You are on page 1of 1

Laporan Program Pengalaman Berasaskan Sekolah

Program Pengalaman Berasaskan Sekolah di sekolah rendah telah diadakan


selama lima hari iaitu pada 22 March 2010 hingga 26 March 2010, bertempat di
Sekolah Jenis Kebangsaan Hin Hua, Pekan Song, dan tempoh masanya mengikut
jadual masa kelas yang ditetapkan oleh pihak sekolah tersebut. Pengurus bagi
sekolah tersebut adalah Puan Lim Chiew Ngo, dan seramai 15 orang guru dan
jumlah murid sebayak 183 orang yang terdapat di sekolah rendah tersebut.

Pemerhatian dari pelbagai aspek di sekolah tersebut telah dijalankan


sepanjang masa program ini dilaksanakan, seperti asal usul sekolah, carta
organisasi sekolah, guru-guru, murid-murid serta kakitangan sekolah dan
sebagainya. Pemerhatian di dalam kelas semasa proses pengajaran dan
pembelajaran telah juga diadakan bagi tahap tinggi dan tahap rendah, iaitu membuat
pemerhatian di kelas Tahun 1 (tahap rendah) dan Tahun Lima (tahap tinggi). Selain
itu, satu pemerhatian tentang kemudahan-kemudahan sekolah tersebut juga
dijalankan dan didapati pelbagai kemudahan telah disediakan oleh pihak sekolah
tersebut, seperti alat-alat makmal sains, alat untuk pendidkan Jasmani, padang dan
gelanggang, bilik pergigian, Projektor dan sebagainya.

Di samping itu, sesi temu bual juga diadakan bersama pengurus sekolah,
penolong-penolong kanan sekolah, mentor, kakitangan sekolah serta guru-guru di
sekolah tersebut. Perbincangan tertentu tentang peranan mereka dan perkara-
perkara yang berkenaan telah dibincangkan dan memberikan cadangan tindakan.
Interaksi bersama murid juga dijalankan semasa sepanjang masa program ini
dijalankan. Akhir sekali, refleksi tentang aktiviti dan perbincangan yang berkenaan
sepanjang program Pengalaman Berasaskan Sekolah telah disediakan bagi
melengkapkan Program tersebut.

Disediakan oleh,
…………………………………
(SEH NEE FRANCIS JANETRA)
Guru Pelatih,
PISMP PC Ambilan Januari 2010.

You might also like