Nota Pendidikan Moral: 1.0 PENGENALAN PENDIDIKAN MORAL 1.1 Definisi Moral 1. Straughan, R.

(1982) berpendapat bahawa Pendidikan Moral adalah suatu bidang yang kabur. 2. Damon, W. (1988) mengatakan bahawa tiada satu definisi yang universal bagi Kemoralan yang diterima oleh semua pihak. 3. Bull, N.J (1969) berkata bahawa mengajar moral menjadi sukar sekiranya kita sendiri tidak tahu apa itu kemoralan . 4. Maksud etimologi bagi perkataan etika (ethics) yang berasal daripada perkataan Yunani ethos , ialah adat (customs) atau kegunaan (usages). Manakala moral berasal daripada perkataan Latin mores yang membawa erti yang sama dengan etika (Ashmore, R.B 1987). 5. Etika boleh ditakrifkan sebagai kajian falsafah tentang moral, iaitu tentang kelakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral, keadilan sosial dan ciriciri kehidupan yang baik (Grassian, V. 1981). 6. Frankena, W.K (1973), etika ialah falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang kemoralan, masalah moral, dan pertimbangan moral. 7. Kamus Dewan (1995), erti nilai termaksulah taksiran harga , harga sesuatu dibandingkan dengan harga benda yang lain , darjat,kualiti,mutu,taraf dan sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan dll). 8. Kemoralan ialah satu institusi kehidupan sosial, malah ia juga adalah suatu yang membantu dalam bimbingan kendiri atau penentuan kendiri secara rasional di kalangan ahli-ahli masyarakat. 1.2 Penyataan Normatif dan Penyataan Deskriptif 1. Grassian, V. (1981) mengatakan bahawa percubaan untuk memberikan jawapan yang koheren atau logic, sistematik, dan wajar (justifiable) kepada persoalan-persoalan moral dipanggil etika normatif (normatif ethics). 2. Etika moral tertumpu kepada kenyataan normative yang mempunyai implikasi kepada perlakuan manusia. 3. Penyataan normative adalah satu pertimbangan nilai baik dan nilai buruk, salah atau betul, diterima atau ditolak. Contoh, Pengguguran ialah perbuataan yang tidak bermoral ialah penyataan normatif. 4. Pertimbangan moral dibahagikan kepada pertimbangan moral atau etika. Sesetengah pertimbangan moral menyatakan sesuatu tindakan atau jenis tindakan adalah secara moral baik atau buruk, betul atau salah, wajib atau tidak wajib, perlu atau tidak

1

Andaian boleh dibuat bahawa mungkin pelabur ini hanya melabur di kaunter-kaunter saham yang mempunyai asas yang kukuh dan mungkin dia berasa lebih selamat dan lebih beruntung sekiranya selamat dan lebih beruntung sekiranya dia berbuat demikian. buruk. Penilaian ini dipanggil pertimbangan nilai moral atau pertimbangan aretaik. Perbuatan ini dianggap sebagai bijak dan bukan berbentuk 2 . dan sifat kelakuan atau peribadinya dan boleh dikatakan bahawa mereka adalah secara moralnya baik. Contoh pertimbangan aretaik: Pelabur yang bijak tidak pernah berjudi dalam jual-beli saham . dan sebagainya.0: Penyataan Normatif: Pertimbangan Deontik dan Pertimbangan Aretaik 7. motif. Penyataan ini menilai atau membicarakan tentang personality pelabur yang bijak dan dikaitkan dengan cara dia melabur di pasaran saham. keji. motif.dilakukan dan ini dinamakan pertimbangan kewajipan moral atau pertimbangan deontik. tujuan. Niat berjudi ini adalah suatu perkara dan perbuatan yang tidak boleh diterima di sisi undang-undang atau agama. Oleh yang demikian. 5. Penyataan normatif tentang perbuatan/ tindakan baik/buruk betul/salah wajib/tidak wajib perlu/tidak perlu Pertimbangan kewajipan moral (Pertimbangan deontik) Penyataan normatif tentang insane. iaitu tidak berjudi ketika melibatkan diri dalam kegiatan saham jual beli. tentang seseorang insan. orang ramai dinasihati supaya tidak membeli dan tidak menjual saham dengan cara dan niat untuk berjudi. jahat. Perkara yang bukan tindakan atau jenis tindakan. boleh dipersalahkan. dengan cara contra ) dan niatnya (semata-mata hendak mendapat untung dengan cepat) secara moralnya tidak boleh diterima.Sebagai seorang insan yang bermoral. kerana perbuatan jual dan beli saham tidak salah di sisi undang-undang atau agama. tujuan. bersifat wali. 8. 6. dan sifat kelakuan /peribadi (bukan perbuatan/ tindakan) Baik/buruk mulia/jahat bertanggungjawab perlu dipersalahkan bersifat wali/keji Pertimbangan nilai moral (Pertimbangan aretaik) Rajah 1. Contoh pertimbangan deontik: Orang ramai tidak patut membeli dan menjual saham dengan cara dan niat untuk berjudi . Menjadi kewajipan kita untuk tidak melibatkan diri dalam perbuatan berjudi ini. bertanggungjawab.Perkataan dinasihati . tetapi caranya (umpamanya. mulia.

Nilai Instrumental (Ekstrinsik) Nilai Intrinsik Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai Kualiti yang diterima atau ditolak semataalat mencapai sesuatu matlamat. (i) Nilai sebagai sifat (attribute) (ii) Nilai sebagai kadar harga atau markah (iii) Nilai yang bersifat aksiologi (falsafah nilai) 6. perbuatan mencuri RM 10 dan RM 100. iaitu sifat bijak (tidak berjudi) yang ada pada seorang pelabur. Contoh: Mengebom Hiroshima untuk Contoh:Seorang hakim menjatuhkan menamatkan Perang Dunia II. Contoh pertama. berani. Nilai peringkat pertama. Perbandingan jenis-jenis nilai moral. hormat-menghormati.perjudian. (ii) Sebagai tunjuk ajar. 4. mata kerana ia baik atau bruk tanpa menagambil kira kesannya. mencapai sesuatu matlamat. Nilai peringkat kedua. iaitu. misalnya. Berdasarkan kamus.3 Konsep Asas Nilai 1. Nilai mempunyai fungsi-fungsinya sendiri. (i) Sebagai satu criteria atau piawai yang konsisten dan kukuh bagi seseorang individu atau masyarakat untuk bertindak supaya tindakan mereka adalah baik. (iii) Sebagai batasan terhadap perbuatan dan kelakuan individu atau masyarakat. mengikut peruntukan undang-undang yang ada. Bergantung pada nilai lain untuk mencapai Tidak bergantung pada nilai lain untuk sesuatu matlamat. baik rajin. nilai dihuraikan sebagai sesuatu benda atau perkara boleh dilihat pertamanya dari segi harga yang boleh dikira dengan aritmetrik. Penyataan pertimbangan aretaik ini tidak menyentuk kewajipan seseorang sebaliknya hanya menilai dari sifat kemoralan. hukuman gantung sampai mati kepada Mengenakan hukuman bunuh kepada seorang pengedar dadah semata-mata pengedar dadah bagi menghapuskan kerana kewajipannya berbuat demikian kegiatan pengedaran dadah. rujukan. 2. Dari aspek kemoralan . 3 . 1. 5. hati. dan boleh diterima. Moral ialah sejenis nilai. 3. betul. misalnya. wang ringgit RM 10 membawa maksud barang/perkhidmatan yang berharga sepuluh ringgit boleh dibeli di mana ini adalah contoh nilai dari aspek materialistik . dan panduan untuk menyelesaikan konflik moral. Nilai tersebutsendiri sebagai matlamat akhir. dan keduanya dari kualiti yang intrinsic. kasih saying. bukan kerana ia ingin turut sama membasmi kegiatan pengedaran dadah. tidak berbeza dari segi nilai moral kerana mencuri merupakan perbuatan yang buru dan salah di sisi undangundang. keadilan. iaitu sesuatu yang boleh dirasai secara dalaman atau dalam pemikiran kita.

Manakala di California. keluarga boleh dibentuk tanpa perlu melalui perkahwinan rasmi. dan berbeza-beza antara masyarakat yang berlainan. manakala Perancis pula berkata Amerika tidak boleh menyerang Iraq kerana serangan itu akan banyak menyebabkan rakyat Iraq yang tidak berdosa terkorban. Contoh: Hidup berkeluarga adalah satu amalan kehidupan yang baik. Diterima ata ditolak berdasarkan satu set criteria yang dipersetujui oleh semua atau kebanyakan orang. 4 . Contoh: (i) Kes Amerika hendak menyerang Iraq. Ia adalah arbitrary (tidak tertentu). Contoh: (i) Peperangan adalah satu tragedi yang dahsyat. tidak sempurna. Nilai Objektif Kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas daripada pilihan peribadi. sebuah keluarga boleh dibina hanya melaui perkahwinan rasmi.Nilai Subjektif Kualiti yang diterima atau ditolak seseorang yang memberikan pandangan. Diterima atau ditolak mengikut pandangan seseorang individu. Nilai Relatif Nilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan sesuatu masyarakat untuk mencapai sesuatu matlamat mayarakat. 7. (ii)Perhambaan tidak mencerminkan nilai peri-kemanusiaan. Contoh: Di Kuala Lumpur. (iii)Buruh kanak-kanak adalah satu kezaliman dan mesti dihapuskan. Diterima umum dan telah diuji atau terbukti sebagi baik atau buruk. Boleh berubah mengikut masa. (ii) Britain menyatakan bahawa Amerika perlu menyerang Iraq demi keamanan jangka panjang dunia supaya Iraq tidak meneruskan kerja membuat senjata yang banyak memusnahkan manusia. Kekal sepanjang masa dan di semua tempat serta hampir semua situasi normal masyarakat. Nilai Absolute/mutlak Nilai yang keberhargaannya tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan bagi sesebuah masyarakat.

G. 4. Kemoralan sosial berkait rapat dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum.0 TEORI DAN SISTEM NILAI Teori Kemoralan Sosial Teori Deontologi TEORI DAN SISTEM NILAI Teori Keperibadian Mulia Teori Etika Teleologikal Rajah 2. kepiawaian moral ini banyak mempunyai fungsi dalam masyarakat.M.2.1 Teori Kemoralan Sosial 1. 5 . Jangan membuang bayi Sentiasa menunaikan janji 3. Dua fungsinya yang paling penting ialah: (i) Sistem kepiawaian moral dalam masyarakat akan mengenal pasti situasi situasi supaya setiap orang menolak sifat mementingkan diri untuk mengukuhkan satu sistem kelakuan yang memberikan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. 5. Nilai norma dan peraturan lebih cenderung kepada mengawal keselamatan masyarakat dan melindungi kebajikan ahli-ahlinya daripada memberikan kepentingan diri kepada seseorang individu. Penggunaan teori kemoralan sosial (atau kemoralan tradisional dan kemoralan konvensional) untuk menerangkan konsep etika dalam sesuatu masyarakat memang wajar. Contoh. (ii) Kepiawaian moral bertindak sebagai resolusi bagi konflik sosial dengan memberikan justifikasi yang boleh diterima oleh orang ramai untuk tindakan dan membuat dasardasar. Velasquez.0: Cabang Teori dan Sistem Nilai 2. tatasusila atau tatatertib masyarakat. Setiap kaum di negara ini mempunyai adat resam dan pantang larang bagi menjamin keutuhan dan keharmonian sesebuah masyarakat. 2.

hormat-menghormati elak kezaliman 8. Peraturan moral satu masyarakat boleh bertentangan dengan yang lain. 13. norma. Peraturan moral lazimnya menentukan setiap tingkah laku dan etika boleh menyekat tindakan seseorang. kebiasaan atau adat. 7. Kesemua ini menjaga kerukunan sosial. Peraturan masyarakat biasanya menyerupai tradisi. Masa dan keadaan sentiasa berubah. Emile Durkheim (1961) mengatakan bahawa etika terdiri daripada suatu sistem peraturan yang ditetapkan terdahulu tentang bagaimana seseorang harus bertindak dalam sesuatu situasi. nilai dan pantang larang. 12. 14. Walaubagaimanapun peraturan masyarakat wujud di luar individu. (ii) Kerelatifan Budaya (Cultural relativism) (iii) Terlalu ketat dan tidak fleksibel (iv) Jenayah 6 . Peraturan konservatif dan mutlak tidak dapat membantu dan membimbing seseorang menghadapi semua dilema moral baru. Peraturan ini ialah ukuran/persetujuan masyarakat yang mesti diterima utk menyekat perbuatan jahat cth Semangat bermasyarakat utk mengelak egoisme/individualisme. Kelemahan kemoralan social:(i) Bersifat relatif Semua masyarakat mempunyai peraturan moral masing-masing. Kemoralan sosial biasanya mendapat sokongan kuat ahli-ahli sosiologi moral bahawa adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mematuhi pemerintah sebagai autoriti moral (rujuk tulisan Thomas Hobbes dalam Leviathan). Nilai-nilai ini lebih mementingkan masyarakat dan bukan individu sebagai matlamat. 10. 9. kod. Satu lagi unsur kemoralan sosial ialah pemahaman individu tentang "order sosial" dan kerelaan mematuhinya.6. 11. Kesukaran menyesuaikan peraturan masyarakat dengan situasi baru dan semasa. Durkheim (1961) juga menitikberatkan "disiplin" dan "perasaan masyarakat penyayang". Ianya ditetapkan oleh autoriti dalam masyarakat. Boleh membawa kepada ketegangan dan konflik sekiranya setiap masyarakat terlalu agresif mempertahan peraturan moral masing-masing. Sekatan (peraturan) yang berasaskan apa yang diizinkan oleh pihak berkuasa dalam masyarakat akan hilang kuasanya jika seseorang itu dapat menyembunyikan perbuatannya (jenayah) yang melanggar peraturan masyarakat.

Kedua-dua ekstrim adalah buruk. Sifat-sifat ini tidak dipelajari melalui ajaran seorang guru tetapi menerusi latihan. 9. seperti para nabi dan rasul. Bertindak mengikut jalan tengah akhirnya akan bermaksud "bertindak sepertimana anda harus bertindak". 10. 8. Sifat keperibadian mulia merupakan suatu min (kesederhanaan) di antara dua ekstrim. Persoalan yang ditekankan ialah "Apakah yang patut saya jadi?" dan bukan "Apakah yang patut saya lakukan?" 3. menyenangkan serta menyeronokkan. Berdasarkan konsep min. Konsep keperibadian mulia bermula dengan masyarakat Yunani pada abad ke-4 SM dan salah seorang pelopornya ialah Aristotle. 4. Keperibadian mulia moral tidak terhasil dalam seorang individu secara semula jadi. memiliki keperibadian mulia secara semula jadi kerana pemberian dan keredaan Tuhan (ii) Pemerolehan keperibadian mulia juga boleh diperoleh menerusi pemerhatian dan pergaulan rapat dengan mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia kerana manusia dikatakan suka meniru atau mengikut teladan. (iii) Doktrin "min" atau "jalan tengah" tidak mempunyai tenaga menasihati atau kekuatan praktikal. doktrin "kesederhanaan" sebenarnya tidak memberi bimbingan dan nasihat yang berguna kerana tidak jelas apa yang dianggap cara atau tindakan yang "patut" atau "sederhana" itu. Aristotle menganggap bahawa sifat intelektual ini boleh dipelajari daripada seorang guru. Keperibadian mulia didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa (excellence).2. Keperibadian mulia intelektual adalah kebaikan atau keistimewaan akal seperti kebolehan memahami dan membuat taakulan yang baik. 7. Penjelasan Aristotle menerima banyak kritikan seperti: (i) Tanggapan Aristotle bahawa keperibadian mulia itu bukan sesuatu yang semula jadi ditentang oleh golongan yang percaya kepada Tuhan.2 Keperibadian Mulia 1. Contohnya. Terdapat dua jenis keperibadian mulia: (i) Keperibadian mulia intelektual (ii) Keperibadian mulia moral 6. iaitu seseorang itu tidak dilahirkan dengan sifat baik dan jahat. tindakan-tindakan yang kerap diulang sehingga menjadi satu kebiasaan. keperibadian mulia mewajibkan kita bertingkah laku baik. Ciri-ciri seseorang yang mempunyai keperibadian mulia: (i) Menyedari moral adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipersoalkan (ii) Mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai (iii) Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan mengelakkan keburukan 7 . Mereka percaya bahawa sesetengah insan. 5. iaitu kelebihan dan kekurangan. Oleh itu. Teori ini berkait rapat dengan "kaedah sikap baik" dan sifat-sifat seorang insan moral. tindakan Mother Teresa dan Gandhi boleh dianggap ekstrem tetapi adakah mereka tidak bermoral . Mengikut Aristotle. 2.

Peraturan Utilitarianisme: (i) Setiap orang patut melakukan tindakan yang akan membawa kebaikan maksima untuk setiap orang yang dipengaruhi oleh tindakan itu. iaitu sama ada berbohong itu merupakan tindakan baik atau buruk tanpa menilai kesannya. 6. perbuatan membohong itu adalah betul dan wajib dilakukan. Akibat yang baik boleh ditafsirkan sebagai: (i) Yang membuat orang lain bahagia dan (ii) Yang menguntungkan diri sendiri. maka mengikut ahli teleologis. Dalam sejarah etika terdapat dua pandangan utama.(iv) (v) (vi) Berpegang kepada prinsip Tidak mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan Sedia menerima dengan tenang sesuatu yang dianggap kesusahan dan kesengsaraan . Keadaan ini mewujudkan dua aliran pandangan dalam Teori Teleologikal iaitu aliran Utilitarianisme dan aliran Egoisme Etika. Pada prinsipnya. (ii) Berasal daripada perkataan "utility" yang bermaksud "berguna" atau "kegunaan". 3. 2. 2. 10. 11. Tumpuan Teori Teleologikal ialah hasil atau akibat sesuatu tindakan manakala tumpuan Teori Deontologikal ialah tindakan atau jenis tindakan itu. perbuatan itu tidak harus dilakukan. maka wajib dilakukan dan kalau sebaliknya. iaitu Teori Teleologikal (Consequentialist Theory) dan Teori Deontologikal (Non-consequentialist Theory). 8 . Seseorang ahli teleologis akan menentukan sama ada bercakap bohong adalah betul atau salah melalui akibatnya. 12. Aliran Utilitarianisme: (i) Diasaskan oleh Jeremy Bentham (1748-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873).3 Teori Etika Teleologikal 1. kedua-dua teori ini bertentangan antara satu sama lain dalam menentukan nilai-nilai sesuatu perlakuan moral. (iii) Doktrin moral ini mengkehendaki kita supaya sentiasa bertindak untuk menghasilkan kebaikan/keseronokan maksima kepada bilangan orang yang sebanyak mungkin atau semua pihak yang terlibat. 8. 13. Kalau akibatnya baik. 5. Perkataan teleologikal berasal daripada perkataan Yunani "telos" yang bermaksud "tujuan" atau "matlamat". Teori teleologikal menganggap tindakan atau perbuatan yang membawa kebaikan bermoral manakala yang mendatangkan keburukan adalah tidak bermoral. 4. 9. Kalau membohong menyelamatkan nyawa seseorang. Tetapi seseorang ahli deontologis akan melihat nilai betul salah sesuatu tindakan secara intrinsik. 7.

21. bertindak demi kepentingan. (iv) Egoisme etika (bersifat normative) terbahagi kepada 2 bentuk iaitu: (a) Egoisme etika individu Setiap orang patut bertindak untuk kepentingan saya. (ii) Beliau memperakui nilai sesuatu peraturan. 16. Dalam membuat pertimbangan moral individu mestilah mengutamakan keuntungan bagi dirinya. Kelemahan peraturan utilitarianisme: (i) Kesukaran menentukan akibat baik bagi orang lain dan semua pihak. Tanggungjawab asas individu ialah memajukan seberapa banyak kebaikan untuk dirinya. Justeru u akan menyokong tindakan mengebom bandar2 di Jerman utk menamatkan PD ke-2 w/pun ramai nyawa x berdosa terkoban kerana jika pihak Nazi menang. Peraturan tidak diperlukan untuk tindakan kerana setiap situasi dan orang adalah berlainan. berkuasa. kuat. (ii) Sebagai penasihat moral.dunia akan kehilangan sifat keamanan dan kezaliman berleluasa.Tetapi beliau menentang peraturan mutlak yg datang drpd sesuatu autoriti. mengkritik utilitarianisme kerana: (i) Tidak semua perkara menguntungkan seseorang akan menguntungkan org lain.Bependapat peraturan hendaklah bersifat individu sesiapa yg mematuhi akan menjadi maju. Bagi u dlm memutuskan kemoralan melancarkan peperangan. Kebaikan egoisme: (i) Sebagai agen moral. (v) Setiap orang mentafsirkan situasi dirinya dan menentukan tindakan yang manakah akan membawa sebanyak mungkin akibat yang baik bagi setiap orang yang terlibat dalam situasi itu. 20. Aliran Egoisme: (i) Egoisme psikologikal.peperangan dianggap wajar dari segi moral jika hasilnya membawa kebahagian. 19. (ii) Kesukaran membuat peraturan sejagat tanpa pengecualian. 15. 17. (iv) 9 . 18. Utk memperjelas teori ini kita ambil isu moral berkaitan peperangan sbg cth. Jika kemudaratan dijangka melebihi akibat baik yg dinikmati oleh neg yg melancarkan perang(w/pun menang) menurut u peperangan x boleh dijustifikasikan. Sebaliknya.s org mesti menimbang /m kira kemudaratan dan kebaikan yg dihasilkan oleh peperangan itu. Friendrich Wilhem Nietzche.14. 22. tetapi tidak selalu. (b) Egoisme universal Setiap orang patut bertindak demi kepentingan diri kecuali kepentingan orang lain juga memenuhi kepentingannya. kebaikan lebih drpd kesengsaraan/kemudaratan. (iii) Mengikut teori ini: (a) manusia sentiasa bertindak demi kepentingan diri kerana dibentuk secara mental untuk berbuat demikian dan (b) terdapat orang yang kerap. (ii) Bukanlah teori etika.

Menurut teori ini. pilihan peribadi dan bukannya dipaksa. Keburukan egoisme: (i) Egoisme mementingkan diri dan x mengambil kira kptingan org lain. 4. Prinsip kewajipan: (a) Menurut Kant. 6. Kant percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu tindakan bukan akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di bawah kawalan kita. dan kehormatan. 3. "hadiah atau pemberian alam" seperti kekuasaan. dan sifat-sifat lain memang baik dan diingini dalam banyak 10 . Oleh itu. Duty for the sake of duty. Misalnya tentera Amerika Syarikat yang terlibat dalam mengebom Hiroshima dan Nagasaki melakukannya kerana melaksanakan tugas yang diberi.manusia x perlu beroganisasi dan taat kpd autoriti. 7.Agamawan (ateis). 5. bukan kerana ada sesuatu kesan peribadi akibat perbuatan itu. ketabahan hati. Kedua.demokrasi (x berfikiran sivik).Namun sejarah menunjukkann cth kejayaan Jepun krn kesetian kpd maharaja mrk. kebijaksanaan dan pertimbangan. dan "ciri watak" seperti keberanian. kekayaan. Ia menjadi nilai yang baik jika kita menderma secara sukarela tetapi menjadi nilai yang tidak baik jika kita menderma kerana dipaksa atau kerana terpaksa. seorang ahli flasafah German (1724-1804) yang pernah mengajar di University of Konigsberg di bahagian barat Rusia. seseorang melakukan sesuatu atau tidak melakukannya semata-mata kerana pekara itu difikirkannya baik atau buruk. Cth mendahulukan diri dlm kenaikan pangkat w/pun ada org lain yg lebih layak. Deontologi selalu dikaitkan dengan Immanuel Kant. Misalnya apabila kita menderma untuk tabung kebajikan.Beliau bpdpat utk memperoleh kemajuan mrk yg lemah diekplotasi. 8. (ii) Nietzche jahil ttg hakikat kewujudan manusia. 2. (d) Kant menyatakan bahawa "bakat minda" seseorang seperti kecerdasan. Akan tetapi motif (niat) tindakan kita adalah di bawah kawalan kita. Prinsip Duty (Principle of Duty) iaitu apabila seseorang melaksanakan tanggungjawab atau tugas yang diberi semata-mata kerana mengikut arahan bagi melaksanakan tugas itu. Deontologi berasal dari perkataan Yunani "deon" atau duty tugas/tanggungjawab yang bermaksud "yang diharuskan atau diwajibkan". 2. Prinsip Eksistensialisme (Principle of Existentialism) di mana nilai baik atau buruk mesti berasaskan kepada pilihan setiap individu secara bebas. kita harus bertanggungjawab secara moral atas motif kita untuk membuat kebaikan atau keburukan. tiada yang baik tanpa syarat. prinsip kemoralan ialah kewajipan (duty).23. Kecuali good will atau tekad baik.4 Teori Deontologi 1. (c) Tekad baik diterangkan sebagai taakulan praktikal (keupayaan untuk melaksanakan prinsip atau peraturan). Pertama.

(m) Kemanusiaan adalah suatu nilai intrinsik manusia. (f) Motif yang menjadikan sesuatu tekad itu baik bukanlah cita rasa. 10. orang lain dan keduaduanya? Sifat ikhlas adalah dasar utama Apa gunanya mengamalkan teori ini. Walaupun begitu sifat-sifat ini tidak boleh dianggap baik tanpa syarat. kemahuan atau kecenderungan semula jadi. (j) Prinsip moral yang ditetapkan oleh individu itu mestilah juga dipatuhi oleh orang lain. bukan kemanusian mjdi matlamat penculik itu. (g) Sesuatu tindakan akan mempunyai nilai moral apabila dilakukan dengan kerelaan dan seseorang itu akan mempunyai kerelaan hati jika motif tindakannya ialah satu tanggungjawab moral yang diakui. 9. kerana penculik melayan mangsanya sbg alat mendapat wang tebusan. dan bukan atas apa yang dilakukannya. langsung akibat suatu tindakan di undang-undang dan agama dalam menentukan satu sistem moral yang berkesan? Mewujudkan individu yang Apakah faedah sesuatu sistem bertanggungjawab terhadap moral itu kalau tidak membawa dirinya akibat baik terhadap diri kita sendiri. (e) Tumpuan diberi dan diletak atas niat. (l) Satu lagi formula yang penting ialah Practical Imperative yang menyatakan bahawa kemanusiaan hendaklah sentiasa menjadi matlamat dan bukan alat perlakuan individu. (k) Individu itu mestilah bertindak sebagaimana dia inginkan orang lain bertindak terhadapnya. tujuan dan motif seseorang. Kekuatan dan kelemahan: KEKUATAN KELEMAHAN Melahirkan insan yang patuh dan Bolehkah kita mengetepikan taat kepada kewajipan. Tanpa kerelaan dan sistem moral yang begitu rigid keikhlasan sesuatu tindakan tiada sedangkan ia tidak semestinya nilainya.hal atau perkara. (n) Cth Jangan menculik . peraturan. Kategorikal Imperatif (i) Kewajipan atau undang-undang mutlak dikenali sebagai satu set prinsip moral iaitu Categorical Imperative atau perintah mutlak/tanpa syarat. boleh membawa kebaikan pada masa-masa tertentu 11 . (h) Satu-satu tindakan yang dianggap betul dari segi moral tidak dianggap memadai jika ia dilakukan semata-mata untuk kepentingan diri.

kewujudan (existence) mendahului zat (essence). kemoralan berasaskan andaian "kebebasan". dan tindakan sepanjang hayat. (g) Manusia tidak difikirkan.Manusia terus bebas memilih. mengamalkan keadilan dan tidak mencederakan orang lain. pemikiran. (c) Prima facie = ("at first glance" atau "on the surface of things") (d) Kewajipan prima facie Ross termasuk mengatakan kebenaran. meja. 12 . (f) Bezakan dengan pisau.11. Kewajiapan Prima Facie: (a) Sir William David Ross (1877-1940) bersetuju dengan kant bahawa kemoralan pada asasnya tidak patut berdasarkan akibat tindakan kita tetapi beliau tidak bersetuju dengan kemutlakan teori-teori Kant. (h) Manusia wujud dahulu siapa mereka bergantung kpd apa yg dilakukan mereka.batu. mengakui kebaikan yang dilakukan oleh orang lain terhadap kita. menunaikan janji. dia mempunyai pandangan "mitologi" yang menjejaskan kebebasannya. dan lain-lain. (b) Eksistensialisme melemahkan peraturan tradisional dan mutlak yang berfungsi sebagai panduan moral. tetapi dia boleh menentukan bagaimana dia hendak hidup. bola bersifat statik dan tidak berubah. Bagi eksistensialisme. (j) Objek yg tiada kesedaran ialah spt kerusi. (m) Individu mesti bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku moralnya sendiri.Bermaksud zat pisau mendahului kewujudan. (d) Tidak dapat dinafikan bahawa individu tidak dapat membuat apa-apa terhadap hakikat bahawa dia telah lahir. (k) Manusia tidak boleh mengubah dirinya (Being for itself) menjadi (Being in itself) yg kaku/konkrit/maujud spt meja. 12. (i) Dlm diri manusia terdapat kekosongan @ ketiadaan (Nothingness) yg mesti diisi oleh manusia melalui kesedaran. tidak dijadikan mengikut spesifikasi tertentu @ dibuat utk tujuan tertentu. (c) Menurut Satre. jika individu mematuhi peraturan masyarakat secara buta tuli. Ross percaya terdapat peraturan yang patut dipatuhi oleh manusia kerana ini adalah obligasi manusia melakukannya. bagaimana dia lahir. Oleh itu nilai moral itu sentiasa berubah.tidak mutlak dan sebagainya.kerusi. ibu bapanya dan lain-lain. Mitos ini mesti dihapuskan dari alam kemoralan.subjektif. dalam abad berapa dia lahir. Eksistensialisme: (a) Jean Paul Satre adalah pelopor utama dalam eksistensialisme. Seperti Kant.Sifat sudah ditetapkan (fikir dulu baru buat). (e) Dlm buku Being & Nothingness bagi kes Manusia sahaja. (b) Ross percaya bahawa terdapat kewajipan prima facie tertentu yang patut kita sentiasa patuhi kecuali apabila keadaan atau alasan yang serius memerlukan kita buat yang berlainan. (l) Manusia ingin menjadi sesuatu yg mempunyai sifat tetap yg menyebabkan dia ditentukan utk bertingkah laku secara khusus.

Dengan menjauhi semua prinsip dan peraturan moral. 17. 15. 13 . (c) Fredoom of choice. Tidak perlu bagi setiap individu mencipta nilai & prinsip sendiri kerana akan menjadikan kehidupan sosial tidak teratur. Kritikan terhadap teori Eksistensialisme: (a) Eksistensialisme melemahkan peraturan tradisional/mutlak yg berfungsi sbg panduan moral. iaitu menilai secar teliti situasi berkenaan. (d) Bagi Satre jika individu tidak mencipta nilai baru. tindakan dianggap tidak bermoral.Menurut satre org yg mematuhi peraturan tradisional akan menyekat kebebasanya. individu mesti menggunakan kebebasannya untuk mendapat fakta yang betul berhubung dengan situasi yang dihadapinya.13. 14. kemudian membuat pilihan dan keputusan moralnya sendiri. Terdapat tiga bentuk kebebasan: (a) Kebebasan jasmani (b) Kebebasan kehendak (c) Kebebasan moral Kebebasan moral bermaksud kebebasan bertindak tanpa paksaan dan larangan. 18. dia dianggap berada dalam kewujudan yang tidak sah. (o) Kewujudan ini merujuk kepada individu membuat pilihan dan keputusan moral yang tulen dan tidak membenarkan dirinya dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan orang lain dalam membuat pilihan dan keputusan moral. seseorang itu merasakan kewajipannya bukan suatu yang dipaksa dari luar. walaupun tidak mementingkan diri boleh membawa individu kepada relativisme @ individualisme. tetapi sesuatu yang dikehendaki olehnya sendiri. Moral ini perlu dihapuskan dari kemoralan. Eksistensialisme menekankan pilihan terus daripada sumber asal (first hand choice). (b) Tidak berguna bercakap mengenai isu moral kerana individu tiada hak terhadap kemoralan & tingkahlaku orang lain. (n) Aspek ini sama dengan pandangan Heideggar yang memperkenalkan konsep "kewujudan sah". 16. Manusia hanya perlu pilih prinsip etika atas sebab yg rasional bagi memastikan kehidupan lebih baik. Apabila individu itu membenarkan orang lain membuat pilihan moral untuk dirnya. Mengikut eksistensialisme. Golongan eksistensialisme menitikberatkan kebebasan memilih (freedom of choice) dalam situasi yang mereka berada. Individu mesti bertanggungjawab terhadap tingkahlaku moral sendiri.

0 NILAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN Hindu Kristian Taoisme Islam NILAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN Confucianisme Buddha Kepercayaan Natif Sikhisme Rajah 3.1 Pengenalan 1. adakah rogol itu bermoral?) 3. (c) Pada asasnya moral agama adalah moral atau etika yang berdasarkan kepada kewujudan Tuhan dan keimanan kepadaNya dan kehidupan Akhirat (selepas mati). (c) Sesuatu tindakan seperti rogol adalah salah kerana ia dilarang oleh Tuhan. Salah satu pandangan tentang dari mana datangnya kemoralan adalah bahawa kemoralan manusia mengenai yang betul dan salah berasal dari Tuhan atau Kuasa Luar Biasa (kemoralan objektif). 2. Pandangan A: (a) Prinsip asas kemoralan ini ialah apa-apa tindakan yang dilarang oleh Tuhan adalah tidak bermoral.0: Agama dan Kepercayaan Utama Di Malaysia 3. 14 .3.(jika tidak dilarang oleh Tuhan. (b) Tuhanlah yang menjadikan sesuatu perbuatan yang menjadikan sesuatu perbuatan itu betul atau salah melalui larangan-Nya. Pandangan B: (a) Tuhan tidak menjadikan sesuatu perbuatan itu betul atau salah tetapi melarang kelakuan tertentu seperti keseksaan dan rogol kerana ia adalah tidak bermoral (b) Membenarkan tindakan lain seperti menolong orang kerana ia bukan tidak bermoral dan memerlukan kelakuan seperti menghormati ibu bapa kerana tidak melakukannya adalah tidak bermoral.

Kepercayaan kepada tuhan yang satu 5. 15 . Setiap insan yang beragama sudah sepatutnya mengabdikan dirinya kepada Tuhan dengan membuat apa yang disuruh dan menghindar apa yang dilarangNya.Kepercayaan kepada banyak tuhan (b) Moral Zuhud . 6. Ada tiga bentuk utama: (a) Moral Politeistik .4.Mengetepikan dunia dan mengutamakan akhirat (c) Moral Monoteistik .

16 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful