BAB 1 KEBERKESANAN KAEDAH BERMAIN SAMBIL BERLAJAR DI PERINGKAT PRA SEKOLAH

1.0

PENGENALAN Permainan adalah satu gerak kerja rangsangan yang menggembirakan

seseorang. Permainan juga ialah suatu gerak kerja yang mengembangkan fizikal dan mental mengikut peraturan-peraturan tertentu. Kanak-kanak lebih tertarik dan sangat berminat membuat sesuatu aktiviti atau penyelesaian masalah dengan cara bermain. Permainan selalunya dikaitkan dengan kanak-kanak yang dianggap oleh orang dewasa sebagai satu perbuatan yang membuang masa dan tidak produktif. Sebaliknya jika kita kaji, permainan adalah satu aktiviti yang dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangan sahsiah pertumbuhan fizikal dan ia adalah keperluan khas kanak-kanak. Mengikut Kamus Dewan ‘bermain’ adalah suatu yang dilakukan oleh seseorang untuk bersenang lenang dan bersuka-suka dengan menggunakan alatan ataupun tidak.Permainan selalunya digunakan sebagai alat hiburan dan keseronokan semasa mempelajari sesuatu kemahiran. Semasa bermain mereka menggunakan pancaindera dan minda, yang tidak secara langsung menuju ke arah pembelajaran menyelesaikan masalah. Bermain menampakkan suatu proses yang mendatangkan kesukaan. Dengan kata lain kanak-kanak itu akan membuat sesuatu kerana ia suka berbuat demikian dan berhenti apabila dia telah bosan,

maka aktiviti-aktiviti tersebut boleh dikatakan bermain.

1

Caplan and Caplan (1973), mentakrifkan bermain sebagai penentu penting bagi perkembangan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek. Aktiviti-aktiviti bermain dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan. Apabila konsep main dicantumkan dengan belajar, maka ia menjadi ‘belajar melalui bermain’. Sebagai contoh apabila kanak-kanak itu bermain sesuatu permainan sahibba, mereka dapat membina dan menambah perbendaharaan kata dan aktiviti matematik iaitu menjumlah setiap markah yang di perolehi. Sahsiah yang baik juga terbentuk melalui kerjasama, toleransi, saling hormat menghormati dan bersedia menerima kekalahan. Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di sekolah-sekolah hanya sehala dan tidak begitu praktikal serta kurang mencapai matlamat yang di kehendaki. Penglibatan aktif sama ada daripada guru atau murid lebih berkesan dalam menyampaikan sesuatu kemahiran. Murid-murid akan mudah memahami sesuatu konsep baru yang diperkenalkan, apabila mereka melakukannya sendiri. Sebenarnya permainan ini telah wujud sejak zaman purba. Kajian-kajian yang dibuat di negara barat telah menunjukkan bahawa bahan permainan dalam bilik darjah boleh meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran sambil meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran lain. Dengan kata lain, semasa mereka bermain, konsep-konsep pembelajaran dapat diserapkan tanpa mereka sedari dalam suasana yang gembira dan tanpa tekanan. Dengan ‘belajar melalui bermain’ murid-murid tidak akan cepat bosan mempelajari sesuatu malah dapat meningkatkan lagi minat belajar.

2

1.1

Masalah Kajian Pada hakikatnya, pusat-pusat prasekolah di Malaysia mempunyai

penekanan yang pelbagai dalam program pendidikan masing-masing seperti penekanan terhadap kemahiran sosial, perkembangan persediaan, perkembangan diri dan sahsiah, pendidikan kesihatan dan pemakanan yang sihat, penerapan nilai-nilai murni masyarakat dan pendidikan rohani, tetapi dari segi realitinya kurikulum pendidikan prasekolah pada hari ini terutamanya prasekolah swasta yang terdapat di kawasan bandar lebih banyak memberi tumpuan kepada pendidikan yang berbentuk formal yang menekankan kepada pencapaian akademik kanak-kanak prasekolah. Dalam keadaan-keadaan tertentu, tekanan daripada ibu bapa dan pengaruh sosial, yang mengukur kejayaan dengan pencapaian akademik seseorang dan sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan adalah keterlaluan dan

meninggalkan kesan yang negatif. Keadaan seperti ini jika tidak diberi perhatian yang sewajarnya akan mengakibatkan fenomena yang disebut oleh Elkind (1981,1986,1987), sebagai ‘miseducation’, di mana kanak-kanak dipaksa mempelajari ilmu pengetahuan yang bersifat terlalu akademik pada peringkat terlalu muda dan ini menurut beliau akan memberi kesan negatif terhadap perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Kanak-kanak yang gemar meneroka, membina dan berfantasi melalui aktiviti-aktiviti permainan dan pada masa inilah mereka berpeluang berinteraksi dengan alam persekitarannya. Silberman (1970), menegaskan bahawa, “ A child’s greatest asset in the process of learning is his or her ability to play. It is through

3

1. Ini merupakan salah satu daripada tugas penting guru kerana gurulah yang berupaya mencipta persekitaran permainan yang menggalakkan.2 Tujuan Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengjkaji keberkesanan ‘belajar melalui bermain’ dalam pembelajaran dan pembentukan sahsiah kanak-kanak prasekolah. maka wajarlah mereka dibimbing dalam aktivitiaktiviti pembelajaran yang menjurus ke arah pemahaman alam persekitaran mereka. Mengenalpasti jenis-jenis aktiviti permainan yang dijalankan di pusat-pusat prasekolah. Oleh yang demikian. maka kajian ini cuba meninjau jenis-jenis permainan dan pengurusan aktiviti-aktiviti permainan di pusat-pusat pendidikan kanak-kanak prasekolah di negara ini. 4 . Elliason and Jenkins (1986) menegaskan bahawa guru merupakan orang yang boleh mengarahkan perhatian kanak-kanak dan seterusnya menjadi pemudahcara kepada pembelajaran kanak-kanak semasa mereka bermain. and make it something he or she can understand and control. Guru juga merupakan orang yang bertanggungjawab memberi galakkan dan perangsang serta dapat membantu mengembangkan pemikiran kanak-kanak. Sehubungan itu. Menyedari kepentingan aktiviti permainan dalam program pendidikan kanak-kanak. The child who does not play has no really effective means to develop”.play that heor she manages to come to terms with the world. Fokus kajian adalah untuk: i.

rohani dan perkembangan sosial.3 Kepentingan Kajian Pendidikan awal kanak-kanak adalah amat penting dalam pembentukkan sahsiah seseorang individu (Dennis 1966. dan iii.ii. Mengenalpasti kemudahan serta peralatan permainan kanak- kanak di pusat-pusat prasekolah. “Permainan merupakan pekerjaan kanakkanak. Memberi gambaran yang sebenar tentang kedudukan pengurusan aktiviti permainan dalam pendidikan kanak-kanak prasekolah. menentukan tugasan untuk disiapkan oleh dirinya sendiri dan berinteraksi dengan rakan-rakan sekelas dengannya”. Aktiviti permainan merupakan cara kanak-kanak itu menyelesaikan masalah. i. dan Asiah Abu Samah 1976). Menurut Lawrence Frank (dalam Braus and Edwards 1972). jasmani. 5 . Justeru itu. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam menguruskan pelaksanaan aktiviti permainan kanak-kanak prasekolah. sama ada dari aspek kognitif. adalah diharapkan dapatan daripada kajian ini dapat. Sehubungan itu. 1. aspek permainan dalam pendidikan kanak-kanak prasekolah perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh semua pihak yang terlibat dalam program pendidikan kanakkanak. Piaget 1969. Dengan demikian ternyatalah aktiviti –aktiviti permainan ini mempunyai peranan yang amat penting dalam proses perkembangan kanak-kanak keseluruhannya. emosi. Mukerji 1968. Kanak-kanak belajar melalui bermain.

ii.4 Definisi Istilah Bahagian ini akan cuba menjelaskan beberapa konsep penting atau istilah penting berhubung dengan kajian yang akan dijalankan. dan “masalah”. “matlamat pendidikan”. “kanakkanak prasekolah”. “pengurusan aktiviti permainan”. Istilah-istilah atau konsep-konsep yang di maksudkan itu ialah “permainan. 6 . “kemudahan peralatan atau bahan permainan”. pengelola dan pentadbir serta guru-guru di pusat-pusat prasekolah mengenalpasti aspek-aspek yang perlu di beri perhatian dan diperbaikki berhubung dengan pelaksanaan aktiviti permainan di pusat pendidikan kanak-kanak prasekolah di negara ini. Memastikan kanak-kanak menjalani perkembangan pembelajaran yang sewajarnya mengikut peringkat umur yang sesuai dalam ‘Belajar Melalui Bermain’. Membantu memperkayakan khazanah kajian-kajian berhubung dengan pendidikan kanak-kanak prasekolah di negara ini. Membantu pihak perancang kurikulum. “jenis permainan”. dan v. Membantu pihak-pihak mutu yang berwajib dalam menyelaras di dan mempertingkatkan pendidikan kanak-kanak pusat-pusat prasekolah di negara ini. “aktiviti permainan kanak-kanak prasekolah”. iii. 1. iv.

menurut beliau berkaitan dengan perkembangan budi pekertinya.1 Permainan Good (1973). kata beliau “is an end in itself”. Kanak-kanak bermain semata-mata untuk keseronokannya Kesimpulannya.1. dalam ‘Dictionary of Education’ memberi definisi istilah permainan sebagai “any pleasurable activity on for its own sake. Development and Education’ pula mendefinasikan permainan sebagai suatu “aktiviti di mana kanak-kanak membiasakan dirinya dengan persekitarannya” Menurut Mock lagi. Aktiviti-aktiviti yang di maksudkan itu merupakan aktiviti-aktiviti yang memberikan keseronokan dan kegembiraan 7 . dalam bukunya yang berjudul ‘Early Childhood”. Dalam konteks kajian ini. permainan merupakan aktiviti-aktiviti yang menimbulkan keseronokan dan kegembiraan yang berlaku dalam keadaan bersahaja. perkataan ‘permainan’ digunakan dengan membawa maksud segala aktiviti yang dijalankan oleh kanak-kanak yang dirancangkan oleh guru di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Mack (1975). Bagaimanapun ia berbeza daripada pekerjaan orang dewasa yang mempunyai tujuan tertentu. permainan juga di ertikan sebagai pekerjaan kanak-kanak. Ini bermakna beliau melihat permainan itu sebagai aktiviti yang menyeronokan yang dilakukan semata-mata bertujuan untuk tujuannya sendiri tanpa tujuan lain atau kepuasan di masa akan datang. Aktiviti-aktiviti itu pula. Seterusnya Good menambah bahawa permainan kanak-kanak merupakan aktiviti kanak-kanak bagi tujuan memberi keseronokan dan kegembiraan sama ada yang berlaku secara spontan atau dirancangkan. without reference to ulterior purpose or future satisfactions”. Permainan.5.

yang memasuki pusat-pusat pendidikan prasekolah atau taman didikan kanak-kanak (TADIKA) atau taman bimbingan kanak-kanak (TABIKA). mendefinasikan perkataan ‘jenis’ sebagai golongan benda-benda yang mempunyai sifat yang sama atau bersamaan bangsa. jenis permainan di pelbagai prasekolah itu di lihat dari beberapa segi iaitu dari segi. dalam kajian ini frasa ‘jenis berjenis’ digunakan sebagaikan maksud permainan-permainan dari golongan yang sama yang dimainkan oleh kanakkanak di pelbagai jenis prasekolah. Penglibatan dan pemilihan aktiviti permainan mengikut pilihan murid. Aktiviti-aktiviti hendaklah berlaku dalam situasi yang bersahaja. Seterusnya dalam konteks kajian ini. Aktiviti ini juga mungkin berstruktur atau tidak. 8 .5.kepada kanak-kanak. sama ada secara kumpulan. ii. yang belum memasuki sekolah rendah. i. berpasangan dan bersendirian.3 Kanak-kanak Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (1986).5. 1. Dalam kajian ini. 1.2 Jenis Permainan Kamus Dewan (1970). tumpuan kajian adalah kepada kanak-kanak prasekolah di dalam lingkungan umur di antara 4 hingga 6 tahun (KPM 1986 b:2). Kepelbagaian jenis aktiviti permainan yang dijalankan iaitu berdasarkan kelompok-kelompok yang telah di tetapkan di atas. menyatakan kanak-kanak prasekolah merupakan kanak-kanak yang di bawah umur 7 tahun. Dengan demikian.

4 Pengurusan Pelaksanaan Aktiviti Permainan Istilah pengurusan mempunyai maksud yang amat luas. dalam konteks kajian ini. akhir pelaksanaan aktiviti permainan. ‘pengurusan pelaksanaan aktiviti permainan’.1. Walaubagaimanapun. frasa ‘masalah pelaksanaan aktiviti permainan’ merujuk kepada perkara-perkara yang menimbulkan kesukaran atau kesulitan kepada guru- 9 . khususnya mengendalikan tugasan-tugasan atau usaha-usaha yang berhubung dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti permainan di dalam atau di luar bilik darjah.5. mendefinisikan perkataan ‘masalah’ sebagai sesuatu yang menentukan penyelesaian perkataan atau keadaan yang menimbulkan kesukaran atau kesulitan. i. iv. dan selepas pelaksanaan aktiviti permainan dijalankan 1.5 Masalah Pelaksanaan Aktiviti Permainan Kamus Dewan (Dewan Bahasa Dan Pustaka 1989). istilah tersebut merujuk kepada istilah pengurusan yang membawa maksud ‘mengendali’ atau ‘mengelola’ sesuatu tugasan. Dengan itu. ii. iii. dalam kajian ini. merujuk kepada perkara-perkara yang di lakukan oleh guru pada peringkat.5. Kesimpulannya dalam konteks kajian ini. semasa pelaksanaan aktiviti permainan. perancangan guru sebelum pelaksanaan aktiviti permainan.

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2. kategori permainan. jenis-jenis permainan dan bentuk-bentuk permainan.guru prasekolah dalam usaha mereka melaksanakan aktiviti permainan kanakkanak semasa berada di luar atau di dalam bilik darjah. selain itu bahagian ini juga menghuraikan secara ringkas beberapa kajian yang telah dijalankan 10 .1 Pengenalan Bahagian ini akan membuat tinjauan literatur tentang kajian-kajian yang berkaitan dengan permainan dan kaitannya dengan pendidikan kanak-kanak prasekolah. Bahagian ini juga akan mengemukakan beberapa contoh-contoh aktiviti permainan yang dijalankan di pusat-pusat prasekolah.

Definisi Permainan Frost dan Kissinger (1976). Mereka juga menjelaskan bahawa definisi Valentine itu tidak menafikan bahawa permainan boleh juga menuju kearah suatu matlamat atau akhiran yang mana ianya merupakan sebahagian daripada ciri yang menarik minat terhadap permainan itu. perkara-perkara atau barang-barang. Frank (1952). Contoh yang diberi oleh Valentine. Permainan boleh jadi memuaskan serta menyeronokkan dan hal seperti yang seperti itu merupakan nilai-nilai yang baik untuk kanak-kanak”.berhubung dengan kepentingan dan peranan aktiviti permainan dalam pendidikan kanak-kanak prasekolah 2. mereka memetik definisi permainan yang telah di kemukakan oleh Valentine pada tahun 1942. menurut Frost and Kissinger (1976). telah mendefinisikan permainan sebagai “cara kanak-kanak belajar sesuatu yang tidak diajarkan kepadanya.1898) yang menyatakan bahawa permainan mewakili pengulangan biologi dalam persejarahan manusia. ramai penulis telah menerokai tajuk permainan. Valentine telah mendefinisi permainan sebagai ‘mana-mana aktiviti yang dijalankan semata-mata untuk tujuannya yang tersendiri’. bentuk-bentuk binaan dan manusia. Permainan merupakan cara kanak-kanak meneroka dan membiasakan dirinya dengan alam sebenar. 11 . Dalam buku mereka yang berjudul ‘The Young Child and the Educative Process’. ialah permainan pasir. Teori recaptulation (Gulick. Menurut mereka. haiwan. melaporkan bahawa sejak tahun 1930.2. ruang dan masa. di mana Valentine menjelaskan bahawa aktiviti membina mahligai pasir menjadi lebih bermakna kerana terhasilnya ‘mahligai’.

Di waktu kanak-kanak meneroka dan mengkaji. main merupakan suatu ekspresi paling tinggi perkembangan manusia pada peringkat kanak-kanak. Kesan jantina terhadap tingkah laku bermain juga dikaji oleh Son (1996). pula mengkaji perbezaan umur dan jantina dalam kebolehan sosial semasa permainan sosiodramatik di prasekolah.Fetter (1997). Dengan kata lain kanak-kanak itu belajar mendapatkan kepercayaan diri dan semasa bermain. Dia juga menemui bagaimana dapat bermesra dengan alam dan menyesuaikan diri dengan tugas-tugas hidup untuk menguasai kecekapan motor”. Beliau mendapati kanak-kanak lelaki lebih suka bermain dengan bongkah. Scarfe (1966). seorang kanak-kanak itu sentiasa mempelajari sesuatu yang baru. Scarfe juga berpendapat bahawa “melalui permainan kanak-kanak belajar bagaimana belajar. perhubungan alam dengan dirinya terbina. Froebal menekankan pada kepentingan main. perkembangan-perkembangan kemahiran fizikal dan 12 . Menurut Friedrich Froebal (1782-1852). melihat permainan sebagai satu proses pendidikan. Daripada pemerhatiannya tentang kanak-kanak. iaitu ekspresi bebas terkandung dalam roh seorang kanak-kanak. Umur dan jantina mempengaruhi kebolehan social semasa permainan sosiodramatik. sedangkan kanak-kanak perempuan lebih berminat dalam bidang dramatik. kanak-kanak mengeluarkan semula apa yang telah terlintas dalam fikirannya atau mengeluarkan semula apa yang telah menyeronokkannya atau sesuatu yang membolehkan kanak-kanak menjadikan dirinya lebih menyeluruh sebagai sebahagian daripada persekitarannya. Piaget dilaporkan pernah menyatakan bahawa melalui permainan.

serta membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan. Stanley Hall (1983). Pelajaran mungkin tidak berkesan jika terlalu cepat diberikan sebelum kanak-kanak bersedia menerimanya”. Katanya lagi permainan adalah satu kerja bagi kanak-kanak. 1992). berpendapat bahawa permainan adalah ulangan dari cara dan taraf penghidupan manusia dari zaman dahulu kala sehingga ke hari ini. Permainan dan kelakuan yang betul boleh di sifatkan tanda kesihatan fikiran. 1999). Seorang pendidik. muzik dan ekspresi kendiri sebagai dasar pendidikan awal kanak-kanak. juga seorang ahli psikologi barat menyatakan “permainan adalah latihan untuk melepaskan emosi. Maka eloklah pelajaran peringkat awal diberi dalam bentuk permainan. 2. Buhter (Jurnal Pendidikan. Susan Isacs (1978). Beliau menekankan prinsip 13 .3 Pelaksanaan Permainan Dan Keberkesanannya Maria Montessori (Majalah Wanita. Melalui permainan seseorang kanak-kanak menjalani pertumbuhan dan pembesaran. pula berpendapat bahawa permainan adalah satu cara semulajadi kanak-kanak mendapat pendidikan dengan sendirinya. Pendapat ini bertepatan jika diberi kepada kanak-kanak prasekolah yang baru mula mengenali alam pembelajaran. menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak. yang memperkenalkan Kaedah Montessori yang kini sangat popular di seluruh dunia. seorang ahli psikologi Amerika.penguasaan bahasa. perasaan tertekan.

‘belajar melalui bermain’ kepada kanak-kanak asuhannya. Menurut Andrew Wright (1979). Saling membantu dapat meningkatkan rangsangan dan keupayaan belajar dengan lebih cepat. untuk merealisasikan apa yang ada dalam dirinya. Bagi kanak-kanak yang hiperaktif pula. Permainan dapat memberikan mereka pengalaman awal tentang keadilan peraturan dan kesamaan. Bagaimanapun. beliau sarankan aktiviti permainan dilaksanakan dengan langkah-langkah seperti yang telah dirancangkan. Menurut Maria Montessori “A child’s work to create the person she will become”. merupakan sumber pengayaan yang boleh mempercepatkan kadar pembelajaran pelajar sederhana sambil mendalami pengalaman pelajar yang cerdas. Main juga mendorong kanak-kanak menyusun semula corak-corak. Kanak-kanak harus diberi kebebasan untuk menggunakan kuasa mentalnya. kebanyakan 14 . berpasangan atau kumpulan. individu. permainan bahasa boleh dilakukan secara kelas. Jean Piaget (1973). Jill Hadfield (1984). Pengasasnya sedar bahawa kanak-kanak cepat berasa bosan apatah lagi jika dihadapkan dengan perkara-perkara yang serius seperti angka dan fakta. Paling lama kanak-kanak hanya boleh memberi tumpuan tidak lebih daripada 45 minit. berpendapat bahawa aktiviti permainan haruslah diajarkan melalui demonstrasi dan bukan disampaikan dengan cara penerangan lisan sahaja. bentuk-bentuk dan skema-skema yang memberi makna kepada pembelajaran yang dialami oleh mereka. 30 minit adalah masa yang terbaik jika mereka dapat memberikan perhatian. Oleh itu. main akan memperkuatkan kebolehan berfikir dalam berbagai cara. melalui bermain. Mengikut Roberts dan Schumm (1971).

Main yang melibatkan kegiatankegiatan fizikal tentu akan meningkatkan kekuatan sertaa ketangkasan kanakkanak. murid-murid dapat berinteraksi antara satu sama lain.bersabar. kebersihan dan sebagainya. bekerjasama. bermain mendatangkan keseronokan dan hiburan yang juga merangsangkan individu mempelajari sesuatu melalui cara yang aktif dalam keadaan yang tidak formal. individu yang lemah akan mendapat bantuan daripada rakanrakan dengan tidak berasa terdesak apabila mempelajari sesuatu. Melalui main. Main membantu perkembangan fizikal. Menurut Ee Ah Meng dalam bukunya. Lagipun. Bermain juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan motor kasar. Mereka akan dapat mempelajari nilai-nilai sosial yang positif seperti bertolak ansur. Sifat-sifat pengurusan ini sebenarnya ada dalam setiap permainan. akan mengukuhkan lagi pembentukan satu-satu konsep. Main membenarkan perkembangan individu mengikut kemajuan masing-masing. sosioemosi dan mental.aktiviti permainan biasanya dijalankan dalam kumpulan kecil atau pun secara berpasangan tanpa paksaan. Pengurusan untuk menyelenggarakan peraturan-peraturan inilah yang memperkuatkan dan menyenangkan untuk mencari penyelesaian kepada masalah iaitu apabila kanak-kanak dapat melihat hubungkaitnya. bertimbang rasa. Aktiviti seperti 15 . maklum balas yang diberi secara serta merta tentang betul atau salah. Nilai bermain juga boleh membantu kanak-kanak supaya berupaya untuk menguruskan sesuatu (Fower 1980. Ketika bermain. Kesan keseronokan daripada main akan membantu mempercepatkan lagi proses pembelajaran. Pellegrini 1984).

‘bapa’ dan lain-lain. menyatakan proses bermain dilakukan melalui beberapa kegiatan seperti: meniru kelakuan orang dewasa. pendidikan dan persekolahan adalah bagi pengembangan sosialisasi. Comenius merasakan pendidikan perlu memberi pengalaman pembelajaran yang positif termasuklah kebebasan dan kegembiraan. berpeluang memainkan peranan yang biasanya tidak dapat dilakukan seperti jadi ‘guru’. kanak-kanak memperolehi kemahiran koodinasi mata dan tangan. Froebel percaya bermain adalah asas untuk kanak-kanak mempelajari sesuatu dan Comenius menganggap kindergarten sebagai jambatan dari rumah ke sekolah. sekolah merupakan bengkel kanak-kanak bekerja dengan penuh minat. John Amos Comenius (1592-1670). keagamaan dan moral. Baginya. Martin Luther (1483-1546). Mengikut Comenius lagi. berguling dan sebagainya Hanleh. dalam buku ‘Understanding Children’s Play’. memainkan sesuatu peranan dengan sebetul-betulnya secara intensif. Frank and Goldenstone (1952). meluahkan keperluan perasaan. mencadangkan pendidikan perlu bersifat universal dan wajib serta menitikberatkan keperluan agama. Beliau menegaskan muzik dan pendidikan jasmani perlu diintegrasikan dalam kurikulum. menghasratkan sesuatu desakan secara spontan dan memainkan peranan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. berlari. Perkembangan koodinasi motor kasar melalui aktiviti memanjat.menggunting kertas. 16 . juga memberi cadangan supaya kanak-kanak perlu menghadiri sekolah dan sekolah perlu menggalakkan kanakkanak supaya sentiasa berasa gembira dengan diri mereka. Aktiviti adalah sangat penting.

mereka menggunakan bahasa dalam aktiviti dan tingkahlaku mereka juga berubah. Dalam usaha mengajar kanak-kanak ini guru tidak harus memikirkan pencapaian akademik semata-mata tanpa memikirkan aspek perkembangan yang lain. sependapat dengan Piaget yang menyatakan perkembangan kanak-kanak tidak berlaku kerana satu factor sahaja seperti pengaruh semulajadi dan berpendapat proses mental yang lebih tinggi berkembang apabila kanak-kanak membentuk pertuturan semasa melakukan aktiviti praktikal. Mereka berupaya merancang dan menguasai sekeliling mereka dengan pertuturan. Sebelum kanak-kanak bertutur.Beliau yakin permainan yang sesuai dapat membantu kanak-kanak berfikir berkenaan interaksi antara ‘kehidupan dan aktiviti sendiri. mereka menggunakan alat bagi menyempurnakan tugas. Oleh sebab itu guru prasekolah haruslah memikirkan strategi-strategi yang boleh menyeronokkan kanak-kanak. Pendidikan prasekolah adalah peringkat pendidikan yang paling awal bagi kanak-kanak selepas pendidikan yang diperolehi daripada keluarga. Salah satu strategi pengajaran yang difikirkan sesuai bagi peringkat kanak-kanak prasekolah ialah belajar melalui bermain. Ahli Falsafah Vygotsky (1896-1934). Semasa kanak-kanak bermain mereka dengan cara tidak langsung mempelajari berbagai kemahiran seperti kemahiran sosial. 17 . Tetapi setelah mereka bertutur. kemahiran bahasa dan kemahiran berfikir di samping menggalakkan pertumbuhan jasmani. perwakilan dan kognisi serta kebolehan dan pemahaman’. pemikiran dan tindakan. Kanak-kanak tidak harus dibebankan dengan aktivitiaktiviti kelas yang terlalu berat dan rigid (kaku) kerana ia boleh menghilangkan minat mereka untuk belajar.

Hasil daripada pemerhatian tersebut. 18 .BAB 3 METOLOGI KAJIAN 3.1 Latar Belakang Kajian Para pengkaji dan pendidik kanak-kanak prasekolah telah membuat beberapa pemerhatian tentang aktiviti permainan kanak-kanak. jenis dan bentuk aktiviti-aktiviti tersebut. mereka telah cuba mengelompokkan atau mengklasifikasikan aktiviti-aktiviti permainan kanak-kanak berdasarkan kategori.

permainan bersendirian (solitary play). permainan terap. pengkategorian tersebut merupakan sesuatu pembahagian yang agak ‘superficial’ kerana biasanya dalam sesuatu permainan kadang-kadang terdapat percampuran unsur-unsur serta bahan-bahan yang terkandung di dalam setiap kategori itu.Leeper (1976). Morrison (1984). Menurut Morrison. permainan pemerhatian (onlooker play). permainan perubatan dan permainan luar. memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi sesama sendiri dan 19 . permainan dramatik. Bagaimanapun. Pengelasan serta peristilahan yang digunakan oleh Parten masih digunakan sampai hari ini. permainan bersekutu (associative play) dan permainan bersama (co-operative play). mendakwa bahawa huraian dan klasifikasi permainan kanak-kanak yang paling menyeluruh adalah yang digunakan oleh Mildred Parten (1932). Pengelompokan aktiviti permainan berdasarkan bentuk pula adalah seperti yang dihuraikan oleh Morrison (1984). aktiviti-aktiviti permainan yang terdapat dalam bentuk diatas itu. Beliau mengklaskan permainan sebagai permainan ‘unoccupied’ (unoccupied play). telah mengkategorikan permainan kepada tiga kumpulan berdasarkan kepada bahanbahan dan alat-alat permainan yang digunakan. permainan selari (parallel play). permainan bebas. menurut Leeper dan rakan-rakan. di mana beliau membahagikan aktiviti-aktiviti tersebut kepada permainan spontan. menyatakan bahan Matterson (1967). Kumpulan-kumpulan tersebut ialah permainan kreatif (creative play). permainan khayalan (imaginative play) dan permainan percubaan atau penerokaan (adventure play).

pengelasan tersebut bersifat ‘superficial’.2 Jenis-jenis Permainan Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik permainan. Main selari ialah kanak-kanak masih bermain secara bersendirian tetapi caranya adalah serupa dengan kanak-kanak lain atau alat permainan yang digunakan adalah serupa dengan kanak-kanak lain. belajar tentang pandangan orang lain dan belajar mengawal diri. Kanak-kanak berinteraksi di antara satu sama lain melalui soalan-soalan yang dikemukakan atau ketika 20 . berbual dengan kanakkanak lain.seterusnya mempelajari kemahiran hidup bermasyarakat. Main sendiri bermaksud kanak-kanak bermain seorang diri sehinggakan dia tidak menyedari kehadiran kanak-kanak lain yang ada di sekelilingnya. Oleh itu pengelasan aktiviti permainan yang telah dibincangkan di atas adalah semata-mata dilakukan sebagai landasan untuk memudahkan perbincangan. pemilihan alat permainan amat penting bagi memotivasikan murid dan pencapaian objektifnya. Main koperatif pula ialah kanak-kanak bermain bersama dengan rakan-rakannya dalam satu-satu kumpulan. Permainan koperatif biasanya dikelolakan oleh guru untuk memastikan setiap kanak-kanak memainkan peranan masing-masing dalam permainan tersebut. 3. Kesimpulannya walau dari sudut apapun perbincangan tentang pengelasan aktiviti-aktiviti permainan dilakukan.

kanak-kanak banyak memberi perhatian terhadap permainan kanak-kanak lain tetapi mereka tidak terlibat dalam permainan yang dimainkan. Selain daripada itu. Bahasa Inggeris dan Pendidikan Moral. Main luar lebih mudah diterangkan sebagai jenis permainan yang biasanya dikendalikan di luar bilik darjah. ibu atau bapa. guru hendaklah memenuhi objektif-objektif pelajaran yang dirancangkan untuk hari itu. Bagi kanak-kanak prasekolah. Guru hendaklah memastikan bahawa aktiviti-aktiviti itu membawa faedah kepada murid-murid. Begitu juga dengan main ‘ unoccupied’. permainan ini lebih menitik beratkan permainan yang berkaitan dengan motor kasar. buaian. alat 21 . Selain daripada itu. Contohnya seperti melakonkan watak seorang guru. Selain daripada yang diklasifikasikan oleh Mildred Parten. askar dan lain-lain watak yang mereka suka. mereka tidak bermain bersama-sama. Main bebas bermaksud kanak-kanak bebas memilih aktiviti-aktiviti yang mereka suka. kanak-kanak tidak bermain dengan sesiapa pun serta tidak terlibat dalam sebarang permainan. Ia adalah sesuai untuk pelajaran Bahasa Melayu. jenis-jenis pendekatan ‘Belajar Melalui Bermain’ yang lain ialah. Dalam main dramatis pula permainan ini melibatkan kanak-kanak yang bermain sebagai watak-watak tertentu. Dalam main pemerhati. Kanak-kanak hanya berdiri atau duduk tanpa membuat apa-apa. Alat permainan yang disediakan termasuklah titi pengimbang.berkongsi bahan-bahan permainan dalam main asosiatif.

Sejauh manakah ia bermanfaat kepada kanakkanak adalah bergantung kepada perancangan. Selain itu. guru haruslah menilai potensi pembelajaran bagi setiap jenis permainan untuk mencapai objektifnya.permainan air dan sebagainya. Jadi guru mestilah membuat persediaan yang maksimum. 22 . pengurusan dan pengelolaan permainan itu. Sekiranya tidak mencukupi. perancangan juga perlu mengambil kira bahan-bahan permainan yang sedia ada. penyelesaian masalah serta tunjukcara. 3.3 Kaedah Dan Teknik Bermain Kaedah dan teknik bermain adalah dikaitkan dengan kaedah dan teknik mengajar seperti simulasi. Walaupun biasanya hanya terdapat satu set permainan bagi satu kumpulan. Ketika membuat perancangan. kelicinan perjalanan permainan akan terjejas. guru hendaklah berusaha bagaimana untuk melibatkan seberapa ramai murid dalam permainan supaya setiap murid dapat menikmati faedah-faedah main. Bagi permainan yang melibatkan banyak pergerakan juga hendaklah dikendalikan di luar bilik darjah. Setiap jenis permainan memang mendatangkan keseronokan kepada kanak-kanak. Semua kaedah ini memerlukan bimbingan dari guru pada peringkat awalnya. termasuk main peranan dan sosiodrama. Guru juga mestilah memberi penerangan yang jelas dan membuat demonstrasi tentang cara satu-satu permainan dijalankan.

23 . Menentukan aras kebolehan murid juga penting supaya permainan yang dipilih dapat menyediakan kemahiran yang sejajar dengan keupayaan dan kebolehan murid-murid. Langkah-langkah penting dalam strategi ini ialah: Menentukan tema dari kandungan sukatan pelajaran iaitu sama ada permainan yang dipilih itu adalah berfaedah atau sebaliknya. Mainan yang menepati aras dan tema pasti memudahkan guru dalam penyediaan permainan tersebut. sekiranya diperlihatkan adanya perkaitan di antara permainan dengan isi pelajaran serta pengalaman murid-murid. maka objektif permainan itu di harap akan tercapai. menggariskan beberapa tanggungjawab penting untuk menjamin keberkesanan perlaksanaan teknik permainan ini. dalam bukunya yang berjudul ‘Early Childhood Education Today’. Guru perlu memastikan permainan itu bertujuan memotivasikan murid.4 Langkah-langkah Perlaksanaan Guru di pusat pendidikan prasekolah mempunyai tanggungjawab yang penting dalam menjayakan kurikulum permainan yang bermutu. Menentukan tujuan guru dengan jelas mengadakan permainan tersebut. Morrison (1984). Guru juga harus tahu menentukan jenis-jenis mainan yang akan dilaksanakan.3. membentuk konsep atau memberi peneguhan yang sesuai bagi peringkat kemajuan murid.

3. Murid juga sudah disediakan dari segi fizikal dan mental. Guru juga harus sentiasa mengawasi aktiviti muridmurid supaya dapat membuat penilaian yang terbaik. apa yang sepatutnya dibuat oleh pemain dan bilangan pemain yang terlibat. Mengumpul Bahan.Menentukan bentuk permainan sama ada dilakukan secara individu. Guru mestilah telah menyediakan cara-cara yang munasabah dan sesuai untuk menilai. perlu dijelaskan. kad-kad mainan atau bongkahbongkah disediakan lebih awal.5 Prinsip-prinsip Bermain 24 . Menentukan cara menilai iaitu bagaimana hendak menilai hasil daripada permainan murid. Mendapatkan maklum balas daripada murid selepas permainan dijalankan supaya guru dapat menilai perasaan murid dan menilai konsep permainan sama ada baik atau sebaliknya. papan dam. Setiap permainan mempunyai syarat-syarat tertentu dalam kumpulannya. Menentukan proses dan masa tentang satu-satu permainan hendaklah diberi penerangan kepada murid-murid. Perkara-perkara seperti undang-undang.kumpulan kecil atau kumpulan besar.Guru hendaklah menentukan bahawa semua bahan yang digunakan seperti buah dadu. Contohnya kumpulan kecil mempunyai bilangan pemain yang sedikit berbanding kumpulan besar jadi penilaiannya juga berbeza.

Permainan hendaklah melibatkab aspek psikomotor. 5. 7. tepat serta mudah difahami. Peranan guru hendaklah ditentukan terlebih dulu. Murid-murid seharusnya bersedia dengan keadaan fizikal mereka untuk memudahkan interaksi antara murid dan dengan bahan permainan. keadilan. penerapan nilai murni dan moral. keseronokkan. 4. fasilitator. pengadil. 8. iaitu tidak terlalu pendek (untuk mengelakkan murid-murid terdesak-desak menjalankan aktiviti) atau terlalu lama sehingga membosankan murid. kemahiran social. 3. Maklum balas tentang betul atau salah dalam satu-satu permainan hendaklah diberi serta merta agar murid-murid mendapat motivasi untuk meningkatkan prestasi permainan mereka. Jika permainan itu terlalu kompleks atau bercanggah dengan budaya. kognitif dan afektif. Permainan hendaklah sesuai dengan umur. iaitu sama ada menjadi pencatat masa. murid-murid tentunya tidak bersedia dari segi mental dan emosi. Permainan hendaklah menekankan kepada kerjasama. Murid-murid hendaklah melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti permainan. 9. 6. penjaga masa atau penilai. 2. Tempoh permainan hendaklah munasabah. pengalaman kebolehan serta kecenderungan murid-murid.1. 25 . Arahan tentang permainan hendaklah jelas. Pastikan permainan adalah berkaitan dengan objektif pembelajaran dan boleh merentas semua komponen.

6.6 3. Permainan hendaklah merupakan salah satu alat pengajaran untuk membantu kanak-kanak yang lemah. Pemikiran kreatif tidak akan berjaya dihasilkan jika guru tidak berubah sikap terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran di kelas. mereka memerlukan bahan manipulatif yang terbuka untuk membantu pembelajarannya 3. mengenalpasti masalah yang di hadapi oleh guru dan mengenalpasti pengurusan perlaksanaan aktiviti permainan. 12. kemudahan peralatan permainan.10. meninjau pandangan guru-guru prasekolah tentang peranan aktiviti permainan. Memastikan keselamatan kanak-kanak ketika bermain. Bahan yang cangih belum tentu dapat menjana pengajaran yang berkesan. Permainan hendaklah dalam bentuk yang boleh menarik minat muridmurid. Oleh kerana kanakkanak di peringkat prasekolah perkembangannya masih lagi di peringkat praoperasi dan di peringkat puncak menjana kreativiti. 11. 26 .1 ANALISIS KAJIAN Latar Belakang Sampel Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti jenis-jenis aktiviti permainan yang dijalankan di prasekolah. Pastikan alatan yang digunakan oleh kanak-kanak adalah dari bahan yang selamat dan tidak berbahaya. mengenalpasti aktiviti yang menjadi pilihan murid.

Kaedah pemerhatian yang di maksudkan di sini meliputi berbagai-bagai teknik seperti perbualan. Kuala Lumpur. Berdasarkan kaedah-kaedah yang biasa digunakan dalam pengumpulan data.30 pagi. Cik Maisarah bt Tambi Chik. Prasekolah ini terletak di dalam kawasan Bandar. Prasekolah ini menitik beratkan aktiviti bermain didalam pembelajarannya. Menurut gurunya. Prasekolah sayang menggunakan Buku Panduan Kurikulum yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai panduan aktiviti di Prasekolah Sayanag. Kelas ini di lengkapi dengan berbagai alatan permainan yang bersesuaian dengan murid-murid prasekolah tersebut. Kebanyakan ibu bapa mereka terdiri daripada peniaga-peniaga dan kaki tangan swasta juga bekerja sendiri. Tenaga pengajarnya cuma seorang dan seorang pembantu. berinteraksi dengan kanak-kanak. Jumlah kanak-kanak yang mendaftar adalah seramai 25 orang yang terdiri daripada 11 orang murid lelaki dan 14 orang murid perempuan. Kanak-kanak yang belajar di prasekolah ini datang dari kawasan perumahan yang berhampiran dan dari keluarga yang berpendapatan sederhana. Jalan Pantai Baru. Sekolah Kebangsaan Bangsar.00 pagi hingga 11.Kajian ini telah dijalankan di Prasekolah Sayang. Mereka di tempatkan di dalam satu kelas . kaedah berbentuk senarai semak dan pemerhatian telah dipilih untuk kajian ini. guru dan melihat 27 . Waktu belajar bagi pusat prasekolah ini ialah dari pukul 8. Majoriti kanak-kanak di sini ialah dari golongan bangsa Melayu dan cuma seorang sahaja berbangsa India. Data-data kajian di kumpul pada awal bulan April hingga Mei 2004 semasa murid-murid menjalani pembelajaran aktiviti kumpulan.

28 . maka senarai semak digunakan. Untuk mendapatkan maklumat yang terperinci saya telah menggunakan contoh-contoh soalan seperti di lampiran yang di sertakan ini. Oleh kerana pemerhatian itu bertujuan untuk mendapatkan maklumat.perlakuan mereka.

adakah murid-murid nakal apabila melakukan aktiviti? Semasa dan selepas murid-murid menjalankan aktiviti bermain. adakah murid-murid kreatif melakukan permainan tersebut? Adakah murid-murid bertanya dan memberi cadangan semasa menjalankan aktiviti bermain? Semasa menjalankan aktiviti permainan.LAMPIRAN Bahagian A Aktiviti Permainan Tarikh____________________ Masa___________________ Borang ini diisi oleh guru sebelum dan selepas murid-murid melakukan Aktiviti-aktiviti bermain. adakah murid-murid merasa puas? Adakah murid-murid merasa seronok semasa dan selepas melakukan aktiviti bermain? Semasa aktiviti bermain dijalankan. adakah murid-murid bermotivasi untuk belajar? 29 Ya Tidak Tidak Pasti .adakah mereka terlibat sepenuhnya? Adakah murid-murid menunjukkan minat semasa aktiviti bermain dijalankan? Dalam aktiviti bermain. Soalan Semasa melakukan aktiviti permainan adakah semua murid-murid aktif bermain? Semasa murid-murid melakukan aktiviti bermain. adakah murid-murid mendengar arahan guru? Adakah murid-murid mesra antara rakan-rakannya semasa melakukan aktiviti permainan? Adakah murid-murid menggunakan bahasa yang sesuai semasa berkomunikasi dengan rakannya dalam aktiviti permainan? Selepas tamat aktiviti bermain dijalankan.adakah murid-murid mengamalkan nilai bekerjasama? Adakah murid-murid melakukan aktiviti permainan dengan perasaan sukarela? Selepas sesi pengajaran aktiviti bermain dijalankan.

adakah murid-murid faham tentang isi pelajaran yang disampaikan? Semasa murid-murid bermain dalam kumpulan. murid-murid kelihatan bosan dan kecewa.Adakah murid-murid masih lagi kecewa dan bosan selepas bermain? Selepas tamat bermain.Sebelum aktiviti bermain dijalankan. adakah murid-murid dapat menjawab soalan yang dikemukakan dalam sesi pembelajaran? Selepas tamat bermain. adakah nilai positif dapat diterapkan? Adakah mereka merasa puas dan seronok apabila diberi peluang melakukan aktiviti bermain secara individu? Adakah kemahiran motor halus mereka bertambah mahir ketika bermain? Tandatangan guru penilai:________________________ Nama:________________________________________ Refleksi selepas penilaian: 30 .

http://ms.my/artikel. Diperoleh pada Febuari 28. 2009 daripada http://www.com/ http://www.Bhd. 2009 Ramlah jantan dan Mahani Razali(2004). Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Diperoleh pada Febuari 26. 2009 daripada http://members. Diperoleh pada Febuari 25. 2009. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2003.com/~MUJAHID/Komunikasi. Pendidikan Awal Kanak-kanak Teori dan Amali.org/wiki/Prasekolah http://teoripiaget. Universiti Kebangsaan Malaysia.html 31 .pdf.php?ar=24 12) Komunikasi Melalui Interaksi Sosial: Membina dan Memperkembangkan Pengetahuan Matematik. Pendidikan Prasekolah.ums.anakku.txt http://eprints.scribd.wikipedia. Penerbit Universiti Malaya.my/spps/prasekolah/program.htm Rohaty Mohd Majzub dan Abu Bakar Nordin(1989). 2009 Azizah Lebai Nordin(2002).RUJUKAN 1) Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Psikologgi Pendidikan – Pendekatan Kontemporari.utm.com/docs/916uv4tbx9q9gad2dib. Diperoleh pada Febuari 25. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.edu.my/6258/1/2. 2) 3) 4) 5) 6) 7) http://d. Diperoleh pada Mac 8.tripod. 8) 9) 10) 11) Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak.blogspot.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful