1.0 PENDAHULUAN 1.

1 Pengenalan Kertas kerja ini membincangkan, Van Linschotten, seorang sarjana Belanda yang banyak menulis tentang hal ehwal Kepulauan Melayu, pada abad ke-18 telah berkata, “Bahasa Melayu pada masa itu, bukan sahaja amat harum namanya juga dianggap bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa timur”. Beliau juga berpendapat bahawa orang yang tidak tahu akan bahasa Melayu di Kepulauan Melayu, dapatlah dibandingkan dengan orang yang tidak tahu akan bahasa Perancis di Belanda pada zaman itu. Hal ini dapat dilihat bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa yang agung dan masyhur di persada dunia sejak zaman dahulu lagi. Bahasa Melayu telah dituturkan oleh orang-orang Melayu. Bahasa ini ditutur daripada satu generasi ke generasi yang lain. Sesuatu bahasa mempunyai liputan wilayah pertuturan sama dengan kawasan penuturnya menetap dan berada. Ada juga bahasa yang tersebar bukan kerana migrasi penuturnya, tetapi kerana penjajahan yang dilakukan ke kawasan-kawasan lain. Bahasa Inggeris, Perancis dan Belanda merupakan ikon kepada kolonialisme dan menyebarkan pengaruh bahasa mereka ke serata tempat atas dorongan untuk meluaskan wilayah pemerintahan. Penyebaran bahasa berlaku disebabkan beberapa faktor penarik dan penolak. Faktor penarik merujuk kepada tempat yang hendak didatangi oleh mana-mana individu. Manakala, faktor penolak pula disebabkan oleh mereka ingin lari dari tempat tinggal yang tidak selesa dan tidak selamat serta terdedah kepada ancaman malapetaka.

1

1.2 Objektif Kajian Objektif kajian berdasarkan tajuk yang diberikan ialah membuat kajian perpustakaan dan mengumpul maklumat. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk meniliti dan mendalami bidang-bidang huraian asal usul bahasa Melayu mengikut peringkat dan perkembangannya. Selain itu, kajian ini dilakukan adalah untuk membuat analisis dan menjelaskan secara bergambar. Setiap maklumat yang diperoleh, hendaklah disertakan dengan gambar, rajah atau jadual yang berkenaan dengan maklumat yang diperoleh. Kajian ini juga dijalankan adalah untuk menghasilkan esei dan pembentangan kertas kerja. Hal ini demikian kerana setiap maklumat yang diperoleh, akan dipersembahkan dalam bentuk penulisan dan pembentangan kepada orang lain.

2

1.3 Kaedah Kajian Semasa proses menyiapkan tugasan ini, terdapat beberapa kaedah kaijan yang diguna pakai bagi menghasilkan kaijan yang optimum dan menepati spesifikasi dikehendaki. Kaedah kajian yang menjadi tunjang kepada tugasan ini ialah kajian perpustakaan. Perpustakaan merupakan pusat pencarian maklumat dan gedung ilmu bagi setiap manusia, terutamanya golongan pelajar. Di sini juga, sesuatu maklumat boleh didapati dan diperoleh melalui buku, ensiklopedia, jurnal, laporan kajian, dan tesis. Sepanjang tugasan ini dalam tempoh pembikinan, perpustakaan yang menjadi pusat rujukan saya ialah Perpustakaan Negeri Selangor, Shah Alam dan Perpustakaan Negara Malaysia. Saya juga menjadikan Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh sebagai pusat carian maklumat tugasan ini. Berdasarkan perpustakaan dan pusat sumber yang dikunjungi, banyak maklumat penting yang saya peroleh untuk tugasan ini. Kebanyakan maklumat yang diperoleh, didapati daripada buku-buku rujukan, Kamus Dewan dan majalah-majalah terbitan berkala. Lantaran itu, setiap maklumat yang diperoleh telah dikenal pasti serta dianalisis kesesuaiannya untuk dijadikan bahan penulisan. Sumber-sumber kajian yang diperoleh akan diletakkan di bahagian bibliografi yang terletak pada tajuk kelima kerja ursus ini. Sumber-sumber ini ditulis dengan menggunakan format APA yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru.

3

1.4 Batas Kajian Sewaktu menyiapkan tugasan ini, terdapat batas-batas kajian yang harus dipatuhi agar pelajar tidak membuat tajuk tugasan di luar batasan kajian. Batas kajian tugasan ini memfokuskan kepada asal usul bahasa Melayu. Para pelajar juga dikehendaki mengenal pasti susur galur bahasa Melayu daripada pelbagai sumber dan rumpun keluarga bahasa utama. Dalam hal ini juga, pelajar juga diminta untuk membuat kajian secara menyeluruh mengenai perkembangan bahasa Melayu bermula daripada bahasa Melayu kuno hingga bahasa Melayu moden. Kajian ini juga menjurus kepada fungsi dan ciri yang terdapat dalam bahasa Melayu. Tugasan ini juga melibatkan kajian kepada alat-alat artikulasi serta daerah-daerahnya. Dalam bahagian ini, para pelajar dikehendaki untuk mengenal pasti daerah-daerah artikulasi yang terdapat pada diri manusia dengan melabelkannya dengan betul.

4

Melalui kajian ini juga. daripada kajian yang telah dilakukan.5 Rumusan Justifikasinya. Hubungan sosial dalam kalangan masyarakat turut dapat dieratkan melalui bahasa yang dituturkan oleh ahli-ahlinya. sesebuah masyarakat itu boleh dianggap sebagai sebuah masyarakat yang mundur dan tidak bertamadun.1. Emosi juga dapat dinyatakan melalui bahasa itu sendiri kerana sifat bahasa itu sendiri yang unik. Tanpa bahasa. kajian terhadap bahasa sedikit banyak memberikan input kepada para pelajar. Oleh hal yang demikian. 5 . didapati bahawa bahasa sangat penting kepada manusia untuk berkomunikasi antara satu sama lain. kita dapat lihat bahawa bahasa merupakan medium utama dalam penyampaian dan pendokumenan sesuatu maklumat. Jelaslah di sini bahawa bahasa amat penting dalam kehidupan masyarakat di dunia ini.

bahasa ialah satu sistem lambang-lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. kebanyakan ahli bahasa dan ahli linguistik telah memberikan konsep dan takrifan bahasa yang hampir sama. terutamanya untuk melahirkan pemikiran. Dari segi pragmatik. setiap penutur dan pendengar mempunyai dua perkara penting. Beliau juga merumuskan bahawa proses ini sentiasa bertukar ganti antara penutur dengan pendengar yang berkomunikasi sesama mereka. sama ada berdasarkan aksi penutur atau pendengar. seorang ahli linguistik moden berkata bahawa. Bahasa juga mencakupi dialek. Bloch dan Trager (1942) telah mentakrifkan bahasa sebagai sistem lambang-lambang vokal yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi. Dalam hal ini. loghat. Lambanglambang yang diujarkan oleh manusia mempunyai makna-makna yang tertentu berdasarkan lingkungan masyarakat yang menuturkannya.2. Noam Chomsky (1957). Proses komunikasi ini berlaku apabila adanya penutur dan pendengar. para ahli linguistik bersetuju bahawa bahasa merupakan satu sistem yang menghubungkan maksud kepada bunyi. peranan dan fungsinya. antaranya The American Heritage Science Dictionary. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga.0 PENGENALAN 2. Dalam kamus yang lain. perasaan dan memberikan arahan. bahasa merupakan satu sistem objek atau simbol seperti bunyi atau sesuatu huruf yang berturutan serta boleh digabungkan dengan pelbagai cara dengan syarat mematuhi peraturan tertentu. frasa bahasa telah didefinisikan dalam pelbagai cara mengikut sifat-sifat semula jadi bahasa. iaitu kecekapan bahasa dan pengucapan bahasa.1 Definisi Bahasa Dalam bidang kajian bahasa. adat dan adab sesuatu bangsa. pula mentakrifkan bahasa sebagai 6 . Oxford University Press (Language Software).

telah menimbulkan pelbagai pendapat daripada ahli-ahli linguistik dan ahli-ahli bahasa yang lain. Teori tersebut mengatakan melalui bahasa. Dalam kajian seterusnya mengenai konsep dan takrifan bahasa yang dominan. manusia boleh diklasifikasikan kepada etnik-etnik mengikut bahasa yang ditutur oleh mereka. perasaan dan keinginan melalui bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan. seorang ahli linguistik Swizerland dan juga bapa linguistik moden abad ke-20. Edward Sapir (1921) menyimpulkan bahasa sebagai satu medium perhubungan serta selalu digunakan oleh manusia dan merupakan kaedah yang digunakan untuk menyampaikan idea. Takrifan ini sangat menepati teori yang dilakukan oleh Ferdinand Mongin de Saussure (1959). Dalam penetapan konsep dan takrif bahasa yang lebih jitu. bahasa terdiri daripada makna sistematik yang dituturkan melalui penggunaan bunyi-bunyi atau tanda-tanda yang konvensional. R. Dalam naskhah yang lain juga seperti Etymology Dictionary.salah satu cara untuk mengklasifikasikan manusia kepada suku dan etnik tertentu. A Hall (1964) berpendapat bahawa bahasa merupakan institusi yang membolehkan manusia berkomunikasi dan berhubung antara satu sam lain yang mengandungi makna dan menggunakan lambang-lambang arbitrari lisan dan pendengaran. 7 . Dari segi bidang sosial pula. Michael Halliday (1973) mengatakan bahasa ialah satu turutan kemungkinan dan pilihan tingkah laku yang bersesuain denga individu sebagai manusia yang bersosialisasi.

Walau bagaimanapun.1 Definisi Melayu Pada masa ini. Sebaliknya pula bagi Roland Bradell. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan ‘Melayu’ berasal daripada nama sungai di Jambi iaitu Sungai Melayu. Claudius Ptolemaeus atau Ptolemy. Hal ini disebabkan bukti-bukti langsung tentang istilah Melayu pada zaman prasejarah masih belum ditemui. Banyak pendapat yang diutarakan oleh para sarjana tentang konsep ‘Melayu’. iaitu Tanjung Kuantan. telah menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya. Sumatera. konsep ‘Melayu’ merupakan konsep yang meliputi ruang yang luas dan tempoh masa yang panjang akibat daripada keluasan dan bilangan penutur bahasa tersebut. asal usul bahasa Melayu masih lagi kabur. iaitu malayakolam atau malaikurram yang merujuk kepada sebuah kawasan di utara pantai Semenanjung Malaysia. Manakala. pengkajian terhadap asal usul bahasa ini amat sukar dan rumit. E Gerini menganggap istilah ‘Melayu’ berasal daripada kata Sanskrit. Pengkajian yang mendalam tentang sejarah dan perkembangan bahasa ini masih diperlukan. menganggap tempat yang dimaksudkan ialah di Tanjung Penyabung. Penggunaan istilah ‘Melayu’ pada peringkat awal ini hanya dapat dikesan sekitar tahun 100 – 150 masihi. perkataan ‘Melayu’ itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit malaya yang bermaksud bukit ataupun tanah tinggi. Sehubungan dengan itu.2. Dari segi pandangan akademik. dari segi etimologi. Geographike Sintaxis. terletaknya Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. 8 . Di sana. G. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari.

Beliau kemudiannya telah dihantar Raja Bhoga ke negeri Mo-lo-yu yang pada masa itu disebut sebagai Sribhoga. jelas kelihatan bahawa pada peringkat awal. ibu negeri Srivijaya dan Bhoga sebagai tanah jajahan takluk Srivijaya. kesamaan adat resam dan kesamaan upacara yang dijalankan. termasuklah Mo-lo-yu. Hal ini bererti istilah ‘Melayu’ hanya merujuk keturunan raja-raja Melayu di Sumatera. seorang pengkaji bernama Colin telah mengusulkan bahawa suku bangsa Tagalog berasal daripada bangsa Melayu. Bermula pada abad ke-17. Pada abad ke-17.Menurut catatan seorang rahib Buddha yang bernama I’tsing. kesamaan bentuk badan. Beradasarkan takrifan ‘Melayu’ di atas. kesamaan warna kulit. dalam perjalanannya dari Canton ke India beliau telah singgah di Bhoga. istilah ‘Melayu’ untuk merujuk nama bangsa atau bahasa wujud setelah adanya kerajaan Melaka yang kemudiannya berkembang sebagai sebuah kerajaan agung. Hal ini berdasarkan kesamaan bahasa yang dituturkan. didapati bahawa I’tsing telah mengubah nama Mo-lo-yu kepada Bhoga dan Sribhoga. istilah ‘Melayu’ hanya digunakan untuk merujuk kepada kerajaan atau kawasan dan bukannya merujuk kepada sesuatu bangsa atau bahasa. penggunaan istilah ‘Melayu’ yang merujuk bangsa semakin meluas. Dalam buku yang bertajuk Susur Galur Bahasa Melayu. Dipercayai ketika itu bahawa Sribhoga ialah Palembang. Selain itu. Berdasarkan teks-teks yang ada hubungannya dengan Melaka klasik. pantai timur Sumatera. Kelompok ini mendiami Semenanjung Tanah Melayu. Kesemuanya bersumberkan bangsa Melayu. menyatakan bahawa istilah ‘Melayu’ yang lebih umum adalah merujuk kepada suku bangsa yang menuturkan bahasa Melayu. Berdasarkan catatan ini. istilah ‘Melayu’ merujuk keturunan yang ‘berbangsa’dan ‘berasal’ sahaja. kesamaan bentuk pakaian. Melayu merangkumi suku bangsa serumpun di Nusantara. Asmah Hj. Pada ketika itu. Brunei dan beberapa buah 9 . Omar (1985).

Filipina dan Madagascar. Thailand. Bahasa suku bangsa ini diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan di negara Malaysia dan dikenali sebagai bahsa Indonesia di negara Indonesia. Hal ini bermakna bahawa sesiapa sahaja yang mempunyai ciri-ciri tersebut boleh mejadikan ahli kepada suku bangsa Melayu. UNESCO telah melancarkan The Oceanic Culture Study Project yang meliputi kawasan Austronesia yang lain. telah membahagikan kawasan Austronesia kepada kawasan Kepulauan Melayu (Austronesia Barat) dan kawasan Oceania (Austronesia 10 . Indonesia. Pada masa yang sama juga. fasih berbahasa Melayu dan lahir di Tanah Melayu sebelum merdeka. UNESCO telah memberikan pengertian tentang konsep ‘Melayu’. Pada 1972. Dalam Perlembagaan Malaysia. Istilah ‘Melayu’ digunakan untuk merujuk suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia. Dengan demikian. pengertian ‘Melayu’ mempunyai implikasi keagamaan yang dikaitkan dengan agama Islam. mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu.kawasan berhampiran. UNESCO Timur). Di Malaysia. Melayu ditakrifkan sebagai orang yang beragama Islam.

Orang Melayu dikatakan berasal daripada induk Austronesia. Sekitar 4000 tahun yang lalu. bahasa Austronesia merupakan induk kepada bahasa Melayu.1 Bahasa-bahasa Austronesia Bahasa sering dikaitkan dengan salasilah bangsa. iaitu dari Taiwan dan Hawaii. di hujung utara hingga ke New Zealand. Pembahagian sesuatu bahasa kepada keluarga bahasa tertentu adalah dengan melihat ciri-ciri persamaan dan perbezaan yang terdapat pada bahasa tersebut.1 Daerah-daerah penutur asli bahasa Melayu 2. Dipercayai juga induk Austronesia ini menuturkan bahasa Austronesia. penutur bahasa ini telah berhijrah dari selatan China ke pulau Taiwan dan seterusnya 11 . di hujung selatan dan dari Madagascar jauh di barat hingga ke Pulau Easter di hujung timur. Oleh hal yang demikian.2 Kawasan penyebaran orang Austronesia Penutur awal bahasa Austroensia proto atau purba dikatakan berasal dari wilayah yang disebut China sekarang ini. Gambar 2.Gambar 2. Keluarga bahasa ini sangat besar dan luas penyebarannya di dunia.3 Asal Usul Bahasa Melayu 2.3.

menyeberangi sempadan Filipina. Oceania. Oleh sebab bahasa ini merupakan kumpulan bahasa yang besar dan mempunyai rangkaian subkeluarga yang banyak. Keluarga bahasa Melayu-Polinesia dibahagikan kepada bahasa-bahasa Melayu-Polinesia Barat. Melayu-Polinesia Tengah dan Melayu-Polinesia Timur. Mereka telah menetapkan bahawa bahasa Austronesia mempunyai empat kelompok asas iaitu bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu atau Nusantara. Madagascar dan Taiwan.1 Rumpun bahasa Austronesia Ada sebahagian ahli bahasa dan sejarah mengelompokkan rumpun bahasa Austronesia kepada dua keluarga uatama. para sejarawan telah mengelompokkan dan menjelaskan cabang bahasa ini kepada beberapa bentuk. taburan geografi bagi bahasa ini meliputi Asia Tenggara Maritim. bahasa-bahasa Polinesia. Tegasnya di sini. Rumpun Austronesia Keluarga Nusantara Keluarga Polinesia Keluarga Melanesia Keluarga Mikronesia Rajah 2. Tanah Melayu dan Indonesia. bahasa-bahasa Melanesia dan bahasa-bahasa Mikronesia. Kemudian bergerak ke Madagascar berdekatan benua Afrika dan ke seluruh Lautan Pasifik. 12 . iaitu keluarga Taiwanik dan keluarga Melayu-Polinesia.

2 Rumpun bahasa Austronesia 2.2 Keluarga Bahasa Austronesia Ada ahli bahasa mengatakan bahasa Austronesia berasal daripada rumpun bahasa yang sama dengan bahasa Austroasia dan kedua-duanya menjadi keluarga kepada rumpun bahasa yang lebih besar.3.Rumpun Austronesia Keluarga Taiwanik Keluarga MelayuPolinesia Keluarga MelayuPolinesia Barat Keluarga MelayuPolinesia Tengah Keluarga MelayuPolinesia Timur Rajah 2. Mereka berpendapat bahasa semua bahasa yang terdapat di selatan China berkeluarga dengan bahasa Austronesia. Austroasia. Rumpun Austris Rumpun Austronesia Rumpun Austroasia Rumpun Hmong-Mien Rumpun Tai-Kdai 13 . Hmong-Mien dan Tai-Kdai. iaitu rumpun Austris.

14 .Rajah 2. suku bangsa Han merupakan penutur bahasa Sino-Tibet dikatakan menyerbu ke wilayah selatan. Oleh itu.3 Rumpun bahasa Austris Penutur keempat-empat rumpun bahasa ini dikatakan tersebar di wilayah China di bahagian selatan antara tahun 2000 – 1000 tahun Sebelum Masihi. Ketika itu. hal ini telah memberi impak penyebaran bahasa-bahasa Austris ke kawasan-kawasan lain.

15 . Para ahli bahasa telah membahagikan bahasa Melayu – Polinesia kepada dua subkeluarga sahaja. iaitu Melayu-Polinesia Barat dan Melayu-Polinesia Timur. Bahasa Melayu – Polinesia mempunyai ciri penting yang boleh difahami para ahli bahasa.3. Walau bagaimanapun.2. terdapat juga keluarga bahasa ini yang memiliki gugus-gugus konsonan dan merupakan pengaruh daripada bahasa-bahasa lain seperti Arab.3 Bahasa Melayu – Polinesia Bahasa Melayu – Polinesia merupakan subkeluarga rumpun bahasa Austronesia yang dituturkan oleh kira-kira 351 juta orang penutur. bahasa ini juga bayak menggunakan bentuk-bentuk ulangan. Penutur bahasa ini tersebar luas di negara-negara Kepulauan Asia Tenggara dan Lautan Pasifik. Sanskrit dan Indo – Eropah. Selain itu. Antara ciri penting bahasa ini ialah perkataan-perkataannya terdiri daripada gabungan dan cantuman suku kata. iaitu hubungan kekeluargaan bahasa yang rapat dan berdekatan serta hubungan yang jauh. Kategori ini dibahagikan lagi kepada kumpulan-kumpulan dalam dan luar. sama ada pengulangan sebahagian atau keseluruhan.

16 .4 Keluarga bahasa Nusantara Ada ahli bahasa yang menggolongkan bahasa Melayu dalam subkeluarga Sumatera bersama-sama dengan bahasa Acheh. Lampung dan Nias. Minangkabau. Batak.Rumpun Austronesia Keluarga Nusantara Keluarga Polinesia Keluarga Melanesia Keluarga Mikronesia Sumatera Jawa Kalimantan Bali-Sasak Filipina Acheh Batak Lampung Nias Melayu Minang Rajah 2.

batu bersurat di Talang Tuwo. Palembang. Hal ini terbukti dengan jumpanya empat buah batu bersurat atau prasasti yang ditulis dalam bahasa Melayu kuno. Pada ketika itu.4 Perkembangan Bahasa 2. Pulau Bangka dan batu bersurat di Karang Brahi. Gambar 2. Palembang.4. Sewaktu pemerintahan kerajaan Srivijaya. kerajaan yang berkuasa ialah Srivijaya. bahasa Melayu berkemungkinan telah menjadi bahasa pengantar kerajaan ini.3 Batu Bersurat Talang Tuwo 17 . Meringin. Empat buah batu bersurat yang merupakan bukti bertulis tentang bahasa Melayu kuno ialah batu bersurat di Kedukan Bukit.2. daerah hulu Jambi.1 Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Kuno ialah bahasa Melayu yang berkembang di Nusantara antara abad ke-7 sehingga ke-13. batu bersurat di Kota Kapur. iaitu pad zaman peralihan Hindu – Islam.

Gambar 2.4 Batu Bersurat Karang Brahi (rubbing) Gambar 2.5 Batu Bersurat Kota Kapur 18 .

Antara ciri tersebut ialah sistem tulisan dan kosa kata. tulisan lain yang digunakan dalam bahasa Melayu kuno ialah tulisan Kawi dan Nagiri. Tulisan Palava ialah sejenis tulisan India Selatan purba yang digunakan untuk penyebaran agama Hindu. Tulisan 19 . khususnya Palava Kemudian. keempat-empat batu bersurat awal yang dijumpai semasa pemerintahan kerajaan Srivijaya ini menggunakan tulisan Palava. Selain tulisan Palava.Gambar 2. Perkataan Kawi berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud penyair. Tulisan Palava Kemudian ini mempunyai prinsip tulisan yang sama tinggi.6 Batu Bersurat Kedukan Bukit Berdasarkan batu-batu bersurat yang dijumpai. para pengkaji dapat mengenal pasti beberapa ciri bahasa Melayu kuno yang digunakan pada masa itu. tulisan Kawi ini ditulis pada daun lontar dan kemudiannya diubah suai serta diukir pada batu. Pada peringkat awal. Dari segi tulisan.

8 Aksara Kawi 20 . yang dijumpai di Jawa Tengah.7 Aksara Palava Kemudian Gambar 2. Gambar 2.Nagiri pula digunakan pada Batu Bersurat Gandasuli. Tulisan Nagiri ini berasal dari utara India.

termasuk Batu Bersurat Gandasuli. Pada zaman itu. 21 . dari segi kosa kata. dikatakan 55. Konsep-konsep baharu ini dibawa oleh kebudayaan asing dan hal ini menyebabkan bahasa Melayu kuno perlu meminjam bahasa masyarakat yang membawa konsep tersebut. manakala selebihnya kosa kata yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit. bahasa Sanskrit sangat berpengaruh dalam bahasa Melayu kuno kerana bahasa Melayu ketika itu masih kekurangan kosa kata untuk mengungkapkan konsepkonsep baharu. Berdasarkan 283 patah perkataan ini. terdapat kira-kira 283 patah perkataan daripada baris teks yang tertera di atas batu-batu itu.Manakala.5 peratus merupakan kosa kata bahasa Melayu atau bahasa Austronesia.

Pada ketika itu. Walaupun tarikh yang tercatat menunjukkan bahawa teks ini dihasilkan pada 1612 masihi. bersopan santun. Kedua-dua pucuk surat ini dianggap sebagai naskhah surat emas kerana bahasa yang digunakan amat halus. letak kepala surat. iaitu pada zaman kerajaan Johor.4.2 Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Klasik mempunyai fungsi yang penting semasa zamannya kerana selain menjadi lingua franca. sama ada secara lisan mahupun tulisan. iaitu Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. tetapi kisah yang terkandung dalam Sejarah Melayu ini 22 . Istana telah dijadikan pusat perkembangan ilmu-ilmu Islam. Surat-surat lain yang ditulis dalam bahasa Melayu dan menggunakan tulisan Jawi ialah surat-surat antara raja-raja Melayu dengan Sir Thomas Stamford Raffles. Bahan bukti yang paling penting ialah dua pucuk surat Sultan Ternete kepada Raja Portugal. Raffles menjadi Leftenan Gabenor di Jawa (1811 – 1816) dan di Bangkahulu (1818 – 1824). Masyarakat pada zaman ini telah mengenal huruf kerana masyarakat Melayu pada zaman itu telah mampu merakamkan bahasa mereka dalam bentuk tulisan. bahasa Melayu klasik telah digunakan untuk menyampaikan ajaran Islam.2. Surat yang bertarikh 1512 dan 1522 ini telah dikirimkan oleh Sultan Abu Hayat kepada John III. Surat baginda ini merupakan teks tertulis di atas yang paling tua dijumpai. beradab. sebuah karya agung telah dihasilkan. puji-pujian pembuka surat dan sebagainya. iaitu bahasa yang digunakan dalam pergaulan seharian dan urusan-urusan rasmi. bahasa Melayu klasik juga menjadi bahasa ilmu pengetahuan. dan disusun dengan teratur daripada semua segi seperti pemilihan kata. Kedua-dua pucuk surat ini menggunakan tulisan Jawi. Setelah Islam bertapak di Alam Melayu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

menunjukkan bahawa teks ini terhasil di Melaka sewaktu pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488 – 1511). 23 .

3 Bahasa Melayu Moden Bahasa Melayu Moden dikatakan bermula pada abad ke-19. yang dihasilkan pada tahun 1849 menyatakan kekesalannya terhadap sikap orang Melayu yang tidak mahu mempelajari bahasa sendiri.4. Abdullah Munsyi dikatakan sebagai pelopor kepada bermulanya zaman bahasa Melayu moden.2. Hikayat Abdullah. Menurut ahliahli bahasa dan sejarah. Bahasa Melayu klasik pula berasal daripada bahasa Melayu kuno yang juga berasal daripada bahasa Melayu purba. bahasa Melayu moden berasal daripada bahasa Melayu klasik.9 Lembaran Hikayat Abdullah Di Malaysia. iaitu bahasa Melayu moden pramerdeka dan bahasa Melayu pascamerdeka. perancangan dan perkembangan bahasa Melayu moden dapat dibahagikan kepada dua tahap. Dalam hikayatnya. 24 . tetapi terkejar-kejar untuk belajar bahasa Inggeris. Gambar 2.

Pergerakan organisasi bahasa yang paling penting pada dekad 1950-an ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga. ASAS 50 telah menghantar memorandum mengenai Rang Undang-undang Dewan Bahasa dan Pustaka kepada kerajaan pada 15 April 1969. Beberapa pertubuhan lain seperti Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM). Dewan Bahasa dan Pustaka telah memainkan peranannya sebagai institusi perancangan bahasa. Kongres ini telah berlangsung di Singapura dan Johor Bahru pada 16 hingga 21 September 1956. Umumnya. rumusan akhir yang diterima oleh kongres ini ialah tentang penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka. Mejar Dato’ Haji Mohd Said dan Za’ba. Perancangan bahasa ialah usaha-usaha yang dijalankan untuk memupuk bahasa ke arah taraf yang lebih maju. Raja Ali Haji. iaitu apabila tertubuhnya Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB). Dalam hal ini.Perkembangan bahasa Melayu moden pramerdeka pada peringkat awal dilakukan secara persendirian oleh tokoh-tokoh tertentu seperti Abdullah Munsyi bin Abdul Kadir. Pejabat Karang Mengarang dan Angkatan Sasterawan ’50 (ASAS 50). kerana insaf bahawa masalah bahasa dan kesusasteraan kebangsaan di negara Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka ialah masalah yang amat penting. 25 . turut menyumbang usaha dan tenaga untuk memajukan bahasa Melayu. Usahausaha untuk memajukan bahasa Melayu secara berkumpulan hanya bermula pada tahun 1888. Cadangan penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka dijadikan badan umum telah dilaksanakan oleh kerajaan pada 1 Ogos 1959. Hal ini dilakukan menerusi perancangan bahasa. perancangan bahasa dilakukan di peringkat negara oleh badan-badan tertentu. Pelbagai usaha dijalankan bagi memajukan dan mengembangkan bahasa Melayu selaras dengan taraf perkembangan dan kemajuan masyarakat penuturnya.

Sifat bahasa sedemikian akan terus berkekalan sekiranya penutur-penuturnya bergaul dan berinteraksi dengan manusia yang lain. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga. terdapat unit dan unsur yang dicantumkan menjadi satu susunan yang sempurna strukturnya. Lyons (1988)mengatakan bahawa pada hakikatnya bahasa-bahasa ini memiliki sifat dan ciri sepunya yang dikongsi bersama. bahasa-bahasa di dunia kelihatan berbeza antara satu sama lain. Namun demikian. Oleh itu. Dalam bahasa. Namun begitu. Hal ini bermakna bahasa itu bersistem dan apabila bertutur. daripada ciri ini lahirlah ilmu morfologi dan sintaksis dalam bahasa-bahasa di dunia. Selain itu. dinamis ditakrifkan sebagai bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuatkan penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan. Jika ada beberapa perkataan yang tertinggal dalam sesuatu ayat.2. bunyi dan lambang. 26 . ciri bahasa ini dapat dilihat melalui pengolahan semula beberapa frasa Melayu dengan frasa Inggeris. Frasa bajet merupakan perkataan pinjaman bahasa Inggeris. terutamanya dari segi bunyi dan bentuk. Ciri-ciri bahasa yang pertama ialah bahasa sebagai satu sistem.5 Ciri-ciri Bahasa Pada zahirnya. Semua bahasa mempunyai sistem. sistem setiap bahasa mempunnyai beberapa bentuk dan pola yang berbeza antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. budget yang bermaksud belanjawan. sebagai satu sistem juga bermaksud Bahasa bentuk perkataan dan kedudukan perkataan dengan perkataan lain dalam ayat ialah secara teratur. Misalnya. secara tidak langsung kita juga mematuhi sistem bahasa tersebut serta menyusun struktur yang betul. Ciri bahasa yang seterusnya ialah bahasa bersifat dinamis. ayat tersebut akan dikatakan janggal dan tergantung dari segi binaan ayat dan maksud. penggunaan frasa bajet dalam pembentangan perbelanjaan negara pada setiap tahun. Bahasa sebagai satu sistem ialah bahasa itu mempunyai cara atau kaedah untuk diujarkan atau dituliskan.

Pada asalnya. Sedasawarsa ini. senario ini dikatakan menjadi satu kelebihan dan keistimewaan kepada seseorang itu.Penggunaan ini bermula pada pembentangan Rancangan Belanjawan Negara 2002. selepas melalui revolusi masa dan manusia. mereka juga berkomunikasi dengan menggunakan bahasa mereka sendiri. manusia atau binatang itu berkomunikasi antara satu sama lain. usaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menganjurkan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri telah berjaya melahirkan pemidatopemidato bangsa asing yang mampu berbahasa Melayu dengan fasih dan baik. Malahan. Oleh sebab perkembangan dalam struktur bahasa. manusia sudah mampu 27 . Jika diimbas kembali ke zaman awal manusia dahulu. manusia zaman Paleolitik berkomunikasi dengan bahasa mereka sendiri. Setiap bahasa boleh dituturkan oleh mana-mana manusia di dunia selagi individu itu masih mampu berbahasa dan berkomunikasi. Selain itu. Mahathir Mohamed pada ketika itu. hasil pinjaman perkataan Inggeris. Malahan mereka juga sudah mampu bersyair dan berpantun persis orang Melayu asli di dalam negara ini serta mempelajari bahasa Melayu di institut pengajian tinggi di negara mereka. bahasa juga bersifat sejagat dan luas penggunaannya. best. para ahli bahasa tanah air telah menukarnya dengan bestari. Selain perkataan bajet. Hal ini demikian kerana kebebasan untuk bertutur dalam bahasa asing tiada had batasannya. yang dibentangkan oleh Dato’ Seri Dr. komunikasi mereka hanya difahami dalam kelompok mereka sahaja. Tiada satu bahasa pun di dunia ini melarang seseorang itu daripada bertutur dalam bahasa asing. Hal ini tidak dapat disangkal lagi kerana sememangnya melalui bahasa sahajalah. perkataan bestari juga hasil daripada pengolahan semula dari segi ejaan dan sebutannya. Pada ketika itu. Sebagai contoh. Namun begitu. Bahasa juga dikatakan sebagai medium komunikasi antara satu sama lain. yang bermaksud terbaik. Alibinya. perkataan bestari dieja sebagai bistari. ramai manusia sudah mampu bertutur lebih daripada satu bahasa.

mereka menyebut I love You.berkomunikasi dalam bahasa yang juga difahami manusia yang lain. dalam bahasa Tagalog. apabila ada pasangan hendak melafazkan kata cinta kepada kekasihnya. Ciri seterusnya ialah bahasa itu bersifat arbitrari. Oleh sebab bahasa itu bersifat arbitrari. mereka mampu berkomuniksai antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa isyarat. Sebaliknya. disebut mahal kita. mereka akan menyebut aku cinta padamu untuk melahirkan rasa cinta terhadap pasangannya. bahasa Korea diucapkan sebagai sarang hae yo dan dalam bahasa Hindi pula. 28 . manusia berbeza latar belakang budaya dan adat menggunakan bunyi bahasa yang berbeza-beza untuk sesuatu simbol yang sama. bahasabahasa di dunia mempunyai perkataan yang berbeza bagi merujuk kepada satu perkara yang sama. Alibinya. Waima orang bisu sekalipun. Bahasa tidak semestinya terdapat hubungan antara bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan dengan bendabenda yang dimaksudkan. Ironinya. Hal ini menjelaskan bahawa simbol dan bunyi bahasa bersifat sewenang-wenangnya atau bebas serta tiada perkaitan antara satu bunyi yang lain dengan simbol secara pegun dan tetap bagi bahasa-bahasa di dunia. Penggunaan bahasa sebagai wacana komunikasi perlu menitikberatkan ciri-ciri konteks komunikasi yang terdiri daripada penutur. pendengar. latar belakang komunikasi atau perbualan topik pembicaraan dan tujuan komunikasi. dilafazkan sebagai mere pyar hai tum. dalam bahasa Inggeris.

selepas tahun 1969. antara fungsi bahasa Melayu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran ialah sebagai bahasa lisan para kakitangan kerajaan pada semua peringkat pentadbiran semasa menjalankan tugas-tugas rasmi. Bahasa Melayu juga digunakan dalam semua rekod kerajaan dan semua jenis borang urusan rasmi kerajaan. Walau bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan namun. barulah bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi.2. Bahasa Melayu bukanlah bahasa luar yang didatangkan. iaitu sebagai bahasa rasmi. Peruntukan Perkara 152 ini tidak boleh dipinda oleh Parlimen kerana kata putus terletak pada tangan Majlis Raja-raja Melayu. Bahasa Melayu merupakan bahasa pertuturan harian dan bahasa ibunda di Kepulauan Melayu. Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan untuk urusan-urusan rasmi negara. Dalam Perkara 152. perdagangan dan perusahaan. Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa kebangsaan. Umunya. perundangan. Bahasa Melayu juga dijadikan sebagai bahasa media dalam segala urusan surat-menyurat di dalam dan antara jabatan kerajaan. bahasa ilmu dan bahasa perpaduan. Hal ini dinyatakan dengan jelas oleh Perlembagaan di bawah Perkara 159(5).6 Fungsi-fungsi Bahasa Laporan Jawatankuasa Mengkaji Bahasa Malaysia (1982) mengatakan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa ibunda kepada orang-orang Melayu. Akhir sekali. Bahasa Melayu yang diujarkan oleh sebahagian rakyat Malaysia mempunyai peranan dan fungsi yang pelbagai. bahasa Melayu turut digunakan sebagai media untuk menulis undang-undang dan peraturan negara. bahasa kebangsaan. Perlembagaan Malaysia menyebut bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Fungsi bahasa yang pertama ialah bahasa rasmi. pendidikan. Bahasa Melayu digunakan sebagai alat komunikasi dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran. bahasa Inggeris masih digunakan dalam urusan rasmi negara antara tahun 1957 hingga 1969. 29 .

fungsi pengasingan dan fungsi prestij. fungsi pengasingan ialah bahasa Melayu baku yang berindak sebagai variasi bahasa yang terasing daripada dialek-dialek lain daripada bahasa yang sama atau dapat melambangkan identiti kebangsaan. Bahasa Melayu ialah bahasa yang mampu menjadi pengantar untuk menyampaikan ilmu pengetahuan hingga ke peringkat pengajian tinggi. Fungsi yang seterusnya ialah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Garvin dan Mathiot (1968) telah memberikan tiga fungsi simbolik bahasa baku. Contohnya. fungsi prestij pula dapat menyemikan satu bahasa baku yang menimbulkan perasaan atau semangat megah terhadap negara. Bahasa Melayu yang dipilih sebagai bahasa kebangsaan tungga di Malaysia dapat melambangkan identiti kebangsaan. Manakala. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan disalurkan dalam dasar pelajaran kebangsaan. Kemudian. bahasa Melayu juga bertindak sebagai bahasa perpaduan. bahasa kebangsaan ialah bahasa yang digunakan untuk tujuan perpaduan dalam kalangan warganegara. Dalam pentakrifan konseptual. Ketiga-tiga fungsi ini dapat menyatukan penduduk dan memberikan satu identiti bagi masyarakat di Malaysia. Terdahulu. definisi orang Melayu juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa Melayu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 160(2). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan amat tepat sekali kerana dari segi peratusan penduduk. bahasa Melayu merupakan lingua franca sejak zaman-berzaman lagi. Fungsi penyatuan ialah bahasa Melayu yang bertindak sebagai alat yang menghubungkan penuturpenutur yang menuturkan pelbagai dialek bahasa yang sama.Kedudukan yang sedemikian memang wajar kerana bahasa Melayu telah meresap ke dalam batang tubuh Perlembagaan. bangsa Melayu merupakan bangsa yang paling ramai berbanding kaum-kaum lain. iaitu fungsi penyatuan. Keakraban ini juga kelihatan dalam peruntukan di bawah Perkara 10(4) yang turut meletakkan Bahasa Melayu sebagai antara perkara-perkara yang kedudukannya tidak boleh dipersoalkan atas nama kebebasan bersuara. Selain itu. Melalui 30 .

perundangan. iaitu dari darjah satu sekolah rendah hingga tingkatan enam. bahasa Melayu juga mampu menjadi bahasa ilmu. Bahasa Melayu dilihat menerusi pelbagai laras yang ditulis dalam bahasa ibunda yang berkaitan dengan bidang-bidang tertentu. 31 .Dasar Pendidikan Kebangsaan. bahasa Melayu mampu mengungkapkan ilmu-ilmu yang tinggi seperti memperkatakan bidang yang berkaitan dengan sains. terdapat banyak buku akademik yang ditulis dalam bahasa Melayu untuk kegunaan pelajar-pelajar di institut pengajian tinggi. Setiap larasnya mempunyai kosa kata tersendiri yang khusus tentang bidang berkenaan. teknologi. pada tahun 1981 bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pengantar di semua peringkat persekolahan. perubatan dan bidang-bidang yang lain. Sebagai bahasa ilmu. teknologi maklumat. Sudah terang lagikan bersuluh. Dewasa ini. Oleh hal yang demikian. ekonomi.

dapat dikenal pasti bahawa perkembangan bahasa Melayu melalui tiga peringkat perkembangan iaitu peringkat bahasa Melayu kuno. barulah dapat diketahui sistem bunyi. Dalam bidang ini. bahasa perpaduan dan bahasa kebangsaan. bahasa Melayu mempunyai banyak ciri yang belum lagi diketahui orang ramai. bahasa rasmi. alat-alat artikulasi manusia dan daerah-daerahnya. kita akan menumpukan perhatian terhadap bidang fonologi dan fonetik. 32 .7 Rumusan Kesimpulan daripada kaijan yang telah dilakukan ialah bahasa Melayu merupakan salah satu cabang daripada rumpun keluarga Austronesia. Bahasa Melayu juga mempunyai fungsinya yang tersendiri. Bahasa ibunda ini telah bertindak sebagai bahasa ilmu. Selain itu. bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden. Dalam bab yang seterusnya. Sifatnya.2. Melalui kajian ini juga. bentuk dan pengolahan perkataan sedikit banyak memberikan input kepada pengkaji bahasa.

Gambar 3. 14.1 Alat sebutan 1. 4. 16.0 ANALISIS SISTEM BUNYI Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan. 3. 20.3. 18.1 Bahagian-bahagian alat sebutan 33 . seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah 11. 15. Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara Rongga tekak Rongga Hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok Jadual 3. 5. 6. 13. 17. 19. 12. 7. 9. 8. 2. 10.

Anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut. Pita suara terletak di dalam ruang tenggorok dan amat penting dalm menghasilkan bunyi bahasa. Belakang lidah ialah bahagian yang paling belakang dan akar lidah pula ialah bahagian lidah yang terdekat dengan anak tekak dan berfungsi sebagai mengubah keluasan rongga tekak. depan lidah. Alat artikulasi yang seterusnya ialah anak tekak. Pita suara juga tergolong dalam kumpulan alat artikulasi. Apabila selaput suara disempitkan tetapi tidak terlalu rapat. Hujung lidah ialah bahagian lidah yang bertemu dengan gigi. 34 . Anak tekak berfungsi sebagai alat pertuturan bersama-sama dengan lelangit lembut. daun lidah.1 Alat-alat Artikulasi Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting. Anak tekak bersambung dengan lelangit lembut dan merupakan daging yang tergantung dari lelangit lembut itu. belakang lidah dan akar lidah. Pita suara berperanan penting dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang dihasilkan itu bersuara ataupun tidak bersuara.3. khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Pita suara terdiri daripda dua keping selaputyang boleh terbuka dan tertutup. Gerakan lidah ke daerahdaerah tertentu dalam rongga mulut menghasilkan bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Anak tekak juga boleh diturunkan dan dinaikkan. Depan lidah pula ialah bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras atau bahagian lidah selepas daun lidah. Daun lidah pula bahagian lidah yang bertemu dengan gusi sama ada gusi atas mahupun gusi bawah. iaitu hujung lidah. Ruang antara kedua-dua selaput itu dikenali sebagai glotis. udara dari paru-paru yang keluar melaluinya akan bergetar dan menghasilkan bunyi bersuara. Lidah telah dibahagikan kepada lima bahagian. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi.

2 Gambaran pita suara Rongga turut berperanan dalam menentukan penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Rongga terbahagi kepada tiga. Rongga mulut bermula dari ruang di belakang lidah membawa ke bahagian bibir sebelah dalam. rongga hidung dan rongga tekak.3 Kedudukan rongga 35 . Rongga tekak dan rongga hidung boleh dibuka dan ditutup bergantung kepada keadaan. Rongga mulut Rongga hidung Rongga tekak/farinks Gambar 3. Sementara rongga hidung pula bermula dari bahagian belakang anak tekak menghala ke hidung. Rongga juga merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat laluan udara yang keluar dari paru-paru. sama ada anak tekak dan lelangit lembit dinaikkan atau diturunkan. iaitu rongga mulut.Gambar 3.

Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Gigi terbahagi kepada dua. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung.3. Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian. rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan. Apabila dinaikkan. Gigi juga memainkan peranan dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa.2 Daerah Artikulasi Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Bahagian ini tidak boleh digerak-gerakkan dan fungsinya adalah untuk menahan udara daripada terus keluar dengan bebas melalui rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. iaitu gigi atas dan gigi bawah. 36 . rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. tetapi peranannya tidaklah aktif.

3. iaitu lidah dan bibir. Keadaan glotis yang dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar turut membantu untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Penghasilan bunyi-bunyi bahasa juga ditentukan oleh turun naik lidah. iaitu sama ada dihamparkan atau dibundarkan. dinaikkan sedikit atau diturunkan. berada pada suatu kedudukan vokal. Penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu. Antaranya ialah keadaan bibir. Cirinya terdiri daripada bersuara. alat-alat artikulasi. Bahasa perhubungan manusia menggunakan bunyi-bunyi suara dan daripada bunyibunyi itulah terbit lambang-lambang yang berlainan yang boleh digambarkan di atas kertas atau dituliskan. Bunyi separuh vokal mempunyai ciri-ciri bunyi vokal. Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Bunyi-bunyi bahasa dapat digolongkan kepada bunyibunyi vokal dan bunyi-bunyi konsonan. tetapi tidak merupakan vokal sepenuhnya. Bunyibunyi vokal mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. dan udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut sahaja turut memberikan kesan terhadap penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Seterusnya ialah bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah. Selain bunyi-bunyi vokal.3 Penggolongan Bunyi Bahasa Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran. Keadaan lelangit lembut iaitu sama ada dinaikkan. Akhir sekali ialah keadaan glotis atau kepingan antara pita suara. terdapat juga bunyi separuh vokal dan diftong. kemudian 37 . sama ada dinaikkan setinggi-tingginya. Sewaktu menghasilkan bunyi-bunyi separuh vokal.

Diftong ialah turutan vokal yang salah satunya terdiri daripada vokal penuh dan selainnya ialah hasil daripada geluncuran.dengan segera berubah kepada kedudukan vokal yang lain dan berlaku secara geluncuran. Bunyi diftong dilambangkan dengan dua lambang vokal sahaja. 38 . Penghasilan turutan vokal ini merupakan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. Vokal pertama menunjukkan keadaan lidah pada masa mula-mula hendak menyebut diftong dan vokal kedua menunjukkan keadaan lidah pada akhir sebutan diftong.

Pada masa yang sama juga. saya terpaksa bersaing dengan rakan-rakan yang lain dalam mendapatkan maklumat mengenai tugasan ini. Justifikasinya. rakan-rakan juga tidak terlepas dalam memberikan maklumat tambahan kepada saya untuk dimuatkan ke dalam tugasan ini. kaedah ini sewajarnya diteruskan sehingga ke generasi akan datang agar mereka dapat merasainya seperti yang saya rasai.4. Sepanjang proses penyelesaian tugasan ini. Melalui cara inilah kita dapat mengurangkan budaya plagiarisme yang sentiasa menyelubungi setiap pelajar institusi pengajian tinggi. Semua maklumat yang diperoleh. Oleh hal yang demikian. telah dianalisis dan dipertimbangkan untuk dimuatkan dalam penulisan saya ini bagi memberikan kefahaman yang luas kepada saya dan rakan yang lain. terutamanya maklumat daripada buku. 39 . Banyak perkara yang dipelajari sepanjang tugasan ini disiapkan. perkara sebeginilah yang banyak mengajar saya untuk menjadi lebih fokus dan prihatin terhadap tugasan yang telah diberikan. perkara yang banyak saya pelajari sepanjang menyiapkan tugasan ini ialah bekerja secara individu dengan bantuan rakan dan pensyarah pembimbing. Disebalik kekurangan itu. Selain itu. Kami terpaksa bersaing untuk meminjam buku dari pusat sumber institut. Sekian. disebabkan kekurangan sumber rujukan yang berteraskan buku. saya juga telah mempelajari cara-cara mendapatkan maklumat penting dengan lebih sistematik dan strategik.0 Refleksi Alhamdulillah. terima kasih. Di samping itu. saya juga ada mengakses internet dan memuat turun maklumat-maklumat penting mengenai topik yang telah diberikan oleh saya. Namun begitu. terdapat banyak cabaran yang terpaksa saya harungi untuk menyiapkan tugasan ini walau apa-apa jua keadaan. akhirnya selesai juga tugasan bahasa Melayu ini.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Shellabear. Nik Safiah Karim. Shah Alam: Oxford Fajar. Kamus Dewan Edisi Keempat. Asmah Hj. 1986. Tatabahasa Dewan. 1986. Pengenalan Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1 Untuk PPISMP. Norlidza Shamsuddin. Nik Safiah Karim. 2006. Susur Galur Bahasa Melayu. 1988. 2005. Chaiyanara. Shah Alam: Oxford Fajar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Ismail Hussein. Teks STPM Bahasa Malaysia Kertas 1 & 2.G. W. 2006. 2005. Siti Hajar Abdul Aziz. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Omar. 2006. 1985. 1985. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994. 40 . 2008. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2006. 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.0 Bibliografi Buku-buku Aitoon M. 2006. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2008. 2006. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. 2008. 1988. Nik Safiah Karim. 2008. Sejarah Melayu.5.

com. Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Dalam Konteks Malaysia. 2007. Akses pada 26 Ogos 2009. 2002. Abdullah Hassan. 2006.wordpress.com. Sejarah Perkembangan dan Asal Usul Bahasa Melayu.blogspot. Prof. http://ilzaf. 2005. 2002.com. Akses pada 19 Ogos 2009. http://www. http://profabdullah1.com.multiply.my. Mohd Fazli.tutor.my. 41 . Akses pada 18 Ogos 2009. Cikgu Za. Bunyi Bahasa Melayu. Akses pada 25 Ogos 2009. Akses pada 24 Ogos 2009.com. http://bmstpm.Laman Web Asal Usul Bahasa Melayu. Pengenalan: Pengertian Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan dalam Perlembagaan Malaysia.tutor. http://www.

Gambar 2. Gambar 2. Gambar 2. Keluarga bahasa Nusantara 42 . Gambar 2.4 Batu Bersurat Karang Brahi. Gambar 3.2 Gambaran pita suara.6.8 Aksara Kawi.2 Kawasan penyebaran orang Austronesia.3 Kedudukan rongga.9 Lembaran Hikayat Abdullah. Gambar 3.3 Rajah 2. Rumpun bahasa Austris. Gambar 3.6 Batu Bersurat Kedukan Bukit. Gambar 2.1 Daerah-daerah penutur asli bahasa Melayu. Rumpun bahasa Austronesia.2 Rajah 2. Gambar 2. Senarai rajah Rajah 2.1 Rajah 2.1 Bahagian-bahagian alat sebutan.0 Lampiran Senarai gambar Gambar 2.3 Batu Bersurat Talang Tuwo.1 Alat sebutan.5 Batu Bersurat Kota Kapur.7 Aksara Palava Kemudian. Gambar 2. Rumpun bahasa Austronesia.4 Senarai jadual Jadual 3. Gambar 2.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful