ISI KANDUNGAN NOTA WACANA Definisi wacana Ciri-ciri wacana Penanda wacana TUGASAN Soalan 1 Petikan Rujukan

Soalan 2 Menandakan penggunaan wacana dalam petikan Soalan 3 Menyatakan ciri-ciri wacana (berdasarkan petikan) Soalan 4 Mengemukakan aspek -aspek hubungan wacana (berdasarkan petikan) Rujukan Lampiran

NOTA WACANA .

ceraian. tertinggi atau terbesar di atas khalimat atau klausa dengan koheren (kesepaduan) dan kohesi (perkaitan) tinggi yang berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau bertulis. bahas. Wacana ini direalisasikan dalam . cerpen. ciri buku. atau tulisan sep erti surat. ceramah.DEFINISI WACANA Wacana ialah semua perkara yang melibatkan bahasa. syarahan. atau sebagainya yang memerihalkan kesatuan dan hubungan antara butir fikiran dan juga perkembangan akaliah yang ada di dalamnya. buku. y Kesatuan fikiran yang utuh. artikel. forum. bab. ucapan. samada dalam bentuk lisan seperti pidato. khutbah. Asmah Haji Omar y Unit bahasa yang melebihi batas ayat dengan itu wacana boleh terdiri daripada ayat. dan novel. pertuturan atau percakapan. sejumlah ayat. Harimurti Kridalaksana (1984:208) y Wacana merupakan kesatuan bahasa terlengkap. Kamus Linguistik y Unit bahasa yang lengkap dan tertinggi yang terdi ri daripada deretan kata atau kalimat samada dalam bentuk lisan atau tulisan yang dijadikan bahan analisis. Henry Guntur Tarigan (1987: 27) y Kesatuan bahasa yang terlengkap. iaitu dalam hierarki gramatikal merupakan kesatuan tertinggi. Berikut merupakan definisi wacana yang dikemukakan oleh beberapa orang tokoh pengkaji bahasa dan juga takrifan kamus: Kamus Dewan (1996) y Keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan.

CIRI-CIRI WACANA 1. Wacana boleh ditulis dalam pelbagai bentuk tulisan. eksposisi (pendedahan) atau penghujahan. deskriptif (penggambaran). jenis ayat yang terbentuk ialah ayat perintah. . paragraph.bentuk karangan yang utuh seperti novel. ensiklopedia. Wacana harus ada tujuan yang menentukan sesuatu jenis ayat. jadi ayat yang terbentuk ialah ayat tanya. Setiap wacana perlu dikaji kaitan penutur dalam masyarakat secara amnya yang akan menentukan gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal. Wacana dapat digambarkan seperti: tujuan aralinguistik k ala ak ga a wacana isi susunan kosa kata tataba asa 2. kalimat atau kata yang membawa amanat yang lengkap. iaitu sama ada naratif (pemberian).Be gitu juga jika tujuan penutur adalah untuk mendapatkan maklumat. perbuatan. 3.

Ayat -ayat ini harus mempunyai urutan yang sangat rapat. Dalam wacana perlu ada unsur -unsur susun atur menurut sebab. tempat. 7. Setiap wacana tidak boleh dimaksukkan maklumat yang bertentangan dengan maklumat yang terdapat dalam ayat sebelumnya.Inferensi menambah maklumat kepada andaian da l azimnya bahagian ini diberi tekanan suara yang tinggi. keutamaan dan sebagainya. akibat. Menentukan bentuk wacana yang dihasilkan. Sesuatu wacana mesti berdasarkan kaitan antara penutur dengan pendengar dalam bahasa lisan dan penulis dengan pembaca dalam bahasa tulisan. 5.4. Wacana harus mempunyai andaian dan inferensi. Setiap ayat dalam wacana harus ada maklumat baru yang ada dalam ayat yang sebelumnya. 8. waktu. Andaian disebut judul dan inferensi disebut ulasan. Tujuan sesuatu wacana juga berkaitan dengan retorik (teknik pemakaian bahasa). tujuan hubungan penghasil wacana dengan khalayak keutuhan susunan ciri-ciri wacana maklumat Tujuan y y y Menentukan jenis wacana yang digunakan. 6.Maklumat pertama dalam wacana digelar andaian manakala maklumat berikutnya disebut inferensi. .

2. y Sebelum menghasilkan wacana. pembaca). Runtutan / koheren (kesinambungan idea). Leksikal 3. Semantik 2. y y Dapat dikesan melalui hubungan daripada segi kata dan tatabahasa. maka tahap pemahaman khalayak tentang wacana tersebut dikatakan sudah mencapai kesempurnaan. Keutuhan y Terhasil daripada wujudnya susunan yang berurutan atau teratur dalam sesuatu wacana. penonton. Keutuhan wacana dapat dianalisis daripada wujudnya hubungan antara bahagian dalam sesuatu wacana daripada aspek: 1. Seterusnya. Gramatikal .Hubungan penghasil wacana dengan khalayak y Wacana mesti berlandaskan hubungan antara penghasil wacana dengan khalayak (pendengar. y Hubungan antara penghasil wacana dengan khalayak dapat dikaitkan dengan tujuan (penghasil wacana) dan penerimaan (khalayak) sesuatu wacana. y Menentukan sama ada sesuatu ujaran atau tulisan itu wacana atau kumpulan ayat yang tidak teratur. y Dua aspek penting yang menghasilkan wacana yang utuh: 1. seseorang penghasil wacana harus menyedari khalayaknya supaya dapat memilih laras bahasa yang sesuai. y Tahap penerimaan khalayak adalah tinggi sekiranya mereka dapat memahami wacana yang disampaikan oleh penghasil wacana. Tautan / kohesi (keserasian hubungan). jika tujuan selari dengan penerimaan.

y Hubungan leksikal antara bahagian dalam wacana tercapai dengan cara memilih kosa kata yang serasi. Hubungan sebab dan akibat 2. Hubungan sebab dan tujuan 4. Mengulang kata yang sama 2. nada suara) 9. y Hubungan semantik antara bahagian wacana dapat diperincikan melalui: 1. Kolokasi 6. intonasi. Hubungan latar dan kesimpulan 5. Unsur-unsur fonologi (hentian. Hubungan sebab dan hasil 3. y Cara memperolehi hubungan leksikal: 1. Hubungan memperkuat isi/hubungan penjelasan 8. Hubungan perbandingan 7. Situasi wacana 10. Unsur-unsur paralinguistik (tulisan-tanda baca. lisan-air muka dan isyarat) Hubungan wacana daripada aspek leksikal y Hubungan ini dapat dilihat daripada wujudnya pertalian antara perkataan dalam sesuatu wacana. Kesatuan topik/tema 11. Antonim 4. Hiponim 5. Sinonim 3. Unsur bersambut .Hubungan wacana daripada aspek semantik y Hubungan ini bermaksud hubungan daripada kesepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana. Hubungan syarat dan hasil 6.

tambahan lagi Lebih-lebih lagi. Maklumat yang bertentangan. serta ayat dan ayat. tambahan pula. Penanda penggantian ± proses menggantikan unsur bahasa dengan unsur lain iaitu kata nama (nominal). PENANDA WACANA y Untuk memastikan keutuhan wacana. frasa dengan frasa. bahkan. kata kerja (verba l) dan klausa. Fungsi (a) Tambahan Contoh penanda wacana Selanjutnya. demikian juga. malah. Penanda rujukan ± kata ganti nama diri orang dan kata ganti tunjuk. Unsur perangkai ini dikenal sebagai penanda wacana. tidak harus wujud: 1. y Setiap ayat mesti mempunyai maklumat baharu yang belum dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Maklumat y Maklumat yang terkandung dalam sesuatu wacana dapat dibahagikan kepada maklumat lama dan maklumat baharu. lagipun (b) Tambahan dan penegasan .Hubungan wacana daripada aspek gramatikal y y Merupakan hubungan wacana yang berkaitan dengan tatabahasa. klausa dengan klausa. Ellipsis-melibatkan penggunaan kata. 4. begitu juga. seterusnya. malahan.berfungsi menjalinkan kata dengan kata. kata atau rangkai kata telah digunakan bagi merangkaikan ayat dengan ayat dan perenggan dengan perenggan. Penanda penghubung . 2. Antara penanda gramatikal yang mewujudkan keutuhan wacana: 1. di samping itu. Tantologi (mengulang idea) 2. 3. y Dalam sesuatu wacana. frasa atau klausa yang telah disebut dalam ayat sebelumnya. selain itu.

0 : contoh penanda wacana yang kerap digunakan dan fungsinya. mulanya. dengan demikian. dengan kata lain Untuk tujuan ini. akan tetapi. selepas itu. kemudian. oleh yang demikian. berdekatan dengan Lain halnya. dengan ini. sesuai dengan Sebagai contoh. dalam hal ini. di samping. tentulah. dari sudut Sebelum itu. berhubung dengan. sungguhun begitu Oleh sebab itu. sebenarnya. berkaitan dengan dari segi. sebagai hasilnya Sehubungan dengan itu. pada masa ini. pendek kata.(c) Pertentangan Namun. yang pertama Kesimpulannya. secara umunya Sesungguhnya. sememangnya. berhampiran dengan. kalakian. akhir kata. misalnya. tegasnya. namun begitu. sewajarnya. kini. ketiga. moga-moga. adapun. mudah-mudahan Sebagai pendahuluan. justeru. secara ringkas Pada umunya. . kedua. akhirnya Iaitu. secara keseluruhan Ringkasnya. syahadan. hal ini bermaksud. alkisah. contohnya Pertama. nyatalah Hatta. lambat laun. akhirnya Di sini. secara amnya. sebermula (d) Sebab dan kesan atau lanjutan (e) Perkaitan (f) Waktu (g) Tempat (h) Perbandingan (i) (j) (k) (l) (m) (n) (o) (p) (q) (r) Contoh Urutan Pernyataan semula Tujuan dan maksud Harapan Pendahuluan Rumusan singkatan Generalisasi Penekanan atau penegasan (s) Bahasa klasik Jadual 1. dengan itu. yakni. seperti. bagaimanapun. oleh itu. selepas itu. maksudnya Semoga. dalam hal yang demikian. sementara itu. namun demikian. maka. jadi. walaupun demikian. pastilah.

TUGASAN (SOALAN 1)  Petikan rujukan (SOALAN 2)  Menanda penggunaan wacana dalam petikan .

Oresteia di tangan Aeschylus. Hal ini menunjukkan . Sem entara itu. tetapi menonjol oleh kebudayaan tinggi yang diwakili oleh karya sastera agung seperti Mahabrata dan Ramayana yang menjadi roh kepada kebudayaan India.M. Tamadun Melayu-Islam yang berpusat di Melaka dahulunya juga menyaksikan kehadiran mahakarya sastera seperti Sejarah Melayu yang kemudian berkembang kepada Hikayat Hang Tuah. Dalam erti kata lain. sastera tinggi ini mencerna nilai dan menjadikan budaya ini berjiwa dan bermartabat. Setiap tamadun dan peradaban besar dihalusi serta diperkemas oleh kewujudan kebudayaan tinggi. sastera memperlihatkan ketinggian tamadun sesebuah bangsa. Zakir Sejarah wujud sebagai roh kebudayaan yang mencerminkan nilai serta tingkat pemikiran sesebuah masyarakat. hikayat lain dan syair keagamaan. Kebu dayaan tinggi ini wujud sebagai roh kepada peradaban itu. Peradaban yunani masih kekal sebagai nilai budaya tinggi dengan adanya hasil kesusasteraan yang ditulis Homer yakni Iliad dan Odyssey. Sastera tinggi selalunya lahir mengiringi kemunculan tamadun dan perada ban besar dunia. yang kekal sebagai bukti kebudayaan tinggi Yunani. Lebih daripada itu. yang dicerminkan oleh kehadiran karya sastera agung yang halus dan tinggi pemikirannya. Oedipus karya Sophocies dan lain-lain lagi. Peradaban purba India pula muncul sebagai peradaban besar bukan hanya kekuatan politik ketenteraan. peradaban Han di China memperlihatkan ketinggian budaya yang disertai oleh mahakarya kesusasteraan seperti Pinyin juga disebut sebagai Sanguozhi Pinghua atau Roman Tiga Kerajaan (Romance of The Three Kingdoms) yang dikumpulkan dan ditulis semula oleh Luo Guanzhong pada abad lampau.Leitkultur Teras ³Satu Malaysia´ Oleh S. Perkembangan budaya tinggi ini lahir daripada pembangunan pemikiran masyarakat hasil daripada wujudnya peradaban dalam masyarakat tersebut.

Dalam konteks ini. secara de facto. permasalahan multibudaya dan pluralisme budaya ini menjadi suatu fenomena sejagat. kebudayaan harus menjadi kedua-dua warisan dan pembentuk nilai baharu dalam masyarakat. Walau bagaimanapun. leitkultur selalunya mewakili budaya . Dalam dunia hari ini.bahawa peradaban dan ketamadunan itu wujud secara lengkap. budaya asal mula diasak oleh budaya pendatang yang tidak boleh ditolak lagi. Pertembungan ini akan mewujudkan reaksi untuk memb ina kembali kebudayaan melalui dua bentuk proses iaitu asimilasi ataupun integrasi. wujud sebuah masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai bangsa. masyarakat yang sama sekali berbeza dengan zaman sebelumnya. yakni multibudaya yang bergaul dalamnya etnik atau bangsa yang bebeza. maka kebudayaan mula menjadi sama ada sebuah warisan atau pembentuk nilai baharu dalam sesebuah masyarakat baharu. dilihat bah awa perlu suatu bentuk budaya utama yang menjadi teras kepada kepelbagaian tersebut. diisi dengan keperkasaan negara dari sudut politik dan ekonomi dan kehalusan serta ketinggian pemikiran dari sudut budaya. Dalam suasana mutakhir ini. Apabila zaman berubah. kebudayaan menjadi wajah kepada sebuah keperibadian baharu. dan berlaku perpindahan serta pergerakan manusia yang mula memisahkan sempadan bangsa serta negara yang berasaskan sifat homogen. Dalam keadaan ini. Maka itu. Budaya ini disebut sebagai leitkultur. budaya ini menjadi pelbagai. kebudayaan tinggi yang wujud itu selaluny a mewakili satu sifat bangsa yang berpusat kepada keperibadian bangsa tersebut. Masyarakat yang berbeza ini muncul daripada masyarakat homogen yang menjadi masyarakat heterogen. Dalam erti kata lain. iaitu budaya yang memimpin semua budaya lain yang terkandung bersama-sama. Kepelbagaian budaya ini bergaul dan adakala terlakur dalam proses pembentukan masyarakat baharu. Maka. dalam menstrukturkan kembali kebudayaan ini. dan menghasilkan suatu bentuk nilai dan kerangka baharu yang melambangkan kehadiran sebuah peradaban baharu yang heterogen sifatnya.

pencerahan. pada hakikatnya terasing atau terpisah daripada masyarakat majoriti yang dominan -politik (kulit putih) di sekeliling mereka. Leitkultur kemudian menjadi konsep politik yang kontroversi. Maka. apabila tafsiran yang pelbagai mula diberi mengikut kefahaman dikotomi budaya asal dan budaya pendatang. seorang warga Jerman berketurunan Arab Syria yang berhujah tentang konsep multibudaya dalam konteks negara Jerman.asli yang sedia wujud. Bassam Tibi mengemukakan konsep leitkultur ini pada tahun 1998 dalam bukunya. konsep perpaduan dapat dibangunkan dalam sebuah pergerakan atau tindakan asimilasi. secara tuntas mempunyai sifat modenis. melalui tindakan pegabsahan hak istimewa (affirmatif action). Leitkultur didefinisikan sebagai budaya utama atau budaya ter as yang melambangkan keperibadian sesebuah negara bangsa. . sekular. Dalam erti kata lain. Tibi meletakkan leitkultur sebagai budaya universal yang berasaskan konsep multibudaya. dan bukan sebuah budaya kuno E ropah yang bersifat berpusat -Barat (western-centric) yang mementingkan nilai barat (western-values) di bawah regim Kristian-Barat. konsep leitkultur juga dibawa dalam pemahaman yang lain. Tibi bagaimanapun menolak ³parallel societies´ yang mewujudkan masyarakat minoriti yang bekerja bersama-sama dalam membangunkan negara tetapi. yang kemudian berdiri sebagai budaya tunggal (monocultural) yang melahirkan superioriti yang membawa budaya asimilasi. Dari sudut kenegaraan . Leitkultur merupakan sebuah konsep moden yang mula diperdebatkan di Jerman pada dekad akhir abad ke -20. asas keperibadian masyarakat tersebut. hak asasi dan hak sivil. Europe ohne Identitat ( Europe Without Identity) sebagai sebuah budaya utama yang baharu. Walau bagaimanapun. Leitkultur mula diperdebatkan Bassam Tibi. yakni pengabsahan budaya teras yang berdasarkan budaya majoriti atau budaya asal. Secara politik. leitkultur mendukung prinsip ³liberal-demokratic basic order´ (Frelheithlitch-demokratischen Grundordnung). Leitkultur seterusnya menjadi pembimbing. leitkultur mewujudkan patriotisme dan nasionalisme. demokrasi. penegasan terhadap suatu bentuk budaya tunggal iaitu budaya majoriti yang wajib diterima dan diamalkan oleh semua pihak dalam mendirikan sebuah kebudayaan tinggi yang homogen sifatnya itu kembali.

yakni bahasa Melayu. (1050 patah perkataan) (Dipetik daripada majalah Dewan Sastera -Ogos 2009) . Dalam erti kata lain. masyarakat harus menentukan nilai manakah yang sah. Jika hal ini berlaku. Lammert berhujah bahawa walaupun budaya menjadi perhatian penting tetapi.Di sini lahir pandangan Norbert Lammert yang menjelaskan masyarakat (Jerman) harus mencapai konsensus atas apa-apa yang disebut sebagai nilai fundamental yang mempunyai piawaian yang tetap. pada akhirnya multibudaya tidak mampu mencapai sesuatu yang bermakna dalam masyarakat yang mana semua nilai adalah sama. Sastera Melayu merupakan teras atau fundamental kepada kebudayaan kebangsaan. Dalam soal multibudaya pula. Seharusnya ada nilai utama (budaya asal dan asli) yang perlu diperkukuhkan sebagai kebudayaan negara. tidak semua nilai yang dibawa oleh budaya dalam pakej mul tibudaya itu dapat diterima sebagai nilai yang benar dan baik untuk sesebuah masyarakat yang besar dan pelbagai itu. Lammert menolak untuk melihat budaya utama atau fundamental ini sebagai leitkultur Jerman sebaliknya. Dalam memperkatakan konflik nilai ini. sebenarnya tiada sebarang nilai yang wujud di situ. kebebasan pengucapan dan kebebasan media untuk menyalurkannya harus menjadi bahagian penting daripada nilai fund amental ini. yakni sastera Malaysia. Sebagai ciri budaya moden. beliau melihatnya sebagai leitkultur Eropah. Sastera Melayu. Pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan boleh dilihat sebagai menegaskan budaya Melayu yang di entiti bahasa Melayu sebagai leitkultur kebudayaan Malaysia. Dalam erti kata budaya Melayu dengan entiti bahasa Melayu sebagai budaya utama atau teras kebudayaan Malaysia. dan tidak berubah -ubah mangikut keperluan atau keadaan semasa. dan nilai mana yang tidak sah. iaitu sastera yang ditulis dalam bahasa Melayu secara langsung menjadi sastera kebangsaan. Pandangan ini menjadi s atu lembaga yang tetap dan tidak berubah atau bergerak sembarangan oleh sebarang tekanan atau desakan budaya semasa. Sekali gus sastera Melayu dalam bentuk sastera kebangsaan wujud sebagai leitkultur.

(SOALAN 3)  Menyatakan ciri-ciri wacana .

. sastera memperlihatkan Penanda wacana . sastera tinggi ini mencerna . melalui tindakan pengabsahan hak istimewa (affirmatif action).walau bagaimanapun wujud itu selalunya mewakili satu sifat bangsa yang berpusat kepada bangsa tersebut. Dalam erti kata lain . pada hakikatnya terasing atau terpisah daripada majoriti yang dominan -politik (kulit putih) di sekeliling mereka.lebih daripada itu ketinggian tamadun sesebuah bangsa. (ii) Penghubung tentangan Contoh: Ayat Walau bagaimanapun . Setiap tamadun dan peradaban besar dihalusi serta diperkemas oleh kewujudan kebudayaan tinggi.dan . Tibi bagaimanapun menolak ³parallel societies´ yang mewujudkan masyarakat minoriti yang bekerja bersama-sama dalam membangunkan negara tetapi.CIRI-CIRI WACANA Terdapat beberapa penanda wacana yang digunakan dalam teks tersebut: 1. kebudayaan tinggi yang Penanda wacana .dalam erti kata lain nilai dan menjadikan budaya ini berjiwa dan bermartabat.bagaimanapun .Penanda penghubung (i) Penghubung tambahan Contoh: Ayat Lebih daripada itu .

dilihat bahawa perlu suatu bentuk budaya utama yang menjadi teras kepada kepelbagaian tersebut.sementara itu memperlihatkan ketinggian budaya yang diserta i oleh mahakarya kesusasteraan seperti Pinyin yang juga disebut sebagai Sanguozhi Pinghua atau . hikayat lain dan syair keagamaan. dalam menstrukturkan kembali Penanda wacana .seterusnya .sebaliknya Eropah. Maka . (iii) Penghubung musabab Contoh: Ayat Maka itu.maka itu kebudayaan ini. peradaban Han di China . budaya ini menjadi pelbagai. Leitkultur seterusnya menjadi pembimbing. yakni . asas dan keperibadian masyarakat tersebut. beliau melihatnya sebagai leitkultur . (iv) Penghubung tempoh Contoh: Ayat Pananda wacana Tamadun Melayu-Islam yang berpusat di Melaka dahulunya juga menyaksikan kehadiran mahakarya seperti Sejarah Melayu yang kemudian berkembang kepada Hikayat Hang Tuah .kemudian .Lammert menolak untuk melihat budaya utama atau fundamental ini sebagai leitkultur Jerman sebaliknya .maka multibudaya yang bergaul dalamnya etnik atau bangsa yang berbeza. Sementara itu .

dan tidak berubah -ubah mengikut keperluan dan keadaan semasa. Dalam soal multibudaya pula. lahir pandangan Norbert Lammert yang menjelaskan masyarakat (Jerman) harus mencapai konsensus atas apa-apa yang disebut sebagai nilai fundamental yang mempunyai piawaian yang tetap. Maka .situ . Dalam konteks ini.sini .Roman Tiga Kerajaan (Romance of The Three Kingdoms) yang dikumpulkan dan ditulis semula oleh Luo Guanzhong pada abad lampau. leitkultur selalunya mewakili budaya asli yang sedia wujud. pada akhirnya multibudaya tidak mampu mencapai sesuatu yang bermakna dalam masyarakat yang mana semua nilai adalah sama.ini . Di sini. konsep perpaduan dapat dibangunkan dalam sebuah pergerakan atau tindakan asimilasi. . Lammert berhujah bahawa walaupun multibudaya menjadi perhatian penting tetapi. seben arnya tiada sebarang nilai yang wujud di situ. Jika hal ini berlaku. iaitu budaya yang memimpin semua budaya lain yang terkandung bersama sama. Penanda rujukan Contoh: Ayat Penanda wacana Budaya teras ini disebut sebagai leitkultur. 2.

lahir pandangan Norbert Lammert yang menjelaskan masyarakat (Jerman) harus mencapai konsensus atas apaapa yang disebut sebagai nilai fundamental yang mempunyai piawaian yang tetap.budaya teras . Pandangan ini.pandangan . Maka itu. iaitu budaya yang memimpin semua budaya lain yang terkandung bersama -sama. Budaya teras ini disebut sebagai leitkultur. dilihat bahawa perlu suatu bentuk budaya utama yang menjadi teras kepada kepelbagaian tersebut. Penanda penggantian Ayat Penanda wacana Di sini. menjadi satu lembaga tetap dan tidak berubah atau bergerak sembarangan oleh sebarang tekanan atau desakan budaya semasa.3. dan tidak berubah -ubah mengikut keperluan dan keadaan semasa. dalam menstrukturkan kembali kebuadayaan ini. .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful