You are on page 1of 4

Persediaan Pengajaran

Tarikh : 28 Mac 2011


Masa : 8.00-8.40
Tingkatan : 4 Pertanian 1
Bilangan Pelajar : 20 orang
Mata Pelajaran : Sains Pertanian
Tajuk Pengajaran : Kepentingan Pertanian di Malaysia
Pengetahuan Sedia ada: Pelajar telah mengetahui berkaitan dengan aktiviti yang dilakukan dalam
pertanian dan sebahagian pelajar telah mempunyai pengalaman bercucuk
tanam dan memelihara haiwan di rumah.
Objektif Khusus : Pelajar akan dapat memperoleh pengetahuan dan kefahaman tentang
kepentingan pertanian kepada negara.
Objektif : Di akhir pengajaran pelajar akan dapat:-
1. Menyatakan kepentingan pertanian kepada negara.
2. Menghuraikan pertanian kepada negara.
Isi Pelajaran : Menyatakan kepentingan pertanian kepada negara.
- pengeluaran bahan makanan
- pengeluaran bahan mentah
- pendapatan eksport
- peluang pekerjaan
Nilai-nilai Murni : bekerjasama, bertanggungjawab, bersyukur
Media Pengajaran : LCD, Slaid Power Point, Papan Putih
Rujukan : Tai Lung Aik 2002. Sains Pertanian Tingkatan 4 (teks KBSM).
Percetakan Warni Sdn. Bhd.
Induksi Set (3 minit) :
1. Guru bertanyakan khabar pelajar.
2. Kemudian, guru menayangkan gambar sebiji burger.
3. Guru mengemukakan beberapa soalan:
- Apakah bahan-bahan yang terdapat di dalam sebiji burger?
- Dari manakah bahan-bahan tersebut di perolehi?
- Apakah sektor yang terlibat dalam pengeluaran bahan makanan tersebut?
4. Guru menulis jawapan pelajar di atas papan putih.

Langkah Penyampaian :

Masa Isi Pelajaran Kaedah penyampaian


4 minit 1.Kepentingan pertanian • Guru menerangkan kepentingan utama
- Pengeluaran bahan makanan pertanian iaitu pengeluaran makanan dengan
a) Tujuan menayangkan beberapa slaid yang berkaitan
b) Masalah import dengan pengeluaran bahan makanan.
c) Bahan makanan import • Guru meminta pelajar membentuk beberapa
d) Cara mengatasi kekurangan kumpulan kecil.
bekalan makanan • Guru mengemukakan beberapa soalan kepada
-MARDI pelajar dan meminta supaya berbincang di
-TKPM dalam kumpulan. Antara soalan adalah seperti
-Industri Ternakan berikut:
-Kementerian Pertanian 1. Apakah tujuan bahan makanan dikeluarkan?
2. Apakah yang akan dihadapi oleh negara jika
terlalu bergantung kepada import bahan-bahan
makanan?
3. Mengapakah kita masih perlu mengimport
bahan makanan dari negara lain?
4 minit - Pengeluaran bahan mentah • Guru menayangkan slaid yang berkaitan dengan
a) Tanaman pengeluaran bahan mentah.
b) Tanaman minuman • Guru meminta pelajar berbincang di dalam
c) Ternakan kumpulan masing-masing berkaitan dengan
hasil akhir bahan mentah.
• Kemudian guru meminta wakil setiap kumpulan
untuk menulis jawapan di papan putih.
4 minit - Pendapatan eksport • Guru menunjukkan graf berkaitan dengan
a) Tujuan eksport hasil pertanian pendapatan eksport pertanian negara.
- Lebihan hasil pertanian. • Kemudian, guru mengemukan beberapa soalan
- Sumber aliran masuk wang seperti berikut:
asing. 1. Mengapakah berlaku peningkatan dalam
pengeksportan hasil pertanian?
4 minit - Peluang pekerjaan • Guru meminta pelajar berbincang mengenai
a) Pengeluaran peranan dan contoh pekerjaan dalam pekerjaan
b) Perkhidmatan kumpulan utama bidang pertanian.
c) Pembuatan

Kesimpulan (3 minit) :

Guru merumuskan semula tentang kepentingan pertanian kepada negara dari segi
pengeluaran bahan makanan, bahan mentah, pendapatan eksport dan peluang pekerjaan. Guru
menjelaskan bahawa sektor pertanian merupakan salah satu penyumbang utama kepada
kemajuan dan kemakmuran negara dan rakyatnya.

Penilaian (3 minit) :

Di akhir pengajaran dan pembelajaran, guru mengemukakan beberapa soalan secara lisan untuk
menilai pelajar.
1. Nyatakan apakah kepentingan pertanian kepada negara?
2. Apakah tiga kumpulan pekerjaan utama yang penting dalam bidang pertanian?

Tugasan :
• Guru memberikan tugasan kepada pelajar untuk disiapkan di rumah dan dihantar kelas
yang berikutnya merujuk dua soalan esei yang terdapat di muka surat 12 di dalam buku
teks.

Ulasan diri:
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
___

Ulasan Penyelia:
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
___