You are on page 1of 42

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH

SEKOLAH RENDAH (KPLI SR)

MODUL
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,
BLOK 2200, JALAN PERSIARAN APEC,
CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

Berkuat kuasa pada Jun 2010

KANDUNGAN MUKA SURAT

Kandungan i
iii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
iii
Falsafah Pendidikan Guru
iv
Panduan Pelajar
1
Pengenalan
2
Agihan Tajuk

Tajuk 1 : KONSEP
3
1.0 Sinopsis
3
1.1 Hasil Pembelajaran
1.2 Kerangka Tajuk 3
1.3 Kandungan Isi 4
1.4 Tugasan
7
1.5 Rujukan

Tajuk 2 : KEUNIKAN NEGARA 8
2.0 Sinopsis
8
2.1 Hasil Pembelajaran
2.2 Kerangka Tajuk 9
2.3 Kandungan Isi 10
2.4 Tugasan
18
2.5 Rujukan
18

Tajuk 3 : PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
19
3.0 Sinopsis
3.1 Hasil Pembelajaran 19

3.2 Kerangka Tajuk 19
3.3 Kandungan Isi
20
3.4 Tugasan
21
3.5 Rujukan

i

Tajuk 4: KEDAULATAN NEGARA
4.0 Sinopsis
22
4.1 Hasil Pembelajaran
22
4.2 Kerangka Tajuk
23
4.3 Kandungan Isi
23
4.4 Tugasan
23
4.5 Rujukan
24

Tajuk 5: HALA TUJU NEGARA
25
5.0 Sinopsis
25
5.1 Hasil Pembelajaran
25
5.2 Kerangka Tajuk
26
5.3 Kandungan Isi
28
5.4 Tugasan
29
5.5 Rujukan

Tajuk 6 : PROFESION KEGURUAN DALAM PEMBINAAN
NEGARA BANGSA

6.0 Sinopsis
30
6.1 Hasil Pembelajaran
30
6.2 Kerangka Tajuk
30
6.3 Kandungan Isi
31
6.4 Tugasan 32
6.5 Rujukan 32

Bibliografi
33
Panel Penulis Modul
34

ii

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan
saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung
warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2010
Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan
pendidikan yang tidak ada kepentingan
komersial, tidak dibenarkan sesiapa
mengeluarkan atau mengulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku
ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan
apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat izin bertulis daripada
Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian
Pelajaran Malaysia.
iii

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH – SEKOLAH RENDAH (KPLI SR). Cetakan Jun 2010 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia ii . MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU.

Justeru itu tujuan modul ini digubal adalah untuk menggantikan interaksi bersemuka antara pelajar dengan pensyarah. berketerampilan dan berakhlak mulia. (DATUK DR. Modul Pendidikan Islam Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) menuntut pelajar membuat anjakan minda untuk melahirkan guru permulaan yang kompeten dari segi pengetahuan. KATA ALU-ALUAN Peningkatan kualiti pendidikan guru merupakan satu usaha berterusan untuk melahirkan guru yang kreatif. Dengan pembaharuan pembelajaran yang menggunakan modul akan dapat menggalakkan pembelajaran kendiri yang lebih efektif dan berupaya mengkekalkan kualiti seperti dalam pembelajaran bersemuka. HAILI BIN DOLHAN) Rektor Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Oktober 2010 iv . kemahiran dan nilai profesionalisme serta berjiwa pendidik yang mampu bersaing di persada global. Modul ini merupakan usaha Institut Pendidikan Guru. Pendidikan Guru adalah bersifat dinamik dan senantiasa disemak dan diubah suai bagi memenuhi keperluan semasa pendidikan negara seperti yang termaktub dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Program Transformasi Negara (GTP). Kementerian Pelajaran Malaysia dalam meningkatkan kualiti pendidikan guru selaras dengan perubahan semasa dalam arena pendidikan dalam dan luar negara.

Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. dan masa anda. 1. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 7. Ada antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. sumber-sumber pembelajaran. Walau bagaimanapun. 4. 2. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. 6. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. tutor atau rakan anda melalui e-mel jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan- bahan yang bermakna. 3. anda boleh berbincang dengan pensyarah. Teliti maklumat yang diterima. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. PANDUAN PELAJAR Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. iv . Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. 5.

Latihan ini harus disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan. Terdapat beberapa latihan yang disediakan bagi setiap tajuk. pelajar dinasihatkan membuat banyak rujukan dan pembacaan. Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik- topik yang dipelajari. Tajuk 4 Kedaulatan Negara. Modul ini mengandungi 6 tajuk iaitu Tajuk 1 Konsep Pembinaan Insan. dan Tajuk 6 Profesion Keguruan Dalam Pembinaan Negara Bangsa Malaysia. Tajuk 5 Hala Tuju Negara.PENGENALAN Kursus Pendidikan Negara Bangsa Malaysia ini digubal menggunakan pendekatan tema. bersemuka atau apa cara sekalipun yang memungkinkan dapat memudahkan pelajar menghantar tugasan mereka ini. tugasan dan analisis dalam setiap topik yang dipelajari. Warga dan Negara Bangsa Malaysia. Aktiviti dan latihan tersebut adalah sebagai latihan pengukuhan kepada pelajar agar pelajar ini dapat memahami dengan lebih mendalam lagi tentang kandungan bagi setiap topik. 1 . Tajuk 2 Keunikan Negara. Latihan yang disertakan di setiap topik adalah berbentuk peta minda . Sebagai memantapkan lagi kefahaman setiap tajuk dalam kursus ini. Hasil kerja pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah secara e-mel. Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan pembelajaran. Tajuk 3 Perpaduan dan Integrasi Nasional.

2 Penjajahan dan Kewujudan Masyarakat Majmuk 2.2 Kewujudan Masyarakat Majmuk dan Proses Asimilasi 2 2 2.3 Pembinaan Negara Bangsa Malaysia 2 Keunikan Negara 2 2 2. Tajuk/Topik Interaksi Modul Jumlah Bersemuka (jam) Jam (jam) 1 Konsep 1.1 Warisan Negara 2.1 Pembinaan Insan 1 1 1.2 Pembentukan Negara Malaysia Melalui Proses Rundingan 1 1 2.1 Sejarah Penjajahan 2.1.Maklumat Agihan Topik Nama Kursus: PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA AGIHAN TAJUK Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka.3.4 Tokoh dan Artifak 2. Kuala Lumpur 2 .1 Kebijakbestarian Mengurus dan Memelihara Kedaulatan Negara dari Ancaman Luar 4.2.1 Kebijakbestarian Tokoh Nasionalis Negara dan Sumbangan 3 Perpaduan dan Integrasi Nasional 2 2 4 Kedaulatan Negara 2 2 4.2 Pembinaan Warga 1.4. Bil.1.1 Kesultanan Melayu Melaka 2.3. Sumbangan dan Pengiktirafan Negara di Arena Antarabangsa 5 Hala Tuju Negara 2 2 6 Profesion Keguruan Dalam Pembinaan 1 1 Negara Bangsa JUMLAH 15 jam 15 jam Disediakan oleh: Pn.1 Proses dan Peristiwa Penting ke Arah Pencapaian Kemerdekaan 2.2 Penglibatan. Nor Hafizah binti Md Tamaji Ketua Panel Penulis Modul Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa.3 Kemerdekaan dan Pembentukan Negara Malaysia 2.2 Kesinambungan Kesultanan Melayu Melaka Dalam Sistem Pentadbiran Masa Kini 2 2 2. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk pembelajaran melalui modul.2.

PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA TAJUK 1 KONSEP ( 1 jam kredit )  SINOPSIS Tajuk ini memperincikan konsep pembinaan insan. perpaduan. pelajar dapat: i. warga dan negara bangsa Malaysia dalam konteks keunikan. iii. ii.  HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir kursus ini. kerohanian dan kemahiran. menjana idea mengenai konsep pembinaan negara bangsa Malaysia dalam konteks keunikan negara. mencerakinkan konsep pembinaan warga dalam konteks keluarga. integrasi nasional dan hala tuju negara. 3 . kedaulatan. masyarakat dan negara Malaysia. kedaulatan negara. menghuraikan konsep pembinaan insan dalam konteks keilmuan. integrasi nasional dan hala tuju negara. perpaduan.

1.0 KONSEP (1 jam) 1. tuntutan-tuntutan semangat kenegaraan kerohanian dan semangat kebangsaan. 1.2 Insan diciptakan supaya hadir di dunia ini sebagai memikul tanggung jawab. PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA  KERANGKA TAJUK-TAJUK KONSEP PEMBINAAN INSAN PEMBINAAN PEMBINAAN WARGA NEGARA BANGSA MALAYSIA Insan yang seimbang dari Warga yang peka kepada Satu proses pembinaan segi keilmuan.1. 1. menyokong cita-cita sedia memberi negara sumbangan dan berkorban untuk negara  KANDUNGAN ISI 1.1 PEMBINAAN INSAN 1. Islam dan semua agama yang ada di dunia ini sangat mengambil berat terhadap pembinaan insan sebagai 4 .3 Tanggung jawab yang dipikul itu amat besar sebagai Khalifah Allah atau wakil di muka bumi ini. tumpuan taat setia yang menyahut seruan dan tidak berbelah bahagi. berdisiplin. yang mencintai padu dan memberi tanah air. bagi mewujudkan satu kemahiran patriotisme dan ideologi bangsa yang bersatu negara.1 Insan atau manusia merupakan watak penting dalam pembinaan sesebuah masyarakat dan negara.1.

5 Warga Malaysia yang dicita-citakan adalah bangsa yang berjiwa murni.4 Ia termasuklah perasaan untuk mempertahankan negara. perihal negara bangsa sudah diperkatakan dalam banyak perbincangan dan wacana sebelum pembicaraan mengenainya dianggap serius apabila Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mencetuskan idea bangsa Malaysia dalam Wawasan 2020 yang dipeloporinya. 1.2.2.3. 5 .1 Warga merujuk kepada penduduk atau ahli dalam sesebuah negara yang kerakyatannya diperakukan melalui undang-undang. Pembinaan warga lebih merujuk kepada usaha-usaha membentuk ahli atau individu yanng menjadi rakyat dalam sesebuah negara sebagai seorang individu yang bertanggung jawab bukan sahaja kepada dirinya sendiri serta keluarga malah mereka turut merasa bertanggung jawab terhadap negara dan tanah air mereka. 1. 1.2 PEMBINAAN WARGA 1.2.2.2. PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA faktor utama dalam mewujudkan sebuah masyarakat dan negara yang berjaya. warga merujuk kepada hak dan peranan setiap anggota di dalam sebuah negara bangsa.1. cenderung kepada semangat perpaduan dan mempunyai rasa kepunyaan atau ' Sense of Belonging As Proud Malaysian Citizen With Its Own Home Made Malaysian Identity'.3. 1.3 Pembinaan Negara Bangsa 1.4 Justeru itu pembinaan insan adalah agenda yang amat penting dalam konteks pembangunan di dunia ini. memajukan negara.2 Daripada sudut teori politik dan undang-undang. membela kedaulatan bangsa dan agama serta sanggup berkorban untuk negara apabila mereka diperlukan oleh negara dalam apa jua keadaan. 1. 1.1 Di Malaysia . 1.

pentadbiran dan penduduknya.3.  Bangsa – merujuk kepada satu kesatuan manusia yang hidup dalam sesebuah negara. 1.3.3.2 Pembinaan Negara Bangsa sering kali menjadi matlamat utama yang hendak dicapai oleh sesebuah negara terutamanya negara yang didiami oleh masyarakat pelbagai kaum.4 Pada kebiasaannya negara bangsa merupakan gabungan 3 komponen utama iaitu:  Negara – wilayah kewujudan kelompok manusia.3.  Individu – merujuk kepada manusia.3.5 5 faktor yang menjadi pemangkin kepada pembinaan sesebuah negara bangsa:  integrasi  nasionaliti  nasionalisme  patriotisme  demokrasi 1. PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA 1. 1.6 5 faktor yang menjadi ancaman pembentukan sesebuah negara bangsa:  globalisme  kepelbagaian budaya  pluralisme  neufeudalisme  liberalisme 6 .3 Keupayaan membina sebuah negara bangsa dilihat sebagai kemuncak kejayaan sesebuah negara. 1.

Karisma Publications Sdn.550 patah perkataan. Publications & Distributor Sdn.5 RUJUKAN Harun Din. 2009 Manja Mohd Ludin. Dewan Bahasa & Pustaka. Bhd. Esei anda hendaklah tidak melebihi 350 . 1990 Rohani Abdul Ghani. 2003 7 . Pahang. Bentong. Hizbi Sdn. Bhd. PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA 1. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. Tugasan anda hendaklah dihantar kepada pensyarah untuk semakan melalui e-mel atau cara-cara lain yang ditentukan oleh pensyarah masing-masing dalam jangka masa yang telah ditetapkan.4 TUGASAN Anda dikehendaki menghasilkan tugasan berbentuk esei pendek bertajuk: Ciri-ciri pembinaan insan dan warga ke arah proses pembentukan negara bangsa Malaysia. 1. PTS. Shah Alam. Kuala Lumpur. Shah Alam. Manusia dan Islam . Pendidikan Negara Bangsa. Psikologi Sosiologi dan Falsafah dalam Pendidikan. 1988 Ishak Saat. Bhd.

Topik ini juga membanding bezakan bentuk penjajahan masa dahulu dan masa kini. PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA TAJUK 2 KEUNIKAN NEGARA ( 7 jam kredit )  SINOPSIS Tajuk ini memperincikan tentang kejayaan sistem pentadbiran masa kini dengan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dalam mewujudkan warga negara yang patriotik dan sanggup mempertahankan kedaulatan negara. ii. menjelaskan secara terperinci tentang sistem pemerintahan dan pentadbiran masa lalu dan kini. 8 . iii. vii. menghurai dan menilai kepentingan bahan artifak sebagai sumber rujukan bersama dalam pembinaan jati diri dan pembinaan negara bangsa. vi.  HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir kursus ini. mentafsir. v. membuat gambaran mental mengenai penjajahan dengan menggunakan perhubungan ruang dan masa. menilai dan merumus kebijakbestarian tokoh-tokoh nasionalis tanah air dalam membentuk jati diri dan pembinaan negara bangsa. menganalisis faktor-faktor kebangkitan dan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka. pelajar dapat: i. menghubung kait penjajahan dengan kewujudan masyarakat majmuk di negara kita. iv. membuat perbandingan tentang penjajahan masa dulu dengan masa kini.

9 . artifak . PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA  KERANGKA TAJUK-TAJUK KEUNIKAN NEGARA WARISAN PENJAJAHAN KEMERDEKAAN TOKOH NEGARA DAN DAN DAN (2 jam) KEWUJUDAN PEMBENTUKAN ARTIFAK MASYARAKAT NEGARA (1 jam) MAJMUK MALAYSIA (2 jam) ( 2 jam) Kesultanan Melayu Sejarah Proses dan Kebijakbestarian Melaka Penjajahan Peristiwa Penting Tokoh Nasionalis ke Arah Negara dan Pencapaian Sumbangan Kemerdekaan Kesinambungan Kewujudan Masyarakat Pembentukan Negara Kesultanan Melayu Majmuk dan Proses Malaysia Melalui Proses Melaka Dalam Sistem Asimilasi Rundingan Pentadbiran Masa Kini  KANDUNGAN ISI 2. adat resam. 2. Contohnya budaya baba dan nyonya yang berkembang sebagai satu budaya kaum yang tersendiri pada abad ke-18 dan ke-19.0 KEUNIKAN NEGARA (7 jam) 2.1.1 Warisan negara mempunyai pelbagai aspek yang berbeza.1 WARISAN NEGARA (2 jam) 2.1. alam semulajadi dan sebagainya. antaranya ialah kebudayaan.2 Aspek-aspek di atas adalah warisan yang menjadi kebanggaan negara dan ada antaranya yang menjadi aset terpenting negara. monumen. kesenian.

2. tanduk. buluh. PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA 2. bulu angsa. alat spatula.  Alat tulis Melayu tradisional – daun lontar. mata lembing dan alat tulang berbentuk kapak.4 Budaya  Adat istiadat perkahwinan orang Melayu – merisik.  Kebudayaan Masyarakat Baba dan Nyonya  Kesenian – Songket di Malaysia. harta pusaka. Pulau Pinang 2. batang resam.  Adat mengaruk – mengalu-alukan pemimpin dan pembesar ketika pertabalan seseorang raja oleh masyarakat Bugis Makasar. 2.7 Warisan yang ada di negara ini patut dipelihara oleh masyarakat Malaysia kerana warisan merupakan aset terpenting negara.1. kulit kayu.5 Monumen  Maritim di Malaysia  Kota Kuala Kedah  Sungai Lembing  Kampung Masjid Melayu di Lebuh Aceh.1. papan dan kulit binatang. maksud warisan ialah harta peninggalan. merasi.1.1. bernikah dan bersanding.1. 10 .6 Artifak  Alat tulang – alat tulang yang tajam.  Rehal  Barang Kemas  Emas  Perak  Tembaga  Manik 2.  Pena diperbuat daripada berbagai-bagai bahan seperti duri kabung. sesuatu yang diwarisi dan sesuatu yang turun temurun serta peninggalan. meminang.3 Menurut Kamus Dewan.

2. Kesimpulannya masyarakat Melayu tradisional amat menyanjung tinggi Sultan.11 Sultan mempunyai kebolehan istimewa.1. 2.1. PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA raja pembesar rakyat hamba KESULTANAN MELAYU : STRUKTUR SOSIAL MASYARAKAT MELAYU 2. raja atau Sultan menduduki lapisan teratas dan Sultan dianggap suci dan kudus. berkuasa dan berwibawa untuk memerintah. 2.12 Senarai Sultan-Sultan Melaka Nama Sultan Tahun Pemerintahan Parameswara (Iskandar Syah) 1400 – 1414 Sultan Mahkota Iskandar Syah 1414 – 1424 Seri Maharaja (Sultan Muhammad Syah) 1424 – 1444 Parameswara Dewa Syah (Raja Ibrahim) 1444 – 1445 Sultan Muzaffar Syah ( Raja Kassim) 1445 – 1459 Sultan Mansur Syah 1459 – 1477 Sultan Alauddin Riayat Syah 1477 – 1488 Sultan Mahmud Syah 1488 – 1511 Sultan Ahmad Syah (Mati Dibunuh Oleh Sultan 1511 Mahmud Syah) Nama Melaka diambil sempena satu peristiwa.10 Kedudukan Sultan yang suci dikukuhkan lagi melalui konsep daulat yang bermaksud negeri atau kerajaan dalam bahasa Arab. Sesiapa yang ingkar akan titah Sultan dianggap sebagai menderhaka akan terkena tulah iaitu balasan buruk/malapetaka yang akan menimpa orang yang menderhaka itu.1. Sejarah Melayu meriwayatkan Parameswara telah membuka negeri Melaka pada tahun 1400 dan nama Melaka itu berasal dari nama sejenis pokok. 11 .9 Dalam susunan hierarki masyarakat Melayu tradisional .adil.1.

 Parameswara menjadikan Melaka sebagai pelabuhan entrepot. 12 .1.  Pelabuhan Melaka terletak berhampiran dengan kawasan bijih timah dan rempah ratus. 2.  Sistem pentadbiran yang cekap dan tersusun.  Kelebihan kelengkapan armada laut Portugis.  Bahasa Melayu sebagai lingua franca.16 Faktor-faktor kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka  Sistem pentadbiran yang tidak cekap.  Pelabuhan Melaka amat sesuai untuk kapal- kapal besar berlabuh.1.  Melaka merupakan sebuah pelabuhan semulajadi terselamat dari ancaman angin monsun Timur Laut dan Barat Daya.1. Beliau melaksanakan pemerintahan negeri baru ini berasaskan pemerintahan Sriwijaya.  Pembelot dalam kalangan rakyat.  Tiada pengganti selepas kematian Tun Perak.14 Parameswara mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Melaka. 2. PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA 2.  Peluasan empayar Melaka meningkatkan lagi kemajuan perdagangan dan penggunaan matawang.  Tiada perpaduan di kalangan penduduk Melaka.  Pelaksanaan undang-undang yang kemas iaitu undang-undang laut Melaka dan hukum kanun Melaka.15 Faktor-faktor kebangkitan kesultanan Melayu Melaka:  Lokasi yang strategik.

2.  Alat-alat kebesaran Diraja juga diwarisi dari zaman Kesultanan Melayu Melaka ini.  Faktor-faktor yang mendorong kehadiran Portugis ke timur iaitu 3 G ( Gold = Ekonomi .  Portugis cuba mengekalkan jawatan bendahara.  Sistem perundangan masa kini diwarisi dari Hukum Kanun Melaka. Belanda cuba menegakkan monopoli perdagangan timah dengan perak. tindak tanduk Portugis memperlihatkan sikap tamak haloba yang menyebabkan pelabuhan Melaka dan kedudukan Portugis di Melaka tergugat yang membawa kepada kejatuhan Portugis di tangan Belanda di tahun 1641.2 PENJAJAHAN DAN KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK (2 jam) 2. Glory = Kebanggaan)  Di Melaka .2 Belanda  Belanda menewaskan Portugis dengan bantuan dari Johor pada tahun 1641. Gospel = Agama . 2. Buktinya Kota Belanda di Pulau Pangkor.  Dasar perdagangan.  Persaingan perdagangan antara Johor dan Belanda sejak persahabatan mereka terjalin 13 .2. PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA KESINAMBUNGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DALAM SISTEM PENTADBIRAN MASA KINI  Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka  Kedudukan Sultan / Raja sebagai Ketua Agama Islam. temenggong dan syahbandar dalam pentadbirannya.  Menjalinkan hubungan dengan negara luar.1 Portugis  Portugis menakluki Melaka pada tahun 1511.2.  Tahun 1650. Portugis memperkenalkan sistem pentadbirannya sendiri dibawah pentadbiran seorang pegawai yang jawatan kapten.

British Pulau Pinang  Penjajahan British ke atas Pulau Pinang pada Ogos 1786 oleh Sultan Muhammad Jiwa.  Perjanjian tahun 1800 Sultan Kedah dibawa pampasan tahunan 10 ribu dolar Sepanyol atas persetujuan menyerahkan Seberang Perai.  3 pelabuhan penting di Tanah Melayu dikuasai British iaitu Pulau Pinang.  Sultan Abdullah mendesak British meninggalkan Pulau Pinang.  Francis Light bersetuju dengan syarat-syarat itu pada tahun 1785 tetapi pegawai atasan dari India enggan menyetujuinya.3.  Pampasan 30 ribu wang Sepanyol hendaklah dibayar kepada Sultan atas kehilangan beberapa keistimewaan dalam perdagangan. Sultan Kedah mengakui hak British menduduki Pulau Pinang dengan pampasan tahunan 6000 dolar Sepanyol.  Tahun 1824 – Perjanjian Inggeris. Melaka dan Singapura. PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA selepas kejatuhan Portugis di Melaka menjadi retak menunggu belah – 1782 tentera Belanda telah membuat kepungan ke atas Riau. Singapura  Raffles membuka penempatan di sini melalui satu perjanjian pada tahun 1819 dimana T engku Hussin diberi pampasan tahunan 3000 dolar Sepanyol. 14 . 2.Belanda ditandatangani di mana Melaka diserahkan kepada British dan British menyerahkan Bengkahulu kepada Belanda.  British enggan meninggalkan Pulau Pinang dan Kedah mengalami kekalahan teruk dalam serangan British. Kesannya Raja Haji terkorban pada tahun 1784 di Teluk Ketapang.  Perang berlaku diantara Yam Tuan Muda Johor iaitu Raja Haji dengan Belanda.2.  Perjanjian 1791.

 Tanah Melayu diperintah oleh pemerintahan tentera di Tanah Melayu. 2.  Jepun menggalakkan semangat nasionalisme – tokoh-tokoh KMM telah dibebaskan oleh Jepun. 15 .2.  Alfred Dent menubuhkan syarikat berpiagam Borneo Utara untuk mentadbir Sabah.  Jepun memperkenalkan dasar penjepunan melalui sistem pendidikan media massa dan sistem ekonomi. 2. Sarawak  Penjajahan bermula apabila James Brooke dilantik sebagai Gabenor Sarawak pada tahun 1841 oleh wakil Sultan Brunei di Sarawak.  British membuat rancangan untuk menubuhkan Malayan Union untuk menjadikan pentadbiran seragam dan menjimatkan kos pentadbiran.5 British  British kembali ke Tanah Melayu selepas kekalahan Jepun pada bulan Oktober 1945.  Jepun agak keras terhadap orang Cina disebabkan oleh perang China – Jepun sejak tahun 1937.  Kestabilan politik di Tanah Melayu akan dapat diwujudkan dengan adanya kerajaan berpusat. PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA Sabah  Penjajahan di Sabah bermula dengan hak kedaulatan Brunei ke atas bahagian barat Sabah kepada Syarikat Overbeck dan Dent.  Tahun 1943 – pasukan separa tentera iaitu pembela tanah air (PETA) ditubuhkan.  Slogan Asia untuk Asia dan kawasan kemakmuran bersama dilaungkan oleh Jepun untuk menarik minat penduduk tempatan.  Jepun memberi layanan yang baik kepada Raja-raja Melayu dan orang Melayu.2.4 Jepun  Jepun menduduki Tanah Melayu pada 1942 sehingga Ogos 1945 selepas menewaskan British.

6 KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DAN PROSES ASIMILASI ▪ Penghijrahan buruh-buruh Cina dan India ke Tanah Melayu disebabkan oleh kegiatan perlombongan dan perladangan.2. Raja-raja Melayu juga memulaukan istiadat pertabalan gabenor Malayan Union. PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA  Rancangan Malayan Union dapat menyediakan Tanah Melayu kearah berkerajaan sendiri (3 Negeri Selat.  Bagi orang Melayu 2 perkara dalam perlembagaan Malayan Union yang mereka tidak boleh bertolak ansur iaitu pencabulan terhadap kuasa Sultan dan pemberian taraf kewarganegaraan secara Jus Soli. 4 Negeri Melayu Bersekutu dan 4 Negeri Melayu Bersekutu)  Gagasan Malayan Union akan diketuai oleh seorang gabenor yang mempunyai kuasa penuh dalam aspek pentadbiran dan perundangan.  Kewarganegaraan Malayan Union diberikan berdasarkan prinsip Jus Soli iaitu kewarganegaraan melalui kelahiran. 16 .  Malayan Union telah digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948.  12 Oktober 1945 Harol Mc Michael dihantar oleh kerajaan British untuk mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu di sembilan buah negeri.  Penentangan hebat orang Melayu dan raja-raja Melayu telah menggagalkan pengenalan Malayan Union.  Beliau telah menggunakan taktik ugutan dan orang Melayu menentang cara yang digunakan oleh Mc Michael ini.  Raja-raja Melayu berfungsi sebagai penasihat sahaja dan berkuasa dalam soal hal ehwal agama dan adat istiadat.  Orang Melayu telah bergabung dengan raja- raja untuk menentang peristiharaan Malayan Union pada 1 April 1946. 2.

2. budaya seperti muzik dan tarian.  Pilihanraya pertama pada tahun 1951 di Georgetown. PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA 2.3. insuran. Pulau Pinang dan pilihanraya untuk Majlis Perbandaran Kuala Lumpur diadakan pada 1952.  Faktor-faktor yang mempengaruhi penubuhan Malaysia:  Faktor politik  Keselamatan dan ancaman komunis.3. pakaian dan mental seperti pemikiran terbuka. Kemenangan ini menunjukkan Tanah Melayu telah bersedia menubuhkan kerajaan sendiri.2.1 PROSES DAN PERISTIWA PENTING KE ARAH PENCAPAIAN KEMERDEKAAN.  Ekonomi  Sosial – penyeimbangan kaum 17 . 2.7 PENJAJAHAN MASA KINI ▪ Penjajahan masa kini dari aspek ekonomi seperti perbankan.  Penubuhan Jawatankuasa hubungan antara kaum di Pulau Pinang pada tahun 1949.3 KEMERDEKAAN DAN PEMBENTUKAN NEGARA MALAYSIA (2 jam) 2.2 PEMBENTUKAN NEGARA MALAYSIA MELALUI PROSES RUNDINGAN.  Selepas rundingan kemerdekaan di London pada 1956 dan British memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1957.  MIC menyertai parti perikatan pada pilihanraya Umum 1955 dan parti perikatan menang pada tahun tersebut.

PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA 2. 2003 18 .6 RUJUKAN Harun Din.4. Manusia dan Islam . Shah Alam. Bhd. 2009 Manja Mohd Ludin.Karisma Publications Sdn. Dewan Bahasa & Pustaka. Pahang. Bhd. Bhd. Psikologi Sosiologi dan Falsafah dalam Pendidikan.4 TOKOH DAN ARTIFAK (1 jam) 2.5 TUGASAN Berdasarkan kepada kajian sumber/internet cari maksud istilah- istilah berikut:  Restorasi  Konservasi  Preservasi  Rekonstruksi / Pembinaan Semula Tugasan anda hendaklah dihantar kepada pensyarah untuk semakan melalui e-mel atau cara-cara lain yang ditentukan oleh pensyarah masing-masing dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Publications & Distributor Sdn. 1990 Rohani Abdul Ghani. 2. Bentong. Shah Alam. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. Pendidikan Negara Bangsa. Hizbi Sdn. PTS. 1988 Ishak Saat.1 KEBIJAKBESTARIAN TOKOH NASIONALIS DAN SUMBANGAN  Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj  Tun Abd Razak  Tun Hussein Onn  Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad  Dato' Onn Jaafar  Tun Tan Cheng Lock ARTIFAK  Batu Bersurat Terengganu  Terusan Wan Mat Saman  Porta d Santiago (A Famosa) 2. Kuala Lumpur.

ii. menganalisis asas-asas dan prinsip-prinsip Perlembagaan Negara dan Rukun Negara dalam konteks perpaduan dan integrasi nasional. iv. PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA TAJUK 3 PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL ( 2 jam kredit )  SINOPSIS Tajuk ini menghuraikan asas-asas perpaduan dan integrasi nasional untuk mencapai cita-cita unggul negara selaras dengan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.  KERANGKA TAJUK-TAJUK PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL ASAS-ASAS SIKAP DAN PENTINGNYA SUMBANGAN PERPADUAN AMALAN HIDUP PERPADUAN BERSAMA DAN INTEGRASI YANG UNTUK UNTUK NASIONAL MEMBAWA MENJAMIN MENCAPAI CITA- SEMANGAT KESELAMATAN CITA UNGGUL KEKITAAN DARI ANCAMAN NEGARA SEPERTI DALAM MUSUH MELALUI ETIKAN SOSIAL PROSES DEMOKRASI 19 . iii. menghubungkaitkan dan membuat analogi berasaskan kepada slogan-slogan yang menghuraikan tentang perpaduan.  HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir kursus ini. pelajar dapat: i. membezakan persamaan dan perbezaan pelbagai kaum melalui pelbagai aspek. menghuraikan asas-asas perpaduan dan integrasi nasional.

3 SUMBANGAN BERSAMA UNTK MENCAPAI CITA-CITA UNGGUL NEGARA MELALUI PROSES DEMOKRASI  Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara Integrasi Nasional.  Pengenalan Rukun Negara Ideologi Kebangsaan  Dasar Ekonomi Baru.  Pertumbuhan ekonomi yang baik  Tolak Ansur Budaya  Pemasyarakatan semula – DEB  Pengurangan identifikasi kelompok 3.  Asimilasi – Persahabatan atau perkaitan rapat antara kaum.2 PENTINGNYA PERPADUAN UNTUK MENJAMIN KESELAMATAN DARI ANCAMAN MUSUH  Usaha Politik  Usaha ekonomi  Usaha Sosial dan Kebudayaan 3. PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA  KANDUNGAN ISI 3.  Akulturasi – Kaum minoriti dapat menerima norma dan tingkah laku golongan budaya kaum majoriti.  Gabungan parti-parti politik (Barisan Nasional) 20 . 3.ASAS PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL  Akomodasi – Budaya dan hidup secara harmoni walaupun terdiri daripada pelbagai kaum.1 SIKAP DAN AMALAN HIDUP YANG MEMBAWA SEMANGAT KEKITAAN  Perkongsian kuasa politik – tiga kaum besar bersatu. Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.  Kerajaan Demokrasi – Demokrasi berparlimen semenjak 1957.0 ASAS .

Shah Alam.5 RUJUKAN Harun Din. PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA 3. Dewan Bahasa & Pustaka. Hizbi Sdn. 2009 Manja Mohd Ludin. Kuala Lumpur. Tugasan anda hendaklah dihantar kepada pensyarah untuk semakan melalui e-mel atau cara-cara lain yang ditentukan oleh pensyarah masing-masing dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Pendidikan Negara Bangsa. Shah Alam. PTS. 3. Bentong. Bhd. Publications & Distributor Sdn.Karisma Publications Sdn.4 TUGASAN Terangkan mana-mana dua unsur tradisi dalam perlembagaan negara ke arah pemupukan perpaduan dan integrasi nasional. 1990 Rohani Abdul Ghani. Psikologi Sosiologi dan Falsafah dalam Pendidikan. Bhd. Manusia dan Islam . 1988 Ishak Saat. Pahang. Bhd. 2003 21 . Pendidikan Negara Bangsa Malaysia.

pelajar dapat: i. menilai sumbangan dan pengiktirafan negara di arena antarabangsa.  HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir kursus ini. sumbangan dan Mengurus dan Pengiktirafan negara di arena Memelihara Antarabangsa Kedaulatan dari ancaman luar 22 . menilai dan merumuskan pentingnya kiebijakbestarian mengurus dan memelihara kedaulatan negara bagi mengelak sebarang bentuk penjajahan.  KERANGKA TAJUK-TAJUK KEDAULATAN NEGARA Kebijakbestarian Penglibatan. PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA TAJUK 4 KEDAULATAN NEGARA ( 2 jam kredit )  SINOPSIS Tajuk ini menghujah tentang kebijaksanaan tokoh-tokoh nasionalis negara dalam mencapai kemerdekaan agar generasi kini dan akan datang menghargai dan berusaha mempertahankan maruah negara. ii.

rakyat atau diri sendiri. 4.3 TUGASAN Terangkan mana-mana dua unsur tradisi dalam perlembagaan negara ke arah pemupukan perpaduan dan integrasi nasional.0 KEDAULATAN NEGARA ( 2 JAM) 4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN NEGARA DI ARENA ANTARABANGSA  Sumbangan dari mantan Perdana Menteri Malaysia. Penglibatan dalam OIC dan NAM.1 KEBIJAKBESTARIAN MENGURUS DAN MEMELIHARA KEDAULATAN NEGARA DARI ANCAMAN LUAR  Kedaulatan –  hak eksklusif untuk menguasai sepenuhnya sebuah kawasan pentadbiran.2 PENGLIBATAN. Contohnya memperolehikemerdekaan.  Ancaman Kedaulatan  Pendatang tanpa izin  Orang pelarian  Ancaman pengganas /subversif  Ancaman rasuah  Kongsi gelap  Era globalisasi 4. memperkenalkan DEB dan Rukun Negara. 23 .  Minda yang tidak memperhambakan diri kepada apa sahaja pandangan yang dikeluarkan oleh Barat. PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA  KANDUNGAN ISI 4. Tugasan anda hendaklah dihantar kepada pensyarah untuk semakan melalui e-mel atau cara-cara lain yang ditentukan oleh pensyarah masing-masing dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

4 RUJUKAN Harun Din. Hizbi Sdn. Psikologi Sosiologi dan Falsafah dalam Pendidikan. Shah Alam. Bhd. PTS. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. Bhd.Karisma Publications Sdn. Manusia dan Islam . Bentong. Pendidikan Negara Bangsa. 2009 Manja Mohd Ludin. Pahang. 1990 Rohani Abdul Ghani. Shah Alam. 2003 24 . Publications & Distributor Sdn. 1988 Ishak Saat. Dewan Bahasa & Pustaka. PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA 4. Kuala Lumpur. Bhd.

membuat gambaran tentang pentingnya komitmen bersama dalam memenuhi hasrat wawasan 2020 sebagai satu hala tuju negara.  KERANGKA TAJUK-TAJUK HALA TUJU NEGARA Komitmen bersama merealisasikan hala tuju negara untuk memenuhi hasrat Wawasan 2020 melalui proses pembangunan kendiri. masyarakat dan negara 25 . keluarga. ii. merancang masa depan negara sebagai negara unggul yang beracuan Malaysia. pelajar dapat: i. iii. menyedari kesedaran tentang kepentingan kekuatan dan jati diri dan daya saing dalam menghadapi arus globalisasi dan ICT bagi memastikan Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa. PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA TAJUK 5 HALA TUJU NEGARA ( 2 jam kredit )  SINOPSIS Tajuk ini menerangkan tentang strategi dan peranan guru dalam pembinaan negara ke arah merealisasikan hala tuju negara untuk memenuhi hasrat wawasan 2020.  HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir kursus ini.

 Wawasan ini merupakan satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020.  Wawasan ini bukanlah satu dasar khas tetapi lebih kepada tindak balas kepada perkembangan ekonomi. PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA  KANDUNGAN ISI 5. MASYARAKAT DAN NEGARA  WAWASAN 2020  Dicadangkan oleh Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991.  Dekad-dekad pembangunan sains. teknologi dan komunikasi akan menentukan tahap kemajuan sesebuah negara.0 HALA TUJU NEGARA ( 2 JAM) 5.  Dekad akan datang bakal menjadi garis pemisah dan titik tolak kemajuan atau kemunduran sesebuah negara.  Satu jangka masa yang munasabah dan praktikal untuk negara mencapai matlamat. KELUARGA.  Mengapa Wawasan diperlukan?  Fokus kebangsaan  Konsensus nasional  Perjanjian sosio politik  Agenda pembangunan nasional  Menetapkan arah tujuan  Menetapkan matlamat  Menetapkan strategi  Menetapkan jangka masa  Menetapkan pencapaian  Mengapa tahun 2020 dipilih?  Mewakili kemunculan generasi baru dalam masyarakat Malaysia.1 KOMITMEN BERSAMA MEREALISASIKAN HALA TUJU NEGARA UNTUK MEMENUHI HASRAT WAWASAN 2020 MELALUI PROSES PEMBANGUNAN KENDIRI. sosial dan politik yang berlaku diperingkat nasional dan antarabangsa yang memberikan cabaran hebat kepada negara. 26 .

 MODAL INSAN  Disimpulkan sebagai sesuatu yang digunakan sebagai asas untuk pengembangan. kelebihan yang dimiliki dan sesuatu yang digunakan untuk memperoleh sesuatu yang dihajati oleh manusia hanyalah melalui ilmu pengetahuan dan pendidikan.  Membentuk masyarakat demokratis yang matang.  Ciri-ciri modal insan  Perlu dibentuk dari peringakat usia yang kecil. kritis.  Bidang pendidikan melalui KPM ialah bidang yang paling tepat dipertanggungjawab untuk memikul tugas ini.  Pembentukan sebuah negara bangsa Malaysia. teguh dan mempunyai keyakinan diri. 27 .  Moral dan etika  Pembangunan masyarakat berdasarkan sistem kekeluargaan. rasional.  Negara perindustrian.  Membentuk masyarakat berdaya saing dan progresif.  Menjamin pembentukan masyarakat yang adil ekonominya. kreatif.  Matlamat KPM adalah untuk melahirkan guna tenaga yang berilmu pengetahuan serta berkemahiran yang tinggi dalam pelbagai bidang di samping kemahiran ICT.  Membentuk masyarakat matang bersifat toleran. PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA  Cabaran-cabaran Wawasan 2020  Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu  Pembentukan masyarakat Malaysia yang bebas.  Membentuk masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang.  Membentuk masyarakat yang kukuh moral dan etika serta untuk nilai keagamaannya.  Membentuk masyarakat makmur.  Keadilan ekonomi dan sosial. komunikasi berkesan.

 CIRI-CIRI GURU YANG BERKUALITI  Sistem pendidikan negara yang berkualiti merupakan salah satu faktor utama yang akan mencetuskan kejayaan agenda pembangunan modal insan dan pemupukan minda kelas pertama. tetapi lebih jauh daripada itu. Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein) Huraikan apakah ciri-ciri guru berkualiti yang boleh dihasilkan menurut petikan ucapan di atas. PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat .  Guru yang berkualiti sangat diperlukan untuk memartabatkan profesion keguruan. Tugasan anda hendaklah dihantar kepada pensyarah untuk semakan melalui e-mel atau cara-cara lain yang ditentukan oleh pensyarah masing-masing dalam jangka masa yang telah ditetapkan.” (YB. 28 .2 TUGASAN ”Hasrat kita adalah untuk memastikan bukan sahaja kita dapat melahirkan guru yang berkualiti. 5.  Fokus pembangunan modal insan  PIPP (2006 – 2010)  Satu dokumen pembangunan pendidikan yang merupakan pelengkap kepada pelan- pelan rancangan yang terdahulu yang bermatlamat untuk membangunkan modal insan dan memupuk minda kelas pertama. menjadi pemimpin dalam keluarga dan masyarakat. iaitu untuk memastikan mereka yang berkualiti ini kekal di dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Bhd. Dewan Bahasa & Pustaka. 1988 Ishak Saat.Karisma Publications Sdn. 1990 Rohani Abdul Ghani. Bhd. Hizbi Sdn. Psikologi Sosiologi dan Falsafah dalam Pendidikan. PTS. Pahang. Bentong. PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA 5. Kuala Lumpur. 2009 Manja Mohd Ludin. Shah Alam. Publications & Distributor Sdn. Bhd. Pendidikan Negara Bangsa. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia.3 RUJUKAN Harun Din. Shah Alam. 2003 29 . Manusia dan Islam .

 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir kursus ini. membuat tafsiran tentang etika profesion keguruan. menghuraikan cara-cara mempertingkatkan peranan dan sumbangan guru dalam proses pembinaan negara bangsa. ii. PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA TAJUK 6 PROFESION KEGURUAN DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA ( 1 jam kredit )  SINOPSIS Tajuk ini menerangkan tentang strategi dan peranan guru dalam pembinaan negara ke arah merealisasikan hala tuju negara untuk memenuhi hasrat wawasan 2020. pelajar dapat: i.  KERANGKA TAJUK-TAJUK PROFESION KEGURUAN DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA Peranan dan tanggungjawab guru membina negara berlandaskan etika profesion keguruan dalam pembinaan negara bangsa 30 .

 PROFESION KEGURUAN  Menurut Kamus Dewan – suatu bidang pekerjaan khas yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khas contohnya perguruan.  Menanamkan sifat ingin tahu.  Memiliki kemahiran bercorak fizikal. kerohanian dan jasmani. PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA  KANDUNGAN ISI 6.  Guru ini boleh dikategorikan sebagai gemilang. 31 .1 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU MEMBINA NEGARA BERLANDASKAN ETIKA PROFESION KEGURUAN DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA  GURU BERKUALITI  Guru ini adalah guru yang berwawasan dan bermatlamat.  CIRI-CIRI GURU BERKUALITI  Berkualiti dari segi intelek. perubatan. Guru yang rajin akan berusaha untuk meningkatkan kompetensinya dalam bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran.  Minat suka membaca. terbilang dan cemerlang dalam kerjayanya. kecekapan dan kemahiran yang tinggi dalam hal berkaitan tugas dan tanggungjawab guru.  MARTABAT PROFESION KEGURUAN  Sebagai darjat atau pangkat dalam bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan.0 PROFESION KEGURUAN DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA ( 1 JAM ) 6.  Memiliki pegangan agama yang kukuh.  KUALITI PERIBADI  Sentiasa menghayati FPK sebagi panduan dalam menjalankan tugas. perundangan dan lain-lain.

6.  Mengamalkan Tonggak 12 dalam segala tindakan yang diambil sebagai seorang guru. Bentong. 6. Hizbi Sdn. Bhd. 1990 Rohani Abdul Ghani. Bhd. Psikologi Sosiologi dan Falsafah dalam Pendidikan.  Tanggungjawab terhadap ibubapa  Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.  ETIKA DAN TATASUSILA PROFESION KEGURUAN  Tanggungjawab terhadap pelajar.Karisma Publications Sdn. Dewan Bahasa & Pustaka.  Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.  Sentiasa meningkatkan kemahiran pedagogi dan aspek rohani. Manusia dan Islam . 1988 Ishak Saat. Shah Alam.  Insan rabbani – sentiasa sedar bahawa kita bertanggungjawab sepenuhnya kepada apa yang dilakukan. Kuala Lumpur.  Mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Tugasan anda hendaklah dihantar kepada pensyarah untuk semakan melalui e-mel atau cara-cara lain yang ditentukan oleh pensyarah masing-masing dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Pahang. 2003 32 . Publications & Distributor Sdn. 2009 Manja Mohd Ludin. PTS.2 TUGASAN Jelaskan kepentingan Tonggak 12 kepada setiap penjawat awam. Pendidikan Negara Bangsa. Bhd. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA  Mempertingkatkan kebolehan menggunakan ICT. Shah Alam.3 RUJUKAN Harun Din.

Bincangkan peranan dan tanggungjawab guru dalam pemupukan nilai-nilai nasionalisme dan patriotism serta kesedaran sivik dalam kalangan murid sekolah rendah. TUGASAN KESELURUHAN Pilih satu tajuk di bawah ini. Falsafah Pendidikan Kebangsaan bermatloamat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani. 3. 2. Sejauh manakah Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dapat memberikan kesinambungan dengan pentadbiran pada masa kini. 1. 33 . Tugasan hendaklah dihantar kepada pensyarah untuk semakan melalui emel atau cara-cara lain yang ditentukan oleh pensyarah masing-masing dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Sejauh manakah kejayaan Malaysia dapat mempertahankan kedaulatan Negara daripada ancaman luar. emosi . rohani dan intelek. Anda dikehendaki menghasilkan tugasan berbentuk esei dan tidak melebihi 1200 hingga 1500 patah perkataan.

2003 34 . Bentong. ILBS Publications. Publications & Distributor Sdn. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. Dewan Bahasa & Pustaka. Petaling Jaya. 1990 Malaysia Kita. Pendidikan Negara Bangsa. Kuala Lumpur. 2009 Manja Mohd Ludin. Shah Alam. 1988 Ishak Saat. Pahang. Bentong. Bhd. Bhd.Karisma Publications Sdn. PTS.BIBLIOGRAFI Harun Din. PTS. Hizbi Sdn. Pahang. Publications & Distributor Sdn. 2010 Rohani Abdul Ghani. Psikologi Sosiologi dan Falsafah dalam Pendidikan. Bhd. Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan. Shah Alam. Manusia dan Islam . 2003 Zulhilmi Paidi. Pendidikan Negara Bangsa. Bhd.

gov.com SIJIL PERGURUAN PENGALAMAN KERJA IPG : 4 TAHUN SEKOLAH : 23 TAHUN 6 BULAN PENYELARAS: M. PANEL PENULIS MODUL KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI – SEKOLAH RENDAH) NAMA KELAYAKAN PANEL PENULIS (KETUA): MASTERS OF SCIENCE (SOCIOLOGY OF EDUCATION) PN. NOR HAFIZAH BINTI MD TAMAJI SARJANA MUDA MUZIK PENSYARAH DIPLOMA PENDIDIKAN MUZIK annezam_1999@yahoo. SELVARAJ A/L PALANIAPPAN SARJANA MUDA KEPUJIAN (SEJARAH / PENSYARAH SOSIOLOGI) selvaraj756@gmail.com norhafizahmdtamaji@gmail.A HONS ( MALAY STUDIES) PENOLONG PENGARAH SIJIL PERGURUAN (PENGAJIAN MELAYU & SEJARAH) hayati.myusof@moe.A (MALAY STUDIES) HAYATI BINTI MAT YUSOF B.my PENGALAMAN KERJA IPG: 5 TAHUN SEKOLAH: 10 TAHUN 35 .com PENGALAMAN KERJA IPG : 5 TAHUN BPG : 9 TAHUN (UNIT PEN) PANEL PENULIS: MASTERS OF EDUCATION (SOCIOLOGY OF EDUCATION) EN.