You are on page 1of 7

Bahagian A 1. Kemelut sosial remaja pada masa ini amat kritikal dan membimbangkan.

Ibu bapa tidak boleh dipersalahkan semata-mata kerana banyak faktor lain yang mempengaruhi golongan remaja. Bincangkan pernyataan di atas. 2. Mutakhir ini, kenaikan harga pelbagai jenis barangan secara drastik menuntut kebijaksanaan pengguna dalam berbelanja. Pada masa yang sama, pihak kerajaan perlu mengambil langkah berkesan agar hak pengguna sentiasa terpelihara. Jelaskan.

Bahagian B 3. Biodiversiti penting kepada semua hidupan bumi. Justeru, pelbagai pendekatan yang proaktif perlu diambil untuk mengekalkan keseimbangannya. Bincangkan.

4.

Kepentingan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembangunan sumber manusia memang tidak dapat disangkal lagi. Namun demikian, terdapat kesan negatif terhadap perkembangan tersebut. Bincangkan.

1

semua pihak tidak dapat lari daripada membicarakan peranan Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Namun. 2009) i. Apakah peranan IPT? Ii Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan. 2010) i. kini semakin bertambah apabila mereka perlu memastikan bahawa siswazah yang dilahirkan memenuhi spesifikasi pasaran kerja…” (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Masyarakat. Malah peranan IPT pada asalnya menjadi pusat kecemerlangan akademik dan intelektual.Bahagian C 5 (a) “…Dalam membicarakan soal kualiti siswazah. 2 . Malaysia beriltizam menjadi pengeluar makanan halal terbesar di dunia pada 2010. 5 (b) “…Potensi pasaran industri makanan halal sewajarnya menggerakkan usahawan Muslim tempatan untuk segera menceburi industri ini. Mac. jelaskan ciri-ciri yang diperlukan oleh seseorang siswazah untuk memenuhi spesifikasi pasaran kerja pada masa ini. Apakah cabaran Malaysia untuk menjadi negara pengeluar makanan halal? ii. Mac. Malaysia sedang berdepan dengan masalah pemalsuan sijil halal dan bilangan syarikat tempatan yang memohon sijil halal masih sedikit. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan. terangkan faktorfaktor yang menunjukkan Malaysia berpotensi mewujudkan industri makanan halal. …” (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Masyarakat.

. jelaskan mengapa makanan organik ini mahal harganya? 3 . Makanan organik sebenarnya mestilah dihasilkan tanpa penggunaan baja. pelancong yang melawat ke kawasan endemik di dunia juga mempunyai risiko yang tinggi . Mac 2009) i.Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Julai 2005) i. bagaimanakah cara untuk mengelakkan diri daripada penyakit meningokokan 6 (b) “….gov. Ia juga kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja.. makanan organik lazimnya dirujuk sebagai makanan yang asli dan dikaitkan dengan makanan golongan orang kaya ….. Meningitis meningokokal adalah radang pada selaput sekeliling otak dan saraf tunjang dan boleh membawa kepada meningokokal septisemia (keracunan darah oleh bakteria meningokokus).6 (a) “. Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah dan rapat dengan pesakit. Penyakit Meningokokal berjangkit secara langsung menerusi titisan rembesan respiratori dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti. bioteknologi. Lantaran sifatnya yang sedemikian.. terutamanya bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma. Penyakit ini kebanyakannya berlaku di kalangan kanak-kanak berumur bawah 5 tahun. Penyakit meningokokal disebabkan oleh bakteria meningococcus Neisseria meningitides." (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Majalah Estidomy. barah dan alah kepada sesuatu bahan kimia. Apakah yang boleh mengakibatkan seseorang mengidap penyakit meningokokal? Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan.my. ” (Dipetik dan diubahsuaikan daripada laman web myhealth. pertumbuhan hormon. Makanan organik semakin popular di negara kita.Siapakah yang berpotensi menjadi pengguna makanan organik? ii. ii. iradiasi dan antibiotik. racun serangga.

Jumlah perbelanjaan pada tahun 2008 berbanding pada tahun 2006 dan 2007 masing-masing berjumlah RM35 787 juta dan RM45 146 juta. iaitu meningkat sebanyak RM476 juta berbanding pada tahun sebelumnya.Bahagian D 7.2 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan pembangunan kerajaan pada tahun tersebut.6 peratus pada tahun 2006. Sementara itu.0 bilion untuk pendidikan rendah dan menengah sementara RM6. sediakan carta yang sesuai bagi membandingkan perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan mengikut sektor tahun 2006 dan tahun 2007. Peningkatan ini sebanyak 34. Kedudukan fiskal Kerajaan Persekutuan kekal terkawal pada tahun 2007 berdasarkan prospek ekonomi yang menggalakkan. Kerajaan Persekutuan juga telah memperuntukkan sebanyak RM10 194 juta untuk perbelanjaan pembangunan dalam sektor sosial yang lain pada tahun 2006 dan perbelanjaan untuk sektor ini meningkat sebanyak RM4 024 juta atau 39. Perbelanjaan untuk sektor sosial iaitu bidang pendidikan dan latihan diperuntukkan sebanyak RM8 731 juta. berbanding sebanyak RM1 629 juta pada tahun 2007. iaitu mempertingkatkan daya saing negara. Pada tahun 2006. memperkasa pembangunan modal insan dan menjamin kemakmuran rakyat. Kerajaan Persekutuan juga membelanjakan sebanyak RM1 895 juta untuk sektor perumahan pada tahun 2006. sektor kesihatan menerima peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM1 297 juta atau 3. Pada tahun 2007. Sektor perkhidmatan. RM3. Selaras dengan komitmen kerajaan untuk menghapuskan kemiskinan tegar menjelang tahun 2010. Perbelanjaan ini merupakan 9. Perbelanjaan sektor ini ditambah kepada RM7 298 juta pada tahun 2007. Berdasarkan petikan yang diberikan di bawah. Sektor pendidikan dan latihan ini terus ditingkatkan peruntukan perbelanjaan pada tahun 2007 kepada RM7 941 juta atau 17. hasil pembangunan akan diagihkan kepada pelbagai lapisan masyarakat. Sebanyak RM700 juta diperuntukkan untuk prasekolah.6 peratus. 2007) 4 . Teras dasar fiskal negara terus memberi penekanan kepada kecekapan dan keberkesanan serta perbelanjaan yang lebih memberi nilai.5 peratus pada tahun 2007.6 peratus. kerajaan membelanjakan sebanyak RM4 157 juta untuk sektor pertanian dan pembangunan luar bandar.0 bilion untuk pendidikan tinggi. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Unit Perancang Ekonomi. Negara telah mensasarkan tiga strategi utama dalam pengurusan ekonomi. sektor pengangkutan diperuntukkan sebanyak RM6 198 juta atau 17.3 peratus. perdagangan dan perindustrian menerima peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM3 791 juta pada tahun 2006 dan meningkat sebanyak RM1 311 juta pada tahun 2007.

dan RM10.334 juta. Perbelanjaan mengurus yang diperuntukkan oleh kerajaan digunakan untuk mengurus sektor awam yang menjadi tulang belakang kerajaan. 2004. jumlah yang diperuntukkan menunjukkan peningkatan. bekalan dan perkhidmatan. RM708 juta dan RM934 juta. jumlahnya adalah sebanyak RM3. Seterusnya. RM4. pencen dan ganjaran. jumlahnya adalah sebanyak RM7. dan perbelanjaan mengurus yang lain. pemberian kepada Kerajaan Negeri. pada tahun-tahun 2002.127 juta pada tahun 2001 dan pertukaran ini meningkat kepada RM2.241 juta. jumlah perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan meningkat kepada RM5. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi 2001-2005) 5 . RM660 juta.047 juta.864 juta dan RM3.084 juta.807 juta. subsidi. peruntukannya adalah sebanyak RM7. dan RM6.378 juta dan RM1. jumlah perbelanjaan pembangunan dalam khidmat bayaran hutang adalah sebanyak RM6. dan 2005.801 juta. Subsidi pula mendapat peruntukan sebanyak RM548 juta.975 juta.515 juta masing-masing. Manakala perbelanjaan mengurus yang lain menerima peruntukan sebanyak RM4. Bagi kategori gaji.367 juta. sediakan graf garisan yang sesuai untuk menunjukkan pelbagai jenis perbelanjaan kerajaan sebagai komposisi jumlah perbelanjaan mengurus kerajaan Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2005.974 juta. Pada tahun 2005. subsidi.579 juta masing-masing. peruntukan bagi bekalan dan perkhidmatan. RM8. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah. Pada tahun 2005. Pada tahun 2004 dan tahun 2005. RM5.730 juta.456 juta bagi keempat-empat tahun tersebut. Bagi kategori khidmat bayaran hutang pula. dan RM4. angka ini meningkat sebanyak RM2. dan perbelanjaan mengurus yang lain ialah RM4.463 juta. jumlahnya adalah sebanyak RM12.309 juta.525 juta.8.488 juta dan berkurang sebanyak RM18 juta pada tahun berikutnya. Pada tahun 2002. jumlahnya adalah RM1.355 juta dan RM2.406 juta bagi tahun 2001 hingga tahun 2003.248 juta pada tahun 2001. perbelanjaan pembangunan dalam gaji adalah sebanyak RM14. RM1.413 juta pada tahun-tahun yang berikutnya. Pada tahun 2002. RM576 juta. Perbelanjaan mengurus terdiri daripada gaji. 2003. Peruntukan bagi tahun 2001 adalah sebanyak RM12.683 juta dan RM1. Bagi tahun 2001. perkhidmatan bayaran hutang. Kategori pencen dan ganjaran pula menerima peruntukan sebanyak RM2.024 juta berbanding dengan tahun sebelumnya. Pada tahun 2004 dan tahun 2005. RM5. Kategori pemberian kepada Kerajaan Negeri menerima peruntukan sebanyak RM1. Pada tahun 2004.136 juta dan meningkat sebanyak RM95 juta pada tahun berikutnya dan berkurang sebanyak RM720 juta pada tahun 2004 berbanding dengan tahun sebelumnya.

2007 dan 2008. Malaysia: Bilangan Kes Pencemaran Alam Mengikut Jenis pada Tahun 2006. Berdasarkan jadual di bawah. Berdasarkan rajah di bawah. Februari 2009) 10.Bahagian E 9. 2007 dan 2008 Jenis Pencemaran Udara Darat Saliran air daratan Laut Jumlah 2006 1 631 940 1 209 955 4 735 Bilangan kes 2007 2 516 1 120 1 917 1 275 6 828 2008 3 127 1 350 2 522 1 815 8 814 (Disesuaikan daripada Dewan Masyarakat. Federal Marshall Cavendah. berikan ulasan anda tentang jenis-jenis pencemaran alam di negara ini pada tahun 2006. jelaskan faktor tarikan dan faktor tolakan yang mempengaruhi kedatangan buruh asing ke Malaysia. 2005) 6 . Education. Faktor-Faktor Mempengaruhi Kedatangan Buruh Asing Kemakmuran Ekonomi Keperluan Buruh Negara Persamaan Budaya S O S I A L E K O N O M I F I Z I K A L Geografi Keadaan Anarki Masalah Ekonomi Bencana Alam ( Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada.

7 .