1.

0

BANDING BEZA FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT DAN ISLAM

FALSAFAH ISLAM

ASPEK

FALSAFAH BARAT

y

Proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah Al-Quran yang menjadi teras pendidikan. Pendidikan memainkan peranan ke arah mewujudkan kesimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia.

KONSEP

y

y

y

y

Ciri-ciri semulajadi manusia bersifat sejagat dan tidak berubah. Menumpukan perkara-perkara asas sahaja. Bersifat praktikal dan pragmatik.

y

Membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi muslim yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri serta bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T. yang bertakwa. Melahirkan insan yang taat kepada Allah S.W.T., hidup dalam masyarakat dengan harmoni, aman dan damai dan seterusnya mendapat keredhaan dan kesejahteraan di akhirat.

MATLAMAT

y

Mengajar ilmu dan budaya yang bersifat asas sahaja. Mengasaskan corak budaya baru.

y

y

y

Menghasilkan individu yang bersedia menghadapi perubahan dalam kehidupan seharian.

1

y

Pemberi ilmu, pembimbing, pendorong dan juga pembentuk akhlak murid-muridnya.

PERANAN GURU

y y y y

Penyampai ilmu yang pakar Pembimbing dan pengurus Agen perubahan Pemangkin ilmu

y

y

Berlandaskan sumber yang jelas dan kukuh iaitu Al-quran dan Assunnah. Meliputi fardu ain seperti solat, puasa dan zakat dan fardu kifayah seperti ilmu sains, matematik dan vokasional.

KURIKULUM

y

y

y y

Bidang kemanusiaan dan kesusasteraan Kemahiran asas (membaca, menulis dan mengira) Bidang sains sosial Bidang estetik

y y y y

Ibnu Rushd (520-595 Hijrah) Al- Ghazali (1058- 1111 Hijrah) Ibnu Khaldun (13321406 Hijrah) Al-Farabi (870 ± 950 AD)

TOKOH

y y y

John Dewey William C. Bagley (1874-1946) Jonson et al (1969)

2

2.0 PENULISAN ESEI 2.1 PENDAHULUAN Falsafah pendidikan berasal daripada dua istilah asas iaitu falsafah dan pendidikan. Falsafah Pendidikan Islam ialah suatu usaha yang berterusan dalam menyampaikan ilmu. Oleh kerana pendidikan begitu penting sekali hingga mencorakan seluruh aspek kehidupan manusia dan makhluk-makhluk disekelilingnya maka Pendidikan Islam dan falsafahnya wajar sekali diasaskan kepada roh Islami agar mencapai matlamat ridha Allah terhadap 3 . Falsafah Pendidikan Islam adalah pendidikan yang mengambil berat akan keperluan keperluan manusia baik di dunia dan di akhirat. Falsafah Pendidikan Islam tidak dapat tidak mesti dilaksanakan secara berterusan. falsafah pendidikan terbahagi kepada tiga iaitu falsafah pendidikan Islam. Falsafah ialah satu sistem idea yang komprehensif mengenai fitrah manusia dan makna realiti di mana kita berada. Secara amnya. membentuk kemahiran dan memupuk penghayatan Islam berdasarkan Al Quran dan As Sunnah sepanjang hayat. berilmu. Untuk mencapai tahap i`tiraf itu hala tuju dan natijah Falsafah Pendidikan Islam mestilah menghasilkan muslim yang beriman. Falsafah pendidikan Islam hanya berlandaskan kepada dua sumber utama iaitu Sumber Wahyu (Al Qur`an dan As Sunnah) dan Sumber Aqli (Ijma. Pendidikan pula merupakan proses untuk mempelajari sesuatu yang baru nagi memperbaiki diri. taqwa berketrampilan. Pendidikan umpama mekanisme celupan yang membentuk kesempurnaan hal ehwal manusia. Pendidikan Islam terhadap manusia menitikberatkan kemantapan rohani sebagai asas utama agar menyedari bahawa tugas utama manusia adalah i`tiraf bahawa dirinya adalah hamba Allah dan khalifah di muka bumi. falsafah pendidikan adalah satu cara pemikiran yang analatikal yang digunakan untuk menjelaskan konsep-konsep asas berhubung dengan pendidikan. Timur dan Barat. dalam erti kata lain pengajaran serta Pendidikan Islam harus bermula daripada ³buaian hingga ke liang lahad´. beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan Al Quran dan As Sunnah. Qiyas dan Ijtihad) . Umumnya.

Falsafah Pendidikan Timur pula berasaskan falsafah Cina dan India. mereka melihat peranan guru sebagai penyampai ilmu kepada orang ramai serta mengajar cara-cara hidup yang baik dan betul. Falsafah pendidikan yang terakhir ialah falsafah pendidikan Barat. Falsafah pendidikan tradisional barat tertumpu kepada dua mazhab iaitu Perenalisme dan esensialisme. di samping memenuhi kehendak-kehendak sosial dan ekonomi. rekonstruktivisme dan eksistentialisme. mengekalkan struktur kekeluargaan. Dalam falsafah pendidikan Timur. Manakala falsafah pendidikan moden barat terbahagi kepada tiga iaitu progresivisme.manusia supaya memperakui dan menghayati bahawa dirinya adalah hamba Allah dan khalifah yang di pertanggungjawabkan memakmurkan alam. 4 . Dua ahli falsafah pendidikan Timur yang terkenal ialah Confucius(551-479 SM) dan Rabindranath Tagore(18611941). Falsafah pendidikan Barat terbahagi kepada dua iaitu falsafah pendidikan Tradisional Barat dan falsafah pendidikan Moden Barat. Lantaran itu. pendidikan berfungsi untuk membolehkan seseorang mencapai kebijaksanaan. menggubal undang-undang. Sementara itu.

´ Falsafah Islam ialah falsafah yang berteraskan wahyu. Terdapat ramai tokoh-tokoh Islam seperti Ibnu Rushd. Pendidikan Keterampilan. Pendidikan Kepimpinan.2. Sumber falsafah pendidikan Islam ialah sumber wahyu (Al Qur`an dan As Sunnah) dan sumber aqli (Ijma. Pendidikan Ibadah. Pendidikan Keibubapaan. Antara perkara yang penting yang difokuskan oleh falsafah pendidikan Islam ialah Pendidikan Aqidah. sebagai persiapan untuk kehidupan dunia dan kehidupan akhirat serta menyiapkan pelajar menguasai profesion tertentu untuk mencari rezeki yang halal dalam hidup ini.. Menurut Al-Syaibani (1979). pengkaji telah memilih Falsafah Pendidikan Islam untuk dilaksanakan sebagai falsafah pendidikan di sekolah sendiri. iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. ³ Falsafah pendidikan Islam bertujuan untuk menyediakan manusia dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang cukup agar dia kenal siapa dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah agar menjadi insan yang soleh. Pendidikan Kemasyarakatan. Pendidikan Rohani. dan banyak lagi. Pendidikan Akal. Al-Ghazali. Ibn Khaldun dan Al-Farabi yang telah memartabatkan falsafah pendidikan Islam di segenap pelusuk dunia sehingga mampu melahirkan empayar Islam yang disegani suatu masa dahulu.2 PEMILIHAN FALSAFAH Setelah mengkaji dengan terperinci dan melalui proses perbincangan. Pendidikan Jasmani. Antara fungsi utama falsafah pendidikan Islam pula ialah untuk membantu pembentukan akhlak yang mulia. 5 . Qiyas dan Ijtihad).. Pendidikan Akhlak.

Manakala ilmu fardhu kifayah pula ialah seperti ilmu sains... Sememangnya. Di dalam Islam. sebab yang pertama kenapa pengkaji memilih falsafah pendidikan Islam adalah kerana Islam mementingkan pendidikan bersepadu yang melibatkan keseimbangan dan kesepaduan semua unsur yang ada dalam diri manusia iaitu akliah. Sejarah juga membuktikan kemajuan dunia barat pula hanya bermula selepas sekian lama zaman kemajuan Islam di mana banyak idea dan hasil kajian tokoh-tokoh Islam telah dicedok untuk kegunaan orang-orang barat sendiri.´ Islam adalah sebuah agama yang syumul iaitu yang lengkap ajarannya merangkumi setiap aspek dalam kehidupan manusia. rohaniah. Prinsip kesepaduan yang tidak terdapat dalam manamana sistem pendidikan di dunia ini diakui sendiri oleh orientalis barat seperti petikan kata-kata John Milton ³Saya menggangap pendidikan yang lengkap dan sempurna itu ialah pendidikan yang membolehkan manusia bertindak secara adil dan saksama. Islam sangat unggul dengan empayarnya yang agung dan dikenali sebagai sebuah medan penyebaran ilmu yang tiada tolok bandingnya pada suatu ketika dahulu. Hikmahnya.´. pelajar dapat mengenal siapa pencipta mereka dan seterusnya meningkatkan ketaqwaan kepada-Nya.. antara kelebihan lain yang terdapat dalam falsafah pendidikan Islam yang tidak terdapat dalam falsafah pendidikan lain ialah matlamat pendidikan itu sendiri dimana tujuan utama seseorang menuntut ilmu ialah bagi mencapai 6 . puasa dan zakat. Islam bukan sahaja memberi ilmu yang berkaitan denagn duniawi semata-mata tapi melalui cabang-cabang ilmu itu. Hal ini dijelaskan sendiri oleh Philip K. Ilmu fardhu ain ialah ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap umat Islam seperti solat.2. Namun dalam masa yang sama pendidikan dalam Islam masih mementingkan penguasaan ilmu sains dan teknologi agar pelajar dapat bersaing setanding dengan bangsa-bangsa lain dalam usaha memartabatkan ekonomi dan negara mereka. jasmaniah dan bakat. matematik dan vokasional yang wajib dipelajari bagi sesetengah umat Islam sahaja. Hitti melalui terjemahannya ³Sejarah tidak pernah menjumpai satu perubahan sejarah seperti yang dibawa oleh kebangkitan Islam.3 SEBAB DAN ALASAN MEMILIH FALSAFAH Terdapat banyak sebab kenapa pengkaji memilih falsafah pendidikan Islam.. Di samping itu. ilmu terbahagi kepada dua iaitu ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Oleh itu.

Konsep pendidikan beliau tidak sesuai untuk diaplikasikan dalam falsafah pendidikan sekolah pengkaji kerana pelajar akan merasakan bahawa mereka telah berjaya dalam pendidikan sekiranya mendapat kerja yang bergaji besar atau pangkat tinggi dalam kerjaya mereka sedangkan konsep asal pendidikan dalam Islam adalah lebih luas daripada itu. yang bertakwa. hidup dalam masyarakat dengan harmoni. beriman..T. aman dan damai dan seterusnya mendapat keredhaan dan kesejahteraan di akhirat. mendidik dan memperbaiki akhlak murid. pengkaji dapat melihat pada pengakhirannya. pengkaji dapat melihat perbezaan yang ketara dalam peranan guru dalam falsafah pendidikan barat. Jika seorang doktor biasa berperanan merawat dan menjaga kesihatan seorang pesakit. Memetik pepatah Arab kuno. beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri serta bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah S. Keistimewaan falsafah pendidikan Islam ialah di mana guru diibaratkan sebagai seorang doktor.kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat dan ini adalah sebab kedua kenapa pengkaji memilih falsafah pendidikan Islam ini.W. Matlamat yang kedua ialah melahirkan insan yang taat kepada Allah S. Hal ini jauh berbeza dengan falsafah pendidikan timur seperti contohnya melalui falsafah pendidikan Rabindranath Tagore dimana konsep pendidikan beliau ialah merupakan satu proses yang menyediakan setiap individu untuk menyara hidup masing-masing kelak. pendidikan Islam mempunyai dua matlamat iaitu yang pertama ialah membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi muslim yang berilmu. guru pula bertanggungjawab mengawasi. timur dan Islam yang menjadi sebab ketiga kenapa pengkaji tetap memilih falsafah pendidikan Islam untuk dilaksanakan di sekolah pengkaji. Pada asasnya. Proses yang berterusan inilah membuatkan manusia sedar masih ada dunia lain yang akan mereka tempohi selepas mati dan segala kebaikan atau kejahatan mereka akan dihitung dan dibalas oleh Allah S. falsafah pendidikan Islam tetap menekankan kepada kedua-dua kehidupan dunia dan akhirat.W. ³Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad´.T. Melalui matlamat-matlamat ini. kelak. Selain itu.T. Islam menggalakkan penganutnya untuk tidak berhenti menutup ilmu sehingga mati kerana dalam proses menuntut ilmu itulah manusia dapat memperbaiki segala kelemahan dalam dirinya dan seterusnya menyebarkan ilmu yang dipelajari itu kepada orang lain pula.W. Doktor menggunakan pelbagai cara untuk meningkatkan 7 .

Peranan guru sangatlah besar dalam Islam hingga terdapat 4 martabat guru iaitu Mudarris yang bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja. guru memainkan pelbagai peranan kepada muridnya seperti pemberi ilmu. Jadi. Mu¶allim yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain.kesihatan kerana mengawal itu lebih baik daripada merawat. Sebab yang keempat kenapa pengkaji memilih falsafah pendidikan Islam adalah kerana pendidikan dalam Islam adalah berlandaskan sumber yang jelas dan kukuh iaitu 8 . bila seseorang guru melakukan kesalahan dan pendapatnya tidak dapat diterima pakai oleh anak muridnya. Hubungan antara guru dan murid tidak berhenti setakat hal-hal pembelajaran sekolah sahaja tetapi merangkumi perkongsian ilmu dalam bidang-bidang agama dan kehidupan. mereka tidak dapat menegur guru mereka apatah lagi untuk meluahkan perasaan dan masalah mereka kepada guru tersebut. Kaedah ini seperti tidak kena dengan asas kejadian manusia dimana setiap insan melakukan kesalahan. bertaqwa dan beramal soleh. Tuntasnya disini. pembimbing. guru contohnya hendaklah dalam falsafah pendidikan agen barat moden dan rekonstruktivisme. pendorong dan juga pembentuk akhlak murid-muridnya. mentarbiyyah anak didik mereka menjadi manusia yang berilmu. memelihara. mengasuh. mereka mengamalkan kaedah ditaktik dimana guru mengajar dan murid belajar segala isi yang disampaikan tanpa menanya sebarang soalan. Melalui falsafah pendidikan barat pula. Di sini jelas dapat dilihat hubungan antara murid dan guru hanya bersifat sehala sahaja dan tiada proses pertukaran pendapat dijalankan. Manakala dalam falsafah pendidikan barat tradisional perenialisme. hubungan yang terjalin antara guru dan murid menjadi tidak seimbang dan seterusnya akan menjejaskan proses pembelajaran di dalam kelas. dalam falsafah pendidikan Islam. Perkara ini jauh berbeza dengan falsafah pendidikan lain seperti falsafah pendidikan timur yang menetapkan peranan guru sebagai fasilitator yang hanya menggerakkan perbincangan dan menjana idea yang kreatif dan bernas dalam kalangan murid. bertugas sebagai perubahan pembaharuan yang perlu bersifat kreatif dan invovatif dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Mursyid yang bermaksud guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar dan Murabbi yang bermaksud guru yang mendidik. Akibatnya.

Salah seorang sasterawan Arab Jahiliah. pemikiran dan intelektual. Al-quran juga menekankan risalah akidah. Rasullulah SAW sendiri pernah bersabda maksudnya ³Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang tidak mungkin kamu akan sesat selagi kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya iaitu Al-quran dan Assunnah´.T.sumbangsaran dan simulasi sahaja tanpa menggunakan mana-mana sumber untuk dijadikan landasan bagi mereka dalam menuntut ilmu. ketamadunan. Jika dilihat pada falsafah pendidikan barat tradisional dan moden. Al-quran juga sesuai digunakan sepanjang zaman oleh mana-mana bangsa dan di mana-mana sahaja .Al-quran dan As-sunnah.W. Al-quran adalah kitab suci yang diturunkan oleh Allah S. syariah. perbuatan dan persetujuan. Contoh yang jelas dapat dilihat dalam falsafah pendidikan barat moden rekonstruktivisme yang hanya menekankan bidang sains sosial semata-mata dan murid-murid belajar melalui aktiviti . mereka bukan sahaja menumpukan kepada beberapa subjek sahaja bagi tiap-tiap falsafah malahan mereka juga tiada sumber yang jelas untuk melaksanakan falsafah pendidikan mereka.T. Al-Walid Bin Mughirah juga tidak dapat menyembunyikan rasa kagum beliau pada keindahan bahasa dalam Al-quran yang tinggi balaghahnya. kepada umat Nabi Muhammad SAW yang mengandungi nilai mukjizat yang tinggi sama ada dari sudut akidah. As-sunnah berperanan memperkukuhkan lagi hukum yang ada dalam Alquran dan menerangkan lagi maksud-maksud ayat-ayat dalam Al-quran yang kurang jelas. Ilmu-ilmu berkenaan planet dan bumi yang terdapat di dalam Alquran juga diakui benar oleh para pengkaji barat. akan keterpeliharaannya daripada sebarang penyelewengan sama ada yang dilakukan oleh manusia atau jin. syarak dan akhlak dalam ajarannya. Islam tidak memaksa manusia yang ingin belajar ilmu yang terkandung di dalam Al-quran dan 9 . rahsia alam semesta dan sebagainya. Malahan. bahasa persejarahan.W. sebab yang terakhir kenapa pengkaji memilih falsafah pendidikan Islam untuk diterapkan dalam sekolah pengkaji ialah kerana konsep pendidikan dalam Islam yang mengamalkan sikap keterbukaan dan kebebasan hak kemanusiaan. Seterusnya. Keunggulan Al-quran sebagai sumber pendidikan yang asas dalam Islam tidak dapat disangkal lagi melalui janji Allah S. akhlak dan moral. Sumber Islam yang kedua iaitu As-sunnah pula bermaksud sesuatu yang disandarkan kepada Rasullulah SAW sama ada perkataan.

berintegriti dan bermutu tinggi.As-sunnah untuk memasuki agama Islam terlebih dahulu. dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud ³Tidak ada paksaan (memasuki) agama Islam. murid yang dilahirkan daripada falsafah ini berkemungkinan besar untuk lebih bersikap tertutup dan tidak mempunyai pandangan jauh tentang isu-isu semasa yang berlaku. 10 . Pendidikan dalam Islam juga tidak menolak hasil-hasil kajian dan pendapat tokoh-tokoh barat dan timur selagi mereka tidak bertentangan dengan apa yang terkandung di dalam Al-quran dan As-sunnah.W. Ini adalah berdasarkan firman Allah S.´ Setiap manusia mempunyai hak bersuara dan belajar yang sama rata kerana pada hakikatnya dalam diri setiap manusia sudah terkandung bakat-bakat mereka yang tersendiri untuk dikembangkan bagi melahirkan sebuah masyarakat yang cemerlang. Kesannya.T. Perkara ini berbeza dengan falasafah pendidikan barat dan timur seperti falsafah pendidikan Confucius yang terlalu menfokuskan kepada enam buku Confucius semata-mata dan tidak melibatkan mana-mana tokoh lain.

Konsep 1 Malaysia ini diperkenalkan oleh YAB Dato¶ Seri Najib Tun Razak dan merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan. Jadi. jasmani. Walaupun rakyat di Malaysia berbilang kaum. Seterusnya. 1 Malaysia yang membawa maksud perpaduan nasional hanyalah berubah dari segi pendekatan dan gerak kerja mengikut kesesuaian zaman. penerimaan. Falsafah pendidikan pengkaji ialah satu proses keterbukaan dalam mendalami ilmu secara amali dan teori kearah membina insan cemerlang dari pelbagai sudut yakni emosi. rendah hati. etnik serta agama. meritokrasi. pengkaji akan melaksanakannya di sekolah bagi merealisasikan aspirasi 1 Malaysia. ketabahan. kesetiaan.4 KONSEP 1 MALAYSIA DI SEKOLAH Setelah membuat penelitian dan kajian terhadap falsafah yang dipilih. pengkaji telah mencipta falsafah pendidikan untuk diamalkan di sekolah pengkaji.2. Falsafah pendidikan pengkaji yang berasaskan falsafah pendidikan Islam mementingkan pembentukan seimbang yakni dari segi rohani. Dengan menerapkan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati. jasmani dan emosi. intelek. malahan ia adalah konsep yang ditekankan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. pengkaji berpendapat konsep falsafah pendidikan Islam ini sesuai dalam merealisasikan konsep 1 Malaysia di sekolah. berdasarkan falsafah ini. Lapan nilai yang terdapat dalam konsep 1 Malaysia ialah budaya kecemerlangan. Dapat dilihat di sini betapa Islam itu sendiri ingin mendidik muridnya berakhlak mulia dan berbudi bahasa serta berhemah tinggi. Konsep 1 Malaysia bukanlah sesuatu yang baru lagi untuk semua rakyat Malaysia. rohani dan intelek berteraskan al-quran dan as-sunnah bagi mewujudkan komuniti yang gemilang dalam pelbagai aspek baik di dunia mahupun di akhirat. pendidikan dan integriti. ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. setiap dari agama itu sendiri menuntut penganutnya mengamalkan sifat-sifat mulia. pelajar dapat memahami betapa penting untuk saling menghormati terutama apabila berada dalam komuniti yang 11 . Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara.

majlis anugerah kecemerlangan pelajar ini boleh menjadi satu pemangkin untuk setiap individu belajar bersungguh-sungguh kearah kecemerlangan bagi menyokong aspirasi 1 Malaysia. Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. bagi mencapai tujuan ini aktiviti seperti sambutan perayaan peringkat sekolah harus digalakkan. individu yang mendapat anugerah kecemerlangan pula di beri tugas khas 12 . dan perusahaan supaya ia dapat menguasai profesion tertentu. supaya dapat ia mencari rezeki dalam hidup dengan mulia di samping memelihara dari segi kerohanian dan keagamaan. Tragedi tersebut terjadi apabila tiada nilai murni dipupuk dalam diri setiap individu. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya. pengkaji mencadangkan untuk mengadakan majlis anugerah kecemerlangan pelajar di setiap sekolah. konsep falsafah pendidikan pengkaji mampu mengubah cara pemikiran rakyat Malaysia supaya lebih bersifat keterbukaan dan memahami. Selain itu. timbul rasa hormat. dalam falsafah pendidikan pengkaji sendiri menuntut untuk menimba ilmu bagi memperoleh kecemerlangan di dunia dan akhirat. Tambahan lagi.terdiri daripada pelbagai bangsa yang sememangnya mempunyai variasi cara hidup khususnya dari segi budaya dan agama. malahan juga untuk sahsiah terpuji yang boleh menjadi teladan. mereka boleh saling bertukar pendapat dan memahami budaya kaum lain. Sehubungan dengan itu. kagum dan menghargai budaya dan agama bangsa lain. Disamping dapat mendedahkan pelajar dengan perayaan kaum-kaum di Malaysia. Salah satu daripada nilai murni yang ingin diterapkan dalam konsep 1 Malaysia ialah budaya kecemerlangan. Anugerah kecemerlangan ini diadakan bukan sahaja untuk kejayaan akedemik. teknikal tertentu dan perusahaan tertentu. Peristiwa 13 Mei harus dijadikan iktibar dan sempadan supaya tidak berulang lagi. Di samping dapat memupuk budaya saing yang sihat. Dengan cara itu. falsafah pendidikan Islam juga bertujuan untuk menyiapkan pelajar dari segi profesional. Mengikut Prof. Apatah lagi Malaysia sendiri pernah mempunyai peristiwa berdarah yang di akibatkan oleh salah faham antara kaum. Bagi memupuk budaya ini. aktiviti ini juga mampu membuatkan pelajar bersungguh-sungguh dalam membentuk kecemerlangan diri. Mohammad Athiyah Al Abrosyi. Justeru. Justeru. teknikal.

Secara halusnya. persembahan dan sebagainya yang berkaitan. Sebagai contoh. Al-Syaibani. Belajar melalui pengalaman yang dialami sendiri pasti lebih menarik dan menyeronokkan untuk pelajar. Berdasarkan falsafah pendidikan yang dicipta pengkaji. Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama memandangkan rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa yang pastinya mempunyai pandangan yang berbeza-beza. Malahan.1979. Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan supaya aspirasi 1 Malaysia dapat dicapai. tersirat dengan matlamat pendidikan untuk menyediakan manusia dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang cukup agar dia kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya. jika tema pada bulan itu tentang muzik kaum india. Dengan cara ini. Pelajar akan sedar tanggungjawab setiap individu dalam memastikan keamanan dan perpaduan rakyat Malaysia berkekalan selepas mereka belajar betapa penting interaksi dan persefahaman antara kaum di Negara yang berbilang kaum ini. Dengan cara ini. Berdasarkan penyataan ini.untuk membantu pelajar yang agak lemah. setiap kaum bukan sahaja dapat berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat. Walaupun ada sesetengah pendapat atau cara 13 . Falsafah pendidikan pengkaji mengamalkan konsep keterbukaan di mana setiap individu hendaklah berfikiran terbuka dan menerima pendapat individu lain. pengkaji percaya budaya saling membantu sesama pelajar dapat di wujudkan dan peluang kearah membentuk budaya kecemerlangan juga semakin cerah. aktiviti ini juga mampu untuk mendidik pelajar menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. mengetahui cara menjalankan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah agar menjadi insan yang soleh berteraskan roh islam. Hal ini bertepatan dengan prinsip pendidikan Islam yang menggalakkan perkongsian ilmu dan pertukaran pendapat. Hal ini juga selari dengan nilai penerimaan dalam konsep 1 Malaysia. aktiviti ini juga dapat mendedahkan pelajar kepada pengalaman bersosial dengan bangsa-bangsa lain dan mempelajari tentang muzik itu sendiri secara praktikal. Guru besar akan menetapkan tema untuk hari itu dan berbeza-beza pada setiap bulan. kaum selainnya yang akan mengadakan pameran. pengkaji mencadangkan untuk mengadakan µHari Bergembira Sambil Belajar¶ setiap bulan.

pengkaji mencadangkan untuk mengadakan senam seni pada setiap minggu di sekolah. Jika tubuh badan sihat. melalui falsafah pendidikan tersebut. pengisian falsafah pendidikan pengkaji antara lainnya ialah kecemerlangan jasmani. aktiviti senam seni yang diadakan di sekolah pengkaji mampu untuk mendukung aspirasi 1 Malaysia dengan bertunjangkan perpaduan kaum disamping menepati falsafah pendidikan pengkaji yang menitikberatkan kecerdasan fizikal yakni kecemerlangan jasmani. Aktiviti ini bukan sahaja dapat menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar.hidup mereka yang mungkin tidak dapat diterima. aktiviti yang dicadangkan pengkaji sangat relevan untuk mencapai prinsip 1 Malaysia disamping selari dengan falsafah pendidikan yang ingin dijalankan di sekolah pengkaji. sekurang-kurangnya pendapat mereka harus dihormati. Hal ini bermakna. kehidupan sebagai seorang pelajar yang aktif memerlukan badan yang cergas dan sihat. Jelas disini. Tuntasnya. Akhir sekali. Hakikatnya. selaras dengan itu. Disamping itu. pengkaji ingin melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Pergerakan yang seirama dan serentak daripada semua pelajar yang berbilang etnik itu menggambarkan kesepaduan antara kaum. malahan dapat memastikan tubuh pelajar sentiasa cergas dalam menjalani kehidupan seharian. maka minda juga akan sentiasa cergas dalam melakukan aktiviti harian. 14 . program seperti ini juga melambangkan perpaduan kaum seiring dengan konsep perpaduan dalam 1 Malaysia. Justeru.

falsafah ini mampu untuk mendukung dan merealisasikan konsep 1 Malaysia yang sering dilaung-laungkan kini. Pengkaji percaya jika sistem pendidikan di Malaysia pada hari ini turut mengambil Falsafah Pendidikan Islam sebagai salah satu dasar dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Falsafah Pendidikan Islam yang berlandaskan Al-quran dan As-sunnah cukup lengkap aspek pengajarannya merangkumi bidang akidah. namun sebagai negara yang penduduknya berbilang kaum dan mengamalkan konsep 1 Malaysia. Pengkaji berharap. objektifnya. Konsep 1 Malaysia yang selari dengan Falsafah Pendidikan Islam pula mampu melahirkan masyarakat yang harmonis dan bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama serta mengangkat martabat negara kita setaraf dengan negara-negara maju yang lain. Walaupun falsafah pendidikan lain juga mempunyai keistimewaan mereka. Semua pihak harus bekerjasama dalam menggerakkan 8 nilai dalam konsep 1 Mlayasia agar Negara kita sentiasa membangun dan mampu mengejar matlamat dan tidak sentiasa berada di takuk lama.undang-undang dan pelbagai aspek lain yang mana aspek-aspek ini meliputi seluruh kehidupan manusia hari ini.2. Apatah lagi. akhlak. Keunggulan falsafah pendidikan Islam juga tidak dapat dinafikan lagi melalui kecemerlangan tokoh-tokohnya yang terdahulu seperti Ibnu Rushd. negara kita juga mampu melahirkan tokoh-tokoh terkemuka dan berpandangan jauh. Falsafah Pendidikan Islam amat bertepatan sekali untuk diaplikasikan kepada murid-murid di negara ini. daripada kajian Falsafah Pendidikan Timur. Al-Ghazali. Akhir kata. Ibnu Khaldun dan Al-Farabi. sains dan teknologi. berpandukan falsafah pendidikan Islam. Barat dan Islam yang telah dilakukan. pengkaji berpendapat falsafah pendidikan yang paling sesuai dan berkesan dilaksanakan di dalam sekolah di Malaysia ini ialah Falsafah Pendidikan Islam. falsafah pendidikan pengkaji benar-benar mencapai matlamat dan 15 .5 KESIMPULAN Tuntasnya. Falsafah Pendidikan yang dicipta pengkaji juga dilihat cukup relevan dan mampu dilaksanakan di sekolah-sekolah.

Islam dan Timur di perpustakaan dan juga pencarian maklumat di internet. Dalam tempoh menyiapkan kerja kursus ini juga. Melalui kerja kursus ini juga. Saya dan ahli kumpulan saya telah melakukan kajian yang teliti melalui pembacaan tentang Falsafah Pendidikan Barat. Namun. Saya percaya jika saya menjadi cikgu suatu hari nanti. hal ini tidak melemahkan semangat saya kerana saya percaya inilah harga yang perlu dibayar oleh seorang pelajar. ada tugas yang lebih berat menanti saya dan saya perlu bersedia daripada sekarang terutamanya dalam 16 . Tugasan ini bukanlah mudah untuk kami kerana tiada sumber yang menerangkan secara jelas perbezaan antara falsafah-falsafah ini. Tugasan ini memerlukan kami untuk mengkaji tentang Falsafah Pendidikan Barat.0 REFLEKSI 3. Islam dan Timur dan mempersembahkan perbezaan mereka dalam bentuk peta minda serta menulis esei tentang falsafah yang sesuai untuk dilaksanakan di sekolah kami dan bagaimana falsafah ini dapat merealisasikan konsep 1 Malaysia di sekolah kami nanti.3. Malahan maklumat yang saya cari juga sukar didapati di perpustakaan memandangkan sumber buku di situ amatlah terhad untuk digunakan oleh semua orang dalam kelas saya dan kelas-kelas lain dalam masa yang sama. Saya dan ahli kumpulan saya juga telah mengambil alternatif lain seperti berbincang tentang falsafah-falsafah ini dengan rakanrakan sekelas kami dan bertanyakan pendapat pensyarah mengenai hasil kajian kami itu. banyak perkara yang menguji saya seperti kekangan masa yang dengan tugas-tugas lain yang semuanya perlu disiapkan dalam tempoh masa yang sama. saya telah mendapat satu kerja kursus pendek untuk mata pelajaran Falsafah Pendidikan di Malaysia yang perlu dilakukan oleh 2 orang sekumpulan.1 HAZIRAH BINTI MOHD ABDUL WAHID Pada 24 Februari 2011. saya semakin pandai membahagi masa antara tugastugas yang perlu dilakukan secara segera dan tugas-tugas yang penting tapi tidak perlu segera.

maka akan lahirlah masyarakat yang beilmu pengetahuan.kebijaksanaan pembahagian masa supaya tidak terkejar-kejar dalam melaksanakan tugas yang diberi dan dapat menyiapkan sesuatu tugasan itu dengan sempurna. kita perlu bersikap adil dan saksama dengan memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua orang. akademik dan akhlak mereka. Tuntasnya. melalui kerja kursus ini. Melalui pemilihan ini saya melihat bagaimana saya ingin mencorakkan anak bangsa kita 10 tahun akan datang dari aspek kehidupan sosial. aspek pendidikan di dalam negara kita perlulah dipandang serius bermula dengan adanya Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan pengaplikasiannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran. 17 . Melalui pendidikan juga. Antaranya ialah semasa pemilihan falsafah yang ingin saya laksanakan di sekolah saya nanti. Saya percaya setiap falsafah pendidikan mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri tapi untuk pemilihan kali ini saya perlu berpandangan jauh dan berfikiran matang. Ramai daripada kita hanya memandang enteng pada kepentingan pendidikan di negara kita sebagai salah satu alat yang menggabungkan pelbagai etnik dan kaum di negara ini. banyak ilmu yang telah saya perolehi yang takkan saya dapat semasa proses pembelajaran di dalam kelas. Saya juga semakin memahami konsep 1 Malaysia yang ingin diterapkan oleh perdana menteri kita dalam jiwa setiap murid di negara ini. sikap kerjasama dan bertolak ansur dapat disemai dalam jiwa rakyat Malaysia sejak kecil lagi melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan pihak sekolah. Melalui falsafah pendidikan yang unggul dan mantap. Walaupun negara kita mempunyai berbilang bangsa. berakhlak mulia dan mampu memberi sumbangan terhadap kemakmuran dan pembangunan ekonomi negara kita. Di samping itu.

Saya juga berusaha untuk mencari jurnal namun jurnal yang didapati hanya berkisar sedikit sahaja tentang falsafah pendidikan timur.3. 18 . Setelah menjalankan kajian ini. Melalui kajian saya. Saya dapati tidak banyak buku-buku di perpustakaan yang berkisar tentang falsafah pendidikan. kami dikehendaki membuat banding beza mengenai falsafah pendidikan Barat dan Islam. Kami juga dikehendaki mengarang esei tentang falsafah yang kami pilih dan bagaimana falsafah tersebut dapat merealisasikan konsep 1 Malaysia di sekolah. kami menghadapi masalah dalam mencari bahan-bahan rujukan. Saya juga menghadapi beberapa masalah namun hasil kerjasama yang baik dengan pasangan saya. Pertama sekali. secara berpasangan. Sepanjang menjalankan tugasan ini. saya belajar banyak perkara baru mengenai teori falsafah pendidikan dan rasionalnya sesuatu falsafah itu. saya dapati setiap falsafah pendidikan yang diutarakan baik dari Timur. tidak kira falsafah apa yang di amalkan. kami telah diberi tugasan kerja kursus pendek (KKP) untuk subjek falsafah pendidikan bagi PISMP januari 2011. Sepanjang menjalankan tugasan ini. saya sendiri harus cuba merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan. Mungkin juga telah dipinjam dari pelajar lain. Barat mahupun falsafah Pendidikan Islam. Dari sini. Dalam tugasan ini. Justeru saya bersyukur kerana mendapat ahli kumpulan yang begitu komited sepanjang menjalankan tugasan. saya belajar untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua pekerjaan bagi mencapai kesempurnaan. Kekuatan Kerjasama kumpulan juga memainkan peranan kerana jika hanya seorang sahaja yang berusaha bersungguh-sungguh pasti hasilnya kurang memuaskan. tugasan ini berjaya dilengkapkan.ianya hanya memberi manfaat dan tidak menjurus ke arah keburukan. Sebagai seorang bakal pendidik. kesemuanya mengajak ke arah perubahan yang baik. banyak perkara yang dapat saya pelajari yang boleh diambil untuk dijadikan pengalaman bagi masa hadapan. Sememangnya pelaksanaan falsafah pendidikan bergantung kepada pelbagai pihak.2 SYARAFINA BINTI MOHD SALIM Pada 25 Februari 2011. saya sedar bahawa guru merupakan tunjang utama dalam menggerakkan falsafah pendidikan kebangsaan.

Ia lebih jelas dan mudah difahami melalui 8 nilai dalam konsep 1 Malaysia. Setiap pengalaman dan ilmu baru yang dicedok sepanjang menjalankan tugasan ini akan dimanfaatkan sebaiknya apabila saya bergelar seorang guru kelak. Bak kata pepatah. Dalam bidang pendidikan pula.Disamping itu. Hal ini kerana. Mungkin selama ini saya hanya memahami 1 Malaysia berkisar tentang perpaduan. semangat kewarganegaraan dan cintakan Negara juga semakin menebal dalam diri saya. Kesimpulannya. saya berterima kasih kepada pensyarah pembimbing. 19 . Melalui tugasan ini juga. Langkah-langkah yang perlu di ambil haruslah berkesan dan menarik supaya benar-benar mencapai objektif. saya dapat mengkaji dan memahami dengan lebih mendalam tentang konsep 1 Malaysia. tugasan ini juga Berjaya mengasah minda saya untuk berfikir secara kreatif dan inovatif. melentur buluh biarlah dari rebungnya. saya percaya konsep 1 Malaysia ini wajar diterapkan dalam diri murid-murid sedari awal. melalui tugasan ini juga. dalam usaha untuk merealisasikan konsep 1 Malaysia di sekolah berdasarkan falsafah pendidikan yang dipilih benar-benar mencabar daya pemikiran saya. Justeru. Saya sedar. saya perlu mempunyai pemikiran yang matang dan kreatif dalam melaksanakan apa jua aktiviti baik di peringkat kelas mahupun sekolah. Setiap aktiviti yang dijalankan untuk mencapai aspirasi 1 Malaysia hendaklah diukur keberkesanannya dari pelbagai sudut. Bukan itu sahaja. Hakikatnya konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB perdana menteri kita itu mempunyai makna yang lebih meluas. Sememangnya kanak-kanak itu lebih mudah untuk dibentuk dan diterapkan nilai-nilai 1 Malaysia supaya negara kita dapat mencapai aspirasi 1 Malaysia seperti yang di idam-idamkan. Encik Muharam dalam menjayakan tugasan ini. sebagai warga pendidik kelak. saya dapati bukanlah suatu perkara mudah untuk merealisasikan sesuatu matlamat yang ingin dicapai.

Education In Malaysia. Teks Publishing Sdn. 1989. Kuala Lumpur Singapura Hong Kong : Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia. perkembangan system pendidikan jepun. 1975.html ( diakses pada 25 Februari 2011) Dr Amir Bin Salleh @ Mohd Salleh. Pengurusan Strategik Di Sektor Pendidikan. American Education Diversity and Research. 1984. Julai 2009. Francis Wong Hoy Kee. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Shahril @ Charil L. Falsafah dan Kumpulan Budiman Sdn. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Dr Mohd Yusof Ahmad. Daud Hamzah. Pendidikan Di Malaysia (Sejarah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Atan Long. Pendidikan Di Malaysia. Saedah Hj. Pendidikan dan Masyarakat. Petaling Jaya Fajar Bakti Abdul Rahman Arshad.O BIBLIOGRAFI __________Mei 2009. Siraj. 1995. Fakulti Pendidikan. Pendidik dan Pendidikan. 2004. Kuala Lumpur : Universiti Putra Malaysia. 1990. Selangor : 20 . Education In Malaysia A Jurney To Excellent Educational Planning And Research Division.4. jurnal ipda. Universiti Malaya. Unity and Education in Malaysia. Petaling Jaya : Fajar Bakti.blogspot. Sufean Hussin. 2010. Pendidikan Di Malaysia. 2008. 1979. Ang HUat Bin Kamaruddin Hj Kachar.com/2009/07/falsafah-pedidikan-islam. Bhd Mohd. http://jurnalakademik. Marzuki. Sistem dan Falsafah) Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distrubutors Sdn Bhd. 1999. Herbert J. Lee Pau Wing dan Dr. Muhammad Hamid Al-fendi. Pendidik. Liputan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. & Nabi Ahmed Baloch. Bhd. Walberg. Choong Lean Keow. Amerika : Voice of American. 2007. 1993. Zainun Ishak. Zainal Abidin Mohamed.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful