Tajuk Kajian: Penggunaan Kata sapaan µKau¶ antara dua budaya iaitu bagi Puak Melayu Kedayan dan

Puak Tutong di Negara Brunei Darussalam
PENDAHULUAN

Negara Brunei Darussalam mempunyai pelbagai penduduk yang majoriti penduduknya adalah berbangsa Melayu. Bangsa Melayu di negara ini terdiri daripada tujuh puak rakyat jati Brunei Darussalam. Ketujuh-tujuh puak tersebut ialah Melayu Brunei, Melayu Kedayan, Dusun, Murut, Belait, Tutong dan Bisaya. Dua daripada tujuh puak tersebut, iaitu Puak Melayu Kedayan dan Puak Tutong, adalah dua puak yang akan dijadikan tumpuan perbincangan oleh pengkaji dalam kajiannya mengenai perbandingan fungsi dan penggunaan kata sapaan µkau¶.

BAHASA DAN BUDAYA

Dalam komunikasi atau interaksi sosial, kita sering menemukan bahawa apa yang kita ungkapkan atau kita sampaikan kepada lawan bicara kita itu kurang difahami dengan baik. Kegagalan memahami pesan ini disebabkan beberapa faktor, antaranya ialah perbezaan usia, perbezaan pendidikan, perbezaan pengetahuan, dan lain-lain. Selain itu, faktor budaya juga berhubungan dengan bahasa.

Contohnya, kata sapaan µkau¶ diucapkan berbeza dalam konteks budaya yang berbeza. Tidak ketinggalan juga dengan puak Melayu Kedayan atau masyarakat Kedayan yang mempunyai kata sapaan µkau¶ yang digunakan kepada sesiapa sahaja dengan tidak mengira usia, kedudukan dan sebagainya. Kedayan menggunakan kata sapaan µkau¶ dalam berinteraksi atau berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa menghadkan penggunaannya.

Begitu juga dengan Puak Tutong. Mereka mempunyai kata sapaan µjiyu¶ yang mempunyai makna yang sama dengan kata sapaan µkau¶ yang juga digunakan ketika mereka berinteraksi dengan ahli keluarga dan teman rapat. Dapatlah ditegaskan di sini, penggunaan kata sapaan µkau bagi setiap puak itu tidak jauh berbeza.
1

Karim (2002: 1) menyatakan bahawa puak Tutong adalah salah satu puak asli di Brunei yang mendiami Daerah Tutong. Identiti puak ini dapat dilihat pada bahasanya sendiri yang disebut bahasa Tutong dan beragama Islam. Sejarah dan latar belakang puak ini adalah perkara yang menarik untuk dibincangkan kerana puak ini mempunyai sejarah dan sosiobudaya yang unik. 2 . PUAK TUTONG Abd. dialek Melayu Kedayan dianggap sebagai salah satu dialek atau bahasa minoriti di negara ini. Kata sapaan ialah sebagai kata yang digunakan bagi menyapa seseorang. Selain itu.PUAK MELAYU KEDAYAN Nur Syakimah dan Jaluddin Chuchu (2007: 79) menjelaskan bahasa puak Melayu Kedayan adalah salah satu puak jati di negara Brunei Darussalam yang juga mampu dijadikan sebagai alat untuk mencapai sesuatu tujuan dalam ilmu pengetahuan. Walaupun demikian. KATA SAPAAN Kata sapaan atau bentuk sapaan yang terdapat dalam sistem panggilan bahasa Melayu seringkali dipanggil atau lebih dikenali sebagai kata panggilan. mereka akan menggunakan bahasa Melayu Brunei ketika berkomunikasi. kata sapaan ini juga digunakan ketika berkomunikasi dan dijadikan sebagai salah satu cara bagi menghormati seseorang yang diajak berbicara dan selain itu juga ia dianggap bagi mengeratkan tali kekeluargaan dan persahabatan di antara mereka. Masyarakat Kedayan lebih dikenali melalui cara percakapan mereka sama ada dari gaya percakapan dan juga intonasinya. Salah satu sebab mengapa Kedayan dianggap sebagai etnik atau puak minoriti adalah apabila puak Melayu Kedayan bertembung dengan puak-puak yang lain di negara ini. Keunikan puak ini ialah pada bahasanya yang dituturkan oleh orang-orang Tutong yang mempunyai latar belakang keturunan yang berbeza.

usia. usia. Menurutnya lagi. Setiap puak yang terdapat di Negara Brunei Darussalam mempunyai kata sapaan yang hampir sama penggunaannya. dalam setiap bahasa sememangnya telah menentukan norma dan juga sistem atau aturan sosial mereka. istilah sapaan ini tidak boleh digunakan sesuka hati ataupun sewenang-wenangnya. kedudukan. 3 . Beliau juga berpendapat bahawa masyarakat Melayu mempunyai suatu sistem sapaan dan panggilan yang tertentu. seseorang itu akan mengetahui untuk menentukan kata sapaan yang sesuai mengikut kedudukan. FUNGSI KATA SAPAAN Menurut Amat Juhari Moain (1989: 2) bahawa sistem sapaan atau panggilan adalah selaras dengan keadaan masyarakat Melayu yang mempunyai beberapa ciri dan juga sifat yang tersendiri dalam susun lapis masyarakat yang memberzakannya dengan masyarakat yang lain. pangkat serta gelaran yang mencerminkan tentang kehidupan mayarakat Melayu. Ini dapat dilihat bahawa dengan menggunakan istilah sapaan yang betul dan baik. Penggunaan sistem sapaan ini merupakan salah satu cara bagi menghormati seseorang di samping bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan dijadikan sebagai contoh dan tauladan untuk generasi muda dan yang akan datang. pangkat serta gelaran yang selaras dengan kehidupan masyarakat Melayu.Menurut Amat Juhari Moain (1989: 10) bahawa kata sapaan dapat memanifestasikan status atau taraf dan kedudukan seseorang individu dalam hierarki sosial masyarakat yang dianggotainya. Ini adalah bertujuan untuk menilai kesopanan dan memelihara kesopanan ketika bertutur. Budaya dan adat Melayu Brunei mahupun bangsa-bangsa Melayu lainnya masih lagi mengekalkan penggunan µsapaan¶ atau µpanggilan ketika berkomunikasi. kerana kata sapaan itu digunakan mengikut urutan yang tertentu. Berdasarkan sistem sapaan itulah. mempunyai budi pekerti yang baik dan beradab sopan di samping mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama mereka. seseorang itu akan dapat menunjukkan rasa hormat dan dihormati sesama mereka. Ketika berkomunikasi ataupun berinteraksi. iaitu urutan dari segi hubungan kekeluargaan.

Sebutan µkau¶ bagi puak Melayu Kedayan adalah merujuk kepada seseorang yang diajak berbicara atau bertutur dan merujuk seseorang yang lebih tua daripadanya. kata sapaan µkau¶ diucapkan berbeza dalam konteks budaya yang berbeza. ahli politik dan sebagainya. hubungan antara penutur dan yang diajak bertutur. KATA SAPAAN µKAU¶ BAGI PUAK MELAYU KEDAYAN Kata sapaan dianggap oleh puak Melayu Kedayan sebagai nilai kebudayaan yang harus ada pada setiap penutur dan ia juga merupakan sebagai satu identiti bagi masyarakat Kedayan. masyarakat puak Tutong ini akan menggunakan kata sapaan µkita¶. Dari segi kebudayaan masyarakat Melayu. sebutan µjiyu¶ yang bermaksud µkau¶ bagi puak Tutong adalah merujuk kepada seseorang yang lebih muda daripada si penutur sahaja. Mengikut adat mereka. Jika hendak menyapa seseorang yang lebih tua darinya. Penggunaan sistem sapaan tersebut adalah bagi berhubung antara anggota dalam masyarakatnya seperti sesama keluarga. iaitu antara puak Melayu Kedayan dan puak Tutong. Perbezaan yang wujud antara dua puak Melayu Brunei ini akan dijelaskan kemudian dengan lebih rinci lagi. penggunaan sistem sapaan ini mencerminkan kedudukan sosial seseorang dengan orang yang disapa dan orang yang menyapa. penggunaan kata sapaan µkau¶ pada seseorang adalah tidak mendatangkan sebarang kesalahfahaman jika orang yang diajak berbicara itu mempunyai kedudukan atau status yang lebih tinggi. penggunaan kata sapaan µkau¶ itu tidak memperlihatkan sikap yang negatif atau kurang sopan kepada orang yang lebih tua daripada mereka. Dalam setiap sub-golongan dalam masyarakat Melayu terdapat suatu sistem sapaan yang tertentu. termasuklah kedua ibu bapa si penutur. Manakala.Ada yang mengatakan bahawa sistem panggilan mempunyai hubungan di antara penggunaan bahasa Melayu dengan kebudayaan masyarakat Melayu. dan lebih tua (ibu bapa. bapa saudara dan sebagainya). kaum kerabat. orang tua-tua. rakan sejawat. Contohnya. Bagi masyarakat Kedayan. 4 .

Penggunaan kata sapaan µkau¶ itu tidak lagi dilihat dari segi maknanya. Walaupun demikian. Dalam penggunaan kata sapaan µkau¶ ini kepada oran yang diajak berbicara. kata sapaan µkau¶ itu hanyalah sebagai alat bagi menegur seseorang. dalam budaya masyarakat Melayu Kedayan. bagi melancarkan perbualan antara keduanya (orang yang berbicara dan yang diajak berbicara). kata sapaan µkau¶ itu dapat melihatkan hubungan yang akrab di antara penutur dan yang diajak bertutur. Contoh di atas melihatkan bahawa penggunaan kata sapaan µkau¶ juga digunakan apabila si anak berinteraksi dengan kedua ibu bapanya. b) ³Kau ni ma makan sudah?´ si Anak bertanya kepada ibunya. Contoh perbualan masyarakat Melayu Kedayan menggunakan kata sapaan µkau¶ adalah seperti berikut: a) ³Pa kan ke mana kau?´ kata anak kepada bapanya. dalam berkomunikasi masyarakat Melayu Kedayan juga menjaga intonasi (nada suara) ketika mereka berbicara atau berbual. Penggunaan kata sapaan µkau¶ dalam komunikasi seharian mereka adalah sebagai kata yang digunakan sehari-hari dalam perbualan mereka. tetapi juga di luar rumah dan di mana-mana sahaja mereka berada. 5 .Bagi masyarakat Melayu Kedayan. Namun begitu. Bagi mereka hubungan kekeluargaan ini tidak terhad dan bukan hanya di rumah sahaja. mereka lebih selesa menggunakan kata yang terdapat dalam dialek Melayu Kedayan itu tanpa melihat latar belakang dan status orang yang dibawa berbicara. Ini tidak bermakna bahawa masyarakat Kedayan tidak mengetahui adat atau adab sopan ketika berbicara dengan orang yang lebih tua dari mereka. malah masyarakat Melayu Kedayan melihat kata sapaan µkau¶ sebagai keakraban antara yang berbicara dan yang diajak berbicara. Oleh yang demikian. sedikit sebanyak dapat melihatkan bahawa seseorang iu memberikan kepercayaan ketika komunikasi itu berlaku.

mereka akan tetap menggunakan kata sapaan µjiyu¶ (kau) tidak kira kepada yang lebih tua darinya. Berbeza jika masyarakat puak Tutong ini berbicara dengan orang yang bukan dalam puak Tutong. kawan-kawan. Di samping itu. mereka akan menggunakan kata sapaan µkita¶ sebagai tanda hormat dan beradab sopan. adkberadik. mahupun dengan orang yang bukan puak Tutong. Jika ingin merujuk kepada orang yang lebih tua. menggunakan kata sapaan µjiyu¶ ketika bertutur sesama puak dengannya. hanya segelintir masyarakat puak Tutong yang bergelar dewasa dan remaja. Selain itu. Manakala. bagi masyarakat puak Tutong yang sudah berusia lanjut (terlalu tua). 6 . terdapat masyarakat puak Tutong menggunakan kata sapaan µkau¶ berbanding menggunakan µjiyu¶ ketika orang yang dibawa berbicara itu adalah dalam kalangan kawankawan dan orang yang lebih muda dengan si penutur. bagi mereka yang memiliki rasa hormat dan adab sopan kepada orang yang lebih tua darinya. penggunaan kata µjiyu¶ ini hanya dijadikan sebagai kata yang merujuk kepada orang yang sebaya dengan orang yang menegur. orang yang lebih muda dan sebagainya. juga digunakan oleh masyarakat puak Tutong tetapi tidak setiap masa (jarang digunakan). kata sapaan µbiskita¶. µawda¶. Namun.KATA SAPAAN µKAU¶ BAGI PUAK TUTONG Kata sapaan µjiyu¶ yang bermaksud µkau¶ bagi puak Tutong adalah hanya ditujukan kepada orang yang dibawa berbicara itu seusia dengannya dan lebih muda darinya serta hanya digunakan sesama puak Tutong dengannya sahaja. kerana dengan menggunakan kata sapaan itu mereka berasa mereka telah dididik dengan penuh adab kesopanan dan rasa hormat oleh kedua ibu bapa mereka. Ini kerana niat mereka adalah hendak mempertahankan adat pertuturan mereka yang turun-temurun telah digunakan dalam keluarga mereka. Namun begitu. µkita¶. sama puak dengannya. mereka akan lebih tertumpu kepada penggunaan kata sapaan µkita¶. Di samping mereka memanifestasikan adab Melayu yang berlandaskan Melayu Islam Beraja. µanda¶ dan sebagainya.

Jika si A menggunakan kata sapaan µjiyu¶ kepada si B. kita tidak lazim menggunakan kata sapaan µkau¶ untuk orang yang lebih tua dari kita. Begitu juga dalam pergaulan sehari-hari. pada mula perbicaraan itu kata sapaan yang seringkali digunakan oleh si A ialah µbiskita¶ dan µkita¶. Sebaliknya. PERBINCANGANBERDASARKAN PRINSIP BUDAYA DAN BANGSA Berdasarkan kedua fenomena di atas. penggunaan pronomina kata sapaan µkau¶ lazim digunakan penutur bahasa jika lawan bicaranya itu adalah orang yang dekat dengannya atau sahabatnya. terlihat bahawa bahasa dan budaya itu memiliki hubungan yang saling mengikat untuk suatu tujuan interaksi sosial sesama masyarakat. si A melihatnya dari segi maknanya yang melihatkan ketidaksopanan dalam merujuk kepada orang yang baru dikenali. Kita tidak boleh mengatakan µkau¶ kepada kedua orang tua kita. kadang-kadang orang yang mendengar atau orang yang diajak berbicara itu akan berasa tersinggung kerana berasa bahawa orang yang berbicara itu tidak menghormatinya dan sebagainya. barulah kata µjiyu¶ bermakna µkau¶ akan digunakan. Namun begitu.Contohnya.Berbanding jika seseorang itu sudah lama mengenali antara satu sama lain. Ini adalah bagi melihatkan rasa hormat si A kepada si B kerana belum mengenali antara satu sama lain. Pronomina kata sapaan µkita¶ digunakan untuk sapaan kepada si pendengar dengan hubungan sosial yang tidak intim. jika sekiranya seseorang yang menyapa (si A) itu baru mengenali seseorang yang disapa (si B). Pemahaman mengenai bahasa dan budaya merupakan suatu tujuan untuk menghindari salah dari segi ucapan dan tindakan. Fenomena di atas menggambarkan kepada kita bahawa ada aturan permainan bagaimana kita berkomunikasi dalam berkehidupan masyarakat yang harus kita patuhi bersama yang lazim kita sebut dengan budaya. Mengapa ini boleh terjadi? Budaya kita mengajarkan kepada kita adat istiadat yang harus dipatuhi oleh masyarakat pemakai bahasa. 7 . atau kepada saudara-saudara kita yang lebih tua dari kita.

Ini dapat dilihat jika kita menterjemahkan kalimat bahasa µIt rains cats and dogs¶ ke dalam bahasa Melayu yang bererti ³hujan sangat lebat´ dan bukan ³hujan kucing dan anjing. 8 . apatah lagi menentukan sebagaimana yang dinyatakan hipotesis Sapir-Whorf. Hal yang sama juga ada dalam bahasa Melayu. Dalam hipotesis Sapir-Whorf dinyatakan bahawa bahasa menentukan bukan hanya budaya tetapi juga cara dan jalan fikiran manusia (Allen & Corder 1973: 101). Dengan perkataan lain. Namun. Dengan demikian. suatu bangsa yang berbeza bahasanya dari bangsa lain akan mempunyai jalan fikiran yang berbeza pula.´ Budaya Inggeris memiliki suatu realiti yang mendasari bahawa adat kebiasaan binatang seperti kucing dan anjing bila berjumpa akan saling bermusuhan. Dengan demikian. pemberian makna cats and dogs adalah suatu ungkapan yang menyatakan sesuatu yang terjadi secara terus menerus. Fenomena lain dapat digambarkan dalam sudut pandang sapaan dalam bahasa Inggeris. begitu juga sebaliknya bahwa budaya berpengaruh pada bahasa. Ungkapan µSaya sudah membanting tulang dariwaktu pagi hinggawaktu malam¶ tidak bermakna bahawa µsaya ³membanting tulang-tulang´ yang ada dalam tubuh saya¶. Kedua contoh di atas menggambarkan betapa eratnya hubungan antara bahasa dan budaya.Budaya secara tidak langsung mempengaruhi perilaku kita dalam berkomunikasi. kita juga sering menjumpai mereka lebih suka memanggil ayah atau bapa mereka dengan sebutan father atau daddy. Hipotesis SapirWhorp ini belum dapat dibuktikan sampai sekarang kerana ilmu pengetahuan menekankan satunya jalan fikiran manusia. serta bahasa mempengaruhi budaya. misalnya John dan bukannyafather atau Daddy. Suatu fikiran bila dinyatakan dalam satu bahasa tidak akan berbeza bila dinyatakan dalam bahasa lain. bahasa itu tidak mempengaruhi jalan fikiran. Perbezaan budaya ada kaitannya dengan perbezaan bahasa. bahasa digunakan sebagai alat menyatakan fikiran. Perbezaan dari segi budaya dan jalan fikiran manusia itu bermula dari perbezaan bahasa. Dalam ilmu pengetahuan. Tanpa adanya bahasa. Si anak dalam komuniti di negara-negara yang memiliki bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar mereka dalam pergaulan sehari-hari menyebutkan kata sapaan atau panggilan untuk ayahnya dengan sebutan nama saja. manusia tidak mempunyai fikiran sama sekali. Budaya itu juga menjadi tolok ukur penggunaan bahasa dalam interaksi sosial.

Ini sejalan dengan apa yang dikemukan oleh Sumarjan & Partana (2002: 20) bahawa bahasa sering dianggap sebagai hasil sosial atau hasil budaya. bahasa itu dalam suatu masa tertentu mewadahi apa yang terjadi dalam masyarakat. mangkat. Bahasa boleh dianggap sebagai cermin zamannya. seperti wafat. µnanginging ora biso rumongso¶ (berasa mampu tetapi tidak mampu berasakan apa yang dirasakan orang lain). Bahasa sebagai hasil budaya mengandungi nilai-nilai masyarakat penuturnya. Untuk menyatakan orang itu sudah tidak bernyawa lagi. Pemilihan kata-kata yang sesuai untuk kepentingan interaksi sosial sangat tergantung pada budaya tempat bahasa itu digunakan. Ertinya. bahkan merupakan bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari kebudayaan itu. masyarakat Melayu Brunei memiliki beberapa kata. 9 . makna membanting tulang yang disepakati dan menjadi kebiasaan dalam masyarakat pemakai bahasa Melayu bererti ³bekerja keras. Sebagai hasil sosial atau budaya tertentu. ungkapan meninggal dunia merupakan hal yang paling lumrah dalam sejarah perjalanan kehidupan masyarakat Melayu Brunei. kegiatan dan perilaku masyarakat. Meskipun sejarah negara-negara barat tidak luput dari pergolakan peperangan. meninggal dunia. penggunaan kata meninggal dunia diekspresikan dengan dua kata saja. dan lain-lain. pulangke Rahmatullah. Dalam konteks budaya.´Selain itu. iaitu die dan pass away.Namun. Hal yang berbeza terjadi dalam bahasa Inggeris. yang kira-kira selaras dengan ungkapan dalam bahasa Jawa µrumongso biso¶. bahasa merupakan wadah aspirasi sosial. Dalam bahasa Bali terdapat ungkapan berbunyi µDa ngaden awak bisa¶ (jangan menganggap diri ini mampu) mengandungi nilai ajaran agar orang jangan berasa boleh. kata meninggal dunia dalam budaya Melayu Brunei dan budaya barat memiliki perbezaan yang jelas. wadah penyingkapan budaya termasuk teknologi yang diciptakan oleh masyarakat pemakai bahasa itu.

Oleh kerana itu. Oleh sebab itulah. Pendapat lain. kedua dan diri ketiga yang mengandungi makna yang dalam dan merendah diri. bahasa merupakan alat untuk menyampaikan maksud antara apa yang dimaksudkan oleh si penutur. sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan yang sukar diubah. namun adat yang penuh dengan sopan santun yang dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat kita tetap utuh dan lebihlebih lagi dalam majlis yang penuh adat istiadat. timbul beberapa perkataan yang digunakan untuk menjadi pengganti diri pertama. Kesinambungan yang sedemikian ini mencerminkan bentuk masyarakat kita yang sempurna. Oleh yang demikian. 10 . beradab dan berdisiplin seiring dengan kehalusan perilaku dan keindahan orang Melayu Brunei yang diwarisi sejak zaman-berzaman lagi. µawarmengawari¶. Budaya memiliki mandat dalam pembentukan bahasa yang digunakan oleh masyarakat pemakai bahasa itu sendiri. bahasa itu merupakan hasil budaya pemakai bahasa. dan µgalat-mengggalati¶. Walaupun zaman berubah dengan kemunculan pelbagaui budaya dan adat yang boleh mempengaruhi adat yang mengandungi adab sesebuah masyarakat. kerana pekara ini telah teradat kepada orang Brunei.KESIMPULAN Hubungan bahasa dan budaya dalam puak masyarakat sesebuah negara itu sangat erat. termasuklah menggunakan gaya yang bertatatertib. Pada satu pendapat. Budaya selalu dilekatkan pada adat istiadat. perlulah diketahui bahawa di negara Brunei Darussalam sejak dahulu lagi memang sentiasa mengamalkan dasar hormat-menghormati. penggunaan bahasa di dalam sesuatu pergaulan dalam masyarakat sentiasa diteliti dan perkataan yang hendak digunakan itu dipilih daripada perkataan yang sehalus-halusnya dan cara mengeluarkan perkataan itu pula bersopan santun.

(2002). Sosiolingustik. Sistem panggilan dalam bahasa Melayu: Suatu analisis sosiolinguistik. Sumarsono dan Paina Partana. London: Oxford University. Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Chuchu. Readings for applied linguistics. Karim bin Haji Abd. Puak Tutong: Sejarah dan perkembangan awal sosiobudaya. Amat Juhari Moain.BIBIOGRAFI Abd. Dan S. P.). Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei. Pit Corder. Allen. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1989). (pnys. Jaludin bin Hj. Penggunaan kata sapaan µKau¶ dulu dan sekarang dalam konteks puak Melayu Kedayan dalam Seminar tahunan Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik II: Multibahasa pencerna dan pewahanaan ilmu pengetahuan. Ed. Hj. J. Prof. Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Rahman. 11 . Madya Dr. B. Hj. Yogyakarta: Sabda. Universiti Brunei Darussalam: Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik.. (2007). (1973). (2002).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful