PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA.

1.0 Pengenalan Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh rakyat berbilang kaum daripada pelbagai latar belakang budaya yang hidup aman dan damai bersama. Integrasi antara kaum ini seterusnya membentuk budaya Malaysia. Budaya ini menjadi sebahagian daripada budaya pendidikan di sekolah yang turut meliputi budaya dari segi lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan yang diterima, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina. Justeru itu, bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, adalah penting bagi guru dan pihak sekolah untuk membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Guru perlulah kreatif dan bijak dalam menyediakan pelan bilik darjah yang mesra budaya. Umur, tahap persekolahan, minat dan keperluan murid-murid dalam kelas tersebut perlulah diambil kira dalam penyediaan pelan bilik darjah ini. Hasil daripada pembelajaran dalam persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ini, kita dapat melahirkan murid-murid tanpa mengira latar belakang sosio budaya yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Murid-murid ini seterusnya akan membentuk masyarakat yang harmonis dan aman serta berjaya.

2.0 Konsep budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia Konsep kebudayaan sangat meluas, merangkumi pelbagai komponen dan boleh dianalisis melalui pelbagai cara (Berry, 2000). Perkataan budaya adalah berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit, ³budhi´ dan perkataan Melayu iaitu ³daya´. Perkataan ³budhi´ membawa maksud kecergasan fizikal dan akal, manakala perkataan ³daya´ bererti kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh.

Budaya itu sendiri boleh mempengaruhi identiti. keturunan. budaya boleh memberi maksud gabungan kecergasan pemikiran. Kebudayaan turut diwarisi daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan dalam masa yang sama budaya itu boleh mengalami pengubahsuaian mengikut persekitaran semasa. beliefs. bahasa. Goodnow. kepelbagaian budaya antara kelompok murid adalah daripada sudut lokasi. pendidikan yang diterima. budaya merupakan cara hidup yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat merangkumi cara pemikiran. kuasa. 1995). kesenian. Di samping itu. Takrifan lain bagi budaya adalah hasil interaksi antara beberapa kumpulan masyarakat dengan persekitaran melewati satu tempoh masa yang lama iaitu banyak tahun. Keseluruhannya. Di sekolah. kepercayaan dan kerajaan (Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Maskon. adat resam. budaya turut meliputi peralatan dan kelengkapan. ekonomi. sistem pengetahuan.Santrock (2007) mendefinisikan budaya sebagai ³the behaviour. kepercayaan dan jantina. Penyelesaian ini seterusnya menjadi amalan sekelompok masyarakat yang kemudiaannya dijadikan sebagai sebahagian daripada budaya setempat yang diwarisi daripada satu generasi ke generasi seterusnya. kuasa politik. dan tingkah laku sosial ahlinya (Bornstein. 1999. adat resam. sistem ekonomi. and all other products of a particular group of people that are passed on from generation to generation´. tingkah laku. politik dan pendidikan. patterns. tenaga serta pengaruh seseorang individu boleh mencetuskan buah fikiran yang mampu memahami seterusnya menyelesaikan sesuatu permasalahan. 2010). cara pembelajaran. John W. sistem kemasyarakatan.H. . kepercayaan. sistem sosial. pekerjaan ibu bapa.. bangsa. bahasa. status ekonomi. M. sosial.Cantuman perkataan-perkataan ini.

4. hasrat melahirkan masyarakat 1 Malaysia akan tercapai. kepercayaan. bahasa.0 Kepelbagaian sosio-budaya dan implikasinya dalam pengajaran dan pembelajaran Bagi skop pendidikan masa kini. adat resam dan jantina. guru memainkan peranan besar dalam menyediakan persekitaran efektif yang mampu merangsang perkembangan murid dalam pembelajaran. Masyarakat di Malaysia mempunyai pelbagai sosio budaya yang boleh diklasifikan berdasarkan perbezaan bangsa.3. Murid-murid di sekolah wajar didedahkan dengan kepelbagaian sosio budaya dalam masyarakat bagi mewujudkan pembelajaran yang kondusif dalam persekitaran yang mengandungi pelbagai sosio budaya. Pendidikan di sekolah adalah mengikut acuan budaya masyarakat. Marzano (2003) berpendapat tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding dengan polisi sekolah berkenaan kurikulum. penilaian kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat. Sudah menjadi tanggungjawab guru di negara ini untuk mendidik muridmurid mengikut acuan budaya Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang berbudaya Malaysia. struktur masyarakat atau kelas sosial. Ini adalah penting untuk interaksi dan penyesuaian diri murid-murid itu dalam suasana masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dengan pelbagai latar belakang budaya. . Disebabkan itu. Ini menunjukkan budaya masyarakat memberi pengaruh yang agak besar kepada suasana dan cara didikan murid-murid di sekolah.0 Pembinaan pengajaran dan pembelajaran serta persekitaran bilik darjah yang mesra budaya Pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang mesra budaya akan menggalakkan interaksi dan integrasi di kalangan murid dalam situasi yang kondusif. budaya di sekolah adalah cermin kepada budaya masyarakat. Seterusnya melalui pendidikan sebegini.

Dari segi fizikal. selesa. penggunaan ruang dalam bilik darjah. . emosi murid perlu diurus dengan baik bagi mewujudkan pembelajaran yang berkesan melalui teknik mengajar yang bersesuaian. Secara tidak langsung. kepada pembelajaran yang menyeronokkan. pemilihan tajuk pembelajaran dan contoh yang berkaitan kepelbagaian budaya perlu digunakan. pengurusan sosio-emosi yang berkesan juga perlu diseimbangkan. Justeru itu. serta pengudaraan dan pencahayaan yang cukup. segar. peralatan asas yang mencukupi. bahan bantu mengajar dalam keadaan baik. mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid (Woolfolk. Nilai-nilai murni seperti kerjasama. Elemen-elemen ini sekiranya diaplikasikan dalam bilik darjah dapat mewujudkan persekitaran mesra budaya dan dapat merangsang pembelajaran murid-murid. motivasi.Dua aspek penting yang perlu diambill kira semasa membina persekitaran ini ialah aspek fizikal dan sosio-emosi. ganjaran dan peneguhan serta menitikberatkan kebajikan serta keperluan murid. Penyediaan persekitaran fizikal yang baik boleh mengubah suasana belajar yang membosankan. kurang selesa dan tidak ceria. Ini boleh diterapkan melalui teknik pengajaran yang lebih berorientasikan murid bagi mewujudkan lebih interaksi dan kerjasama antara murid-murid daripada pelbagai latar belakang budaya. guru perlu merancang susunan kedudukan dan susunan kerusi meja yang bersesuaian. murid perlu didedahkan dengan pengetahuan mengenai kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Disamping itu. Selain daripada itu. Motivasi atau kuasa dalaman akan membangkit. Keadaan fizikal yang baik sahaja tidak mencukupi untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran. tumpuan murid terhadap pengajaran serta rangsangan belajar di kalangan murid meningkat. 1990). kasih sayang. ceria. setiakawan juga perlu disuburkan dalam diri murid-murid tanpa mengira bangsa dan agama. Guru juga seharusnya tidak bersikap pilih kasih dan lebih sensitif dengan tidak menyentuh perkara-perkara sensitif bagi mana-mana murid.

5. plug elektrik dan papan putih dalam bilik darjah. pergerakan murid menghadap papan putih turut diminimumkan bagi memberi keselesaan kepada murid-murid. Susunan ini turut menggalakkan pembelajaran berorientasikan murid yang membolehkan murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran. (1) Meja guru Meja guru diletakkan di hadapan kelas. terdapat beberapa elemen yang boleh membawa kepada persekitaran mesra budaya di dalam bilik darjah. . (2) Rak guru Rak guru diletakkan di sebelah meja guru bagi kemudahan guru untuk menyimpan bahan bantu belajar termasuk CD untuk kegunaan murid. tingkap sebagai sumber cahaya dan udara. Dalam pelan lantai bilik darjah yang saya bina. Ini dapat membantu saya untuk merancang susun atur bilik darjah. menghadap meja murid bagi membantu berlakunya kontek visual antara murid dan guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. (3) Meja murid Meja murid disusun mengikut kumpulan berempat berbentuk V supaya memudahkan berlakunya komunikasi antara ahli dalam kumpulan. sebaliknya diletakkan di sebelah tingkap bagi memberi pencahayaan dan pengudaraan yang cukup untuk keselesaan guru. Di samping itu. susun atur sebegini memudahkan murid menjalankan aktiviti berkumpulan.0 Pelan lantai bilik darjah mesra budaya Sebelum melakar pelan ini. di samping mengekalkan kontek visual antara guru dengan murid. Meja murid juga tidak diletakkan di depan pintu. Keselesaan guru dapat merangsang semangat untuk guru mengajar dalam emosi yang positif. Meja ini tidak diletakkan di sebelah pintu supaya laluan keluar masuk tidak terhalang. Kedudukan meja guru adalah di bahagian tepi kelas bukan di tengah supaya penglihatan murid pada papan putih tidak terhalang. Dengan susunan berbentuk V. saya terlebih dahulu mengenalpasti kedudukan pintu.

. Rasionalnya adalah supaya semua murid dapat menikmati kemudahan ini. peta. Peraturan penggunaan ruangan ini turut dibina seperti bahan bacaan tidak boleh dikeluarkan daripada kelas. surat khabar. pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dan mengelakkan berlakunya kerosakan atau kemalangan. Bahan-bahan bacaan ini diperolehi daripada sumbangan murid dan guru. dihamparkan permaidani dan diletakkan beberapa bantal untuk keselesaan murid-murid. Beberapa rak yang memuatkan buku. Ini juga dapat memberi kelebihan kepada guru untuk memantau murid-murid agar menggunakan multi-media secara bijak dan bermanfaat. Sudut ini diletakkan berhampiran meja guru bagi memudahkan murid mendapat bimbingan guru semasa penggunaannya. (5) Sudut bacaan Di satu sudut di bahagian belakang kelas dikhaskan sebagai sudut bacaan. bahan bacaan perlu disusun kembali di atas rak selepas digunakan dan sebagainya. kamus. Peraturan sebegini boleh mengelakkan berlakunya kerosakan dan kehilangan bahan bacaan ini.(4) Sudut multi-media Di sudut ini. Di sudut ini. disediakan sebuah komputer dengan jaringan internet untuk penggunaan murid yang disambungkan ke plug elektrik yang di dinding bahagian tersebut. majalah turut disusun di sudut ini untuk bacaan umum dan rujukan murid. Oleh itu. Guru juga perlu menyediakan peraturan penggunaan multimedia ini. Ruang ini lebih bersifat mesra kepada murid-murid dan memberi suasana seolah-olah mereka berada di rumah. murid-murid akan berasa lebih bertanggungjawab untuk menjaganya kerana merasakan mereka turut memberi sumbangan bahan bacaan.

. dan gambar aktiviti murid pada papan kenyataan untuk rujukan dan hiburan. (8) Tempat simpanan bekal makanan Semua murid dikehendaki menyimpan bekal makanan masing-masing di sini. Ini dapat memberi keselesaan kepada muridmurid agar dapat belajar tanpa gangguan. bekal makanan itu juga boleh menarik perhatian murid sehingga mengganggu tumpuan murid semasa belajar. kedudukannya adalah berhampiran dengan bekas air minuman. (9) Tempat simpanan barang murid Di sini. Dalam hasil kerja murid turut terdapat input yang bermanfaat kepada semua murid. Oleh itu. andainya makanan itu tertumpah. Sekiranya bekal makanan diletakkan di meja murid.(6) Meja bulat Meja bulat diletakkan di tengah bahagian belakang kelas bagi membolehkan murid berehat atau berbincang. (10) Papan kenyataan Dimuatkan jadual tugasan murid. ruang meja murid akan kotor dan mungkin juga akan mengotorkan buku-buku murid. Murid-murid turut merasa bangga melihat hasil kerja mereka dipamerkan dan secara tidak langsung mencetuskan minat mereka untuk belajar. (7) Bekas air minuman Satu bekas air minuman yang besar diletakkan di antara sudut bacaan dan tempat simpanan bekal makanan. Selain daripada itu. hasil kerja murid. murid-murid boleh menyimpan beg sekolah dan barangbarang mereka yang lain. Satu jadual disediakan untuk menyelenggara bekas air minuman ini. Ini dapat menggalakkan murid-murid untuk minum banyak air untuk kesihatan. murid-murid dibahagikan mengikut turutan hari dan tugas membersihkan kelas. Dalam jadual tugasan ini.

membersihkan akuarium. Disamping itu. sifat tanggungjawab dapat dipupuk ke dalam diri murid-murid apabila mereka perlu menjaga ikan. (12) Bakul sampah Dengan adanya bakul sampah. (15) Jam dan kalendar Jam perlu diletakkan di hadapan kelas untuk melatih murid menghargai masa. Dengan adanya peti ini. Dengan adanya pemadam api dalam bilik darjah. dan menyiram pokok. Penggunaan peti pertolongan cemas ini perlu mendapat keizinan guru. Setiap kelas perlu mempunyai peti pertolongan cemas kerana kita tidak dapat menjangka bila berlakunya kemalangan.(11) Akuarium dan pokok berpasu Ini dapat meningkatkan pengalaman pembelajaran murid melalui penjagaan ikan dan pokok. Guru perlu menjemput pegawai bomba ke sekolah untuk menerangkan kepada tindakan yang perlu mereka ambil sekiranya berlaku kebakaran dan bagaimana cara untuk menggunakan pemadam api. kebersihan bilik darjah dapat dijaga kerana murid-murid perlu membuang sampah ke dalam bakul sampah. Kalendar pula digunakan untuk rujukan tarikh. kebakaran kecil dapat dipadamkan dengan segera serta dapat dielakkan daripada merebak. (14) Pemadam api Pemadam api amatlah penting sekiranya berlaku kebakaran. rawatan kecemasan dapat diberikan dengan segera apabila berlakunya kemalangan. Dalam kalendar turut dicatatkan beberapa hari dan peristiwa penting seperti Hari . (13) Peti pertolongan cemas Peti pertolongan cemas ini diletakkan di hadapan kelas dan berhampiran dengan meja guru.

Ini juga dapat mengelakkan murid daripada menggunakan pisau untuk mengasah pensel bagi keselamatan murid. adat resam mahupun jantina. Tingkap dan lampu yang mencukupi boleh memberi pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi. . Ini dapat melatih murid supaya peka dengan peristiwaperistiwa penting sebegini.Kebangsaan. Susun atur perabot dalam bilik darjah juga disusun tidak menghalang tingkap untuk mengelakkan berlakunya halangan pencahayaan dan pengudaraan.0 Rumusan Kesimpulannya. Murid yang belajar dalam kelas ini mendapat motivasi yang baik yang mendorong semangat mereka untuk belajar. bahasa. Bilik darjah ini adalah kondusif untuk semua murid tanpa mengira perbezaan sosio-budaya sama ada dari segi bangsa. (17) Pencahayaan dan pengudaraan Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk keselesaan murid dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. (16) Pengasah pensel Pengasah pensel diletakkan berhampiran bakul sampah untuk kemudahan murid di samping menjaga kebersihan kelas. Kemahiran guru menggunakan kreativiti serta mengaplikasikan pengetahuan dan teknik yang bersesuaian amatlah penting dalam mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. kepercayaan. struktur masyarakat atau kelas sosial. 6. Gabungan elemen-elemen fizikal dan sosio-emosi dapat mewujudkan suasana yang lebih harmoni yang membantu ke arah pencapaian objektif pembelajaran.

.0 Penutup Diharapkan bilik darjah mesra budaya dapat diwujudkan di setiap sekolah bagi memberi peluang yang sama rata kepada semua murid untuk menikmati pembelajaran yang kondusif.7.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful