KAEDAH µPANDANG DAN SEBUT¶ (look and say

)

Kaedah Pandang dan Sebut ini atau juga pernah disebut dengan nama Kaedah Seluruh Perkataan (whole word) ini bolehlah dianggap sebagai reaksi kepada kelemahan-kelemahan yang terdapat pada Kaedah Abjad. Kaedah itu lebih bermakna daripada Kaedah Menghafal µnama setiap huruf itu¶. Misalnya batu, rumah, sekolah, budak, pokok, meja, pensel dan sebagainya. Perkataan-perkataan yang ditulis penuh adalah difikirkan lebih bermakna daripada pecahan tiap-tiap hurufnya. Jadi Kaedah Pandang dan Sebut (atau Kaedah Seluruh Ayat) ini dijadikan asas untuk mengajar murid-murid membaca. Kerap kali ditunjukkan seluruh perkataan-perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkannya. Perkataan rumah ditulis di tepi atau di bawah gambar rumah, perkataan pensel, dan sebagainya. Kadang-kadang digunakan kad-kad imbasan yang menunjukkan gambar dan perkataan. Jadi dalam kaedah ini murid-murid cuba µmengenal¶ keseluruhan lambanglambang itu untuk mendapat membaca. Mereka harus mengenal beberapa puluh µlambang perkataan¶ sebelum boleh membaca ayat-ayat. Kemudian baru diajar mengeja tiap-tiap perkataan, dan mengenal nama huruf-huruf yang mewakilinya. Pada ketika dahulu kaedah Pandang dan Sebut ini sangat ditegaskan. Mereka kuat dipengaruhi oleh ahli-ahli pendidik mengajar membaca bahasa Inggeris. Di sebalik menggunakan kaedah ini untuk mengajar, bahasa Inggeris ialah bahasa yang tidak mempunyai sistem ejaan fonemik yang sempurna, bercelaru dari segi symbol-sound relationship. Kecelaruan ini menyebabkan ahli-ahli pendidik bahasa menganggap kaedah Pandang dan Sebut itu lebih sesuai dan bermakna untuk mengajar permulaan membaca. Tetapi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini kaedah ini dikritik semula, sebab didapati ramai murid biasa (terutama di Amerika Syarikat) yang tidak boleh membaca. Kemahiran murid-murid µmengenal¶ perkataan-perkataan tidak dapat menjelma dengan cepat. Bahkan ramai yang menghafal µperkataan-perkataan¶ berdasarkan gambar daripada µmengenal¶ perkataan-perkataan, dan murid-murid ini sukar mengenal perkataan-perkataan yang µbaru¶.

dan sebagainya (satu morfem) dengan satu perkataan.Kaedah Pandang dan Sebut ini lebih sesuai digunakan untuk mengajar bahasabahasa yang memakai sistem tulisan ideografik (atau lebih tepat lagi logografik) seperti sistem ejaan bahasa Cina. terutama mengajar murid-murid Melayu. . idea. Oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu rata-rata adalah fonemik (satu huruf boleh dikatakan melambang satu µbunyi¶ ± lebih fonemik daripada misalnya sistem ejaan bahasa Inggeris) maka agak tidak begitu munasabah bagi Kaedah Pandang dan Sebut ini digunakan untuk mengajar permulaan membaca bahasa Melayu. yang melambangkan sesuatu benda.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful