4 RUNGUTAN YANG KERAP SEMASA MENGANDUNG

www.salindah.com

Facebook

Masalah penghadaman makanan Rasa loya dan muntah Sembelit Mengidam

4 RUNGUTAN YANG KERAP SEMASA MENGANDUNG
Masalah penghadaman makanan

Hormon progesteron akan mengendurkan otot-otot yang sepatutnya menutup esofagus daripada perut. Ini menyebabkan asid mengalir balik dan merengsangkan dada. Rasa senak (heartburn) akan terjadi semasa trimester ketiga apabila rahim yang semakin berkembang menolak perut ke atas.

Puan dinasihatkan supaya mengambil makanan dalam hidangan yang kecil tetapi kerap. Elakkan makanan yang pedas, berasid atau berlemak. Juga, elakkan minuman yang berkarbonat atau mengandungi kafein. Kekalkan posisi tegak selama 30 minit selepas setiap kali makan. Tidur pada sebelah badan dan kepala pula hendaklah dibaringkan sedikit tinggi.
www.salindah.com

4 RUNGUTAN YANG KERAP SEMASA MENGANDUNG
Rasa loya dan muntah

Perubahan hormon yang tidak tetap menyebabkan rasa mabuk hamil (morning sickness) yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Biasanya ia akan berhenti pada minggu kehamilan yang ke-12.

Makanlah biskut atau roti yang kering sedikit demi sedikit sebelum turun dari katil. Makan makanan dalam hidangan yang kecil tetapi kerap untuk memastikan perut tidak kosong. Perut yang kosong selalunya menyebabkan rasa loya.

www.salindah.com

4 RUNGUTAN YANG KERAP SEMASA MENGANDUNG
Sembelit

Hormon progesteron yang tinggi semasa mengandung melambatkan sistem penghadaman. Pengambilan zat besi (iron) untuk menambah darah boleh memburukkan lagi keadaan. Masalah ini kerap berlaku semasa tempoh akhir kehamilan. Pada masa ini rahim kekurangan pengaliran darah menyebabkan urat-urat vena (veins) mengembang.

Lebihkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijiran yang berserat tinggi. Oligosakarida boleh membantu melembutkan najis supaya pembuangan najis berjalan lancar.
www.salindah.com

Bersenamlah dan minum air yang banyak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Tambah juga pengambilan air suam pada waktu pagi untuk merangsang sistem penghadaman.

4 RUNGUTAN YANG KERAP SEMASA MENGANDUNG
Mengidam

Perubahan hormon menyebabkan ibu mengandung mengalami keinginan yang sangat kuat terhadap sesuatu makanan tertentu. Ini boleh menyebabkan masalah terlebih makan. Ada juga ibu yang menjadi benci terhadap sesuatu makanan. Keadaan ini pula boleh menyebabkan kekurangan zat-zat tertentu. Contohnya kebencian pada daging mungkin menyebabkan kekurangan zat besi yang penting semasa mengandung untuk penambahan darah.

Kawal keinginan sekiranya anda suka sangat kepada makanan yang berlemak atau mengandungi gula yang tinggi. Pilihlah makanan yang mencukupi dari kumpulan piramid makanan seperti yang disarankan. Pengambilan supplemen mungkin diperlukan.

www.salindah.com