You are on page 1of 5

PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH

(Penyelia : Dr. Mowafak Abdullah Ahmed Al-Khusairy) KHATIJAH BINTI ENDUT (1997) ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) oleh guru-guru Pendidikan Islam. Soal selidik digunakan sebagai alat kajian adalah dibina oleh pengkaji sesuai dengan apa yang hendak dikaji. Ujian rintis dijalankan kepada 21 orang guruguru Pendidikan Islam. Responden kajian sebenar adalah seramai 70 orang guru-guru sekolah menengah dan rendah di Daerah Kuala Terengganu, Terengganu. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan ABM oleh guru-guru adalah sederhana. Ringkasnya boleh dikatakan guruguru Pendidikan Islam menggunakan ABM. Analisa Ujian T menunjukkan tidak ada perbezaan dan segi penggunaan ABM antara guru lelaki dan guru perempuan dan antara guru sekolah menengah dengan guru sekolah rendah. Analisa anova menunjukkan pengalaman mengajar atau lama bertugas seseorang guru tidak mempunyai hubungan dengan penggunaan ABM di dalam pengajaran mereka. Kesimpulannya guru-guru Pendidikan Islam hendaklah meningkatkan lagi penggunaan ABM khususnya yang menarik dan terkini agar pembelajaran lebih berkesan dan pelajar menjadi seorang yang taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t.

Ke Laman Pendidikan Islam
Ada dua perkataan yang hampir-hampir sama maksudnya dengan kaedah dan ia memang tergolong dalam kaedah juga, iaituteknik dan pendekatan. Mok Soon Seng (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran. Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992). Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz AlQur`an dengan mendengar bacaan dalam pita kaset, maka ini dikatakan teknik. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi

kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada. Padanya. Forebel dan sebagainya. Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. guru harus pandai memilih kaedah yang baik. Atan Long (1980) dan Mahfudh Salahuddin (1987). tempat dan pelajar. Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Dengan demikian. simulasi.faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran. yang sesuai dengan keadaan masa. . tetapi ia merupakan wasilah. kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai 3. Atan Long (1981) dan lain-lain. kaedah juga haruslah sesuai dang tabiat (nature) pelajaran yang diajar 4. kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar 5. mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah bekenaan 7. kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran. Jadi apa sahaja cara tiandakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah. walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas. seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah. Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995). tempat dan pelajar. seperti kaedah kuliah. Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran. antaranya ialah: 1. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa. Mok Soon Seng (1992). Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. inquiri penemuan. kaedah mestilah secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran 2. iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran. demonstrasi. Socrates. Melihat kepada misal-misal yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). maka itu adalah kaedah. kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru 6. nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang ada nama.

iaitu: 1. Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur pencapaian pelajar Kata Cangelosi (1992): Learning goal is the overall purpose of the teaching unit. malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. iaitu: Planning Implementation Evaluation . Tujuan am (learning goal) 2.An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar. and/or attitude that the student to/or must acquire. Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar 5. Objektif pelajar (specific objective) 3. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. define the learning goal. Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktivit tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran 4. 24) Perrott (1986) menerangkan semua aktiviti itu dalam tiga istilah yang lebih mendasar. abilities. matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. It indicates what students are expected to learn. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik. (ms. Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut. Specific objective. Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu. That is a number of specific skills.

apa nasihat yang akan diberi. Langkah-langkah ini disusun demikian rupa untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran sesuatu yang menarik dan berkesan. apa nilai yang hendak ditonjokan supaya pelajar ikut dan contohi dan sebagainya. objektif yang hendak dicapai. kerana personaliti guru mempengaruhi sikap pelajar (Huitt. mempunyai wawasan yang jelas dan mengajar dengan penuh semangat untuk mencapai objektif yang terancang dengan langkah-langkah yang tersusun dengan menggunakan BBM yang menarik dan dengan pergerakannya yang cukup lincah. penjagaan masa pengajaran (engagement time). Pengajaran dan pembelajaran yang baik. Kalau guru mengajar terlalu terikat dengan orientasi peperiksaan. di sampiang pengetahuan yang patut ada pada guru. tetapi gagal memberi pendidikan Islam. Al-Ibrashy. 1976). penekanannnya ialah penghayatan Islam. Ini semua mencerminkan guru muslim (Al-Ghazali. iaitu gagal mendidik anak-anak untuk menjadi orang Islam bagi memikul tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah. Jadi. tetapi untuk menjadi seorang Islam yang beramal dengan ajaran Islam dengan cara yang betul. penghayatan nilai Islam. mudah faham dan diminati oleh pelajar. tetapi yang boleh menjadi contoh kepada pelajar dari segala aspek personaliti. Ini termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan. Iaitu apa yang hendak dipesan kepada pelajar. ´«effective teacher is one who is able to demonstrate the ability to bring about intended learning goalsµ. Ia bukan sahaja memberi kesan dalam bidang pelajaran yang diajar. kaedah dan teknik penyampaian.Tiga perkara ini dan juga langkah-langkah yang dikemukakan sebelum ini merupakan asas pengajaran yang berkesan. pendekatan. Demikian juga dengan istilah guru berkesan (effective teacher). Parrott (1986:5) Oleh itu. menarik dan berkesan tidak dapat diwujudkan jika tidak memenuhi kriteria tertentu seperti yang dibincangkan di atas. ketepatan masa dalam setiap perjanjian. Ini yang dikatakan pengajaran yang berkesan (effective teaching). Guru harus sedar bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam bukan sahaja untuk lulus peperiksaan. BBM yang sesuai dan penilaian yang akan dijalankan. guru hanya berjaya menyampaikan ilmu Islam. guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas. Satu yang perlu diingatkan ialah tentang pendidikan Islam atau penerapan nilai Islam. keadilan dalam layanan dan sebagainya. Ini juga harus dirancang dengan saksama. Ini termasuklah gaya bercakap. 1994). . bukannya peperiksaan. 1988. kekemasan berpakaian. Guru yang mampu menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ini ialah guru yang didikasi. Inilah dia guru yang efektif (effective teacher).

Riyadh: Dar Al-Huda. . Kuweit: Makatabah Al-Manar. Systematic teaching strategy. Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Karya Bistari.Rujukan Abu Saleh. Metodologi Pendidikan Islam. kaedah & strategi. Atan Long (1981). Cangelosi. Effective teaching. Parrot.. Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995). London & New York: Longman. Pengajaran dalam bilik darjah.(1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran mikro. Mahfuzdh Shalahuddin (1987). Taisir dan Iyad. Al-Kailany. New York: Longman. Kuala Lumpur: Heinemann. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Ajil Jasim (1980). Kajang: Masa Enterprise. Kaedah am mengajar. James S. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Mulhim (1986). Surabaya: Bina Ilmu. 7th ed. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Kaedah hayati amali. Mok Soon Seng (1992). At-Taujih al-fanny fi usul at-tarbiyah wat-tadris. 4. Beirut: Maktabah Lubnan. Ma`alim fit-tarbiyah. An-Nashmy. Ilmu pendidikan: pedagogi. Muhibuddin Ahmad (1988). Hasan Langgulung (1981). ctk. Asasiyat fi turuq at-tadris al-`ammah. Elizabeth (1986). Azman Wan Chik (1987).