Lagi Resepi Untuk Ibu-Ibu yang Sedang Dalam Pantang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tahun lepas, Chetam dah kongsikan beberapa resepi dari Pak Amir untuk ibu-ibu yang sedang berpantang. Awal minggu ni, Chetam dapat tahu yang seorang pengunjung Teratak Chetam sedang hamil anak kedua selepas menunggu 6 tahun. Beliau berada jauh di perantauan iaitu di Australia. Merin.....Chetam post lagi resepi untuk Ibu Dalam Pantang. Resepi-resepi ni Chetam ambil dari Majalah RASA bulan Ogos 2004 yang merupakan tribute untuk IBU. Chetam baru jer beli majalah ni di Book Fair last Sunday.

Rendang Peria (Dalam Pantang) Sumber : Majalah RASA ± April 2004 Bahan 2 biji peria katak (bersaiz besar, dibuang bijinya dan dipotong) 1 cawan santan 1 sudu makan ikan bilis ± dikisar 50 gm pucuk pegaga 1 cm kunyit hidup ± dikisar 1 sudu teh lada hitam ± dikisar 2 keping asam keping Garam secukup rasa Cara 1. Masak bersama kesemua baham kisar, santan, dan asam keping ke dalam periuk. Biar mendidih. 2. Masukkan peria dan pucuk pegaga. Perlahankan api. 3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biar mendidih sehingga kuah pekat atau kering jika suka. Hidangkan bersama nasi putih. Info : Peria walaupun pahit bagi sesetengah orang, ia adalah sejenis sayuran herba yang sangat berkhasiat dalam membersih darah, anti radang, meningkatkan selera makan, menurunkan panas san menyegarkan. Selain itu peria juga dikaitkan dapat menyubur rambut anak, merawat diabetes, menghilangkan bekas luka,

melawaskan dan sebagainya. Petua Orang Tua : Masakan yang mengandungi lada hitam sangat baik diambil oleh ibu ketika berpantang kerana ia dapat melancarkan proses mencuci darah.

Ayam Kukus Cuka (Dalam Pantang) Sumber : Majalah RASA ± April 2004 Bahan A (diperap sebelum dikukus) 8 potong ayam 4 ulas bawang putih ± ditumbuk 1 cm halia ± ditumbuk Garam secukupnya Bahan B 3 sudu makan cuka 30 gm ketumbar 1 sudu teh jintan manis 1 sudu teh jintan putih Cara 1. Lumurkan ayam dengan bawangputih, halia dan garam. Perap ayam selama ½ jam. Kemudian kukus hingga masak. 2. Tuangkan cuka dan tabur ke semua bahan B ke atas ayam. Kukus sekejap lagi dan boleh dihidangkan. Petua Orang Tua : Masakan mengandungi cuka sangat baik diambil oleh ibu selepas bersalin keran cuka dipercayai dapat mengecut perut dan rahim.

menghilangkan bau mulut. Kemudian panggang ikan hingga masak. membuang angin. Petua Orang Tua : Orang-orang Melayu memperakui halia salah satu herba serta ubat tradisional yang mempunyai banyak khasiat iaitu dapat membantu penghadaman. Tumis bahan B hingga naik bau. melembutkan perut. mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah. Siap untuk dihidang. 2. Perap selama ½ jam. . menambahkan air mani. memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah. menguatkan tenaga batin. Tabur atas ikan. Lumurkan bahan perap pada ikan.Ikan Panggang Halia Muda (Dalam Pantang) Sumber : Majalah RASA ± April 2004 Bahan A (diperap) 2 potong ikan tenggiri Sedikit garam Sedikit kunyit Sedikit cuka Bahan B (dihiris) 3 cm halia muda 1 biji bawang besar 4 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih Sedikit minyak Cara 1.

Sup Tulang (Dalam Pantang) Sumber : Majalah RASA ± April 2004 Bahan A 1 kg tulang lembu ± dicuci dan ditoskan 2 sm halia ± diketuk 1 sudu makan lada hitam ± ditumbuk 1 sudu teh garam kasar 1 sudu makan gula Air secukupnya Bahan B (ditumbuk) 1 biji bawang besar 5 ulas bawang putih 4 ulas bawang merah 1 cm halia 1 sudu makan jintan manis 1 sudu makan lada hitam Bahan C (ditumis) 2 batang kulit kayu manis 1 biji bawang besar ± dihiris 5 biji cengkih 3 biji bunga lawang 4 biji buah pelaga Bahan D 2 bunjut rempah sup tulang 3 bji kentang ± dibelah dua 8 biji cili api 3 sudu makan sos tiram 2 sudu makan sos ikan 1 biji jus limau nipis Sedikit minyak Garam secukup rasa Sedikit serbuk perasa Bawang goreng. Tambah air jika perlu. daun sup dan daun bawang ± untuk ditabur Cara 1. Masukkan tulang yang telah dibersihkan bersama air. gula. . garam kasar dan lada hitam dalam satu periuk. halia. Didihkan atas api kecil dan bertutup hingga tulang empuk.

Biar selama lima minit sebelum diangkat. Panaskan minyak dalam kuali. Petua Orang Tua : Masakan jenis sup biasanya banyak menggunakan campuran rempah ratus. 6. Masukkan kesemua bahan C dan kacau. tumis bawang hingga kuning. daun sup dan daun bawang. Panaskan minyak masak dalam periuk. 4. 3. Setelah garing. Tutup dan biarkan mendidih lagi.2. Kacau dan masukkan satu senduk stok dan kacau sekejap. Masukkan suun. 3. Biar hingga mendidih. Akhir sekali masukkan cili api dan sedikit hirisan saun sup. Didihkan kembali. Hidangkan. 2. Tuang jus limau dan kacau rata. Masukkan pula bahan B dan tumis hingga garing. Kemudian masukkan separuh bawang goring. tetapi harus diingat masalah sembelit mudah berlaku sekiranya mereka hanya ingin mengamalkan . Masukkan air bersama pati rebusan ayam dan semua sayuran. Ketika menghidang. Tumis bawang putih bersama kek ikan hingga wangi. serbuk perasa. Ia sangat baik dalam memanaskan badan dan mencuci darah. masukkan rempah sup. masukkan garam. Petua Orang Tua : Walaupun ada yang mengatakan ibu selepas bersalin tidak digalakkan menikmati makanan berkuah. 5. sos tiram dan sos ikan. taburkan bawang goring. Sup Sayur Campur (Dalam Pantang) Sumber : Majalah RASA ± April 2004 Bahan 3 ulas bawang putih 1 kiub pati rebusan ayam 50 gm suun 40 gm kek ikan 30 gm bunga kobis 30 gm brokoli 30 gm cendawan Garam secukup rasa Air secukupnya Sedikit minyak Cara 1. Tuang bahan tumis ini ke dalam periuk stok tulang dan kacau sekejap.

Masukkan santan dan masak hingga pekat. Rendang Hati Lembu (Dalam Pantang) Sumber : Majalah RASA ± April 200 Bahan ½ kg hati lembu ± dipotong 2 cawan pati santan ½ cawan kerisik 2 sudu makan rempah kari Garam secukup rasa Minyak untuk menumis Bahan (dikisar) 10 ulas bawang merah 200 gm cili merah 2 sudu makan ketumbar 3 batang serai 4 cm lengkuas 2 cm halia 4 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga 3 biji buah keras Cara 1. Masukkan rempah kari dan hati. Akhir sekali masukkan kerisik dan garam secukup rasa. 2.makanan kering. Anda mungkin juga meminati: . Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi. Kacau sekejap. 3. Sayur-sayuran tetap diperlukan oleh setiap ibu yang sedang berpantang. 4.

Ulam-ulaman Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana. terubuk. lengkuas. . cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan. daun kari. ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Jenis ikan Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk. Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Mengikut petua Melayu. duri. tenaga dikerah dengan hebat. cencaru. Mengikut sesetengah petua Melayu. C dan E. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. daun kesum serta halia. bunga kantan. urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar. kunyit hidup. daun cemumar. daun sekentut.Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Apalagi semasa melahirkan anak. Ulamulaman ini mengandungi fiber. daun bebuas dan daun ruku. ulam raja. pari. terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang. sotong. pucuk mengkudu. zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin. Selain ikan berbisa. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung. Ingin diingatkan. tamban. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Secara tradisi. sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim. antaranya serai. termasuklah A. antaranya: Daun pegaga. daun lemuni hitam. ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). atau tongkol dan makanan laut seperti udang. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. daun kaduk. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Selain ulam di atas. daun pudina. mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam. kerang dan lain-lain. ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar. daun atau ubi cekur. bersifat anti oksidan.

. pisang masak hijau. sejuk serta berangin. kacang panjang. petola. betik. pisang udang. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Jenis ayam dan burung Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam. jering serta terung. itu saja untuk kali ini. pisang nangka. langsat. nangka. dan binjai. kuinin. garam kasar dan madu lebah. ubi keladi. labu. kacang botor. kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas. jambu. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas. cincau. sejuk serta tajam seperti air tebu. tembikai cina. durian belanda. manggis. bayam. cempedak. rebung. pisang embun. ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam. macang. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. belimbing. ciku. Antaranya ialah kangkung. sayur atau daun keti (bunga putih). pucuk ubi. Okay. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme. pucuk paku. timun. sengkuang. petai.Jenis sayuran dan buahan Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar. mangga. sayur keladi. ubi kayu. jeruk maman.

Tempoh sembilan bulan . DIN FPEND PENGENALAN RAWATAN TRADISIONAL Bertungku Berurut menyegarkan badan Mandi Mandi dedaun Mandi lulur Bertangas Memakai bengkung Bertasak Minum air akar kayu dan jamu Makanan berkhasiat untuk yang berpantang KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN PENGENALAN Menanti detik kelahiran adalah sesuatu yang mendebarkan bagi ibu-ibu terutamanya bagi yang menyambut kelahiran pertama.BERPANTANG SECARA RAWATAN TRADISIONAL DI KALANGAN MASYARAKAT MELAYU ZURADATOLAKMA BT. HJ.

kini boleh dibeli di pasar harian. Misalnya cara wanita Kelantan mungkin berbeza dengan orang utara. Arab. Apa lagi kalau . tujuannya tetap sama iaitu ingin menyembuhkan luka dan kesakitan ibu ketika bersalin dan selepas bersalin. bolehlah mendapatkan set bersalin lengkap yang sedia dijual di pasaran. Detik kelahiran yang tiba ditempuh dengan tabah. Namun bagi mereka yang tahu akan rahsia berpantang. Badan harus dirawat agar bila tamat tempoh berpantang. Kaedahnya pelbagai. Lia Sari. Cina atau India berbeza petua dan rahsia yang menjadi amalan mereka. RAWATAN TRADISIONAL Kebanyakan wanita muda masih mengutamakan cara perubatan tradisional serta petua daripada orang tua-tua bagi menjaga kesihatan diri sewaktu mengandung dan berpantang. rempah-ratus dan herba untuk tujuan rawatan sendiri. Selamat melahirkan. malah dedaun dan herba yang digunakan bagi tujuan rawatan. bagi ibu-ibu muda tempoh berpantang merupakan satu pengalaman baru. Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan dedaun. Walau apa jua cara yang digunakan. Terasa mengalir perasaan keibuan dan kasih sayang yang melimpah untuk sicomel. Biasanya amalan berpantang cara orang dulu-dulu dilakukan dengan bimbingan orang yang lebih tua. Berpantang merupakan tempoh waktu membosankan bagi setiap wanita selepas bersalin kerana menunuggu selama 44 hari ibarat bertahun lamanya. Sari Ayu. Kini terdapat pelbagai gedung kecantikan yang menjual dan menawarkan rawatan kecantikan khas bagi ibu bersalin seperrti Mustika Ratu.dilalui dengan penuh harapan dan ketabahan. Kandungan diberi perhatian yang sewajarnya semoga cahaya mata yang bakal dilahirkan membawa sinar kebahagiaan. bergantung kepada keturunan dan budaya seseorang. Tangisan pertama yang kedengaran bagaikan memberi semangat. Nona Roguy dan banyak lagi. Amalan yang diwarisi daripada nenek moyang tidak sukar dilakukan. Begitu juga ibu berketurunan Jawa. apalagi apabila sicomel yang didakap buat pertama kalinya lena dalam pelukan. saat ini dipergunakan semaksimanya untuk mengembalikan kecantikan dan kesihatan diri luar dan dalam. anda tetap kelihatan segar semula seperti sebelumnya. Banyak perkara misteri yang masih belum terhurai dan terjawab tentang rawatan selepas bersalin secara tradisi Melayu warisan pusaka.

Namun kita sedia maklum akan khasiat herba dalam mengubati beberapa penyakit seperti akar Tongkat Ali atau nama sainsnya Eurycoma longfolia. Kacip Fatimah iaitu Labisia pumila dan lain-lain lagi. Bunga Pakma dikenali juga sebagai Rafflesia. . Antara rawatan tersebut adalah bertungku.hendak dihuraikan secara saintifik kerana masih belum ada penyelidikan dijalankan untuk membuktikan kebaikannya terhadap kaum wanita. Rawatan dalam berpantang boleh dikategorikan kepada beberapa perkara dan menggunakan ramuan-ramuan yang tertentu.

Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain cita yang telah dilapik dengan daun mengkudu yang dikenali sebagai Morinda citrifolia. bertangas. Jika ibu rajin bertungku bolehlah diteruskan hingga habis pantang. mandi herba dan mandi lulur. Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya tungku tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam.berurut. Bertungku Amalan bertungku merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Biasanya tungku diperbuat daripasda besi sebesar botol 500ml dan beratnya kira-kira 1.1 jam di atas api yang sederhana. Amalan urut perlu dilakukan seminggu selepas bersalin selama tiga hari berturut-turut. Ia hendaklah dilakukan setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku. Bagi yang ingin merasa . mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Tidak lengkap berpantang sekiranya tidak bertungku. minum air akar kayu dan jamu serta berpantang makan dan minum. Justeru bertungku ada kala diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha. Berurut menyegarkan badan Urut juga merupakan amalan penting dalam pantang. berpilis. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. berhampiran ari-ari / bawah pusat dan di atas perut ( bawah buah dada ). Pastikan rawatan ini dilakukan oleh bidan atau tukang urut yang berpengalaman. memakai bengkung. Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku. bertasak. membuang angin.5 kg. Kesan panas dari tungku akan meresap ke dalam daun dan sekaligus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku. Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan ibu. Jika daun Morinda citrifolia tiada maka daun sirih iaitu nama sainsnya Piper betel atau daun lengkuas juga boleh digunakan. Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi kerana batu sungai atau anak lesung juga boleh digunakan. Besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 1/2 .

kunyit menggunakan santan daripada sebiji hidup. 43 dan 44 diikuti pada hari ke 60 dan ke 100 selepas berpantang. Namun jika rajin kita sendiri boleh membuat minyak urut. dibuat sendiri y Tumbuk kasar halia.lebih segar. amalan berurut boleh dilakukan pada penghujung pantang iaitu hari ke 42. mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama dua minggu. Berikut adalah ramuan dan cara membuatnya :Minyak kelapa. memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran. Oleh itu adalah lebih baik mandi menggunakan air rebusan dedaun ataupun mandi lulur menggunakan lulur. melancarkan peredaran darah. Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang. membetulkan urat. . Masak bersama halba dan minyak y 3 camca besar halba hingga panas. membuang angin. minyak kayu putih dan lain-lain lagi. Mandi dedaun Setelah selesai bertungku dan berurut. lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa. Kini terdapat banyak minyak yang menggunakan herba dan khasiat tumbuhan yang dijual di pasaran. kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri. Sebaiknya mulakan urutan pada sebelah pagi dan proses ini mengambil masa lebih dari satu jam. dimasak hingga menjadi minyak. bawang merah. Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan. Urut hendaklah menggunakan minyak. y y 4 cm kunyit hidup ( Curcuma domestica ) y 3 ulas bawang putih ( Allium sativum ) y 5 biji bawang merah ( Allium cepa ) Mandi Mandi tidak boleh terlalu kerap semasa berpantang. bawang putih dan kelapa. Misalnya minyak serai wangi. Sejukkan dan simpan di dalam bekas y 4 cm halia ( Zingiber officinale ) kering agar tahan lama.

Sekiranya ramuan ini payah dicari di bandar-bandar maka ibu-ibu boleh mendapatkan daun-daun yang dijual di pasar atau mudah dicari di rumah-rumah jiran berhampiran. daun serai wangi. Antara daun yang boleh digunakan adalah daun kunyit terus.Jika di kampung. banyak daun kayu dan pucuk muda digunakan ibu atau nenek kita untuk mewangikan air mandi kala berpantang. Mandi air rebusan dedaun ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua. daun lenggundi ( Vitex negundo ). Setelah air panas. daun capa. daun secerek. daun inai ( Lawsonia terma ). daun pandan. Adalah penting memulakan jirus pada . Basuh bersihbersih dan jerangkan bersama air di atas api yang sederhana. suam-suam kuku sahaja. Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari kaki kanan dahulu diikut i kaki kanan hingga ke pinggang. daun bonglai. daun pisang kelat. Masukkan halba yang dipunjutkan. Berikut ialah contoh ramuan yang diperlukan untuk menyediakan air rebusan untuk mandi :y 1/2 pelepah daun pisang kering atau daun pisang segar y 10 helai daun limau purut y 6 batang daun serai bersama serai y halia muda sebesar 4 kali ibu jari y 7 helai daun pandan wangi atau pandan biasa y 2 helai daun kunyit hitam atau temu kunci y seketul lengkuas atau 3 helai daunnya y segenggam halba ( dipunjutkan ) ( Rujuk lampiran 1 untuk foto bahan-bahan yang digunakan ) CARA MENYEDIAKAN AIR MANDI Ambil periuk tanah ukuran sederhana. ambil air rebusan ini dan campurkan dengan air pili dan pastikan suhu air. Ulang pada kaki kiri. daun mengkudu ( Morinda citrifolia ) dan rempah halba. daun lengkuas. Sediakan bahan-bahan di atas.

Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit. menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda. Sebelum mandi seluruh tubuh akan dilulur dan bahan yang terkandung di dalam lulur bertindak sebagai ¶scrub· bertujuan membuang daki-daki yang melekat pada kulit. akar kayu dan rempah ratus yang mempunyai khasiat rawatan yang tersendiri. Dalam masa yang sama sel-sel mati akan turut tertanggal. Berbagai ramuan boleh digunakan untuk bertangas seperti kemiyan yaman. mengendurkan otot. Amalan ini penting agar luka dan jahitan cepat sembuh. tulang sotong dan daun nangka. Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot di samping menghalang air dari masuk ke dalam badan. Begitu juga warisan nenek moyang kita sendiri yang membuat bedak lulur menggunakan campuran tepung beras. Bagi yang berkemampuan mereka boleh mendapatkan khidmat rawatan mandian di pusatpusat kecantikan yang terdapat di negara kita. Adalah dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan. proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. mandi lulur Sebenarnya ilmu merawat wajah dan tubuh ini telah dikenali dan diamalkan kaum wanita sejak zaman dahulu lagi umpamanya puteri raja Mesir dahulu kala menggunakan kaedah mandi lumpur yang kaya dengan mineral untuk mencantikkan kulit. Bahagian sulit juga cepat kering dan ketat. mengecut rahim serta otot-otot yang kembang dan mengelakkan proplase ( keluar tombong ). jintan hitam. BERTANGAS Ia dilakukan selepas mandi.bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. halba dan lain-lain. bedak sejuk cekur atau bedak kulit ari daripada batang rambai untuk melulur kulit. Ramuan tangas: y 9 keping asam gelugur y 2 camca besar garam jantan . Kebayakan ramuan mandian yang digunkan adalah berupa ramuan herba.

kapur sirih dan perahan limau nipis. Antara ramuan berjadam adalah seperti berikut :y segenggam jadam ( diperbuat dari kayu gaharu atau lidah buaya ) y halia ( Zingiber officinale ) sebesar ibu jari y isi kunyit terus sebesar ibu jari y tiga ulas bawang putih ( Allium sativum ) y asam jawa ( Tamarindus indica ) sebesar bola pingpong . sapukan perut dengan tapel ( ubat barut ) yang dicampurkan dengan lima titik minyak kayu putih. mempercepatkan pengeluaran darah kotor. MEMAKAI BENGKUNG Selain dari rawatan dalaman.y 3 helai daun sirih ( Piper betel ) y segenggam inai ( Lawsonia terma ) y halia sebesar ibu jari ( Zingiber officinale ) y 3 biji manjakani Caranya : Rebus semua bahan bersama air hingga mendidih. Selain menggunakan tapel. Pilis disapukan memanjang menutupi dahi bertujuan untuk menghilangkan rasa pening yang sering dialami oleh wanita bersalin Seterusnya sebelum memakai bengkung. Antaranya ialah pemakaian param ke seluruh badan supaya badan tidak masuk angin dan memakai pilis. sebaiknya jadikan pencuci bahagian sulit. kita perlu juga mengamalkan rawatan luaran. Untuk hasil yang baik ia dilakukan dua tiga kali sehari hingga 44 hari. mengempiskan perut serta memulihkan kondisi kulit perut. ramuan berjadam juga boleh digunakan untuk mengecutkan perut serta membuang angin di dalam badan sewaktu berbarut. tiga titik minyak gandapura. Air yang sudah sejuk jangan dibuang. Angkat dan tangas selama kira-kira 20 minit. Khasiat tapel adalah untuk mengurangkan rasa sakit-sakit di perut selepas bersalin.

Pada hari keempat hingga keenam. Minum air akar kayu dan jamu Semasa tempoh berpantang ibu-ibu digalakkan minum air akar kayu dan jamu yang boleh dibeli terus dari penjual-penjual ubatan tradisional. Caranya.y secawan air kosong y periuk tembikar dan sudip cara membuatnya: Masukkan jadam di dalam periuk tanah. Sebaiknya ia dimulakan selepas seminggu bersalin. bahannya adalah 5 cm kunyit iaitu Curcuma domestica. Setiap tiga hari. Minum air akar kayu dan . Jerang di atas api perlahan hingga mengggelegak. Bentang barut dan baring di atasnya. dicampur setengah cawan air. perut sehingga bahagian bawah payu dara. Kemudian gaul dengan jadam dan campur perahan air asam jawa. Pada hari pertama hingga ketiga. Seterusnya untuk lebih kemas pakailah bengkung. Sementara pada hari ketujuh hingga kesembilan. garam jantan (secukup rasa) dan 1/2 camca teh lada hitam atau nama sainsnya Piper nigrum. Bengkung haruslah diikat ketat dan kemas meliputi bahagian punggung. segenggam daun inai iaitu Lawsonia terma. ( Rujuk lampiran 2 untuk cara-cara memakai barut dan bengkung ) BERTASAK Bertasak penting untuk memulihkan semula otot perut seperti sebelum melahirkan. Selepas itu sapu jadam pada seluruh perut hingga ke bahagian ari-ari. ditapis dan diminum. Ia hendaklah dilakukan sembilan hari berturut-turut. isi kunyit terus dan bawang putih selumat-lumatnya. cara menyapu jadam: Biarkan jadam suam-suam kuku. Tumbuk halia. bahan-bahan ditumbuk sehingga lumat. Ini untuk mengelakkan bahagianbahagian seperti punggung dan perut mengalami pengumpulan lemak yang membawa gejala buncit dan mengendurkan punggung. Tutup dengan kain kecil dan ikat barut dengan kemas. garam jantan dan 1/2 camca teh Piper nigrum. bahan berlainan digunakan. gunakan segenggam daun senduduk yang dikenali dengan nama Melastoma malabathricum dan garam jantan. dua kali sehari pagi dan petang. dan diminum selepas makan.

Cara makannya. Menurut orang tua-tua buah mengkudu (Morinda citrifolia) jika dimakan mentah mempunyai khasiat yang sama dengan seperiuk ubat akar kayu. Sebenarnya banyak hidangan yang boleh dijadikan menu ibu bersalin. Hidangan yang pedas. Makanan berkhasiat untuk yang berpantang Jika merawat diri tetapi tidak berpantang makan samalah seperti mandi tidak bersabun. serai. Minum air batu atau minum terlalu banyak air juga akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang. dengan cara memasak yang berbeza. Ia tidak boleh dikunyah kerana boleh menyebabkan mulut berasa terbakar. Minum air akar kayu turut membantu mengecutkan rahim secara rawatan dari dalam kerana khasiat dari campuran herba akar kayu yang digunakan. halia (Zingiber officinale). Perkara yang nyata mengamalkan pantang makan selepas bersalin membuatkan ibu kembali sihat malahan anggun dan ceria kerana mengurangkan pengambilan lemak. Tangan kiri digunakan untuk ampu payudara agar tegang sentiasa. Namun tidak diketahui sejauh mana kebenarannya akan perkara ini. sama ada dipanggang. asam gelugur dan rempah ratus adalah sebagai perisa yang dijadikan aroma serta membangkitkan selera makan ibu. mengkudu (Morinda citrifolia) dan sebagainya boleh mengimbangi diet di dalam makanan ibu-ibu di samping mempunyai khasiat yang tinggi untuk tujuan rawatan semasa berpantang. kunyit (Curcuma domestica). (Rujuk lampiran 3 untuk melihat resipi hidangan berkhasiat untuk ibu-ibu yang berpantang ) . Minum senafas agar tidak terasa mual. halia. Tekan ibu jari kaki kanan ke atas ibu jari kaki kiri supaya rahim dan punggung tidak kembang. ia perlu dimakan dengan sedikit garam dan terus ditelan. Selawat tiga kali. gula dan minyak yang berlebihan. Lada hitam .jamu menyihatkan badan di samping mengembalikan kesegaran ibu di sepanjang tempoh berpantang. Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim. berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan. mereka akan mengatakan ianya adalah untuk mengelakkan meroyan atau tempat peranakan menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asalnya. cekur (Kaempferia galanga). Kalau ditanya pendapat orang tua-tua atau bidan kampung. Selain dari itu ulaman seperti pegaga (Centella asiatica). tarik nafas dan kempiskan perut supaya tidak buncit. gatal. Cara minum air akar kayu dan jamu turut mempunyai petua dan cara yang tersendiri dan diminum sebelum makan. direbus atau dikukus.

Petua ibu kembali segar. 1999. Mei : 68 70 Lampiran 2 Cara-cara mengikat bengkung . Amalan berpantang masyarakat Melayu. 1999.1994. Masalah angin yang disebabkan oleh makanan adalah berbeza dari seorang individu kepada individu yang lain. Jelita. Walaupun amalan ini belum dijalankan penyelidikan yang dapat membuktikan keesahannya namun bagi mereka yang merawat diri dalam pantang atau tidak dirawat memang ada bezanya dan dapat dirasakan oleh mereka sendiri semasa dalam tempoh berpantang atau selepas pantang.Makanan yang menyebabkan angin patut dielakkan. Jelita. Mei : 94 99 Zurilawati Ku Zarifah. KESIMPULAN Memperolehi badan yang sihat seperti sedia kala adalah menjadi keinginan setiap ibu selepas selamat melahirkan. RUJUKAN Fauziah Hassan. April : 62 63 Fauziah Hassan. 1999. Saji. makanan turut menjadi penyumbang kepada masalah angin. April : 64 66. Mengekalkan kulit halus mulus. Siti Hanim Yacub. Nona. April : 59 61. 1999. Menurut Mary Easaw. Angin atau dalam bahasa saintifiknya flatulence boleh didefinisikan sebagai situasi di mana seseorang terasa sangat kenyang. 1999. Jun : 78 79 Zuarida Mohyin. ( Rujuk lampiran 4 untuk melihat senarai makanan yang menyumbang kepada penghasilan angin di dalam perut ). Saji. selain dari beberapa faktor tertentu. Wanita mudah diserang angin berbanding lelaki ? Saji. Zunairah Radzi . ceria selepas bersalin. Pengalaman baru dalam pantang. makan dan minum serta mengamalkan rawatan-rawatan secara tradisional mengikut amalan warisan pusaka. Tumbuhan yang dijadikan Allah melata di sekeliling kita banyak gunanya dan berkhasiat jika kita tahu cara mengadunnya. Membelai badan merawat dalaman. Cara terbaik adalah dengan mengamalkan pantang iaitu dari segi tingkah laku. Pengurus Dietetik & Dietari di Intitut Jantung Negara.

epal. 5. minuman bergas.kentang dan sengkuang y Buah-buahan . roti dan pastri. y Susu dan hasil susu . pisang. Lampiran 4 Makanan yang menyumbang kepada penghasilan angin di dalam perut. Bahagian berkenaan dijadikan tulang bengkung. apabila tiba di depan. asparagus. sos krim dan sos tartar. kubis brussel. simpul pada bahagian pendek. Lilitan dipusing ke belakang. 3. Sempurnakan ikatan barut. kacang panjang dan kacang soya. kubis bunga. . kemudian pusing ke belakang semula. pear dan pic. Ikat satu hujung kain pada tombol pintu atau dipegang pembantu. 4. y Cecair . aiskrim dan keju. bawang. Bahagian belakang. lobak merah. fizi. agak-agak melepasi kepala.makanan bergoreng. y Sayuran berubi . lobak putih.1. Lilit bermula di bawah paras punggung. sukun.kebanyakannya dari jenis kekacang kering. y Bijirin dan roti . Bahagian depan siap diikat. y Sayur-sayuran .susu.kesemua jenis makanan yang mengandungi gandum dan produk daripada gandum termasuk bijirin. dililit kemas dan bertindih setiap satunya. Pastikan satu hujung kain pendek.prun. 2. lemak daging. ubatan atau serbuk. nangka.kubis. aprikot. timun dan brokoli. y Makanan berlemak . kismis. y Legumes .minuman bikarbonat soda.

kacang. bran dan kacang panggang. .y Seserat (fiber) . oat.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful