PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU Konsep Pengujian, Pengukuran, dan Penilaian Dalam kehidupan kita, pengujian, pengukuran dan penilaian

telah dilakukan dalam semua situasi yang memerlukan keputusan atau pertimbangan dibuat. Begitu juga dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Tugas dan tanggungjawab seorang guru bukan hanya setakat mengajar dan melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran , malah dia perlu mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku. Lalu dia membuat penilaian untuk mengetahui aspek yang yang telah diajar dan dikuasai dengan baik oleh pelajarnya, dan aspek-aspek yang yang masih lemah dan memerlukan tumpuan dalam pengajaran akan datang. Berdasarkan maklum balas daripada penilaian ini, guru seharusnya dapat membuat keputusan tentang aspek kemahiran yang telah dipelajari, atau yang perlu diajarkan, diulang semula, atau diberi latihan tambahan. Walau bagaimanapun, istilah pengujian, pengukuran dan penilaian kadang kala saling ditukar ganti. Contohnya, apabila seorang guru mengedar ujian pencapaian, dia mungkin menyatakan yang dia sedang ‘menguji’ pencapaian, ‘mengukur’ pencapaian atau ‘menilai’ pencapaian dengan tidak mengambil endah maksud khusus sesuatu istilah tersebut. Sebenarnya, istilah-istilah ini ada kelainannya dan tidak sepatutnya saling ditukar ganti. Dengan itu, semua pengajar yang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran perlu mengetahui perbezaan antara ketiga-tiga istilah ini agar tidak tersalah pakai.

Pengujiann

Pengukuran

Penilaian

Rajah 1 : Konsep pengujian, pengukuran, dan penilaian

7.1 .1 Konsep Berdasarkan rangka konsep di atas, mari kita fahami dan lihat kelainan pengertian antara ketigatiga istilah tersebut.

MSJ 2007

1

i.

Apakah maksud pengujian?

Antara ketiga-tiga istilah yang disebut di atas, pengujian selalunya dianggap yang tersempit maksudnya. Pengujian memberi erti proses penyerahan satu set terpiawai soalansoalan yang perlu dijawab, atau satu instrumen atau satu prosedur sistematik bagi mengukur satu sampel tingkah laku atau perubahan sebahagian daripada semua tingkah laku seseorang individu. Hasil daripada jawapan tersebut ialah satu ukuran yang diberi dalam bentuk numerik (dipanggil markat) yang menjadi ciri kepada individu itu. Oleh itu, pengujian menjelaskan tentang berapa baguskah prestasi individu tertentu. Maksud terpiawai di sini, adalahlah bahawa semua prosedur telah dinyatakan awal lagi dan semua pelajar dalam sesuatu kumpulan diuji dengan soalan atau masalah yang sama dan dengan cara yang sama di samping mendapat arahan yang sama. Markat atau skor (juga biasa dikenali dengan markah dalam ujian di sekolah) yang diperolehi hasil daripada jawapan kepada sesuatu ujian ialah sebagai indikator atau penunjuk numerik tentang prestasi pelajar. Mengapakah kita perlukan markat numerik dan tidak hanya menggunakan penjelasan adjektif seperti “lemah”, “amat baik” atau “hampir baik” untuk menjelaskan prestasi pelajar? Markat dalam bentuk numerik diperlukan kerana ketepatannya. Ketepatan inilah yang membezakan antara markat-markat, contohnya, dua pelajar yang mencapai tahap “hampir sama baik” iaitu 79% dan 80%. Walaupun terdapat satu markah perbezaan sahaja tetapi dua pelajar ini memperoleh gred yang berbeza iaitu B+ untuk 79% dan A untuk 80%. Selain daripada itu, jika keputusan diberi dalam bentuk markat, analisis selanjutnya boleh dilaksanakan dan ini akan membantu untuk membuat sesuatu keputusan. Tegasnya, pengujian bertujuan untuk menentukan pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu pembelajaran dan berguna untuk menempatkan pelajar dalam kumpulan belajar yang sesuai.

ii.

Apakah pula maksud ujian?

Ujian ialah satu alat. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Akan tetapi, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi tidak baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Dari itu, ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah tidak menggalakkan.

Fakta Penting Pengujian Satu alat atau prosedur sistematik bagi mengukur satu sampel tingkah laku. Ini menjawab soalan kepada setakat mana prestasi individu jika dibandingkan dengan prestasi individu yang lain, atau berbanding dengan tugas yang ditentukan.

MSJ 2007

2

iii.

Apakah maksud pengukuran?

Pengujian biasanya melibatkan pengukuran. Akan tetapi, pengukuran menggambarkan konsep yang lebih luas berbanding dengan pengujian. Pengukuran memberi maksud sebagai proses memperoleh penjelasan numerik tentang setakat mana individu mempunyai sesuatu ciri yang disukat dengan menggunakan alat ( alat ujian). Ini bermakna, pengukuran mengukur secara kuantitatif peringkat pencapaian atau kedudukan pelajar. Pada lazimnya, guru menggunakan ujian untuk mengukur prestasi pelajarnya. Hasil nilai kuantitatif pengukuran ini biasanya dibandingkan dengan nilai maksimum yang diperuntukkan bagi alat, dan perbandingan inilah menggambarkan pencapaian pelajar. Dengan kata lain, pengukuran biasanya melibatkan pemberian markah kepada maklumat yang diberi iaitu pemberian angka kepada objek atau peristiwa mengikut kriteria tertentu dengan menggunakan satu skala yang ditetapkan. Ringkasnya, pengukuran merupakan cara menggunakan nombor untuk mewakili maklumat yang diperoleh dengan ringkas dan mudah. Contohnya, Ani mendapat 80 markah dan Arif pula memperoleh 75 markah dalam ujian Bahasa Melayu. Pengukuran sesuatu ciri boleh dilaksanakan tanpa pengujian. Penggunaan proses pencerapan atau penggunaan skala pemeringkatan adalah contoh di mana maklumat boleh diperoleh dalam bentuk kuantitatif (numerik) tanpa ujian. Pengukuran juga boleh merujuk kepada banyak mana skor atau markat yang diperolehi dan proses tertentu yang digunakan. Walau bagaimanapun, pengukuran, sama seperti pengujian iaitu tidak bersifat mutlak. Kenapa? Cuba kita fikirkan dua perkara ini. Penggunaan alat fizikal seperti kayu meter untuk mengukur ketinggian sudah tentu dapat dilakukan dengan tepat. Sebaliknya, bolehkah anda mengukur “ketinggian” tahap mental atau pencapaian seseorang itu dengan tepat? Contohnya, seorang pelajar yang memperoleh markat 80 tidak boleh dikatakan mengetahui dua kali ganda lebih banyak daripada pengetahuan yang diperolehi oleh seorang yang mencapai markat 40 walaupun angka 80 ialah dua kali angka 40. Bagi seorang pelajar yang mendapat markat sifar pula, ini tidak bermakna yang pelajar itu langsung tidak mempelajari apa yang telah diajarkan dalam pelajaran yang diuji. Ini berkemungkinan ada pengetahuan yang diperolehnya akan tetapi pengetahuan ini tidak tercakup dalam pengukuran yang dilaksanakan. Tegasnya, adalah penting dalam pengukuran bahawa maklumat yang diperoleh itu mestilah benar atau sah. Oleh sebab pengukuran hanyalah sebagai satu penunjuk, dari itu, sesiapa yang hendak mengguna sesuatu pengukuran perlulah ia terlebih dahulu memastikan alat ukur atau instrumen itu adalah objektif, sah dan boleh dipercayai. Jika alat ukur telah melalui proses-proses ini, alat ukur tersebut akan dapat mengukur hampir tepat apa yang hendak diukur. Jadi, seorang guru itu haruslah jelas akan tujuannya menguji di dalam bilik darjah dan cuba mendapatkan suatu ujian yang tepat yang dapat memenuhi tujuan itu. Fakta Penting Pengukuran

Proses mendapatkan penjelasan secara numerik setakat mana individu mempunyai ciriciri tertentu.
3

MSJ 2007

iv.

Apakah maksud penilaian?

Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et al. (1971, m.s xxv) menyatakan bahawa “Penilaian sebagai ‘the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives.” Jika digunakan begini, maksud penilaian merangkumi dan menjangkau lebih daripada ‘pengujian’ dan ‘pengukuran’. Definisi lain pula mengklasifikasikan penilaian sebagai pertimbangan profesional atau sebagai satu proses yang membenarkan seseorang membuat pertimbangan tentang kebaikan atau nilai sesuatu. Begitu juga, penilaian boleh dijelaskan sebagai satu proses sistematik yang digunakan untuk mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi maklumat bagi menentukan setakat mana pelajar mencapai objektif pengajaran. Dengan demikian, penilaian merujuk proses mentafsir atau memberi nilai yang bercorak kualitatif tentang sesuatu kemahiran bahasa berdasarkan jumlah markat pencapaian hasil daripada pengukuran yang telah dilakukan secara kuantitatif. Contohnya, Nazrin yang mendapat markat sebanyak 90% dalam sesuatu kemahiran bahasa mungkin dinilai sebagai mencapai tahap cemerlang dan Fiqah pula yang mendapat jumlah markat sebanyak 10% mungkin dinilai sebagai berada pada tahap yang sangat lemah. Jadi, perkataan cemerlang, baik, sederhana, lemah atau sangat lemah yang digunakan dalam konteks ini adalah sebenarnya istilah penilaian yang diberikan secara kualitatif yang berasaskan pengukuran dan markat yang diperoleh dalam bentuk kuantitatif. Dari itu penilaian boleh dilakukan dengan menggunakan maklumat atau data yang berbentuk kualitatif dan / atau kuantitaif. Secara kuantitatif, maklumat yang diperoleh melalui penilaian dinyatakan dalam bentuk angka dan maklumat ini boleh dikumpul, disusun, diperkemas dan diringkaskan dalam kaedah atau gambaran yang lebih mudah difahami. Secara kualitatif pula, maklumat dapat dinyatakan, mungkin tidak mengikut angka yang tepat, tetapi dapat menjelaskan atau menerangkan perubahan tingkah laku yang dapat dilihat secara nyata. Dalam contoh di atas, Nazrin telah menunjukkan kemajuan yang amat baik atau cemerlang dalam kemahiran bahasa. Sebagai contoh lain, jika dua pelajar mencapai ukuran (skor ujian) yang sama, katakan dalam ujian kefahaman, kita boleh menilai kedua-dua ukuran itu dengan cara yang berbeza. Katakan, pada akhir Tahun 5, Syawal dan Saiful didapati membaca di tahap yang sama iaitu tahap Tahun 5. Mengikut pengukuran, pelajar ini dikatakan mencapai tahap yang sama. Akan tetapi, pada awal tahun, Syawal sebenarnya sedang membaca pada tahap pelajar Tahun 3 sementara Saiful sedang membaca pada tahap pelajar Tahun 4. Dari itu, dari segi penilaian, kedua-dua pencapaian ini adalah tidak sama. Situasi menunjukkan bahawa Syawal itu telah berkembang atau maju pada tahap yang luar biasa pantas sementara Saiful berkembang pada kadar yang biasa. Ini menunjukkan keadaaan yang lebih komprehensif terdapat pada penilaian berbanding dengan pengujian dan pengukuran. Fakta Penting Penilaian Proses mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi maklumat untuk menentukan setakat mana pelajar mencapai objektif pengajaran.

MSJ 2007

4

v.

Konsep penaksiran

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

• • • •

Proses ialah langkah/ tindakan/ operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki. Maklumat ialah bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir. Penghakiman merupakan proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar. Produk dalam konteks pendidikan merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seorang pelajar bagi tujuan tertentu.

Penaksiran haruslah dilihat sebagai: i. ii. iii. iv. proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran, aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran, aktiviti yang dijalankan secara berterusan, dan aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.

7.1.2

Tujuan Pengujian dan Penilaian

Guru di sekolah kerap kali mengadakan ujian dari semasa ke semasa. Ini adalah kerana ujian merupakan cara tunggal guru dan pelajar dapat mengetahui sama ada pembelajaran telah berlaku dalam bilik darjah atau sebaliknya. Jelas ternyata bahawa ujian sangat penting untuk menilai kemajuan pelajar dan kejayaan guru, juga mengesan kebolehan dan kelemahan pelajar serta menilai pembelajaran yang sedang berlaku . Dengan cara ini, pelajar atau guru dapat mengetahui tindakan susulan yang seharusnya diambil. Pengujian boleh dijalankan sebelum pengajaran, untuk mengetahui pencapaian asas pelajar, supaya guru dapat memilih aktiviti yang sesuai dengan pencapaian pelajar tersebut. Pengujian yang dilakukan pada akhir pelajaran pula ialah untuk menilai kesan pelajaran pada pelajar dan aspek-aspek pelajaran yang perlu dibaiki. Oleh itu, antara tujuan ujian adalah seperti yang berikut:

MSJ 2007

5

setelah mendapat maklum balas tentang hasil ujian anak-anak mereka akan berikhtiar untuk mendapatkan bimbingan tambahan bagi anak-anak mereka.i. Pada pengajaran seterusnya guru mungkin mengubah pendekatan yang digunakan atau mempermudahkan isi penyampaian untuk menambah kefahaman para pelajar. iv. Ujian juga digunakan untuk menilai MSJ 2007 6 . Ujian ini merupakan ujian formatif yang diberikan sepanjang tahun atau ujian sumatif yang diberikan bagi setiap akhir semester atau akhir tahun. Sekiranya didapati ramai pelajar gagal dalam satu-satu ujian walaupun para pelajar telah diberitahu tentang ujian itu terlebih dahulu. Begitu juga keadaan pelajar di kelas yang akan menempuh peperiksaan. ujian diagnostik dijalankan untuk mengesan punca kelemahan para pelajar. Bagi mendapatkan maklum balas Hasil yang diperoleh daripada satu-satu ujian akan memberikan maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kepada guru dan pelajar. keputusan yang kurang baik mungkin akan mencabar pelajar berkenaan untuk berusaha dengan lebih kuat. Dengan adanya ujian. 5 dan 6 biasanya lebih tekun membuat persediaaan untuk menghadapi peperiksaan umum. Bagi pelajar pula. Bagi guru. Sebaliknya. Penilaian Guru menggunakan ujian untuk menilai prestasi dan kemajuan para pelajar. tahap pencapaian pelajar dalam satu-satu bidang pelajaran akan diketahui. nyatalah ujian berperanan sebagai penggerak yang kuat bagi pelajar-pelajar di sekolah. barulah guru menggunakan maklumat itu untuk membuat perancangan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran pemulihan. Kaedah pengajaran alternatif yang akan digunakan adalah berdasarkan hasil yang diperoleh daripada ujian diagnostik. Sesetengah ibu bapa. Prestasi mereka yang baik seterusnya akan mendorong mereka belajar dengan lebih tekun lagi. Selain guru. Tujuan penilaian adalah untuk mengetahui sejauh mana konsep-konsep yang disampaikan itu difahami oleh pelajar. hasil ujian mungkin merupakan suatu perangsang bagi mereka sekiranya keputusan yang diterima adalah baik. Kedua-dua jenis ujian itu bertujuan untuk menilai pencapaian pelajar. Setelah diberi ujian diagnostik. hasil ujian dapat memberitahunya sama ada kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan itu sesuai. Setelah diumumkan gred atau markah yang diperoleh. Sebagai alat mencari punca kelemahan Dalam pendidikan pemulihan. Pelajar-pelajar Tingkatan 3. para pelajar cenderung untuk memberi perhatian kepada pelajaran yang disampaikan oleh guru. iii. ii. ibu bapa juga akan tahu aras pencapaian anak-anak mereka dalam mata pelajaran yang berkenaan. maka guru perlu mengkaji sebab-sebabnya. Sebagai penggerak Ujian memainkan peranan sebagai penggerak bagi pelajar. Sebahagian besar pelajar akan hanya mula mengulang kaji bahan-bahan pelajaran lampau apabila diberitahu ujian akan diadakan. Dengan itu.

MSJ 2007 7 . Hasil daripada ujian prognostik ini akan digunakan oleh guru dalam perancangan kaedah. Hasil daripada ini. Pihak berkuasa akan membuat pemilihan berdasarkan prestasi pelajar dalam ujian-ujian tersebut. Gred-gred pada sijil-sijil bergantung pada pencapaian pelajar-pelajar dalam peperiksaan tersebut. guru mungkin menjalankan ujian prognostik untuk membuat ramalan tentang kecenderungan dan kebolehan pelajar. Pembelajaran lampau Ujian juga dijalankan oleh seorang guru untuk mengetahui pembelajaran lampau seseorang pelajar. Setelah satu-satu unit pelajaran selesai diajar. jelas satu lagi peranan pengujian adalah untuk pensijilan. vi. aktiviti dan isi pelajaran yang disediakan dapat menampung keperluan pelajar berkenaan. Contoh ujian yang bertujuan membuat ramalan adalah seperi Ujian Kelayakan Latihan Perguruan. prestasi yang sederahana baik dalam Kumpulan B dan Kumpulan C.pembelajaran pelajar. v. Pengumpulan seperti ini akan membantu guru menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan pemulihan. Seterusnya guru akan merancang isi pelajaran dan menggunakan pendekatan atau kaedah yang sejajar dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Sekiranya tercapai. maka pembelajaran boleh dikatakan telah berlaku. guru dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang pengetahuan sedia ada pada pelajar. SPM dan STPM akan menerima sijil-sijil yang berkenaan setelah lulus peperiksaan tersebut. Bagi membuat klasifikasi Prestasi pelajar dalam satu-satu ujian boleh digunakan untuk tujuan klasifikasi. Pemilihan Hasil ujian sentiasa digunakan oleh pihak-pihak berkuasa untuk memilih caloncalon memasuki satu-satu kursus atau jurusan. Dalam situasi sekolah. Guru sentiasa menggunakan kriteria kebolehan untuk membahagikan pelajarpelajar. manakala yang lemah dalam Kumpulan D. Selain itu. guru boleh menjalankan satu ujian ringkas untuk menilai sama ada objektif pelajaran tercapai atau tidak. Di dalam bilik darjah. Pensijilan Pelajar-pelajar di peringkat PMR. vii. Misalnya. bahan-bahan pengajaran dan alat-alat bantu mengajar. Bagi membuat ramalan Sesetengah ujian dijalankan dengan tujuan membuat ramalan tentang kemungkinan seseorang calon itu mencapai kejayaan dalam sesuatu kursus. Para pelajar yang menunjukkan prestasi yang paling baik dikumpulkan dalam Kumpulan A. pelajar-pelajar yang ingin masuk ke Maktab Rendah Sains MARA atau sekolah-sekolah berasrama penuh perlu menduduki ujian-ujian tertentu. ix. Dengan cara ini. viii. Ujian seperti ini biasanya dijalankan oleh pihak berkuasa semasa memilih calon-calon bagi sesuatu kursus atau latihan.

Begitu juga guru. Keputusan pelbagai jenis ujian tara. Dalam penyelidikan yang berkaitan dengan pendidikan. Untuk mengetahui keupayaan. Begitu juga keputusan dalam peperiksaan SPM digunakan untuk melayakkan pelajar memasuki program matrikulasi. maklumat dapat diperoleh daripada ujian. Daripada ujian inilah guru-guru biasanya dapat merancang dan merencanakan pengajaran yang seterusnya. MSJ 2007 8 .keputusan peperiksaan PMR juga digunakan untuk memilih pelajar untuk jurusan sains dan sastera. Mereka selalunya resah apabila menerima keputusan ujian pelajarnya. dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan. Kepentingan Penilaian dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Kepentingan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara dan sangat penting. Apatah tidaknya. x. Biasanya. ujian-ujian seperti ini disediakan oleh guru sendiri untuk menguji aspek-aspek pengetahuan dan kemahiran tertentu. ujian daya dan ujian perlakuan sentiasa digunakan oleh para penyelidik dalam menjalankan kajian mereka. kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar. pemerhatian. manakala keputusan dalam peperiksaan STPM digunakan untuk pemilihan ke universiti. Perbandingan seperti ini penting untuk menilai pencapaian atau prestasi seseorang individu. Untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. seseorang guru itu perlu bertindak membaiki cara pengajarannya. ujian kepantasan. biografi dan sebagainya. Kejayaan dan kegagalan mereka mengajar terletak pada keputusan pencapaian pelajarnya. maktab dan politeknik. Untuk membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang subjek dengan bidang yang lain. Hasil ujian tersebut dapat memberikan gambaran kepada guru-guru tentang keupayaan pelajar mereka yang sebenar sebelum mereka memulakan pengajaran. iii. Penyelidikan Sesuatu penyelidikan memerlukan maklumat daripada berbagai-bagai sumber. iv. kepentingan penilaian adalah seperti berikut: i. Oleh itu. Kejayaan mahupun kegagalan mereka bertitik -tolak daripada ujian yang menilai mereka sebagai orang yang pandai atau lemah. ii. Tujuannya ialah untuk melihat kelemahan atau kelebihan pelajar dalam sesuatu bidang dan digunakan maklumat ini untuk kerja-kerja pemulihan dan sebagainya. rendah peratus lulus. Sebaliknya. Para pelajar sering mengalami trauma bila berhadapan dengan ujian. Ujian seperti ini biasanya disebut sebagai praujian atau ‘pretest’. Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu mengajar pelajarnya. Dengan lain perkataan guru-guru itu dapat melihat sejauh manakah pengajarannya itu berhasil. penggunaan soal selidik.

sastera dan teknikal. Guru-guru dengan mudah dapat menyalurkan pelajar-pelajar mereka ke jurusan-jurusan tertentu mengikut kebolehan mereka sepeti jurusan sains. Laporan kemajuan untuk kegunaan pelajar.v. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat mempertingkatkan pengajaran mereka. vi. Pengumpulan mengikut kebolehan. Ini penting untuk menyelaras dan menentukan arah jenis pendidikan pelajar. Pengesahan paras pencapaian . Untuk membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran. Rajah 2: Kepentingan penilaian MSJ 2007 9 . ibu bapa dan guru. Melaluinya mereka berpeluang untuk mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya. Tujuannya ialah untuk kerja-kerja pemulihan dan pengayaan. Untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka. Ujian dan penilaian adalah juga berguna kepada pelajar-pelajar. hasil alat-alat itu juga hendaklah boleh dipercayai. Di samping itu. Kepentingan penilaian Bimbingan konsep dan kemahiran. Rumusan Berdasarkan kenyataan bahawa penilaian itu sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Alat-alat penilaian itu seharusnya dapat mengukur apa yang hendak diukur. vii. Laporan dan rekod untuk kegunaan kaunselor dan ahli psikologi. guru hendaklah sering berusaha ke arah menggubal alat-lat penilaian yang praktis dan realistik. viii.

mari kita bincangkan butiran-butiran di atas. Bilangan item yang mengikut bentuk. MSJ 2007 10 . Ini menegaskan betapa pentingnya JPU dalam penggubalan item ujian. kepentingan JPU adalah seperti yang berikut. Bilangan item ujian bagi setiap topik dan kemahiran itu pula ditentukan oleh jumlah masa yang diperuntukkan untuk pengajarannya. jika topik 1 memerlukan dua minggu untuk diajar dan topik 2 cuma memakan masa seminggu. guru harus membina soalan mengikut kebolehan pelajarnya. Namun begitu. Ini bererti.1. esei. Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan. maka bilangan soalan bagi topik 1 seharusnya lebih banyak daripada soalan topik 2. Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar. Maklumat Dalam JPU JPU mempunyai maklumat seperti yang berikut: • • • • • • Kandungan Ujian yang berupa topik-topik pelajaran. ii. dalam ujian buatan guru. Ringkasnya. amali. Kita dapat simpulkan bahawa pengetahuan dan kemahiran yang disenaraikan dalam JPU haruslah berupa pengetahuan dan kemahiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran serta yang telah diajar di dalam bilik darjah. Contohnya.80% Sekarang. 3 Jadual Penentuan Ujian (JPU) i. Jadi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian ialah dengan menyediakan Jadual Penentuan Ujian (JPU). kertas kursus dan lain-lain. aras kesukaran soalan ini merupakan satu perkara yang relatif. mengikut taksonomi yang digunakan. Definisi Ujian yang baik mestilah mempunyai rancangan yang rapi. Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % . Manakala soalan yang menguji kemahiran sintesis dan penilaian pula adalah merupakan soalan yang susah. Aras kesukaran soalan lebih kurang memadai aras kemahiran yang diuji. sederhana dan susah dari segi aras kesukarannya. aplikasi dan analisis yang merupakan soalan sederhana. Yakni. Bentuk Ujian sama ada berbentuk objektif. soalan aras pengetahuan biasanya adalah lebih mudah berbanding dengan soalan aras kefahaman. Perbincangan di atas menyentuh tentang jenis maklumat yang terkandung dalam JPU. satu soalan yang didapati senang bagi sekumpulan pelajar mungkin susah untuk sekumpulan pelajar lain.7. kandungan dan aras kemahiran. JPU juga menetapkan bilangan soalan yang dikatakan senang. JPU yang dikenali sebagai “Test Blue Print” dan “Test Specification” adalah merupakan satu matriks yang terdiri daripada dua paksi: paksi “Kandungan” (menegak) dan paksi “Aras Kemahiran” (melintang).

Peribahasa • Simpulan Bahasa • Perumpamaan Jumlah 2 5 40 2 1 1 1 1 1 4 32 Jadual 1: Contoh JPU Maklumat daripada contoh di atas memberi gambaran kasar tentang perkara yang hendak diuji yang seterusnya memenuhi empat syarat JPU iaitu: • • • ujian tidak dibina sembarangan. Pentingnya Jadual Penentuan Ujian • • • • • • • • • Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan. Panjang petikan ialah lebih kurang 150 patah perkataan. Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran. Bil Contoh JPU Objektif Kognitif Jumlah Jam 1 1 20 2 2 2 2 2 3 1 1 2 1 4 1 5 6 1 16 Item Bentuk Soalan Kemahiran Bidang/Topik/Topik Kecil Tatabahasa • Kata ganda • Kata majmuk • Kata terbitan Membaca dan Memaham • Menjawab 10 soalan kefahaman berdasarkan petikan yang dibaca. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian. • Memberi erti perkataan 15 2 2 1. dan MSJ 2007 11 .1 1.2 1 1 1 12 1.3 berdasarkan petikan di atas. Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji. Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun. menimbulkan kepentingan topik dan aras kemahiran yang diuji. Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik. Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain. memberi panduan dan penentu kepada penggubal ujian. iv.iii. Memberi panduan untuk membentuk format ujian. Memberi panduan untuk membentuk soalan.

Langkah-langkah Membina JPU Langkah 1: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji.1 Tatabahasa • Kata ganda • 1. Pemilihan bentuk soalan haruslah berasaskan pertimbangan yang baik. Panjang petikan prosa ialah lebih kurang 150 patah perkataan. v. • Memberi erti perkataan berdasarkan petikan di atas Peribahasa • Simpulan bahasa • Perumpamaan Jumlah 15 1.3 5 40 Jadual 2: Tajuk-tajuk Pengajaran dan Pembelajaran Mengikut Masa Belajar Langkah II Tentukan soalan yang akan dibina itu. Perkara-perkara yang menjadi asas pertimbangan itu ialah: MSJ 2007 12 . Bil Tajuk-tajuk Pengajaran dan Pembelajaran Masa B el aj ar 1.2 Tanda baca 20 • Membentuk ayat Membaca dan Memaham • Menjawab 10 soalan kefahaman berdasarkan petikan yang dibaca.• memastikan kesesuaian taburan soalan mengikut aras dan kemahiran.

menilai.menitiberatkan sikap. jumlah soalan bagi setiap topik dikira: = Jumlah masa X Jumlah soalan Jum.• • • • Contoh: tujuan ujian itu diadakan masa yang diperuntukkan untuk ujian itu umur pelajar bilangan pelajar yang diuji a. mengatakan : mengingat semula fakta. induktif.aktiviti fizikal Domain Kognitif Taksonomi Bloom kompleks 6 Penilaian 5 Sintesis 4 Analisis 3 Aplikasi : : : : : memilih. soalan objektif (30 soalan) 1 markah bagi 1 item. kreatif. menjelaskan. b. mengembangkan logik. Masa keseluruhan Langkah III Tentukan model aras kesukaran item. menyelesaikan masalah 2 Kefahaman 1 Pengetahuan menerangkan. deduktif. penaakulan formal Ada pemindahan kemahiran. c. membandingkan.aktiviti mental afektif . data dan lain-lain Mudah Rajah 3: Domain Kognitif Taksonomi Bloom Langkah IV Apakah jenis ujian yang akan diuji? • Ujian objektif MSJ 2007 13 . Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom 3 Domain kognitif . mengadili melahirkan pendapat. emosi dan perasaan psikomotor .

Contoh Pengiraan Bilangan Soalan Mengikut Topik Bil. struktur. Petikan prosa yang penjangnya lebih kurang 150 patah perkataan • Memberi erti perkataan Masa Anggaran Jumlah Item Jumlah Item 20 20 ____ 40 x 32 16 1. 1. MSJ 2007 14 .2 15 15 ____ 40 x 32 12 1.3 berdasarkan petikan di atas. Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah – soalan sukar).1 Bidang/Topik/Topik Kecil Tatabahasa • Kata ganda • Tanda baca • Membentuk ayat Membaca dan Memaham • Menjawab 10 soalan kefahaman berdasarkan petikan yang dibaca. Peribahasa • Simpulan bahasa • Perumpaan 5 5 ____ 40 x 32 4 Jumlah 40 32 Jadual 3: Pengiraan Soalan Mengikut Topik Langkah V: • • • Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif. esei dll).• • • Ujian struktur Ujian esei Dan lain-lain. Pemarkahan.

Ini akan diikuti dengan isu yang berkaitan dengan pemarkahan. Oleh itu. Orang-orang yang berkaitan dengan ujian seperti pelajar. Susunan nombor soalan mengikut tajuk. Seterusnya. • Sediakan satu JPU berdasarkan contoh format di atas. Rumusan Dalam penilaian. JPU berperanan penting. Pemarkahan dan Markat i. Pengenalan Topik ini akan bermula dengan tujuan memberi markah. penekanan yang wajar terhadap objektif pembelajaran. data-data yang tercetus daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan pemilihan. pengkelasan atau bimbingan. Justeru. dan prosedur penilaian perlu diambil perhatian. Kertas 1 mengandungi 20 soalan objektif. guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. peruntukan masa dan peratusan item mengikut aras kognitif. Arahan: • Tetapkan bilangan item.• • • Langkah VI: Menyatakan mata pelajaran. Tingkatan. Latihan 2 Anda dikehendaki menyediakan kertas 1 Peperiksaan Semester yang telah ditetapkan. topik ini akan memperihalkan tentang sistem MSJ 2007 15 .

disalah tafsir ataupun diguna sebagai senjata untuk mendenda pelajar. tidak ramai pelajar gemar diberi gred kepada pencapaian mereka. Markah bukanlah untuk memberi ganjaran atau pun mendenda pelajar. Jika perkara seperti ini berlaku. Ini adalah kerana kadangkala markah tidak diguna dengan bijak.pemarkahan yang boleh digunakan dan apakah pula simbol pemarkahan yang lazim digunakan. tidak begitu difahami. Oleh itu. jika ada. Guru mengambil masa yang lama untuk memprosesnya. Perlu diingat bahawa sistem yang berlainan mempunyai kebaikan dan kelemahan yang berbeza juga. setelah mengikuti topik ini. biasanya untuk mengagihkan pelajar kepada kelas yang leibh pandai atau sebaliknya. membincangkan isu-isu berkaitan dengan prosedur pemberian markah. Malangnya. yang kadang kala menyebabkan pelajar risau. kadang kala tidak sedemikian. Ia bertujuan untuk memberi maklum balas tentang pencapaian pelajar. memohon biasiswa atau mencari pekerjaan nanti. ii. Proses memberi gred bukan sahaja memerlukan banyak masa tetapi juga usaha. maka kita perlu berhati-hati dan bersifat objektif semasa memberi markah. Dengan itu. dan juga antara institusi pendidikan . anda akan dapat: i. markah sangat bermakna kepada pelajar dan juga ibu bapa mereka. dan pada akhirnya ada pihak yang tidak berpuas hati tentang markah atau gred yang diperoleh. Oleh sebab markah sangat penting bagi kebanyakan orang. menghurai dan membincangkan beberapa sistem pemarkahan yang boleh digunakan. iii. Tegasnya. MSJ 2007 16 . Pelajar dan juga guru mengambil berat tentang markah yang diperoleh dalam ujian. Ibu bapa juga menyedari bahawa markah yang diperoleh anak mereka akan memberi kesan kepada anak-anak mereka dalam pelbagai perkara seperti peluang melanjutkan pelajaran. Ibu bapa tahu bahawa pelajar dibanding antara satu sama lain melalui markah yang mereka perolehi. Tujuan Pemarkahan Salah satu daripada tugas yang paling tidak seronok bagi guru ialah memberi markah atau gred. daripada pengetahuan dan kemahiran yang mereka belajar daripada aspek tersebut. iv. dan bukannya sebagai satu sumber untuk mendapatkan maklumat. Ia telah menjadi asas kepada beberapa tindakan dan keputusan di institusi pendidikan. menyatakan sebab mengadakan pemarkahan. ii. Pendidik juga dipengaruhi oleh markah. Kepentingan Pemarkahan Markah adalah sebahagian daripada budaya dalam pendidikan. pelajar menyedari dari awal lagi bahawa mereka akan diberi gred atau markah bergantung kepada prestasi mereka di sekolah. dan membandingkan kelebihan dan kelemahan simbol-simbol yang digunakan dalam pemarkahan. ini merupakan keutamaan yang salah dan menimbulkan implikasi yang membahayakan. maka jawapannya adalah salah. iii. Ada kalanya markah diberi secara terburu-buru dan sistem pemarkahan. apakah tujuan memberi markah kepada ujian atau tugasan yang telah dibuat oleh pelajar? Adakah ia diberikan sebagai ganjaran atau dendaan? Jika jawapan anda adalah “ya” kepada soalan sebelum ini. bagi guru. misalnya. Adalah tidak mustahil bagi pelajar untuk mengambil lebih berat tentang markah yang mereka dapati dalam ujian tatabahasa. Oleh itu. Oleh itu. Begitu juga.

v. Adakah gred yang diberikan itu betul-betul mencerminkan penilaian prestasi yang tepat tentang sesuatu mata pelajaran seperti bahasa. Teknik Pemarkahan Ujian Esei Secara Keseluruhan (Holistik) MSJ 2007 17 . matematik. minat. markah yang diberikan hendaklah mencerminkan pencapaian akademik semata-mata. Asas Pemberian Markah. Jika asas pemberian gred masih memasukkan faktorfaktor lain selain daripada pencapaian. sikap. Faktor-faktor lain tidak patut dipertimbangkan kerana perkara-perkara seperti motivasi sikap dan sebagainya sukar diukur secara objektif. motivasi dan personaliti? Jawapannya ialah apabila markah diberikan berkaitan dengan mata pelajaran akademik. bahasa penyampaian yang menarik.iv. a. tulisan baik. sudah tentu skor ujian sukar untuk ditafsir. sebaiknya. sains dan sebagainya? Atau adakah gred tersebut juga merangkumi perkara-perkara lain seperti kerja yang bersih. usaha. Pertimbangan yang paling asas tentang apa yang patut dicerminkan oleh markah merupakan isu yang paling utama.

Di bawah pemarkahan secara holistik ini. Bahasa (15 markah) Menggunakan bahasa yang betul. pemeriksa itu hendaklah membaca skrip pada kali kedua untuk menetapkan gred yang difikirkan sesuai bagi setiap skrip berdasarkan ciri-ciri esei yang dikatakan ‘cemerlang’. gaya. sudah tentulah karangan itu meninggalkan kesan tanggapan (impression) yang positif kepada guru atau pemeriksa. D dan sebagainya. bentuk tulisan. karangan seperti ini bolehlah diberikan markah ‘cemerlang’. Pemeriksa yang menggunakan skala norminal hendaklah membaca skrip jawapan pelajar sekali. ‘baik’. Berdasarkan kesan secara keseluruhan. pengelolaan dan proses. perbendaharaan kata dan lain-lain tidak perlu diasing-asingkan kerana yang dinilai oleh pemeriksa ialah kualiti keseluruhan karangan berkenaan. Pembahagian markah : Keseluruhan 35 markah ( untuk bahasa. tidak terdapat kesalahan-kesalahan bahasa yang serius. lancar dan jelas. • Menentukan berapa peratus pelajar yang patut diberikan gred A. iaitu skala ordinal dan skala norminal. Pemarkahan esei mengikut teknik ini. sekiranya sesebuah karangan pelajar itu baik kandungannya. iaitu dari prestasi baik di atas dan prestasi terburuk di bawah. menarik gaya penyampaian dan jelas pula huraiannya. idea-idea yang dikemukakan meyakinkan. ‘sederhana’ dan ‘lemah’ . tetapkan mutu esei itu mengikut pangkat yang ditentukan. Langkah-langkah pemarkahan cara holistik dengan menggunakan skala ordinal ialah: • Memeriksa setiap skrip pelajar secara keseluruhan. terdapat dua jenis skala yang lazimnya digunakan. B. C. tidak terdapat kesalahan ejaan. Contoh Penentuan Ciri-ciri Esei Bil. Panduan am : Pemeriksa hendaklah membaca esei ini sekali lalu untuk mendapatkan gambaran mengenai mutu esei mengikut perkara-perkara berikut: • • • Isi ( 25 markah) Isi yang sesuai. iaitu bentuk perincian seperti ejaan. Contohnya. Ini bermaksud keseluruhan adalah lebih penting daripada bahagian-bahagian sesuatu jawapan esei. isi dan susunan) 2. tatabahasa. Gaya ( 10 markah) Setelah membaca esei sekali lalu. Esei Cemerlang MSJ 2007 18 . berdasarkan kriteria kandungan. untuk mendapatkan gambaran setinggi mana tahap jawapan pelajar itu. sekurang-kurangnya lima isi yang membayangkan kematangan fikiran dan baik susunannya. Peraturan memberi markah esei secara holistik: 1. Kemudian. • Menyusun skrip-skripm pelajar mengikut prestasi.Pemarkahan secara keseluruhan bererti sesebuah esei itu dinilai berdasarkan kesan keseluruhannya kepada pemeriksa. • Memeberikan gred kepada skrip berdasarkan peratus yang telah dipertimbangkan untuk setiap kumpulan.

Idea-idea tidak meyakinkan dan tidak memperlihatkan kematangan. pemeriksa mendapati kejanggalan dan mungkin terdapat bahagian-bahagian yang kurang jelas. terdapat sedikit-sedikit kesilapan yang tidak begitu serius. pembaca tidak merasakan sebarang kejanggalan. MSJ 2007 19 . Calon memperlihatkan kematangan tetapi tidaklah sebaik atau setinggi peringkat ‘cemerlang’. 1 2 3 4 5 6 Esei baik Isinya tepat dan jumlahnya mencukupi tetapi kurang terperinci huraiannya. Idea-idea dijalin dengan kemas dalam perenggan-perenggan yang bersesuaian panjangnya. Dapat meyakinkan pembaca. Idea dijalin dengan baik walaupun mungkin terdapat sedikit kelonggaran (jalinan agak kurang mantap) Menunjukkan penguasaan bahasa yanga baik. Terdapat kelemahan dalam penggunaan bahasa. Memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik. Tidak memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik. Huraiannya terperinci dan jelas. Terdapat idea yang kurang meyakinkan dan memperlihatkan kematangan yang amat sederhana. Bil. Menunjukkan penguasaan ejaan yang memuaskan. 1 2 Esei lemah Isi dangkal dan tidak tepat. Jumlahnya mencukupi tetapi huraiannya kurang terperinci. Dapat meyakinkan pembaca.1 2 3 4 5 6 Isinya tepat dan jumlahnya mencukupi. Memperlihatkan penggunaan bahasa baku yang baik iaitu dari segi struktur dan perbendaharaan kata. 1 2 3 4 5 6 Esei sederhana Isinya ada tetapi kurang tepat. Bil. Idea-idea dijalin dengan tidak begitu kemas dan tidak diperkembangkan dengan baik. Memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik. Memperlihatkan penguasaan ejaan yang memuaskan. Tidak memuatkan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan calon untuk memperlihatkan kematangan. Mungkin terdapat sedikit kejanggalan tetapi tidaklah mencacatkan esei secara keseluruhan. Bil. misalnya terdapat struktur dan penggunaan perkataan yang salah. Walau bagaimanapun. Terdapat kesilapan-kesilapan ejaan walaupun tidak begitu teruk.

tidak ada huraian dan perkembangan idea.3 4 5 6 Jalinan idea tidak kemas. Penguasaan bahasa lemah. Terdapat banyak kesalahan yang dilakukan. Bagaimanapun. Menunjukkan kelemahan yang serius dalam aspek ejaan. Setengah markah dipotong bagi setiap ejaan yang salah sehingga maksimum sebanyak tiga markah. Peringatan: Esei dibaca sekali lagi dengan lebih teliti. Tidak menguasai teknik penulisan. Proses pemarkahan dengan cara holistik merupakan cara pemarkahan yang subjektif. Dengan cara ini. unsur-unsur terpenting yang merangkumi kriteria kandungan. Mutu pemarkahan banyak bergantung kepada pemeriksa yang berpengalaman serta mahir dalam bidang yang berkenaan. ciri keobjektifan dalam pemarkahan cara holistik boleh dipertingkatkan dengan mengadakan penyelarasan antara pemeriksa-pemeriksa yang memeriksa skrip pelajar. Secara Perincian (Analitikal) Cara pemarkahan ini sering digunakan dalam peperiksaan. Pemeriksa dapat merasakan kelonggaran dan kejanggalan penyampaian isi.pelajar tersebut. Kesalahan isi. pengelolaan dan proses adalah diperiksa secara MSJ 2007 20 . bahasa dan ejaan dibulatkan.

Setiap tiga kesalahan ditolak satu markah). 2. Pelajar-pelajar dapat melihat di mana dan apa kelemahan mereka. Pemeriksaan memerlukan masa yang panjang. 1. 4. 3. oleh itu pelajar tidak dapat melihat di mana kekuatan dan kelemahan karangan mereka. Guru mungkin bersifat bias semasa memeriksa. Kelemahan 1. 1 Kebaikan dan Kelemahan Kedua-dua Teknik Pemarkahan Teknik Keseluruhan / Holistik Kebaikan 1. 3. ( 10 markah ) Skim pemarkahan: (a) dua kelebihan------------2 x 2 ½ = 5 markah (b) dua kelemahan----------2 x 2 ½ = 5 markah ________ Jumlah 10 markah ________ c. Sekiranya pemeriksaan memerlukan ramai guru. 2 Perincian / Analitikal MSJ 2007 21 . kemahiran penulisan seolah-olah terasing. dan (b) dua kelemahan yang terdapat dalam pendekatan induktif untuk pengajaran tatabahasa. Semua aspek penulisan diberikan pertimbangan yang sama rata. 2. Pelajar bebas menulis Menulis esei merupakan suatu kemahiran yang memerlukan gabungan beberapa proses. Dapat menilai kebolehan am dalam bidang penulisan. Dengan mengasingkan aspekaspek yang dinilai. Contoh perincian (A) : Isi Bahasa Gaya Jumlah 40 (5 markah bagi setiap isi yang diulas dan diperkembangkan dengan baik) 40 (aspek yang dinilai ialah tatabahasa dan penggunaan perkataan. Tiada maklumat diagnostik yang khusus. unit-unit kecil jawapan pelajar akan dicari dan markah diberi mengikut peruntukan yang diberi dalam skim pemarkahan. 3. Orang yang kurang mahir dalam bidang penulisan boleh menjalankan tugas pemeriksaan. 2. Kebolehan penulisan secara keseluruhan sukar dilihat. Bil. Semasa pemarkahan.berasingan. Kesalahan pelajar dapat diperlihatkan dengan jelas. 2. latihan yang banyak boleh dijalankan. Pemeriksaan boleh dibuat dengan lebih tepat. 3. 100 Contoh (B): Soalan : Huraikan (a) dua kelebihan. 1. 20 (aspek yang dinilai kelicinan pengolahan dan kesesuaian pemerengganan. kordinasi sukar dilaksanakan. 4. Esei boleh diperiksa hanya dengan sekali baca. Penulisan bukan lagi merupakan paduan beberapa proses secara natural. Dengan cara ini kebolehpercayaan dan ketekalan dapat dikekalkan sekiranya pemeriksa mematuhi skim pemarkahan itu dengan teliti.

tiada jawapan yang tidak digunakan langsung. objektif dan isi kandungan pelajaran. Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling MSJ 2007 22 . objektif dan subjektif Objektif Sesuatu ujian itu dikatakan ujian objektif kerana pemeriksa yang berlainan akan memberi markah yang sama apabila memeriksa kertas yang sama. 1977). item yang terlalu mudah dan sukar. bertutur. 7. Item-item yang dibina dan dipilih juga hendaklah berasaskan kepada kemahiran-kemahiran bahasa.4. ii. Ini berguna bagi guru dalam memperbaiki dan mempertingkatkan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. rangsangan yang kabur. tidak ada pengkhususan dalam bidang yang disoal dan item yang tidak seimbang dengan pemarkahan serta pelbagai kesalahan lain. Jenis-jenis Ujian Berbagai-bagai jenis ujian dapat digunakan dengan berkesan sekiranya ia dirancang dan sesuai pula dengan kemahiran yang hendak diuji.4 Item Ujian Biasanya kita menganggap pembinaan item dalam ujian Bahasa Melayu sebagai perkara mudah. apa yang hendak diuji. membaca dan menulis perlu diuji dengan menggunakan pelbagai jenis ujian dan teknik pembinaan item ujian yang sesuai.1. kita perlu menentukan tujuan ujian itu dibuat. Sebelum membina sesuatu item ujian kemahiran bahasa. item yang bertindan. Di bawah ini diperturunkan beberapa jenis ujian iaitu: i. jenis dan bentuk item ujian. bagaimana item ujian itu ditadbirkan dan bila serta masa ujian itu dijalankan. penguasaan pelajar-pelajar terhadap kemahiran mendengar. arahan yang tidak jelas. Kesalahan-kesalahan ini akan menjejaskan kesahan dan kebolehpercayaan bahan ujian kita itu. Mungkin menekankan kepada ‘mencari kesalahan’ drp ‘mencari kekuatan’ esei. kelemahan dan kekuatan pelajar-pelajar dalam pembelajarannya. Kenyataan ini menunjukkan objektiviti sesuatu ujian itu merujuk kepada bagaimana skor diperoleh. Ujian objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa-pemeriksa berlainan memperoleh skor yang sama ketika memeriksa tindakan balas yang serupa ( Gronland. Dalam pengajaran pembelajaran bahasa KBSR dan KBSM. Selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar. Hanya apabila item-item ujian ini ditadbirkan kepada pelajar-pelajar barulah timbul pelbagai masalah umpamanya dari segi konsep. Oleh yang demikian kita perlu sedar tentang beberapa aspek pembinaan item-item ujian bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah.

b. Padanan. Item Melengkapkan Penyataan Contoh: a) Kita mesti naik bas ke rumah Nasharudin kerana rumahnya _____(jauh) dari tempat ini. MSJ 2007 23 . item respons bebas ( jenis sumbangan) item respons tetap ( item objektif pilihan) Item Respon Bebas Soalan jenis ini memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan jawapan sendiri pada ruang yang disediakan. Jenis soalan: contoh: a) Imbuhan apakah yang terdapat dalam perkataan kemahiran? (ke . Format-format ini dikira sebagai item-item dua pilihan oleh kerana kesemuanya melibatkan penerimaan atau penafian. Ariff pernah _________(tinggal) di Kuala Lumpur. Di bawah ini ditunjukkan beberapa contoh jenis item respon bebas. Item-item itu ialah format Salah-Betul. item jenis aneka pilihan dan kloz.an) b) Apakah lawan bagi perkataan untung? ( rugi) ii. i. Biasanya jawapan ditulis di hujung soalan atau dalam kotak yang disediakan. Item Salah-Betul Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S). Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. b) Item Respon Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan) Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atu paling tepat. Item objektif boleh dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan cara tindakbalas yang diberikan kepada pelajar iaitu: a. Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.baik. i. dan aneka pilihan. item jenis padanan. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek.

perkara . Separuh bahagian hartanya akan diserahkan kepada rumah anak yatim. Kelima-lima pelajar diarahkan supaya berjumpa dengan Pengetua. Item aneka pilihan adalah dari golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindakbalas terbatas. Kata Bilangan Himpunan 3. i) Simpulan bahasa kaki bangku bermaksud orang yang berjalan tanpa kasut. Ruangan A dipanggil pokok soalan (premise) dan ruangan B dipanggil jawapan (response). Contoh : Padankan kata bilangan dengan contoh yang diberi dengan menggunakan garisan lurus untuk menghubungkan kotak-kotak yang diberi. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di ruang A dengan objek/ perkara diruang B. Item Padanan Ya/Tidak ii. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut. Kata Bilangan Pecahan 4. Ruangan A (Kata Bilangan) 1. Kata Bilangan Tentu 2. Item Aneka Pilihan Item aneka pilihan merupakan jenis ujian objektif yang paling popular sekali di kalangan pembina item ujian.Contoh bagi Item Dua Pilihan: a) Nyatakan sama ada pernyataan berikut Betul atau Salah. Kata Bilangan Pisahan Ruangan B (Contoh) A. D. Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua ruangan senarai yang mengandungi perkataan atau frasa. B. MSJ 2007 24 . B /S b) Nyatakan Ya atau Tidak pada pernyataan berikut: i) Bahasa adalah sesuatu yang diwarisi. iii. Aminah mempunyai dua ekor arnab C. Pelajar kelas itu mengeluarkan buku masing-masing apabila guru masuk ke kelas.

Di antara ayat-ayat berikut yang manakah ayat suruhan? (A) (B) (C) (D) Jangan lari. Sungguh mustahil untuknya melarikan diri. b. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap Contoh: 1. Harap anda dapat datang esok.a. (C) menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. (A) (B) (C) (D) d. keringan mengeringkan kekeringan berkeringan Jenis Jawapan Terbaik Contoh: 1. Mengisi Tempat Kosong Contoh: 1. Mereka membaca buku di perpustakaan. c. Air di dalam kolam itu _______ kerana hujan sudah lama tidak turun. Sila duduk sekarang. (D) mempunyai satu kata adjektif dan unsur-unsur keterangan lain seperti kata bantu atau kata penguat. Padamkan lampu itu. Item aneka pilihan berbentuk soalan Contoh: 1. Guru yang gemuk itu ditimpa kemalangan. (B) menerangkan keadaan bagi sesuatu kata nama. Ayat yang tergolong dalam ayat selapis ialah (A) (B) (C) (D) Jika dia rajin dia lulus. MSJ 2007 25 . Definisi terbaik bagi kata adjektif ialah kata yang (A) menunjukkan sifat sesuatu.

tidak. Pilih pasangan yang mempunyai perkaitan dengan pasangan awal. bukan. merah tua (C) jambu merah : hijau Antonim Contoh: Arahan: Tiap-tiap soalan dimulakan dengan perkataan berhuruf besar dan diikuti oleh lima perkataan. Penyabar II. (C) kuda-kuda. (D) kura-kura. Contoh: Semua kata ganda di bawah mempunyai aspek makna yang sama kecuali (A) labi-labi. Item Jenis Cantuman. Peramah (A) (B) (C) (D) I dan II sahaja I dan IV sahaja II dan III sahaja III dan IV sahaja g. Pendamai IV. Contoh (a) : Cantuman jenis sesuai/ tidak sesuai h. PEMARAH I. MSJ 2007 26 . Pilih perkataan yang berlawanan dengan perkataan berhuruf besar. (B) rama-rama. Jenis Negatif Tumpuan pelajar dipusatkan kepada mencari fakta yang salah.e. hitam : putih E) F) (D) kain merah merah : : : f. Analogi Contoh: Arahan: Tiap-tiap pasangan perkataan di bawah diikuti empat pasang perkataan. dan lain-lain. Pokok soalan sering mengandungi perkataan kecuali. Pengampun III.

III dan IV II. Pilih ayat atau ayat-ayat yang menggunakan kata yang berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda memilih cadangan jawapan yang paling sesuai. MSJ 2007 27 . IV. I dan III sahaja II dan IV sahaja I. IV Aras kemahiran item objektif aneka pilihan Item objektif aneka pilihan boleh dibina untuk semua aras kemahiran bidang kognitif di bawah kategori Taksonomi Bloom. III.Yang Amat Berhormat iii. III. Yang dimuliakan Saudara Pengerusi Majlis Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Guru-guru dan ibu bapa Tuan-tuan dan puan-puan Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah Di bawah ialah senarai rujukan hormat tetamu yang hadir dalam satu majlis. V I. Susunan pembuka kata ucapan di atas mengikut urutan yang betul ialah (A) (B) (C) (D) I. IV. Setiap bulan abanglah yang menyokong persekolahan kami bertiga. IV dan I III. Orang ramai menyokong langkah langkah pihak berkuasa membenteras kegiatan cetak rompak.Yang Berusaha ii. V I. II. i. II dan I I. I. I dan IV IV. V. III. Susun senarai di bawah mengikut urutan keutamaan. II. V. II dan IV sahaja I. IV I. III. III. V. Yang Berbahagia (A) (B) (C) (D) 2. II. III.Yang Berhormat iv. II. . I. II. Para pelajar sekolah itu diminta menyokong pasukan bola baling sekolah mereka yang akan bertanding esok. III dan IV Contoh (b): Jenis cantuman aneka pelengkap yang mempunyai urutan/ sekuen.II. (A) (B) (C) (D) Mereka menyokong dan memapah lelaki yang hampir pitam itu agar tidak rebah. III.1. II. IV. IV. II. 1. II. III.

Tafsirkan. Asingkan. Karangkan. teori dan sebagainya. Tafsirkan. mengkritik.Aras kemahiran dalam bidang kognitif Pengetahuan Aras ini menguji kebolehan pelajar mengingat kembali fakta. atau memberi pendapat sesuatu penyataan. konsep. Bentukkan. Gunakan Bezakan. prinsip. Bezakan. merekabentuk. 1. Penilaian Aras ini menguji kebolehan pelajar membuktikan. menilaikan. 6. Analisis Aras ini menguji kebolehan pelajar membanding dan menghuraikan factorfaktor kesamaan. Gubahkan. meninterpretasi. Kefahaman Aras ini menguji kebolehan kebolehan pelajar memahami. perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain. Buktikan. Bahagikan. konsep. erti. istilah. susunkan. Terangkan. Sintesis Aras ini menguji kebolehan pelajar mencantumkan. Aplikasi Aras ini menguji kebolehan pelajar menggunakan fakta. menterjemah. Mengapa. hukum. definisi yang dipelajari 2. Bilakah. Bandingkan. Kritikan. prinsip. 5. Rumuskan. karya. Nyatakan Huraikan. Senaraikan. Kumpulkan. Berikan. hokum. Bandingkan. Selesaikan. merumuskan. Tukarkan. Teknik Kloz MSJ 2007 28 . Klasifikasikan Gabungkan. Kata-kata kerja Manakah. Kirakan. Jelaskan. pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan. menggabungkan dan mengintegrasikan fakta-fakta atau idea-idea yang berkaitan. ciptaan. teori. hukum. menukar dan menjelaskan fakta. 4. Siapakah. teori yang telah dipelajari. Demonstrasikan. mengesahkan. 3. Benarkan. Susunkan. Huraikan. Tunjukkan. Apakah. prinsip. Ulaskan. Uruskan. Nilaikan.

Kerajaan negeri Johor bersedia ______ sedikit bantuan yang diperlukan _____ pihak persendirian dalam usaha ______ bangunan tambahan di kawasan rumah _______ yatim di situ untuk menampung _______ mereka. penjagaan. Contoh: Isikan tempat-tempat kosong dalam petikan berikut dengan perkataan-perkataan yang sesuai. dan sepatutunya boleh diuruskan oleh guru-guru bahasa Melayu. kekurangan ganjaran. aktiviti. percubaan. oleh. berdasarkan senarai. bertambah. Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. kepada. ahli-ahli. para. membuat. pentadbiran dan pemarkahan. MSJ 2007 29 . Sumbangan yang sentiasa ______ masuk dari penderma-penderma atau _______ hartawan secara tidak langsung ______ membantu mereka dalam menjalankan ______ untuk memberi didikan serta ______ yang sempurna kepada kanak-kanak berkenan. budak-budak.Teknik menggunakan ujian kloz sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian. Kemudian. ini semua tidak sukar dilakukan. pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. menubuhkan. mengalir. anak-anak. berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya. telah. menghadiahkan. ketiadaan. Pada mulanya. Jawapan Menguntukkan. kemunduran. mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.

tindak balas itu adalah karangan dan sekiranya terhad. Contoh: 1. Jawapan yang diperlukan adalah pendek. ____________________________________________________ (iii) ____________________________________________________ ( 2 markah) 2.Soalan Subjektif Ujian subjektif ialah ujian yang terdiri daripada soalan yang memerlukan pelajar memberi tindak balas secara lisan atau bertulis. Item Jenis Struktur Item jenis struktur merupakan item-item yang disusun dan diatur secara sistematik dan berkembang untuk menjadi rangka kepada satu persoalan yang lebih besar atau berkaitan dengan satu-satu tema. Dalam pembinaan item ini. iaitu satu atau dua ayat sahaja. beberapa item pendek boleh dihubungkan menjadi set item-item yang dibentuk dengan menggunakan rangsangan yang sama. Soalan ujian subjektif boleh dibahagikan kepada item jenis struktur dan esei. Tindak balas pelajar mungkin bebas atau terhad. Tindak balas yang dikehendaki ditentukan oleh penggubal soalan ujian itu. Jenis soalan struktur ini mengehadkan isi dan bentuk jawapan seseorang calon. Sekiranya bebas. i. Ia juga memberi tanda isyarat yang tetap bagi bertindak balas terhadap soalan berdasarkan petunjuk markah dan ruang jawapan yang disediakan. Ini terbentuk daripada satu atau dua bahagian iaitu jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. (ii) ii. Soalan esei pula terbahagi kepada dua jenis iaitu tindak balas terhad dan jenis tindak balas lanjutan. Item-item struktur ini memberi pelajar panduan/ bimbingan/ rangka serta memberi rangsangan / bahan asas untuk memulakan jawapan. Item Jenis Esei MSJ 2007 30 . item struktur sebenarnya mengandungi elemen item objektif dan item esei.Bina ayat yang mengandungi: (i) Kata kerja aktif tak transitif ____________________________________________________ (ii) Kata kerja aktif transitif ____________________________________________________ ( 2 markah ) Beri dua contoh perkataan bahasa Melayu yang terkecuali daripada hukum keselarasan vokal. Sebagai satu ujian ringkas mengenai sesuatu tajuk/ perkara . ia mungkin merupakan satu ayat sahaja.

( 6 markah) Item jenis TBT ini membataskan isi dan bentuk tindak balas. dan pelan tindakan atau jadual penentuan ujian telah disediakan. Soalan-soalan yang digubal seharusnya mematuhi pelan tindakan atau jadual penentuan dari aspek-aspek yang berikut:  topik yang akan diuji dan pemberatannya. Cogan kata ini menunjukkan betapa pentingnya membaca. a. 1. Ini dihadkan kepada skop atau topik tertentu.Item jenis esei merupakan item yang memberi peluang kepada pelajar melakukan gerak balas dalam tulisan dan lisan dengan perkataan sendiri. Batasan dan bentuk ini dinyatakan dalam soalan. guru adalah bertanggung jawab untuk menyediakan ujian dengan teliti dan sistemastik agar kualiti ujian dapat dikawal rapi. mengatur idea dan mengembeling idea-idea secara logic hingga menghasilkan jawapan yang asli. kebolehpercayaan pemarkahannya adalah rendah.  kemahiran yang akan diuji dan pemberatannya. ( 9 markah ) (b) Tuliskan sebuah pantun berkait yang mengandungi dua rangkap. Ia memberi peluang kepada calon membuktikan tindak balas yang lebih kompleks. Dari itu. Contoh pembinaan item esei.  aras kesukaran soalan mengikut taksonomi Bloom. MSJ 2007 31 . Tindak balas terbatas (TBT) Pantun merupakan pusaka bangsa Melayu. 1. dan  jenis soalan. Oleh itu. Batasan ini dapat mengurangkan masalah kebolepercayaan pemarkahan. ( 25 markah ) Pembinaan Ujian Membina soalan-soalan ujian yang relevan dan boleh dipertahankan memerlukan kemahiran teknikal dan kreatif. Bincangkan cara-cara untuk menanam sikap suka membaca di kalangan pelajar hari ini. Item ini berupaya mengukur aras kognitif isi yang terbatas. dan hasil pengajaran yang ingin diuji adalah jelas. menilai fakta. Tindak balas yang diberikan itu adalah subjektif dan hanya berbeza dari segi mutu atau merit. Tindak balas lanjutan (TBL) “ Membaca Kunci Kejayaan “. Item jenis esei boleh mengukur peringkat kognitif yang tinggi. Pembinaan soalan adalah mudah sekiranya objektif pelajaran. Gerak balas tersebut memerlukan jawapan yang meluas dan bebas dari segi mengumpulkan fakta. Banyak keputusan yang berkaitan dengan pelajar adalah dilakukan bedasarkan keputusan ujian atau peperiksaan. (a) Nyatakan tiga bentuk pantun dan berikan contoh bagi tiap-tiap bentuk.

guru mempunyai pilihan untuk mengemukakan antara soalan objektif dengan soalan subjektif. ujian objektif dikatakan mempunyai keobjektifan yang paling tinggi kerana semua pemeriksa akan memberi markah yang sama kepada setiap soalan yang dikemukakan. Soalan subjektif pula terdiri daripada soalan tindak balas terhad (jawapan agak pendek) dan soalan tindak balas lanjutan (jawapan panjang yang tidak terhad). Soalan jenis objektif memerlukan sumbangan pelajar dan soalan yang cuma memerlukan pilihan. Sepertimana yang telah dihuraikan di atas tadi. Justeru itu.Dalam menentukan jenis soalan bagi sesuatu ujian. MSJ 2007 32 . soalan objektif adalah jenis soalan yang memerlukan pelajar memberi jawapan yang tepat dan ringkas supaya ia dapat diperiksa dengan mudah dan cepat.

MSJ 2007 33 .

Prinsip-Prinsip Asas Dalam Pengujian dan Penilaian Sesuatu penilaian dan pengujian yang baik dan bermutu ialah penilaian dan pengujian yang hasilnya dapat dimanfaatkan untuk memperbaiki keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya pelajar mengambil ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Memang semua ujian yang dihasilkan akan memberi maklumat yang tepat. diuji dan diukur. ini bermakna bahawa markat atau skor yang diperolehi pelajar akan sentiasa diperoleh tidak kira bila ketikanya pelajar ini mengambil ujian yang sama tersebut. Kesahan ujian merujuk kepada soalan adakah sesuatu ujian itu mengukur apa yang hendak diukur. Begitu juga halnya. maka penilaian dan pengujian yang dapat dianggap mempunyai sifat kesahan yang tinggi ialah apabila keputusan yang ditunjukkan oleh hasil ujian terhadap pelajar tadi dapat menunjukkan bahawa tahap penguasaan bahasa pelajar itu adalah sempurna. maka semakin tinggi nilai kesahan sesuatu instrumen pengujian itu. instrumen penilaian dan pengujian itu dianggap tidak mempunyai nilai kesahan yang tinggi. Kebolehpercayaan ujian pula merujuk kapada soalan adakah sesuatu ujian itu mengukur apa yang diukur dengan tepat. digubal. maka pada dasarnya penilaian dan pengujian itu tidak berjaya mencungkil maklumat sebenar tentang penguasaan bahasa pelajar tersebut. Pelajar yang menduduki sesuatu ujian berulang kali mungkin akan mencapai skor yang lebih baik kerana telah MSJ 2007 ii. Semakan tepat atau semakin hampir maklumat yang diperolehi daripada penilaian dan pengujian tentang keadaan atau kedudukan sesuatu itu dengan keadaan atau kedudukan yang sebenarnya. Ketepatan ujian yang dimaksudkan di sini adalah lebih kepada ketekalan atau konsistensi sesuatu ujian. menilai atau menguji sesuatu yang hendak dinilai. Konsep kesahan dalam bidang penilaian dan pengujian dimaksudkan kepada ketepatan sesuatu instrumen penilaian atau pengujian itu dalam mengukur. Di antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah: i. Sesuatu penimbang atau neraca sebagai alat untuk menimbang berat adalah dikatakan penimbang yang boleh dipercayai jika penimbang itu dapat memberi bacaan yang sama atau tekal (konsisten) bagi berat bahan yang sama di ketika-ketika yang berlainan. katakanlah untuk menguji keluasan dan keberkesanan pengunaan perbendaharaan kata. misalnya butiran-butiran ujian hanya menyentuh tentang penggunaan kata-kata. kalau objektif penggubalan sesuatu instrumen ujian itu bertujuan untuk menilai atau menguji sesuatu yang telah ditentukan secara khusus. penilaian dan pengujian itu mestilah dirancang. Sebagai contoh. Tentunya. kalau tahap penguasaan bahasa yang sebenarnya. yang dimiliki seseorang pelajar itu adalah sempurna. 34 . Kebolehpercayaan Ujian. iaitu berasaskan prinsip-prinsip yang tertentu. Maka dengan itu. secara realiti. Ini bermakna. Penilaian dan Pengujian Itu Mestilah Mempunyai Sifat “Kesahan” (validity). Walau bagaimanapun. untuk mendapatkan hasil yang sedemikian. tidak mungkin pelajar akan mencapai skor atau markat yang sama jika pelajar tersebut mengambil ujian yang sama berulang kali. Ujian juga boleh berfungsi sama dengan penimbang tadi. tetapi kandungan atau butiranbutiran dalam instrumen ujian itu tidak dapat mengukur objektif tersebut dengan tepat. ditadbirkan dan diinterpretasikan dengan sebaik-baiknya. penilaian dan pengujian itu mestilah dapat memberikan maklumat setiap mungkin tentang pencapaian atau prestasi pelajar kesan daripada proses pembelajaran yang mereka lalui. Tetapi kalau hasil penilaian dan pengujian memperlihatkan bahawa penguasaan pelajar itu hanya pada tahap sederhana.

atau disebabkan keletihan mengambil ujian. keadaan ujian perlu dikawal agar tidak timbul selisihan antara pelajar yang mengambil ujian. Dengan kata lain. keadaan persekitaran. Ataupun. Keselarasan keadaan bagi setiap pelajar perlu dipastikan supaya semua pelajar yang mengambil ujian adalah sama. Bagi menjamin kebolehpercayaan ujian yang tingi. cara memeriksa.mempelajari daripada kesalahan yang telah dilakukan hasil daripada ujian kali pertama. semakin bilangan soalan berrtambah. Secara lazimnya. Dari itu. semakin tepat pencapaian sesuatu pelajar. secara am. dari itu skema permarkahan yang jelas perlulah disediakan dan diikuti dengan sepenuhnya oleh semua pemeriksa. pelajar berkenaan akan mencapai keputusan yang semakin menurun hanya disebabkan oleh penurunan motivasi. MSJ 2007 35 . Kawalan punca-punca atau faktor-faktor yang menghasilkan selisihan adalah amat penting dalam pembentukan dan pentadbiran ujian. Punca-punca seperti kesihatan dan emosi calon. maka ukuran ini mempunyai selisihan yang sedikit atau tiada langsung. pengujian dilakukan sebanyak dua kali.  Rumusan Dalam proses pembinaan item ujian beberapa perkara yang berhubungan dengan pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Kebolehpercayaan sesuatu ujian boleh dipertingkat jika prinsip-prinsip berikut diikuti:  Banyakkan soalan agar tidak menggalakkan pelajar meneka (asalkan tidak terlampau banyak). senang difahami dan tidak mengelirukan. pembina item ujian harus memahami terlebih dahulu akan objektif yang perlu dicapai oleh pelajar-pelajar berdasarkan bahan-bahan dalam sukatan pelajaran bagi satu-satu program pengajaran dan pembelajaran itu. dan  Semakin objektif permarkahan maka semakin tinggi kebolehpercayaan. bagi menentukan kebolehpercayaan ujian. bahkan dengan ujian yang mengandungi item atau soalan yang setara.  Semua pelajar yang mengambil ujian perlulah disediakan dengan keadaan yang sama dan selesa supaya mereka dapat menjawab soalan dengan sebaik-baiknya dengan tidak berlaku keadaan tidak adil. Walau bagaimanapun. kemahiran-kemahiran yang akan diuji dan seterusnya aras ujian itu sendiri. Ujian sepatutnya dalam bentuk yang sanggup ditadbir oleh guru seperti ujian bertulis. bukannya dengann ujian yang sama. kandungannya. jika ujian yang diberikan adalah dalam bentuk subjektif seperti ujian esei.  Masa yang cukup perlu diberikan kepada pelajar dan guru untuk membuat persediaan. Di antaranya ialah objektif ujian. dan bilangan soalan yang terlalu banyak boleh menyebabkan pengurangan kebolehpercayaan ujian.  Arahan serta soalan adalah terang. Jika ujian memberi maklumat yang tepat dan konsisten.

Biasanya. Perbezaan antara kedua-dua jenis ujian tersebut pada asasnya berdasarkan skop kemahiran. guru telah mengajar muridnya 10 simpulan bahasa. dan pada akhir bulan itu dia ingin menguji pemahaman muridnya tentang simpulan bahasa yang telah diajar dalam bulan itu.1. seperti selepas satu semester atau satu tahun persekolahan. aspek tertentu dalam tatabahasa seperti dalam penggunaan imbuhan awalan atau/dan akhiran. bacaan dan penulisan.5 Jenis Ujian Terdapat dua jenis ujian. perbendaharaan kata. Contohnya dalam bulan Januari. Baisanya. Ujian Formatif Ujian formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu unit kemahiran atau subkemahiran bahasa yang telah diajar. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif itu diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa.7. Misalnya ujian bahasa yang dibina oleh guru untuk ujian akhir semester dan tahun. atau ujian pembendaharaan kata tentang beberapa sinonim atau antonim yang boleh digolongkan dalam ujian jenis ini. jangka masa pengajaran dan pembelajaran atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji. Biasanya. Ujian Sumatif Ujian Sumatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar secara jangka masa yang panjang. subkemahiran atau sesuatu aspek bahasa yang telah diajar dalam jangka masa yang pendek seperti mingguan atau bulanan. skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut dibina agak terhad dan tidak luas. MSJ 2007 36 . i. semantik dan peribahasa (simpulan bahasa atau/dan perumpamaan). ii. Tujuan utama Ujian Formatif ini dibina dan dijalankan oleh guru ialah untuk menguji kemajuan murid dalam mencapai atau menguasai subkemahiran bahasa dalam membentuk sesuatu kemahiran bagi bacaan dan kefahaman. Ia berbentuk khusus dan terhad hanya kepada unit tertentu dalam pendidikan bahasa. kemahiran-kemahiran bahasa yang diuji adalah banyak dan menyeluruh seperti lisan. Aspek-aspek bahasa yang lain seperti tatabahasa. dan seumpamanya kerap juga menjadi bahan ujian dalam ujian bahasa yang bercorak sumatif. iaitu ujian formatif dan ujian sumatif. atau oleh Lembaga Peperiksaan bagi tahap penting persekolahan seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi penghujung persekolahan menengah rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi penghujung persekolahan menengah dan menengah atas adalah merupakan ujian bahasa yang bercorak sumatif. Oleh kerana skop pengajaran dan pembelajaran berbentuk Ujian Formatif itu diasaskan dan dibina secara terhad maka ujian tersebut sudah semestinya tidak menyeluruh dalam semua kemahiran atau aspek bahasa. ujian tersebut berasaskan sesuatu kemahiran.

kemajuan dan • menentukan kriteria pemilihan prestasi dalam satu/ beberapa bidang. Dibentuk khas 7. Peperiksaan akhir tahun 7. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu. Ujian bulanan/lembaran kerja 7.Rujukan norma 8. I. Portfolio i. SPM 2. psikomotor dan afektif 4. Pensijilan atau penggredan 2. Perbezaan Fungsi Masa Penekanan Sifat Kesukaran Alat Jenis ujian Pelaporan Contoh Ujian sumatif 1. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.sukar 6.1. Beraneka jenis 5. bermakna dan tidak menakutkan pelajar. UPSR. Pada akhir unit/kursus 3. • menentukan penilaian MSJ 2007 37 .iii. Gagal/lulus 9.6 Kaedah Penilaian Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel. Terhad kepada tugasan 5. PMR. Perbezaan ujian formatif dan sumatif Ujian formatif 1. Apakah Porfolio? Koleksi ini meliputi: Portfolio ialah satu cara mengumpul koleksi pelajar • memilih kandungan yang menunjukkan usaha pelajar. guru perlu didedahkan kepada pelbagai cara untuk menjalankan penilaian di dalam bilik darjah dengan lebih berkesan. langkah-langkah untuk memastikan penilaian itu adalah sah dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi hendaklah ditekankan. Pelajar yang lemah pula akan dibimbing dalam program pemulihan supaya dia dapat memperbaiki prestasinya. Maklum balas kepada pelajar dan guru: kemajuan dan kelemahan. kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Rujukan kriteria 8. Senang . Seterusnya. pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang akan dibimbing dan diberi peluang untuk integrasi menegak supaya potensinya dapat dimaksimumkan. Untuk itu. Dengan demikian. Berubah-ubah 6. Kognitif 4. Jumlah skor 9. Sepanjang pengajaran Kognitif.

merupakan satu sistem pelbagai dimensi yang memberi gambaran lengkap tentang kebolehan dan perkembangan pelajar ( Harlin. Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik. matlamat. 1992). Juga. Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara autentik. Digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred. Kesimpulannya.• refleksi kendiri pelajar Portfolio juga terdiri daripada bahan-bahan yang menunjukkan kemajuan pelajar terhadap pencapaian matlamat pembelajaran untuk satu jangka masa (Ryan & Kuhs. • • MSJ 2007 38 . Ciri-Ciri Portfolio • • Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional. pengalaman dan harapan. portfolio merupakan satu bentuk sejarah pembelajaran pelajar yang didokumentasi dan diperkukuhkan dengan bukti-bukti hasil kerjanya dan kesedaran baru melalui penulisan reflektif ( Shulman. halatuju. 1992). Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi. Memuatkan catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang sudah dibuat untuk menentukan tindakan susulan. komen dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran. • menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar. Kegunaan Portfolio Portfolio digunakan untuk: • • • • menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment). Hasil kerja didokumentasikan dalam pelbagai bentuk yang boleh menunjukkan keasliaannya. menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan (performance assessment). Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja yang original melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja lapangan (field work). menilai secara sumatif pembelajaran pelajar. Tujuan Portfolio Tujuan portfolio ialah untuk: • • • memberi peluang pelajar mendokumentasikan kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan. prosedur kerja. Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan. 1993).

bahan fotostat yang berkaitan gambar foto nota kuliah carta/ graf/ jadual bibliografi B. c. Bahan Bukti Bertulis Bahan tulisan hasil usaha pelajar secara individu atau secara kolaboratif. senarai semak ii.• Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif. Kandungan Portfolio • • • • • • • Sampel tulisan pelajar Laporan tinjauan buku Rakaman video Sampel aktiviti komputer Senarai buku rujukan Projek atau kerja kursus Markat-markat ujian Jenis A. surat/ sijil pengiktirafan i. Bahan Bukti Perlakuan Bahan bukti perlakuan (performance) pelajar yang menunjukkan prestasinya dalam bidang yang berkenaan dengan tugasnya. MSJ 2007 39 . rakaman audio-video iv. Bahan yang dimuatkan mestilah menunjukkan proses dalam penghasilannya. Bahan Sokongan Bahan sokongan sebagai lampiran atau ilustrasi untuk mengukuh dan memantapkan hasil tulisan. kertas kerja artikel/ esei catatan nota perancangan/ jadual kerja skrip jawapan ujian surat yang ditulis oleh pelajar pengurusan grafik petikan jurnal penulisan/ komen refleksi i. laporan kemajuan • P&P di bilik darjah • Di padang ( mata pelajaran PJK) • Di makmal ( Sains) • Di bengkel KH/ ERT iii. borang prestasi. Cadangan Bahanbahan Bukti Portfolio Contoh Jenis Bahan i.

• Kandungan bukan sahaja hasil akhir tetapi termasuk juga bukti proses yang dilalui untuk menghasilkannya. Produk Pengajaran: • Aktiviti rekabentuk guru • hafazan Satu skor sahaja. lakaran. muktamad. • Mengandungi catatan. • Menggalakkan perkembangan diri melalui proses refleksi. Judgmental: paksa pelajar untuk belajar. • Bahan dalam portfolio menggambarkan pencapaian pelajar mengenai hasil pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran. guru: Sepanjang proses dan ada masa mengubah • • • • • • Pelbagai tugasan multimedia multidimensi autentik informal Bersepadu dalam rutin kelas untuk c. Penilaian Tradisional Sumatif: rumusan apa yang telah berlaku. • • • Penilaian Portfolio Formatif: menjana input Developmental: diagnostik Proses Pengajaran: • Aktiviti rekabentuk pelajar • Pemikiran dan bersepadu Komen dari rakan sebaya. • Kebanyakan bahan dipilih oleh pelajar. • Memberi peluang kepada guru untuk melihat dan membuat refleksi mengenai keberkesanan proses pengajaran.Jenis-jenis Portfolio a. tidak boleh ubah. Portfolio Hasil • Menggambarkan pencapaian objektif pembelajaran dalam satu-satu bidang pembelajaran. Portfolio Dokumentari • Koleksi kerja pelajar yang dikumpulkan khusus untuk penilaian. b. • Koleksi bahan yang dipilih khas untuk menggambarkan hasil terbaik seseorang atau kumpulan pelajar • Hanya mengandungi hasil akhir. Portfolio Kerja • Koleksi hasil kerja harian pelajar. deraf awal. hasil akhir. Perbezaan Antara Penialain Tradisional Dengan Penilaian Portfolio Dimensi Tujuan Ujian Fokus Maklum balas Tujuan Ujian Kertas dan pensel Skop sempit formal Pengurusan Ambil masa untuk tentukan keputusan MSJ 2007 40 . • Bahan bukti mencerminkan pencapaian pelajar.

• Memerhati untuk jangka pencdek dan jangka panjang. afektif. • • • ii. • dibuat oleh pelajar ( individu/ kumpulan) untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran. meliputi aspek kognitif. Pemerhatian Pemerhatian ialah: dilakukan secara berterusan tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajran. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/ pelajar merancang tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seperti: • menjalankan aktiviti pemulihan/ pengukuhan. psikomotor.Bilik Darjah Garis Panduan Rujukan Norma • Maklum balas semerta Rujukan Kriteria • II. • Memerhati apa yang telah dirancang secara ‘open ended’. psikomotor. rekod anekdot. • meningkatkan motivasi pelajar. b. rubrik yang merangkumi aspek kognitif. • menyesuaikan jangka masa pemerhatian dengan keadaan dan keperluan. • gobal atau analitik mengikut objektif pemerhatian. afektif. bahan dan persekitaran • mengambil tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan. iv. Boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi masingmasing. rekod anekdot dan rekod profil. faktor bahan dan persekitaran. Jenis Pemerhatian Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai/ diperhati iaitu: • Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran (interpretasi) dan tanggapan (judgment). Fungsi Pemerhatian a. iii. • menggunakan instrumen seperti senarai semak. Strategi Pemerhatian Strategi pemerhatian dilakukan secara: • berterusan mengikut keperluan yang dirancang. Boleh dilaksanakan dengan instrumen seperti senarai semak. Diperhatikan secara menyeluruh. skala kadar. Penilaian melalui pemerhatian boleh: • digunakan oleh guru untuk melihat perkembangan individu/ kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran. MSJ 2007 41 . • dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek.

Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat refleksi terhadap keberkesanan peranan sendiri sebagai penyampai maklumat.perlukah tugasan itu dinilai secara berproses. Misalnya. Kontrak Pembelajaran atau dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan. para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari. MSJ 2007 42 . iaitu: • • • • Bentuk akhir tugasan yang dihasilkan . rakan sebaya. Biasanya terdapat kompromi dalam kriteria di atas. • menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan perancangan. • mengesan tahap penguasaan bahasa pelajar. dan bila tugasan itu perlu disiapkan .• mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri yang sesuai dengan minat dan keupayaan serta prestasi pelajar. secara bertulis. III. bagaimana pembelajaran itu akan dilaksana dan dihasilkan dalam jangka waktu dan juga corak penilaian tugasan yang ditetapkan sendiri oleh individu berkenaan. • mengesan sama ada strategi pengajaran guru memberi kesan yang positif. penolakan jumlah markah tertentu akan dibuat sekiranya didapati ada individu di dalam sesuatu kumpulan enggan memberi kerjasama kepada kumpulannya. Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak telah bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria-kriteria yang disenaraikan. pendidik dan mentor.Adakah secara individu atau berkumpulan? Jika berkumpulan. d. • mengesan kemampuan / tahap pemikiran pelajar. pemudahcara. atau pada hasil akhirnya sahaja? Jika berproses. • mendapatkan petunjuk untuk mengesan sikap pelajar terhadap pelajaran. Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran Pengenalan Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri.Tahap manakah tugasan itu perlu disiapkan? Bagaimana tugasan itu akan dilaksanakan . Antara kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran. bagaimanakah input yang diharapkan daripada setiap individu yang terlibat? Berapa lama. dan diri sendiri. bagaimanakah pula penilaian dibuat pada setiap proses? Konsekuen yang akan diterima oleh pihak yang gagal memenuhi/mematuhi kontrak tersebut. Kriteria ini ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas. c. Pemerhatian yang terancang membantu guru: • mengetahui sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran dan apakah yang mendorong/ menolak minat tersebut. Persetujuan ini biasanya meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan penghasilan tugasan yang berkenaan.

f. b.ii. kaedah. h. laporan kajian. menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri. dan kemudiannya manamana yang paling sesuai dan dipersetujui oleh guru. menentukan bagaimana dan pada tahap mana pencapaian matlamat pembelajaran/tugasan akan dinilai. Penilaian objektif tugasan  objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan strategi perlaksanaannya. rencana dsb. d. atau  beberapa set objektif disarankan oleh guru. b. g. iv. menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri. dan sistem penggredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan yang berkenaan. Penilaian  MSJ 2007 43 . mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut. i. menetapkan jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya. Antara cara-caranya ialah: a. membuat refleksi bukan sahaja pada akhir tugasan tetapi juga pada sepanjang proses kerjanya iaitu dari awal hingga ke hasil terakhir. atau  pelajar merangka beberapa objektif. Fungsi Kontrak Pembelajaran Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan pelajar: a. e. pelajar menyatakan gred akademik yang diharapkan. Hasil Pembelajaran  pelajar yang berkenaan bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran bentuk tugasannya sama ada dalam bentuk portfolio. dalam kontraknya. dan penilaian tugasan yang berkenaan. menghasilkan kerja yang terancang. atau c. mengenal pasti dan merekod.  jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan terlebih dahulu oleh guru. mempamerkan bukti yang menunjukkan bahawa objektif telah tercapai. pelajar kemudian memilih mana-mana yang difikirnya paling sesuai. Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan? Kontrak ini boleh digunakan dalam pelbagai cara mengiut tahap penglibatan pelajar dalam menentukan objektif. c.

Sesetengah kursus/tugasan/projek memerlukan kontrak yang amat formal. dan kompromi di antara guru dan pelajar tersebut. ataupun ditetapkan oleh guru dan dibentangkan kepada pelajar semasa membuat ‘negotiation’ sebelum mematrikan kontrak tersebut. anda perlu ingat bahawa: • Dalam kontrak pembelajaran. Penilaian dibuat oleh individu berkenaan dan rakan sebaya. d. berdasarkan syarat-syarat atau kriteria tertentu. Kontrak ini kemudian akan menjadi dokumen yang akan mengingatkannya tentang objektif/tujuan kerjanya. Format senarai semak boleh dibuat mengikut keperluan kursus. • Bagi setiap kontrak pembelajaran.   sistem penggredan dan kaedah penilaian keseluruhan proses dan hasilan tugasan ditentukan oleh guru. Guru juga memberi kata putus terhadap gred akhirnya mendapat persetujuan ketiga-tiga pihak yang terbabit. atau gred terakhir boleh dibincangkan. tugasan dan persetujuan bersama oleh kesemua pihak yang terlibat. Format / Bentuk Keperluan tugasan/kontrak pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikut keperluan kursus/tugasan dan pihak yang terlibat. sementara penggredan perlu dikawal oleh guru agar kesahannya tidak terjejas. Senarai semak ini mesti disusun bersama penghasilan dan penilaian tugasan. yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi (selepas dipersetujui bersama oleh semua pihak yang terlibat dalam penghasilan dan penilaiannya). Kemudian dia akan memastikan pula kaedah dan prosedur serta jangka waktu yang akan diambil olehnya pada tahap tertentu dalam proses menyempurnakan tugasan/projek/kerja tersebut. • Untuk membuat kontrak pembelajaran. terlebih dahulu peserta akan menentukan matlamat yang akan dicapainya pada akhir kerja atau tugasan yang berkenaan. senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaannya. MSJ 2007 44 . atau ditetapkan oleh guru sahaja. Kesemua rancangan ini akan dirakamkan di dalam bentuk kontrak pembelajaran yang ditandatangani sendiri. dan bagaimana penggredan dibuat perlu juga dilampirkan. tahap kerja yang telah disempurnakan di samping memberi maklumat tentang apa yang perlu dibuatnya. kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak formal tetapi terancang dan jelas. penilaian selalunya berpusatkan pelajar. Sebaliknya. Seperkara lagi.

. Jangka waktu pelaksanaan peringkat ini Bagaimana penilaian bagi peringkat ini dibuat catatan Tandatangan kendiri ..................... ii.......................................... Nama: IV....................................... Penilaian Melalui Projek Pengenalan Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar( Wiggins....................------------------------------------------------------------- Perkembangan Peringkat Apa yang saya mahu capai pada peringkat ini Bagaimana saya akan laksanakan peringkat ini....... Ciri-Ciri Penilaian Projek MSJ 2007 45 ... 1989)................. i.....................................Contoh Format Kontrak Pembelajaran Individu KONTRAK PEMBELAJARAN Mata Pelajaran : ...------------------------------------------------------------3...................................................................... Nama : ................... Objektif : 1......-------------------------------------------------------------2......... ......... Nama: Tandatangan guru . Tugasan : ... Nama: Tandatangan rakan sebaya .. Tahun / Tingkatan : ..........

bermakna dan MSJ 2007 46 . membina model. melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji. minat dan nilai diperoleh melalui kaedah bukan ujian ( pemerhatian. • Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar. Penilaian Melalui Ujian.membuat / menyediakan projek . i. Pengenalan Penilaian memerlukan bukti dan maklumat secara kuantitatif dan kualitatif sebelum satu pertimbangan mengenai perkembangan dan prestasi pelajar dapat dibuat.integrasi pengetahuan . Penilaian di sekolah perlu memberi peluang pelajar mengembangkan potensinya secara bebas. dll). Tiada didapati satu jawapan yang benar. poster atau model. Untuk mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel. • Pelajar dikehendaki melibatkan diri secara aktif: . • Tugasan prestasi – drama. • Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji / membentukkan sesuatu • Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu • Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah • Aktiviti yang bermakna Dengan itu penilaian projek ini dapat : • mengulkur proses meta-kognitif dan sikap pelajar.kemahiran merancang . • Sintesis pengetahuan yang dikumpul dan menilai pembelajaran. persembahan. Jenis-jenis Penilaian Projek • Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis ( main peranan). Maklumat yang bersifat kuantitatif tentang pelajar lebih mudah diperoleh melalui pelbagai ujian manakala maklumat kualitatif seperti sikap. • Peluang menilai pelajar dalam: . perlakuan. • Membantu pelajar mengesan bidang-bidang kelebihannya dan menggunakan kelebihan ini sebaik mungkin. • Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian alternatif. visual.kreativiti .• Projek / tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan. projek. • Portfolio – koleksi tugasan berdasarkan prestasi. • Memperoleh skor yang diberi berdasarkan kriteria spesifik.kumpulan koperatif • Pelajar boleh menjalankan tugasan secara individu atau berpasukan. • Extended tasks assignment – menulis puisi. iii. kinestetik) • Menggunakan jangka panjang. lakonan.kebolehan membuat tugasan bersama orang lain. portfolio. V.

MSJ 2007 47 . kaedah Computer Adadtive Testing (CAT) dapat melaksanakan tugas pengujian ini dengan berkesan. serta kepelbagaian cara supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Untuk memastikan item pool atau bank item yang mengandungi item pelbagai strand atau kemahiran yang bermutu dari semasa ke semasa. Analisis item yang dijalankan selepas sesuatu ujian atau praujian membantu dalam hal pemilihan item. menimbulkan kesediaan. Sebelum mentadbirkan ujian. Penilaian formatif dapat mengesan kejayaan dan kegagalan pembelajaran pelajar serta dapat mengukur kemajuan pelajar setelah mereka melalaui satu-satu unit pelajaran. guru juga boleh mendapatkan gambaran prestasi keseluruhan pelajar bagi menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penilaian sumatif. menimbulkan celik akal. Ini bermakna pelajar yang berprestasi cemerlang diberi peluang diintegrasikan pembelajarannya secara menegak (vertical integration) mengikut tahun / tahap yang lebih tinggi dan diintegrasikan secara mendatar (horizonatal integration) mengikut unit-unit pembelajaran yang lebih tinggi dalam tahun/tahap yang sama. penilai perlu mengambil kira keperluan dan kemampuan individu. boleh mengambil ujian yang sama. tindakan susulan serta merta akan diambil bagi memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki kemahiran dan pengetahuan yang belum dikuasai mengikut kemampuan (patching) sehingga membolehkannya mengikuti unit pembelajaran seterusnya. Kedua-dua penilaian formatif dan sumatif saling membantu untuk membentuk satu program penilaian yang berkesan. Manakala pelajar yang berprestasi rendah. Strategi berikut boleh dijadikan panduan semasa merancang ujian jenis objektif. Tindakan susulan juga dapat dibuat serta merta. Ujian yang baik perlu ada item yang bermutu. Penilaian seumpamana ini sedang dilakukan oleh Lembaga Peperiksaan. Satu kumpulan item ( item pool) yang besar akan memastikan guru memperoleh item yang diperlukan dari semasa ke semasa. Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelbagai jenis ujian dan item yang bermutu dibina Analisis item dijalankan untuk memastikan item bermutu dipilih Perancangan Ujian Aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan ujian termasuk unsur-unsur motivasi. ini akan menjadi motivasi kepada seseorang pelajar untuk meningkatkan pencapaian supaya selaras dengan pencapaian pelajar lain. Pencapaian pelajar direkod dalam Laporan Prestasi dan Rekod Profil untuk memudahkan guru mengikuti perkembangan pembelajaran setiap pelajar. Dengan cara multiple dilevery. Pelajar yang berlainan gred misalnya. dan sentiasa bersedia untuk mengambil peperiksaan seterusnya. • • ii. perkara berikut perlu dilaksanakan. Pada akhir sesuatu tempoh semester atau tahun. mencabar minda. Dengan alat perkakas dan sumber yang sesuai serta perisian dan bank item yang besar.tidak menakutkan pelajar. sudah pasti perlu merancang beberapa strategi supaya ujian itu dapat mengukur perkara yang hendak diukur. mengurangkan tekanan. refleksi.

ii. MSJ 2007 48 . iii. : Tahukah bidang yang akan dinilai? Aspek kognitif. Mendiagnos kekuatan dan kelemahan seseorang pelajar. iii. Langkah 2 i. Aspek afektif. Menilai kemahiran prasyarat. Merancang program pemulihan dan pengayaan. iv. Menilai tahap penguasaan ilmu.Langkah 1 : Tahukah tujuan ujian? i.nilai/sikap Aspek kemahiran: • pedagogi • pemudahcaraan • berfikir • belajar • teknologi maklumat (IT) Aspek personaliti • tingkah laku • gaya kognitif • pelbagai kecerdasan ( mutiple intelligences) • kecerdasan emosi ( emotional intelligence) iv. ii.

. skala Linkert. Dialek . dan senarai semak. Sebutan 1.bah. B...pikiak .1. Struktur Ayat lama-lama pandailah kau orang jawab sajalah itu latihan ini cakap banyak pulak bolehlah bah.tu .. Bukan penutur jati.. Ada antaranya telahpun dihuraikan dalam tajuk pembinaan item dan kaedah menilai bahasa seperti kloz.7 Instrumen Penilaian Terdapat beberapa alat atau instrumen untuk menilai kemahiran bahasa .. Ini adalah kerana setiap alat atau instrumen mempunyai keberkesanan masing-masing untuk mengukur kemahiran bahasa yang berbeza juga. penyoalan..cigu . Contoh instrumen pengujian yang lain ialah rubrik.7.. Jenis-jenis Alat/ Instrumen Penilaian Bahasa i. dan pengurusan grafik.baghu 2. Adalah perlu diingat bahawa kesesuaian alat dan kaedah serta tujuan penilaian adalah penting untuk memperoleh kesahan dan kebolehpercayaan pengujian.       Penutur bahasa kedua Pengaruh dialek Pengaruh bahasa pasar Guru yang tidak menggunakan bahasa baku Murid yang mempunyai pelbagai latar belakang bahasa/dialek Mana-mana yang sesuai. PMT (50%) : (15 markah) MSJ 2007 49 .. Rubrik Soalan 1: (30 markah) ISI (20%) : (6 markah) Tugasan 1 (4 markah) (5 markah) A.

      RUBRIK Soalan 1 Markah / Gred Kriteria  Menyatak an 4 kesilapan perkataan  Dapat menyenarikan 4 kesilapan struktur ayat dengan jelas 90-100 A 80-89 A7579 B+ 70-74 B 65-69 B60-64 C+ 55-59 C 50-54 C 40-49 D+ 30-39 D 0-29 E Penguasaan Isi Kandungan (20%)  Dapat menyatakan 3 kesilapan perkataan.  Dapat menyatakan 4 perkataan  Dapat menyatakan 4 perkataan  Kurang jelas dan tepat. Kesilapan ejaan yang minimum.Tugasan 2 ( 2 markah) 1. kumpulan dan kelas. KOMINIKASI (10%) : ( 3 markah) Penggunaan ayat yang gramatis.  Aktiviti berpasangan. predikat. KEFAHAMAN KONSEP (20%) : (6 Markah) Menyatakan punca berlakunya kesilapan.  -0-1 perkataan  2 ayat  kurang tepat dan kurang jelas.    Latih tubi Latih tubi pasangan minimal Latih tubi pemintal lidah Latih tubi tukar ganti (10 markah) latih tubi pasangan minimal  Menyatakan perkataan yang hampir sama bunyi dengan perkataan dalam petikan. MSJ 2007 50 . Dapat menjelaskan teknik yang dipilih. kumpulan dan kelas Latih tubi pasangan pemintal lidah  Dapat menyenaraikan perkataan yang bermasalah: [r]  Proses pengulangan: dari perlahan – semakin cepat.   Dapat menyatakan 2 perkataan Dapat menyatakan 2 struktur ayat Dengan jelas dan tepat. Ayat  Latih tubi tukar ganti  Menyediakan rajah tukar ganti : subjek. Pemilihan perkataan yang sesuai. Contoh: orang-orang  Contoh aktiviti: ulangan sebutan secara individu.  Dapat menyenaraikan 3 kesilapan ayat dengan jelas dan tepat. Mematuhi prinsip teknik latih tubi.

MSJ 2007 51 . Markah /Gred Kriteria Penguasaan Kemahiran Proses Berfikir (50%) 90-100 A 80-89 A- 7579 B+ 70-74 B 65-69 B- 60-64 C+ 55-59 C 50-54 C 40-49 D+ 30-39 D  0-29 E Kemahiran Komunikasi (20%)  dapat menyatakan 5 punca berlakunya kesilapan  dapat memberi 3 contoh aktiviti latih tubi pasangan minimal  dapat memberi 2 contoh latih tubi tukar ganti  peneranga n jelas dan tepat  Persembahan sangat tersusun dan menarik  Penguasaan bahasa sangat baik  Pengelolaan hujah sangat mantap  Dapat menyatakan 4 punca berlakunya kesilapan  Dapat memberi 2 contoh aktiviti latih tubi pasangan minimal  Dapat memberi 2 contoh latih tubi tukar ganti  Penerangan tepat dan jelas.persembahan yang tidak tersusun  penguasaan bahasa dan pengelolaan hujah lemah.   Dapat menyatakan punca berlakunya kesilapan  Dapat menyatakan teknik yang dipilih  Mematuhi prinsip penggunaan teknik Tepat tetapi kurang jelas Dapat menyatakan punca berlakunya kesilapan  Dapat menyatakan teknik yang dipilih  Mematuhi prinsip penggunaan teknik Kurang tepat dan kurang jelas. Dapat memberi contoh latih tubi tukar ganti Penerangan tepat jelas.  .    Dapat menyatakan 1 punca berlakunya kesilapan Dapat memberi 1 contoh aktiviti latih tubi pasangan minimal Tidak dapat memberi contoh Penerangan kurang tepat dan kurang jelas.   Persembahan yang memuaskan Penguasaan bahasa dan pengelolaan hujah memuaskan.Kefahaman Konsep (20%) dapat menyatakan punca berlakunya kesilapan  dapat menjelaskan teknik yang dipilih  mematuhi prinsip penggunaan teknik penerangan jelas  . Dapat memberi 2 contoh aktiviti latih tubi pasangan minimal.   Dapat menyatakan punca berlakunya kesilapan  Dapat menyatakan teknik yang dipilih  Mematuhi prinsip penggunaan teknik Tidak menjawab /menjawab kurang jelas. dapat menyatakan punca berlakunya kesilapan  dapata menyatakan teknik yang dipilih  mematuhi prinsip penggunaan teknik penerangan masih jelas.   Dapat menyatakan 3 punca berlakunya kesilapan  Dapat memberi 2 contoh aktiviti latih tubi pasangan minimal  Dapat memberi 2 contoh latih tubi tukar ganti  Penerangan tepat jelas  Persembahan kurang tersususn dan menarik  Penguasaan bahasa dan pengelolaan hujah kurang mantap    Dapat menyatakan 2 punca berlakunya kesilapan. Persembahan baik dan menarik  Penguasaan bahasa baik dan pengelolaan hujah mantap.

iaitu secara formal atau tidak formal dengan pelbagai bentuk pentaksiran dan pelbagai jenis instrumen yang sesuai dengan kemahiran berbahasa. MSJ 2007 52 .Rumusan Penaksiran dan penilaian kemahiran bahasa dan aspek bahasa wajar dijalankan secara berterusan. Tegasnya. bahan pengajaran dan pembelajaran serta pendekatan pengajaran yang digunakan. Penilaian berterusan perlu dijalankan secara sistematik dan bijak kerana penguasaan kemahiran berbahasa dan aspek bahasa tidak berlaku dengan serta merta tetapi merupakan proses developmental. sepertimana yang telah dihurai dan perbincangkan terdahulu. jelaslah bahawa dalam pengajaran bahasa. penilaian adalah sama pentingnya dengan sukatan pelajaran. Penilaian sangat penting untuk memastikan bahawa objektif pengajaran tercapai.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful