You are on page 1of 6

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK
ULASAN ARTIKEL
TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
TEMPER TANTRUM

NAMA : NURUL SUHADA BINTI RAHINI


NO. MATRIK : E20091000268

KUMPULAN : KUMPULAN C
KOD KURSUS : KAQ1043
NAMA KURSUS : BIMBINGAN TINGKAH LAKU AWAL KANAK-
KANAK
SEMESTER : II 2010/2011
NAMA PENSYARAH : CIK ANIS NORMA BINTI JAAFAR

TINGKAH LAKU KANAK-KANAK


ULASAN ARTIKEL

KANAK-KANAK DAN TANTRUM

Semua kanak-kanak adalah suka merajuk atau bertingkah laku tantrum. Ada sebilangan
kanak-kanak yang masih boleh dikawal rajuknya dan ada sebilangan lagi tidak dapat dikawal.
Namun begitu, terdapat juga ibu bapa yang cuba untuk bertindak balas terhadap tantrun ini.
Antaranya, ibu bapa yang mencuba untuk memulihkan kembali rajuk anak mereka dan ada
juga yang lebih bersikap membiarkannya hingga rajuk anaknya itu hilang. Namun, tindak
balas yang paling baik ialah ibu bapa perlu membantu anak-anak untuk memahami dan
belajar bagaimana cara untuk mengawal emosi mereka yang kecewa itu.

Temper tantrum juga salah satu daripada perkara yang boleh menyebabkan ibu bapa berasa
malu, risau, dan sukar untuk mengawal tingkah laku anak-anak mereka yang tantrum ini.
Kebanyakan ibu bapa setuju bahawa tantrum ini sama seperti kanak-kanak yang akan
menjerit-jerit dan melakukan tindak balas yang agresif terhadap ibu bapa mereka. Tingkah
laku tantrum ini membawa kepada perkara yang buruk ke atas ibu bapa terutamanya terlalu
sukar untuk ibu bapa mengawal dan mengendalikan kanak-kanak yang mengalami tantrum
yang agresif ini.

Temper tantrum merupakan salah satu bahagian tingkah laku kanak-kanak yang normal
mengikut pertumbuhan dan perkembangan mereka. Semua kanak-kanak memiliki temper
tentrum ini. Temper tantrum ini berlaku pada situasi yang berbeza di atas sebab dan umur
yang berbeza juga. Kadang-kadang tantrum ini berlaku seperti yang diramalkan oleh ibu bapa
dan juga berlaku secara mengejut. Masalah tingkah laku ini masih tidak mempunyai sebarang
rawatan yang khusus namun, teknik-teknik yang bersesuaian boleh digunakan dalam
menangani masalah temper tantrum kanak-kanak ini.

Temper tantrum ini berlaku mengikut tahap dan umur kanak-kanak. Bayi yang banyak
menangis tidak semestinya mengalami tantrum. Berkemungkinan besar bayi yang banyak
menangis ini disebabkan oleh lapar, kebasahan, kesejukan mahupun keseorangan. Mereka
menangis kerana ini adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi denagn ibu bapa dan
penjaga dan bukan disebabkan oleh tekanan emosi. Kadang kala terdapat juga bayi yang
menangis kerana mengalami sakit perut. Oleh itu, mereka akan kelihatan menangis secara
berterusan tanpa mempamerkan sebab-sebab tangisan tersebut. Kajian menunjukkan bahawa
bayi yang merasa keadaan dirinya selamat dan dibelai dengan selesa akan tenang dengan
segera.

Bagi kanak-kanak tatih pula, mereka akan menunjukkan tantrum mereka berdasarkan banyak
sebab. Kanak-kanak tatih yang mengalami tantrum ini adalah disebabkan oleh perasaan
kecewa yang mudah dirasai oleh mereka. Kanak-kanak yang mengalami tantrum pada tahap
ini akan tidak banyak bercakap. Mereka juga akan mengalami masalah dalam bertanyakan
sesuatu perkara dan mengekpresikan perasaan dan emosi mereka. Kanak-kanak tatih ini juga
akan mengalami masalah dalam kemahiran menyelesaikan sendiri permasalahan mereka
terutama berkaitan emosi dan perasaan. Tantrum ini sering dialami oleh kanak-kanak tatih
yang lapar, kehausan, atau sangat teruja.

Kanak-kanak prasekolah pula menunjukkan bahawa sangat rendah jumlahnya dalam


mengalami masalah tingkah laku tantrum ini. Kanak-kanak prasekolah ini telah banyak
perkembangannya dari segi kemahiran pengendalian emosi dan komunikasi mereka adalah
lebih baik. Namun begitu, walaupun kanak-kanak ini lambat mendapatkan makan malam
mereka atau kecewa dalam sesuatu perkara mereka akan mula berkelakuan seperti kanak-
kanak yang berumur 2 tahun. Sebahagian kanak-kanak juga mempelajari bahawa pada mereka
boleh melakukan tingkah laku tantrum ini bagi mendapatkan sesuatu yang diingini.
Contohnya, ketika di pasar raya, terdapat kanak-kanak yang menjerit-jerit dan menangis untuk
mendapatkan alat permainan yang diinginkan walaupun sudah dilarang oleh ibu bapa. Jika ibu
bapa terlalu berlembut dengan kanak-kanak tanpa melakukan sebarang langkah pencegahan
tantrum akan menyebabkan kanak-kanak ini kerap kali bertingkah laku tantrum.

Kanak-kanak yang sudah berada di alam persekolahan lebih bertoleransi dalam menghadapi
situasi yang mengecewakan, tetapi mereka akan lebih menunjukkan tantrum mereka dalam
situasi mereka keletihan, lapar dan cepat marah. Walaupun kanak-kanak ini sudah mula
menunjukkan kemahiran mereka dalam penyelesaian masalah, mereka akan lebih berhadapan
dengan peningkatan sosial yang kompleks dan menyebabkan mereka perlu untuk
meningkatkan tahap ekmahiran penyelesaian masalah tersebut. Kanak-kanak yang mengalami
masalah dalam penyelesaian masalah sendiri cenderung untuk melepaskan emosi mereka
dalam keadaan tantrum dan kemarahan. Kanak-kanak yang lebih tua boleh belajar untuk
mengenali bila mereka berasa kecewa atau kecelaruan emosi. Mereka juga akan belajar untuk
menerima segala kekecewaan tersebut tanpa rasa marah.
Kanak-kanak yang mengalami temper tantrum ini boleh dikendalikan jika ibu bapa dan
penjaga mengamalkan atau menggunakan teknik yang betul. Antara cara yang boleh
digunakan dalam mengendalikan kanak-kanak yang bertingkah laku temper tantrum ini ialah
cuba untuk mengekalkan ketenangan. Contohnya, jika kanak-kanak sedang menjerit-jerit ibu
bapa boleh menenangkan kanak-kanak tersebut supaya tidak terus menjerit. Menggoncang,
memukul, menampar atau menjerit kepada kanak-kanak yang sedang bertingkah laku tantrum
akan memburukkan lagi keadaan. Oleh itu, ibu bapa perlu memberikan contoh yang baik
dalam memujuk kanak-kanak tersebut supaya boleh mengawal diri dan emosi mereka.

Langkah pengendalian temper tantrum yang kedua ialah berhenti sebelum melakukan apa-apa
tindakan terhadap kanak-kanak ini. Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang mengalami
tantrum ini perlu berhenti sejenak selama 30 saat bagi memikirkan cara yang sesuai untuk
mengendalikan kanak-kanak tersebut. Empat cara yang dirasakan sesuai dalam memujuk
kanak-kanak yang tantrum ini ialah memberi gangguan kepada mereka. Contohnya, ibu bapa
atau penjaga cuba mengalihkan perhatian kanak-kanak tersebut supaya fokus kepada perkara
lain. Jika kanak-kanak menjerit ketika ibu bapa atau penjaga mengambil sesuatu yang penting
bagi kanak-kanak tetapi bahaya jika diberikan maka perlulah memberikan barang yang baru
bagi menggantikan barang tersebut. Cara kedua ialah mengubah kedudukan kanak-kanak. Ibu
bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak yang tantrum ini ke tempat yang sunyi
supaya kanak-kanak tersebut boleh menenangkan dirinya sendiri. Cara ketiga ialah tidak
mempedulikan kanak-kanak tersebut. Ibu bapa atau penjaga yang menghadapi situasi ini
boleh mencuba untuk tidak mempedulikan kanak-kanak yang tantrum ini dengan melakukan
aktiviti harian seperti biasa. Hal ini kerana, kanak-kanak yang tantrum ini bertingkah laku
sedemikian demi untuk mendapatkan perhatian semata-mata.

Langkah ketiga dalam pengendalian kanak-kanak temper tantrum ini ialah tunggu sehingga
kanak-kanak bersa tenang sebelum berbincang tentang situasi tantrum tersebut. Situasi
mengawal kanak-kanak yang menjerit-jerit ini sangat sukar dan memerlukan satu tahap masa
yang lama untuk menyejukkan keadaan emosi dan tekanan kanak-kanak tantrum ini. Jika
kanak-kanak tantrum ini sudah mulai tenang, ibu bapa dan penjaga boleh mengambil peluang
yang ada dengan menyuruh kanak-kanak mempelajari cara untuk mengendalikan kemarahan
diri sendiri dan menerima segala perasaan yang lahir dalam diri kanak-kanak tersebut. Kanak-
kanak tantrum ini juga boleh diajar cara bagaimana untuk meminta pertolongan jika ada
sebarang masalah, tempat yang sesuai untuk melepaskan tekanan, bagaimana untuk mencuba
sesuatu yang lebih baik bagi mendapatkan kejayaan, dan bagaimana untuk meluahkan
perasaan dalam bentuk perkataan tanpa perlu untuk menjerit-jerit, menangis tanpa sebab dan
mengamuk.

Tantrum adalah salah satu daripada bahagian tingkah laku kanak-kanak dalam perkembangan
dan pertumbuhan mereka. Semua kanak-kanak akan mengalami tingkah laku tantrum ini.
Namun begitu, jika kanak-kanak sering mengalami tingkah laku tantrum ini, ibu bapa dan
penjaga perlu mengambil langkah-langkah pencegahan seperti yang dicadangkan supaya
dapat mengurangkan lagi tingkah laku temper tantrum dalam kalangan kanak-kanak ini.

Antara cadangan pencegahan tingkah laku tantrum ialah mengkaji tentang tingkah laku
tantrum tersebut. Ibu bapa dan penjaga pelru mengkaji tahap tantrum kanak-kanak yang
sering mengalaminya. Ibu bapa dan penjaga yang mengkaji tingkah laku kanak-kanka ini
perlu melihat dimanakah tantrum ini sering berlaku dan bila masa ia berlaku. Corak tingkah
laku tantrum yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut boleh diperhatikan bagi memberi
petunjuk ke arah situasi dan keadaan yang boleh membawa kepada berlakunya tantrum dalam
diri kanak-kanak. Ibu bapa dan penjaga juga perlu menghadkan tahap realistik kanak-kanak
dan bantu mereka untuk kekal dengan rutin harian mereka tanpa berasa tertekan. Rutih harian
kanak-kanak terutama wakti makan dan tidur mereka haruslah tidak berubah supaya tidak
menganggu emosi kanak-kanak ini.

Selain itu, ibu bapa dan penjaga juga perlu menawarkan pilihan yang betul kepada mereka.
Contohnya, berkaitan dengan wakti tidur kanak-kanak. Sebagai ibu bapa dna penjaga kepada
mereka, elakkan daripada bertanyakan kepada mereka sama ada mahu tidur atau tidak kerana
kanak-kanak akan memberikan jawapan bahawa mereka masih mahu bermain dan tidak mahu
tidur. Sewajarnya, ibu bapa dan penjaga perlu menetapkan sendiri kepada kanak-kanak
supaya tiada perubahan rutin berlaku. Di samping itu, ibu bapa dan penjaga juga boleh
memberikan amaran terakhir sebelum ingin menghabiskan sebarang aktiviti. Hal ini kerana
bagi mengelakkan kanak-kanak menjadi leka dan seronok lalu keseronokan mereka akan
terhenti apabila ibu bapa tidak memberitahu terlebih awal tentang pengakhiran aktiviti
mereka. Kanak-kanak akan berasa tertekan dan mengamuk serta bertingkah laku tantrum jika
aktiviti yang dilakukan oleh mereka terpaksa dihentikan tanpa diberitahu terlebih awal.

Kesimpulannya, kanak-kanak yang mengalami masalah tantrum ini haruslah dikawal dengan
lebih awal supaya tidak menjadi lebih teruk lagi. Hal ini kerana, kanak-kanak yang bertingkah
laku sedemikian akan memburukkan lagi keadaan dan situasi sesuatu kejadian. Langkah-
langkah pencegahan perlu dilakukan oleh ibu bapa dan penjaga bagi memastikan kanak-kanak
di bawah jagaan mereka tidak mengalami masalah dalam tingkah laku ini. Selain itu, kanak-
kanak yang tantrum ini akan menyebabkan perkembangan sosial emosi mereka mengalami
masalah. Hal ini kerana, dari segi emosi, kanak-kanak tidak dapat mengawal emosi mereka
dan dari segi sosial pula, kanak-kanak lain akan berasa takut untuk berkawan dengan kanak-
kanak yang selalu tantrum ini. Oleh itu, masalah tingkah laku tantrum ini perlu dikaji dan
dicegah dengan lebih awal. Walaupun setiap kanak-kanak akan mengalami masalah tantrum
ini, namun langkah pencegahan dan pengurangan masalah ini haruslah dijalankan pihak-pihak
tertentu terutamanya ibu bapa, penjaga, pendidik dan komuniti setempat.