PENGENALAN

Masalah membaca dalam kalangan murid sekolah bukanlah perkara luar biasa lagi walaupun mereka telah mengikuti pembelajaran bacaan terutamanya dalam pelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran membaca adalah merentas semua mata pelajaran dan kelemahan dalam kemahiran membaca akan menyebabkan pencapaian rendah dalam pelajaran di sekolah.

Adalah menjadi tugas guru mengesan kelemahan membaca muridnya dan seterusnya menjalankan pengajaran pemulihan bacaan dengan segera. Berbagai bagai kaedah dan teknik mengajar bacaan boleh digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan. Kaedah dan teknik mengajar bacaan yang digunakan oleh guru hendaklah sesuai dengan kebolehan membaca murid.

Dalam tajuk ini saya akan menceritakan mengenai definisi, jenis kesalahan bacaan, punca masalah membaca, dan seterusnya kaedah-kaedah mengajar bacaan Bahasa Melayu. Bagi mengajar kanak -kanak berkeperluan khas, guru hanya perlu sesuaikan kaedah-kaedah ini dengan keupayaan murid -murid.

1.0 DEFINISI MEMBACA
y

Boleh dimaksudkan sebagai proses tafsiran yang bermakna di ata s lambanglambang bercetak dan bertulis (Harris & Sypay)

y

Proses membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau pun makna yang diketahui melalui pengalaman (pembelajaran) dan akhirnya berupaya mentafsirkan maksudnya.

y

Bagi Smith& Johnsan (1980) membaca berteraskan keinginan mewujudkan interaksi antara penyampaian idea penulis dengan tanggapan yang dibuat oleh pembaca.

y

Goodmen(1973) ± menyatakan membaca adalah proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan.

y

Ini menunjukkan melalui p roses itu wujud interaksi antara bahasa dengan pemikiran kerana hubungan antara bahasa dan pemikiran sememangnya berlaku dalam dimensi yang lebih luas.

y

Kita menggunakan bahasa bagi melahirkan pemikiran yang wujud dalam minda.

7. 2. Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah 11. 6. 8. 4. 16. 9. Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara Rongga tekak Rongga Hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok . 18.2. 17. 12. 20. 14. 5. 13. 3.0 KAITAN TEORI PEMEROLEHAN BAHASA DENGAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMEROLEHAN BAHASA SERTA FUNGSI ALAT-ALAT ARTIKULASI 2.1 JENIS-JENIS ALAT ARTIKULASI 1. 15. 10. 19.

Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan. Bahagian hadapan lidah. hadapan lidah.2 FUNGSI ALAT PERTUTURAN Lidah Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. tengah lidah. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. Gigi Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. iaitu hujung lidah.2. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi p elbagai jenis penghasilan bunyi. Gusi Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongg a mulut. tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. iaitu bunyi vokal hadapan. tengah dan belakang. Bibir terdiri daripada otot -otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. dan belakang lidah. Bibir Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Lidah terbahagi kepada empat bahagian. . Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.

Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup. Secara kesimpulannya. . bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. Dengan itu timbulah masalah bacaan yang akan dihadapi oleh murid yang mengalami masalah ini. rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa kelu ar melalui rongga hidung. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan. Rongga Hidung Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Pita Suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. dapatlah dikaitkan kepentingan alat -alat artikulasi ini dengan pemerolehan bahasa murid -murid dalam bacaan di mana jika alat-alat artikulasi ini tidak sempurna atau tidak digunakan dengan betul apa yang diujarkan tidak difahami oleh orang lain mahupun dir i sendiri. rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan. iaitu lelangit keras dan lelangit lembut.Lelangit Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian. Apabila dinaikkan. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut.

dll). dan rakan-rakannya (1994) telah membahagikan punca masalah membaca kepada tiga faktor besar iaitu: y y y Faktor fizikal Faktor kognitif dan bahasa Faktor emosi. persekitaraan dan pendidikan 3. Manakala faktor bahasa melibatkan bahasa penerimaan (receptive language) yang melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis.B. Selari dengan masalah ini ialah tahap kognitif yang rendah sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca menjadi sangat sukar. terencat akal. aphasia.1 Faktor Fizikal Faktor fizikal yang mempengaruhi masalah bacaan adalah seperti masalah penglihatan. dan Pendidikan Masalah membaca kebiasaannya wujud seiring dengan faktor -faktor emosi yang memberi kesan yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanak -kanak. Masalah penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor -faktor fizikal atau perawakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca. Namun Guy L. dan bermasalah kesihatan (epilepsi.0 PUNCA MASALAH MEMBACA Punca masalah membaca adalah rumit dan sukar hendak ditentukan secara khusus.3. 3.3 Faktor Emosi. Kegagalan membaca menjadikan kanak -kanak kecewa dan menjejas emosi mereka. Persekitaran. masalah pertuturan. kurang zat makanan yang serius.2 Faktor Kognitif dan Bahasa Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya rendah dan yang terencat akal akan menghadapi masalah dalam bacaan yang serius. masalah pendengaran. 3. dll). masalah jantung. Faktor persekitaran bagi kanak -kanak yang kurang beruntung seperti tidak . masalah neurologikal seperti kerosakan otak (serebral palsi.

mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah.mendapat kasih sayang keluarga. 4. kurang zat makanan. penggunaan teknik pengajaran yang kurang berkesan. dan sebagainya akan menjejas pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca. Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang pengajaran secara individu.0 FAKTOR-FAKTOR MASALAH BACAAN y Ketidakbolehan mentafsir simbol (huruf/visual) untuk diterjemahkan sebagai ayat atau perkataan secara lisan-(Haidi 2008) y Konsep kendiri yang rendah Tidak matang dari segi emosi dan intelek Lemah daya ingatan Gagap Gangguan pengamatan Kurang rangsangan Mudah hilang tumpuan y y y y y y . dan sebagainya. tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak-kanak. tiada galakan ke luarga.

Manakala terdapat perkataan yang digantikan dengan perkataan lain sehingga boleh mengubah maksud ayat.´Saya suka makan rojak. manakala pembalikan perkataan dalam ayat berlaku apabila perkataan diubah kedudukannya. atau frasa dibaca secara terbalik atau songsang. Perkataan di dalam ayat juga kerap ditinggalkann semasa membaca dan sering kali juga meninggalkan imbuhan di akhiran dan awalan.5. Antara masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak -kanak adalah seperti berikut: (a) Membuang/meninggalkan (omission) Bunyi huruf. (d) Tambahan (insertion) Bunyi ³buah´ huruf atau perkataan ditambah semasa membaca. (c) Gantian (substitute) Menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang dibaca. manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan kefahaman. (b) Ulangan (repetition) Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap. Manakala penambahan seperti berikut. perkataan dan imbuhan ditinggalkan ketik membaca. misalnya ´ladang´ disebut ´lalang´. Keadaan ini menyebabkan kanak kanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan makna. ³Bala´ disebut ´laba´. dan begitu j uga dengan pembalikan frasa.´ dibaca sebagai ´ Saya sangat suka makan rojak.´ (e) Pembalikan (reversals) Huruf. . Contoh.0 JENIS-JENIS MASALAH BACAAN Masalah bacaan yang dihadapi oleh murid-murid dapat dilihat melalui aktiviti bacaan nyaring. contoh: ´Dia makan nasi´ dibaca sebagai ´ Dia nasi makan´. perkataan misalnya berlaku disebut ³buwah´. (f) Tidak kenal huruf Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak kanak gagal membaca dengan baik. perkataan.

simbol abjad tida k mempunyai sebarang bentuk fizikal yang mereka boleh tanggapi. sebutan dan turutan abjad dalam sepatah perkataan. Contohnya. Sebaliknya. (i) Kanak-kanak tidak dapat mengingatkan ciri-ciri dan atribut yang disebutkan di atas tadi untuk 26 abjad dan empat diagraf. apabila mereka melihat simbol lukisan µkucing¶ mereka nampak ciri-ciri fizikalnya seperti matanya. (k) Pengamatan penglihatan kanak -kanak bercelaru apabila mereka berhadapan dengan halaman kertas yang penuh dengan abjad-abjad yang tersusun rapi kerana :  Syarat-syarat yang dikenakan untuk membaca seperti melihat dari kiri ke kanan bercanggah dengan kebiasaan melihat dari kanan ke kiri. misai. (h) Kanak-kanak tidak dapat mendiskriminasikan bentuk. . ekor dan lain -lain lagi yang mereka boleh kaitkan dengan seekor kucing. kedudukan. nama.  Simbol-simbol abjad tidak memberikan gambaran tentang bentuk fizikal yang boleh mereka kaitkan. telinga.(g) Salah sebutan Salah sebutan terjadi akibat kanak -kanak tidak mengenal huruf atau tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan. (j) Kanak-kanak tidak dapat mengaitkan sebutan tiap -tiap abjad serta diagraf apabila diadunkan menjadi suku kata dalam sepatah perkataan.

Teragak-agak (hesitation) . Tidak boleh membaca langsung. . Menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca. (b) (c) Bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar.teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum menyebut sesuatu perkataan ketika membaca disebabkan murid tidak pasti akan bacaannya. (d) (e) (f) (g) Membaca terlampau cepat atau gopoh tanp a menghiraukan tanda bacaan .6. Kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan . Membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak. menggeleng kepala dan sebagainya. mengerut dahi.0 TINGKAH LAKU MURID YANG MENGALAMI MASALAH BACAAN (a) Membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan. Cuba mengelak daripada aktiviti membaca. Tingkah laku yang tidak selesa seperti mengejip-ngejip mata. (h) (i) (j) (k) Suara terlalu perlahan dan tidak jelas atau ´blurring´.

misalnya dalam ayat ³Panjatlah lagi pokok itu. Antara masalah dalam kefahaman bacaan adalah: (i) Gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti selepas. dan sebagainya. Masalah tidak memahami isi bahan bacaan tentu akan mengganggu proses pembelajaran murid berkenaan. Guru dapat mengesan masalah memaham di kalangan muridnya berdasarkan pemerhatian dan juga melalui aktiviti-aktiviti soal jawab. kuiz. (vi) Tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absur dities) dalam bahan yang dibaca. pagi. dan sebagainya. . sekejap.7. (vii) Tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta. merumus petikan.´ yang bermaksud melarang se seorang daripada memanjat pokok. (iii) Gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam bahan bacaan terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca. rajah.0 MASALAH-MASALAH DALAM MEMAHAM BACAAN Selain masalah bacaan nyaring. graf. menceritakan semula. dan sebagainya dalam buku. sudah. (v) Gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca. (iv) Lambat memberi tindak balas terutamanya apabila ti dak memahami arahan yang dibaca. kanak -kanak juga menghadapi masalah memahami apa yang dibaca. sebelum. (ii) Tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi. peta.

Terdapat beberapa kaedah mengajar bacaan dalam Bahasa Melayu yang sesuai dengan binaan perkataan Bahasa Melayu yang terbentuk melalui gabungan suku kata. Sebenarnya semua kaedah dan teknik itu boleh digunakan dengan berkesan Semuanya bergantung kepada cara kita merancang strategi pengajaran dan melaksanakannya ke atas murid berkenaan. Guru tidak boleh hanya bergantung kepada kaedah dan teknik tertentu sahaja kerana kerana penerimaan seseorang kanak-kanak terhadap perkara yang diajar adalah berbeza antara satu sama lain.0 STRATEGI MENANGANI MASALAH BACAAN Terdapat berbagai-bagai kaedah dan teknik pengajaran bacaan yang telah kita pelajari dan kita gunakan untuk membantu murid yang tidak dapat membaca dengan baik.8. Pengajaran membaca kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan strategi yang pelbagai. Perkara terpenting adalah murid -murid ini perlu diajar menguasai kemahiran -kemahiran asas bacaan terlebih dahulu supaya pemerolehan kemahiran membaca mereka menjadi mantap. Kemahiran kemahiran yang dikuasai ini kelak akan membantu mereka menguasai kemahiran bacaan seterusnya. Beberapa kaedah mengajar bacaan kepada murid-murid yang sering digunakan adalah: y Kaedah abjad/huruf y Kaedah pandang sebut/seluruh perkataan y Kaedah fonik/bunyi y Kaedah Gabungan Bunyi-kata y Kaedah VAK y Kaedah pelbagai deria ± VAKT y Kaedah Fernald y Kaedah Gillingham .

u. bu . pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan perkataan yang biasa (sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya. Selain itu. lari. Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. e. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan yang murid belajar secara pandang (visual).  Membentuk perkataan daripada suku kata . au. Melalui kaedah ini. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a. Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan baru yang belum dipelajarinya. o. huruf -huruf konsonan. bi. bapa dan sebagainya. emak. u. . Bunyi -bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini. Kaedah ini mementingkan kanak -kanak mengenal nama-nama huruf dari a ± z. Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang -ulang menyebutnya.1 Kaedah Abjad/huruf Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca perkataan. K aedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.2 Kaedah Pandang dan sebut/Kaeda h Seluruh Perkataan Kaedah ini sangat popular dalam mengaja r bacaan dalam bahasa Inggeris. i.8.  Menggabungkan huruf konsonan dan vokal .  Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.ba. bo. Selepas itu huruf -huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan. main.ba + tu batu. namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu.  Memperkenalkan huruf vokal a. Contoh:  Memperkenalkan huruf a ± z. be. makan. 8. dan diftong ai. kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam membaca.oi. e. i. o.

guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf ´r´ iaitu [r] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ru]. Dalam bidang fonetik. . huruf tidak dieja te tapi terus dibunyikan sebagai [a]. iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi -bunyi dengan huruf -hurufnya. dan begitulah bagi huruf -huruf dan suku kata yang lain. Menurut kaedah fonik. ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ]. hanya bunyi huruf ya ng diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Latih tubi mengeja adalah perlu berdasarkan pendekatan pelbagai deria (multisensory). [ b ] + [ a ] = [ ba ] [ t ] + [ a ] = [ ta ] [ ba ] + [ ta ] = [ bata ] 8.3 Kaedah Fonik/bunyi Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru. 8.4 Kaedah gabungan bunyi ± kata (Dari nama huruf dan bunyi kepada perkataan) Kaedah ini diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron. dimulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf (abjad) dan bentuk huruf. Sebagai con toh.Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu. Selepas itu membina suku kata dan seterusnya perkataan. guru digalak menggunakan fonik atau bunyi huruf. dan dalam kaedah ini murid diajar langkah demi langkah. Misalnya bagi perkataan ´rumah´.

bunyi. (ii) (iii) Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. (v) Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf. guru boleh teruskan dengan latih/tubi berikut: (i) Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat (proses bacaan). dan bentuk huruf. dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih dahulu dengan pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalah vokal dan sangat diperlukan dalam setiap perkataan. . Hubungan antara nama . Setelah murid sudah biasa dengan nama. Murid menyebut nama huruf tersebut.Contoh: (i) Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah belakang. (vii) Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat merasakan huruf itu. (iv) Guru menyebut bunyi huruf dan ke mudian menyebut nama huruf. bunyi. Murid menyebut nama huruf dan kemudiannya menulis (proses mengeja). iaitu membunyikan huruf (terjemahkan huruf yang ditulis kepada bu nyi yang boleh didengar). Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf. (vi) Murid membaca apa yg telah ditulisnya. Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal pula. menulis huruf sambil menyebutnya (terjemahkan bunyi yang didengar kepada tulisan) dan seterusnya murid menulis huruf-huruf. (ii) (iii) Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf.

8. kaedah Fernald. dan kaedah Gillingham. Janet. Dalam kaedah ini murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya. 8. 1989).6 Kaedah Membaca Pelbagai Deria ± VAKT (Multisensory Reading Method) Kaedah ini dikenali seb agai kaedah VAKT yang bermaksud: V ± Visual (penglihatan) A ± Audio (pendengaran) K ± Kinesthetic (pergerakan) T ± Tactile (sentuhan) . dan semua kaedah ini digolongkan sebagai pendekatan kinestetik. iaitu pelajar: (i) (ii) (iii) Memerhati perkataan yang hendak dipelajari Menyebut perkataan itu Cuba menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya (iv) Membandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal Prosedur VAK ini diulang -ulang sehingga perkatan dapat ditulis dengan betul.(Margaret. kanak-kanak pemulihan. Antara kaedah bacaan yang akan dibincangkan dalam bahagian ini adalah seperti kaedah VAK. kaedah VAKT. Kaedah VAK menggunakan prosedur pengajaran s eperti berikut.5 Kaedah VAK Kaedah VAK menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau pergerakan). Lynne.KAEDAH KHAS PEMULIHAN BACAAN Terdapat segelintir kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang serius dan memerlukan kaedah bacaan khas untuk mengajar mereka seperti kanak-kanak Disleksia. dan Program Kanak-kanak Berkeperluan Khas (PKBP).

menggunakan talam berpasir/lumpur. mewarna dengan jari. Kaedah ini merupakan gabungan pendekatan pengalaman bahasa dan pembelajaran berasaskan pendekatan pelbagai deria (VAKT). 1988) untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk. Gillingham. dan lain -lain. huruf tim bul yang besar dan lain -lain. y Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan.K. Langka h-langkah pengajaran adalah seperti berikut: y Kaedah ini menggunakan surihan (tracing)¶ untuk mengajar bacaan. huruf dibuat daripada kertas pasir. Pendekatan ini dibentuk untuk pengajaran secara individu. dan Helen. y Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu. y Untuk belajar huruf melalu i kaedah VAKT.(1943. y Guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4´ x 10´ (menggunakan krayon).7 Kaedah Fernald Kaedah ini diperkenalkan oleh Fernald G. 8.Kaedah ini berpegang kepada prinsip ³rangsangan´ dalam pembelajaran dan berdiri atas Premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran . B. . murid hendaklah:  Lihat huruf (V)  Dengar guru sebut huruf (A)  Menyebut huruf (A)  Dengar huruf yang disebut (A)  Rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K)  Rasa permukaan huruf dgn hujung jari (T)  Lihat pergerakan tangan semasa tracing (V)  Dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat surihan (A) Kaedah VAKT dijadikan asas kepada model-model pengajaran bacaan yang lebih perinci oleh tokoh -tokoh seperti Fernald.M.

Peringkat Peringkat 1: pengajaran dalam kaedeah Fernald adalah seperti berikut:  Guru menulis perkataan dengan besar menggu nakan crayon di atas kertas. tetapi hanya melihat perkataan yang guru tulis. da n menulis perkataan tersebut.  Guru tidak perlu menulis perkataan kerana pada tahap ini pelajar suda h boleh membaca daripada buku. . iai tu: (i) Menyurih (tracing) dan menulis berdasarkan ing atan satu perkataan yang diberi. Peringkat 3:  Pelajar belajar perkataan baru dengan melihat. Peringkat 2:  Pelajar tidak perlu surih setiap perkataan.  Proses ini diulang sehingga pelajar boleh menulis pe rkataan tanpa melihat contoh. (iv) Belajar melalui perkataan asas (sight words) yang terdapat dalam teks. dan menulisnya terus daripada perkataan-perkataan bercetak (teks). (ii) (iii) Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang diberi.  Pelajar surih huruf -huruf dengan jari (T ± K) sambil menyebut dan mendeng ar sebutan perkataan itu (A). pelajar menulis cerita berdasarkan pe rkataan yang telah dipelajari. menyebut.Terdapat empat peringkat pengajaran dalam kaedah Fernald.  Pelajar meneruskan menulis cerita dan menyimpan fail perkataan.  Pelajar juga memandang perkataan it u semasa membuat surihan(V) . Menulis berdasarkan ingatan perkat aan yang dijumpai dalam petikan. menyeb ut.

 Pelajar sudah boleh menggunakan kemahiran bacaan untuk mengembangkan minat membaca. iaitu memerlukan lima sesi pengajaran seminggu untuk selama dua tahun (minimum) . 8. Kaedah Fernald mempunyai prinsi p tertentu yang perlu dipatuhi iaitu: (i) Kejayaan hendaklah ditekankan supaya motivasi pelajar dap at ditingkatkan atau dikekalkan. Kaedah Gillingham menumpukan penstrukturan pengajaran yang tinggi dan berorientasikan pendekatan fonetik yang menggunakan teknik surihan (tracing) untuk mengajar huruf tunggal dan bunyi yang bersamaan dengannnya. kaedah Fernald menggunakan pengalaman bahasa pelajar dan kaedah VAKT. mu rid pemulihan. dan murid PKBP. atau bahagian bahagian perkataan yang sudah dipelajari. Kaedah ini mengambil masa yang lama dan langkah langkah pengajaran hendaklah dipatuhi dengan ketat. (ii) (iii) Keempat-empat peringkat perlu dikuasai mengikut urutan Hanya diguna untuk pelaja r yang menghadapi masalah bacaan yang teruk sahaja seperti disleksia.Peringkat 4:  Pelajar dapat mengecam perkataan-perkataan baru berdasarkan persamaannya dengan perkataan-perkataan yang tercetak. .8 Kaedah Gillingham Kaedah ini diperkenalkan oleh Gillingham dan Stillman pada tahun 1970 AN difokuskan untuk mengajar bacaan kepada kanak -kanak yang menghadapi masalah bacaan yang sangat teruk. Kesimpulannya.

 Guru menyebut nama huruf dan murid mengikut sebutan guru. Guru menggunakan . Tugasan ini sea kan-akan aktiviti mengeja. tunjuk satu huruf kepada murid. Huruf cetak dan perkataan dikaitkan dengan pergerakan otot semasa bertutur dan menulis. Tangan murid di bantu untuk menyurih atau menulis bentuk huruf sambil menyebut nama atau bunyi huruf tersebut. Bunyi-bunyi huruf dan perkataan digabungkan dengan pergerakan otot s emasa menyebut dan menulis. Murid tidak perlu menyebut bunyi-bunyi itu. ] . (iv) K ± A (Kinestatik ± Auditori). Langkah-langkah Pengajaran Langkah 1:  Dengan menggunakan kad latih tubi. (vi) K ± V (Kinestatik ± Visual).  Soalan guru. (iii) A ± K (Auditori ± Kinestatik). Enam kesatuan asas itu adalah: (i) V ± A (Visual ± Auditori). ³Berikan nama huruf yang bunyinya [ strategi ejaan lisan.Kaedah Gillingham menekankan pendekatan pelbagai deria yang terdiri daripada enam kesatuan deria yang sangat penting pada peringkat permulaan mengajar huruf ±huruf.  Soalan guru. ³Apakah bunyi huruf ini?´ Langkah 2:  Tanpa menggunakan kad latih tubi. guru menyebut bunyi huruf dan murid mengikutnya. (ii) A ± V (Auditori ± Visual). Bunyi-bunyi huruf dan perkataan digabungkan dengan imej visual. guru membunyikan men gikut huruf. Perkataan yang ditulis dan huruf -huruf dihubungkan dengan bunyinya. (v) V ± K (Visual ± Kinestatik). Pergerakan otot semasa bertutur atau menulis dikaitkan dengan bentuk visual huruf -huruf.  Bila sudah mahir.

dengar.Langkah 3:  Guru menulis huruf dan menerangkan bentuknya. semua guru adalah bertanggungjawab untuk mengesan kelemahan bacaan pelajarnya. pandang . Setelah murid mahir 10 huruf (konsonan dan vokal). dan cuba membantu mereka membina kemahiran membaca seawal mungkin supaya masalah ini dapat dipulihkan sebelum menjadi lebih teruk. dan membunyikan huruf itu. .  Murid menyurih ikut tulisan guru. Sebagai rumusan. mengenal pasti punca masalah.  Guru mula memperkenalkan tulisan sambung. mereka mengadun huruf .huruf menjadi perkataan.

maka guru tidak boleh mengatakan yang dia menggunakan kaedah tersebut sepenuhnya. Pengetahuan tentang kaedah -kaedah mengajar bacaan semata-mata tidak mencukupi.com.asp?e=STPM&s=BM&b=SEP&m=4&r= m&i=NOTA . Sekiranya guru tidak mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan atau mengikut sebahagian sahaja daripada langkah. sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. Oleh itu . guru hendaklah memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. Sekiranya guru memilih untuk menggunakan sesuatu kaedah. Bagi muridmurid yang mengalami masalah bacaan yang teruk d an juga untuk murid-murid berkeperluan khas.PENUTUP Keupayaan membaca dalam kalangan murid-murid adalah berbeza-beza dan guru hendaklah memberi perhatian terhadap hakikat ini.my/tutor/arkib2002. http://www. Kaedah membaca ya ng digunakan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dan menarik.tutor. kaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai di gunakan. maka guru hendaklah tetap dengan langkah -langkah yang disaran dalam kaedah itu.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful