan daripada perkataan dapat mengenal sesuatu huruf atau sedar akan peranan bahasa di dalam sesebuah masyarakat. maka kefahaman dalam bidang ini adalah sangat penting bagi semua orang. mungkin sama pentingnya dengan kebolehan untuk membaca atau menulis. Komponen Literasi Maklumat Komponen literasi maklumat dikaitkan dengan kemahiran perpustakaandalam usaha mengesan maklumat dengan berkesan dalam pusat sumber. Literasi membawa maksud kebolehan untuk membaca dan menulis. Tidak ada definisi yang jelas untuk literasi komputer. Bahan Buku Surat khabar dan majalah Alatan audio visual Bahan 2D dan 3 D Komputer Lokasi Rak buku Rak surat khabar. Istilah literasi komputer ini hampir sama bagi kebanyakkan orang tetapi definisinya berbeza. Secara amnya susunan lokasi bahan atau maklumat adlah hampir sama bagi setiap pusat sumber. Selain itu pengguna juga perlu mengetahui jenis bahan rujukan asas yang terdapat dalam pusat sumber dan cara menggunakannya.”Menulis” dan “Mengira”. Ia boleh membawa makna dari kebolehan bermain permainan komputer kepada kemahiran pemprogramkan dan pengendalian sesebuah komputer. Mengetahui lokasi atau bahan maklumat Mengenali jenis bahan dan maklumat Mengetahui susunan maklumat samada buku atau bukan buku. Menggunakan katalog a. Malah beberapa negara telah menyatakaan bahawa literasi komputer sebagai “M” yang keempat tambahan kepada “Membaca”.Modul 1 – Sains Perpustakaan Literasi Komputer Memandangkan komputer akan menjadi sangat penting. Lokasi Bahan dan Maklumat Terdapat pelbagai cara susunan lokasi bahan atau maklumat bergantung kepada pengurusan atau saiz pusat sumber. Untuk menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan seseorang pengguna perlu mengetahui bagaimana buku dan bukan buku dikelaskan dan disusun supaya pengesanan mudah dilakukan.

37 30 . Bahasa. visual. audio dan audio visual c. contoh Agama.Tesis iv.Makalah/terbitan berkala Majalah Jurnal iii.Bahan Rujukan Asas Buku rujukan Atlas Ensiklopedia Kamus ii. Susunan Maklumat ( buku dan bukan buku ) Buku Secara amnya buku-buku di susun pada rak yang sama berdasarkan perkara atau subjek.Kit . Matematik.Modul 1 – Sains Perpustakaan b.Satu set bahan rujukan bukan buku. Seterusnya susunan yang sistematik dilakukan mengikut nombor panggilan yang berturutan di atas rak .Bahan bukan buku Carta Poster Slaid Transperansi Pita Video Filem Kaset Peta Kad imbasan CD ROM VCD v. Sains. Contoh: Buku yang mempunyai nombor panggilan 621. Kenali jenis bahan / maklumat Bahan-bahan rujukan pusat sumber boleh diklaskan seperti berikut: i.38 disusun selepas nombor 621.

4. 0123456789- KARYA AM FALSAFAH DAN DISIPLIN YANG BERSANGKUTAN AGAMA SAINS KEMASYARAKATAN BAHASA SAINS TULEN TEKNOLOGI (SAINS GUNAAN) KESENIAN DAN REKREASI KESUSASTERAAN GEOGRAFI.37 621.5.1.7. Huruf singkatan ditulis di hadapan nombor pengkelasan untuk menentukan keadaan fizikal bahan tersebut.2.38 621.9 mengikut disiplin utama dan kumpulan disiplin yang berkaitan.1 : Susuan Buku Nombor panggilan dikelaskan pada 10 kelas dan diberikan angka 0. SEJARAH AM DAN BIOGRAFI Penyusunan bahan-bahan di atas rak adalah mengikut nombor pengkelasan bermula dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.Modul 1 – Sains Perpustakaan 621.387 Rajah 4.6.8. Contoh: Bahan slaid berkenaan perlayaraqn bot dikelaskan dengan S797 31 . Bahan Bukan Buku Bagi bahan bukan buku pula penyusunan maklumat ataupun bahan adalah sama seperti yang digunakan untuk bahan buku. Berikut adalah 10 kelas utama berdasarkan sistem pengkelasan perpuluhan Dewey dengan nama khas masingmasing .3.

rujukan umum dan khusus Bahan rujukan menyediakan maklumat-maklumat asas yang tulen atau boleh dipercayai mengenai beberapa perkara. mikrofis dan data buku dalam komputer komputer (OPAC). Ada juga mengandungi maklumat tentang sumbersumber rujukan seperti buku. Kad-kad tersebut disimpan atau disusun dalam laci-laci kabinet katalog yang biasanya diletakkan pada sudut atau ruang yang mudah dilihat. Katalog Katalog merupakan maklumat bibliografi mengnai sesebuah bahan yang terdapat dalam pusat sumber. dokumen. Katalog digunakan bertujuan untuk memudahkan pembaca mencari bahan/maklumat. buku. Terdapat tiga jenis kad katalog iaitu kad pengarang. Ianya memberi penerangan ringkas dan gambaran keseluruhan mengenai sesuatu idea . visible indeks. • • • • • • Katalog ialah rekod kemaskini mengenai koleksi sesebuah pusat sumber dan juga merupakan wakil buku dan bukan buku dalam pusat sumber. Kemahiran Mengesan Maklumat Menggunakan bahan buku. majalah. Terdapat beberapa jenis katalog seperti berbentuk kad. kad judul dan kad perkara. akhbar dan bahan pandang dengar. Tiap-tiap laci dilabelkan dengan huruf dan perkataan yang menunjukkan susunan kad-kad dan jenis indeks untuk memudahkan para pengguna membuat rujukan. Ianya membantu pengguna mencari maklumat dengan cepat dn berkesan. 32 . serial.Modul 1 – Sains Perpustakaan Singkatan F FJ G GF K KM M MF P PS PK PV R S Bahan Filem Filem Jalur Gambar Grafik Kit Kamera Model Mikrofon Peta Poster Pita Kaset Pita Video Rekod Slaid d.

asas perkataan. makna seerti.Modul 1 – Sains Perpustakaan Bahan rujukan asas terbahagi kepada dua: a. Contoh-contoh Kamus Kamus Dwibahasa. Kamus Buku yang mengandungi kata-kata yang disusun menurut abjad dengaan keterangan tentang perkataan dinyatakaan dalaam bahasa yang sama ataaau dalam bahasa yang lain. Kamus Dewan. penjelasan. imbuhan. sejarah. The World Book Encyclopedia dan The Encylopedia of Psychology. 33 . gambaran. Bibliografi di akhir setiap artikel adalah bertujuan untuk pembaca membuat rujukan lanjut. ii. Menjelaskan prinsip-prinsip umum yang asas serta penerangan ringkas mengenai definisi. bibliografi bidang-bidang tertentu. Bertujuan untuk menjadi bahan rujukan: mengandungi artikel-artikel penyelidikan. data-data ringkas seperti nama orang. Contoh-contoh Ensiklopedia Encylopedia Britannica. Kamus Inggeris-Melayu Dewan. kedudukan semasa. Bahan rujukan khusus Bibliografi Indeks Abstraks Katalog Bahan rujukan umum i. Ensiklopedia Bahan yang mengandungi pelbagai maklumat dalam semua bidang ilmu pengetahuan. tarikh lahir. ejaan. tempat-tempat geografi dan peristiwa-peristiwa. Bahan rujukan umum Kamus Ensiklopedia Kamus Biografi Almanak / Buku Tahunan Direktori Gazetir b. Kamus Arab dan sebagainya. penggunaan perkataan tersebut dalam ayat. Bahan yang menerangkan tentang perkataanperkataan. terjemahan dan jenis perkataan. statistik dan bibliografi. sebutan.

Directory of Special Libraries and Information Centres. Jenis-jenis kamus Biografi: Universal (tidak terbatas kepada negara atau profesion) Kebangsaan (meliputi negara tertentu bagi semua profesion) Profesional (terhad kepada tokoh-tokoh di dalam bidang tertentu sama ada universal atau kebangsaan) iv. Ia juga memberikan sebutan nama-nama. pendidikan. statistik. latarbelakang. Contoh-contoh Direktori The Foundation Directory. mengikut susunan abjad atau nombor pengkelasan: mengandungi alamat: afiliasi (affiliations) untuk individu. Contoh-contoh Almanak / Buku Tahunan Reader’s Digest Almanac and Yearbook. Merupakan indeks tidak langsung untuk mengesan maklumat mengenai tempat-tempat. v. tokoh-tokoh.Modul 1 – Sains Perpustakaan iii. Almanak / Buku Tahunan Almanak ialah satu komponen data-data dan statistik penting mengenai negara. fungsi. Memberikan maklumat-maklumat tentang sejarah. minat. World Almanac and Book of Facts. kedudukan dan alamat yang dinyatakan secara gabungan. Malaysia Yearbook. Kamus Biografi Merupakan sketsa riwayat hidup yang disusun mengikut abjad menggunakan nama keluarga (surname). Maklumat yang diberi adlah keterangan ringkas mengenai tokoh-tokoh terkenal seperti kehidupannya. vi. Diterbitkan tiap-tiap tahun atau dua tahun sekali. Tujuan Buku Tahunan ialah untuk merekodkan aktiviti tahunan nagi negara atau bidang-bidang tertentu:untuk menunjukkan aliran (trend) perkembangan tamadun sebagai kunci kepada maklumat tambahan kerana memberikan punca maklumat. Direktori Suatu senarai mengenai orang atau organisasi yang disusun secara sistematik. Contoh Gazetir Columbia-Lippincott Gazzetter of the World. peristiwa dan sebagainya. Terdapat Buku Tahunan Khusus yang mencatitkan nama tokoh-tokoh utama dlam sesuatu bidang dengan alamat dan sejarah hidup ringkas. American Universities and Collages. kebudayaan dan lain-lain yang berkenaan mengenai tempat-tempat. 34 . staf dan lain-lain data mengenai organisasi. Edisi baru memberikan maklumat semasa dan edisi lama memberikan maklumat sejarah mengenai tempat-tempat itu. Direktori Telefon. Ia juga mengandungi alamat. Almanak lebih umum dan Buku Tahunan lebih khusus (mengendalikan perkara-perkara tertentu sahaja). Biasanya terdapat di dalam atlas dan ada juga dibuat berasingan. Gazetir Sejenis kamus mengenai tempat-tempat.

data organisasi. Maklumat disusun secara sistematik berdasarkan urutan abjad atau kelas. negara atau jangka masa. lagu-lagu dan lain-lain. keahliannya. peristiwa. Contoh Indeks buku menunjukkan muka surat yang mengandungi maklumat yang dicari. jabatan kerajaan atau syarikat perniagaan. Indeks untuk bahan berkala terdiri daripada: Indeks am: meliputi banyak jenis bahan berkala (umum atau khusus) Indeks perkara: mengandungi bahan bukan sahaja dari bahan berkala tetapi juga buku. ii.Modul 1 – Sains Perpustakaan Bahan Rujukan Khusus i. Buku Panduan / Direktori Buku Panduan atau Direktori lebih terkenal sebagai buku alamat. Indeks surat khabar Indeks Serials Indeks bahan dalam koleksi sajak. Bibliografi Pengarang adalah senarai karyakarya yang dihasilkan oleh seseorang pengarang. Segala maklumat mutakhir dibuatkan secara jelas dan tepat untuk memudahkan pembaca memanfaatkannya. aktiviti-aktiviti yang sebagainya tentang sesebuah negara. Bibliografi Nama yang diberikan untuk suatu senarai buku-buku. pertubuhan dan industri yang dijalankan sepanjang tahun itu. tmpat. drama. manuskrip dan lain-lain penerbitan. Buku ini biasanya diterbitkan oleh dewan perniagaan. risalah. pengurusan. laporan dan lain-lain dokumen. organisasai individu. Bibliografi Kebangsaan atau Wilayah pula mengandungi bahan berkaitan dengan sesebuah negara atau wilayah. fiksyen. Dan Bibliografi Perdagangan tertumpu kepada perniagaan buku dan membekalkan maklumat untuk membeli dan menjual buku. Bibliografi perkara pula terhad kepada suatu perkara sahaja. Bibliografi terdiri daripada beberapa jenis. Buku Laporan Tahunan Buku Laporan tahunan merupakan rujukan yang berguna dan mudah tentang negara dan industri. alamat dan nombor telefonnya sekali. Buku ini memuatkan maklumat tentang orang ramai. Indeks online: CD ROM iii. Indeks Tidak memberikan maklumat tetapi menunjukkan di manakah maklumat itu boleh didapati. Memuatkan maklumat-maklumat pentadbiran. Maklumat yang terkandung di dalam Buku Laporan Tahunan termasuklah: Information Malaysia Year Book dan Buku Rasmi tahunan Malaysia Buku Tahuanan Perangkaan Malaysia iv. 35 . diterang dan disusun secara sistematik. Bibliografi Umum tidak terhad kepada seseorang pengarang. perkara.

sungai. carta dinding. Bahan Pandang Dengar ( Audio Visual ) Bahan-bahan bukan bercetak merupakan peralatan yang terdiri daripada : Bahan-bahan bukan tayangan iaitu papan tulis. Peta boleh didapti dalam ensklopedia.Modul 1 – Sains Perpustakaan v. Bahan tiga dimensi (3D) seperti globe. video. Latihan Anda ingin mencari maklumat untuk menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah. Ada berbagai-bagai jenis peta yang boleh didapati dari perbagai sumber. Peta / Atlas Peta ialah gambaran alam yang sebenar tetapi telah dikecilkan dalam bentuk yang mudah dikaji melaui penggunaan grafik. buku panduan dan sebaginya. projektor filem dan lain-lain. permainan dan lain-lain. cakera dan lain-lain. kedudukan bandar. Atlas pula ialah kumpulan peta yang telah dijilid dalam bentuk buku. jenis tumbuh-tumbuhan. radio kaset dan sebaginya Bahan-bahan tayang dan dengar seperti television. papan pamer dan lain-lain Bahan-bahan pendengaran. Jawapan : 36 . Software iaitu slaid. taburan penduduk dan sebaginya. Senaraikan tiga langkah kemahiran perpustakaan yang boleh anda gunakan sewaktu mencari maklumat di pusat sumber. papan flannel. laporan. model. Peta merupakan sumber maklumat terperinci yang mengguinakan simbol-simbol dan gambaran grafik untuk menerangkan sesuatu idea.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful