You are on page 1of 5

kuliah 2 JMK313;BUSTAN AL-SALATIN Kitab Bustan al-Salatin merupakan salah sebuah karya penting penghasilan Sheikh Nuruddin al-Raniri

. Menurut Dr Tudjimah, selain daripada kitab ini, Sheikh Nuruddin turut menghasilkan 23 kitab lain seperti Al-Durat alFara’id, Hidayat al-Habib, Asrarul Insan, Hujjatul Siddiq dan An Nahdatu Fi dakwah. Ada juga pendapat menyatakan karya beliau berjumlah 29 buah tetapi yang pastinya Sheikh Nuruddin merupakan seorang ulama pengarang yang mengarang banyak kitab. Menurut Dr Jelani Harun dalam bukunya Pemikiran Adab Ketatanegaraan Kesultanan Melayu, kitab Bustan alSalatin ini tergolong sebagai sebuah karya saduran kerana banyak pengaruh Arab dan Parsi yang sama ada diceduk atau diambil oleh Sheikh Nuruddin menjadi kandungan kitab ini manakala RO Winstedt mengkelaskan kitab ini sebagai sastera sejarah kerana pengkisahan sejarah yang terdapat di dalam kitab ini boleh dikatakan lengkap terutama dari segi sejarah kesultanan Melayu khususnya kerajaan Melayu Melaka dan Acheh tetapi sarjana tempatan memikirkan kitab ini lebih sesuai dikategorikan sebagai sastera ketatanegaraan atau sastera adab, yakni hasil penulisan yang boleh dijadikan petunjuk kepada raja-raja dan pemerintah dalam mentadbir negeri. Saudara saudari yang dihormati, Saya mulakan kuliah kita pada pagi ini dengan memetik kata-kata Khalifah Abu Bakar al-Siddiq. Kata beliau, Jadilah pohon, walaupun ditetak, ditebang,ia tetap mengeluarkan buah untuk keperluan manusia. Begitulah apa yang akan kita pelajari pada hari ini, sebuah kitab lama yang yang dihasilkan ratusan tahun dahulu tapi masih memberikan manafaat kepada kita jika kita sudi mengambil iktibar daripadanya. Kitab Bustan al-Salatin merupakan salah sebuah karya penting penghasilan Sheikh Nuruddin al-Raniri. Menurut Dr Tudjimah, selain daripada kitab ini, Sheikh Nuruddin turut menghasilkan 23 kitab lain seperti Al-Durat alFara’id, Hidayat al-Habib, Asrarul Insan, Hujjatul Siddiq dan An Nahdatu Fi dakwah. Ada juga pendapat menyatakan karya beliau berjumlah 29 buah tetapi yang pastinya Sheikh Nuruddin merupakan seorang ulama pengarang yang mengarang banyak kitab. Menurut Dr Jelani Harun dalam bukunya Pemikiran Adab Ketatanegaraan Kesultanan Melayu, kitab Bustan alSalatin ini tergolong sebagai sebuah karya saduran kerana banyak pengaruh Arab dan Parsi yang sama ada diceduk atau diambil oleh Sheikh Nuruddin menjadi kandungan kitab ini manakala RO Winstedt mengkelaskan kitab ini sebagai sastera sejarah kerana pengkisahan sejarah yang terdapat di dalam kitab ini boleh dikatakan lengkap terutama dari segi sejarah kesultanan Melayu khususnya kerajaan Melayu Melaka dan Acheh tetapi sarjana tempatan memikirkan kitab ini lebih sesuai dikategorikan sebagai sastera ketatanegaraan atau sastera adab, yakni hasil penulisan yang boleh dijadikan petunjuk kepada raja-raja dan pemerintah dalam mentadbir negeri. Sebelum kitab membedah kitab ini dan pada hari ini saya fokuskan kepada 4 aspek ketatanegaraan, iaitu keadilan raja, kebijaksanaan pembesar, mentaati pemerintah dan pembangunan negara, saya rasa ada baiknya jika kita kenali dahulu pengarangnya. Kitab Bustan al-Salatin dikarang oleh seorang ulama terkenal Acheh, iaitu Syeikh Nuruddin al-Raniri Muhammad Jailani bin Ali bin Hasanji ibn Muhammad Hamid atau lebih dikenali sebagai Sheikh Nuruddin al-Raniri. Beliau bukanlah berketurunan Melayu. Beliau dilahirkan di dalam sebuah keluarga berketurunan Quraisy di Ranir, Gujerat, India Sheikh Nuruddin merupakan seorang ulama, pengarang, ahli tasawuf dan dilantik kemudiannya sebagai penasihat di istana Acheh oleh Sultan Iskandar Thani. Sheikh Nuruddin menguasai bahasa Melayu, Arab dan Parsi melalui kehidupannya yang dilingkungi oleh tradisi keilmuan. Ini kerana ada dalam kalangan ahli keluarganya yang terkenal sebagai ahli ilmuan agama di samping kedudukan Gujerat sebagai pusat perkembangan budaya dan bahasa Parsi. Jadi, bukanlah sesuatu yang ganjil apabila Bustan al-Salatin ini terpengaruh dengan kesusasteraan Parsi. Selain daripada itu, kembara beliau ke Kepulauan Melayu dan Makkah menyumbang kepada penguasaan ilmunya. Semasa beliau menunaikan haji pada tahun 1621, Sheikh Nuruddin telah mengambil peluang mempelajari bahasa Melayu dengan bergaul dengan jemaah haji Melayu. Kehidupan lamanya di Pahang turut membantu. TUJUAN DAN KEPENTINGAN PENULISAN KITAB BUSTAN AL-SALATIN ialah; • Mengikut arahan Sultan Iskandar Thani yang merupakan pemerintah Acheh yang mahukan sebuah kitab yang dapat mendaulatkan diri baginda sebagai pemerintah yang berdaulat. Apabila menulis atas perintah raja, hasil penulisannya memenuhi keperluan pemerintah demi menjaga martabat dan seterusnya memaparkan aspekaspek positif terhadap pemerintah. Kitab ini sama ada secara langsung atau tidak langsung turut mengagungagungkan Sultan Iskandar Thani sebagai pemerintah Acheh. • Satu-satunya kitab yang membicarakan sejarah kesultanan Acheh dan Melayu secara terperinci. • Merupakan usaha Sheikh Nuruddin untuk menyaingi Taj al-Salatin dalam usaha untuk memberikan panduan kepada masyarakat alam Melayu khususnya raja-raja dan para pembesar dalam mentadbir negeri dengan mengambil iktibar kelakuan terpuji dan keji yang dilakukan oleh pemerintah khususnya dari Timur Tengah. Hal yang demikian kerana Sheikh Nuruddin amat arif tentang apa sahaja yang berlaku dalam sejarah Timur Tengah. Contoh-contoh yang diambil juga bersesuaian kerana persamaan agama antara raja-raja Timur Tengah dengan Kepulauan Melayu. Namun begitu usaha Sheikh Nuruddin untuk menyaingi Tajus Salatin tidak berjaya kerana Tajussalatin lebih berpengaruh dalam kalangan pemerintah. • Menurut T. Iskandar, kitab ini bukan sahaja berguna kepada raja-raja tetapi juga kepada pengarang-

bersedekah dan memberi hadiah kepada rakyat yang berjasa kepada mereka dan negara. Arab. Seterusnya kita lihat pula dari segi kandungan kitab ini. • Mengisahkan juga tentang raja-raja purba benua Yunani. sifat perempuan. Semua versinya membicarakan perkara pokok yang sama. fasal qalam. ilmu dan firasat dan khifayat dan ilmu tabib dan segala sifat perempuan dan sesetengah daripada hikayat ajaib dan gharib. dihiasi dengan ayat2 al Qur’an dan hadis serta cerita-cedrita sebagai teladan dan iktibar. Kaab Ahbar. Bab ini terdiri daripada 6 fasal. BAB 3 • Menceritakan raja-raja yang adil dan menteri yang bijaksana. T Iskandar memberikan contoh bahawa pengarang Hikayat Hang Tuah telah menggunakan kitab ini bagi memberi gambaran taman di Rom sama dengan taman yang terdapat di Acheh pada zaman Sultan Iskandar Thani. sidratul muntaha. Winstedt menyatakan ada 40 fasal manakala Raffles pula 60 fasal. iaitu puisi pengaruh Parsi. kalam arsy dll. BAB 6 • Mengenai segala orang murah lagi mulia dan segala pahlawan yang gagah berani. Pahang dan Acheh. 6. bahagian pertama berkaitan raja manakala bahagian kedua memberi fokus kepada pegawai atau orang-orang yang penting dalam kehidupan raja seperti menteri. matahari. Bab ini mengandungi 13 fasal. Bab ini terdiri daripada 2 fasal. Abbasiyah. Fasal 12 merupakan saduran daripada Sejarah Melayu iaitu mengenai sejarah Acheh yang mencapai puncak kegemilangannya pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Thani. Sheikh Nuruddin membuat huraian tentang penciptaan alam yang bermula daripada fasal kejadian nur Muhammad. Kindah. Fasal 13 pula membicarakan sejarah raja-raja Acheh. Boleh dikatakan sejarah yang disampaikan oleh Sheikh Nuruddin dalam kitab ini bersifat fakta dan selaras dengan sejarah perkembangan Islam. Hal yang demikian berlaku kerana kitab yang lengkap tidak pernah ditemui sebaliknya tercerai-cerai. fasal kejadian-kejadian malaikat. kaabah. 7. 5. • Bab yang berkaitan sifat atau tabiat perempuan agak menarik kerana Sheikh Nuruddin mengkategorikan . Bustan al-Salatin ditulis dalam bahasa Melayu klasik. BAB 2 • Menerangkan sejarah para nabi dan raja-raja. dan hal-hal kekeluargaan. Dalam bab ini. • Bab 3 ini terbahagi kepada dua bahagian. Sheikh Nuruddin menasihati raja agar mendalami ajaran agama dan mengamalkan ajaran tareqat sebagai panduan untuk memerintah dengan lebih adil. utusan. BAB 1 • Terdiri daripada 10 fasal menerangkan tujuh petala langit dan bumi. • Bab ini dipenuhi dengan pelbagai panduan kepada raja dan para menteri. hijaz. Rom. Yang terpenting ialah dua fasal terakhir iaitu fasal 12 dan 13. Bab ini terdiri daripada 5 fasal. 2. Kandungannya banyak persamaan dengan kisah penciptaan alam yang terkandung dalam Qisas al-Anbiya yang bersumber drpd ibn Abbas. diikuti dengan nabi-nabi lain dan seterusnya kepada zaman nabi Muhammad SAW. Nur Muhammad. 3. Namun begitu isi kandungannya tidak jauh berbeza. Bab ini terdiri daripada 2 fasal. BAB 5 • Menerangkan raja-raja yang zalim dan pembesar negeri yang bodoh yang menipu rakyat mereka. • Bab 7 pula memperlihatkan gabungan beberapa aspek ilmu pengetahuan yang penting diketahui untuk panduan pembaca dalam menjalani kehidupan seharian seperti perubatan tradisional. • Bab 4 juga menceritakan satu sifat raja yang penting iaitu perlu sering mendekatkan diri dengan ajaran agama dengan harapan pemerintahannya sentiasa bersifat adil. wazir. fasal arasy. • Bab 5 pula menceritakan tentang perihal raja dan pembesar raja yang zalim dan membuat aniaya terhadap rakyat. • Bab ini didirikan dengan 2 bahagian. BAB 7 • Menyatakan akal. pemerintah disarankan agar sentiasa membantu rakyat miskin. dll . 4. Kitab ini adalah dalam bentuk prosa tetapi pengarangnya turut menyelitkan puisi Rubai. Wahb ibn Munabbih dan Abdullah ibn Salam. Kitab Bustan al-Salatin ini terdiri daripada 7 bab tetapi bilangan fasalnya pelbagai versi. • Turut menyelitkan kisah raja-raja kerajaan Umaiyyah. sifat tersebut ialah sifat pemurah dan berani. anatomi.fasal lohmahfuz. • Bab 6 pula khusus membicarakan dua sifat penting yang harus dimiliki oleh seseorang raja. ilmu firasat. Bab ini mengetengahkan tema berkaitan keadilan raja dan pegawai raja dalam urusan pentadbiran. • Bab ini juga mengambil kisah khalifah. • Diteruskan kepada sejarah raja Melayu Melaka. Bab ini terdiri daripada 2 fasal. Luh Mahfuz. • Bab ini menceritakan tentang perjalanan sejarah dunia yang bermula daripada nabi Adam. BAB 4 • Menerangkan raja-raja yang bertapa dan para wali yang salih.pengarang karya klasik zaman berikutnya. syurga dan neraka. • Dari sudut bahasa pula. • Dalam bab ini. Mesir. Mengikut Winstedt: 1. bintang. kadhi. raja dahulu sebagai panduan dan kias ibarat kepada raja dan pegawai agar menjadikannya sebagai contoh ikutan. Bahagian pertama tentang raja yang zalim dan membuat aniaya dan zalim kepada rakyat dan bahagian 2 pula tentang menteri yang zalim dan khianat. benua India. panglima.

Di sini diperlihatkan pemerintahnya menjaga kebajikan rakyat jelata tanpa mengira kedudukan. anjing. Kekayaan yang dimiliki itu kadang kala boleh membawa kepada ketakburan. Antara yang diberi penekanan oleh pemerintah ialah soal peminum. • Pemerintah juga mengguna pakai undang-undang Islam yang kita semua tahu berpaksikan keadilan. serigala dan kambing. disayangi. zalim dan tidak berilmu akan mengganggu kelicinan pentadbiran. tamak. CIRI-CIRI RAJA YANG ADIL • Raja harus memahami tugas dan tanggungjawab . berilmu dan bertaqwa bagi membolehkan mereka menjadi pembantu raja menguruskan hal-hal kemasyarakatan. Justeru. Harta yang dimiliki biasanya tidak terbatas. sombong dll sifat negatif yang tidak sewajarnya dimiliki oleh seorang raja. • Raja harus mengamalkan sifat sederhana . Di manakah kedudukan kita? Menurut manuskrip Raffles pula. Akal merupakan alat untuk raja berfikir dan membuat pertimbangan antara yang benar dan yang salahg. Bustan al-Salatin mengambil contoh Umar al-Khattab. Antara aspek yang akan dibincangkan dalam kuliah kita ini ialah. Raja. dikenang dan dikagumi oleh rakyat. ADAB/ASPEK KETATANEGARAAN DALAM BUSTAN AL-SALATIN. zalim. judi. pembangunan ummah.Seseorang raja yang menaiki takhta harus mengetahui dan memahami tugas dan tanggungjawab yang harus dilakukan. Bustan al-Salatin menasihati raja agar . darjat dan pangkat. kera.Seorang raja biasanya memiliki harta kekayaan yang cukup banyak.tabiat wanita kepada 10 mengikut jenis haiwan iaitu babi. pemerintah telah melantik wazir. percukaian. ular. sikap turun padang pemerintah untuk melihat keadaan rakyat yang sebenarnya. Sheikh Nuruddin mengingatkan raja yang baginda akan ditanya di akhirat apakah yang dilakukannya sebagai seorang pemerintah. Hal yang demikian kerana seseorang raja adalah memikul amanah Allah dan akan dinilai kelak atas apa yang dilakukan. Harun Aminurrasyid sebagai ikutan kepada raja-raja. • Dalam hal keadilan ini juga. • Dalam konteks keadilan ini. wajib memerintah dengan adil dan saksama agar rakyat akan mendapat manafaat daripadanya. tikus. berfikir untuk membezakan yang hak dan batil dan kemudiannya meningkatkan kesempurnaan hidup.salatin tetap merupakan kitab yang amat penting kepada masyarakat alam Melayu. para sahabat sebagai contoh ikutan dalam pentadbirannya. unggas. tidak adil. bab 4. baitul mal dan tanggungjawab menunaikan solat. • Salah satu petikan berkaitan keadilan yang dipaparkan oleh Sheikh Nuruddin ialah dalam Bab 3 fasal 1 yang antara lain memberi pilihan antara keperkasaan dan keadilan. Raja yang adil tentunya akan dikasihi. pegawai-pegawai penguatkuasa agar tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan berkesan. • Raja atau pemerintah digalakkan menuntut ilmu untuk kebaikan diri sendiri agar dapat meningkatkan keimanan. Pemerintah. 5 dan 6 masing-masing ada 2 fasal dan bab 7 ada 5 fasal.Seorang raja yang baik sewajarnya menjadikan peribadi baik dan mulia nabi Muhammad SAW. Salah satu perkara yang disentuh oleh Sheikh Nuruddin berkaitan akal ini ialah beliau membuat perbandingan antara akal dengan cahaya matahari di mana akal jika digunakan pada jalan kebenaran dan keadilan. Sebelum ini saya ada menjelaskan bahawa kitab ini tidak dapat menyaingi Tajussalatin tetapi Bustan al. baghal. Wazir dan pegawaipegawai yang tidak jujur. bab 3 ada 2 fasal. Pegawai-pegawai ini mestilah orang yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam hal-hal yang bersangkutan dengan tugas. pengarang menyarankan agar raja mencontohi kepimpinan nabi Muhammad SAW yang diketahui umum sebagai seorang yang adil dan bijaksana dalam urusan pentadbiran. Ini terbukti apabila terdapat bahagian-bahagian tertentu daripada kitab ini yang dicetak dan dikembangkan dalam masyarakat. Ini boleh dilakukan secara rasmi atau secara rahsia dengan mengambil contoh keadilan khalifah Umar Al-Khattab. Dalam Bustan al-Salatin. bab 2 ada 13 fasal. Raja atau pemerintah yang baik akan memilih keadilan berbanding keperkasaan. pemerintah akan terlebih dahulu melaksanakan temuduga dalam memilih wazir dan pegawai agar amanah. Bustan al-Salatin juga terdiri daripada 7 bab dan terbahagi kepada 60 fasal. Seperti yang telah saya jelaskan di awalnya. kitab-kitab ketatanegara ini iaitu Bustan al-Salatin dan Tajussalatin ini merupakan garis panduan atau penanda aras kepada para pemerintah dalam mengendalikan pentadbiran negeri. kala. Kebolehan berfikir inilah akan membantu pemerintah berada pada jalan kebenaran dan menjauhkan diri daripada jalan kezaliman. • Hal yang demikian kerana salah satu ciri keadilan raja ialah akal. bab 1 ada 30 fasal. bercakap benar. Sheikh Nuruddin turut memberikan contoh keadaan di Dar as-Salam yang mana pemerintahnya berpegang kepada prinsip keadilan khususnya dalam pentadbiran. bukan sekadar mejadi ketua kerajaan tetapi sebaliknya juga memikulk amanah daripada Allah sebagai pemimpin rakyat dan negara. A. • Justeru. • Di samping itu. cahayanya lebih gemerlap berbanding cahaya matahari. beradab sopan. Bahkan kemuliaan dan martabat seorang raja atau pemerintah itu terletak kepada keadilan yang dilakukannya. KEADILAN RAJA • Sheikh Nuruddin memberi panduan kepada raja agar mementingkan keadilan di dalam pentadbirannya. • Yang terakhirnya berkaitan keadilan dalam pentadbiran ini ialah. • Raja harus menjadikan peribadi yang adil pada masa lalu sebagai contoh .

tanpa berat sebelah atau pilih kasih. tidak membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi. Bustan al-Salatin menyarankan pembesar mestilah bijaksana dalam urusan pentadbirannya. • Dalam Bustan al-Salatin. • Tugas dan tanggungjawab pembesar ini sebenarnya amatlah berat kerana keamanan dan keteguhan sesebuah negeri bukannya terletak pada raja semata-mata tetapi juga pembesar. alim. Bustan al-Salatin menggesa raja supaya memaafkan kesalahan rakyat kerana balasan daripada Allah cukup besar. berilmu dan amanah. Pada Zaman feudal. beradab sopan. Raja seharusnya keluar dari istana dan mendekati rakyat sama ada melalui lawatan secara langsung atau secara rahsia tanpa ketahuan rakyat. C. • Dalam pada itu.Raja harus mengetahui keadaan hidup rakyat dengan melihat sendiri kehidupan mereka. para menteri mahu pun rakyat biasa agar mereka ini tidak teraniaya. Ini bagi membolehkan raja tidak mendapat malu dan pembesar pula tidak dimurkai raja. Di sinilah pentingnya akal kepada seorang raja sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini. Raja perlulah menggunakan pertimbangan akal agar tidak memberikan kemudaratan dan kerugian kepada raja sendiri. • Raja harus mengekalkan peribadi yang baik . penghulu bendahari. • Bustan al-Salatin memberi nasihat kepada rakyat agar sentiasa mentaati raja atau pemerintah. Selain daripada ciri-ciri yang dinyatakan di atas. pembesar mestilah memiliki pengetahuan. raja dibantu oleh bendahara. Sikap raja yang mengasihi rakyat akan memberi kesan kebaikan kepada raja itu sendiri kerana rakyat akan mendoakan kesejahteraan. antaranya ialah beriman.Raja biasanya akan sentiasa berhadapan dengan pelbagai pertikaian antara rakyat ataupun pertikaian yang berlaku dalam kalangan rakyat. • Raja harus mengadili pertikaian rakyat . • Raja harus mengasihi rakyat . MENTAATI PEMERINTAH. Sifat ini juga akan menjadikan raja sentiasa sabar. timbalan perdana menteri. Bustan al-Salatin menasihati raja agar sentiasa bertanya khabar keadaan rakyat. bermain judi. umpat dcan keji oleh rakyat kerana berkeperibadian buruk. Bustan al-Salatin menegaskan bahawa raja mesti bertindak adil dalam menjatuhkan hukuman tanpa mengira sama ada kaum keluarga. Pembesar tidak harus menegur kesalahan atau kesilapan raja secara terbuka di khalayak ramai. • Dalam konteks ini. dalam urusan menasihati raja. • Menurut Bustan al-Salatin. berilmu dan bertaqwa bagi membolehkan mereka menjadi pembantu raja menguruskan hal-hal kemasyarakatan. Hal yang demikian kerana Sultan Iskandar Thanilah yang memberikan kedudukan tertinggi kepada Sheikh Nuruddin di istana sebagai ulama negara. Bustan al-Salatin menasihati raja supaya memelihara nama baik dengan tidak melakukan pekerjaan yang boleh mencemarkan nama baik baginda dan memelihara daripada dicerca. Raja juga bertanggung jawab melantik hakim yang adil bagi menguruskan persoalan kehakiman dan undang-undang dalam negeri. pemurah. pemerintah akan dibantu oleh pembesar. jemaah menteri dan seterusnya pihak berkuasa tempatan. bercakap benar. kandungannya mestilah mengagungkan pemerintahnya. cara berpakaian. taat setia kepada raja.Raja harus memiliki sifat kasih kepada rakyat jelata.KEBIJAKSANAAN PEMBESAR • Dalam sistem pentadbiran sama ada moden atau feudal.mengamalkan sifat bersederhana. • Dalam kitab ini jelas tergambar sanjungan dan ketaatan Sheikh Nuruddin kepada Sultan Iskandar Thani. sabar. Sheikh Nuruddin menyarankan agar pembesar berdatang sembah pada ketika sunyi atau ketika raja tidak dihadap pembesar atau ketika berseorangan dan memberi nasihat kesan daripada perlakuan raja yang tidak baik yang boleh mencemarkan nama baik raja tersebut pada matya rakyat. laksamana dan syahbandar manakala pada zaman moden ini. kesihatan raja dan mengasihi raja. • Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini. Justeru. Sheikh Nuruddin menyenaraikan 22 ciri yang perlu dimiliki oleh seseorang pembesar. ada juga pembesar yang mengambil kesempatan menggunakan kedudukannya mempengaruhi raja untuk melakukan sesuatu yang tidak baik. pemaaf dan mesra dengan rakyat. Sebagai contohnya. • Para pembesar merupakan golongan pentadbir yang begitu rapat dengan raja. ada 3 lagi ciri yang seharusnya dimiliki oleh seseorang raja yang adil tetapi tidak jelas dinyatakan di dalam Bustan al-Salatin iaitu: • Raja harus beriman dan beramal salih • Raja harus menghormati ulama • Raja harus bijaksana B. terdapat. • Dalam Bustan al-Salatin. bahkan mereka menjadi pembantu kepada pemerintah. temenggung. • Ketaatan yang dimaksudkan oleh Bustan al-Salatin ialah seseorang rakyat mesti mentaati pemerintah selagi . Rakyat yang tidak mentaati pemerintah dianggap sebagai penderhaka dan boleh diperangi dan dibunuh. makan dan tidak harus melibatkan diri dalasm kegiatan yang tidak bermoral seperti minum arak. rendah diri dan mensyukuri nikmat anugerah Allah. tujuan Sheikh Nuruddin menulis kitab ini adalah kerana perintah Sultan Iskandar Thani. Ini kerana suruhan mentaati pemerintah merupakan sebahagian daripada ajaran agama Islam. • Raja harus sentiasa mendampingi kehidupan rakyat . Sifat ini akan menjadikan raja sentiasa memikirkan kesejahteraan rakyat. pentadbiran sesebuah negeri dikendalikan oleh perdana menteri. pengalaman dan ciri-ciri tertentu seperti amanah. memelihara rahsia raja. sebaliknya teguran itu seharusnya dilakukan secara lebih sopan dan persendirian.Raja harus memiliki peribadi yang baik dan mengekalkannya sepanjang masa. melakukan perbuatan maksiat dsb. tidak tamak. Seorang raja yang baik mesti memiliki sifat-sifat atau adab-adab yang mulia dalam percakapan. bijaksana. pembesar mestilah menggunakan saluran yang betul laksana menarik rambut di dalam tepung. Raja seharusnya bertindak sebagai hakim dan mengadilinya secara adil.

• Dalam hal ini. sudah semestinya aspek ini diberi keutamaan. Apabila raja menyuruh rakyatg melakukan sesuatu yang bertentangan atau menyalahi hukum agama seperti melakukan maksiat. D. raja akan memperelokkan frasarana seperti kemudahan di pelabuhan. pasar agar urusan perdagangan dapat berjalan dengan lancaR . memandangkan Acheh merupakan sebuah negara yang mementingkan pembangunan agama Islam. • Disamping itu. Masjid bukan sahaja berfungsi sebagai tempat solat tetapi fungsinya juga sebagai tempat guru-guru atau para ulama mengembangkan ilmu keagamaan seperti fiqah dan ilmu usul. perintah tersebut tidak harus dituruti. Bustan al-Salatin menjelaskan bahawa raja Acheh telah memantapkan ilmu berkaitan sistem keagamaan dengan membina masjid-masjid sebagai tempat untuk menuntut ilmu. kepatuhan dan ketaatan rakyat kepada pemerintash atau raja mempunyai had yang tertentu. Bustan al-Salatin menggambarkan rakyat pada masa itu telah menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada pemerintah sehingga sanggup meninggalkan pekerjaan yang sedang mereka lakukan sematamata-mata mahu melihat perarakan raja. Oleh hal yang demikian.pemerintah tersebut menjalankan hukum secara adil dan berpegang kepada hukum Allah atau tidak melanggar hukum syarak. Dalam konteks ini. rakyat tidak harus mematuhi perintah raja yang bertentangan dengan hukum syarak. • Walaubagaimanapun. • Selain daripada itu. keagungan Acheh dalam bidang perdagangan turut mendapat perhatian daripada raja yang memerintah. PEMBANGUNAN NEGARA • Seorang pemerintah yang baik dan bertanggungjawab semestinya tidak melupakan peranan yang perlu dilaksanakannya dalam usaha menyediakan segala kemudahan kepada rakyat. Bustan al-Salatin turut menasihati rakyat agar sentiasa memberi penghormatan kepada raja. Menurut Bustan al-Salatin.