7.

1 Konsep pengajaran
 cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik.  Sesuatu yang diagnostik dan preskriptif  Mengaplikasikan strategi serta aktiviti yang sesuai untuk pelajar  Ringkasnya : • • • • • • • • Melibatkan diri dalam pembelajaran dan pertumbuhan sepanjang hayat. Menghormati kanak-kanak dan remaja-remaja Berkongsi pengetahuan Membimbing, mengarah, memudahcara, mengasuh dan merancang Menentukan matlamat untuk diri dan pelajarnya Menghadapi cabaran-cabaran peribadi dan professional Menyalurkan budaya dan nilai nasional kepada orang ramai. Mereka bentuk suau kesedaran dan pengahragaan potensi diri ( Evans & Brueckner, 1992)  rumusannya: • • Pengajaran adalah satu cara memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar. Pengajaran adalah memimpin, mengarah, memudahcara, mengasuh dan merancang pembelajaran pelajar.

7.2 MODEL-MODEL PENGAJARAN

Model-model pengajaran

Ekspositori

Pemerosesan maklumat

Inkuiri

Projek

Rajah 1: Model-model Pengajaran

7.2.1 MODEL PENGAJARAN EKSPOSITORI
 Pendekatan pengajaran Ausubel : guru mempersembahkan bahan dalam suatu bentuk yang tersusun dan mengikut sekuen.  guru menyampaikan maklumat atau isi kandungan secara langsung  Mencadangkan penggunaan pengurusan grafik ( penyusun awal ) pada awal pengajaran  guru boleh menggunakan model ini untuk menerangkan konsep, fakta, hukum, prinsip atau teorem-teorem matematik  Penyusun awal : suatu pernyataan awalan tentang suatu hubungan atau suatu konsep peringkat tinggi yang luas untuk merangkumi semua maklumat yang berikutnya.

Penyusun awal

Komparatif
~ merangsang skema sedia

Ekspositori ada
~ menyediakan maklumat

baru

Rajah 2: Jenis Penyusun awal

7.2.2 MODEL MAKLUMAT

PENGAJARAN

PEMEROSESAN

 bergantung kepada komputer sebagai model  merupakan satu teori bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran  menekankan cara-cara merangsang desakan dalaman manusia untuk mencari makna dengan memperolehi dan mengorganisasi data, menyedari masalah dan menjana penyelesaian kepada masalah dan membentuk konsep dan bahasa untuk menyampaikannya.

Forgotten Input Stimulus

Forgotten Episodie Memory

Semantic Memory Smell Touch Hear Taste See Interference Short Term Memory Sensory Register Attention Long Term Memory Rehearsal Procedural Memory

Retriaval Output

Rajah 1 : Model Pemerosesan Maklumat

7.2.3

MODEL PENGAJARAN INKUIRI

 semua rangsangan dari alam sekitar diterima oleh receptor.  Contoh : apabila anda menyentuh tangan anda, receptor deria akan mengesan sensasi tersebut.  Sensasi itu disimpan secara sementara dalam ingatan deria. Jadual 1: Kapasiti dan tempoh mengikut jenis ingatan Ingatan deria Kapasiti Besar Ingatan pendek 5-9 unit jangka Ingatan jangka panjang maklumat Tidak terhad

Tempoh 1-2 saat baru 20 saat kekal penemuan terpandu  kekuatannya ialah : kedua-dua kandungan dan proses penyiasatan diajar pada masa yang sama  menurut John Dewey. langkah-langkah inkuiri yang digunakan ialah : • • • • • kenal pasti dan menjelaskan masalah membentuk hipotesis mengumpul data analisis dan interpretasi data untk menguji hipotesis membuat rumusan Mengenalpasti masalah analisis penyiasatan Proses inkuiri komunikasi mempertimbangkan Rajah 4: Proses inkuiri .

3 Pendekatan dan strategi pengajaran Pendekatan dan strategi pengajaran Strategi berpusatkan guru Strategi berpusatkan pelajar Rajah 5: Pendekatan dan Strategi Pengajaran .7.2.4 MODEL PROJEK  merupakan satu kaedah pengajaran yang sistematik yang melibatkan murid-murid mempelajari kemahiran dan pengetahuan melalui satu proses inkuiri yang berstruktur  guru perlu menyediakan soalan projek serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dengan baik  melibatkan penglibatan murid-murid yang tinggi  membolehkan murid-murid berinteraksi dan berkomunikasi  satu kelebihan model projek ialah ada elemen kesepaduan di mana murid-murid dapat mengapplikasikan kemahiran-kemahiran matapelajaran yang berlainan  guru perlu memberi bimbingan dan arahan dengan terang tentang caracara mengendalikan sesuatu projek 7.

kuliah dan hafalan pelajar  juga dikenali sebagai pengajaran eksplisit  terdiri daripada bahan yang mengandungi langkah-langkah kecil dan sistematik  digunakan untuk menyampaikan fakta-fakta khusus dan kemahiran tertentu  contoh . pengiraan matematik  peranan guru adalah mengemukakan bahan pengajaran.3.7. . perbendaharaan kata. membimbing pelajar melalui sesi praktis awalan dan memberi semua pelajar amalan berperingkat tinggi yang lebih kerap. pengajaran fakta sains atau kajian sosial.1 STRATEGI BERPUSATKAN GURU  merupakan stategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama diamalkan dalam bilik darjah  guru menguasai dan mengawal segala aktiviti pembelajaran  komunikasi dan interaksi antara guru dan murid adalah sehala  guru berada dalam tengah-tengah aktiviti bilik darjah  juga dikenali sebagai pengajaran langsung  guru mengarah pemikiran pelajar dan penglibatan  contoh : latih tubi dan praktis.

3.Ciri-ciri pendekatan strategi berpusatkan guru Guru bercakap lebih daripada pelajar semasa pengajaran. menghadap papan kapur Pelajar tidak bebas untuk bergerak dalam bilik darjah Rajah 6: Ciri pendekatan strategi berpusatkan guru 7. Pengajaran ditujukan kepada seluruh kelas Buu teks merupakan panduan untuk apa yang diajar dalam kelas Setiap episod dalam pengajaran ditentukan oleh guru Meja dan kerusi diatur dalam barisan.  strategi ini sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan dalam strategi berpusatkan guru  matlamatnya ialah untuk memperkembangkan kemahiran pemikiran .2 STRATEGI BERPUSATKAN PELAJAR  pelajar mengambil alih tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat dipelajari  dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka belajar bagaimana untuk belajar  dilakukan untuk menwujudkan iklim bilik darjah yang baik di mana pelajar dapat berinteraksi dengan guru dan pelajar lain.

3.1 Peranan guru dalam strategi berpusatkan pelajar Peranan guru dalam strategi berpusatkan pelajar Mahir dalam mata pelajaran yang diajar Mengetahui struktur. mengenal pasti konsep-konsep penting Memilih atau mengembangkan pengalaman-pengalaman yang bermakna kepada pelajar Memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka dan menemui apa yang guru hendak mereka pelajari . guru masih berkuasa dan memberi sedikit tanggungjawab kepada pelajar  guru bertindak autoritatif – guru memilih untuk mengagihkan sedikit kuasanya kepada pelajar dan tidak memusatkan kuasa kepada dirinya.  Contoh Strategi berpusatkan pelajar i) Penerokaan perbincangan ii) ikuiri penemuan iii)Beberapa bentuk 7.kreatif dan kritis  pengajaran dalam bilik darjah kurang eksplisit  namun.2.

Rajah 7: Peranan guru dalam strategi berpusatkan pelajar 7. pusat akses kendiri dan lain-lain dalam menjalankan pengajarannya. peralatan saintifik.3. komputer. pusat sumber.  Contoh-contoh penggunaan media • • • • • • • panduan pelajaran panduan buku teks buku kerja video pakej pita pakej pembelajaran berasaskan komputer. bahan lukisan.3.3.3 STRATEGI BERPUSATKAN BAHAN  terbahagi kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran  memupuk sifat-sifat sosial yang positif khasnya apabila murid dan guru berkongsi sumber dan bahan  murid-murid mendapat pengalaman realistik kerana dapat melihat situasi sebenar  interaksi yang berlaku dalam bilik darjah adalah banyak hala  strategi ini mengutamakan kecekapan dan kemahiran murid dalam memanipulasikan pelbagai jenis bahan  guru menggunakan banyak bahan seperti buku. konferens komputer CD-ROM. multimedia dan lain-lain 7. blok-blok binaan.1 PERANAN GURU PEMBELAJARAN BERPUSATKAN BAHAN .

mengatasi masalah sekiranya mereka di dalam perpustakaan 4. membolehkan mereka berinteraksi dalam kerja kumpulan 7. 3.1.4 PENDEKATAN PENGAJARAN PENDEKATAN INDUKTIF guru menyediakan banyak contoh yang mempunyai konsep danperaturan yang sama persoala guru mencungkil atribut kritikal dan atribut bukan kritikal pelajar faham konsep yang ada persamaan mengkategori contohcontoh dan bukan contoh-contoh pelajar menyatakan perkaitan yang ditemui Rajah 8: Pendekatan Induksif  Contoh : 1. membimbing pelajar di mana untuk mendapat maklumat 2. Guru kemudian mencungkil atribut bukan kritikal sebua segi empat 2. misalnya meja empat sama. Guru menunjukkan contoh bentuk segi empat . memberi galakan apabila mereka menemui kegagalan. 3. dan 5. membantu mereka mencari/ membentuk soalan yang sesuai untuk dikemukakan. Pelajar mengenal pasti ciri-ciri yang menunjukkan objek sebagai segi .

hukum. (sebagai satu aktiviti pengayaan)  Guru boleh menggunakan kreatif sendiri dan tidak terikat kepada manamana pendekatan yang khusus.  Kebanyakan mata pelajaran sains dan matematik. .2 Pendekatan pengajaran deduktif mula dengan memberi peraturan konsep atau pernyataan - mencungkil atribut kritikal dan bukan kritikal - memberi contoh dan bukan contoh Rajah 9: Pendekatan deduktif 7.4.  Guru mengajar mengikut kemampuan dan kebolehan murid. konsep dan teorem. prinsip.  kombinasi mana-mana satu kaedah pengajaran.  Strategi ini boleh digunakan untuk pemusatan bahan.3 Pendekatan Pengajaran Elektif  Berasal daripada istilah bahasa Inggeris “elective” bermaksud pemilihan. seperti kombinasi pendekatan induktif dan deduktif  Ia sesuai untuk mrngajar rumus.sama.4. 7.

 Langkah-langkah merancang unit-unit tematik: (1) Pilih satu tema: Tema hendaklah luas untuk memuatkan maklumat daripada banyak bidang mata pelajaran. 7. (3) Pilih bahan : Perancangan bertujuan untuk menyediakan bahan-bahan yang banyak.4. 7. Ciri-ciri pendekatan elektif ialah seperti berikut: (a) Pendekatan ini sesuai untuk murid pelbagai kecerdasan dan kebolehan. (c) Guru memberikan input terlebih dahulu. unit-unit tematik merentasi disiplin.  Disampaikan kepada murid-murid secara sistematik dengan menggunakan alat bantuan mengajar yang sesuai. (b) Murid-murid dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran sama ada tugas mengasas rumusan atau memberikan contoh. mereka disuruh . Ini memudahkan murid-murid membuat rumusan. (2) Membina jaringan perancangan : Membuat sumbangsaran untuk membina carta-peta semantik – yang meneroka pelbagai contoh.  Tujuan  Unit-unit tematik selalu mengandungi pilihan-pilihan untuk pelajar-pelajar.4 Pendekatan Tematik  Berasaskan idea-idea utama berhubung dengan kandungan sesuatu mata pelajaran. (4) Rancangan aktiviti : Pilih dan rekabentuk aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan tema.  Murid akan dinilai.4. Jika tidak dapat menguasai. Gunakan bahan-bahan yang banyak dan galakkan peningkatan prestasi pelajar.5 Pembelajaran Masteri  Bahan pembelajaran dibahagikan kepada unit-unit yang lebih kecil iaitu daripada yang mudah kepada yang kompleks.

(a) murid mempunyai kemahiran asas sebelum bergerak ke unit yang lain. guru mesti menjalankan ujian formatif dan penilaian.  Menjadikan pusat kesepaduan kurikulum bertujuan untuk mewujudkan kesepaduan dalam pengalaman persekolahan pelajar.6 Kaedah Pengajaran Bersepadu  satu cara untuk menguruskan program pengajaran agar mata pelajaran dan kemahiran yang terasing dalam kokurikulum dapat dikait antara satu sama lain. Membantu pelajar untuk memahami dan menghargai sejauhmana pembelajaran sekolah saling berkaitan dan tidak diasingkan kepada mata pelajaran dan kemahiran tertentu. (d) Keputusan ujian penilaian digunakan untuk membaiki semua kelemmahan murid-murid dalam setiap unit pembelajaran.  Ada perkaitan yang kuat dengan kaedah inkuiri. 7.  Tujuan kaedah pengajaran bersepadu • • Mengajar pelajar untuk menjadi penyelesai masalah yang berdikari. • • Menekankan proses pembelajaran bertentangan dengan isi kandungan dan kemahiran spesifik. mempunyai pesekitaran yang kurang berstruktur dan berorientasikan penyelesaian masalah. (b) Guru perlu nyatakan objektif pengajaran dengan sangat tepat sebelum dapat melaksanakan pengajarannya. berbentuk kendiri.4.mengulangi pelajaran tersebut. • Kebaikan pembelajaran masteri adalah seperti berikut. . Menggunakan nilai-nilai sosial dalam pembelajaran di mana pelajar digalakkan bekerjasama dengan orang lain. (c) Untuk setiap unit pembelajaran.

7.  Disiplin yang pelbagai – mereka bentuk 2-3 disiplin yang membawa kepada pemusatan. • 5 jenis kesepaduan  Kandungan/ Mata pelajaran – Asas pengetahuan yang nyata/ unit kemahiran. sistematik dan terancang.Peranan guru • Menentu dan menyediakan persekitaran di mana pelajar dapat menjalankan aktiviti pelajaran mengikut minat.4. • • • Guru perlu merancang dan membimbing penerokaan pelajar tanpa menyekat inisiatif. Ia merupakan satu matlamat jangka panjang yang melibatkan gambaran menyeluruh.  Infusi ialah pengajaran dan pemodelan bagi mengatas konflik sepanjang budaya persekolahan seseorang. Perlu menyediakan pelbagai pilihan bahan pembelajaran dengan teliti.7 Pendekatan infusi  pendekatan pendidikan yang menggunakan isu sebenar sebagai konteks bagi pengajaran kemahiran akademik dan pengetahuan.  Disiplin selari – menentukan mata pelajaran antara unit-unit. kebolehan. Perlu sama-sama menjadi pelajar.  Ia membantu pelajar membuat perkaitan antara disiplin. keperluan.  Infusi dan kesepaduan digunakan untuk program pendidikan mengatasi konflik.  Kesepaduan digunakan untuk menjelaskan satu cara startegik menyepadukan mata pelajaran (isi kandungan) dan tema-tema. .  Matlamat infusi ialah membantu sekolah menjalankan secara komprehensif. personaliti dan motivasi mereka.

 Murid-murid dapat berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran. (b) Murid dilatih dengan akauntabiliti diri dan tanggungjawab sesama ahli kumpulan. (b) Murid-murid membentuk kumpulan untuk membincangkan secara koperatif.  Langkah-langkah dalam pembelajaran koperatif ialah seperti berikut: (a) Guru sampaikan pelajaran baru.1 KAEDAH KOPERATIF  Berasaskan konsep di mana murid-murid belajar secara kumpulan dan berbincang secara koperatif. (b) Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan .  Prosedur pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah koperatif ialah seperti berikut: (a) Guru mengajar satu unit kaedah pembelajaran. (c) Kemahiran dan interaksi sosial dapat dipupuk. Antara Disiplin – pusat pengurusan menggunakan semua disiplin. (d) Murid-murid sedar tentang kebaikan pembelajaran ini.  Ciri-ciri pembelajaran koperatif adalah seperti berikut: (a) Murid-murid melibatkan diri secara aktif.  Kesepaduan – Isu-isu berpusatkan pelajar.  Peneguhan sosial diberikan kepada kumpulan untuk membincangkan secara koperatif.5 KAEDAH DAN TEKNIK 7. 7.5. (c) Ujian dijalankan untuk mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam setiap kumpulan.

bahasa. koboratif bermaksud kerjasama erat di antara dua ihak atau lebih. (e) Murid-murid berusaha bersama-sama dalam kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Nilai sosial dan kerjasama dapat dipupuk dengan baik dan masalah disiplin dapat dikurang ke tahap minima.  Guru koboratif juga menghargai dan menggunakan pengetahuan yang didapati melalui pengalaman peribadi. (c) Guru membimbing dengan kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang sesuai. kemahiran dan pengajaran dan menyampaikan maklumat tersebut kepada pelajar.aktiviti-aktiviti yang mencapai objektif pembelajaran.  Melibatkan sekumpulan murid yang berusaha bersama ke arah mencapai prestasi yang cemerlang sama ada dalam bidang akademik atau pun ko kurikulum.  Pembelajaran koperatif dan kolaboratif mempunyai ciri-ciri yang hampir sama di mana kedua-dua ini menekankan semangat kerjasama antara ahli kumpulan.  Keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatakan dengan meminta pelajar penyelesaian sesuatu masalah dengan satu sama lain dan kemudiannya berbincang. menukar corak hubungan antara guru dan pelajar. (d) Murid mengikuti bimbingan guru.. (a) Perkongsian pengetahuan di kalangan guru dan pelajar  Metafora untuk bilik darjah koboratif ialah perkongsian maklumat tentang isi kandungan.6 KAEDAH KOLABORASI  Kamus Dewan (1998). 7. dan kombinasi bilik darjah kolaboratif. (b) Perkongsian kuasa antara guru dan pelajar  Meminta pelajar menetapkan matlamat spesifik dalam kerangka kerja . strategi dan budaya yang dibawa oleh pelajar ke dalam situasi pembelajaran.

 Bilik darjah yang kolaboratif melibatkan aktiviti kurikulum berfikir dan diberi peluang untuk memberi sumbangan dan menghargai sumbangan orang lain. dan memfokuskan kepada kefahaman bertahap tinggi.  Guru mengalakkan pelajar menggunakan pengetahuan sendiri. melibatkan diri dalam pemikiran kritis dan kritikal dan terlibat dalam dialog. (c) Guru sebagai Perantara  Perantaraan yanng berjaya dapat membantu pelajar untuk menghubungkan maklumat baru dengan pengalaman mereka dan pembelajaran di bidang lain dapat membantu pelajar mencari jalan penyelesaian apabila mereka keliru dan membantu mereka belajar bagaimana untuk belajar.  Guru membantu pelajar mendengar pelbagai pendapat. 7.  Merupakan pengajaran langsung yang paling efektif bagi pengajaran (i) Menstruktur Dan Menentukan Kadar Pengajaran  Mestilah jelas supaya pelajar dapat memahami isi kandungan pelajaran dengan mudah dan dapat pula mengaitkan dengan .yang diajar menyediakan pilihan aktiviti-aktiviti dan tugasan yang memenuhi minat dan matlamat pelajar yang berbeza.7 KAEDAH KELAS DAN KESELURUHAN KELAS kemahiran asas. pengalaman dan latar belakang pelajar penting untuk memperkayakan pembelajaran dalam bilik darjah memerlukan pemahaman pelbagai perspektif. memastikan mereka berkongsi pengalaman dan strategi pembelajaran mereka. (d) Pengumpulan pelajar secara heterogen  Perspektif. menyokong pengetahuan dengan bukti.

guru perlu menunjukkan dengan jelas peralihan antara bahagian-bahagian pelajaran.  Guru perlu membuat ulangkaji pelajaran lepas sebelum memulakan pelajaran.apa yang mereka tahu. (iv) Pemetaan konseptual . (d) Penjelasan mesti jelas.  Guru perlu membuat ringkasan. (c) Menggunakan pelbagai media dan kaedah untuk membantu pelajarpelajar yang mempunyai stail pembelajaran yang berbeza. sesuai dengan pelajar yang suka stail pembelajaran visual.  Semasa mengajar. (ii) Menyampaikan Maklumat Kepada Kelas  Guru-guru perlu menyampaikan maklumat secara jelas dan bersemangat dengan: (a) memberi fokus pada satu isi pada satu-satu masa dengan mengelakkan penggunaan frasa yang kabur.  Tunjukkkan tingkahlaku tersebut dan melakukannya. (iii) Pemodelan  Menunjukkan sesuatu kemahiran atau prosedur. guru perlu memberi penekanan kepada isiisi penting supaya tidak hilang punca. (b) Mengulangi dan mengulangkaji peraturan-peraturan am dan konsepkonsep penting semasa mengajar topik-topik yang lebih sukar bagi membantu pelajar mengekalkan dan memahami topik yang diajar. Bahan pengajaran hendaklah disampaikan dalam langkah-langkah kecil mengikut tahap pelajar dan kemudiannya dibuat latihan sebelum beredar ke langkah yang seterusnya.  Terang dengan cara lisan.

untuk mempelajari sesuatu prinsip dan mengaplikasikannya secara berkesan pada masa akan datang dalam pelbagai situasi. jika ditempat di tempat sama akan bersaing.  Dapat mengaitkan hubungan yang terdapat antara prinsip baru dan konsep yang telah dipelajari untuk menjadikan satu hubungan yang bermakna. kumpulan yang sama dapat mencapai potensi.  Pelajar akan mengalami variasi situasi yang luas semasa pembelajaran sebenar. Kerangka yang boleh diberikan kepada pelajar sebelum topik pengajaran disampaikan. 7.  Kesannya.8 PENGAJARAN KUMPULAN  Penekanan terhadap interaksi sosial dalam situasi pengajaran pembelajaran telah membawa kepada perkembangan teknik pengajaran kumpulan. (b) Pengumpulan mengikut minat  merupakan suatu proses pemilihan kendiri. .  Guru sediakan gambarajah ringkasan dengan mengaitkan bahagianbahagian topik yang berbeza dengan struktur yang sedia ada.yang maksimum.  Menggalakkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran membantu pelajar menanggap apa yang penting.  Tiga alternatif asas pengumpulan pelajar-pelajar ialah: (a) Pengumpulan mengikut kebolehan  Percayai pelajar yang ada kebolehan intelek yang sama.  Biasanya berorientasikan projek.

2 PEMUDAHCARA  libat kewujudan persekitaran dan aktiviti kerja yang baik untuk dan menghubungkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada. (d) Mengurus pengajaran kumpulan  Dijalankan dalam kelas.. 7.1 PENGAJARAN INDIVIDU  Pembelajaran mengikut kadar individu dan berasaskan pada premis di mana setiap orang boleh belajar apa sahaja tetapi ada yang mengambil masa yang lebih.  Ada ketua. menyediakan peluang-peluang untuk kolaboratif .(c) Pengumpulan mengikut kadar pencapaian  Pelajar mempunyai kebolehan yang sama tetap kadar kebolehan pembelajaran yang berbeza.  Guru bergerak dari satu tempat ke tempat lain.Dapat tingkatkan tangggungjawab.  Diperlukan bila pembelajaran masteri adalah mustahak dan penting. mengambil lebih masa dan mengurangkan aktiviti kumpulan. memenuhi kehendakkehendak tertentu. 7.8.  Kebaikan :.  Belajar mengikut kadar masing-masing tetapi juga memilih matlamat yang spesifik dan tugasan sendiri.Mahal. meninjau dan memastikan tugas-tugas yang khusus seperti mengedar dan menyimpan bahan dan merekod kemajuan kerja diselesaikan mengikut rancangan. membolehkan penjadualan yang fleksibel dan memastikan kualiti yang berterusan.  Kelemahan :.  Guru meluangkan masa untuk membincangkan kerja yang dilakukan.8.

perlulah berdasarkan pengalaman sebenar pelajar.  Guru boleh membentuk sumber-sumber dalam bilik darjah untuk menyediakan pelbagai genre dan perspektif. untuk mengguna dan membina daripada artifaks. 7. pembelajaran guru situasi-situasi dipilih harian pelajar.  Gunakan bahasa dan istilah yang bermakna kepada pelajar.  Tumpuan kepada persekitaran fizikal.9 KAEDAH PERBINCANGAN berinteraksi sesama mereka dalam membincangkan satu isu  merupakan satu aktiviti berkumpulan di mana murid-murid dapat  Pelajar akan menjadi lebih aktif dan lebih banyak hubungan peribadi.  Guru perlu memoderasikan perbincangan dan bukan menyampaikan maklumat. sikap dan tingkah laku.  Mengambil kira pengetahuan dan kemahiran pelajar  Mengambil kira hubungan dengan rakan sebaya dan fasilitator.  Mengambil kira keperluan pembelajaran dilaksanakan. rekabentuk semula konteks dalam mana pembelajaran dilaksanakan. budaya dari rumah dan masyarakat pelajar dan untuk menguruskan pelbagai aktiviti pembelajaran.  Semasa  Aktiviti memudahacara. pendapat.  Prinsip-prinsip  Pemudahacaraan anda adalah berdasarkan pengalaman pelajar sendiri.  Wujud iklim yang positif.penyelesaian masalah dan menawarkan kepada pelajar pelbagai tugasan yang autentik.  Persediaan menjalankan sesi perbincangan: . guru perlu mewujudkan perasaan saling mempercayai yang dapat menyokong dan menggalakkan perasaan dihormati dan terbuka dalam perkongsian idea.

. (iii) Tetapkan matlamat yang jelas untuk perbincangan (iv) Timbulkan Permasalahan Untuk Perbincangan Tajuk (v) Pilih aktiviti Yang Dapat Mengatasi Masalah (vi) Pilih satu kaedah pengumpulan • • • Mengikut saiz Mengikut pemilihan Mengikut tempoh (vii) Pilih kaedah penyoalan (viii)Memudahcarakan Perbincangan • • • • • • wujudkan iklim selamat wujudkan jangkaan penglibatan tetapkan jangkaan-jangkaan yang jelas berikan permasalahan untuk diselesaikan memantau perbincangan masalah-masalah dengan perbincangan 7. menimbulkan minat dalam sesuatu topik.  Melibatkan pendekatan visual untuk memerhatikan proses.  Membolehkan pelajar melihat perkara sebenar dan melihat bagaimana ia berfungsi  Tunjukcara boleh digunakan untuk menunjukkan sesuatu isi atau prosedur secara berkesan.10 TUNJUK CARA ATAU DEMONSTRASI  merupakan satu kaedah untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur-prosedur tertentu. maklumat dan idea.(i) Persediaan Untuk Perbincangan  peranan awal dan kajian semula isi kandungan (ii) Putuskan banyak mana masa diperlukan.

 Tujuan generik ialah untuk menterjemahkkan gerak hati kepada format yang boleh dibincangkan secara rasional.  Untuk penyelesaian masalah. menyoal dengan bebas dan mengubahsuai kepada kefahaman situasi tersebut. objektif dan mentediakan aklatan atau bahan yang hendak digunakan dalam sesi pengajaran.11 PENYELESAIAN CONSTRAINT(TOC) MASALAH (THEORY OF  satu proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir secara kritis dan kreatif dalam mencari idea-idea alternatif dan langkahlangkah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.menyediakan model untuk kemahiran mengajar dan mengubah kadar pembelajaran pelajar.  membina pemikiran murid supaya bersedia menghadapi masalah  membolehkan murid berfikir secara rasional dan logik apabila menghadapi masalah dan memupuk interaksi sosial yang positif. memudahkan komunikasi.  Ketiga-tiga objektif itu menentukan Apa yang akan diubah: Penilaian situasi.  guru hendaklah menentukan topik. 7. kerjasama dan persetujuan di kalangan mereka yang terlibat. membuat keputusan dan perkembangan penyelesaian.menentukan teras masalah atau konflik dan andaian andaian yang mengekalkannya. huraian tentang kenyataan semasa. .  kebaikan ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada murid-murid melalui deria penglihatan dan pendengaran. dan diagnosis . Apa yang hendak diubah: Menyetakan visi atau penyelesaian dan huraian strategi untuk mendapatkan apa yang diingini – preskripsi.  secara berasingan atau digandingkan dengan kaedah lain untuk menyelesaikan masalah dan pengurusan perubahan yang sesuai.

5. 4.  situasi melaksanakan sesuatu tindakan dalam keadaan terkawal.12 SIMULASI pembelajaran yang membolehkan belajar mengenai pelajar prinsip berlatih atau menggunakan kemahiran.  Tujuan mencapai objektif pembelajaran tertentu.12. Tetapkan peranan-peranan berdasarkan watak-watak dan pilih pelajar yang sesuai untuk berlakon.  Boleh diselia dengan rapi supaya pembelajaran menjadi lebih berkesan. PRINSIP-PRINSIP MELAKSANAKAN SIMULASI DALAM BILIK DARJAH Guru perlu memilih suatu situasi berunsur masalah dan terangkan dengan jelas. dan model gigi yang digunakan semasa melatih doktor pergigian. 7. pembinaan sukan. Adakah perbincangan dan rumusan selepas simulasi.- Bagaimana membuat perubahan: Pembinaan pelan yang terperinci dan taktik yang boleh menjelaskan apa yanng perlu berlaku dan menyelarsakan usaha kumpulan untuk melaksanakan strategimerancang.1 1. berbanding sekiranya mereka berada dalam situasi sebenar.  Kelebihan – satu teknik mengajar dalam bilik darjah. 2. 3.  Penggunaan alat simulasi dalam melatih juruterbang. 7.  Pembelajaran berlaku dalam keadaan selamat. . Pastikan pelajar memberi perhaian semasa simulasi.  Boleh mencuba semula sekiranya percubaan pertama mereka gagal. Tetapkan had masa untuk sesi simulasi.

beliau perlu  Pastikan cerita itu boleh didengar dengan jelas oleh semua pelajar  Pastikan semua pelajar boleh melihat guru. terutamanya bahagian muka dan tangannya.  Bercakap dengan kuat dan jelas berserta itonasi yang sesuai. Pastikan pelajar menumpukan perhatian.  Langkah-langkah (a) (i) (ii) Persediaan sebelum sesi bercerita: Suasana yang selesa diperlukan. mengambil kira perkara-perkara berikut: .2 SESI BERCERITA minat dan membina apresiasi serta menikmati  meningkatkan kesusasteraan.  Diberi peluang untuk berkongsi cerita pendek atau peristiwa menarik dalam situasi yang tidak formal. Sebaik-baiknya pelajar duduk dalam Sekiranya guru merupakan orang yang bercerita.  Dapat memperkayakan pengajian bahasa. mengembangkan kemahiran mendengar dan memotivasikan pelajar untuk membaca. mereka perlu  Diberi maklumat tentang bahagian-bahagian dan sekuen cerita. membekalkan pelbagai pengalaman.  Sekiranya guru tidak mahu diganggu.7.12. satu bulatan bersama orang yang bercerita. ingatkan pelajar untuk bertanyakan atau membuat ulasa hanya selepas selesai bercerita.  Pelajar perlu memberi sepenuh perhatian sebelum uru mula bercerita. (b) Semasa sesi bercerita (i) (ii) Pelajar diberi peluang membuat catatan untuk perbincangan kemudiannya. (iii) Jika pelajar diberi peluang sebagai orang yang bercerita. Ini dijadikan pengalaman awal untuk pengalaman bercerita yang lengkap.

7. (c) Selepas sesi bercerita (i) (ii) Beri peluang kepada pelajar merumuskan cerita.3 SOSIO-DRAMA  satu bentuk main-peranan atau penambahbaikan secara dramatik. Berpeluang menggunakan pengetahuan dan kemahiran asas matematik dan bahasa di sepanjang pelaksanaan projek.12.  Kelebihan :(i) (ii) memperkayakan aktiviti kanak-kanak seperti permainan dramatik.  Beritahu peranan watak  Boleh tambah sendiri  Setelah habis tanya (i) Apa perasaan anda sebagai pelakon 7. Minta mereka berkongsi nilai-nilai yang telah dipelajari.12.12.4 PROJEK  Kajian mendalam tentang aspek kehidupan sebenar yang sesuai dengan perhatian dan kebolehan kanak-kanak. memberi peluang kanak-kanak yang lebih tua menjalankan kajian (iii) sendiri dalam sains dan kajian sosial serta membentangkan dapatan mereka dalam pelbagai cara.5 LAWATAN PENDIDIKAN ATAU LAWATAN LUAR  kaedah memberi pengalaman sebenar kepada pelajar di satu lokasi .(iii) Orang yang bercerita perlu berkemahiran membuat kontrak mata dengan pelajar seolah-olah bercerita secara langsung dengan mereka. 7. melukis dan mewarna. pembinaan.  Kajian ini dalam kelas atau kumpulan kecil.

Kita mudah hilang kawalan.  Ia memberi peluang menjelas. Kelemahan o kesukaran merancang disebabkan minat yang berbeza dan boleh menyebabkan peserta hilang minat jika perancangan tidak sesuai dengan apa yang mereka inginkan. o Ia sukar untuk merancang o Banyak halangan boleh berlaku.  Ia menggalakkan peserta-peserta mencuba idea-idea baru.  Ia boleh disesuaikan dengan kemudahan dan peluang yang ada. temuduga.  Ia merupakan motivasi alternatif bagi pengajaran dalam bilik darjah. Ciri-ciri kebaikan lawatan luar  Ia dirancang dengan baik dan mempunyai matlamat pendidikan yang jelas.  Bertujuan membuat pemerhatian secara terus.  Ia berkesan dalam mempengaruhi penggunaan pelbagai amalan pendidikan. perbincanga kumpulan. kajian kes atau penghakiman.sahaja.  Ia memerlukan perancangan yang rapi – pengangkutan.  Ia boleh meningkatkan dinamika kumpulan. menilai dan mengesahkan maklumat yang sedia. o Rancangan terbaik mungkin terhalang oleh kos yang tinggi o Cuaca boleh menjadi faktor penghalang .  Ia memberikan pengalaman sebenar yang sukar ditiru dalam bilik darjah. sumber dan peralatan.  Boleh merangkumi teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran seperti demonstrasi.

 Guru perlu memudahcara pembelajaran melalui perundingan.  Guru membimbing pelajar apabila pelajar menemui makna-makna baru. membenarkan pelajar melibatkan diri dalam proses penemuan.  Modul pembelajaran kendiri adalah cara terbaik seorang guru membimbing pelajarnya meningkatkan kefahaman baru dan verifikasi konsep-konsep.  Berbentuk induktif.  Pelajar perlu membaca serta memahami konsep.o Isu-isu keselamatan mengambil banyak masa dan tenaga o Satu atau dua peserta yang enggan bekerjasama turut menjadi faktor penghalang.kaedah penemuan.14 MODUL  Satu pendekatan yang terbukti berkesan dalam proses pembelajaran pelajar. mengamalkan kemahiran-kemahiran dan mengalami pengalaman yang mencorak pembelajaran mereka.  Membolehkan pelajar mendapat jawapan atau membuat kesimpulan daripada soalan-soalan atau permasalahan-permasalahan yang dikemukan melalui pengumpulan data dan pengujian hipotesis. Kandungan modul yang diperlukan: (iv) (v) (vi) (vii) Pendahuluan Ujian pra Objektif Sumber Pembelajaran (viii) Aktiviti Pembelajaran atau Panduan Belajar .13 INKUIRI-PENEMUAN  Inkuiri. 7. 7.

(ix) (x) (xi) Aktiviti-aktiviti Pengayaan Latihan Penilaian Kendiri Ujian Pos 7. . 7. bukan sebagai penyampai maklumat dan akhirnya modul yang baik akan menjamin kelancaran urutan aktiviti dan penemuan faktor dan maklumat yang berjaya apabila selesai dibuat. Pelajar mungkin pilih kaedah yang pasif.2 PERANCANGAN PENGAJARAN Clark and Lampert (1986). guru perlu mengikuti prinsip merancang berikut: MERANCANG UNTUK MENGAJAR Menentukan apa yang hendak diajar . Perkembangan kemahiran manipulatif mungkin diabaikan.1 Kebaikan mengguna pendekatan modul (i) (ii) masa yang tidak digunakan untuk pengajaran boleh digunakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan. Pelajar lembam mungkin membentuk perasaan tidak cekap dan rendah diri. (iii) Pelajar dapat menjadualkan masa sendiri.14. Kelemahan modul (i) (ii) (iii) (iv) interaksi pelajar dengan guru adalah terhad.perancangan melibatkan peruntukan penggunaan masa dan pemilihan kaedah mengajar yang sesuai agar boleh menarik minat pelajar dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang produktif.14. sebelum merancang. Guru berperanan sebagai pemudahcara an pembimbing.

3) Menekankan sama ada pelajar mempunyai kemahiran sedia ada bagi menghubungkan dengan topik baru.Merancang bagaimana hendak mengajar Mencari cara memudah cara pembelajaran Pengurusan pembelajaran Rajah 10: Prinsip merancang 7.14.14.4 RANCANG BAGAIMANA UNTUK MENGAJAR  garis panduan untuk membolehkan pelajar mencapai objektif pengajaran: o menyediakan ringkasan dan idea-idea penting dan konsepkonsep penting dimasukkan dalam pengajaran. 2) Rancang pengajaran berdasarkan pengetahuan dan kefahaman pelajar maklumat yang tepat mengenai pengetahuan pelajar tentang topik dan memanfaatkan pengetahuan sedia ada pelajar. . 4) Sediakan objektif pengajaran yang khusus bagi setiap pelajaran. 5) Mengharapkan satu standard yang tinggi bagi melaksanakan sesuatu tugas.3 PRINSIP-PRINSIP UNTUK MENENTUKAN APA YANG 1) Dapatkan pengetahuan yang mantap tentang syarat-syarat dan isi kandungan kurikulum. HENDAK DIAJAR 7.

o Merancang tugasan yang digredkan mengikut kebolehan pelajar.14. sikap dan matlamat pelajar. o Merancang jadual pemilihan yang membolehkan pemantauan yang berterusan terhadap perkembangan mereka.o Memilih strategi segala pengajaran pengajaran yang bersesuaian satu siri dengan aktiviti keperluan pelajar dan syarat kurikulum o Merancang perhatian. nilai. o Merancang kaedah dan strategi pengajaran alternatif untuk membantu individu yang berbeza o Merancang pelbagai motivasi ekstrinsik yang mengambilkira minat. o Merancang pengajaran yang membolehkan mereka melakukan pemindahan pembelajaran dalam situasi yang lain. 7.5 MENCARI CARA UNTUK MEMUDAHCARA PEMBELAJARAN  garis panduan untuk memudahcara pembelajaran: o merancang penggunaan alat bantu mengajar dan contoh untuk menerangkan dan mengajar mengikut isi kandungan.14. o Merancang pengalaman pembelajaran yang menarik dan mencabar bagi membolehkan pelajar melibatkan diri secara aktif. o Mereka bentuk prosedur untuk teknik dan strategi pengajaran yang membantu dalam kefahaman. sebagai berurutan secara terancang untuk mengekalkan minat dan 7.6 PENGURUSAN PENGAJARAN . o Bersedia untuk sesuaikan perancangan yang tidak akan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Objektif menyediakan suatu konteks kepada guru untuk mengetahui apa yang perlu didedahkan kepada pelajar.  Guru perlu bijak dalam pengurusan masa dalam bilik darjah dan melibatkan pelajar dalam pelajaran  Persediaan awal perlu dijalankan untuk menentukan aktiviti berjalan lancar 7. Guru perlu menyedia dan menguruskan bilik darjah serta sumber pengajaran yang dirancang dengan baik dapat dilaksanakan dengan berkesan.15 PERANCANGAN UNTUK PENYAMPAIAN PENGAJARAN ANALISIS KURIKULUM  guru harus menganalisis kurikulum untuk mata pelajaran ayng diajar  kurikulum dirancang oleh Pusta Perkembangan Kurikulum (PPK)  tugasan guru ialah untuk menyalurkan isi kandungan yang terdapat di dalam kurikulum dalam masa yang diperuntukkan.14.  Objektif dan kemahiran hendaklah dicapai : 1.7 RUMUSAN sekolah  perancangan adalah penentu utama apa yang hendak diajar di  perancangan yang baik boleh mengakibatkan pengurusan masa yang berkesan dan penggunaan kaedah pengajaran yang sesuai. .  Contoh: sukatan pelajaran Bahasa Malaysia telah menyenaraikan kemahiran yang hendak dicapai oleh pelajar untuk tahap satu dan tahap kedua di peringkat sekolah rendah. mencari cara untuk memudahcara pembelajaran dan mengurus pengajaran.  Prinsip asas merancang adalah menentukan apa yang diajar. merancang bagaimana hendak mengajar. 7.

mingguan. 7.2. Aktiviti seperti pengayaan. membantu guru mengetahui aras pencapaian yang sepatutnya diharapkan daripada pelajar menunjukkan apa yang semua pelajar akan belajar dalam negara ini. kepentingannya dan jangka masa yang diperlukan. Aspek merancang rancangan kerja Masa yang diperuntukkan bagi satu waktu dalam seminggu/semester Urutan isi kandungan yang hendak diajar Integrasi kesemua kemahiran Isi kandungan yang perlu diselesaikan.  Perancangan yang menentukan apa yang akan diajar untuk satu semester/tahun dan dalam cara mana ia akan diajar. pengukuhan dan pemulihan yang diperlukan perlu dimasukkan.  guru dinasihatkan untuk merujuk kepada buku panduan guru untuk setiap mata pelajaran. Rajah 11: Langkah-langkah semasa merancang rancangan kerja Tentukan jumlah minggu mengajar untuk setiap semester dan darablan dengan jumlah minit yang diperntukkan untuk setiap minggu terjemahkan sukatan pelajaran dan rujuk kepada buku panduan yang terdapat bersama buku sukatan pelajaran .15. perancangan unit dan persediaan mengajar.1 RANCANGAN KERJA  membantu guru menghabiskan sukatan pelajaran  mengandungi perancangan tahunan.

3 PERSEDIAAN MENGAJAR . Penggunaan sukatan pelajaran. 7. 7.  Berfungsi sebagai peta yang menghubungkan beberapa pengajaran dan memberi idea kepada guru. 3.  Topik umum dan topik yang sesuai untuk pelajar dikenal pasti. buku lembaran kerja dan garis panduan yang etrdapat di atas untuk dibahagikan kepada jumlah tema atau tajuk yang hendak diajar.15. Penggunaan inventori kemahiran. isi kandungan untuk setiap topik. 2. pelajar.2 PERANCANGAN UNIT  satu set pengajaran yang dihubungkan dengan seberapa prinsip yang tersusun. isi kandungan dan aktiviti yang difikirkan oleh guru. kriteria yang perlu diambil kira adalah tahap berkaitan dengan kesukaran belajar. jenis kemahiran yang perlu diaajar.Dalam urutan isi kandungan yang hendak diajar. Rajah 12: Prosedur merancang rancangan kerja sepanjang tahun 1. dan orang lain tentang pelaksaan pengajaran.  Berhubung kait dengan pelbagai matlamat.  Unit merupakan selonggok isi kandungan dan kemahiran yang berkaitan dibangunkan bersama dalam cara yang logik.15. buku teks. perkaiatan antara unti-unit pembelajaran. Buat keputusan terhadap urutan yang bersesuaian untuk mengemukakan tema tersebut.

d) Tentukan sekurang-kurangnya satu cara untuk menilai hasil pembelajaran pelajar. bilangan pelajar dalam kelas. struktur unit-unit pembelajaran yang sistematik untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah  ditulis untuk membantu guru menstruktur pembelajaran kepada mereka dan pelajar. c) Tentukan sekurang-kurangnya satu cara untuk membantu pelajar untuk belajar kurikulum baru itu.  Merupakan proses pemikiran  Boleh diselesaikan dalam 4 bahagian . berdasarkan sukatan pelajaran Mata pelajaran Kelas Tarikh : : : . mata pelajaran.  Kerangka sesuatu format boleh digunakan dengan mudah semasa dalam bilik darjah untuk dirujuk dengan cepat oleh guru  Berikut merupakan contoh kerangka format untuk menulis persediaan mengajar:  mengandungi maklumat umum tentang kelas. kelas. masa. 7. topik dan kemahiran-kemahiran yang hendak diajar. iaitu: a) Tentukan kurikulum tentang apa yang pelajar akan belajar b) Tentukan pengetahuan sedia ada pelajar sebelum bermulanya pelajaran yang boleh menuju kepada kurikulum baru hari tersebut.  Membantu dalam kelancaran dan penyampaian pengetahuan.4 FORMAT PENULISAN  format yang mudah untuk diikuti dan berstruktur dengan baik. tarikh.15.

Bil Pelajar dalam kelas Tajuk Kemahiran Pengetahuan sedia ada Hasil pembelajaran Nilai Langkah/tahap/Masa (minit) Set induksi Langkah penyampaian Langkah 1 Lengkah 2 Lengkah 3 Penilaian Penutup : : : : : : : Aktiviti pengajaran Catatan dan pembelajaran Strategi Nilai Isi kandungan Sumber pengajaran/ pembelajaran Proses kajian - kajian sekitar kajian depan sumber pengajaran/ alam masa masa depan pembelajaran kemahiran berfikir Catatan Refleksi: 7.15. pengalaman atau pengetahuan di mana pelajar mesti tahu atau boleh melakukan supaya berjaya dalam pelajaran .5 PENGETAHUAN SEDIA ADA  semua kebolehan relevan.

15. ....  Contoh: walaupun kita hendak pelajar kita menghargai sesuatu.  Membekal kriteria untuk membina penilaian untuk pelajaran dan prosedur-prosedur pengajaran yang guru rekabentuk untuk melaksanakan pelajaran. Keadaan  pernyataan yang menerangkan tentang keadaan di mana tingkah laku itu berlaku  mengkhususkan sesuatu keadaan.6 HASIL PEMBELAJARAN  objektif-objektif pembelajaran tingkah laku yang menghuraikan apa pelajar akan dapat melakukan setelah melalui pelajaran  suatu huraian hasil pembelajaran yang diharapkan  asas untuk pelajaran yang lain.... 7.  Fokus dalam sesuatu persediaan mengajar  Perlu faham isi kandungan yang berkaitan dengan objektif  Elemen dalam objektif tingkah-laku 1... . dapat membantu guru menentukan tahap kesukaran hasil pembelajaran...’ 2. arahan.. strategi pengajaran dan bahan sumber yang digunakan... Atas permintaan pelajar ini akan... arah dan lain-lain  bermula dengan penyataan pengakuan yang mudah  Contohnya : ‘ Diberi .. Kata kerja tingkah-laku  kata kerja dalam tingkah-laku ialah kata perbuatan yang membawa maksud tingkah-laku yang boleh diperhatikan... bahan.. tetapi mustahil kita mengetahui bila pelajar menghargai sesuatu.

ditentukan dalam penilaian  Pelajar boleh membulatkan. menonjolkan.  Dijelaskan dalam nombor yang mudah termasuk respon pelajar  Contoh:  Dalam senarai 100 nombor yang disusun secara meningkat ( keadaan)   Pelajar dapat mengenal pasti ( kata kerja) Sekurang-kurangnya sembilan nombor perdana ( kriteria) yang boleh pembinaan sesuatu produk yang boleh diperhatikan  Objektif tidak menjelaskan secara khusus bilangan sembilan nombor yang mana dan meletakkan syarat sekurang-kurangnya sembilan nombor  Cara pelajar mengenal pasti tidak dinyatakan.  Kesimpulannya: penulisan objektif tingkah-laku yang baik adalah intipati sesuatu persediaan mengajar. Kriteria  pernyataan yang menjelaskan perlakuan tingkah-laku sebaik mungkin yang ditunjukkan oleh pelajar. melukis pada nombor tersebut dan sebagainya.  Objektif tingkah-laku haruslah jelas dan menerangkan hasil pembelajaran yang dikehendaki KEMAHIRAN BERFIKIR  menghuraikan secara ringkas kemahiran berfikir yang digunakan dalam pengajaran  contohnya: pelajar menggunakan kemahiran berfikir melalui satu pengurusan grafik untuk menjelaskan kebaikan dan . Langkah yang ternaik ialah membuat inferen terhadap pelajar  Kata kerja tingkah-laku perbuatan ialah satu perkataan diperhatikan yang atau bermaksud 3.

15.7 SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN akan digunakan serta cara menggunakannya  menyenaraikan semua sumber bahan dan peralatan yang PENYAMPAIAN  mengandungi dua bahagian : (a) induksi  bahagian pengenalan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah  untuk menggalakkan pelajar untuk memberi penumpuan terhadap pembelajaran topik yang baru  masa adalah pendek dan jarang mengambil masa lebih daripada 5 minit (b) aktiviti pengajaran pembelajaran  bahagian penting dalam persediaan mengajar  isi kandungan disusun dengan teliti kepada beberapa langkah yang berurutan berdasarkan kepada pelbagai prinsip pedagodi . nilai 7.kelemahan antara pengangkutan udara dengan pengangkutan darat sebagai dua jenis pengangkutan NILAI  nyatakan nilai implisit dan eksplisit yang diharapkan dapat dicapai oleh pelajar di akhir pengajaran  huraian ringkas terhadap pemerhatian mengenai semasa melakukan kerja ketika pengajaran.

mengandungi keseluruhan objektif untuk unit tersebut. mengandungi huraian tentang teknik pengajaran  menyediakan ringkasan kepada pelajar  menyenaraikan semua bahan dan peralatan yang akan digunakan dan menghuraikan cara untuk menentukan sama ada pelajar mencapai objektif pengajaran 7.8 RUMUSAN  perancangan dan membuat keputusan tentang pengajaran adalah antara aspek peling penting tentang pengajaran kerana ia adalah penentu utama pengajaran dan pelaksanaan  rancangan kerja ialah rancangan yang menunjukkan pengajaran untuk satu semester/tahun  perancangan unit adalah satu set pengajaran yang dihubungkan dengan beberapa prinsip yang tersusun. meliputi pengajaran beberapa hari dang minggu. tugasan dan penilaian  persediaan mengajar merujuk kepada unit pembelajaran yang berstruktur secara sistematik untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah  pengetahuan sedia ada merujuk kepada semua kebolehan yang relevan pengalaman atau pengetahuan yang pelajar telah tahu atau boleh melakukan untuk memastikan kejayaan sesuatu pengajaran  hasil pembelajaran adalah objektif pembelajaran tingkah laku yang menghuraikan apa yang pelajar boleh buat selepas selesai pengajaran  set induksi ialah bahagian pengenalan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah  aktiviti pengajaran dan pembelajaran merupakan penyampaian utama bahagian sesuatu persediaan mengajar. isi kandungan utama untuk diselesaikan. aktiviti/ bahan akan digunakan untuk mengukuh dan melanjutkan pengajaran.  Kesimpulannya. .15.