PEMBANGUNAN SOSIAL DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Subjek Hubungan Etnik yang dipelajari menekankan pembangunan dari segenap segi bagi memantapkan hubungan antara etnik dan kaum supaya menjadi satu bangsa iaitu Bangsa Malaysia tanpa ada diskriminasi kaum. Setiap pembangunan yang dirancang oleh pihak kerajaan melibatkan dasar iaitu asas atau panduan kepada beberapa pelan tindakan untuk mencapai tujuan dan matlamat sesebuah agensi atau organisasi yang ditubuhkan dalam membantu usaha kerajaan. Dalam konteks pembangunan sosial terdapat dasar-dasar sosial yang memberi keutamaan kepada nilai -nilai sosial untuk pembangunan manusia yang seimbang dalam pelbagai aspek modal insan yang berkualiti. Dasar-dasar sosial seperti dasar-dasar pembangunan yang lain terutamanya pendidikan dan kebudayaan

memandangkan kedua-dua ini merupakan aspek penting dalam pemban gunan

menitikberatkan isu-isu berkaitan perpaduan kaum dan dipenuhi melalui dasar pendidikan, dasar kebudayaan kebangsaan, kebajikan, per umahan, kesihatan dan lain-lain lagi untuk rakyat oleh kerajaan. Namun begitu, kerajaan juga memerlukan sumbangan bottom-up daripada semua pihak samada individu mahupun organisasi supaya semua hasrat, seruan dan perancangan kerajaan menjadi. Disini kami menekankan aspek pendidikan dal am Dasar Pendidikan Kebangsaan dan juga kebudayaan yang tertakluk di bawah Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

1

PENDAHULUAN

Malaysia adalah sebuah negara membangun yang kini sedang maju mengorak langkah untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 selari dengan hasrat mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad, juga kerajaan kita. Wawasan 2020 yang sering diwar-warkan menjadi target utama kita demi menjulang nama negara di persada dunia. Sungguhpun begitu, hasrat dan wawasan negara ini bukanlah hanya berkepentingan dari sudut ekonomi sahaja, malah diambil kira juga dari sudut pendidikan dan sosialnya juga. Demi memartabatkan sistem pendidikan negara, pelbagai usaha telah diambil sedari negara belum pun mencapai kemerdekaan. Bila diimbas kembali sejarah negara ini, Malaysia pernah dijajah selama hampir 446 tahun dan selama ini jugalah keperitan bermaharajalela. Rakyat Tanah Melayu pada ketika itu sendiri mula menyedari akan ketidakadilan pihak penjajah. Mereka mengamalkan dasar pilih kasih d an meminggirkan orang melayu kerana bimbang orang melayu iaitu penduduk asal negara ini bertambah maju. Tetapi rakyat pada ketika itu telahpun sedar dan mula sepakat untuk mengusir penjajah supaya tanah ini dapat ditadbir oleh pucuk pimpinan rakyat tanah i ni sendiri. Namun begitu, selama tempoh tersebut, pentadbiran penjajah banyak mempengaruhi. Penjajah telah berjaya melakukan banyak perubahan yang menyebabkan wujudnya jurang sosial yang besar antara kaum di mana ini menyukarkan proses kemerdekaan. British mewujudkan sistem pentadbiran yang berbeza mengikut kaum. Silibus, buku teks dan juga bahasa pengantar adalah berbeza antara kaum.

2

SISTEM PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH

Sebelum mencapai kemerdekaan, sistem pendidikan yang digunakan adalah tidak seragam malah berbeza mengikut kaum. British memperkenalkan sistem pendidikan vernakular dimana pendidikan dilaksanakan mengikut kepentingan kaum dan khusus untuk kaum-kaum tertentu sahaja. Sekolah-sekolah ini menggunakan bahasa pengantar, buku teks d an silibus yang berbeza mengikut kaum. Sebagai contoh, sekolah -sekolah cina telah menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar, buku teks dan guru mereka pula diambil dari tanah air mereka sendiri dan silibus pula mengikut silibus ni negara m ereka. China yang pada ketika itu maju dan terkenal dengan sistem pendidikan mereka menyebabkan kaum cina di Tanah Melayu maju dan bijak langsung terhasil jurang perbezaan yang besar antara kaum cina dan kaum melayu. Kaum melayu mempunyai sekolah-sekolah yang kecil dan terpencil, di ceruk kampung. British tidak membenarkan kaum melayu untuk ke sekolah di bandar melainkan anak orang-orang kaya dan anak pegawai-pegawai British. Sungguhpun begitu, anak-anak pegawai kepada British ini dihantar ke sekolah ingge ris hanya untuk melatih mereka menjadi kerani dan untuk memenuhi keperluan pentadbiran British. Begitu juga dengan sekolah tamil. Mereka juga menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dan silibus yang sama dari tanah air mereka. Hal -hal sedemikian bukan sahaja mewujudkan jurang pendidikan antara kaum, malah mewujudkan jurang sosial dalam sesebuah kaum itu sendiri kerana berlaku pengasingan berikut.

3

Laporan ini juga bukan hanya menegaskan unsur pendidikan malah inginkan keseimbangan dari segi rohani dan mentaliti.Ini bertujuan untuk meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan tan pa mengira bangsa. mempunyai silibus yang sama bagi semua sekolah dan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang sama bagi semua. Pihak kerajaan juga bercadang untuk menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih sistematik dan kondusif kepada para pelajar. kaum mahupun agama selaras dengan label sebagai salah sebuah Negara ³merdeka´ yakni berpaksi pada pimpinan negara sendiri tanpa perkongsian dengan kuasa asing. Sistem pendidikan ini juga menghasilkan satu kur ikulum ala Malaysia serta wujud dua jurusan di peringkat menengah iaitu jurusan akademi k dan jurusan vokasional. Selain itu. Oleh kerana ketelitian dalam Laporan Rahman Talib ini . Kedua -dua penyata ini menegaskan ingin menjadikan Bahasa Me layu sebagai bahasa pengantar utama. Maka wujudlah Penyata Razak 1956 dan Ordinan pelajaran 1957 sebagai permulaan bagi mengukuhkan pendidikan negara. Sistem pendidikan ini bagaimanapun tidak begitu menepati hasrat kerajaan dan dikemaskinikan lalu menghasilkan Laporan Rahman Talib yang menegaskan asas kemahiran 3M iaitu membaca. menulis dan mengira. pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara.LANGKAH-LANGKAH PIHAK KERAJAAN Memandangkan sistem pendidikan yang diperkenalkan pihak penjajah tidak memenuhi pembangunan. kebudaya an dan politik. maka timbullah kesedaran dalam kalangan pihak kerajaan akan peri pentingnya menggantikan sistem pendidikan British dengan sistem pendidikan yang lebih berkesan mengikut acuan negara sendiri. maka sistem ini terma ktub dalam Akta Pelajaran 1961. 4 . pembasmian buta huruf turut dinyatakan selain memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial.

pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan telah dilaksanakan bagi memenuhi keperluan perkembangan ekonomi serta untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi selaras dengan konteks Dasar Ekonomi Baru (DEB). Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1976.Kemudian dalam tahun 1974. Pada tahap ini. sebuah jawatankuasa Kabinet ditubuhkan bagi mengkaji semula Dasar PendidikanKebangsaan. Tujuan untuk memperbaiki perlaksanaannya supaya matlamat melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisipilin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai.Sistem pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat yang terdiri daripada berbilang bangsa 5 .

Dasar Pendidikan Di Malaysia Oleh itu. Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan. Adakah sebuah Negara itu dikatakan ³merdeka´ andai rakyatnya sendiri masih berpaling muka antara satu sama lain andai terserempak? Adakah dikatakan ³merdeka´ sesebuah negara itu andai setiap bangsa bertutur bahasa kaum sendiri? Maka. 6 . salah satu aspek penting yang amat dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju dan membangun dari aspek politik. tonggak pemimpin Malaysia menyedari bahawa satu pertalian yang erat antara kaum yang dipanggil ³perpaduan´ perlu di terapkan. Di Malaysia. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara.PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN SELEPAS KEMERDEKAAN Setelah diteliti bahawa rakyat Malaysia majoritinya membawa haluan bangsa masing-masing. ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap perlaksanaan sistem pendidikan negara. Para pemimpin Negara berpendapat bahawa langkah terbaik bagi mewujudkan fenomena itu adalah menerusi ³pendidikan´. langkah besar telah diambil bagi mewujudkan perpaduan antara kaum. Malaysia telah ambil langkah untuk mewujudkan satu sistem yang selaras bagi di aplikasikan padan perlambagaan Malaysia. penting bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak-kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya masyarkat lain serta alam sekeliling tetapi boleh juga digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat i aitu melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai ± nilai positif untuk perpaduan kaum di kalangan para pelajar. dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar ini di kenali sebagai µDasar Pendidikan Kebangsaan¶.

ekonomi dan politik.Umumnya. di samping berusaha untuk menangani cabaran perkembangan semasa yang mana telah mula mengabaikan nilai kerohanian dan juga nilai murni dalam kehidupan masyar akat pada waktu tersebut. Yang ketiga pula. Pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan agar setaraf dengan negara-negara maju yang lain. tahun 1986 hingga awal tahun 1991 adalah merupakan tahap terpenting dalam sejarah pendidikan negara di mana pelbagai perubahan telah dilaksanakan dalam banyak aspek. sosial.Dasar Pendidikan Kebangsaan mula dilaksanakan di negara ini dalam tahun 1957.Pertama. ianya untuk memastikan aga r dasar ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. terdapat 3 tujuan utama yang terkandung dalam dasar pendidikan kebangsaan ini. Kedua. 7 . untuk menghasilkan pelajar yang berdisiplin serta mematuhi dan menghormati kedua ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengan dasar dan polisi pendidikan untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan efisien dengan keperluan untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak tersusun. tujuan dasar pendidikan diadakan ad alah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan.

1979). KBSR dibentuk berdasarkan perakuan Laporan Jawatankuasa Kabinet iaitu kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang bagi membolehkan pelajar mencapai kemahiran dalam tiga asas iaitu bidang komunikasi. Pendidikan Moral . Dalam situasi ini. dan kemampuan mental serta kesediaan pelajar (Laporan Jawatankuasa Kabinet. pemilihan matapelajaran yang terkandung dalam KBSR dan KBSM seperti matapelajaran Bahasa Melayu. bidang manusia dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu sesuai deng an keperluan.Rasional Pengenalan Kepada Sistem KBSR dan KBSM Aktiviti pengajaran yang lebih ditekankan ialah melibatkan pelajar secara aktif bagi membolehkan pelajar mengemukakan idea dan perasaan. bakat.bertukar-tukar pendapat serta dapat berfikir secara kreatif dan kritis. dan mengira (3M)´. nilai dan kefahaman yang saksama dan adil. dalam kurikulum KBSR dan KBSM. Perakuan 2(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran dalam Laporan (1979) menyatakan. Oleh yang demikian. ³Kementerian Pelajaran mengambi l langkah-langkah tertentu supaya pendidikan di peringkat rendah bercorak pendidikan asas dengan memberikan penegasan kepada pendidikan dalam membaca. 8 .Kementerian Pelajaran Malaysia menekankan aspek 3M. minat.menyelesaikan masalah. menulis. Sejarah dan Aktiviti Ko-kurikulum adalah sangat penting dalam usaha untuk mencapai cita -cita yang termaktub dalam Rukun Negara. kedudukan Bahasa Melayu adalah sangat tinggi nilainya dalam sistem pendidikan di negara ini agar setiap kaum memperoleh pengetahuan. Ba hasa Melayu merupakan bahasa pengantar yang menjadi nadi penghubung interaksi sosial antara kaum di negara ini.Hal ini bermakna. Bahasa Melayu adalah lambang kepada pengenalan identiti bangsa Malaysia yang dikongsi bersama sejak sekian lama dan ia merupakan aspek utama yang menyumbang ke arah pembentukan integrasi nasional di negara ini.

Bagi matapelajaran Sejarah yang terkandung dalam KBSM dan matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan dalam KBSR. tidak dapat dinafikan aktiviti ± aktiviti budaya sekolah yang dijalankan ini dapat menyumbang ke arah pembentukan integ rasi nasional melalui pemupukan semangat patriotisme dan kenegaraan dalam kalangan para pelajar sekolah rendah mahu pun di sekolah menengah. mengibarkan bendera kebangsaan pada setiap pagi hari persekolahan dan melaksanakan program Minggu Bahasa Melayu peringkat sekolah. Peneguhan pembentukan sikap kenegaraan di bawah rancangan KBSR dan KBSM ini boleh dilaksanakan secara tidak langsung melalui aktiviti berkumpulan di mana murid ± murid akan dilatih mengamalkan sikap seperti bekerjasama. persatuan. memupuk perasaan cinta dan bangga terhadap negara. mendisiplinkan diri. Pembentukan semangat kenegaraan ini adalah sangat penting untuk pembangunan negara di mana para pelajar dapat menyedari pentingnya sikap kenegaraan dalam diri untuk memajukan negara. Aktiviti budaya sekolah ini merangkumi aktiviti seperti menyanyikan lagu kebangsaan. integrasi nasional dalam KBSR dan KBSM dapat dicapai melal ui ³Aktiviti Budaya Sekolah´. lagu sekolah dan lagu patriotik secara bersama dalam perhimpunan sekolah. Sikap ± sikap seperti ini adalah penting dalam usaha untuk membentuk integrasi nasional di kalangan pelajar yang berbilang kaum. 9 . Seterusnya. serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan rakan ± rakan yang lain. hormat menghormati dan juga bertanggungjawab. bertoleransi. serta menyedari akan kepentingan bersikap toleransi sebagai asas kehidupan dalam masyarakat yang berbilang kaum. memahami budaya kaum lain.membaca ikrar dalam upacara rasmi seperti hari sukan. permainan serta unit beruniform dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan pelbagai kaum. Melalui aktiviti kokurikulum KBSR dan KBSM yang meliputi aktiviti kelab. Oleh yang demikian. Penerapan nilai ± nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi nasional. ia secara tidak langsung dapat mengukuhkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan kanak-kanak.

sukan. teras PIPP juga adalah untuk memperkasakan sekolah kebangsaan (SK) supaya menjadi pilihan utama rakyat Malaysia dan menjadi batu asas kepada perpaduan rakyat Malaysia. bagi merealisasikan hasrat tersebut. Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan PIPP bagi membina negara bangsa yang bersifat glokal. mahupun peribadi. Melalui PIPP juga telah diberitahu bahawa kerajaan akan membantu mereka yang tercicir dan mewajibkan semua rakyat Malaysia bersekolah seawal umur 7 tahun. cintakan ne gara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. 10 . bermoral dan bere tika tinggi. PIPP sangat menitikberatkan pembangunan modal insan berkualiti dan terbilang dalam semua aspek samada akademik. Kewujudan PIPP ini selaras dengan hasrat negara mencapai tahap negara maju dalam Wawasan 2020. Selain itu. patriotik. Maka. PIPP mempunyai sebuah matlamat iaitu pendidikan berkualiti untuk semua. PIPP amat penting dalam menjayakan misi nasional iaitu mewujudkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negar a serta memupuk µMinda Kelas Pertama¶ dan menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif.Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Perjuangan kerajaan Malaysia bukan hanya sekadar itu mala h telah pun mewujudkan PIPP dan telah pun dibentangkan dalam RMK -9 yang lepas. Kewujudan PIPP ini membuktikan akan keprihatinan kerajaan terhadap pendidikan rakyat dan kesungguhan negara bagi mencap ai hasrat dalam Wawasan 2020. Kerajaan negara ingin mewujudkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia serta melahirkan modal insan yang bukan sahaja hebat dalam bidang akademik tetapi bersifat progressif.

KPM telah meletakkan beberapa perancangan dan strategi bagi merapatkan jurang pendidikan.Berikut merupakan panduan mewujudkan sebuah sekolah kebangsaan perkasa . Memandangkan kita kini berada dalam dunia ICT. tidak kira di bandar mahupun luar bandar supaya menguasai kemahiran teknologi. a) Pemimpin dan guru cekap. kerajaan yang begitu menyedari hal ini memberi penekanan yang mendalam kepada ICT dan mewujudkan satu subjek wajib dalam silibus KBSR dan menengah rendah bagi membolehkan semua pelajar. Antara jurang -jurang yang perlu dirapatkan ialah : a) Jurang antara tahap pencapaian pelajar b) Jurangbandar dan luar bandar c) Jurang antara pelajar normal dan berkeperluan khas d) Jurang sosioekonomi e) Jurang digital Oleh sebab itu. 11 . terlatih dan berkualiti b) Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan c) Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan d) Pencapaian sahsiah cemerlang e) Beraspirasi nasional f) Semua pelajar menguasai kemahiran 3M g) Iklim dan budaya sekolah sihat h) Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi i) Pencapaian akademik cemerlang j) Menawarkan bahasa cina dan tamil k) Infrastruktur lengkap dan berkualiti PIPP juga diwujudkan bagi merapatkan jurang pendidikan antara semua pelajar dan memastikan setiap sekolah dan pelajar mempunyai keupayaan dan peluang yang sama untuk cemerlang.

terserlah kemeriahannya. Hal ini secara tidak langsung juga dapat mengeratkan hubungan antara kaum selain menghiburkan hati para pelajar. ada diantara sekolah -sekolah yang meraikan DeepaRaya kerana pertembungan Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali. pelajar kaum melayu dan pelajar kaum india akan berganding bahu menyediakan pelbagai juadah dan hiasan supaya pada hari sambutan itu nanti. Melalui perayaan ini. KPM telah memperkenalkan satu pelan RIMUP yang giat dilaksanakan di semua sekolah dengan tujuan untuk : a) Menggalakkan penyertaan guru dan murid untuk bekerjasama dalan apa -apa kegiatan b) Mewujudkan sikap kerjasama dan tolong -menolong c) Melahirkan persefahaman dan tolak ansur antara murid pelbagai kaum KPM mewajibkan program RIMUP ini dijalankan di semua sekolah m engikut cara tersendiri. 12 .Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Bagi memantpakan lagi perpaduan di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.

Budaya diwariskan dari satu generasi kepada generasi berikutnya tetapi budaya ini telah diolah mengikut kesesuaian oleh generasi yang menurunkan. Manakala perkataan ³daya´ bermaksud kekuatan kuasa. Hal ini menambahkan lagi keharmonian Malaysia yang sememangnya dikenali seantero dunia. Oleh sebab itu. Budaya adalah sesuatu yang bersifat universal tetapi berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. 13 . Perkataan budaya terhasil daripada dua patah perkataan iaitu ³budhi´ dan ³daya´. Perkataan ³budhi´ dipinjam dari perkataan sanskrit yang membawa maksud kecergasan fikiran dan akal. usaha dan rohani. tenaga. Maka gabungan kedua -dua perkataan terhasillah perkataan budaya yang membawa maksud tenaga fikiran. Malaysia yang suatu ketika dahulu hanya hidup dengan kebudayaan Melayu. Setiap kaum di Malaysia mempunya budaya mereka tersendiri dan sesetengah budaya diterima oleh semua kaum yang ada di Malaysia.PENDAHULUAN Kebudayaan merupakan suatu aspek yang penting kepada i ndividu mahupun masyarakat. dan pengaruh. bertukar menjadi negara yang unik kerana berbilang adat budaya. kebudayaan juga membezakan antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain.

Rakyat asal rantau ini ialah kaum melayu maka oleh sebab itu. kebudayaan negara lebih kepada kemelayuan. terdapat prinsip utama yang menjadi garis panduan oleh pihak kerajaan iaitu kebudayaan rakyat asal rantau ni menjadi teras utama. Prinsip ketiga pula. Kebudayaan kebangsaan juga mampu menyatupadukan masyarakat di bawah satu bumbung. Semua kebudayaan yang sesuai selagi tidak bertentangan dengan agama Islam dan tidak mendatangkan mudarat kepada rakyat diterapkan ke dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini. 14 . Malaysia telahpun menyedari hal demikian dan mewujudk an dasar kebudayaan kebangsaan. Prinsip kedua ialah islam sebagai agama ras mi menjadi unsur utama pembentukan kebudayaan kebangsaan. Sebagai contoh perayaan yang disambut oleh kaum lain turut diraikan dan diberikan cuti sama seperti perayaan yang disambut orang Islam. Hal ini kerana negara ini dikenali sebagai negara Islam maka hal ehwal agama Islam perlulah dijaga dan menjadi satu sensitiviti bagi rakyat Malaysia.OBJEKTIF DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Setiap negara yang baru membangun atau baru merdeka amatlah memerlukan pembangunan kebudayaan bagi menjamin keharmonian hidup masyarakatnya. Bagi membangunkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini. Maka berdasarkan prinsip-prinsip berikut terhasilnya Dasar kebudayaan Kebangsaan yang mempunyai tiga objektif yang sangat bertepatan dengan keadaan negara ini. ialah kebudayaan kaum lain yang sesuai juga diterapkan.

Sungguhpun begitu. kaum Melayu. Objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang ketiga ialah memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio -ekonomi. Rakyat juga disatukan dengan penggunaan satu jenis bahasa iaitu Bahasa Melayu. Semua rakyat negara ini bukan sahaja perlu tahu berbahasa Malaysia malah haruslah fasih supaya bahasa yang suatu ketika dahulu pernah menjadi bahasa lingua franca kembali mendapatkan takhtanya semula. kaum Cina dan kaum India. Jika setiap daripada kita mempunyai nilai kemanusiaan. keutamaan diberikan kepada kebudayaan yang wujud dari rantau ini sendiri. kita bukan hanya boleh meningatkan taraf keselesaan hidup. Kerajaan mahukan setiap rakyatnya untuk menghayati dan mempunyai nilai kemanusiaan dalam hidup masing -masing. Kerajaan mahu memupuk perpaduan sesama rakyat dan kaum di bawah satu kebudayaan iaitu kebudayaan Malaysia. Sudahpun termaktub di dalam rukun negara ke-lima kita yang terhasil ekoran daripada peristiwa 13 Mei 1969 iaitu kesopanan dan kesusilaan. bahasa bukanlah sesuatu yang amat penting tetapi adab dan sopan. pasti orang akan tahu bahawa asal kita dari rantau ini. Namun begitu. Kebudayaan kebangsaan kita banyak memperlihatkan unsur kesopanan dan budi bahasa. Kebudayaan Malaysia yang terhasil daripada gabungan tiga kaum utama di Malay sia iaitu. Objektif kedua ialah. tetapi juga memperkayakan ekonomi negara. memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh dari kebudayaan kebangsaan. Jelas di sini menunjukkan keperibadian kebangsaan yang dimaksudkan ialah pengamalan budaya kebangsaan dalam pembentukan peribadi. Hal ini juga selaras dengan hasrat negara untuk membangun modal insan berkualiti dari segenap segi. iaitu kebudayaan Melayu. Pembangunan sosio-ekonomi adalah untuk mengubah dan menaiktaraf kehidupan setiap rakyat supaya setara antara satu sama lain. Seperti contoh. bahasa asal rantau ini yang kini dinamakan Bahasa Malaysia. 15 . sekiranya kita berbahasa Malaysia.Objektif pertama ialah mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan. dalam pembentukan peribadi.

Komunikasi yang berkesan tidaklah hanya tertumpu kepada ceramah semata-mata kerana ceramah tidak mampu menarik minat pendengar jika tidak kena pada gayanya. pendidikan. 16 . maka beberapa strategi pelaksanaan dasar telah digubal supaya matlamat yang ingin dicapai tidak tersasar dan mampu dicapai tepat pada wakt unya. Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan. mendukung dan mengerak kebudayaan seluasluasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan. agama mahupun pegangan politik. Kerajaan tidak boleh terlalu mementingkan sosioekonomi sehinggakan terlupa akan sosiobudaya yang akan banyak membantu dalam pembentukan modal insan juga memupuk nilai kemanusiaan dalam diri mereka. membuat wau dan sebagainya. kenegaraan dan nasionali sme Malaysia. Usaha sama dari semua pihak ini dapat membantu negara mencapai objektif yang dihitamkan secepat mungkin . mencanting batik. Strategi ini memerlukan bantuan dari semua pihak tanpa mengira usia. Terdapat segelintir rakyat yang cukup mem inati tradisi negara hanya yang menjadi masalah ialah tiada ruang dan keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan. pengembangan dan perhubungan budaya. kaum. Memenuhi keperluan sosiobudaya adalah satu strategi yang penting.STRATEGI PELAKSANAAN DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Dalam memastikan Dasar Kebudayaan Kebangsaan mencapai objektif yang telah dibulatkan. Pemulihan. Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha -usaha membimbing dan melatih peminat. Komunikasi perlu dipelbagai dalam menyebarkan ideologi Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini. pembangunan. pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan. Strategi ini sesuai dilaksanakan bagi seni warisan negara seperti tarian.

Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti -aktiviti pembangunan. 17 . Majlis Kebudayaan Negeri. Kesenian dan Warisan. persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urus setia perhubungan kebudayaan antarabangsa. Hal seperti ini boleh menjejaskan taraf kesenian negara. Seperti yang diketahui. pembangunan dan penggalakan. badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan -pertubuhan kebudayaan yang terdapat di Malaysia. Peranan pihak swasta dan pertubuhan -pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing -masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek -projek kebudayaan. Kerajaan seharusnya menubuhkan lebih lagi pusat -pusat kesenian supaya setiap individu berupaya mempelajari warisan kesenian negara yang indah ini dan dapat dipertahan hingga beberapa generasi lagi. Di samping Kementerian Kebudayaan. penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Kesenian dan Warisan dalam pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan -pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa.Strategi akhir ialah meninggikan taraf dan mutu kesenian negara. Kerajaan -kerajaan Negeri dan badan -badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar -dasar semasa. Kerajaan -kerajaan Negeri. Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat. Antara lain Kementerian ini menguruskan penyelidikan. kesenian warisan negara kini kian pudar dan malap malah hanya tumbuh di negeri asal sahaja. Peranan Kementerian atau Jabatan. pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan. Peranan Kementerian Kebudayaan.

Usaha sesebuah negara untuk membina perpaduan bangsa berdasarkan kesatuan budaya kini dicabar oleh trend baru. terutama negara pelbagai etnik seperti Malaysia. proses liberalisasi yang dianjurkan oleh dunia Barat semakin melemahkan pengaruh peranan negara -bangsa sebagai tenaga pengintegrasi dalam masyarakat. Proses ini nampaknya sedang menggugat keperibadian budaya banyak negara -bangsa. Konsep 'berbeza tetapi sama rata' atau µdistinct but equal¶ kini mula menarik perhatian banyak pihak untuk dimajukan sebagai falsafah pembinaan negara -bangsa. menurut Barnett dan Cavanagh (1995). Tambahan pula. taat setia kepada negara ini dan maju dalam segala bidang menurut acuan atau nilai -nilai yang dikongsi dan yang dapat dihayati bersama oleh penduduk berbilang bangsa dan budaya. nilai -nilai apakah yang seharusnya mendasari DKK itu sebagai "model" atau acuan untuk membina jati diri bangsa dan negara Malaysia yang "berteraskan budaya pribum i". bermulanya the crisis of redefinition di kalangan banyak negara-bangsa di dunia kini. Negara-bangsa akan berpecah-pecah menjadi negara mikro berdasarkan bangsa atau etnik. Jadi. Beberapa sarjana melihat kuasa pensejagatan ini sebagai ancaman terhadap kelangsungan sesebuah negara-bangsa. Proses pensejagatan ini bukan sahaja merupakan fenomena ekonomi tetapi juga fenomena budaya. yang penting kita tanyakan sekarang ialah. 18 . Ini menyebabkan. John Naisbitt (1995) bercakap tentang The Global Paradox iaitu ³semakin dunia menjadi global semakin manusia aka n bersifat sukuan atau tribal´.CABARAN BARU DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) meru pakan usaha untuk menggunakan unsur-unsur budaya penduduk negara ini bagi membina suatu bangsa Malaysia yang bersatu-padu. Soal nilai ini terpaksa pula ditinjau dalam konteks perkembangan dan pengaruh "budaya global" yang dibawa oleh teknologi maklumat dan ruang siber yang semakin menggugah masyarakat dunia.

dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat.Jadi. Bagi mantan Perdana Menteri. kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara. speak Bahasa Malaysia and accept the Constitution' . masalah yang kita hadapi dalam usaha untuk membina jati diri bangsa Malaysia berdasarkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah masalah kesukuan itu sendiri memandangkan Malaysia mempunyai pelbagai kaum.Mahathir Mohamad. beliau mentakrifkan makna "bangsa Malaysia" dengan berkata bahawa 'Bangsa Malaysia means people who are able to identify themselves with the country. 19 . masalah ini hanya dapat di selesaikan melalui tolak ansur dari semua segi antara golongan etnik di Malaysia. Dalam dialog Perdana Menteri dengan Majlis Kerja Pelajar -Pelajar Malaysia United Kingdom di Kuala Lumpur pada 10 September 1995. Tun Dr. Antara salah satu cabaran yang akan menjadi matlamat Wawasan 2020 seperti yang diseru beliau ialah untuk mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur.

Strategi yang dicadangkan adalah sebagai berikut.Cadangan Mengatasi Cabaran Baru Dasar Kebudayaan Kebangsaan Berikut merupakan beberapa cadangan yang boleh diguna pakai bagi mengatasi masalah cabaran baru ini. Strategi budaya yang jelas dan konkrit perlu dibentuk segera untuk membolehkan unsur -unsur positif kebudayaan Melayu dan Islam ditampilkan sebagai teras dan diterapkan pada peringkat empiris kehidupan orang Melayu. Mengemukakan alternatif yang lengkap dengan langkah yang bersifat 'mencegah kemungkinan' (preventive) dan 'menjangka kemungkinan' (anticipative) untuk menangani kesan perubahan.blogspot. Sumber: http://sangpenyampai. Memberi tumpuan yang kuat ke arah proses rekayasa nilai 1 bertujuan untuk memperteguh iman. pengaruh dan cabaran ideologi dan budaya konsumerisme yang berkembang selaras dengan proses liberalisai dan pensejagatan ekonomi negara.com/2010/04/reyakasa-nilai-sebuah-definisi.html 20 . supaya altern atif itu berupaya menyuburkan dinamika perubahan sehingga mampu mengembangkan bakat kemanusiaan untuk mencapai kesempurnaan pembinaan bangsa bertamadun tinggi. Menggerakkan proses pemasyarakatan atau sosialisasi nilai dan etika yang selaras dengan tuntutan dan cabaran perubahan dan pembangunan agar bangsa Melayu dapat menghadapi desakan. Mempunyai daya objektifika si yang kuat supaya segala unsur positif kebudayaan kita yang berteraskan Islam dapat melepaskan orang Melayu daripada masalah split existence seperti yang dialami pada hari ini. 1) Reyakasi nilai adalah suatu teknik perbaikan yang menggunakan suatu pendekatan yang sistematik dan terorganisir untuk mencari fungsi terbaik dengan menyeimhangkan antara biaya dan performansi fungsi dari suatu sistem. memantapkan etika dan akhlak.

Menitikberatkan proses pemupukan budaya yang berteraskan sains dan teknologi. watak dan etos bangsa Melayu kerana kekuatan inilah yang kini menjadi syarat mutlak untuk membolehkan sesuatu bangsa itu bersaing dan mempertahankan kebebasan atau autonominya dalam dunia sejagat yang semakin kompetitif. Strategi ini harus dapat membina kekuatan intelektual atau ilmu. Peranan Islam sebagai teras nilai budaya Melayu dan budaya kebangsaan hendaklah dikaji juga dengan mengambil kira sejauh manakah nilai-nilai itu dapat dijadikan unsur teras yang bersifat " functional" dalam usaha untuk meletakkan sains dan teknologi sebagai teras kebudayaan Melayu. 21 . Soal keserasian budaya Melayu dengan sains dan teknologi hendaklah dikaji dengan mendalam.

Justeru itu. Persembahan seni secara langsung akan mampu dikembangkan melalui pembabitan bebas penggiat seni. Mereka bukan sahaja berkarya. 22 . Ahli politik mampu menyekat kebebasan penggiat seni berkarya kerana pada suatu masa ia dilihat boleh menjatuhkan reputasi dan kredibiliti seseorang. penggiat seni seharusnya dibenarkan bergerak secara bebas bagi memastikan semangat budaya tidak luput akibat halangan politik berkepentingan individu. Kebebasan berkarya para penggiat seni pada ketika ini banyak disekat dan dihalang oleh Dasar Kebudayaan Kebangsaan dimana ia menjadikan faktor agama dan sensitiviti budaya sesuatu kaum sebagai dinding yang memisahkan karya asli dengan karya yang direkacipta. Mereka disalahertikan bahawa penggiat seni akan menyentuh hal-hal yang berkaitan perkauman dan bakal menimb ulkan masalah. tujuan utama penggiat seni tidak lebih adalah untuk menyampaikan mesej melalui persembahan budaya yang dilihat mampu memberikan impak yang besar ke atas keharmonian rakyat. Namun begitu.Isu dan Masalah Prospek Seni Budaya 1) Kebebasan Penggiat Seni dan Halangan Politik Penggiat seni merupakan orang yang bertanggungjawab memperjuangkan atau menyuarakan suara rakyat melalui persembahan persembahan seni. malah menjadi orang tengah untuk menyampaikan mesej keadaan rakyat kepada pemimpin.

kemajuan teknologi dan pembangunan negara yang pesat membawa perubahan terhadap pemikiran masyarakat terutamanya dikalangan golongan muda. Asal -usul dan sejarah adalah perkara asas dalam proses pembentukan negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa. mereka menjadikan teknologi sebagai budaya hidup mereka. Tanggapan ini perlu dikikis dan diperbetulkan supaya asal -usul dan sejarah budaya negara tidak dilupakan. Minat golongan muda masa kini terhadap seni budaya mungkin berbeza daripada minat golongan muda zaman dahulu. Pada masa kini. Elemen-elemen baru dalam seni perlu dimasukkan supaya ia boleh dilihat lebih menarik. Malahan. Peredaran zaman yang berlaku menyebabkan cara hidup masyarakat mula berubah. 23 . Contohnya wayang kulit yang dahulunya dilakukan selepas musim menuai. Kemudahan teknologi masa kini banyak mempengaruhi kefahaman dan tanggapan golongan muda terhadap seni dan budaya. Ia seterusnya mempengaruhi seni budaya dalam masyarakat kita.2) Seni dan Golongan Muda Seni budaya sering dikaitkan sebagai hiburan. namun kini ia dilakukan pada bila -bila masa sebagai satu persembahan. Seni budaya perlu dilihat semula dan seharusnya berubah mengikut pereda ran zaman. Mereka beranggapan seni dan budaya tidak mempunyai kesan kepada hidup mereka.

3) Mewujudkan asas budaya Asas sesuatu budaya yang teguh amat perlu diterapkan pada semua penggiat seni yang terlibat supaya cabang seni tersebut dapat mereka kembangkan dan terokai tanpa melupakan asas budaya tersebut. Hal sebegini telahpun berlaku dimana golongan muda telah berjaya mengubah seni budaya kepada seni yang lebih kontemporari dan masalah ini perlu diambil serius agar budaya asal masyarakat di Malaysia tidak musnah. Perkara ini amat penting kerana budaya sekarang telah diimplim entasi sebagai gaya hidup masyarakat dan ia seharusnya berkembang dan berubah mengikut perubahan zaman. Satu badan bebas hendaklah dibentuk bagi menyediakan asas seni yang perlu diikuti oleh semua penggiat seni dan institusi -institusi budaya agar ia boleh dijadikan sebagai garis panduan seni budaya Malaysia. 24 .

Untuk menyelesaikan masalah ini Malaysia memilih Bahasa Melayu untuk mengganti kan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi negara yang merdeka selepas tahun 1957 di samping mengangkat tarafnya menjadi bahasa kebangsaan yang diharap akan berfungsi sebagai bahasa komunikasi luas dalam masyarakat pelbagai kaum dan bahasa. Ini bukan sahaja merupakan masalah ideolo gi yang berkait dengan soal nasionalisme. Pelaksanaan Da sar Bahasa Pada mulanya dasar bahasa itu dicurigai oleh sesetengah golongan. Lihat kedudukan bahasa Inggeris dan bahasa -bahasa lain dalam sektor swasta berbanding dengan kedudukan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara dalam sektor tersebut. terutama dalam tahun 60-an. Bahasa-bahasa lain tidak termusnah kerana dasar bahasa itu membenarkan bahasa-bahasa lain digunakan dengan bebas dalam semua bidang kecuali untuk tujuan rasmi kerajaan. Rata-rata penduduk Malaysia menerima dasar bahasa yang ada sekarang.DASAR BAHASA DAN PERANANNYA DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL NEGARA Salah satu masalah yang dihadapi oleh negara berbilang bangsa dan bahasa seperti Malaysia ialah masalah menentukan bahasa apakah yang patut digunakan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi kerajaan atau negara. 25 . perpaduan bangsa dan jati diri negara tetapi juga masalah pragmatisme. Golongan elit berbahasa Inggeris pula khuatir bahawa pentadbiran negara dan sistem pendidikan kebangsaan yang dikendalikan dalam bahasa Melayu bagi menggantikan penggunaan bahasa Inggeris boleh memundurkan negara ini. budaya dan kepentingan pendidikan kaum -kaum bukan Melayu. yakni masalah fungsi bahasa itu sebagai alat pembangunan negara. Mereka khuatir dasar itu boleh memusnahkan bahasa. Setelah kira -kira 40 tahun ternyata bahawa segala kekhuatiran itu tidak munasaba h dan tidak beralasan. Lihat juga kegunaan bahasa Inggeris yang semakin melu as di institusi pengajian tinggi swasta yang berjumlah lebih 280 buah banyaknya di dalam negeri ini.

Hal ini kerana. Tidak mustahil juga jika suatu hari nanti. Acapkali ditegaskan bahawa bahasa Inggeris pe nting dalam mencapai kemajuan manakala bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa perpaduan dan bahasa rasmi negara. jika mereka tidak menguasai bidang bahasa Inggeris ini ak an menyukarkan mereka untuk mendapat pekerjaan. tidak mustahil suatu hari nanti. jika keadaan seperti ini berlarutan. dimanakah duduk letaknya bahasa Malaysia yang termaktub dalam perlembagaan sebagai bahasa rasmi negara? 26 . Isu dan Masalah Dasar Bahasa Pemimpin-pemimpin negara dan juga golongan -golongan elit yang gemar berbahasa Inggeris telah memberikan peranan yang berbeza bagi kedua -dua bahasa ini. Maka pada ketika itu. bahasa Melayu tidak akan diguna pakai lagi kerana bahasa Melayu tiada martabatnya dalam era kemajuan ini. Pelajar-pelajar bukan Melayu sudah membuktikan bahawa dasar itu tidak menjadi penghalang kepada mereka untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang pendidikan melalui Bahasa Melayu.Sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utamanya di semua institusi pendidikan tidak menjejaskan nasib pendidikan kaum-kaum bukan bumiputera. Peranan yang berbeza ini sedikit sebanyak telah mengaburi kemegahan dan peranan bahasa Melayu kerana rakyat juga kerajaan kini lebih menumpukan kepada kemajuan. Sungguhpun begitu. Penggunaan bahasa Inggeris yang dikatakan sebagai bahasa kemajuan ini telahpun melolosi minda semua individu negara sehinggakan mereka yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi mementingkan institusi pengajian yang hebat penggunaan bahasa Inggerisnya. peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan akan hapus dan tidak lagi diguna pakai dalam kehidupan seharian. baik di peringkat SPM dan STPM mah upun di peringkat universiti.

Selain itu. 27 . terdapat juga masalah pencemaran bahasa dan salah guna bahasa. penggunaan bahasa ini di rumah hanyalah bahasa pasar. Kewujudan mata pelajaran ini menarik minat para pelajar untuk lebih mendalami bahasa ini kerana tidak dipelajari di rumah. Sungguhpun begitu. Pengaruh bahasa Inggeris di negara ini juga kian meningkat dari hari ke hari memandangkan bahasa ini merupakan mata pelajaran wajib untuk dipelajari di sekolah-sekolah. Bahasa rojak yang kini kian merebak dalam kalangan masyarakat seolah-olah menjadi satu trend kerana dengan bebasnya digunakan dalam pendidikan dan begitu juga dalam mesyuarat kerajaan. Masalah ini bukan hanya terjadi dalam kalangan masyarakat malah juga di media massa yang sepatutnya menjadi antara media untuk menyebarkan wadah keagungan bahasa Melayu ini. tetapi kesedaran setiap individu terhadap nilai dan peranan bahasa ini dalam kehidupan seharian mereka tidaklah seperti yang diharapkan sehinggakan kerajaan perlu melancarkan kempen ³Cintailah Bahasa Kebangsaan Kita´ beberapa tahun yang lepas. Manakala mata pelajaran bahasa Melayu dianggap mata pelajaran remeh memandangkan bahasa ini diguna pakai di rumah dalam kehidupan seharian para pelajar terutama pelajar Melayu.Masalah "Budaya Bahasa" Sungguhpun bahasa Melayu telah diwartakan sebagai bahasa rasmi negara dan sebagai bahasa utama dalam sistem pendidikan negara.

Cadangan Penambahbaikan Dasar Bahasa Bagi memastikan bahasa Melayu yang sudah mantap ini kekal tarafnya sebagai bahasa rasmi negara. Cadangan ini bukanlah ingin menghapuskan penggunaan bahasa Inggeris namun begitu tidak wajar jika bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar bagi sesetengah kursus di institut pengajian tinggi. Penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara hendaklah dilaksanakan dengan tegas dalam semua bidang. malah individ u dan institusi yang sepatutnya memartabatkan bahasa Malaysia juga tidak menitikberatkan penggunaan bahasa ini. bahasa perpaduan dan k emajuan negara dan tidak jatuh ke takuk lama seperti zaman sebelum kemerdekaan dan juga bagi mengelakkan berlakunya krisis dasar bahasa yang boleh menyebabkan perpecahan dan menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Jika hal ini terjadi. Sememangnya bahasa Malaysia telahpun menjadi bahasa rasmi tetapi tiada penegasan yang diambil oleh pihak terlibat. Jika bukan Malaysia yang mengagungkan bahasa Malaysia. Sebaliknya mereka mesti mula menegaskan tentang pentingnya Bahasa Melayu sebagai alat pembangunan negara dalam konteks Wawasan 2020. bahasa pendidikan. apakah akan ada negara lain yang menyanjungi bahasa Mal aysia ini? 28 . Hal ini kerana sekiranya bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar maka akan terjadi masalah di mana wujudnya bahasa rojak yang merosakkan bahasa Malaysia. berikut merupakan beberapa cadangan. Kesan psikologi. politik dan budayanya terhadap kedudukan Bahasa Malaysia amat buruk. Cadangan kedua ialah a rahan atau seruan supaya bahasa Inggeris digunakan untuk mengajarkan kursus-kursus sains dan teknologi tertentu di universiti awam hendaklah ditarik balik. di manakah peri pentingnya bahasa Malaysia di negara Malaysia ini sendiri? Seterusnya dicadangkan agar pa ra pemimpin Melayu berhenti ber cakap di khalayak umum tentang pentingnya bahasa Inggeris untuk kemajuan negara ini .

tujuan belajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua mesti lah jelas. 29 . Peranan dan pentingnya bahasa kedua tidak boleh disamakan dengan peranan dan pentingnya bahasa p ertama sebagai alat pembangunan negara dan pembentuk jati diri bangsa.Selain itu. Kerajaan juga hendaklah memupuk penggunaan Bahasa Melayu di dalam sektor swasta.

Semoga perpaduan antara kaum dapat dicapai seterusnya berjaya memartabatkan bangsa Malaysia dengan satu budaya yang sama. Ahli-ahli masyarakat juga harus mempunyai kesedaran untuk terus berjuang merapatkan ukhuwah antara ahli tanpa mengira kaum. Jawatankuasa penduduk seharusnya menganjurkan aktiviti yang dapat membantu merapatkan ukhuwah sesama penduduk yang berlainan kaum. 30 . parti-parti politik juga seharusnya tidak bersikap perkauman kerana kita menuju kearah satu bangsa yang memartabatkan satu budaya. Namun begitu. manusia lebih tertumpu kepada media massa sebagai bahan pengantara. usaha dan seruan keraja an tidak akan menjadi kerana setiap orang lebih gemar mengikut seruan pegangan politik mereka. Setiap usaha yang dilakukan perlulah berterusan sehingga berjaya kerana setiap kesusahan itu pasti ada kesenangannya. Peranan media massa tersangatlah penting memandangkan di zaman teknologi ini. kesedaran dari semua pihak amatlah diperlukan supaya setiap dasar yang diwujudkan dapat dijayakan. Selain itu.PENUTUP Tidak dinafikan bahawa pihak kerajaan telah bertungkus -lumus menyediakan pelbagai dasar bagi menyatupadukan kaum -kaum di Malaysia di bawah satu payung iaitu Bangsa Malaysia. Sekiranya setiap parti politik masih bersikap perkauman.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful