INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN PISMP AMBILAN JANUARI 2010 KERJA KURSUS PENDEK (KKP)

NAMA : FATIN ATHIRAH BINTI YUSOF 900504 05 5384 HUZAIFAH BINTI ABDUL TALIB 900163 05 5184

UNIT : PISMP PK2 AMBILAN JANUARI 2010

SUBJEK : HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3106)

NAMA PENSYARAH : PN. SARINA BINTI BAHARUDDIN

TARIKH SERAHAN: 7 MAC 2011

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN BORANG KOLABORASI PENGHARGAAN TUGASAN 1.0 CARTA ALIR 1.1 -- Sejarah penggubalan perlembagaan sehingga penubuhan Malaysia 2.0 ISU SEMASA

i ii iii

1-5

-15

2.1
2.2 2.3 2.4 2.5 3.0

± Institusi Beraja

± Kedudukan Agama Islam
± Kedudukan Bahasa Melayu

± Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera
± Kewarganegaraan 16-17

PETA MINDA 3.1 ± Peranan guru dalam memperkukuh perpaduan dan integrasi nasional.

BIBLIOGRAFI LAMPIRAN REFLEKSI

HALAMAN PENGAKUAN

³Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya´.

___________________________ FATIN ATHIRAH BINTI YUSOF 900504 05 5384

___________________________ HUZAIFAH BINTI ABDUL LATIB 900316 05 5184

BORANG KOLABORASI .

pensyarah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu 2 atas bimbingan dan tunjuk ajar serta nasihat-nasihat yang sangat bernas dan berguna kepada kami dan juga para pelajar Pendidikan Khas 2. Atas bimbingan dan juga nasihat beliau. Dalam proses penyiapan tugasan ini. Akhir kata. kami dapat mengetahui banyak maklumat yang berkaitan dengan wacana. sekali lagi kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah banyak membantu kami dalam menjayakan tugasan ini.B.PENGHARGAAN Assalamualaikum W. Bahasa . Dalam menyiapkan tugasan ini juga. sedikit sebanyak dapat membantu saya menyiapkan tugasan ini. kami ingin merakamkan ucapan terima kasih terutama sekali kepada Encik Ramly Bin Abu.T. kami dapat menambah dan menimba ilmu baru terhadap mata pelajaran Melayu 2.

.

.

.

.

.

.

hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputra serta kewarganegaraan. menjamin keselamatan masyarakat dalam negara dan luar negara. Perlembagaan juga berperanan untuk membantu menjamin kecekapan. (Salmah Hussain) Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya terdapat lima unsur iaitu Institusi Beraja. Perlembagaan juga boleh dikatakan sebaagi satu dokumen penting dalam menyatakan kedaulatan dan kewujudan sesebuah Negara yang merangkumi organisasi pentadbiran dan kemasyarakatan. Perlembagaan diwujudkan adalah untuk menjamin keutuhan dan kadaulatan sesebuah negara kerana perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang perlu dipatuhi dalam menentukan hala tuju sesebuah negara.KONSEP PERLEMBAGAAN Perlembagaan ialah kumpulan undang-undang tidak kira sama ada bertulis atau tidak bagi menentukan organisasi kerajaan. Perlembagaan Malaysia telah dibina pada tahun 1963 setelah mendapat persetujuan daripada semua kaum dan pihak melalui kontrak sosial. Perlembagaan tersebut perlulah terpelihara dari pengubahsuaian. keadilan dan membantu melicinkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. . kedudukan Bahasa Melayu. Pembentukan Perlembagaan juga berlaku kerana terjadinya perjanjian antara satu bangsa dengan bangsa yang lain atau sesebuah masyarakat dalam negara dengan masyarakat antarabangsa. pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum dalam melaksanakan kuasa tersebut. kedudukan Agama Islam. ketulusan.

kehakimann. kewangan. Lantaran itu. 183 perkara dan 13 jadual dan di dalam perlembagaan ini telah dinyatakan dengan jelas mengenai pelbagai perkara iaitu kebebasab asasi. undang-undang Persekutuan dan Kerajaan Persekutuan serta lain-lain perkara lagi. Perlembagaan Persekutuan boleh ditakrifkan sebagi pelan induk yang menagndungi semau undang-undang tertinggi yang penting bagi penubuhan dan kewujudan sesebuah negara dan sistem politiknya. .Perlembagaan ini mengandungi 15 bahagian. perkhidmatan awam. hak seseorang. kewarganegaraan.

1 Unsur: Isu: Sumber: Institusi Beraja Raja berpelembagaan bermaksud sistem beraja yang mengikut perlembagaan. Jadi tidak sepatutnya ada pihak-pihak yang cuba untuk memperlekehkan kuasa raja dengan mengenepikan Raja-Raja di dalam membuat sebarang keputusan. Seharusnya. gelaran. hari ini telah ada pihak yang berani mencabar kedaulatan raja-raja sebagai contoh isu yang dipetik di dalam akhbar utusan yang bertarikh 6 Mei 2008 iaitu isu Karpal Singh yang diaggap begitu biadap mempertikaikan kuasa Sultan Perak. Mengapa timbul perkara-perkara seperti ini? Adakah disebabkan pemimpin itu sendiri tidak memahami Perlembagaan Malaysia atau sebenarnya beliau terlupa tentang unsur Perlembagaan Malaysia pada Bahagian 1 iaitu yang berkaitan dengan Institusi Beraja yang menyatakan kuasa-kuasa raja dan kedaulatan raja di dalam perlembagaan. . Karpal Singh yang ketika itu merupakan pemimpin DAP dengan beraninya mengatakan bahawa Sultan Perak tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam membuat keputusan kerajaan negeri. pemangku raja atau jemaah pemangku raja serta melantik orang-orang pemegang pangkat. isteri. kemuliaan dan kebesaran di sisi adat Melayu dan menetapkan berkenaan dengannya sedikit sebanyak mempunyai kaitan dengan isu yang dibahaskan berkaitan arahan pembatalan pertukaran dan pelantikan semula Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury. Jika dilihat pada kuasa-kuasa Raja Negeri yang antaranya ialah melantik waris atau waris-waris. Namun begitu. pemimpin DAP iaitu Karpal Singh tidak boleh sewenang-wenangnya menegur isu-isu yang berkaitan dengan kedaulatan Raja kerana ini sangat mencabar kewibawaan Institusi beraja di negara ini. kedaulatan dan kuasa raja adalah kekal dan terjamin mengikut Perkara ini. Mengikut perkara 181 (1) Perlembagaan Malaysia.2.

. Ini bermakna mereka yang membangkang tidak punya hak untuk mempertikaikan setiap satu unsur yang ada di dalam Perlembagaan Malaysia. Kesimplannya. Mereka juga mungkin terlupa bahawa Pelembagaan Malaysia yang wujud pada hari ini adalah di atas persetujuan dan toleransi antara semua kaum dan pihak melalui kontrak sosial. semua rakyat Malaysia tidak kira apa pun agama atau bangsanya harus tahu apa itu Perlembagaan Malaysia serta isi kandungannya agar tidak terlalu lancang untuk mempertikaikan hak yang telah diberikan terutama sekali hal yang berkaitan dengan hak ketuanan Raja-Raja Melayu. Jadi sepatutnya. Pihak yang tidak berpuas hati dengan kuasa Raja-Raja Melayu ini menggunakan pelbagai taktik untuk menghapuskan kuasa Raja Berpelembagaan antaranya hasutan di dalam bidang politik Namun persoalannya. pihak pembangkang secara terang-terangan cuba mengheret istana ke mahkamah sebagai cubaan untuk melumpuhkan kuasa Raja-Raja Melayu. sebagai rakyat yang berada di bawah Pelembagaan Malaysia ini seharusnya lebih peka dan faham apa yang terkandung di dalam perlembagaan dan bukan hanya tahu untuk menuding jari menyalahkan orang lain.Hari ini juga. tidakkah mereka sedar akan kedudukan mereka di negara ini di mana setiap warganegara Malaysia semamangnya termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Tindakan segelintir masyarakat yang mungkin tidak bersetuju dengan Kuasa Raja-Raja Melayu ini menggambarkan pengharapan mereka untuk menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia sejak 1963 lagi.

2 Unsur: Isu: Kedudukan Agama Islam Penduduk majmuk perlu hormati hak kebebasan beragama Sumber: Internet (Rencana) Bagi isu yang menyentuh unsur perlembagagn iaitu Kedudukan Agama Islam. Pengkaji berpendapat bahawa tidakan tersebut adalah sangat tidak wajar dan jelas menunjukkan bahawa kurangnya sensitivity sesetengah kaum terhadap agam yang dianuti. Isu tersebut adalah berkenaan dengan kontroversi azan yang menjadi bualan hangat masyarakat pada ketika itu. yang ditulis oleh Musa Awang yang bertajuk Pengajaran disebalik kontroversi azan. Azan merupakan laungan yang telah bermula sejak terciptanya syiar Islam di Madinah untuk menyeru orang untuk menunaikan solat. agama lain turut akan berasa kecewa dan tidak senang hati sekiranya agama mereka turut diancam oleh pihak lain. Berikutan dengan hal itu. pengkaji telah memperoleh hasil daripada bacaan rencana di internet. . Jika kita lihat pada aspek disebaliknya. Adalah sesuatu yang tidak releven dan wajar bagi rakyat Malaysia yang hidup berbilang kaum untuk mempertikaikan amalan bagi sesebuah agama. tindakan seorang peguan yang telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Lembah Pantai dengan tujuan untuk membangkang laungan azan di Masjid Al-Ikhlasiah. Isu ini dipetik daripada sebuah rencana bertarikh 19 Januari 2011. Namun begitu. Sensitiviti tentang agama haruslah diberi perhatian kerana ia melibatkan kepercayaan dan pegangan bagi segenap masyarakat pada hari ini.2. satu pengelesaian telah dilaksanakan apabila peguam tersebut telah memohon maaf kepada seluruh umat Islam yang mana pengkaji berpendapat tindakan tersebut adalah sangat wajar.

Seperti yang telah dinyatakan didalam rencana tersebut bahawa mempersoalkan kesucian Islam itu boleh dikatakan seolah-olah mereka telah menghina penghidung kepada kesucian agama Islam itu sendiri. Initipati ini seharusnya difahami dan dihormati oleh masyarakat bukan agama Islam. Berdasarkan kepada segala segala penerangan dan juga perbincangan yang telah dinyatakan diatas. Keadaan ini seharusnya tidak berlaku kerana sebagai rakyat Malaysia sudah sedia maklum hidup secara berbilang kaum. Rasa hormat dan tanggungjawab itu seharusnya wujud dalam diri setiap rakyat di Malaysia. Tanggungjawab untuk mewujudkan rasa aman dan selesa bagi setiap individu itu juga merupakan perkara yang tidak boleh dipandang remeh kerana setiap masyarakat di Malaysia ini berhak untuk menikmati kehidupan yang baik dan tidak terancam. jelaslah bahawa harapan agar setiap masyarakat untuk tidak mempertikaikan amalan bagi setiap agama kerana walaupun isu ini diselesaikan dengan permohonan maaf. bangsa dan juga agama. agama Islam merupakan agama rasmi tetapi agama lain masih boleh diamalkan dengan aman dan damai. namun masih terdapat beberapa kelompok individu yang masih kesal dan tersinggung dengan peristiwa ini.Berbalik kepada unsur-unsur yang telah dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan untuk beragama ini telah termaktub dalam Perkara 3 (1) yang mana setiap individu mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkannya. .

Selain itu juga.3 Unsur: Isu: Kedudukan Bahasa Melayu Kedudukan Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan Sumber: Majalah Dewan Masyarakat Isu mengenai kedudukan Bahasa Melayu ini bukanlah sesuatu yang baru dan hakikatnya isu mengenai taraf Bahasa Ibunda ini adalah sangat rapat dengan sistem pendidikan. Berdasarkan kepada rencana yang telah dikupas isunya oleh Datuk Dr. namun bahasa ibunda sendiri pada hakikatnya juga mampu untuk membangunkan sesebuah kelompok manusia dan tidak wajar jika dikatakan akan ketinggalan dalam arus permodenan. jika diimbas kembali pada abad ke-14. pendidikan tidak formal iaitu ajaran yang diberikan oleh ibu bapa ataupun persekitaran tentang penguasaan bahasa juga bukan perkara yang asing lagi. Keadaan ini seolah-olah menunjukkan bahawa orang Melayu semakin lupa tentang asal usul dan latar belakang mereka sendiri. Namun begitu. sesetengah pihak terutamanya pelajar sendiri. Kenyataan ini membuatkan pengkaji terpanggil untuk mengetahui kebenarannya. Hal ini adalah kerana. Selain itu. contohnya bangsa Perancis maju melalui bahasa mereka. Hassan Ahmad. beliau ada menyatakan bahawa ³ Tamadun sesuatu bangsa tidak dibina melalui bahasa asing tetapi melalui bahasa sendiri. . Beliau merupakan Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan dan pengkaji berpendapat bahawa intipati atau hujah yang disampaikan adalah sangat relevan untuk dibincangkan. Pengajaran dalam menguasai sesuatu bahasa juga kadang-kalanya berlaku secara spontan dan tidak dirancang. mereka berpendapat bahawa individu yang gagal untuk menguasai Bahasa Inggeris akan terpinggir dalam arus kemajuan. Bahasa inggeris ini masih boleh dikuasai atau dipelajari. ³ Keadaan ini juga dapat dilihat berlaku pada semua bangsa lain.2. puluhan karya agung yang dihasilkan telah memperlihatkan kemampuan mereka untuk berfikir dan menzahirkan idea yang kreatif dalam bahasa Melayu. permulaan pendidikan formal mengenai pembelajaran dalam bahasa bermula daripada sekolah sehinggalah ke peringkat yang tertinggi.

Seperti yang telah dinyatakan di dalam kupasan isu tersebut bahawa. Berdasarkan kepada Akta Pendidikan yang terbaharu. juga telah menyatakan dengan tegas bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan utama dalam sistem pendidikan kebangsaan sejak dari sekolah rendah hingga ke tahap universiti. terlalu banyak perkara yang yang boleh dibangkitkan. Namun begitu. dan Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan. Hal ini merupakan dasar yang telah termaktub dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967/68. Sebagai contoh. bahasa Melayu juga sama nilainya dengan intipati yang diperoleh daripada bahasa Inggeris kerana dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama membolehkan pelajar terdidik dalam pelbagai bidang ilmu dan bidang kerja. kerajaan masih perlu menitikberatkan pengajaran bahasa Inggeris semasa di sekolah sentiasa membuat perubahan dan diperbaiki untuk semua murid agar penguasaan mereka dalam kedua-dua bahasa ini adalah baik dalam tempoh 11 tahun persekolah terutamanya murid-murid dari sekolah luar bandar. dasar ini tidaklah menyatakan bahawa bahasa Inggeris tidak boleh digunakan atau penguasaannya terhad dan masyarakat masih boleh mengamalkan. Dasar yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tidak pernah berubah dan ia jelas menyatakan bahawa bahasa Melayu masih kekal menjadi bahasa rasmi dalam pentadbiran negara. Namun begitu. iaitu Akta Pendidikan 1996 yang mana telah menggantikan Akta Pendidikan 1961.Isu bahasa ini jika dirungkai satu persatu. . peristiwa selepas kemerdekaan yang mana Bahasa Melayu ini bertindak sebagai bahasa perantaraan pada ketika itu dan ia merupakan salah satu alat kemajuan melalui dasar pendidikan.

Keadaan ini dapat dirungkaikan yang mana punca krisis ini berlaku adalah disebabkan oleh pemimpin mereka sendiri. biasiswa. Seperti mana yang kita ketahui. Kesulitan yang dihadapi oleh rakyat atau masyarakat India tidak dapat diselesaikan oleh pemimpin mereka dan menyebabkan keperitan serta kepayahan dalam ekonomi menjadi punca kepada masalah mereka hari ini . pendidikan. Keadaan bertambah buruk apabila mereka turut mempertikaikan hak orang Melayu dan turut mengatakan bahawa orang Melayu juga merupakan kaum pendatang seperti mereka. keadaan ini masih lagi menjaga hak dan tidaklah sehingga menindas kaum-kaum lain. Hal ini menunjukkan bahawa setiap kaum mempunyai bidang kerja atau kemahiran yang tersendiri sebagai menjadi punca ekonomi dalam sesebuah kaum tersebut. Masalah ini berpaksikan kepada konflik kepentingan yang mana bukanlah sesuatu yang baru dalam negara kita pada hari ini.4 Unsur: Isu: Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera. Merujuk kepada keadaan itu.2. . Sumber: Temu-ramah Isu yang dibangkitkan hasil daripada temu-ramah adalah kaum India telah menuntuk hak sama rata dengan orang melayu terutamanya daripada aspek ekonomi. jika dikaitkan dengan isu yang berlaku pada dekad ini kaum India sering mempertikaikan hak istimewa yang dinikmati oleh kaum Melayu terutamanya daripada sektor ekonomi. mereka juga membangkitkan isu bahawa mereka menganggap orang melayu adalah setaraf dengan mereka dan tidak layak untuk diberi keistimewaan. perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan. Berbalik kepada sejarah Malaysia. Namun begitu. hak istimewa ini meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam. Selain itu. Kaum India menuntut hak sama rata dengan kaum Melayu. setelah terlaksananya Dasar Pecah Perintah setiap kaum mempunyai pengkhususan sektor yang mana kaum melayu tertumpu kepada pertanian. kaum Cina dalam sektor ekonomi manakala kaum India dalam sektor perladangan (kelapa sawit dan getah).

Perlembagaan Malaysia juga bukanlah sahaja dokumen perundangan malah ia adalah kontrak sosial dan perjanjian perdamaian sejak dari pemerintahan Perdana Menteri yang pertama lagi . Berhubung dengan Perkara 153.Orang melayu dikategorikan sebagai individu yang lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu. Bagi aspek ekonomi. bagi Bumiputera Sabah dan Sarawak pula ialah semua suku kaum asli peribumi Sbah dan Sarawak. Pembahagian kekayaan serta agihan pendapatan yang tidak adil menjadi punca utama yang mempengaruhi hubungan etnik. Berdasarkan kepada isu yang dinyatakan di atas. pendidikan dan ekonomi. Manakala. telah dinyatakan bahawa terdapat tiga perkara yang disentuh mengenai hak keistimewaan Melayu dan kaum Bumiputera iaitu perkhidmatan awam. Isu masalah ekonomi masih boleh diselesaikan secara baik sekiranya segala konflik kepentingan ini diselesaikan dengan berpihak kepada yang benar dan bukan hanya melibatkan kepentingan undi. Perkara 153 wajar untuk dilaksanakan bagi mencapai tujuan untuk menstabilkan ketidakseimbangan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu yang asalnya wujud disebabkan oleh dasar ekonomi penjajah. . Cina dan India. Kesimpulannya. menganut agama Islam dan mengamalkan adat istiadat Melayu. jelaslah bahawa setiap kaum berpegang kepada asal usul serta keistimewaan yang tersendiri. jika berbalik kepada perlembagaan persekutuan telah dinyatakan yang mana ia merupakan hasil daripada persetujuan yang tercapai antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu.

apabila isu yang dibangkitkan ini berkaitan dengan Perlembagaan Malaysia maka ia akan menjadi satu isu yang sensitif. Wee Meng Chee merupakan pemuda yang berasal dari Muar. Namun begitu. badan-badan pertubuhan NGO telah bangkit menggesa pihak kerajaan agar menggugurkan taraf kewarganegaraan Wee Meng Chee di atas kelancangannya menghina dan memperkotak-katikkan negara Malaysia iaitu tanah airnya sendiri.5 Unsur: Isu: Kewarganegaraan Lucut Sahaja Kerakyatan Sumber: Akhbar Utusan Hari ini. Kewarganegaraan ialah keahlian seseorang individu itu di dalam sesebuah negara yang didiami. . Memang jika dinilai kembali perbuatan menghina dan mengkhianati negara ini merupakan satu perkara yang seharusnya tidak boleh dimaafkan dan memang selayaknya individu itu dilucutkan taraf kewarganegaraannya. Sehubungan dengan itu. Pemuda ini dengan lancangnya telah menghasilkan klip-klip video yang menghina negaranya sendiri dan telah mencetuskan isu perkauman dalam rakaman yang dihasilkannya itu. Berdasarkan keratan akhbar yang bertarikh 31 Ogos 2010 telah dikeluarkan dengan satu tajuk berkaitan desakan untuk melucutkan taraf kewarganegaraan bagi individu yang bernama Wee Meng Chee atau lebih dikenali dengan nama Namewee atas alasan mengkhianati dan menghina Negara Malaysia.2. Johor dan belajar di salah sebuah unversiti di Taiwan. Bukan mudah untuk melucutkan taraf kewarganegaraan seseorang. rakyat yang hidup di dalam Malaysia sudah tegar untuk mempersoalkan unsurunsur yang ada di dalam perlembagaan Malaysia. Tidak ketinggalan juga isu yang menyentuh tentang kewarganegaraan rakyat di Malaysia ini. Tetapi harus diingat negara Malaysia adalah sebuah Negara berpelembagaan dan kita harus merujuk kepada perlembagaan tersebut.

ada pihak-pihak tertentu telah mempersoalkan kewibawaan kerajaan untuk melucutkan taraf kewarganaan pemuda tersebut. Namun adakah mereka sedar dan faham tentang kuasa perlembagaan yang wujud di Malaysia ini.Jika kita lihat pada Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 14 (1) telah menyatakan bahawa seseorang yang mendapat taraf kewarganegaraan melalui Perkara 14 (1) adalah melalui kuatkuasa undang-undang di mana mereka ini mendapat taraf kewarganegaraan tanpa perlu melakukan sebarang pendaftaran atau penaturalisasian maka. Ini kerana bukan sewenang-wenangnya kerajaan boleh melucutkan taraf kewarganegaraan seseorang individu itu atas alasan ketidaksetiaannya atau penghinaan yang dilakukan serta apa juga kesalahan kerana segalanya perlu merujuk kepada Perlembagaan Malaysia. . kerajaan boleh melucutkan taraf kewarganegaraan pemuda tersebut dengan menggunakan Perkara 25 (1)(a) yang menyatakan bahawa kerajaan boleh melucutkan taraf kewarganegaraan seseorang individu itu tetapi harus kita ingat Perkara 25 (1)(a) ini hanya boleh digunakan apabila seseorang individu itu mendapat taraf kewarganegaraan melalui pendaftaran dan penaturalisaian dan bukan bagi mereka yang mendapat taraf kewarganegaraan melalui kuasa undang-undang di bawah Perkara 14 (1). Benar. Dalam hal ini. pemuda ini telah berada di bawah Perkara 14 (1) itu.

.

.

.

Terbitan Pertama. Dayu Sansalu.BIBLIOGRAFI 1. Rencana . Dato¶ Ahmad Manaf Nilai. Bnd. . Hubungan Etnik: Kelansungan Pembinaan Negara Bangsa . Majalah Dewan Masyarakat keluaran Oktober 2004 ( Isu Kedudukan Bahasa Melayu) 3. Januari 2011. Temu ramah En. Pusat Penerbitan Universiti (upena). Sohaimi Esa. Modul Hubungan Etnik. Keb. Penerbitan Multimedia Sdn. Budi Anto Mohd Tamring. . Shamsul Amri Baharuddin.bharian. Universiti Teknologi MARA. Yusof Bin Yaakub .Merupakan bekas guru sejarah bagi tingkatan 3. 2007. SHAH ALAM. 4 dan 5.my/bharian/articles/PeguamSyarieMenulis_Pengajar ansebalikkontroversiazan/Article/ - 5. Internet http://www. 2.com.GPK HEM Sek. 4. Buku Mohd. Cetakan kedua 2008.

.

ada mencadangkan supaya dikibarkan bendera. Tindakan peguam berkenaan mendapat bantahan seluruh umat Islam. dua kali azan iaitu pertama menandakan masuk waktu Zuhur memanggil orang Islam ke masjid dan kali kedua sejurus sebelum imam memulakan khutbah Jumaat. Dalam perbincangan itu. selepas berlalunya separuh malam untuk memberitahu umat Islam waktu Subuh sudah hampir dan waktu itulah mereka digalakkan bersembahyang sunat tahajud dan sebagainya atau bersahur untuk berpuasa. semua usul itu ditolak Nabi Muhammad SAW kerana sama dengan amalan agama lain seperti Nasrani (Kristian) dan Yahudi. Sehinggalah pada suatu malam Abdullah bin Zaid dan Umar bin al-Khattab sama-sama bermimpi.´ Lalu Nabi memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan azan pada setiap kali masuk waktu solat. Manakala azan Subuh semasa zaman Rasulullah SAW dikumandangkan sebanyak dua kali seperti dilakukan di Masjidilharam. mengenai cara lebih baik untuk menghebahkan solat dengan mengumandangkan µazan¶ seperti yang ada pada hari ini.Peguam Syarie Menulis: Pengajaran sebalik kontroversi azan Oleh Musa Awang 2011/01/19 Penduduk majmuk perlu hormati hak kebebasan beragama ISU bantahan peguam yang menghantar memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Lembah Pantai membantah laungan azan di Masjid Al-Ikhlasiah dianggap selesai apabila kelmarin. maka wajarlah permohonan maaf dibuat kepada seluruh umat Islam di negara ini. Maka Rasulullah SAW pada satu hari mengumpulkan sahabat untuk membincangkan cara mengingatkan umat Islam mengenai masuk waktu solat dan mengajak mereka ke masjid menunaikan solat berjemaah. ditiupkan serunai atau terompet. Kemudian Saidina Umar mencadangkan supaya dilaungkan ayat µtelah datang waktu solat¶ dan cadangan itu diterima Nabi. Namun. Untuk solat Jumaat. syiar Islam yang bermula di Madinah pada tahun pertama hijrah seperti disebut dalam hadis diriwayatkan Abdullah bin Umar semasa orang Islam mula sampai di Madinah dan berkumpul menunggu menunaikan solat tetapi tiada yang menyeru untuk bersembahyang. Pertama. . Apabila mimpi sahabat disampaikan kepada Rasulullah SAW. tetapi Baginda menukar lafaznya kepada µmarilah solat berjemaah¶. Baginda bersabda: ³Mimpi itu mimpi yang benar. dibunyikan loceng dan dinyalakan api di atas bukit. peguam terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua umat Islam. Azan.

Perbuatan menghina amalan agama sesuatu masyarakat tidak sepatutnya berlaku kerana kita hidup dalam masyarakat majmuk. Agama Islam yang diletakkan di bahagian awal dalam Perlembagaan membawa makna yang besar dari segi peranan. China dan seterusnya. kemudian di Emiriah Arab Bersatu. laungan azan Subuh akan dilaungkan di Afghanistan dan Oman. sudah tentu penganut agama itu akan marah. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: ³Apabila tiba waktu sembahyang hendaklah salah seorang kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam. Madinah dan negara lain. azan Zuhur sudah berkumandang di Indonesia semula dan begitulah seterusnya laungan azan akan bersahut-sahutan di serata pelusuk dunia melaungkan keagungan Allah dan Nabi Muhammad SAW setiap detik.. Belum pun laungan azan itu selesai di seluruh Indonesia. kemudian disambut di Thailand. di tanah suci Makkah. Walaupun permohonan maaf dibuat. Mempersoalkan kesucian Islam ibarat menghina pelindung kepada kesucian agama Islam di negara ini iaitu Yang di Pertuan Agong.30 pagi.´ (Riwayat Bukhari dan Muslim). azan akan bergema pula di Malaysia. Sebelum berakhir di Pakistan.Azan kedua diperdengar ketika masuk waktu Subuh dengan tambahan lafaz µsolat itu lebih baik daripada tidur¶. kedudukan dan keutamaannya. Cuba bayangkan jika umat Islam mempertikai amalan upacara keagamaan lain seperti amalan membunyikan loceng di kuil pada waktu Maghrib atau membakar colok di tokong yang mengeluarkan asap serta bau tidak menyenangkan. agama dan kepercayaan. bermula di bahagian timur Indonesia dan bergerak ke barat kepulauan Indonesia. . Janganlah menghuru-harakan keadaan masyarakat yang hidup dalam rukun dan damai.´ (Surah al-Ma¶idah. Azan juga sunat dibisikkan ke telinga bayi lelaki baru lahir. Dalil mensyariatkan seruan azan ialah firman Allah yang bermaksud: ³Jika kamu dipanggil (diseru) untuk sembahyang. namun hakikatnya ada yang tersinggung dengan tindakan itu. Sebelum azan subuh bergema di situ. Ribuan bilal akan melaungkan azan Subuh seawal 5. Semoga selepas ini tidak ada lagi pihak mempertikaikan amalan agama masyarakat di negara ini.. Hakikat agama Islam sebagai agama Persekutuan dan agama lain bebas untuk dianuti seperti termaktub dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan perlu difahami dan dihormati masyarakat bukan Islam. Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik dalam jangka masa sembilan jam setengah. berbilang bangsa. ayat 58). Myanmar. sepanjang waktu. Azan akan terus bersahutan di Bangladesh dan bergema pula di India. Keajaiban syiar Islam dalam azan ini terbukti apabila azan akan berkumandang di setiap minit selama 24 jam sehari di seluruh dunia berdasarkan perbezaan waktu dan tempat.

FATIN ATHIRAH BINTI YUSOF 900504 05 5384 PISMP PENDIDIKAN KHAS 2 REFLEKSI Bersyukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya selesaikan tugasan Kerja Kursus Pendek bagi subjek Hubungan Etnik (WAJ 3106) tepat pada masa yang ditetapkan. Tindakan kami yang pertama ialah memahami dan berbincang mengenai kehendak tugasan yang perlu dilaksanakan. kami perlu membuat peta minda tentang peranan guru dalam mewujudkan integrasi sosial dan memperkukuh perpaduan semasa melaksanakan kurikulum dan kokurikulum di sekolah. Bagi kerja kursus ini. Setelah itu. kami perlu membuat analisis tentang isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia yang menyentuh tentang Perlembagaan Persekutuan dan tugasan yang terakhir pula. Saya percaya bahawa. Kefahaman terhadap Perlembagaan ini memberi satu ilmu baru kepada saya untuk menjadi rakyat yang tahu tentang sejarah dan berpegang teguh kepada asal usul. kami telah membuat pembahagian tugas mengikut persetujuan bersama. Manakala. kami diberi tugasan untuk menyediakan sebuah carta garis masa tentang sejarah penggubalan perlembagaan sehingga penubuhan Malaysia. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara berpasangan dan saya telah berbincang dah berpakat dengan Huzaifah binti Abdul Talinb untuk menyiapkan tugasan ini secara bersama-sama. bagi tugasan kedua. sesuatu perbincangan dapat menyuntik seberapa banyak idea dan buah fikiran bagi membantu pelaksanaan tugasan ini. Hal ini adalah kerana. Kekuatan yang terpapar jelas melalui pelaksanaan kerja kursus ini ialah daripada faedah yang telah saya peroleh terutamanya ketika membuat analisis serta huraian mengenai isu semasa dan Perlembagaan Persekutuan . Saya begitu teruja untuk menyiapkan tugsasan ini kerana ia berkaitan dengan sejarah negara kita. . setelah mendalami isu tersebut saya mula memahami bahawa setiap tindakan yang melibatkan sensitiviti sesetengah pihak boleh dirujuk kepada Perlembagaan yang telah termaktub.

Melalui tugasan yang ketiga. Murid-murid merupakan peniru yang terbaik. dapat saya simpulkan disini bahawa guru yang sentiasa bersedia. maka dengan adanya contoh atau teladan yang boleh diikut sudah pastinya sikap untuk bersatu-padu itu akan menjelma.Akhir sekali. Penyerapan nilai murni dan budaya yang baik boleh dipupuk semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. kekuatan yang saya peroleh ialah cetusan idea dan buah fikiran untuk mempelbagaikan cadangan pengajaran semasa di sekolah nanti. Pada pendapat saya. peka serta bergiat aktif dalam menguasai sebarang aktiviti pengajaran dan berusaha meningkatkan kemajuan diri adalah tidak menjadi sesuatu kemusykilan jika mempunyai semangat yang kuat untuk mendidik pandangan anak bangsa. saya merupakan individu yang sangat kurang membaca dan ia menyebabkan wujudnya kelemahan semasa hendak menjalankan tugasan. namun di segenap itu masih terdapat ruang untuk kita menilai dan berfikir untuk membuat satu anjakan serta perubahan daripada bawah. Penguasaan ilmu yang meluas boleh dikatakan sebagai tuntutan bagi setiap guru agar sifat berpengetahuan itu menjadi pegangan utama dan menjadi aset untuk membimbing murid ke arah yang lebih positif. Sebagai contoh. saya perlulah sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemajuan dan mendalami seberapa banyak ilmu agar tidak ketinggalan dalam arus permodenan. Ilmu atau pengetahuan mengenai isu semasa dan sejarah negara kita merupakan keperluan yang mana menjadi tempat untuk rakyat Malaysia bersandar. Saya akui bahawa. serta mengubah . Sebagai seorang bakal guru. Sesungguhnya kerja kursus ini begitu mendekatkan diri saya dengan keadaan sebenar senario negara kita dan tindakan guru untuk memperbaiki keadaan tersebut. guru yang bertanggungjawab akan selalu peka terhadap segala keadaan atau situasi yang berlaku disekitarnya. Walaupun kita tahu terlalu banyak masalah dan isu pertikaian kepentingan berlaku dalam negara kita. sekiranya kita tidak tahu asal usul diri kita. ada kemungkinan kita akan menjadi kosong dan tiada fokus dalam hidup.

.

Melalui tugasan ini. Tugasan kedua ialah mengupas lima isu semasa berkaitan Perlembagaan Malaysia dan tugasan terakhir berkaitan peranan guru memperkukuh perpaduan dan integrasi nasional semasa melaksanakan kurikulum dan kokurikulum di sekolah.HUZAIFAH BINTI ABDUL TALIB 900316 05 5184 PISMP PENDIDIKAN KHAS 2 REFLEKSI Pada 23 Februari 2011 yang lalu. Saya sedar akan kelemahan diri saya yang sebelum ini tidak begitu endah dengan perkembangan negara ini namun begitu melalui tugasan ini ia telah menyedarkan saya bahawa adalah penting bagi seorang rakyat Malaysia itu untuk mengetahui sejarah negara dan perlembagaannya kerana ini akan memupuk semangat . Saya juga boleh menerapkan unsur-unsur sikap toleransi dan sikap saling bantumembantu tanpa mengira kaum dan agama. ia dapat membantu saya untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid saya kelak seperti mewujudkan semangat patriotisme iaitu semangat cinta akan negara. saya telah diberikan tugasan bagi matapelajaran WAJ 3106 ± Hubungan Etnik. Ini adalah kerana. Sebagai seorang bakal pendidik juga. Tugasan ini meminta agar membuat carta garis masa berkaitan dengan sejarah penggubalan perlembagaan sehingga penubuhan Malaysia. bangsa dan negara. adalah sangat penting untuk mengisi ilmu di dada terutama berkaitan dengan agama. saya telah memperoleh begitu banyak pengetahuan berkaitan sejarah Malaysia dan yang menariknya sebelum ini saya tidak berminat dengan sejarah namun saya menjadi begitu teruja dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan ini. Saya berusaha untuk memahami apa yang saya baca mengenai Perlembagaan Malaysia dan saya mula faham sedikit sebanyak sejarah berkaitan dengan penubuhan Malaysia serta Perlembagaan Malaysia.

terdapat kekeliruan juga ketika saya ingin menyelesaikan tugasan berkaitan carta garis masa tersebut kerana sukar untuk mendapatkan maklumat yang benar-benar tepat tetapi hasil daripada perbincangan dengan ahli kumpulan dan rakan-rakan yang lain. Selain itu. Tatkala ini. bangsa dan negara. ia dapat diselesaikan dengan jayanya. Saya anggap tugasan ini telah banyak memberikan saya p[eluang untuk lebih memahami dan memupuk kesedaran di dalam diri saya untuk memperjuangkan hak yang sedia ada untuk kaum Melayu dan bukan sewing-wenangnya memberikan hak-hak tersebut kepada bangsa asing. saya tersedar betapa pentingnya perlembagaan diwujudkan di dalam sesebuah negara kerana itulah yang akan menjamin keadaulatan sesebuah negara tersebut. . Namun begitu. Tetapi atas bantuan dan sokongan daripada pensyarah dan rakan-rakan akhirnya saya mampu juga untuk memahami dan mengupas isu-isu yang telah dipilih. Agama Islam sebagai agama rasmi dan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputra. Ini merupakan kekangan yang hebat untuk saya ketika mencari isu-isu yang boleh dikaitkan dengan Perlembagaan Malaysia ini. isu kewarganegaraan.kecintaan yang sangat mendalam kepada agama. Memahami sejarah penubuhan Malaysia serta memahami isi kandungan Perlembagaan Malaysia telah membuka ruang dan peluang kepada saya untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling saya di mana saya dapat mengetahui apakah isu-isu semasa yang sedang dibangkitkan pada hari. isu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. tidaklah saya nanti dikatakan seperti ³katak di bawah tempurung´ yang tidak tahu perkembangan semasa yang berlaku di dalam negara ini. agak sukar juga bagi saya untuk memahami isi kandungan yang terdapat di dalam Pelembagaan Malaysia ini. Saya juga berpeluang untuk mengupas isu-isu yang saya anggap menarik di mana isu pertiakaian kuasa Raja-Raja Melayu. Jika sebelum ini saya jahil jika berbicara mengenai isu ini tetapi sekarang saya sudah mempunyai ilmu berkaitan dengan perlembagaan dan sejarah penubuhannya.

terima kasih saya ucapkan kepada kalian. Sesungguhnya budi baik kalian akan saya kenang selagi jasad benyawa. . Fatin Athirah Binti Yusof telah berjaya juga akhirnya menyelesaikan tugasan yang diberikan ini dengan baik. Sekian. tugasan ini telah banyak mengajar saya erti kehidupan dan kecintaan kepada negara Malaysia ini.Di sini. saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana saya dan rakan sekumpulan saya. terima kasih juga saya ucapkan kerana telah memberika komitmen yang sepenuh ketika melaksanakan tugasan ini. Tidak dilupakan rakan-rakan sekelas saya yang tidak jemu-jemu memberikan tunjuk ajar dan berkongsi idea bersama-sama saya. terima kasih. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah iaitu Pn««««. kerana telah memberikan sokongan yang padu kepada kami dalam melaksanakan tugasan ini. Sesungguhnya.. Kepada rakan sekumpulan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful