ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193

)

TUGASAN

: 1) PEMBENTANGAN 2) PENULISAN ILMIAH

24 FEBRUARI 2010 26 MAC 2010

TAJUK NAMA

: MODEL DAN TEORI PERKEMBANGAN AWAL KANAK- KANAK : MOHD KHAIRUL AZMI BIN SHOEIB SITI KHATIJAH BT KASSIM SITI HIDAYU BINTI MOHAMAD MOHAMAD RIDHZUAN BIN AHMAD MUNIROH BT ZAKARIA

FAKULTI JABATAN TEMPAT SEMAKAN

: SENI DAN MUZIK : TEKNIK DAN VOKASIONAL : BILIK KULIAH TAMAN BERNAM 1 : EN KAMARUL AZMAN BIN ABD SALAM

1

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

FAKULTI SENI DAN MUZIK SHV 4193 ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK- KANAK TUGASAN : MODEL DAN TEORI PERKEMBANGAN AWAL KANAK- KANAK NAMA AHLI KUMPULAN: NAMA MOHAMAD KHAIRUL AZMI BIN SHOEIB SITI KHATIJAH KASSIM SITI HIDAYU BINTI MOHAMAD MOHAMAD RIDHZUAN BIN AHMAD MUNIROH BINTI ZAKARIA PROGRAM : PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP (AT31) SEMESTER: 2 SESI 2009/2010 TARIKH HANTAR: 24 FEBRUARI 2010 PENSYARAH: EN. KAMARUL AZMAN BIN ABD SALAM NO. MATRIK D20071029757 D20071029770 D20071029774 D20071029804 D20071029823

2

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

1.0 PENDAHULUAN ‘ Tidak dilahirkan seseorang putera atau puteri melainkan atas fitrah yang bersih murni. Maka orang tuanyalah yang akan mengislamkan, meyahudikan, menasranikan atau memusyikkan putera atau puterinya itu’ (Sufean Hussin 1993). Anak yang dilahirkan merupakan ciptaan terbesar yang melambangkan keilmuan Tuhan dan menjadi kurniaan dan rahmat yang begitu besar nilainya bagi ibu bapa. Tiada suatu pun yang dapat menandingi hakikat kebesaran dan keilmuan Tuhan dalam hal ini. Anak yang dilahirkan itu dilengkapkan dengan tiga perkara, iaitu jasad, roh dan akal. Oleh itu,tugas membentuk anak itu dalam tiga perkara itu merupakan amanah ibu bapa. Baik asuhan dan didikan yang diterima oleh anak itu, maka baiklah dia dan sekiranya hal yang sebaliknya diterima, maka buruklah dia. Anak itu ibarat kain putih yang suci bersih dan terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkannya (Sufean Hussin 1993).

Di samping itu juga, pendidikan awal kanak-kanak mempunyai sejarah yang panjang. Pengetahuan berkenaan sejarah pendidikan awal kanak-kanak penting kerana ia dapat membantu pendidik supaya dapat mengaplikasikan amalan baik daripada sejarah lampau dan menggunakan falsafah pemikirpemikir terkenal sebagai asas membina kerjaya pengajaran yang bermakna. Idea-idea yang dilahirkan oleh pendidik terdahulu membantu pemahaman dalam melaksanakan strategi pengajaran pada masa kini. Melalui sejarah, pendidik dapat mempelajari teori-teori berkenaan pertumbuhan dan perkembangan

3

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

kanak-kanak yang membentuk amalan pendidikan. Meneroka, menganalisis dan menemui sumber pendidikan awal kanak-kanak dapat memberi ilham kepada professional sekarang (Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah 2003).

2.0 DEFINISI BERKAITAN PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK Pelbagai perkataan atau frasa digunakan merujuk kanak-kanak dan

hubungannya dengan pendidikan dan penjagaan. Perkataan ‘pendidikan awal kanak-kanak’ diberi pelbagai takrif oleh pelbagai penulis. Misalnya, menurut Kostelnik dan rakan-rakan (1993) dalam Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2003) early childhood meliputi kanak-kanak sejak daripada lahir sehingga lapan tahun, iaitu kana-kanak sejak daripada lahir sehingga lapan tahun, iaitu kanak-kanak di taman asuhan atau taman didikan, prasekolah dan sekolah rendah. Selain itu, menurut Kamus Dewan edisi keempat tahun 2005

perkembangan merupakan perihal atau proses berkembang menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, pertumbuhan, kemajuan dan sebagainya. Kanakkanak pula bermaksud budak lelaki atau perempuan yang masih kecil biasanya yang belum berumur lebih daripada 7 atau 8 tahun.

4

kanak. Maria Montessori terkenal kerana penglibatan beliau dalam pendidikan kanak-kanak. perjuangannya masih diteruskan lagi melalui “Association Montessori Internationale (AMI)” di Amsterdam. Menurut Montessori.kanak pada peringkat awal. Antaranya konsep yang dikemukakan oleh Montessori adalah seperti berikut: 5 . Walaupun beliau sudah meninggal dunia. 1950 dan 1951. Montessori telah mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak.kanak diperingkat awal lagi. beliau telah menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan sekali gus telah menjadikan beliau seorang doktor wanita pertama di Itali.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) 3.0 MODEL MONTESSORI (1870-1952) Model Montessori dipelopori oleh Maria Montessori.kanak akan menunjukkan minat kepada sesuatu aktiviti pembelajaran apabila mereka cukup matang dan bersedia mempelajarinya. Beliau juga dicalonkan untuk anugerah “Nobel Peace Prize” sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1949. Pada tahun 1896. Netherlands sehingga kini. Maria Montessori amat mementingkan perkembangan kanak. Itali pada tahun 1870. Beliau dilahirkan di Chiaravalle.

iaitu beliau melihat pendidikan sebagai satu proses yang berkembang serentak dengan perkembangan seorang kanakkanak yang belajar melalui persekitaran dan mengaplikasikannya dalam konteks kehidupan sehariannya sebagai persediaan untuk kehidupan dimasa hadapan.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) 3.kanak apabila mereka memerlukannya. aktiviti yang difikirkan oleh kanak-kanak itu 6 . segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak dari persekitarannya merupakan satu pendidikan tidak formal kepadanya. Dalam erti kata lain. 3. Pernyataan Montessori ini telah disokong oleh Pensyarah Psikologi Perkembangan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Di samping itu. dalam ertikata lain pendidikan bagi seseorang kanak-kanak adalah merangkumi segala aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang telah disediakan oleh orang dewasa. sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Mastura Badriz (2002) dalam Zul Azri (2009). minda kanak.kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukkan konsep dan pengetahuan kanak.kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka.1 Penggunaan sensori-deria Menurut Montessori.2 Penerokaan kepada persekitaran Montessori dalam pendapat beliau turut menyatakan bahawa persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak.

Menurut pendapat Montessori. apabila seseorang kanak. Melalui aktiviti bermain. Pendapat Montessori ini sekali lagi disokong oleh Mastura Badriz (2002) dalam Zul Azri (2009). turut menyatakan pandapat yang hampir sama dengan pendapat Montessori iaitu menurut beliau. secara tidak langsung ibu bapa turut membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. 3. Ummu Abdullah (2009).kanak itu bermain. iaitu beliau berpendapat.kanak yang membina pengalaman baru dan berinteraksi dengan persekitaran mereka 7 . pendidikan juga boleh menjadi sesuatu yang tersembunyi dan tidak dirancang di mana kanak-kanak belajar tanpa disedari. Walaubagaimanapun. secara tidak langsung mereka dapat belajar dan mengalami sesuatu pengalaman yang baru apabila melalui proses pembelajaran yang menarik dan bermakna. setiap kanak.kanak.kanak tersebut merasakan perkara itu adalah lebih berfaedah walaupun hakikatnya adalah sebaliknya. Keadaan ini membuktikan bahawa bermain merupakan satu proses belajar secara semula jadi dan juga spontan. masa atau perhatian yang diberikan terhadap sesuatu aktiviti oleh penjaga kanak. bermain adalah satu keperluan. Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan keadaan ini dikenali sebagai pembelajaran tidak formal. mungkin akan menyebabkan kanak.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) sendiri dan juga bahasa atau teknik komunikasi yang diamalkan oleh mereka dalam kehidupan seharian.3 Belajar melalui aktiviti bermain Bagi kanak-kanak yang sedang membesar.

Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak. kanak. kanak.kanak menguasai sesuatu kemahiran.kanak perlu dipupuk minat untuk belajar dan pembelajaran ini akan berjaya jika mereka dibimbing untuk meneroka kepada bahan dan juga persekitaran yang tepat. iaitu merupakan tempoh masa yang sangat sesuai untuk mereka belajar dan memahaminya. Montessori (1870. Selain 8 .4 Tempoh sensitif Montessori menyatakan bahawa kanak. Pada tahap ini.kanak yang berusia enam tahun dan ke bawah mempunyai minda yang mudah menyerap jika dibandingkan dengan kanak. Tempoh masa ini dikenali sebagai tempoh masa sensitif. 3. otak kanakkanak akan turut berkembang dan secara tidak langsung turut melatih kanakkanak tersebut untuk menjadi lebih kreatif. Ahli pendidik awal kanakkanak menamakan masa sensitif ini sebagai kesediaan (readiness). Selain daripada itu.kanak yang berumur enam tahun dan ke atas. turut menyatakan bahawa beliau percaya dalam tempoh masa sensitif.kanak cepat mempelajari beberapa tingkahlaku dengan lebih berkesan berbanding dengan tempoh masa biasa.1952) dalam Azizah Lebai Nordin (2002).kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pengajaran. Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak.kanak tersebut. Pernyataan ini menunjukkan bahawa melalui aktiviti bermain.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) akan membina beberapa sambungan pada otak kanak.

pengalaman belajar yang tidak formal dapat dihasilkan bukan sahaja dari interaksi dengan guru tetapi juga dengan sesama rakannya.kanak tersebut berinteraksi. 9 . semakin banyak ilmu yang akan dipelajarinya.model kurikulum Maria Montessori yang telah dibincangkan. kanak. Semakin ramai orang yang kanak. teori interaksi ini juga dapat membantu pertukaran informasi sehingga menjadi sumber yang penting bagi pembelajaran tidak formal kanak. turut mempunyai pendapat yang hampir sama dengan Montessori iaitu bagi beliau. Selain itu.kanak tersebut.5 TEORI INTERAKSI Menurut Montessori.kanak.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) daripada model. 3.kanak belajar melalui interaksi dengan orang lain atau pun masyarakat. Interaksi antara rakan sebaya ini juga dapat menghasilkan teladan moral dan sosial kepada diri kanak. terdapat juga teori yang dikemukakan oleh Maria Montessori iaitu teori interaksi. Jean Piaget (1896-1980) dalam Nuriman (2009).

Jerman. pendidikan dapat membantu perkembangan anak secara wajar. Ia menggunakan taman sebagai suatu simbol dari pendidikan anak. Tuhan. Beliau percaya bahawa kanak-kanak belajar 10 . kebebasan. dan alam. Berikut merupakan model yang dikemukan oleh Froebel: 4. kerehatan dalaman dan luaran serta kedamaian di dalam dunia kanak-kanak. Froebel juga yakin permainan yang sesuai dapat membantu kanak-kanak berfikir dan mampu memberi keseronokan. Menurutnya lagi. Model ini merupakan perluasan dari pandangannya terhadap dunia dan pemahamannya terhadap hubungan individu. Model rancangan sekolah Froebel ini telah mempengaruhi rancangan sekolah di seluruh dunia. Apabila anak mendapat pendidikan yang tepat. ia akan berkembang secara wajar dan mengikuti hukumnya sendiri. Beliau percaya bermain adalah asas untuk kanak-kanak mempelajari sesuatu.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) 4.1 Main dan Kanak-kanak Friedrich Wilhelm Froebel telah meneroka dan membina satu sistem pendidikan awal kanak-kanak yang berasaskan kepada konsep belajar melalui bermain.kanak) di Blakenburg. kepuasan.0 FRIEDRICH WILHELM FROEBEL 1782-1852 Friedrich Wilhelm Froebel terkenal sebagai ‘father of kindergarden’ kerana telah mencipta “GARDEN OF CHILDREN” atau “KINDERGARTEN” (Taman Kanak.

Oleh itu. Dengan demikian. akan mengakibatkan cara belajar kanak.kanak menjadi yang salah. guru bertanggungjawab dalam membimbing dan mengarahkan.kanak bermain. semakin banyak yang dipelajarinya. Froebel amat menekankan bahawa belajar melalui bermain itu adalah penting bagi kanak. Oleh itu. mereka akan lebih memahami diri mereka sendiri. Berdasarkan pengalamannya sendiri.baik 11 .kanak akan mengetahui tahap dan kemampuan diri mereka ketika bermain.kanak untuk meniru kehidupan orang dewasa. Semakin banyak kanak. Erikson (1902. alat-alat permainan yang digunakan oleh kanak-kanak perlu dipilih dengan teliti bagi tujuan untuk menyokong perkembangan kanak-kanak. dengan demikian anak akan menjadi lebih kreatif. Secara tidak langsung akan mengembangkan kurikulum pendidikan pra-sekolah yang lebih terancang dan sistematik.kanak. Bagi Froebel. Froebel menyatakan bermain harus dipandang sebagai suatu metode dari pendidikan dan merupakan cara bagi kanak. Kanak. kegiatan bermain yang tidak berstruktur adalah sangat berbahaya iaitu tanpa bimbingan dan pengarahan serta perencanaan lingkungan yang baik.kanak bermain. sebaik.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) dari persekitarannya dan pembentukan peribadi dipengaruhi oleh cara kanak-kanak bermain.1994) dalam Nuriman (2009) juga mempunyai pendapat yang hampir sama dengan Frobel tentang bermain iaitu beliau percaya bahawa apabila kanak.

Sebaliknya Thacker (1996) dalam Vijayen Gopal (2003). kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif. 4. turut mempunyai pandangan yang menyokong pendapat Froebel mengenai perkembangan sosial dan emosi kanak. Philip (1991) dalam Vijayen Gopal (2003). Terdapat pelbagai cara untuk memupuk perkembangan emosi kanak-kanak di peringkat prasekolah. 12 . aktiviti fizikal dan juga interaksi. berkongsi dan memberi. iaitu menurut Philip. memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan. Ini termasuklah cara kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa dalam kehidupan mereka. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran menarik perhatian orang lain.2 Aspek Perkembangan Sosial dan Emosi Froebel berpendapat perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan harus dipelajari sejak daripada kecil lagi. meminta dan bertanya. aktiviti bermain yang dijalankan semasa berada di sekolah.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) permainan adalah permainan yang melibatkan pemikiran. Contohnya.kanak. pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam situasi sosial ataupun kerja. Kepentingan emosi dalam kehidupan telah mula diakui oleh ahli-ahli falsafah sejak zaman Greek lagi.

Komponen perkembangan fizikal memberi fokus kepada empat aspek penting iaitu perkembangan psikomotor halus. Selain daripada itu. Beliau berpendapat kanak-kanak meniru tingkah laku emosi yang diperhatikannya dan cuba untuk melakukan gerak balas yang belum pernah mereka cuba.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) Bandura (1976) dalam Indah (2009) pula menyatakan pendapatnya yang menyokong Froebel tentang kepentingan sosial emosi kanak. iaitu pembelajaran yang telah berlaku berdasarkan 13 . Kenyataan Froebel ini adalah selaras dengan pendapat Schmidt (1982) dalam Ernie Suliana (2008). yang menyatakan psikomotor merupakan satu proses gabungan latihan dan pengalaman yang menjana perubahan tindakan atau pergerakan yang kekal.kanak ini. Beliau menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan. cara yang paling mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan cepat. kesihatan dan keselamatan. perkembangan psikomotor kasar.3 Aspek Perkembangan Fizikal Bagi aspek perkembangan fizikal pula. cara kanakkanak menyatakan emosinya juga bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya mengenai penerimaan oleh masyarakat. Froebel menyatakan permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus. 4. Perkembangan fizikal merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan awal kanak-kanak.

aktiviti seperti memanjat dan menuruni gelongsor. Antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh dijalankan untuk memupuk perkembangan fizikal kanak-kanak ialah: i.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) maklum balas mengikut prestasi pengetahuan (knowledge of performance) dan pengetahuan keputusan (knowledge of results). ii. Aspek perkembangan fizikal kanak-kanak dapat dikembangkan melalui empat aspek yang telah dinyatakan. Penguasaan psikomotor halus yang baik adalah amat penting dalam membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis kepada kanak-kanak. dan mencabar. kanak-kanak belajar mengawal pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka serta melicinkan perjalanan sistem dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem saraf. Misalnya. pantas. Aspek Perkembangan Motor Halus Kemahiran motor halus pula ialah kemahiran yang melibatkan kemahiran menggunakan otot kecil seperti pergerakan jari serta koordinasi jari dan mata. Dengan bermain terutamanya dalam permainan aktif. Aspek Perkembangan Psikomotor Kasar Kanak-kanak harus diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti pergerakan yang aktif. bermain buaian dan sebagainya dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak. bergayut pada ‘monkey bar’. aktiviti bermain di padang permainan. Antara aktiviti dalbentuk 14 .

Teori pembelajaran ini kebanyakkannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing.4 TEORI TINGKAH LAKU FOEBEL Froebel berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. yang menyatakan pembelajaran sebagai perubahan potensi tingkah laku kanak. dikawal dan juga diramal. terdapat pandangan atau definisi pembelajaran behavioris yang boleh diterima umum seperti yang diberikan oleh Kimble (1961) dalam Ishak Othman (2000). 4.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) permainan yang boleh dijalankan bagi membantu perkembangan fizikal dalam aspek ini ialah seperti merantai manik. mengoyak dan merenyuk kertas. 15 . tikus. menguli doh dan lain-lain lagi. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku kanakkanak sama ada baik atau sebaliknya.kanak boleh diperhatikan. melipat. kucing dan burung di dalam makmal. menjahit kad berlubang. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku.kanak yang agak tetap akibat daripada latihan secara berterusan. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku kanak. Selain daripada itu. menconteng kertas.

pendidikan vokasional dan pendidikan untuk bacaan dan tulisan. Pada peringkat awal persekolahannya. Switzerland.0 JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746-1827) Johan Heinrich Pestalozzi dilahirkan pada 12 Januari 1746 di Zurich. beliau tidak begitu cenderung untuk belajar kerana beliau lebih suka mengelamun. beliau telah Berjaya melanjut dan menamatkan pengajiannya di Universiti Zurich (University Of Zurich). Pestalozzi juga memberi komitmennya kepada keadilan sosial dan berminat di dalam bidang inovasi yang dia telah ceburi di awal persekolahannya. keadaan ini membuatkan Pestalozzi semakin berminat dalam pendidikan. Beliau sangat terpengaruh dengan idea-idea Rousseau dan bukunya Emile yang berkaitan dengan kongsep semula jadi (nature). Pestalozzi telah memperkembangkan ideanya tentang kehidupan di rumah. telah meninggal dunia ketika beliau berusia 5 tahun. Beliau telah dibesarkan oleh ibunya Susanna Hotz Pestalozzi bersama-sama kakak serta seorang pembantu rumah. Beliau tidak pernah ke sekolah sehinggalah beliau mencapai usia 9 tahun. 16 .ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) 5. Walaupun demikian. Bapanya Johann Pestalozzi. Pada tahun 1774. Semasa bekerja di ladangnya ini timbul minat yang sangat mendalam terhadap pendidikan. beliau telah membuka sebuah sekolah di ladang ini yang dikenali sebagai Neohof. Beliau telah membeli sebuah ladang untuk dijadikan sebuah pusat percubaan kaedah pertanian.

Antara model dan teori yang dikemukakan oleh Pestalozzi ialah: 17 . Pestalozzi telah mengkaji tentang Sains Pertanian bersama dengan Johann Rudolf Tschiffeli. Anaknya tidak boleh membaca dan menulis walaupun usianya sudah menjangkau 12 tahun. Pada tahun 1871. seorang petani prysiocrat dan experimental dekat Kirchberg. Dalam tahun 1767. Keadaan ini berlaku mungkin kerana masalah fizikal (anaknya dikatakan mengidap penyakit gila babi (Epileptic) dan juga mungkin kerana beliau tidak dapat menterjemahkan ideaidea Rousseau yang abstrak. beliau telah mencetak buku pertamanya yang bertajuk ‘The Evening Hours Of A Hermit’ yang menceritakan tentang jurnalnya sebagai seorang guru. Setelah sekolah ini ditutup. Pestalozzi telah mengabdikan selama beberapa tahun dalam mengusahakan ladangnya serta membuat penyelidikan tentang kaedah-kaedah dan teknik-teknik pendidikannya. Guru yang paling diminati beliau ialah Johann Jakob Bodmer yang merupakan seorang guru yang dikenali di dalam serta di luar Zurich dan Switzerland dan mempunyai ramai pelajar yang berbakat.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) Oleh kerana terlalu terpengaruh dengan Rousseau dengan konsep semula jadi beliau telah mengasuh anaknya Jean Jacques dengan mengunakan Emile sebagai panduan. Beliau menghadapi kegagalan dalam mendidik anaknya berdasarkan idea Rousseau.

bersekolah. minuman. 18 .kanak bergantung kepada nilai jagaan dan pemeliharaan ibu bapa atau orang lain yang menjaganya. Hal ini jelas kelihatan di tahap pertama Erikson ialah kepercayaan berlawanan ketidakpercayaan.lahan berdasarkan pontensi yang ada padanya.1 Anak. Pada setiap peringkat iaitu peringkat bayi.anak perlu dibimbing secara pelahan. Seorang tokoh yang bernama Eric Erikson (1902) bersependapat dengan pandangan Pestalozzi dimana menurut beliau kehidupan manusia adalah melalui lapan tahap psikososial yang berkembang dari tahap ke tahap seterusnya dengan mempunyai ciri-ciri berlawanan di antara tahap-tahap yang tertentu. jika kanak-kanak berkenaan tidak dapat mempercayai orang di sekitarnya. perhatian dan kasih sayang. sosial yang akan di atasi untuk perkara yang paling jelas dari hasil kajian Erikson ialah individu merupakan individu yang dinamik dan bukan statik dan dia mempunyai identiti tersendiri. sebaliknya.anak perlu dibimbing secara pelahan. peringkat awal dewasa dan usia emas terdapat konflik-konflik perkembangan seterusnya. Erikson berpendapat darjah kepercayaan kanak.lahan Anak. peringkat remaja. kanak-kanak itu akan memperoleh harapan untuk terus hidup. kanak-kanak berkenaan akan menjadi defensif serta akan cuba melindungi diri dari persekitaran yang tidak memberangsangkannya. peringkat kanak-kanak bermain. Bimbingan perlu bermula daripada pengalaman deria kepada idea yang abstrak. Jika kehendak kanak-kanak dipenuhi seperti mendapat makanan.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) 5.

Beliau menekankan .3 Membentuk Pengajaran-pengajaran Yang Berdasarkan Objek Berdasarkan kepercayaan di atas beliau membentuk pengajaranpengajaran yang berdasarkan objek. merasa dan menyentuh. kanak-kanak umpama biji benih. 5.pengalaman deria. daya penglihatan. Menurut beliau juga. kindergarden pula ialah taman untuk kanak-kanak. ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun.mengukur. kanak. daya pendengaran dan daya sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap. Montessori (1923) dalam pendapat beliau yang menyatakan bahawa membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak.kanak boleh mencapai pontensi mereka yang semula jadi. Beliau mengutamakan latihan. Pestalozzi percaya bahawa cara yang terbaik dalam pembelajaran konsep ialah dengan melalui manipulatif seperti membilang . Melalui pengalaman –pengalaman deria yang sesuai.2 Pendidikan Adalah Diasaskan Kepada Pengalaman. Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan berkembang berkembang melalui aktiviti 19 bermain.pengalaman Deria Pestalozzi Percaya bahawa pendidikan adalah berasaskan kepada pengalaman.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) 5.

Kanak-kanak sentiasa aktif dan berhubung dengan keadaan persekitaran mereka. Pandangan beliau dalam perkembangan ini adalah dalam menyampaikan pelajaran kepada kanak-kanak.4 Kumpulan Pelbagai Umur (multiage grouping) Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur (multiage grouping). Kanak-kanak di semua peringkat umur berkebolehan. kompetensi emosi dan hubungan mereka dengan keluarga dan juga komuniti. berupaya menunjukkan minat dan berhubung mengikut cara mereka sendiri. fizikal. 5. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya. Kanak-kanak sejak bayi sehingga mencapai umur pra sekolah hendaklah dipastikan supaya sentiasa aktif dalam aspek kognitif. sosial dan seni kemahiran.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat atau menggunakan objek.5 Ibu Adalah Orang Yang Terbaik Untuk Mengajar Anaknya 20 . 5. guru perlu memulakan dengan kumpulan kecil. kemudian seorang demi seorang yang berbeza dari peringkat umurnya. Hal ini akan membangunkan sikap yang positif terhadap proses pembelajaran serta menyokong perasaan selamat.

Manakala menurut pandangan Bronfenbrenner (1979) pula. emosi dan intelektual dalam diri setiap individu terbongkar melalui pendidikan. masyarakat menjadi bertambah maju dan membantu kanak-kanak mencapai potensi yang penuh. Beliau menekankan bahawa guru tidak seharusnya mengajar dengan perkataan apabila murid melihat. menganalisis objek dan memuaskan rasa ingin tahu seseorang di mana ahliahlinya sangat kooperatif. Menurut Mary Ainsworth (1988).ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) Pestalozzi yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar anaknya. emosi merupakan bahasa pertama yang memungkinkan orang tua dan bayi berkomunikasi sebelum mereka menguasai bahasa. kemampuan atau kebolehan terpendam dalam diri manusia. keluarga terutamanya ibu bapa merupakan agen sosialisasi yang paling penting dalam kehidupan seseorang kanakkanak itu dan sebagai individu terdekat atau berhampiran dengan 5. sosial. Sains. Lukisan dan Muzik. mendengar atau menyentuh sesuatu objek.6 TEORI DAN KAEDAH PESTALOZZI Pestalozzi percaya bahawa tujuan pendidikannya ialah untuk mendedahkan kuasa semulajadi. penyayang dan baik hati di antara satu sama lain. Pestalozzi telah mengembangkan kurikulum permulaan sekolah termasuk Geografi. Kehidupan seorang 21 . Beliau menjangkakan murid-murid akan aktif secara berterusan dengan melihat. Teori dan kaedah Pestalozzi terbukti sangat berjaya apabila asas-asas sistem permulaan pendidikannya diguna pakai diserata dunia. membuat dan membetulkan kesalahan. menerangkan pemantauan. Oleh kerana pembangunan moral.

Berikut merupakan model dan teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget:- 22 . Beliau berasal dari Switzerland dan telah menggunakan model biologi untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia. mereka mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah laku kanakkanak.0 JEAN PIAGET Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Piaget tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak. berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran.pola yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan sumbangan pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak. Pada pandangan Piaget. 6. Semasa bekerja dengan Binet. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet untuk membentuk ujian kecerdasan mental.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) kanak-kanak. Di usia remajanya beliau berminat dalam bidang biologi dan epistemologi iaitu suatu bidang ilmu dalam bidang falsafah yang banyak membicarakan tentang perkembangan dan perolehan pengetahuan manusia. minda boleh berkembang. tetapi beliau lebih berminat untuk melihat pola.

Perubahan kualitatif ini terjadi kerana tekanan biologi untuk menyesuaikan diri dengan lingkungan serta adanya pengorganisasian struktur berfikir. mental dan sosial menjadi asas dimana ciri-ciri tingkah laku individu dibina. setiap individu akan melewati serangkaian perubahan kualiti yang bersifat invarian. 23 . tetap. kepada perancanagan kurikulum dan kepada penciptaan teknik mengajar untuk semua murid dalam pelbagai peringkat perkembangan Perkembangan emosi. tidak melompat atau mundur.1 Pemikiran Kanak-kanak Berkembang Mengikut Tahap-tahap Piaget (1983) percaya bahawa pemikiran kanak-kanak berkembang menurut tahap-tahap yang terus bertambah kompleks.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) 6. Menurut teori perkembangan Piaget (1983). Perkembangan kanak-kanak merupakan 2 faktor kepada penemuan objektif pendidikan.

ini diikuti dengan kemampuan murid untuk menyusun sesuatu objek mengikut dimensi dan urutan. proses sains dan penyelesaian masalah. Kanak-kanak tidak pasif menerima informasi. konsep nombor. Kemahiran kognitif terdiri daripada pengelasan.2 Kanak-kanak Memainkan Peranan Aktif Dalam Menyusun Pengetahuannya Mengenai Realiti Piaget memandang bahawa kanak-kanak memainkan peranan aktif didalam menyusun pengetahuannya mengenai realiti. serta dalam mengadaptasikannya pada pengetahuan dan konsepsi mengenai dunianya. Walaupun proses berfikir dalam konsepsi kanak-kanak mengenai realiti telah dimodifikasi oleh pengalaman dengan dunia sekitarnya. 24 .ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) 6. Pengelasan ialah kemahiran paling asas dalam perkembangan kognitif iaitu kemampuan untuk mengenal pasti sesuatu ciri objek dan mengumpulkan objek tersebut mengikut ciri yang telah dikenal pasti. namun kanak-kanak juga berperanan aktif dalam menginterpretasikan informasi yang di perolehinya melalui pengalaman. konsep ruang.

Pemikiran bayi termasuk kedalam pemikiran sensoris motorik. misalnya. operasional konkrit. 25 . tetapi juga aktif memberikan respons terhadap rangsangan tersebut. Dalam hal ini bayi yang baru lahir bukan saja menerima secara pasif rangsangan-rangsangan terhadap alat-alat pancainderanya. Anak juga dapat menggunakan kata-kata sederhana. anak usia dua tahun dapat membayangkan sebuah mainan dan dan memanipulasi dengan tangannya sebelum mainan tersebut benar-benar ada. dan operasional formal. Selama tahap ini perkembangan mental ditandai dengan perkembangan pesat dengan kemampuan bayi untuk mengorganisasikan dan mengkoordinasikan sensasi melalui gerakan-gerakan dan tindakan-tindakan fizikal. iaitu melalui gerak-gerak refleks. Perkembangan Masa Bayi Dalam pandangan Piaget (1983) tahap-tahap perkembangan pemikiran dapat dibezakan atas empat tahap. praoperasional.3 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PADA SETIAP MASA MENURUT PIAGET 1. seperti “mama melompat” untuk menunjukan telah terjadinya sebuah peristiwa sensoris motorik.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) 6. Tahap sensoris motorik berlangsung dari kelahiran hingga kira-kira berumur 2 tahun. Pada akhir tahap ini ketika anak berusia sekitar 2 tahun. iaitu tahap pemikiran sensoris-motorik. pola-pola sensorik motoriknya semakin kompleks dan mulai mengadopsi suatu sistem simbol yang primitif.

sedangkan operasi konkrit adalah aktiviti mental yang difokuskan pada objek-objek atau peristiwaperistiwa nyata atau konkrit yang dapat diukur. yang berlangsung dari usia 2 hingga 7 tahun. Menurut Piaget (1983) operasi adalah hubunganhubungan logis diantara konsep-konsep atau skema-skema. Pemikiran praoperasional tidak lain adalah suatu masa tunggu yang singkat pada pemikiran operasional. egosentisme mulai kuat dan kemudian melemah. Pemikiran praoperasional juga mencakaup transisi dari penggunaan simbol-simbol primitif kepada yang lebih maju. Perkembangan Masa Pertengahan dan Akhir Kanak-Kanak Pemikiran anak-anak pada masa ini disebut pemikiran operasional konkrit (concrete operational thought). penalaran mental muncul. Pemikiran praoperasional adalah awal dari kemampuan untuk merekonstruksi pada level pemikiran apa yang telah ditetapkan dalam tingkah laku. Dalam tahap pra operasional pemikiran masih kacau dan tidak terorganisasi secara baik. serta terbentuknya keyakinan terhadap hal yang magis. 26 . sekalipaun label praoperasional menekankan bahwa pada tahap ini belum berpikir secara operasional. 3. Pada tahap ini konsep yang stabil dibentuk. Perkembangan Masa Awal Kanak-kanak Perkembangan kognitif pada masa awal anak-anak dinamakan tahap praoperasional (preoperational stage).ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) 2.

dan antara yang bersifat sementara dengan yang berasifat menetap.hal ini karana ia mulai mempunyai kemampuan untuk membezakan apa yang nampak oleh mata dengan kenyataan sesungguhnya.kanak sudah mulai berfikir abstrak dan hipotesis dan pada masa ini juga kanak. 4. iaitu sesuatu yang abstrak. Perkembangan Masa Remaja Ditinjau dari perspektif teori kognitif Piaget (1983). mereka tidak lagi terlalu mengandalkan informasi yang bersumber dari panca indra. 27 . resiprokasi. maka pemikiran masa remaja telah mencapai tahap pemikiran operasional formal (formal operational thought). dan identiti. dalam upaya memahami alam sekitarnya. mampu memikirkan semua kemungkinan secara sistematik untuk memecahkan masalah. iaitu suatu tahap perkembangan kognitif yang dimulai kira-kira 11 atau 12 tahun dan terus berlangsung sehingga remaja mencapai masa dewasa. Hal ini karena pada masa ini anak telah mengembangkan tiga macam proses yang disebut dengan operasi-operasi iaitu negasi. Anak-anak pada masa konkrit operasional ini telah mampu menyadari konservasi. Di samping itu.kanak sudah mampu memikirkan sesuatu yang akan atau mungkin terjadi. iaitu kemampuan anak untuk berhubung dengan sejumlah aspek yang berbeza secara serentak. pada tahap ini juga remaja juga sudah mampu berfikir secara sistematik.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) Pada masa ini anak sudah mengembangkan pikiran logis. Pada tahap ini kanak. ia mulai mampu memahami operasi sejumlah konsep.

Pada setiap peringkat bayi. kanakkanak. remaja.1. Yang 28 . awal dewasa dan tua terdapat konflik sosial yang akan diatasi untuk perkembangan seterusnya. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkat peringkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi perkembangan peringkat yang berikutnya. sekolah. kanak-kanak yang dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif mereka.2 ERIC ERIKSON Seorang tokoh lagi yang bernama Eric Erikson berpendapat bahawa kehidupan manusia adalah melalui lapan tahap psikososial yang berkembang dari tahap ke tahap seterusnya dengan mempunyai ciri-ciri berlawanan di tahap-tahap tertentu.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) 7.0 PANDANGAN DAN PENDAPAT TOKOH ATAU PAKAR DARI DALAM ATAU LUAR NEGARA MENGENAI PERKEMBANGAN AWAL KANAKKANAK 7. Oleh sebab itu.1 TOKOH LUAR NEGARA 7. 7.1 JEAN PIAGET Piaget menyatakan setiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka yang tersendiri. zaman bermain.1.

Ini jelas kelihatan di tahap pertama Erikson ialah kepercayaan berlawanan ketidakpercayaan.2 TOKOH DALAM NEGARA 7. bayi berkenaan akan tidak dapat mempercayai orang di sekitarnya dan akan menjadi defensif serta akan cuba melindungi dari persekitaran yang tidak memberangsangkannya. dia akan memperoleh harapan untuk terus hidup. perhatian dan kasih sayang. Jika kehendak-kehendak bayi dipenuhi seperti mendapat makanan. Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa lebih separuh dari perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku dari usia 0 hingga empat 29 . Pendapat Ini bercanggah dengan pendapat Jean Piaget di mana beliau berpendapat kanak-kanak pada setiap tahap mempunyai perkembangan tertentu.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) paling jelas dari hasil kajian Erikson ialah individu merupakan individu yang dinamik dan bukan statik dan dia mempunyai identiti tersendiri. jika tidak. Erikson berpendapat darjah kepercayaan bayi bergantung Kepada nilai jagaan dan pemeliharaan ibu bapa atau orang lain yang menjaganya. 7. diperingkat umur 6 tahun pertama inilah peringkat paling utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan. Sebaliknya. minum. MASTURA BADZIS Hakikat yang perlu kita tahu dari fakta yang dikemukakan oleh pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak.1 PROF MADYA DR.2.

UNICEF.2. Beliau cuba menjawab persoalan ini dengan memetik sedikit penulisan berhubung dengan perkara dalam tesis PhD beliau. 2000).ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) tahun manakala satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8 tahun. the definitions of early childhood care and education differ around the world. while developing nations focus on birth through to age 6 (Eville-Lo & Mbugua. kajian yang dilakukan oleh pakar neurologi mendapati bahawa 80—85% perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak dan peringkat perkembangan yang paling pesat ialah diperingkat umur yang terawal dalam tempoh enam tahun tersebut.2 DR. Graves et al 30 . 2001. Wortham. & Murphy (1999). 1999. Justru itu boleh dikatakan di sini bawa ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal seseorang kanak-kanak merupakan asas kepada keseluruhan perkembangannya yang akan datang. Berikut adalah petikan yang dapat kita kongsi bersama: “There is some variation across countries in the ages of children considered to be in early childhood education. According to Swiniarski. MAHANI RAZALI Ramai telah menghantar email kepada beliau tentang definisi sebenar kanak-kanak yang diketogorikan dalam “Pendidikan Awal Kanak-Kanak” atau “Early Childhood Education”. The more industrialized nations consider early childhood to be the period from birth through to age 8 (Essa. 7. Breitborde. 2002).

Nursery schools generally cater for children aged 3–5 years old. children start school at age 6. In the United States and Canada. and in Northern Ireland. some schools have classes called “reception” classes for children who have not yet reached the compulsory school age (5 years old). Sweden has preschools for children aged 0–5 (förskola) and another pre-school for 6year-olds (föreskoleklass) (Mahani. Scotland.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) (1996) stress that regardless of such determinations the increased interest in early childhood education around the world reflects respective nations' and/or societies' particular philosophical beliefs about children. In England. In England and Wales. between 2 and 4 years. children in nursery schools are normally aged between 3 and 5 years. and kindergartens cater for children aged 4–5 years old. 31 . and Wales. 2006).

0 KAJIAN-KAJIAN LEPAS YANG MENYENTUH ASPEK MODEL DAN TEORI YANG BERKAITAN KANAK 8. Interaksi pengaruh-pengaruh tersebut membantu dalam menentukan pencapaian perkembangan ke satu tahap yang maksimum (Bee 1995.kanak DENGAN PERKEMBANGAN AWAL KANK- 32 .ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) 8. Pengaruh baka dan persekitaran memberikan kanak-kanak kadar dan tahap perkembangan yang berbezabeza. Perkembangan kanak-kanak berlaku secara beransur-ansur dan berterusan . adalah penting kanak. hasil daripada tindakan yang saling berkait antara proses kematangan dan pembelajaran mengikut aturan semulajadi dan sifat-sifat sejagat. Kajian Bloom (1964) membuktikan 80% kecerdasan seseorang individu pada usia 18 tahun terbina pada peringkat umur prasekolah.1 KAJIAN SURAYAH ZAIDON Perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada perubahan kuantitatif iaitu perubahan yang boleh diukur seperti ketinggian dan berat. Roopnarine dan Johnson (1997) menegaskan kanak-kanak menempuh waktu perkembangan yang paling sensitif justeru perlu diberi pendidikan seawall mungkin. dan perubahan kualitatif yang bermaksud proses perubahan yang abstrak dari satu tahap ke tahap yang lain contohnya kemahiran berfikir dan bersosial. Sehubungan itu. Pada usia ini kanak-kanak bertindak aktif kepada ransangan.Rohani 2001). berinteraksi bebas dengan orang sekeliling dan peka kepada keadaan sekeliling. Tahap perkembangan kanak-kanak berlaku dengan pesat pada lingkungan umur empat hingga enam tahun.

muzik dan pergerakan.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) mengalami pengalaman pembelajaran prasekolah yang berkesan. keyakinan diri dan sikap yang positif sebelum memasuki alam persekolahan formal (Rohaty 2003). bermakna dan menggembirakan supaya kanak-kanak dibekalkan dengan kemahiran. Penilaian yang dijalankan perlu bersesuaian dengan aktiviti kanak-kanak serta bermakna dalam pengalaman harian kanak-kanak dan dilaksanakan secara tidak formal semasa kanakkanak mengalami proses pembelajaran melalui pemerhatian dan dokumentasi. 8. persembahan kreatif. Kriteria penilaian perkembangan kanak-kanak perlu bersesuaian dengan objektif dan kandungan pembelajaran (Schweinhart 1993).2 KAJIAN LIHANNA BORHAN 1. bersesuaian dan boleh membantu perkembangan. strategi dan instrumen penilaian perlu berbeza-beza bersesuaian dengan setiap tujuan penilaian dan matlamat 164 pembelajaran. Perancangan. National Association for the Education of Young Children (NAEYC) 1991 mendefinisikan penilaian perkembangan kanak-kanak sebagai proses mendokumentasi apa yang dilakukan oleh kanak-kanak dan bagaimana mereka melakukannya bertujuan membuat keputusan-keputusan berkenaan kanak-kanak. Garis panduan Penilaian Selaras Perkembangan Kanak-kanak Berumur Tiga hingga Lapan Tahun (1991) yang dikeluarkan oleh badan tersebut menjelaskan bahawa penilaian yang dijalankan perlu berterusan. hubungan sosial. Tujuan Penilaian dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak 33 . Skop penilaian tidak terhad kepada bahasa dan matematik tetapi termasuk inisiatif.

membuat keputusan penempatan. membuat diagnosis masalah pengajaran dan pembelajaran. Tujuan penilaian ini perlu difahami dengan jelas oleh mereka yang terlibat dalam pendidikan di tahap ini kerana ia boleh memastikan bentuk penilaian yang wajar digunakan. kurikulum. dan perlu dinilai. Pendidikan awal kanak-kanak juga tiada bezanya. mengenal pasti tahap perkembangan setiap kanak-kanak merupakan salah satu tugas utama guru TADIKA kerana ini membolehkan perancangan pembelajaran sewajarnya dilakukan (Beaty. kehendak 34 . menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibubapa dan menolong kanak-kanak tertentu dalam menilai kemajuan dirinya sendiri (Katz. Kanak-kanak. 1997). ini semua adalah antara elemen yang perlu dinilai dari semasa ke semasa. Antara tujuan penilaian di TADIKA ialah untuk menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama. pentadbiran.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) Dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai aspek yang setiap satunya seharusnya boleh. guru. Satu objektif am atau pun satu strategi pengajaran am tidak wajar diguna pakai bagi semua kanak-kanak atau dalam setiap keadaan kerana tahap dan kadar perkembangan kanak-kanak adalah pelbagai dan berbeza antara individu. Kajian ini akan melihat aspek penilaian kanak-kanak. 1992). Dalam pendekatan kurikulum berintegrasi atau pun mengikut garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan. membantu dalam membuat keputusan berkaitan pengajaran dan kurikulum. yang secara ringkasnya akan dirujuk sebagai TADIKA. Keputusan penilaian mengenai tahap perkembangan beserta dengan penilaian yang memberikan maklumat tentang minat. yang merupakan aspek penting dalam organisasi pendidikan di tahap ini.

konsep penilaian autentik telah diunjurkan. 1982).Reynolds.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) serta keperluan kanak-kanak dijadikan sandaran untuk merancang objektif dan strategi pengajaran dalam rangka kerja kurikulum yang ada. Mindes. ramai pendidik merasakan ujian bertulis tidak menepati garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan (Bredekamp dll. 1995). biar dari segi item ujian yang bersandarkan kepada norma dan pengalaman kumpulan tertentu dalam masyarakat juga boleh mempengaruhi kesahan sesuatu ujian (Stallman & Pearson. penilaian seumpama ini dirasakan tidak betul-betul memenuhi kehendak dan tujuan penilaian diadakan dalam pendidikan awal kanak-kanak. 1995. Tambahan lagi. 1992. Ireton & Mardell-Czudnowski. 1997.. Penilaian Autentik Satu isu yang sering dibangkitkan dalam penilaian ialah kejituan (authenticity) sesuatu bentuk penilaian itu. Ini boleh menjadikan keputusan serta kebolehgunaan penilaian itu diragui. 1995. Ramai yang berpendapat peperiksaan atau ujian bertulis yang diberikan secara berkumpulan. 2. Walaupun ujian bertulis didapati dapat meramalkan pencapaian kanak-kanak di TADIKA dan di tahap awal pendidikan formal. Di samping itu. lebih cenderung untuk mereka membua kesilapan disebabkan kekeliruan atau kegusaran akibat suasana ujian (Ratcliff. 1990). tidak sesuai digunakan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Meisels. Untuk itu. lebih muda usia kanak-kanak itu. Katz. seperti mana diamalkan dalam sistem pendidikan rendah dan menengah di Malaysia ini. Penilaian autentik merujuk kepada bentuk penilaian yang berdasarkan 35 .

selain pemerhatian yang merupakan tunjak penilaian di TADlKA. amalan bersesuaian perkembangan. Untuk menjalankan penilaian autentik yang menepati garis panduan. 1990). 1992). Ia melibatkan penilaian yang dilakukan secara berterusan dan membawa implikasi kanak- kanak diberikan peluang untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka dalam cara yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka dan tidak terhad kepada kemahiran dan pengetahuan di sekolah sahaja.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam bilik darjah setiap hari (Pert.3 KAJIAN MARIANI MD. Penilaian autentik merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri (Grace. 8. portfolio individu kanak-kanak adalah satu pendekatan yang baik dan praktikal dalam merealisasikan penilaian autentik di peringkat ini. Ia juga suatu yang realistik dan sesuai dari segi pengajaran. pelbagai kaedah telah diutarakan. NOR 36 .

Elemen Sosial dan Kesan terhadap Pendidikan Awal Kanak-Kanak Teori Ekologi mengikut Bronfenbrenner (1977) memberi penekanan bahawa individuyang melalui proses pertumbuhan dan perkembangan itu terangkum di dalam sistempersekitaran yang mementingkan interaksi antara satu sama lain. Dalam konteks artikel ini. b) kesan kurikulum dan c) persediaan tenaga akademik Dalam proses pengajaran kanak-kanak dan pembelajaran holistik. sama ada kita menyedarinya atau tidak kanak-kanak yang merupakan individu yang berada dalam ruang lingkup mikro(berpusat di tengah) boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan dalam konteks di prasekolah khususnya. Merujuk kepada konsep di dalam teori ini. serta kesan terhadap oleh Urie perkembangan secara Teori Ekologi Bronfenbrenner (1977) dipilih oleh penulis untuk perbincangan seterusnya.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) Tiga kategori menjadi asas utama perbincangan dalam mengupas artikel ini. apa dan bagaimana kesannya harus diteliti terutama dalam hal yang menyumbang kepada proses perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran kanak-kanak itudipercayai boleh mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. 1. 37 . Antara fokus perbincangan ialah elemen: a) kesan sosial.

38 . Pembangunan minda. terutama di peringkat prasekolah. Justeru itu. keluarga khususnya ibu bapa merupakan agensosialisasi paling penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak itu dan sebagai individu terdekat atau berhampiran dengan komuniti kanak-kanak.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) Berdasarkan teori ini. kesedaran telah ditunjukkan bukan sahaja oleh masyarakat malah di peringkat atasan juga. program yang sesuai dapat menggerakkan pemikiran. Sebagai contoh. kajian di dalam dan diluar negara menunjukkan bahawa faktor persekitaran seperti penglibatan ibu bapa secara aktif mempunyai kesan langsung ke atas semua aspek perkembangan kanak-kanak (MacNaughtori. Menyentuh tentang pendidikan prasekolah. oleh itu. muncul satu fenomena iaitu kehadiran berbagai pihak dan agensi untuk mengendalikan pusat prasekolah. Tidak hairan jika sebelum ini Berger (1995) melalui kajiannya menyatakan wujudnya kepelbagaian model peranan ibu bapa untukmembantu proses pembelajaran kanak-kanak di prasekolah tetapi meluas kepada aspek pemilihan tempat untuk anak itu belajar. mereka mempunyaipengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-kanak. Ting (2005) mendapati tahap penglibatan ibu bapa luar bandar berada di tahap yang rendah. pengukuhan kestabilan emosi dan persediaan untuk hidup bermasyarakat. 2005). Oleh itu. peringkat pembelajaran prasekolah adalah sasaran utama ibu bapa kini. Dalam kajian yang Iain pula. Seperti dinyatakan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (1998) Pendidikan prasekolah merupakan peringkat formatif dalam perkembangan kanak-kanak. penyuburan fizikal. meningkatkan kreativiti dan membina akhlak yang baik bagi golongan kanakkanak yang berumur antara 4hingga 6 tahun.

2005. tidak perlu bukti tertulis.moral dan keagamaan serta berbagai lagi penekanan yang berbeza. Dapatan dari kajian penyelidikan oleh beberapa pelajar Sarjana Pendidikan Awal Kanak-kanak di bawah penyeliaan penulis menunjukkan situasi di mana apa yang dipelajari oleh bakal guru prasekolah di universiti kadang-kadang sukar untuk dipraktikkan di prasekolah kerana ideologi. aspek lain juga dititikberatkan seperti aspek sosial. Pemerhatian penulis ke tadika-tadika semasa penyeliaan pelajar praktikum menunjukkan kebanyakan tadika swasta memberi penumpuan yang lebih kepada aspek kognitif. tidak mustahil jika dikatakan akan wujud pula paradigma 'rumah tiang seribu atau infinit' disebabkan kepelbagaian ragam pendekatan dan kurikulum yang digunakan di prasekolah. peraturan ini tidak begitu dipatuhi memandangkanpertambahan bilangan penduduk yang memerlukan perkhidmatan sedemikian atau adakah ini trend masa kini dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak? Jika ini berlaku. Malah menyentuh tentang infrastruktur fizikal prasekolah. 2005). Bagaimana pun. adakah memang sepatutnya atau adakah ianya dalam tuntutan bersama oleh ibu bapa dan pengusaha tadika itu. iaitu kemahiran 3M. didapati jarak antara satu prasekolah dengan satu yang lain harus berada dalam jarak 1 km. Walau bagaimanapun. Secara umumnya komuniti prasekolah harus 39 . Secara tidak langsung keadaan ini boleh menjejaskan pula kualiti prasekolah (Nik Asiah. jika dibuat lawatan lokasi untuk setiap tapak prasekolah di sesebuah kawasan bandaraya.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) Dengan kewujudan pelbagai model prasekolah. Rohana Musa. pendekatan dan falsafah yang berbeza di antara kedua-dua pihak ini.

memahami dan empati terhadap orang lain (Essa. berkongsi. d) Perkembangan (Development) Adakah perkembangan boleh berlaku mengikut peredaran masa dan jika ya adakah disebabkan oleh faktor biologi semata-mata atau persekitaran infrastruktur yang wujud dalam komuniti kanak-kanak itu. Apa ciri prasekolah berkualiti yang Menjadi pilihan? b) Jaringan sosial (Social network) Harapan ibu bapa: kanak-kanak mempunyai kebolehan mengambil berat tentang orang lain. a) Keluarga (The family): Isu pemilihan prasekolah. Kajian di dalam dan di luar negara banyak meneliti faktor yang mempengaruhi proses pendidikan di prasekolah dari isu persediaan awal hinggalah kepada 40 . c) Kepercayaan masyarakat (Society's belief) Persoalan pengurangan perlakuan kanak-kanak terhadap amalan negatifatauanti-sosial atau sebaliknya dengan keuntungan cost-benefit (Schweinhart &Weikart. 1996). 1993).ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) memikirkan perkara berikut dalam memastikan trend dan isu menjadi suatu realiti.

2006) faktor seperti bahan pembelajaran. Komunikasi yang baik antara guru dan ibu bapa serta kemudahan sesuai di dalam bilik darjah adalah antara faktor persekitaran yang penting.. Nor et al. persekitaran yang merangsang pembelajaran kanak-kanak. aktiviti yang sesuai serta guru adalah antara faktor yang signifikan dalam mempengaruhi proses perkembangan kanak-kanak dalam aspek penyesuaian diri. 41 . Dalam satu kajian ke atas faktor yang mempengaruhi transisi dari prasekolah ke sekolah rendah terhadap 177 orang ibu bapa dari 18 buah prasekolah dari seluruh Malaysia mendapati (Mariani Md.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) aspek lain.

42 . yang akan belajar apa sahaja yang ada di persekitarannya melalui pemerhatian. Suatu yang kreatif dan seni tidak akan lahir dari jiwa yang keras dan peribadi yang kasar yang dipenuhi rasa kejengkelan dicetuskan oleh emosi marah dan hilang pertimbangan akal. teori dan model-model perkembangan awal kanak- kanak ini adalah penting kerana ia sedikit sebanyak akan memberi panduan kepada ibu bapa dan guru-guru tentang perkembangan yang dilalui oleh seorang kanak-kanak dan setiap kanak-kanak adalah berbeza dari segi perkembangannya kerana dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti baka. “sesungguhnya anakanak kita adalah permata”.ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) 9. Dalam membicarakan soal pendidikan anak-anak ini suatu perkara yang perlu kita fahami bahawa mendidik adalah suatu kesenian yang datangnya dari jiwa yang halus dan pemikiran yang kreatif. Imam Al-Ghazali Rahimahullah pernah menyebut. persekitaran.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya. kecerdasan dan sebagainya. Kasih sayang adalah elemen paling utama dalam proses mendidik. makanan. yang akan meniru dari qudwah yang ditonjolkan seterusnya mengaplikasikan hasil pembelajaran melalui kebiasaan (Mastura Badzis). Teguran dan nasihat yang lahir dari cetusan kasih sayang akan mencairkan hati yang keras sebaliknya kekasaran dan penonjolan amarah akan membekukan jiwa yang lembut. Apatah lagi bila yang dihadapan kita itu adalah kanak-kanak yang putih bersih.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful