You are on page 1of 9

Topik

X Konsep-

7
1. 2. 3. 4.

konsep Asas Sains Sosial

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: Menghuraikan pengertian konsep institusi sosial; Menjelaskan organisasi dan struktur sosial; Menghuraikan erti budaya dan nilai sosial; dan Memerihalkan konsep interaksi sosial.

X

PENGENALAN

Topik ini menghuraikan pengertian konsep-konsep asas dalam bidang sains sosial, khususnya yang digunakan dalam sosiologi dan antropologi sosial dan budaya institusi sosial, struktur sosial, organisasi sosial, budaya, nilai sosial dan interaksi sosial. Memandangkan bidang sains sosial mengkaji masyarakat dan budaya, pemahaman tentang konsep-konsep ini adalah penting kerana sains sosial menggunakan konsep-konsep ini dalam menjelaskan tentang masyarakat dan budaya.

AKTIVITI 7.1
Sebelum anda meneruskan dengan pembacaan anda, nyatakan apa yang anda faham dengan istilah sains sosial dan konsepkonsep sains sosial yang dijelaskan di bawah. Bandingkan pandangan anda dengan penjelasan yang diberikan di bawah.

rol dan norma yang berhubung kait dan dicipta untuk memenuhi keperluan dan/atau fungsi sosial yang penting. AKTIVITI 7. stuktur sosial adalah satu alat analisis.2 STRUKTUR SOSIAL Struktur sosial merupakan pola interaksi sosial yang membentuk budaya. dan kelompok. Ia wujud dalam masyarakat sebagai satu rangkaian yang kompleks dalam hubungan sosial yang berkekalan yang menyatukan kelompok sosial kepada unit yang lebih luas.2 Mengapakah institusi sosial merupakan konsep penting dalam sains sosial dan usaha memahami masyarakat dan budaya? Bincangkan secara kritis berasas pengalaman anda. manakala budaya merupakan daging yang meliputi tulang tersebut. sistem politik. Struktur sosial dikatakan sebagai tulang. norma. suatu konstruk yang dibina untuk membantu kita memahami tingkah laku manusia dalam kehidupan sosial mereka. rol.3 Salah satu daripada hubungan sosial masyarakat Melayu desa adalah diasaskan kepada sistem derau atau gotong-royong. status. Ia adalah komponen dalam masyarakat yang disusun dengan teratur untuk membentuk sesuatu kesepaduan yang sistematis.62 X TOPIK 7 KONSEP-KONSEP ASAS SAINS SOSIAL 7. Apabila sistem ini tidak wujud lagi. pendidikan. apakah perubahan yang telah berlaku kepada masyarakat tersebut? . AKTIVITI 7. interaksi. Bagi ahli antropologi sosial.1 INSTITUSI SOSIAL Suatu sistem status. Komponen utamanya ialah sistem. Perubahan pada struktur sosial sesuatu masyarakat boleh membawa perubahan kepada bahagianbahagian lain dalam masyarakat tersebut. agama (sistem kepercayaan) dan kekeluargaan adalah institusi sosial utama dalam masyarakat. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat bahawa kewujudan institusi sosial adalah perlu bagi kestabilan dan penerusan sesuatu masyarakat? 7. Rol dan norma institusi tersebut menentukan tingkah laku sosial yang diperlukan untuk memenuhi beberapa keperluan asas dari segi sosial. Ekonomi.

undang-undang. 1993). kesenian. Ia adalah sesuatu aktiviti sosial yang jitu yang juga dianggap sebagai satu aspek bekerjasama yang paling asas.4 BUDAYA Terdapat beberapa definisi budaya. Kebolehan dan kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Teras budaya terdiri daripada idea tradisional yang ditentukan melalui sejarah serta nilai yang dikaitkan dengannya.4 Adakah sistem derau merupakan suatu organisasi sosial? Apakah persamaan dan perbezaan di antara konsep struktur sosial dan organisasi sosial? 7.3 ORGANISASI SOSIAL Organisasi sosial ialah satu tindakan yang tersusun. Kluckhohn Budaya terdiri daripada pola tingkah laku tersurat dan tersirat yang diperolehi dan ditransmisi oleh simbol. Organisasi sosial boleh juga dianggap sebagai salah satu daripada cara manusia mengurus perjalanan masyarakatnya. kepercayaan.TOPIK 7 KONSEP-KONSEP ASAS SAINS SOSIAL W 63 7. Tylor Keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu. B. Budaya adalah pencapaian kelompok manusia termasuk artifak atau barangan seninya. AKTIVITI 7. adat resam dan lain-lain. . satu koordinisasi tingkah laku setiap imdividu ke arah matlamat sosial dan ekonomi yang tertentu (Norazit Selat. kesusilaan. tetapi kalau kita teliti dengan mendalam setiap definisi itu menyentuh tentang manusia dan perlakuannya secara umum dan spesifik dalam masyarakat: (a) E. satu susunan kerja sesuatu masyarakat. Kroeber & C. satu proses penyusunan sesuatu tindakan dan hubungan tindakan tersebut dengan sesuatu matlamat sosial yang diterima umum. (b) L.

Dalam setiap masyarakat atau komuniti sudah (b) (c) . Perasaan tidak selesa yang dirasainya itu adalah satu bentuk kejutan budaya. Perasaan ini kemudiannya akan mempengaruhi tingkah laku individu tersebut dalam perhubungannya dengan anggota masyarakat lain. Sub-budaya ini dikenali sebagai counterculture. mores.4.1 Integrasi Budaya Menyatupadukan elemen atau unsur budaya yang berkonflik supaya diwujudkan satu keseluruhan atau satu unit yang berharmoni dan bersepadu.4. Kejutan Budaya Kejutan yang dirasai oleh seseorang apabila terdedah buat kali pertama kepada sesuatu masyarakat yang mempunyai budaya yang berbeza. norma dan adat di dalam sesuatu budaya yang kukuh integrasinya akan menyokong antara satu sama lain dan memperkuatkan lagi kesepaduan tersebut. Misalnya komuniti Al-Arqam yang wujud di Malaysia pada satu ketika dahulu mengamalkan beberapa norma dan nilai yang berbeza dengan amalan masyarakat luas. Ia juga boleh merupakan budaya sesuatu komuniti yang menolak norma. sama ada dari segi material atau bukan material. yang berbeza dalam beberapa aspek daripada pola budaya masyarakat luas. begitu berbeza daripada budayanya ia mendapati dirinya sukar untuk berinteraksi dan menyesuaikan diri dalam masa yang singkat dengan budaya masyarakat tersebut. adat dan undang-undang) serta kepercayaan dan nilai tertentu. Lazimnya tingkah lakunya akan berbentuk negatif dari segi fizikal atau verbal terhadap mereka.2 Variasi Budaya Variasi Budaya boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Misalnya budaya masyarakat Melayu desa berbeza dalam beberapa perkara daripada budaya masyarakat Melayu umumnya. nilai dan kepercayaan asas budaya masyarakat luas.64 X TOPIK 7 KONSEP-KONSEP ASAS SAINS SOSIAL 7. Nilai. Etnosentrisme Etnosentrisme ialah perasaan yang terdapat pada diri seseorang bahawa budayanya itu adalah lebih baik daripada budaya masyarakat lain. Ia memerlukan masa untuk disosialisasikan ke dalam masyarakat tersebut. 7. Oleh kerana budaya masyarakat itu. Misalnya seorang Melayu dari pedalaman yang tidak pernah terdedah kepada budaya Australia berkunjung ke Melbourne buat pertama kali. Antaranya adalah: (a) Sub-Budaya Sub-budaya merupakan satu segmen masyarakat yang berkongsi pola norma (folkways.

Wujud hubungan langsung di antara nilai. (e) 7. Ianya digunakan oleh manusia tetapi tidak dihasilkan atau diubahsuai oleh manusia. norma dan isbat. termasuk objek semula jadi yang diberikan makna dan berfungsi untuk manusia. perkara itu akan diburu oleh anggota masyarakat tersebut. Sebaliknya.5 NILAI SOSIAL Konsepsi masyarakat tentang apa yang dianggap baik. bahasa dan sebagainya yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Oleh itu kebanyakan orang Islam akan berusaha menunaikan haji kerana perkara yang pertama akan mendorong mereka berusaha sedaya upaya untuk berbuat demikian kerana bukan sahaja perlakuan itu telah memenuhi tuntutan agama. tidak diingini. Oleh itu. tidak sesuai (improper) disebut sebagai nilai negatif. penting atau tidak penting dan bermoral atau tidak bermoral. menunaikan haji di Makkah adalah nilai khusus yang terdapat pada penganut agama Islam dan mereka yang telah menunaikan haji akan diberikan status yang tinggi dalam masyarakat. Nilai juga boleh dibahagikan kepada nilai khusus dan nilai umum. terutama sekali dalam masyarakat Melayu Islam. tetapi juga mendapat imbuhan sosial dari segi status dan penghormatan. (d) Budaya Material Semua objek fizikal (trait budaya material) yang direka cipta oleh manusia. 7.5. Isbat merupakan bentuk tindak balas masyarakat terhadap mereka yang melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai sosial yang positif. ilmu. diidamkan atau diingini.1 Nilai Khusus Konsep ini merujuk kepada sesuatu perkara tertentu yang dihargai oleh majoriti anggota sesuatu masyarakat. norma. . apa yang dianggap tidak baik. Misalnya. Budaya Bukan Material Trait budaya abstrak yang direka cipta oleh manusia seperti kemahiran teknikal.TOPIK 7 KONSEP-KONSEP ASAS SAINS SOSIAL W 65 pasti ada anggotanya yang mempunyai kecenderungan untuk menjadi etnosentrik atau memandang rendah ahli masyarakat lain. sesuai (proper) dikenali sebagai nilai positif. Nilai sosial juga meliputi apa yang anggota masyarakat suka atau tidak suka.

7. Pendirian ini telah menyebabkan berlakunya pertentangan atau konflik nilai. Bagi golongan ini.5.66 X TOPIK 7 KONSEP-KONSEP ASAS SAINS SOSIAL 7. Ia turut melibatkan pelbagai tatacara berkomunikasi seperti bahasa dan simbol. . mereka tidak boleh menerima egalitarianisme sebagai nilai yang perlu dipelihara. AKTIVITI 7.3 Konflik Nilai Konflik nilai berlaku apabila sesuatu nilai masyarakat yang diterima umum tetapi tidak diterima oleh sesetengah golongan dalam masyarakat yang sama. Seperti nilai khusus. Apabila interaksi sosial itu berterusan dalam masa yang lama dan membentuk pola yang kekal. 7. Pola saling jangkaan ini lama kelamaan akan menjadi norma.5 Bandingkan nilai sosial (positif dan negatif) kelompok etnik anda dengan nilai sosial kelompok etnik lain. Huraikan bagaimana nilai sosial kelompok etnik anda mempengaruhi tingkah laku anda. Misalnya kesihatan dan demokrasi. Apabila sesuatu interaksi sosial berlangsung buat beberapa lama dan membentuk pola ia dikenali sebagai perhubungan sosial. Ia mempengaruhi dan dipengaruhi oleh tindakan orang lain.5. ia juga akan mempengaruhi tingkah laku anggota masyarakat. ia disebut sebagai hubungan sosial. Justeru nilai tersebut perlu ditentang.6 INTERAKSI SOSIAL Suatu proses sosial yang berlaku antara dua atau lebih individu dan kelompok. Ia juga mengambil kira tingkah laku orang lain dan melibatkan jangkaan dan ramalan. egalitarianisme (nilai umum) yang diterima dengan meluas sebagai nilai masyarakat jelas bertentangan dengan tingkah laku sesetengah anggota masyarakat yang mirip ke arah rasisme. Begitu juga dengan penghormatan terhadap ibu bapa dan usaha untuk mendapatkan ilmu serta pendidikan tinggi. Inti pati interaksi sosial ialah penukaran makna.2 Nilai Umum Konsep ini merujuk kepada perkara-perkara umum dan abstrak yang dihargai oleh majoriti anggota sesuatu masyarakat. Dua perkara ini juga merupakan nilai umum yang dihayati oleh semua golongan etnik. Ia melibatkan tindakan saling balas membalas maklumat antara individu. Misalnya. Ia membenarkan individu bertukar-tukar makna dan fikiran melalui instrumen komunikasi ini. di Amerika Syarikat. Kedua-dua perkara ini adalah umum dan abstrak dan dihargai oleh penduduk Malaysia tidak mengira kaum atau agama.

Nilai sosial ialah perkara yang dianggap baik dan diidamkan atau sebaliknya. Meramal apa yang orang lain akan lakukan di dalam sesuatu situasi adalah penting bagi setiap tingkah laku sosial. institusi sosial.6 1. undang-undang. AKTIVITI 7. organisasi sosial. Tanpa interaksi sosial. . kepercayaan. Struktur sosial. rol. Budaya adalah keseluruhan yang kompleks yang mengandungi pengetahuan. Institusi adalah suatu konsep asas sains sosial yang menjelaskan suatu sistem status. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pandangan tersebut? Sains sosial adalah suatu bidang ilmu yang mengkaji masyarakat dan budaya dengan menggunakan beberapa konsep asas. Bincang kenapa kebolehan meramal tingkah laku orang lain di dalam sesuatu situasi sosial penting bagi tingkah laku sosial. adalah alat analisis yang digunakan untuk membantu kita memahami tingkah laku manusia dalam kehidupan sosial. suatu konsep asas sains sosial. adat resam dan lain-lain kebolehan dan kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.TOPIK 7 KONSEP-KONSEP ASAS SAINS SOSIAL W 67 Interaksi sosial. kesusilaan. 2. perhubungan sosial dan hubungan sosial juga dikenali sebagai tingkah laku sosial. dan norma yang berhubung kait dan dicipta untuk memenuhi keperluan dan fungsi sosial yang penting. Masyarakat terus wujud kerana adanya pola yang membenarkan anggotanya mengetahui apa yang patut mereka lakukan dan meramal tingkah laku anggota lain. sesuatu tindakan dan hubungan tindakan tersebut dengan sesuatu matlamat yang diterima umum. budaya sosial dan nilai sosial tidak akan wujud. Organisasi sosial ialah suatu aktiviti sosial. struktur sosial. kesenian.

68 X TOPIK 7 KONSEP-KONSEP ASAS SAINS SOSIAL Interaksi sosial ialah suatu proses sosial yang melibatkan penukaran makna antara dua atau lebih individu dan kelompok serta tindakan saling balas membalas yang berorientasikan tindakan individu lain. Adat Resam Agama Antropologi Sosial/Budaya Budaya Budaya Bukan Material (Mantifak) Budaya Material (Artifak) Kesenian Konflik Nilai Matlamat Sosial Nilai Khusus Nilai Sosial Nilai Umum Norma Organisasi Sosial Pendidikan Pengetahuan Politik Rol Sains Sosial Sistem Sosial Sosiologi Status Struktur Sosial Sub-Budaya Tingkah Laku Sosial Undang-Undang Variasi Budaya Counter Culture Ekonomi Etnosentrisme Fungsi Hubungan Sosial Ilmu Institusi Sosial Interaksi Sosial Isbat Kehidupan Sosial Kejutan Budaya Kekeluargaan Kelompok Sosial Kepercayaan .

TOPIK 7 KONSEP-KONSEP ASAS SAINS SOSIAL W 69 George. Konsep asas antropologi. Ting Chew Peh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. & Achilles. A modern dictionary of sociology. A. Konsep asas sosiologi. . London: Methuen & Co. (1969). (1993). T. G. Norazit Selat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ltd. (1997).