TOPIK 1

:

KONSEP PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

1.

Pengenalan

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan pendidikan peringkat awal usia kanak-kanak. Kefahaman asas terhadap kanak-kanak adalah perlu diketahui oleh pendidik yang ingin menceburi dalam bidang awal usia ini. Amalan yang bersesuaian dengan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak adalah meliputi berbagai aspek perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Amalan yang bersesuaian perlu difahami oleh pendidik dan menjadi landasan kepada pelaksanaan program kurikulum pendidikan awal kanak-kanak. Kefahaman dan kesedaran tentang pendidikan awal kanak-kanak akan meningkatkan kualiti pengajaran Konsep adalah pendapat atau tanggapan mengenai sesuatu. Konsep-konsep prasekolah bermaksud pendapat atau tanggapan berkenaan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak yan berumur empat hingga enam tahun. Pengajaran ialah semua yang dipelajari oleh kanak-kanak. Terdapat banyak pendapat berkenaan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Antara konsep-konsep penting dalam pendidikan prasekolah dan menjadi prinsip atau hukum dalam mendidik kanak-kanak adalah: • • • • • • Belajar melalui bermain Naluri ingin tahu Perkembangan menyeluruh Penerapan nilai murni Kreativiti Kecerdasan pelbagai

1

2.

Belajar Melalui Bermain

Dalam pendidikan prasekolah, proses pembelajaran dijalankan secara tidak formal, iaitu belajar melalui bermain. Aktiviti-aktiviti perlu dirancang supaya kanak-kanak dapat merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bergaul, sifat hormat menghormati dan berdisiplin. Belajar melalui bermain ini meninggalkan beberapa faedah:


menggalakkan perkembangan kognitif menggalakkan perkembangan fizikal menggalakkan kestabilan emosi menggalakkan perkembangan dan kemahiran sosial menggalakkan perkembangan bahasa menggalakkan kreativiti memenuhi pelbagai keperluan kanak-kanak


• • • •

3.

Merangsang Naluri Ingin Tahu

Guru dapat merangsang naluri ingi tahu kanak-kanak dengan menarik perhatian mereka sebelum memulakan sesuatu pelajaran. Kanak-kanak tidak dapat berfikir secara abstrak. Mereka perlukan bahan konkrit dan pengalaman sbenar bagi memahami sesuatu perkara. Kanak-kanak belajar melalui pelbagai deria seperti melihat, mendengar, menyentuh merasa dan bau. Guru dapat merangsang naluri ingin tahu kanak-kanak dengan

• • • • •

Memerhati : tarik perhatian kepada pelbagai objek Kasifikasi : galakkan mengumpul dan menyusun objek mengikut kriteria. Eksperimen : kemukakan soalan seperti “Apa akan jadi?” Menjangka : cuba atau teka hasil atau apakah yang akan berlaku. Menyoal : tanyakan soalan terbuka seperti “Mengapa kamu fakir…..”

2

• •

Penyelidikan : tunjuk bagaimana hendak dapatkan maklimat Komunikasi : jelaskan pengalaman

Selain itu, peranan guru membantu kanak-kanak menjelajah dan mencari sendiri sesuatu maklumat dengan cara berikut: • • • • Memberi motivasi kepada kanak-kanak dengan menyediakan persekitaran yang kaya dengan bahan. Mengenal pasti apa yang kanak-kanak tahu dan apa yang ingin tahu,kemudian pilih tajuk dan aktiviti yang sesuai. Melibatkan semua kanak-kanak dengan memilih aktiviti yang mereka dapat lakukan sendiri ataupun dalam kumpulan kecil. Berikan masa dan kebebasan yang diperlukan untuk kanak-kanak menjelajah Hormati perbezaan individu kanak-kanak. Cara kanak-kanak menyelesaikan masalah tidak sama dengan cara orang dewasa. Kanak-kanak belajar dengan kadar yang berbeza-beza. Oleh itu mereka mungkin tidak faham sepenuhnya sesuatu konsep yang diajar. • • • • Tanyaka berbagai soalan terbuka dan terima pelbagai jawapan mereka Kerap berikan maklum balas dan peneguhan kepada kanak-kanak semasa proses pembelajaran. Kembangkan pelajaran dengan membuat lawatan, bercerita, melihat filem atau menjemput penceramah. Tunjukkan model sikap positif dan guru berkongsi minat ataupun semangat dan kekaguman bersama kanak-kanak berkaitan dunia di sekeliling mereka.

4.

Perkembangan Menyeluruh

Pembelajaran bukan terasing, tetapi perlu dihubungkan dan digabungkan dalam semua bidang kurikulum. Pembelajaran perlu difokuskan kepada kanak-kanak secara menyeluruh dengan memenuhi keperluan fizikal, sosial, emosi dan intelektual kanakkanak.

3

Perkembangan menyeluruh bermaksud perkembangan kanak-kanak daripada segi perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek atau kognitif. Dalam pengajaran dan pembelajaran, semua aspek ini adalah penting dan saling berkaitan. Tidak ada satu aspek yang berkembang secara sendiri dan tidak ada suatu aspek yang paling penting. Contohnya, seseorang kanak-kanak yang membaca melibatkan fungsi jasmani, emosi, rohani dan intelektual di samping lima aspek lain seperti sosial dan kreatif. Oleh itu, fokus guru adalah pada perkembangan kanak-kanak hendaklah secara menyeluruh. Pengajaran kanak-kanak yang menekankan semua aspek perkembangan sangat penting. Kurikulum dan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dan tidak terpisah.

5.

Penerapan Nilai Murni

Segala sikap, prinsip, moral dan etika yang baik adalah nilai-nilai murni. Terdapat 16 nilai-nilai untuk Pendidikan Moral dan Kerohanian telah dinyatak dalam Buku Garis Panduan Kurikulum Prasekolah (Kementerian Pendidikan, 1993). Antaranya adalah ketuhanan, baik hati, berdikari, hemah tinggi kerjasama dan sebagainya. Melalui Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah dijelaskan berkenaan pembentukan insan seimbang dan harmonis daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain itu, aspek penting yang difokuskan dalam FPN ialah pembentukan individu berakhlak mulia. Menurut ahli falsafah dan psikologi, masa yang paling baik bagi menerapkan nilainilai murni adalah di peringkat prasekolah kerana pada ketika ini kanak-kanak mudah menerima sesuatu yang diajar, dilhat dan didengar. Ada pendapat mengatakan nilai-nilai tidak dapat diajar kepada kanak-kanak. Ini tidak bermakna nilai-nilai tidak dapat dipupuk dalam diri mereka. Nilai-nilai dapat diperolehi oleh kanak-kanak secara tidak langsung melalui beberapa cara iaitu: • • • melalui mata pelajaran tertentu, seperti Pendidikan Moral dan Kerohanian merentas kurikulum, dalam semua mata pelajaran secara tidak langsung ataupun dikaitkan dengan topik tertentu. melalui aktiviti-aktiviti harian di sekolah.

4

5.

Kreativiti

Kreativiti ialah sesuatu yang dibuat dan dihasilkan dengan menggunakan daya imaginasi dan pemikiran bagi menghasilkan sesuatu yang baru dan berguna kepada manusia. Terdapat beberapa aspek kreativiti yang perlu diberikan penjelasan iaitu: • Hubungan kreativiti dengan seni kecerdasan a. kreativiti tidak boleh dipisahkan daripada seni kerana salah satu alat buntuk merangsangkan kreativiti ialah seni. b. kreativiti yang berkait rapat dengan kecerdasan kanak-kanak, dapat dibina dan dilatih jika kanak-kanak diberikan keadaan yang sesuai. • Ciri-ciri seseorang kreatif a. kebolehan menghadapi risiko b. berdikari c. berkeyakinan mencuba d. kesanggupan menahan ketegangan 5.1 Peranan guru membina kreativiti

Guru memainkan peranan penting bagi membuna kreativiti kanak-kanak. Memberi motivasi dan mencipta suasana tidak memadai tanpa disertai sikap guru. Sikap guru adalah salah satu faktor yang amat diperlukan bagi merangsangkan kreativiti. Oleh itu guru perlulah bersikap positif seperti: • • • • Menghargai idea dan soalan kanak-kanak. Menggalakkan kanak-kanak bercakap dan bercerita. Memberikan komen yang ikhlas. Memahami kanak-kanak. Memberikan pandangan yang menggembirakan kepada hasil kerja mereka. Mewujudkan suasana menggalakkan.


5

2 • • Merancang aktiviti yang berkualiti dengan menggunakan bahan yang mudah diperolehi dan selamat digunakan. Menggalakkan kanak-kanak bekerjasama antara satu sama lain. kecerdasan adalah kebolehan menyelesaikan masalah ataupun mencipta produk yang dihargai oleh sesuatu budaya. 5. Setiap individu mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kebolehan mental yang berasingan atau bebas.• • • 5. dapat dibina jika kanak-kanak diberikan keadaan yang sesuai.3 • • • • Ciri-ciri seorang yang kreatif Kebolehan menghadapi risiko Berdikari Berkeyakinan mencuba kesanggupan menahan ketegangan 6. Kecerdasan kanak-kanak dapat dipertingkatkan melalui peluang-peluang pendidikan seperti menyediakan persekitaran yang kaya dengan bahan dan aktiviti yang merangsangkan. Howard Gardner (1983) melalui Theory of Multiple Intelligences menjelaskan. Perlulah dikenalpasti kekuatan kanakkanak bagi mempertingkatkan pembelajaran kanak-kanak dalam semua bidang dengan lebih berjaya. 6 . Setiap kecerdasan perlu dinilai sama rata dan sama berat. Kecerdasan Pelbagai Setiap kanak-kanak mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza. Mendisiplinkan kanak-kanak dengan memberi arahan yang jelas dan betul semasa hendak menggunakan alat-alat. iaitu kecerdasan. Sesuatu kecerdasan yang kuat dalam diri kanak-kanak dapat digunakan bagi memperkukuhkan kecerdasan yang lemah. Kreativiti yang berkait rapat dengan kecerdasan kanak-kanak. Hubungan kreativiti dengan seni dan kecerdasan Kreativiti tidak boleh dipisahkan daripada seni kerana salah satu alat untuk merangsangkan kreativiti ialah seni.

main peranan. sebab dan akibat (logik). 6.Berikut dijelaskan pelbagai jenis kecerdasan bagi membantu guru-guru mengenal pasti kecerdasan yang ada pada diri kanak-kanak di dalam kelasnya : 6.Spatial 7 .2 Kecerdasan Logik .4 Kecerdasan Visual .Matematik Kebolehan menggunakan nombor. drama. rumus. jurnal. generalisasi. Kecerdasan Verbal . penyelesaian masalah. 6. perbendaharaan kata.3 Kecerdasan Fizikal . keseimbangan dan kelenturan badan. pemain sukan dan seni pertahanan diri. Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan perasaan.Melibatkan pemikiran saintifik. Contoh aktiviti: Perbahasan. perkaitan. induktif dan deduktif.Kinestatik Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi. perkaitan sebab dan akibat (logik). penulisan kreatif. perhitungan dan pengujian hipotesis. puisi.1. termasuk – keboleban memanipulasikan ayat. pola abstrak. Contoh aktiviti: Tarian kreatif. diari. termasuk pemikiran secara heuristik. Contoh aktiviti: Penggunaan simbol. bacaan. 6. urutan nombor. gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna. membuat inferens.Linguistik Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau tulisan. aktiviti jasmani. latihan fizikal. jenaka dan bercerita. ucapan formal. mengkategori. menaakul. pengurusan grafik dan pengiraan. mengenal pasti pola abstrak.

garis. kesedaran terhadap mood dalaman. rentuk dan ruang. kehendak. Contoh aktiviti: melukis. mencipta gambaran mental. 6. imaginasi aktif. nyanyian dan drama lagu. Berkepekaan terhadap warna. mengecat. menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang. bunyi vokal. disiplin diri dan amalan pemusatan. motivasi. peta minda. Mempunyai gambarann yang tepat tentang diri sendiri. Contoh aktiviti: Persembahan muzik. 8 . melodi atau kelangsingan suatu hasil muzik. dorongan dan kemampuan untuk mendisipIinkan diri dan jati diri. 6. garis rentuk dan ruang. Berkebolehan menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang.7 Kecerdasan Interpersonal Kemampuan untuk rnendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkornunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut. skema warna. kemarahan.5 Kecerdasan Muzikal-Ritma Kemampuan untuk menggemari. Contoh aktiviti: Teknik metakognisi. strategi pemikinm. Kecendenmgan ini termasuk kepekaan terhadap ritma. taakulan tahap tinggi.6 Kecerdasan Intrapersonal Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. 6.Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. proses emosi. mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. bunyi instrumental.

Melibatkan kebolehan memerhati. Aspek yang disenaraikan adalah garis panduan secara umum mengikut peringkat umur. Pendidik perlu mengenal pasti aspek perkembangan dengan peringkat umur sebagai garis panduan amalan yang bersesuaian untuk disesuaikan dengan perancangan kurikulum dan pengajaran. 3. bahasa.Contoh aktiviti: komunikasi antara individu. memahami dan mengatur contoh-contoh dalam persekitaran semulajadi. bahasa. latihan kolaboratif. rnernberi maklurn balas. kognitif dan sosial.1: Peringkat Perkembangan Kanak-kanak 9 . latilhan ernpati. Jadual 1. menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna. Setiap peringkat perkembangan kanak-kanak memberi gambaran keupayaan kanakkanak dari aspek fizikal.1 berikut menunjukkan peringkat perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal. Perancangan kurikulum yang berkualiti perlu bersandarkan kesesuaian umur kanak-kanak sebagai garis panduan untuk menentukan matlamat kurikulum yang akan dicapai. Perkembangan Kanak-Kanak dan Pembelajaran Perkembangan kanak-kanak meliputi aspek fizikal. Setiap aspek perkembangan dilalui oleh kanak-kanak secara berperingkat-peringkat mengikut umur. Jadual 1. kognitif dan sosial. strategi pernbelajaran kooperatif dan sedia bekerja sama 6.8 Kecerdasan Naturalis Mengenali. Keupayaan kanak-kanak adalah berbeza mengikut peringkat umur. kognitif dan sosial. Peringkat umur juga mempengaruhi kesediaan belajar kanak-kanak.

5 tahun 6 tahun Aktiviti motor lebih meyakinkan. kemahiran motor yang cekap. boleh mengenalpasti dan menerima pendapat orang lain Umur 2 tahun 3 tahun 4 tahun 5 tahun 6 tahun Perkembangan Sosial Kesediaan Pembeiajaran Memulakan kemahiran sosial. bergilir dan main bersama. Mencipta perkataan di luar bahasa komunikasi. menggelak halangan semasa berlari. motor halus dan aspek keupayaan kendiri. Umur 2 tahun 3 tahun 4 tahun 5 tahun 6 tahun Perkembangan Kognitif Kesediaan Pembeiajaran Menggunakan objek untuk mewakili objek lain (contoh kerusi untuk bas) Mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan selalu bertanya. Boleh memahami tolak ansur dan kebaikan bekerjasama. menggabungkan tiga patah perkataan atau lebih. Kreatif dan bijak. struktur ayat jelas dan tatabahasanya betul dan sebutan yang baik. Bahasa sebagai alat untuk bersosial dan keperluan kongnitif. Memerlukan rakan sebaya dan membina persahabatan yang rapat (rakan sebaya jantina yang sama) 10 . Memperlihatkan perkembangan fizikal yang lengkap. Pergerakan terkawal dan suka kepada aktiviti motor halus. Berfikiran logik dan bersistematik. belum memahami giliran dan berkongsi mainan. Menampakkan kecanggihan dan keyakinan berbahasa. P rk m a g nB h sa e e bna a a Umur 2 tahun 3 tahun 4 tahun Kesediaan Pembeiajaran Boleh memahami arahan mudah. berlari Pengimbangan dan kawalan badan meningkat pada motor kasar.Perkembangan Fizikal Umur 2 tahun 3 tahun 4 tahun Kesediaan Pembeiajaran Memegang. Menguasai pergerakan asas seperti memanjat. menunjuk kebolehan fizikal seperti 'stunt'. berdiri. tidak melibatkan berkongsi dan bekerjasama Menghadapi masalah bersosial. duduk. Bahasa boleh difahami dan mengandungi ayat yang panjang. 5 tahun 6 tahun Perbendaharaan kata bertambah banyak. Boleh menyesuaikan perkongsian alat mainan.Bermain dengan bahasa dan sering menguji untuk latihan keyakinan diri. komplek. Menguasai bahasa dengan baik seperti orang dewasa dan suka menggunakan kemahiran bahasa. melompat objek. berbuai di buaian. tersentuh dengan deria humor Berupaya memahami keupayaannya lebih jelas dan bertindakbalas mengikut kesesuaiannya.

Latar keluarga memainkan peranan dalam pendidikan awal yang diterima oleh kanak-kanak sebelum ke tadika. Kebanyakan kanak-kanak mempunyai minat dan keperluan secara individu. Ketegasan berpegang kepada aturan kronologi mengikut umur dan kumpulan keupayaan kanak-kanak adalah tidak bersesuaian.4. Kebanyakan kanak-kanak didorong untuk belajar oleh minat yang tinggi untuk menyatakan deria dunianya yang tersendiri dan meningkatkan kemahiran yang dikehendaki oleh sosial dan budaya. Perkaitan Sosial dan Budaya Sosial dan budaya merujuk kepada latar belakang keluarga kanak-kanak. minat dan keperluannya. Pembelajarannya dan pembentukan keyakinan dirinya yang diperolehi menerusi pengalamannya bersama keluarga. Manakala kanak-kanak lain lebih cepat belajar secara berkumpulan.kanak sebagai individu. Semasa di tadika guru hendaklah melihat kanak-kanak belajar dari dua sudut iaitu keadaan kanak-kanak dan pengaruh sosial dan budayanya. Pengaruh keluarga dan keyakinan dirinya dibawa ke 11 . minat dan keperluannya yang tersendiri. Apabila kanak-kanak meningkat usianya mereka sudah memahami batasan keupayaan dirinya. Kanak-kanak mempunyai keupayaan yang berbeza. Setiap kanak-kanak secara individu mempunyai perbezaan kelebihan. Terdapat kanak-kanak yang kesediaan belajar. Amalan yang bersesuaian menghormati perbezaan kanak-kanak sebagai individu yang berbeza antara satu sama lain. Latar belakang sosial dan budaya mempengaruhi gaya pembelajaran kanak-kanak. Perbezaan itu dapat dilihat menerusi kelebihan. Kelebihan. Mereka belajar sepanjang masa walau pun pembelajarannya tidak mengikut seperti yang dinyatakan di dalam kurikulum yang diajar oleh guru. Amalan yang tidak membezakan keupayaan kanakberusia 6 tahun mempunyai keupayaan seperti kanak-kanak yang berusia 7 tahun dan 8 tahun dari segi kanak dan memberi masa untuk kanak-kanak meningkatkan keupayaan mengikut rentak dan keselesaannya adalah digalakkan. Amalan yang bersesuaian hendaklah fleksibel atau anjal terhadap kanak. Keadaan ini perlu diberi perhatian oleh pendidik dalam melaksanakan kurikulum di kelas prasekolah. 5. Kadangkala terdapat seseorang kanak-kanak belajar lebih cepat daripada kanak-kanak lain tentang sesuatu perkara yang diminatinya. Minat dan Keperluan Individu Kanak-kanak adalah individu yang berbeza antara satu sama lain.

Pengenalan Prinsip adalah hokum atau asas yang menjadi dasar pemikiran ataupn tindakan sesuatu perkara. fahammemahami dan percaya pada kemampuan dan kebolehan kanak-kanak untuk berubah. Kanak-kanak merasakan satu penghargaan apabila guru atau pendidik menghormati nilai budaya keluarga. Terdapat banyak prinsip pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Guru perlu mendekati kanak-kanak sebagai individu dan bukannya sebagai satu kumpulan. 12 . Prinsip-Prinsip Perkembangan Kanak-kanak guru perlu mengetahui aspek perkembangan kanak-kanak dan Semestinya menyesuaikan aspek ini dengan konten dan strategi yang digunakan dalam prasekolah. keyakinan dirinya yang dibentuk oleh keluarga dan kemahirannya. Bagaimanapun prinsip-prinsip asas yang perlu diberi perhatian adalah: • • • Prinsip-prinsip perkembangan kanak-kanak Prinsip-prinsip pembelajaran kanak-kanak Prinsip-prinsip arah perkembangan pembelajaran kanak-kanak 2. Sikap terbuka pendidik terhadap gaya pembelajaran kanakkanak berdasarkan sosial dan budaya dapat membantu pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.dalam kelas prasekolah. TOPIK 2 : PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK 1. Mereka juga perlu dilayan dengan rasa saling hormat-menghormati. hukum atau asas dalam mendidik kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran prasekolah bermaksud.

Oleh itu. Oleh itu. Perkembangan kanak-kanak mengikut urutan yang standard Perkembangan kanak-kanak mengikut tahap yang berbeza-beza sama ada dalam • dirinya sendiri (intrapersonal) ataupun antara kanak-kanak lain (intrapersonal). Kurikulum dan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh tidak terpisah.1. • Pengagihan masa dalam sehari perlu difikirkan dan melibatkan semua aspek kerana semua aspek perkembangan kanak-kanak adalah sama penting. bahasa.1 • • Implikasi prinsip pada pembelajaran kanak-kanak Aktiviti dan jadual dibentuk supaya mengandungi semua aspek perkembangan kanak-kanak.1 Kanak-kanak berkembang secara menyeluruh Perkembangan estetik. 2. dalam program prasekolah. pengajaran kanak-kanak secara menyeluruh ndalam program prasekolah adalah penting. fokus guru adalah kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. kanak-kanak yang mendapat penjagaan fizikal yang mencukupi di rumah tetapi tidak mendapat perhatian yang cukup aripada segi sosial dan emosi. masalah akan timbul jika satu aspek perkembangan sahaja diberi tumpuan dan mengetepikan perkembangan yang lain.Antara prinsip perkembangan kanak-kanak adalah: • • • Kanak-kanak berkembang secara menyeluruh. Peringkat prasekolah adalah masa yang terbaik bagi perkembangan kanakkanak. 2. Berdasarkan prinsip ini. Guru perlu memikirkan bagaimana mata pelajaran yang diajar dapat membantu perkembangan kanak-kanak. sosial dan fizikal adalah saling berkait. kognitif. tidak ada satu aspek yang berkembang secara sendiri dan tidak ada satu aspek yang paling penting. Contohnya. 13 .

mata pelajaran dan tanggungjawab.• Menggabungkan pengalaman dan bukan memisahkannya adalah mustahak. Hal ini melibatkan integrasi aspek perkembangan. kemudian duduk.2. Urutan standard didapati berkait dengan pergerakan.1 • • Implikasi prinsip pada pembelajaran kanak-kanak Memerhati dan membaca berkenaan kanak-kanak membantu pendidik mengenalpasti pelbagai urutan standard. sebelum dapat menulis mereka cuba membentuk cakaran. • Elakkan daripada terlalu mempercepatkan progress kanak-kanak melalui urutan standard tertentu seperti yang berkaitan dengan mengeja. Bagi kanak-kanak yang mula belajar memeang pensil dan menulis di atas kertas. Contohnya. berdiri dengan bantuan. Kanak-kanak mungkin bergerak ke depan atau ke belakang sedikit. 2. Kemudian beralih perlahanlahan kepada pengulangan pergerakan. untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.2 Perkembangan kanak-kanak mengikut urutan standard Perkembangan adalah beruruta dalam perubahan berlaku daripada semasa ke semasa mengikut atruran tertentu. diikuti dengan berjalan dan seterusnya berlari. Pengetahuan berkenaan urutan perkembangan kanak-kanak dapat digunakan bagi menentukan cara yang mencabar kanak-kanak dalam kelas dam ekspektasi yang sesuai untuk individu. iaitu meliputi semua aspek perkembangan. membentuk saripada satu huruf kepada perkataan dan seterusnya. mengenal nombor dan menulis. Seseorang kanak-kanak memerlukan sama ada lebih ataupun kurang masa bagi mencapai sesuatu perubahan tingkah laku. Kanak-kanak di seluruh dunia menhadapi corak perkembangan yang sama. Kanak-kanak yang lain pula mungkin tidak mengikut urutan sedemikian kerana tidak sesuai dengan keadaannya. Perubahan sedemian tidak sama keadaannya. 2. bayin bermula dengan mengakat kepala. dank e depan semula. 14 .

Bagaimanapun ketidaksamaan dalam perkembangan adalah dalam jangkaan.3. Kepelbagaian interpersonal juga berlaku. 2. perkembangan fizikal agak lambat berbandingh dengan perkembangan penggunaan bahasa yang begitu pesat.• kebolehan guru menjelaskan urutan standard dapat membantu mereka memahami dengan jelas berkenaan perkembangan kanak-kanak dan bagaimana amalan dan tujuan di dalam kelas dapat membantu pembelajaran kanak-kanak 2.3 Perkembangan kanak-kanak mengikut tahap yang berbeza-beza Setiap kanak-kanak berkembang mengikut masa biologikalnya sendiri. peringkat bayi adalah peringkat pembesaran yang paling cepat.1 • • • Implikasi prinsip pada pembelajaran kanak-kanak Kanak-kanak di adalam kelas prrasekolah mempunyai kebolehan yang jauh berbeza-beza. Walaupun perkembangan bahasa agak lambat. Hal ini adalah contoh kepada perkembangan intrapersonal. Guru atau pendidik menggunakan pengetahuan ini untuk pengajaran individu dan bukan mengajar semua kanak-kanak perkara yang sama dengan menggunakan cara yang sama pada masa yang sama. tetapi apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan. Setiap kanakkanak tidak sama antara satu sama lain. Sebagai contoh. Perbezaan ini dapat ditunjukkan daripada dua aspek. Pelbagai aspek perkembangan adalah penting pada masa yang berbeza sepanjang peringkat awal kanak-kanak. intrapersonal iaitu dalam dirinya sendiri dan interpersonal iaitu kanak-kanak lain. Pendidik perlu elakkan daripada memberi tumpuan kepada satu perkara sahaja sebagau ukuran pencapaian atau potensi kanak-kanak secara menyeluruh.Kepelbagaian aspek intrapersonal dapat manggambarkan tentang ketidaksamaaan antara kanak-kanak. 15 . Pemerhatian yang teliti ke atas kanak-kanak mendedahkan corak tingkah laku individu daipada pelbagai aspek perkembangan. Oleh itu kanak-kanak yang sama tarikh lahir mempunyai tingkahlaku dan pemahaman yang berbeza. Kepelbagaian ini adalah normal dan perbezaan boleh didapati merentasi semua aspek perkembangan. Kecepatan kanak-kanak mengikut urutan standard adalah berbeza.

• Standard perkembangan dapa berubah-ubah. Rancangan boleh disesuaikan dan digubah bagi memenuhi keperluan individu dalam kumpulan. Kanak-kanak seharusnya diberi pengalaman yang menggalakkan perkembangan pada ketika ini. Pada ketika ini kanak-kanak lebih mudah menerima pengaruh persekitaran yang positif ataupun negatif berbanding dengan masa-masa lain. Perubahan-perubahan ini adalah berkaitan dengan interaksi yang kompleks.4 Peringkat prasekolah adalah masa terbaik untuk perkembangan kanakkanak Peringkat awal perkembangan kanak-kanak adalah masa terbaik berlaku perubahanperubahan yang penting. kanak-kanak prasekolah secara biologi cenderung mengembangkan kemahiran motor asas seperti menangkap. Kanak-kanak tidak boleh dilabel sebagai “cepat” ataupun “lambat” berbanding dengan kanak-kanak lain dalam kumpulan. serta pengalaman mereka dengan persekitaran fizikal dan sosial. • Aktiviti kelas yang meliputi pelbagai objektif pembelajaran berbanding satu objektif memberi banyak peluang kepada kanak-kanak untuk dicabar dan untuk mengalami kejayaan. 2. Kanakkanak ini akan menggabungkan kemahiran tersebut dengan kemahiran yang lebih kompleks. pada tahap ini. kebanyakan kanak-kanak dapat menerima pengajaran dan sanggup menghabiskan masa dengan aktiviti fizikal yang dapat meningkatkan kemahiran mereka. Sebagai contoh. Walau bagaimanapun kanak-kanak yang tidak diberi peluang sedemikian menjadi kurang sanggup memulakan pembelajaran dan berlatih kemahiran motor asas pada 16 . membaling. agar mereka kekal bermotivasi dan berjaya mencapai potensi. melompat dan berlari.• Jadual harian yang memberi peluang kepada kanak-kanak menjalankan aktiviti mengikut kemampuannya sendiri dapat membantu kanak-kanak berbanding dengan jadual yang telah ditetapkan lebih awal ataupun kanak-kanak dikehendaki mengikut pusingan daripada datu aktiviti kepada aktiviti yang lain. iaitu antara struktur dalaman dan fikiran kanak-kanak.

Hal ini membuatkan pendidikan peringkat awal kanak-kanak sebagai masa terbaik untuk kanak-kanak mencapai kecekapan motor. iaitu di sekolah rendah. • Guru seharusnya berupaya menjelaskan sifat semula jadi yang kritikal untuk tahun-yahun awal kanak-kanak yang berkaitan dengan semua aspek perkembangan. Pada pertengahan sekolah rendah. Kekurangan kemahiran dan kesanggpan. 4. Kanak-kanak belajar melalui semua deria. • • • • • • • • • Prinsip-prinsip Pembelajaran Kanak-kanak Kanak-kanak adalah pelajar yang aktif Pembelajaran kanak-kanak dipengaruhi oleh kesediaan dan kematangan. Stail pembelajaran kanak-kanak berbeza. sikap dan kemahiran asas kanakkanak berkiaitan dengan fizikalnya perlu ditingkatkan. Kanak-kanak berbeza latar belakang dan individu.1 • Implikasi prinsip pada pembelajaran kanak-kanak Prinsip berkenaan masa yang terbaik bagi perkembangan kanak-kanak menunjukkan program pengajaran mementingkan proses dan kemampuan yang meliputi cara-cara yang menggalakkan perkambangan kanak-kanak.masa akan datang. 3. kanak-kanak belajar melalui pengalaman fizikal. membentuk satu halangan yang menyebabkan kanak-kanak menjauhkan diri daripada terlibat dengan aktiviti fizikal dan permainan. 2.4. Pembelajaran kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Dengan itu. kanakkanak tersebut dikatakan tidak mempunyai bakat yang diperlukan untuk berjaya. interaksi. Prinsip-prinsip Arah Perkembangan Pembelajaran Kanakkanak 17 . Pembelajaran kanak-kanak dipengaruhi oleh sifat semula jadi dan pandangan di peringkat awal. Kecerdasan pelbagai perlu digalakkan. Tindakan ini berkumpul dan selalunya mempunyai kesan sepanjang hayat. sosial dan refleksi.

Perkembangan pembelajaran kanak-kanak bergerak mengikut arah yang dijangka. proses pembesaran dan kematangan tubuh bayi bergerak daripada atas ke bawah iaitu kepala ke kaki dan daripada tengah ke luar. Bayi dapat mengawal kepala dan otot leher lebih awal daripada menguasai otot kaki. Tanda arah perkembangan sedemikian adalah jelas dan hal ini penting diketahui oleh para pendidik. Prinsipprinsip arah perkembangan kanak-kanak menunjukkan kemajuan kehadapan ataupun keluar. Terdapat titik permulaan perkembangan dan kemajuan pembelajaran berlaku. Arah perkembangan pembelajaran bergerak daripada: • • • • • • • • mudah kepada susah tahu kepada tidak tahu diri sendiri kepada orang lain menyeluruh kepada bahagian konkrit kepada abstrak menyelidik atau menjelajah kepada mempunyai tujuan kurang tepat kepada lebih tepat. iaitu tempat bergantungnya kehidupan dan bahagian yang lebih berkembang daripada bahagian-bahagian yang lain. sedangkan koordinasi tangan dikuasai lebih lambat. kepalanya adalah lebih besar daripada badan. desakan kepada terkawal. Bahagian kepala mempunyai otak. Oleh itu apabila bayi dilahirkan. Begitu juga dengan jantung dan organ-organ dalaman lain yang mempunyai koordinasi sepenuhnya. Contohnya. 18 . Perubahan ini mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak sepanjang berada di prasekolah dan sekolah rendah.

PENGENALAN Amalan Bersesuaian Dengan Perkembangan Kanak-kanak (ABP) adalah satu amalan dan proses pembelajaran yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur. Kadar perkembangan kanak-kanak berbeza-beza Perkembangan adalah berterusan Perkembangan adalah berperingkat-peringkat Perkembangan dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran Kanak-kanak adalah pelajar aktif Konsep main penting pada perkembangan kanak-kanak Proses perkembangan meningkat melalui aktiviti yang mencabar 19 . 2. • • • • • • • • • Prinsip ABP Perkembangan domain kognitif.TOPIK 3 : KONSEP AMALAN YANG BERSESUAIAN DENGAN KANAK PERKEMBANGAN KANAK- 1. bakat dan minat murid. afektif dan psikomotor saling berkait dan mempengaruhi antara satu samalian. kebolehan. perkembangan diri. Perkembangan berlaku mengikut urutan.

personaliti. sosial. kekuatan. Perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut urutan dengan diikuti oleh kemahiran. Implikasi Guru harus menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai untuk memupuk kemahiran.1 Kanak-kanak mempunyai pelbagai gaya pembelajaran Penglibatan komuniti penting dalam perkembangan kanak-kanak Perkembangan domain kognitif. 2.• • 2. pengetahuan dan kebolehan yang dipupuk kemudiannya. pengalaman dan latar belakang keluarga. Kanak-kanak berkembang dalam domain fizikal. Perkembangan salah satu domain akan mempengaruhi perkembangan dalam domain lain. 2. afektif dan psikomoto saling berkait dan mempengaruhi antara satu sama lain. emosi. 2. Implikasi Guru harus merancang pengalaman pembelajaran yang menggalakkan perkembangan murid secara optimum dan bermakna dalam semua domain. Implikasi Guru menerima keadaan murid ini dan menyediakan aktiviti yang sesuai dengan mereka. pengetahuan dan kebolehan yang dipupuk kemudiannya. emosi dan kognitif yang saling berkitan antara satu sama lain. gaya pembelajaran. Guru harus menerima keadaan murid ini dan menyediakan aktiviti yang sesuai sengan mereka.4 Perkembangan adalah berterusan 20 .3 Kadar perkembangan kanak-kanak berbeza-beza Kanak-kanak adalah unik dan berbeza antara satu sama lain dari segi minat.2 Perkembangan berlaku mengikut urutan. keperluan.

Perkembangan kanak-kanak berlaku dalam konteks sosio budaya mengikut arah yang lebih komplek. 21 . Implikasi Guru harus menyediakan aktiviti untuk murid meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman sebenar menggunakan pelbagai media seperti membina. 2. bermain peranan . dan merancang aktiviti yang boleh menggalakkan pengalaman pembelajaran bermakna. komuniti dan masyarakat setempat yang saling berkaitan antara satu sama lain. Implikasi Guru harus mempelajari dan memahami sosi budaya yang memberi kesan kepada perkembangan dan pengalaman pembelajaran muris tersebut serta menyediakan aktiviti yang dapat menyuburkan potensi kanak-kanak ini ke peringkat optima.5 Perkembangan adalah berperingkat-peringkat. di tadika dan dalam komuniti.6 Perkembangan dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran Perkembangan dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran murid iaitu berlaku dalam kontek sosio budaya keluarga yang berbeza.7 Kanak-kanak adalah pelajar aktif Kanak-kanak adalah pelajar aktif dan memahami perekitaran dunia mereka darpada pengalaman di rumah. melkis. Implikasi Guru harus peka akan pengalaman sedia aada murid. 2. berbual dan melakar. 2.Pengalaman di peringkat awal kanak-kanak akan memebri kesan kepada perkembangan dan pengalaman pembelajaran mereka.

Implikasi Guru hendaklah memberi peluang murid menjalankan pelbagai aktiviti berasaskan konsep bermain sambil belajar untuk meningkatkan perkembangan ke peringkat yang optimum. auditori atau kinestetik.10 Kanak-kanak mempunyai pelbagai gaya pembelajaran Murid boleh menunjukkan pelbagai cara mengenai apa yang mereka tahu daripada pengalaman pembelajaran mereka.8 Konsep main penting pada perkembangan kanak-kanak Konsep bermain sambil belajar adalah penting sebagai alat untuk meningkatkan perkembangan sosial. dan kognitif seseorang kanak-kanak. Kemahiran-kemahiran yang baru atau menjalankan aktiviti yang kebih mencabar. 2.9 Proses perkembangan meningkat melalui aktiviti yang mencabar Proses perkambangan kanak-kanak akan menjadi lebih cepat apabila mereka diberi peluang untuk melatih kemahiran. rohani. 22 . 2. Mereka menunjukkan pelbagai gaya pembelajaran seperti visual. emosi. 2. Implikasi Guru harus menyediakan aktiviti-aktiviti yang mencabar dan merangsang minda murid untuk meningkatkan tahap perkembangan dan pengalaman pembelajaran mereka.Implikasi Guru harus menggalakkan kemahiran sosial dan pengalaman sebenar untuk membantu murid memahami dunia mereka. Implikasi Guru perlu membantu murid dengan memberi peluang mereka menunjukkan kemahiran dan pengalaman yang telah dikuasai.

Penutup Pelaksanaan ABP adalah satu pendekatan yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur. perkembangan diri. keperluan.2.11 Penglibatan Komuniti penting dalam perkembangan pembelajaran kanakkanak Perkembangan dan pemgalaman pembelajaran murid berlaku dengan baik dalam kontek komuniti di mana mereka berasa selamat. kekuatan. Implikasi Guru haris memastikan dan mengambil berat tentang aspek pemakanan. kebolehan. dihargai dan keperluan dipenuhi. 23 . bakat dan minat di kalangan murid-murid. 3. kesihatan dan keselamatan murid.

keperluan. aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dikelolakan secara teliti an sistematik bagi menjamin setiap murid mendapat peluang yang sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. kummpulan ataupun secara individu 2. Oleh sebab murid merupakan adalah pembelajar yang aktif.TOPIK 4 : PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH 1. Oleh itu. kebolehan. guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan diri. guru perlu menyediakan aktiviti dan bahan yang konkrit dan menarik supaya murid boleh melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. PENDEKATAN Berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah. PENGENALAN Dalam pendidikan prasekolah. sama ada secara kelas. bakat dan minat serta latar belakang murid. empat pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diutamakan iaitu : • Pendekatan Belajar Melalui Bermain 24 .

proses penerimaan sensori atau deria seperti pendengaran. • Tanggapan main pada kanak-kanak adalah belajar.1 Belajar Melalui Bermain Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam kn keupayaan kognitif. Main bagi 25 . bau. sentuhan dan rasa akan terangsang dan memberikan satu pengalaman pembelajaran yang bermakna dan penguasaan kemahiran akan terbina serta membantu perkembangan ke tahap optimum. penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung semulajadi. Naluri kanak-kanak suka bermain dan pada waktu yang sama mereka belajar menerusi main. Tanggapan main antara kanak-kanak dengan orang dewasa adalah berbeza. Oleh itu penekanan kepada pendekatan ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu menggembirakan di samping meningkatkan kepupayaan kognitif. penglihatan.• • • Pendekatan Bertema Pendekatan Bersepadu Penggunaan ICT dalam pembelajaran 2. Melalui bermain mereka dengan gembiran dan senang hati membuat penerokaan. Pendekatan bermain sambil belajar menekankan ciri-ciri berikut: • • • • • • aktiviti yang menggembirakan penerokaan dan interaksi dengan persekitaran permainan bebas dan terancang kelonggaran masa percubaan idea sendiri peluang memberi tumpuan dan perhatian Semasa melakukan aktiviti bermain. Pendekatan ini diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak. serta meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif. suasana yang mengembirakan dan bermakna. kemahiran motor kasar dan motor halus. keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu.

3 Konsep belajar melalui bermain 26 . Kehidupan moden menyebabkan manusia mengalami tekanan.1. 2. 2. • Teori Relaxation Manusia kehabisan tenaga jadi ianya perlu diganti. Permainan perlu untuk melegakan dan mengganti tenaga.1. Dalam tempoh ini pengalaman bermain dan lain-lain merupakan latihan membantu mencapai kematangan.2 • Teori-teori main Teori Tenaga Berlebihan Tenaga yang berlebihan perlu dikeluarkan. aktivitimain tidak terhad. • Teori Perkembangan Kognitif Dilihat dari sudut intelek. Main menjadi latihan berimaginasi dan menjadi alat untuk menguasai pengetahuan dari persekitaran serta membantu perkembangan kognitif. Main pula bagi kanakkanak dua perkara akan bertaku pada perkembangan kanak-kanak iaitu sosial dan kognitif. Sekiranya tenaga ini tidk dikeluarkan boleh menyebabkan kanak-kanak berasa tidak selesaa dan boleh mengganggu kesihatan mereka.orang dewasa ialah untuk beriadah. badminton dan golf. • Teori Psikodinamik Bermain akan dapay mengurangkan kebimbangan dan rasa takut dengan membawanya ke peringkat sedar. • Teori Instinct Alam kanak-kanak merupakan tempoh seseorang menyediakan diri ke arah kedewasaan. Ada pula yang menjadikan main sebagai profesion seperti main bola sepak.

2.1. Sebenarnya kanak-kanak bermain tidak memerlukan ganjaran pujian.• Sesuatu aktiviti yang memberi kegembiraan serta peluang murid-murid melahirkan perasaan. Kanak-kanak bermain tanpa mengikut arahan orang dewasa. mencuba dan meningkatkan penguasaan sesuatau kemahiran. Kanak-kanak akan membina kefahaman sesuatu konsep menerusi bermain sama ada konsep sosial atau kognitif. Semua berdasarkan deria realiti kanak-kanak. Terdapat dua pandangan tentang peringkat main kanak-kanak yang telah dikaji iaitu: 27 . Mereka bermain kerana sukakannya. • Murid dapat meneroka. Peluang untuk memberi tumpuan dan perhatian Membantu mengembangkan pertumbuhan darisegi kognitif dan psikomotor. Kanak-kanak yang disuruh untuk melabelkan warna pada lakarannya tidak dianggap bermain. Kanakkanak yang disuruh menggunakan bongkah berwarna merah sahaja masih dianggap bukan bermain. Hal ini mengundang ramai pendidik awal kanakkanak mengkaji peranan main kepada kanak-kanak. wang atau makanan. • • • 2. Proses pembelajaran akan berlaku secara tidak langsung semasa bermain. Bebas. menyeronokkan dan berorientasikan proses.4 Kepentingan main dan permainan Main melibatkan pemilihan aktiviti bebas yang datang daripada motivasi sendiri. Pada masa yang sama main dapat memberi manfaat terhadap perkembangan kanak-kanak dari segi sosial dan kognitif. penggunaan bahan dan peralatan.5 Peringkat perkembangan main Kanak-kanak belajar menerusi main. terancang dan selamat. peraturan aktiviti bermain dan peranan yang mengambil bahagian yang dibuat semasa kanak-kanak bermain. Di sebaliknya kanak-kanak yang bertanding untuk membina kereta menggunakan bongkah dianggap tidak bermain. Ini bermakna aspek di luar masa. persekitaran.1.

• main pemerhatian (onlooker play) . • • main selari (parallel play) main asosiatif (associative play) .(a) Kategori Main Sosial mengikut Mildred Parten (1932) Mildred Parten (1932) telah mengkaji main dari aspek sosial. Kajiannya tentang main sosial masih dianggap sesuai sehingga hari ini. dan • main koperatif (cooperative play) .kanak-kanak ini bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti. Main dapat meningkatkan keupayaan kognitif kanak-kanak iaitu diukur dari segi cara kanakkanak menggunakan bahan atau peralatan mainan itu sendiri.kanak-kanak bergerak di kelas dari satu tempat ke tempat lain sambil memerhati tetapi tidak bermain. Pandangan Smilansky yang berbeza dengan Parten dianggap sebagai pelengkap kepada pengkelasan yang telah dibuat oleh Parten.kanak-kanak ini berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan berkongsi peralatan mainan tetapi tidak bersama dalam aktivitimain. 28 . (b) Kategori Main Kognitif Mengikut Sara Smilansky (1968) Manakala Sara Smilansky (1968) melihat main dari aspek kognitif. • main tidak sendirian (solitary play) - kanak-kanak bermain sendirian.kanak-kanak ini berdiri memerhati kanak-kanak lain bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan. Beliau melihat aspek main dapat membina perkembangan kognitif kanak-kanak. Kategori main sosial mengikut Parten adalah seperti berikut: • perlakuan tidak menentu (unoccupied behavior) . melibatkan kanak-kanak lain yang duduk berhampiran dengannya. Pemeringkatan main yang digunakan oleh Parten terus dijadikan rujukan. Beliau mengkategorikan main sosial kepada enam peringkat pembentukan sosial kanakkanak menerusi main.

rangka besi dan gelungsur adalah untuk 29 . Dengan itu kanak-kanak tersebut mempelajari dan mengalami banyak pembelajaran semasa menjalankan interaksi dengan rakan sebaya.kanak-kanak ini pandangan. Permainan ini melibatkan peristiwa harian yang benar dan realistik. terowong. • main konstruktif (constructive play) . • main dramatika (dramatic play) . bekas main air. Ia juga melibatkan fantasi dan imaginasi kanak-kanak. Alat permainan luar yang disediakan iaitu bekas main pasir.Kategori main mengikut Smilansky: • main berfungsi (functional play) .kanak-kanak ini bermain menggunakan motor untuk meneroka rupa bentuk objek dan cuba memahami apa yang boleh dibuat dengan objek berkenaan. Bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan di pusat pembelajaran. tidak formal dan tidak berstruktur dalam persekitaran yang kaya dengan bahan dan interaksi dengan rakan sebaya dan orang dewasa. buaian. (d) Permainan luar Kanak-kanak perlu melepaskan tekanan perasaan semasa bermain dalam keadaan terkawal. jongkang jongkit.kanak-kanak ini menggunakan objek mainan untuk menggantikan sesuatu imaginasi. mengubahsuai bermain melibatkan penerimaan peraturan dalam permainan. dan • main dengan peraturan (games with rules) . (d) Permainan lakonan atau olok-olok Permainan ini melibatkan interaksi verbal antara kanak-kanak untuk melakonkan watak-watak dalam permainan tersebut. (c) Permainan Bebas Permainan bebas atau informal melibatkan aktiviti main yang spontan. orang dewasa dan bahan yang disediakan.kanak-kanak ini bermain melibatkan mencipta sesuatu objek.

Apabila dia datang semula di meja terdapat dua gelas air sirap. tolong-menolong. Semasa bermain dengan alatan tersebut. Kanak-kanak perlu membina persamaan antara sekeping jigsaw puzzle dan ruang jigsaw puzzle. Melalui penerokaan dan membina semula konsep menerusi main dapat mengukuhkan kefahaman kanak-kanak terhadap konsep yang ingin diketahui. interaksi sosial dan kreativiti. Di dalam kelas tadika untuk kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun kanak-kanak bermain untuk membina konsep. Terdapat dua jenis persamaan iaitu pengenalan (identity) dan kesetaraan (equivalence). Keadaan ini menyebabkan dia perlu membina persamaan antara gelas kepunyaannya sebelum ini dan gelas yang baru dilihatnya. bersikap sederhana dan hormatmenghormati. Rajah 1. mengikut giliran. 30 . perkembangan bahasa. Contohnya untuk meletakkan sekeping jigsaw puzzle di atas papan jigsaw. Manakala kesetaraan melibatkan persamaan dua atau lebih objek. tinggi dan rendah. membanding dan membezakan. Pengenalan melibatkan antara dua penglihatan terhadap objek yang sama.membantu perkembangan fizikal kanak-kanak dalam keadaan riang dan menggembirakan. berat dan ringan. Dia tentunya akan tertanya-tanya yang manakah gelas miliknya. koordinasi tubuh badan. Kanak-kanak kerap berhadapan dengan masalah untuk mengenal pasti persamaan antara objek dan peristiwa.6 Main dalam pembelajaran kanak-kanak Sebagaimana yang telah dibincangkan sebelumnya main adalah proses pembelajaran kanak-kanak untuk memahami sesuatu konsep. bekerjasama. kanak-kanak dapat mempelajari beberapa konsep seperti imbangan. Aktiviti permainan luar ini melibatkan perkembangan otot kecil. tarikan gravity. Contoh yang lain seorang kanakkanak meletakkan segelas air sirap di atas meja kemudian bermain di sudut pembelajaran.1.3 menunjukkan contoh bagaimana aktiviti pengajaran yang dikendalikan dapat membantu murid-murid membina konsep menerusi pemerhatian dan pengalaman. Penerapan nilai murni berlaku seperti bersabar. otot besar. ayunan serta konsep banyak dan sedikit. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu menyediakan main bercorak konstruktif selain dari bersosial. 2.

Perubahan adalah sesuatu yang kanak-kanak mahukan. Manakala kesetaraan dapat dilihat menerusi contoh kanak-kanak dan jigsaw puzzle. Sebagai contoh air (rupa asal permulaan) boleh diubah kepada warna merah (rupa akhir) dengan meletakkan sirap merah (perubahan). Piaget telah mengenal pasti enam tahap keupayaan kanak-kanak memikirkan tentang perubahan dari usia 1 hingga 7 tahun. Kanak-kanak terpaksa membanding beza dua objek untuk disesuaikan. tahap kepelbagaian. Guru menyediakan persekitaran dan bahan/peralatan pembelajaran. dan tahap dapatan sebenar. Main di kelas tadika/prasekolah boleh dibahagikan kepada: 31 . tahap penolakan tahap darjah berhati-hati. Mungkin mereka boleh menggunakan kain menapis warna atau pun menambah air ke dalam bekas. Peranan guru sebagai pendorong mencetuskan pembinaan pemikiran konstruktif kanak-kanak terhadap sesuatu konsep. Jika kanak-kanak ingin mengubahnya ke rupa asal permulaan mereka perlu tahu sesuatu tentang cara air menjadi merah. tahap fungsi. Dia tidak dapat membezakan gelas miliknya. Perubahan berlaku di antara tempat permulaan dan tempat berakhir. Kesimpulannya persamaan terbina sama ada antara dua penglihatan objek atau peristiwa. Manakala kanak-kanak menyesuaikan kemahiran dan konsep yang perlu dibina menerusi aktiviti main konstruktif. Setiap perubahan melibatkan tempat permulaan dan tempat berakhir. Secara umum enam aras perkembangan kognitif yang disarankan oleh Piaget adalah seperti berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) tahap berbeza sepenuhnya. Hal ini penting untuk memahami penemuan oleh kanak-kanak sewaktu percubaannya menyelesaikan masalah.Pengenalan dapat dilihat menerusi contoh kanak-kanak dengan gelas air minuman. antara objek yang berbeza atau peristiwa. Berdasarkan pandangan teori yang dikemukakan oleh Piaget main konsruktif dianggap sesuai untuk aktiviti penerokaan dan penemuan.

pendekatan dan aktiviti melibatkan unsur main sebagai intipati keseluruhan pembelajaran kanak-kanak. Kesimpulannya main merupakan aspek penting dalam kehidupan kanak-kanak.8 Hasil pembelajaran yang ingin dicapai perlu ditentukan. Setiap program. Bahan dan peralatan boleh digunakan sebagai alat bantu yang mengukuhkan sesuatu konsep yang dilakukan menerusi main. Bahan perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembangan murid Bahan konkrit.1. model. benar dan bermakna disediakan Bahan yang digunakan mengalakkan komunikasi dan imaginasi Permainan menarik minat dan menggembirakan murid Faedah pendekatan belajar melalui bermain Melalui main sambil belajar. Main dalam konteks pembelajaran kanak-kanak adalah suatu proses pembelajaran secara keseluruhan.guru merancang pembelajaran dengan memasukkan unsur dalam aktiviti pembelajaran. murid-murid boleh: • • • • Mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran dari umum kepada yang lebih spasifik. 2. (b) main main terancang . Biasanya aktiviti ini dijalankan semasa rutin atau sementara menunggu aktiviti pembelajaran bermula.1. guru perlu mengambil kira perkara-perkara berikut: • • • • • 2. dan. Germain juga merupakan suatu rangsangan untuk kanakkanak belajar. Kanakkanak belajar menerusi main.guru menyediakan peralatan permainan di sudut- sudut tertentu untuk dipilih oleh murid.(a) main pilihan sendiri . Kenyataan yang mengatakan 'bermain sambil belajar' atau 'belajar sambil bermain' bermaksud keseluruhan konsep pembelajaran kanak-kanak yang menekankan adanya unsur main dalam pembelajaran kanak-kanak.7 Pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain Sebelum mekasanakan pendekatan ini. Meningkatkan keupayaan kognitif. Bersosialisasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa Meningkatkan kemahian emosi 32 .

minat dan latar belakang murid. Tema yang dipilh dijadikan sebagai wahana untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti kemahiran bertutur. menulis. Kemahiran yang berbeza tetapi bukan tujuan untuk mendalami topik. Pendekatan pengajaran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum. membac.• • • Mengukuhkan perkembangan fizikal Menguasai kemahiran manipulatif Melahir dan menyatakan perasaan 2. Tema boleh diangap sebagai rangsangan kearah pembelajaran. sebagai contoh haiwan sebagai tema. tempat. asas matematik. Kanak-kanak dapat membina kemahiran dan mempelajari topic-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Selain itu. Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang lain tetapi membincangkan perkaa yang sama. pendekatan ini memberi peluang kepada murid meluaskan pengetahuan melalui tema yang dipilih. Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanakkanak dan sesuai dengan latar belakang pengalaman dan tahap perkembangan mereka.2 Pendekatan Bertema Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui satu topik atau tema yang dipilih bersesuaian dengan masa. Pendekatan bertema melibatkan bidang yang luas tetapi tidak mendalami. Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu dititikberatkan sebelum memulakan pengajaran bertema. 33 . peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai bidan pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. berfikir dan emosi serta sosial. Selain itu.

masa dan peristiwa Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Guru berminat terhadap tema yang dipilih Pemeringkatan tema dari mudah kepada yang lebih mencabar Kepentingan pendekatan bertema Tema yang dipilih dijadikan sebagai wahanan untuk menghubungjalinkan pengetahuan atau kemahiran daripada beberapa komponen yang berlainan.2.Namakan Bunyi Menyanyikan lagu “cicak” HAIWAN Membilang haiwan di rumah Melukis haiwan di ladang 2.2.2 • Boleh merentas semua komponen Bersesuaian dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan murid Bersesuaian dengan situasi.1 Faktor-faktor pemilhan pendekatan bertema Pemilihan tema perlu menimbangkan aspek-aspek berikut: • • • • • • 2. 34 .

2.• Pendekatan bertema akan dapat membantu guru merancang.3 Pelaksanaan pendekatan bertema Sebelum melaksanakan pendekatan ini. pendekatan ini melibatkan juga kesepaduan antara: • • • Beberapa kemahiran Kemahiran dan nilai murni Aktiviti dalam kelas dan luar kelas 35 .3 Pendekatan Bersepadu Pendekatan bersepadu membantu murid memahami hakikat kehidupan sebenar. Mereka melihat pembelajaran secara menyeluruh dan bersepadu dan tidak memisahkan pembelajaran kepada subjek yang berbeza-beza. mengurus aktiviti dan menyediakan bahan pengajaan dan pembelajaran secara lebih berfokus dan menyeluruh. Dalam kehidupan sebenar. Selain daripada kesepaduan antara komponen. 2. guru perlu: • • • • • Mengenalpasti tema yang hendak digunakan Menjana idea berkaitan tema Membina peta minda tema yang mengandungi komponen yang berkaitan dengan tema Menyediakan senarai aktiviti kepada setiap komponen yang berkaitan dengan tema merancang iklim dan menyusun persekitaran kelas dan ousat oembelajaran supaya mempunyai suasana yang berkaitan dengan tema. Oleh itu pendekatan bersepadu digunakan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan lebih daripada satu komponen dalam aktiviti pembeajaran. 2. sesuatu itu saling berkaitan di antara satu sama lain dan bukannya sesuatu yang terpisah-pisah.

Guru perlu Pendekatan menggunakan pengalaman harian kanak-kanak dalam proses pengajaran dan pembelajaran. konsep seperti kering dan basah. halus. hasil pembelajaran adalah kemahiran membaca dan hasil pembelajaran adalah menulis. minat dan kebolehan serta perbezaan dari segi latar belakang. konsep. serta memupuk nilai murni seperti bekerjasama. Kanak-kanak memperoleh ilmu. Pengajaran dan pembelajaran adalah tidak formal. Contohnya dalam permainan pasir. bertutur dan menulis atauoun menggabungkan aspek-aspek perkembangan kanak-kanak seperti jasmani. bertolak ansur dan berdisipli. membaca. Merujuk jadual di bawah. Kaedah pendekatan ini menggabungkan sekurang-kurangnya dua kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti Meningkatkan kemahiran bahasa dan komunikasi Meningkatkan nilai murni bersepadu boleh digunakan dalam aktiviti seharian. kanak-kanak dapat merasakan tekstur pasir seperti kasar. Pendekatan bersepadu boleh menggabungkan beberapa kemahiran mendengar.• • Aktiviti berfokuskan guru dan berfokuskan murid Pelbagai kaedah dan teknik Pembelajaran melalui pendekatan bersepadu menyediakan murid peluang : • Memenuhi keperluan mereka yang berbeza-beza dari segi perkembangan. Semua deria kanak-kanak terlibat secara langsung dalam pelbagai situasi yang dapat merangsang pembelajaran di dalam atau di luar kelas. emosi. • • • • • Meneroka sesuatu topik dengan cara yang lebih mendalam. Kanak-kanak terlibat dalam aktiviti secara aktif. rohani dan intelek. kemahiran dan nilai murni yang berkaitan antara satu sama lain. Topik Komponen Kandungan Hasil Pembelajaran Aktiviti/Peralatan 36 . kemahiran membina timbunan pasir mengikut urutan menaik ataupun menurun. Lebih banyak pilihan dan motivasi untuk menimbulkan kepuasan belajar. Ilmu pengetahuan yang dipelajari mesti diamalkan.

3 Mengenal bentuk huruf kecil dan huruf besar 4.Abjad Bahasa Melayu 3. Pendekatan ini digunakan untuk : • • • • 2.4.1 • • • Membantu proses pengajaran dan pembelajaran Memperoleh maklumat Berinteraksi dengan bahan untuk bekajar sendiri dan bersama rakan sebaya Memperkayakan pengalaman pembelajaran Kepentingan penggunaan ICT Membantu membentuk persepsi pemikiran murid.1 Mengenal bentuk huruf 3.4 Menulis huruf mengikut cara yang betul Membaca abjad dan abjad.4 Pendekatan bersepadu melibatkan Kesepaduan antara komponen Kesepaduan kemahiran dan nilai murni Kesepaduan aktiviti dalam kelas dan luar kelas Kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan murid Kesepaduan pelbagai kaedah dan teknik Penggunaan ICT dalam pembelajaran Komputer menyediakan peluang pembelajaran yang berkesan kepada murid kerana ianya memberi peluang pengalaman pembelajaran dalam cara dan kadar yang berbeza-beza untuk memenuhi keperluan setiap individu.1.1 • • • • • 2. Poster besar huruf kecil dan huruf menulis 4. Murid boleh menggunakan computer secara berpasangan untuk menggalakkan mereka sama-sama meneroka dan memperolehi pembelajaran. ICT sebahagaina daripada kehidupan masa kini Boleh dijadikan bahan bantu mengajar 37 .1 Membina kemahiran menulis 2.3.2.

2 • • • • • • • • • • • Prinsip-prinsip penggunaan ICT Kesesuaian umur Kepentingan Kawalan kanak-kanak Arahan jelas Penggunaan berdikari Tanpa keganasan Berorientasikan proses model yang sebenar Ciri-ciri teknikal Boleh ditranformasikan Kepelbagaian bahasa 38 . Dapat merangsang kreativiti dan pemikiran Membantu memudahkan murid memahami konsep sebab dan akibat 2.4.• • • • Boleh diprogramkan dengan perisian khas Dapat merangsang minat murid dan memberi keseronokan.

39 . 2. teknik pengajaran ditakrifkan sebagai kemahiran guru yang digunakan untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.TOPIK 5 : TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRA SEKOLAH 1. 2. Tujuan menggunakan berbagai-bagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah untuk menarik minat murid.1 Prinsip-prinsip tunjuk cara Untuk menghasilkan aktiviti pengajaran melalui tunjuk cara sengan berkesan guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip melaksanakan tunjukcara berikut 2. Tunjuk cara Tunjuk cara adalah suatu jenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru mendemontrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid. objektif dan kandungan tunjuk cara terlebih dahulu.1 Sebelum demontrasi a) Guru hendaklah menentukan topik. mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. PENGENALAN Di bawah konteks pendidikan. b) Alatan hendaklah disediakan dan disusun mengikut langkahlangkah demonstrasi yang ditentukan. Oleh itu teknik tunjuk cra juga dikenali sebagai demonstrasi.1.

guru boleh meminta seorang murid membuat demonstrasi sekali lagi untuk memperkukuhkan pemahaman tentang cara-cara melaksanakannya.3 Selepas demonstrasi a) Bincangkan dengan murid tentang bahagian-bahagian demomonstrasi yang penting. 2.1.1. d) Pastikan keselamatan sebelum mengunakan alat.2 Semasa demonstrasi a) Guru harus memandang ke arah murid semasa memberi penerangan tentang aktiviti demonstrasi yang dijalankan. c) Guru murid. guru hendaklah memberitahu murid tujuan demonstrasi dan aktiviti yang hendak diperhatikan supaya mereka dapat mencontohinya tanpa membuat sebarang kesilapan. 2. atau bahan yang meungkin boleh menyebabkan kemalangan. guru hendaklah menerangkan langkah itu sekali lagi. Ini akan memastikan bahawa muridmurid telah memerhatikan langkah-langkah demonstrasi yang telah ditunjukkan dengan betul. c) Aktiviti pengukuhan harus diadakan selepas demonstrasi. b) Sekiranya murid menunjukkan kerahuan. e) Jika masa mengizinkan. 2. b) Bincangkan dengan murid tujuan demonstrasi supaya mereka membuat rumusan.2 Langkah-langkah pengajaran melalui tunjuk cara 40 .c) Tempat demonstrasi hendaklah disediakan untuk memastikan semua murid dapat menyaksikannya dengan jelas. menggunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian semua murid dapat melihat demonstrasi serta d) Pastikan mendengar penerangan guru dengan jelas. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti demonstrasi murid dengan mencontohi guru atau mencatat langkah-langkah demonstrasi dalam buku nota. e) Sebelum memulakan demonstrasi.

Meningkatkan perkembangan daya pemikiran murid.2. d) Penyusunan tempat demonstrasi 2. Menilai kefahaman murid berkenaan isi pelajaran serta kemajuan murid. 2. b) Perancangan langkah-langkah demonstrasi c) Persediaan alatan. latihan dan penutup. Penyoalan Teknik penyoalan merupakan suatu teknik yang biasa dan kadang-kadang menjadi dominant dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. c) Penggunaan alat mengikut langkah-lankah yang disediakan. b) Murid-murid membuat rumusan dan mencatat nota-nota yang berkaitan. Kajian menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antara penyoalan guru dengan pencapaian pelajar (Turney et. antaranya ialah: • • • • Menjadikan murid aktif Membangkitkan minat dan tumpuan murid. 2. b) Guru membetulkan kesilapan murid. 41 .2. d) Penggunaan kaedah menyoal untuk menarik perhatian.4 Penutup a) Perbincangan dengan murid tentang aktiviti yang telah dijalankan.2. Menyoal semasa pengajaran dan pembelajaran mempunyai beberapa tujuan.2.1 Perancangan a) Penentuan topik dan objektif. 3. al 973).2 Pelaksanaan a) Penerangan tujuan demonstrasi. 2.3 Latihan a) Murid mencontohi guru melaksanakan aktiviti kemahiran.Pengajaran mengunakan tunjuk cara melibatkan beberapa langkah utama seperti perancangan. pelaksanaan. b) Pelaksanaan demonstrasi dengan guru sebagai model hidup.

Beri masa yang sesuai (3-5 saat) untuk murid memberi respons kepada Kemukakan soalan dahulu.3. Pendek. respons kepada soalan guru.1 Prinsip menyoal a) • darjah. Elakkan daripada menjawab soalan sendiri atau menyusun semula Elakkan daripada mengulang-ulang jawapan pelajar. • • • • • Betul daripada tatabahasanya supaya maksudnya lebih jelas. soalan. Dikhususkan supaya lebih jelas.2 Tujuan menyoal mengikut peringkat dalam pengajaran Paintal (1980) menjelaskan tujuam sseorang guru menyoal mengikut langkah-langkah pengajaran adalah seperti berikut : Peringkat a. kemudian menyebut nama murid. jawapan pelajar seolah-olah guru menjawab soalan sendiri. Pelbagaikan aras dan jenis soalan. Dorong dan cungkil jawapan daripada murid yang tidak mampu memberi Elakkan mengulang-ulang soalan. Releven dan berkaitan dengan topik yang dibincangkan. Pengenalan Tujuan menyoal: • • • membantu set induksi guru mengetahui apa yang murid tahu mengulang pelajaran lepas 42 . Soalan Sesuai dengan peringkat umur dan kebolehan urid dalam bilik b) Cara menyoal • • • • • • • • • • Terbuka kepada semua murid dalam bilik darjah. Libatkan murid yang diam atau tidak bersedia menjawab. Melayan jawapan yang salah dengan baik. Elakkan daripada guru bercakap terlampau banyak. tidak berbelit-belit. 3.

setakat mana kefahaman c. Pemudahcaraan Pemudahcaraan adalah teknik yang digunakan guru untuk membantu kanak-kanak mencapai matlamat pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan disusun. memujuk.• mengemukakan masalah yang berkaitan dengan topik pengajaran. memberi bantuan dan menolong kanak-kanak mencapai matlamat yang dirancang melaluisatu proses yang panjang. konsep fasilitator merujuk kepada usaha-usaha untuk: • • • • • • • Menjadikan senang Menggalakkan Memudahkan Mempercepatkan Membantu Memajukan Menolong 43 . Aplikasi • • • fokus dan penjelasan menghilangkan kesukaran dan membantu individu murid. Penyampaian • • • mengekalkan minat dan tumpuan murid menggalakkan penaakulan dan pemikiran logik mengetahui murid. Guru sebagai fasilitator berfungsi untuk mendidik. membimbing. b. mengukuh. memimpin murid membuat pemerhatian dan inferen d. Penutup • • • mengulang isi utama menguji kefahaman murid mencadangkan masalah dan isu berkaitan 4. Secara mudah.

Gabungan pengetahuan dan pengalaman murid. tidak menyergah atau mengancam. ulang dan kembangkan jawapan murid. melihat ke depan dan belakang. memahami sesuatu konsep dan pengukuhan. Sesuai digunakan apabila melakukan tajuk baru. Dapat meninggalkan kesan semangat ingin belajar. Memberi makna kepada pengalaman dan pengetahuan yang pernah murid lalui. Libatkan lisan seperti ‘ya’. Layan dan damping • • • • • • Memberi perhatian dengan komunikasi mesra Menggunakan bahasa yang memujuk. disiplin kelas terkawal. tepuk tangan. 44 . Renung kembali • • • • Menggalakkan murid merenung. tulis jawapan di papan hitam atau mengangkat ibu jari. • • • • • • • • Penyoalan Bertujuan untuk memperluaskan idea Berfokus daripada soalan umum kepada khusus Mengikut aras pengetahuan Menggalakka pemikiran semula Jelas dari segi aras dan frasa Mempunyai hentian untuk beri masa berfikir Sebaran kepada semua murid-murid Layanan jawapan sama ada memberi pujian atau galakkan 2. Gerak isyarat seperti senyum. • Tidak menghukum salah dan betul/ 3.4. ‘ha’. ‘bagus’.1 Teknik-teknik pemudahcaraan 1. angguk. Sentuhan kepala. hubungan mesra dan yakin kerana dihargai. sebutan ‘baik’. murid-murid menjadi lebih positif. imbas kembali pengalaman. bahu atau bahagian belakang.

memberi motovasi dan memberi dorongan. Memperkukuhkan idea murid. tindakan dan kepercayaan individu. Melibatkan struktur pemikiran. Dapat mendfinisikan sesuatu. Merangkumi alam fantasi murid-murid menjelaskan sesuatu konsep yang sesuai dengan pengalaman mereka.4. Memberi bantuan dan solongan dalam bentuk verbal. Guru sebagai pemangkin dalam kumpulan. Melibatkan pengalaman sedia ada dan penerokaan idea. Kongsi dan bina bersama • • • • • • • Berkongsi bersama guru dan murid dalam mencapai objektif ssuatu aktviti. Berkongsi untuk menyelesaikan masalah. • • • Guru memberi galakan berinteraksi. Berkongsi selesaikan masalah. Penyoalan perlu terancang dan mengikut aras. Melibatkan penerokaan persamaan yang terdapat pada sesuatu konsep atau idea. 6. Scaffolding • Scaffolding adalah ciri yang dikemukakan oleh Vigotsky dam Zon of Proximal Development (ZPD). Pembelajaran berlaku dengan sangat efektif apabila berlakunya interaksi antara kanak-kanak dengan orang dewasa yang kebih kompeten. 5. Pensrukturan kognitif • • • • • • • Membantu murid memahami konsep dan menggunakan potensi kognitif yang ada. Guru mencadangkan idea/petunjuk dan murid buat keputusan. 45 . • ZPD merupakan lingkungan di mana kanak-kanak dapat berfikir melebihijangkaan usianya hasil daripada interaksi degan orang dewasa yang kebih kompeten. Memberi pembayang. Menyoal untuk menggalakkan berfikir bagi menyelesaikan masalah/tugasan.

Murid berasa diri mereka dihargai dan diterima apabila idea mereka didengar oleh orang lain. 8. Mendengar • • Guru sebagai pendengar yang aktif. Guru dapat menilai dan mengesan kelemahan murid.7. Meningkatkan kemahiran bertutur. berbual. pembelajaran. Banyak memberi pemujukan . 9. Memupuk keyakinan diri. beliau telah mewujudkan situasi penerimaan terhadap kanak-kanak dan idea yang disarankan.2 Kepentingan kemahiran teknik pemudahcaraan a) b) c) Memotivasikan murid supaya sentiasa mempunyai dorongan yang kuat Membantu murid-murid mencari penyelesaian yang dihadapi dalam Membimbing murid-murid dalam menjalankan aktiviti bilik darjah dengan untuk belajar dan bercita-cita memperolehi pencapaian yang baik. • • • Guru perlu memahami apa yang ingin disampaikan oleh murid dan melayani setiap soalan dan pandangan yang diberikan oleh murid dengan adil. bercerita. baik dan berkesan. Memupuk kemahiran bahasa kanak-kanak denga bertutur. bersoal jawab dan galakan bertanya. Satu siri layanan guru untuk mencapai matlamat dan objektif yang dikehendaki. Banyak memberi pandu arah supaya sesuatu aktiviti lebih jelas dan tersusun. Memperluaskan perbendaharaan kata. Apabila guru mendengar apa yang ingin disampaikan oleh muridnya. 4. Galak dan saran • • • • Guru lebih banyak membuat pengesyoran sebagai alternatif. 46 . Pengembangan bahasa dan idea • • • • • Teknik memperkembangkan bahasa dan perbendaharaan kata murid seta meningkatkan kemahiran berfikir.

Menumpukan perhatian . b) Mendengar untuk menjalin hubungan dan seterusnya boleh mencipta kasih sayang.1 Fungsi mendengar a) Mendengar untuk belajar memahami orang lain. Melaluinya dapat dorasakan apa yang dirasakan oleh orang lain (empati).2 Langkah mendengar a) Menerima • • • • Memberi tumpuan kepada kata dan gerak geri badan. diri sendiri dan alam.d) e) f) g) h) i) Meneguhkan pembelajaran murid-murid dengan menggunakan ganjaran Menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang lebih mencabar dan Menggunakan pelbagai strategi dan teknik pembelajaran yang berkesan Menyediakan murid-murid untuk mencari dan menambahkan dan pujian. dan sentiasa membiarkan seseorang menghabiskan percakapan sebelum kita pula yang bercakap. e) Mendengar untuk menolong. 5. Mendengar Kemahiran mendengar merupakan suatu proses aktiviti komunikasi yang penting dan berkesan. d) Mendengar untuk berseronok. c) Mendengar untuk mempengaruhi agar dapat mempengaruhi sikap dan tingkah laku. 5. Mendengar juga adalah suatu pengiktirafan. menyeronokkan. Mendengar apa yang dikatakan dan tidak dikatakan. penumpuan perhatian. 5. Aktiviti seperti gurau senda. Meneguhkan tingkah laku positif. Bagaimanapun mesti dapat membandingkan antara bergurau dengan serius. Menghindarkan tingkah laku negatif secara terbuka. dan menyeronokkan bagi mencapai aktiviti pengajaran. tidak menghukum dan mesra. tidak terancam. pengetahuan. Jangan suka mencelah 47 .

Jangan mengganggu orang yang sedang bercakap. pendapat peribadi atau andaian sahaja. baru membuat penilaian.3 Tunjukkan sikap dukungan dan gerak geri mengangguk.” Langkah kemahiran mendengar yang berkesan a) Gunakan lebih masa untuk mendengar daripada bercakap. minta penjelasan yang lebih lanjut. Mengulang nama dan perkara penting d) Menilai • • • • • Elakkan daripada menilai sebelum seseorang itu habis bercakap/ Perlu mengandaokan seseorang itu berniat baik. Mengukangi apa yang dikatakan oleh individu berkenaan dengan menggunakan perkataan sendiri. Sentiasa bersikap jujur. c) Mengingat • • • Mengenalpasti pekara penting. tunggu sehingga mereka menghabiskan percakapan. Gunakan ayat-ayat “saya setuju” dan “saya fakir…. 48 . Meringkaskan apa yang telah diucapkan. Kenalpasti sama ada ucapan itu adalah fakta. Meminta lebih banyak pengalaman. Apabila tidak setuju.• Jangan memperdlikan gangguan semasa mendengar. Menunggu sehngga habis percakapan. b) Cari sesuatu yang lebih baik atau menarik. Kenalpasti sebarang prasangka e) Memberi respons • • • 5. Memahami apa yang diperkatakan dari sudut pandangan individu yang bertutur. b) Memahami • • • • • Mengaitkan apa yang dikata demngan apa yang kita ketahui.

b) Menilai kandungan ucapan .c) Jangan mengganggu orang yang seang bercakap. c) Medengar secara memilih. d) Dengar dengan teliti kerana kadang-kadang apa yang dicakapkan bukan apa yang dimaksudkan. e) Ambil catatan tentang apa yang didengar apabila perlu dan sesuai. Selain itu. c) Mendenar pendapat-pendapat yang dikemukakan dan menjiwai apa yang diperkatakan oleh seseorang. 5. d) Meredakan perasaan diri.6 Pendengar yang pasif a) Beranggapan bahawa perkara yang dibincangkan kurang menarik. b) Mengkritik percakapan individu lain. ia akan membantu untuk menghasilkan sesuatu keputusan. e) Bersikap fleksibel f) Menyedari maklumat bukan lisan.4 Pendengar yang berkesan g) Berhati-hati. Pendengar akan terlibat dengan kehendak penghantar maklumat semasa berkomunikasi. f) Ambil kedudukan yang sesuai apabila sedang mendengar. Apabila wujudnya suasana komunikasi yang terbuka. 5. tapis dan timbang setiap pendengaran. g) Bekerja dan memberi tumuan semasa mendengar. d) Mencelah atau manyampuk e) Fikiran yang merewang f) Tertidur 49 . bukannya cara penyampaian. kesimpulan. adalah penting untuk mewujudkan penerimaan dan meningkatkan rasa saling mempercayai serta menghargai. h) Sentiasa menolak gangguan 5.5 Pendengar yang aktif a) Cari perkara yang menarik minat pendengar. Jangan terus membuat Thomas Gordon (1970) menjelaskan bahawa pendengaran yang aktif merupakan kemahiran komunikasi yang dapat membantu orang lain menyelesaikan masalah.

b) Murid akan mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian. Guru yang mempunyai kemahiran modeling dapat menarik minat murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang. c) Bersedia untuk membetulkan kesalahan murid.1 Faktor-faktor penggunaan modeling a) Membimbing murid membina identiti.7 Halangan mendengar a) Hanya mahukan maklumat yang boleh digunakan untuk mengkritik individu itu semula.2 Ciri-ciri modeling yang baik a) Demonstrasi cara menyelesaikan masalah. Kemahiran modeling perlu ada pada setiap guru kerana ianya dapat menarik minat murid terhadap isi pelajaran dan membina kemahiran berkomunikasi sesame pelajar dan guru. b) Menunjukkan rasa menghargai murid. e) Murid dapat menjalankan tugasan dengan lebih baik. e) Sibuk bercakap. d) Sibuk memikirkan apa yang ada dalam fikiran sendiri. dan bukannya sibuk mendengar. 6. f) Tidak minat mendengar. 6. 6. b) Pura-pura mendengar.5. d) Menggunakan bahasa yang mudah dan difahami oleh murid. c) Menggalakkan murid berfikiran kritis. 50 . d) Murid berani mengemukakan pendapat. e) Menyebut setiap perkataan denga jelas. c) Membuat penilaian. Modelling Modelling merupakan suatu proses demonstrasi bagi menggambarkan sessuatu dengan berkesan.

f) Murid menulis karangan jenis berita di dalam buku masing-masing. b) Sebelum sesi bercerita. g) Masalah-masalah yang timbul ketika membuat tugasan dibincangkan secara h) Tidak mengganggu murid ketika mereka menunjukkan pemikiran yang rasional. c) Alat bantu mengajar seperti kad-kad perkataan. g) Guru akan memberi reespon sekiranya ada masalah yang timbuk dari masa ke 7. semasa. kad-kad gambar. guru harus memahami dan mematuhi prinsipprinsip panduan berikut: a) Guru harus memilih cerita yang sesuai dengan minat.1 Prinsip-prinsip panduan penguasaan kemahiran bercerita Untuk menguasai kemahiran bercerita. 6.f) Melibatkan semua murid dalam aktiviti dengan menggunakan arahan yang jelas. b) Murid membaca berita yang sama dan membuat rumusan berita tersebut dalam kumpulan. e) Guru meminta pendapat murid tentang isi-isi berita yang diperlukan. d) Guru menunjukkan cara menulis berita menggunakan transparensi. Melalui kaedah bercerita. guru harus menghafal isi-isi penting yang terkandung dalam cerita itu. 51 . Bercerita Bercerita merupakan satu kaedah mengajar yang membolehkan guru menyampaikan isi pelajarannya melalui penggunaan teknik bercerita. guru dapat menjalankan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.3 Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran a) Guru memperdengarkan rakaman berita. umur dan pengalaman murid serta objektif pelajarannya. terbuka dengan murid. 7. c) Ketua kumpulan membacakan rumusan yang dibuat dan guru membimbing murid mengenai ciri-ciri berita yang baik. patung atau topeng yang boleh menarik minat dan perhatian murid harus disediakan sebelum sesi bercerita dimulakan. kebolehan. Soalan-soalan untuk aktiviti susulan juga harus disediakan.

Di samping itu. kad gambar atau topenhg-topeng yang perlu digunakan untuk 52 . guru perlu menyediakan alat bantu engajar seperti kad perkataan. Panjang atau pendek crita hendaklah sepada dengan peruntukan masa. Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni. selagi semua murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru. f) Mulakan cerita dengan suara yang menarik dengan penuh emosi. i) j) Kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid memahami isi cerita dengan lebih jelas. Isi cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan oengalaman murid. Guru juga boleh memberikan topeng-topeng yang disediakan kepada murid untuk menjalankan aktiviti lakonan. Tujuan bercerita adalah untuk menyampaikan isinya dan bukan mengajar murid perkataan-perkataan yang sukar. Aktiviti lakonan guru harus dielakkan. misalnya aktiviti soal jawab tentang tema dan nilai moral yang terkandung dalam cerita tersebut. Kemahiran variasi rangsangan harus digunakan untuk mengubah-ubah nada suara dan intonasi guru mengikut watakwatak dan suasana cerita. Cara ini sangat berkesan Pada peringkat ini guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai. e) Guru boleh duduk atau berdiri semasa bercerita. sekorang-kurangnya sekali. guru hendaklah cuba menghafaz dan bercerita secara sendiri. aktiviti susulan harus diadakan. untuk melibatkan murid dalam cerita yang disampaikan. h) Pastikan suara jelas dan lantang. Semasa sesi bercerita.d) Sebelum memulakan sesi bercerita. m) Selepas bercerita.2 Perancangan dan persediaan g) Pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir. l) Isi cerita harus disampaikan kepada murid dengan gerak-geri secara semulajadi. k) Pastikan perkataan dan ayat yang digunakan untuk bercerita boleh difahami oleh murid. 7. guru boleh mengemukakan soalan untuk menggalakkan murid meramal perkembangan cerita selanjutnya. pastikan semua murid telah bersedia untuk mendengar cerita. Selepas cerita dipilih. Cara ini bukan sahaja dapat menarik perhatian murid tetapi juga dapat mengembangkan daya imaginasi mereka.

4 Penutup Tujuan penutup sesi bercerita ialah membantu murid-murid mengukuhkan nilai murni yang diterapkan dalam isi cerita. 7. gaya dan alat bantu mengajar yang dapat menarik perhatian serta membantu murid-murid memahami isi cerita yang disampaikan. Di antaranya ialah : a) Menyoal murid-murid tentang isi cerita yang disampaikan. d) Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan. Beberapa soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid selepas bercerita. Sebelum mula bercerita.murid-murid berlakon selepas bercerita. guru hendaklah menyusun tempat duduk murid supaya memastikan setiap murid dapat mendengar dan melihat ekspresi guru. Semasa bercerita. Terdapat pelbagai aktiviti penutup boleh digunakan dalam sesi penutup bercerita ini. guru boleh menggunakan suara. c) Berbincang dengan nurid-murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita. Guru juga boleh melibatkan murid dalam sesi bercerita dengan menggunakan soalansoalan membimbing nereka mengikut perkembangan cerita dari peringkat permulaan sehingga peringkat penutup. Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya semasa guru bercerita.3 Sesi bercerita Langkah pelaksanaan sesi bercerita ini hendaklah dimulakan dengan set induksi yang menarik serta ada kaitan dengan cerita yang hendak disampaikan. Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-gambar yang sesuai dengan isi cerita supaya membawa murid-murid ke dalam situasi yang seakan-akan alam cerita itu. 7. 53 . b) Menyuruh murid-murid mengulang isi cerita dengan mengunakan perkataan sendiri.

tidak melibatkan kanak-kanak lain yang duduk berhampiran dengannya. • Main pemerhatian (onlooker play) – kanak-kanak ini berdiri memerhati kanak-kanak permainan. lain bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam 54 . dan • Main koperatif (cooperative play) – kanak-kanak ini bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti. Kajiannya tentang main sosial masih dianggap sesuai sehingga hari ini. Pemeringkatan main yang digunakan oleh Parten terus dijadikan rujukan. Kategori main sosial mengikut Parten adalah seperti berikut: • Perlakuan tidak menentu (unoccupied behaviour) – kanak-kanak bergerak di dalam kelas dari satu tempat ke tempat lain sambil memerhati tetapi tidak bermain.Teori Mildred Parten (1932) Mildred Parten (1932) telah mengkaji main dari segi aspek sosial.Main Sosial. • Main sendirian (solitary play) – kanak-kanak bermain sendirian. • Main selari (parallel play) – kanak-kanak bermain permainan yang sama tetapi tidak bermain bersama-sama dan tidak berkongsi alat permainan yang sama. Beliau mengkategorikan main sosial kepada enam peringkat pembentukan sosial kanak-kanak menerusi main. • Main asosiatif (associative play) – kanak-kanak ini berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan berkongsi peralatan mainan tetapi tidak bersama dalam aktiviti main.

belajar melalui bermain dapat menyumbang kepada pelbagai aspek perkembangan seperti daya kreatif. Berikut adalah kegunaan permainan ini dari segi sosioemosi dan juga kognitif kanak-kanak. sosioemosi dan moral. Melalui permainan ini. nilai wang. Untuk bermain dengan jayanya. fizikal. Contohnya dalam permainan ini. kanak-kanak dapat merasai pengalaman jual beli yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian kita. Komunikasi ini melibatkan aktiviti bertutur dan bersoal Mereka jawab juga yang secara tidak langsung ahli dapat merangsang mereka perkembangan komunikasi dan bahasa kanak-kanak. bahasa. kanak-kanak perlu berkomunikasi dengan rakan-rakannya dalam cara yang dapat difahami di samping memahami apa yang cuba disampaikan oleh mereka kepadanya. (a) Kanak-kanak belajar bagaimana mengadakan perhubungan sosial. Oleh itu kanak-kanak memerlukan masa yang fleksibel dalam aktiviti main untuk mencapai matlamatnya.Jean Piaget menyarankan bahawa pembelajaran bermakna memerlukan masa ‘untuk memainkannya’ dengan cara membuat sesuatu menerusi berbagai alternatif. Contohnya. Dari segi perkembangan sosioemosi kanak-kanak. apabila mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk mendapatkan barangan yang mereka inginkan. mereka bersama-sama berbincang 55 . kanak-kanak belajar untuk berurus niaga dengan rakan-rakannya dalam permainan yang berkonsepkan main peranan. dan urusan jual beli di pasar atau pun pasar raya. bersama-sama dengan kumpulan berkolaborasi untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan dengan nilai wang dan urusan membeli barangan. Kanakkanak akan mendapat pengetahuan baru mengenai cara penggunaan wang. 2.1 Kegunaan permainan tersebut dari segi sosioemosi dan juga kognitif kanak-kanak Secara umumnya.

56 . kumpulan kanak-kanak ini dengan sendiri mereka melantik ketua bagi kumpulan mereka. Apabila permainan berlangsung. Perkara ini berlaku apabila mereka perlu berkongsi wang yang diperolehi untuk mendapatkan sesuatu barangan yang hendak dibeli. Oleh itu. setiap kanak-kanak perlu bertolak ansur untuk mengeluarkan wang masingmasing untuk mendapatkan barangan yang telah dipersetujui. Setiap ahli kumpulan akan memberi nasihat dan mengingatkan rakan-rakan sekumpulannya untuk berjimat cermat dalam penggunaan wang. masing-masing menjalankan peranan masing-masing dengan memainkan watak sebagai penjual dan pembeli. Dalam permainan ini. kanak-kanak akan belajar berjimat cermat menggunakan wang yang ada tanpa sebarang pembaziran berlaku. Dalam permainan ini. Mungkin mereka akan mengambil keputusan untuk membeli barangan yang lebih murah harganya atau pun melakukan tawar-menawar dengan pihak penjual. (e) Kanak-kanak belajar untuk berjimat cermat dan nasihat menasihati. Kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur apabila melakukan urusan jual beli dengan ahli kumpulan mereka.untuk mencari jalan penyelesaian. (d) Kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur. Kanak-kanak akan menggunakan wang yang diperolehi dengan sebaikbaiknya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful