HAKIKAT SEMBAHYANG (SOLAT) IHRAM : Tercengang, ertinya fana' tiada ingat akan dirinya pada masa itu.

Pada masa itu tatkala lazat tiada ia teringat pada yang lain, melainkan Zat Allah. "La fa'el fi solati ilallah" - Tiadalah aku berbuat sembahyang itu melainkan Zat Allah sematamata. MUNAJAT : Sudah berjumpa hamba itu dengan Tuhannya. Yakni fana' ia di dalam Zat Allah. Seperti firman Allah Ta'ala, "Fa ainama tuwallu fatsamma wajhullah" - Maka barang mana engkau hadapkan muka mu maka di sanalah wujud wajah Tuhan kamu. Dan sekaliannya itu binasa dan kekal Zat Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, yakni fana' wujud dirinya dalam wujud Tuhannya. Ertinya tiada nama aku lagi melainkan nama Zat Allah semata-mata. TABDIL : Sudah berpindah ma'nikam di dalam kalimah insan rahsia Allah dan ialah yang menghidupkan di dalam sembahyang itu hanya Zat Allah semata-mata. MI'RAJ : Sudah naik martabat hamba itu kerana ia telah terwakil akan rahsianya itu kepadanya. "La wujudu fi solati ilallah" - Tiadalah wujudku sembahyang lagi sudah berpindah kepada wujud Zat, yakni wujud Allah tiadalah ada sembah-menyembah dan puji-memuji di dalam sembahyang itu hanya Zat Allah semata. Demikianlah hakikat kita di dalam sembahyang (solat) ataupun di luar sembahyang. Amalan yang wajib disertakan dengan perbuatan. Empat maqam di dalam solat ini, mesti dilalui oleh para salik. Tidak boleh tidak, sama ada ia tahu, merasai atau bagaimana sekalipun perbuatan solatnya yang dikatakan hakikat sembahyang yang sebenar-benarnya. Di dalam Kitab Hakikat Insan (Haji Ahmad Laksamana), ada dibicarakan bab hakikat solat dan cara mengerjakan solat tersebut. Dan aku bersetuju dengan apa yang beliau persembahkan itu. Kalau diperhitungkan dengan apa yang hendak aku sampaikan ini, ianya tidak ada jurang bezanya. Cuma di sini aku tidak memasukkan bagaimana kaedah (kifiat) cara mengerjakan solat tersebut (Hakikat Solat). Pada mulanya aku hendak menggabungkan isi yang ada di dalam Kitab Hakikat Insan itu dengan gabungan ilmu yang aku perolehi, tapi adalah tidak adil jika aku berbuat demikian kerana mungkin saudaraku berdua sudah memiliki kitab tersebut. Jadi tidak perlulah aku mengulang-

Kenyataannya pada kita jasad dan roh. basar. sama'. maka berlakulah kehendak rahsia kepada tubuh. yang ada sendirinya hanya Allah dan adapun yang mengata "Allahu Akbar" itu Rahsia Allah jua. Sebab itulah Maghrib itu tiga rakaat.ulangi isi kandungan kitab tersebut seperti bab menghilangkan diri. Dhal . air. ilmu. yakni Allah memuji dirinya sendiri. tajalli Zat. Sebab itulah Asar itu empat rakaat. iradat. Muhammad. Sifat. Sebab itulah Isya' itu empat rakaat. menilik diri. Qudrat. daim dan sebagainya berkenaan hakikat solat. sah dan batal.Alif. Kenyataannya pada kita dua kaki dan dua tangan. qudrat. Af'al. ma'nikam. Tiada lagi rasa hati dan tubuh hanyalah diingatkan Zat Allah hingga hairanlah dan tercenganglah tiada tahu akan dirinya dan tiada tahu akan Tuhannya. bunyi Zat. kalam. Mim . Kedua. mubah. nur. angin.isyarat kepada Allah. Ha'. kenyataannya dua lubang hidung. makruh. satu mulut. sunat. Adam. api. yakni Zat. kenyataannya kepada kita iaitu dua mata dan dua telinga. Syariat Tujuh . Mim. Bunyinya itu. Iradat itulah yang bernama Rahsia Allah kepada batin di dalam diri kita iaitu rahsia itulah yang sebenar-benarnya Allah.isyarat asal lembaga Adam itu empat anasir.fardhu. Tafsiran ahli hakikat. Dhal. Kenyataannya kepada kita dua susu dan dua bahu.isyarat pada wujud. mani. Fahamilah pengertian yang aku khabarkan ini dengan sebaik-baiknya.itu menta'yinkan tajalli Allah Ta'ala itu dengan dua perkara. ilmu. haram. Alif . Af'al. madi. . Wujud zahir wujud batin di dalam "Laut Hu" habis karam! Asas sembahyang yang lima waktu itu daripada perkataan "ALHAMDU" . Ilmu. Sifat. seperti tiada lagi bertubuh zahir dan batin. Lam. Kerana ia memerintah kepada roh dan roh itu memerintah akan hati dan hati memerintah akan tubuh. Iaitu Hayat. Iaitu asal lembaga Muhammad. tajalli Sifat. tanah. Sebab itulah Subuh itu dua rakaat. yang mana "Allahu Akbar" itu ialah Sifat.isyarat kepada asal nyawa Muhammad itu empat. Lam . syuhud. Jadi di sini aku persembahkan version aku pula.hayat. Asma' dan Af'al. Sebab itulah Dzohor itu empat rakaat. Sifat Tubuh . Pertama. Wadi. tetapi tidak ada yang membezakan cuma penyampaian maklumat sahaja berlainan. Tatkala berdiri sembahyang itu. Asma'. Maka fana' kita daripada ghairullah. Ha' .

6. Waktu Asar empat rakaat Hendak jatuh kepada ibu kita bernama "Asar". . Waktu Subuh ." Adapun wujud yang lain daripada Allah itu sekaliannya fana' di bawah wujud Allah Ta'ala. 3. "Nahnu anta nihi.Adapun Sifat Ma'ani yang tujuh itu namanya DANBAH.keluar dari "Alam Rahim". Adam namanya. 4. Iaitu Hakikat Muhammad. "Walikulli fi huwa" Maksudnya : Dan sekalian pada-Nya itu Ia jua ain'nya. Waktu Subuh dua rakaat Zat dan Sifat kita berada di dalam mumkin Allah. wa'anta wahuwa" Maksudnya : Kami itu engkau padanya dan engkau itu Ia jua. Kita berada di dalam kandungan "Dahi Bapa" bernama "Dzho". 5. syuhud. "Syuhud al-katsrat fil wahdat" Maksudnya : Pandang yang banyak di dalam yang satu. sa-nya telah datang akan kamu hak daripada Tuhan kamu. Nabi Muhammad SAW. Waktu Dzohor empat rakaat Wujud. 2. Maka tiadalah yang maujud hanya Allah Ta'ala jua.SEMBAHYANG LIMA WAKTU ITU ASAL KITA 1. ertinya pekerjaan Zat. Tetapi wujud ilmu ini semata-mata menzahirkan wujud Allah Ta'ala jua. Apabila telah keluar daripada "Alam Rahim" Mim akhirnya. Waktu Maghrib tiga rakaat Tatkala jatuh kepada "Rahim Ibu" kita bernama "Maghrib". Firman Allah Ta'ala. bermaksud : "Hai segala manusia. nur. Waktu Isya' empat rakaat Sudah dikandung ibu "sembilan bulan" bernama "Isya'". . Namanya "Subuh Awal". ilmu.

Dari Baitul Maqdis . Di sanalah hakikat lima waktu.Tariqat DHAL .Hakikat MIM . Menjadi lima waktu sembahyang sehari semalam.Sidratul Muntaha 5. Isya'.Berdiri Sembahyang . Rahsianya - . Mendampingkan diri kepada Allah .Sujud Sembahyang . Hikmah Di Dalam "ALHAMDU". YA. AIN. Takbiratul ihram .ke langit yang tujuh 4.menghinakan diri kepada Allah yakni sa-Sifat Allah. 2. Dari langit yang tujuh . yakni fana' (hilang) dunia. itu tiada boleh dijaharkan(nyaringkan).maknanya membesarkan Allah yakni Sifat Baqa'. maknanya menyerah diri kepada Allah. Dari Makkah .Zat Allah. MIM . Subuh boleh dijaharkan (nyaringkan) bacaannya kerana sudah tentu zahir kita.Baitul Maqdis 2.Syariat • • • • Bermula tatkala kita membaca Fatihah itu ialah berkata-kata dengan Allah dan ruku' itu ialahmusyahadah dengan Allah.Ma'rifat HA' . Dan waktu Zohor. Dari ke langit ke dunia . iaitu lima perhentian Nabi Muhammad SAW Mi'raj untuk mengadap Allah Ta'ala : 1.Duduk Sembahyang . HA'. Ruku' . Adapun jasad yang dibangsakan kepada sembahyang itu tujuh : 1. 4. 3. Dari Sidratul Muntaha .ke langit dunia 3. muraqabah ma'iyah (taqarrub). Esa Asma' Allah. Berdiri .Ruku' Sembahyang .Sebab itulah Maghrib. Asar. Sujud dan duduk itu ialah TAWAJJUH (Berhadapan/berhadap) dengan Allah.maknanya munajat kepada Allah yakni sa. SHAD". Membaca Fatihah . Di Dalam Sembahyang(Solat) 1. Memberi salam itu ialah tempat sampai kepada Allah dan membacadoa itu ialah mengembalikan pada Allah.kepada Qabbul Kausain Inilah lima tempat perhentian seperti tersebut dalam "KAF."Allahu Akbar". 5.yakni memandang Sirr Allah.

Tiada gerakku dan tiada diamku hanya Ia. Tetapi ialah dibangsakan niat Zat Allah sudah nyata kepada "Roh Idhofi". tiada penciumanku hanya Ia. Tiada huruf dan tiada suaraku hanya Ia. . iaitu bukanlah sujud biasa itu tetapi ialah bangsa sujud keelokkan Zat Allah kepada "Roh Idhofi". iaitu bukanlah ruku' itu. tetapi bangsa takbiratul ihram kebesaran Zat Allah sudah nyata kepada "Roh Idhofi". iaitu bukanlah mengucap "Assalamualaikum" itu. iaitu bukanlah "Alhamdulillah" itu. iaitu bukanlah niat "Usalli". Tiada hamba dan tiada Tuhan hanya Ia. iaitu bukanlah takbir "Allahu Akbar". Tulangnya Ruku'. Tiada jauh dan tiada hampir hanya Ia. tetapi ialah bangsa "salam sejahtera" Zat Allah sudah nyata kepada "Roh Idhofi" "Al-Qur'an itu AKU! Ayat Al-Aziim yang di dalam al-Qur'an itu engkau!" Terdahulu Niat Dari Perbuatan Adapun kifiat hendak "Takbiratul ihram" iaitu tatkala kita qamat hendaklah kita taslimkan kepadanya sekalian pancaindera kita. Nyawanya Takbiratul Ihram. tetapi ialah duduk bangsa duduk "Sami' Allah" yakni pemurah Zat Allah kepada "Roh Idhofi". 5. Kepalanya Fatihah. tetapi bangsa ruku' bercermin nampak Zat Allah sudah nyata kepada "Roh Idhofi". Tiada di hadapan dan tiada dibelakang hanya Ia. 3. tiada penglihatanku. Tiada gerakku dan tiada diamku hanya Ia. 4. Jasad dan roh kita itu ingat bahawasanya tiada pendengaranku. 7. iaitu bukanlah duduk tahiyat itu. 2. Tangannya Salam. Jasadnya Duduk. Tiada di kanan dan tiada di kiri hanya Ia. Tiada diluar dan tiada di dalam hanya Ia. Kakinya Sujud. tetapi bangsa "Fatihah Rahman" Zat Allah sudah nyata kepada "Roh Idhofi".Niat. 6.

Dita'radkan kepada hati. Ta'yin. iaitu ia sudah dapat isbat.Ibadah yang sembah. Dipesertakan dengan perbuatannya iaitu pada mengata Allah itu. Hakikat Pengertian Qasad.Adapun erti "Ia" itu iaitu wujud kita yang batin. Maka baharulah dapat nafi.Berdasarkan kepada tubuh."Qasdu syai'in mu'taranan bifi'li" Ertinya. Qasad . . Adapun Ta'yin itu menyatakan waktu seperti Dzohor umpamanya. Adapun Qasad itu menyatakan niat dan sebenar-benar niat itu tiada berhuruf dan tiada bersuara. . kerana tiada dinamakan Tauhid itu melainkan "Hurujuka anka". . Hingga tujuh petala langit menyembah Tuhannya. Adapun asalnya fardhu itu nyawa kita kerana nyawa itu memerintah ia akan tubuh kerana jika tubuh itu tiada digerakkan oleh nyawa nescaya tiada bergerak tubuh. Insan pun ia. maka maksud dengan nyata itu iaitu nyata Af'al Allah kepada jasad Adam yakni tubuh kita yang kasar itulah yang sebenarbenar nyata. "tiada huruf dan tiada suara". Nur Muhammad pun ia. Adalah perbuatannya itu dengan i'tibar "dzauk" semata-mata.Tubuh serta nyawa. dan sebenar-benar fardhu itu tajalli Sifat Allah Ta'ala. Inilah yang dikatakan pada ta'rif fana' dan fana' ul-fana'. iaitu rahsia kepada kita dan itulah asal niat dan tempat berniat itu sebenarnya "Tuhan Mutlaq" yang wajibal wujud lagi bersifat Kamalat (Kesempurnaan). ALLAHU (Asma') AKBAR (Sifat) Qasad : .Diqasadkan tubuh yang zahir kepada tubuh yang batin. Demikianlah kekal musyahadah kita kepada Allah Ta'ala. baharulah hasil makna niat (Laharfin wala sautin) ertinya.Ditentukan kepada tubuh yang batin. Maka baharulah kita kata "Usalli fardhu Dzohri" umpamanya maksud dengan takbiratul ihram itu bahawa hendaklah di dalam pengertian "Baiyadilul ajsamu binuri rabbiha". Maka naiklah Rabbani yang tiada berkeputusan itu. ertinya "tukarkan cahaya dirimu itu dengan cahaya Tuhannya". Adapun Ta'rad itu menyatakan fardhu. Ta'rad : . Jangan sekali-kali tempatkan wujud engkau hanya Ia jua. Ta'rad. . ertinya "keluarkan engkau daripada wujud engkau". Maka apabila hasil yang demikian itu dinamakan niat. . Dan tatkala mengata "Hu" itu turun ia hingga sampai kepada tujuh petala bumi. Dan tatkala mengata "Akbar" itu Allah Ta'ala sudah meliputi sekalian alam. Inilah yang dikatakan Zat Allah. "Disahaja sesuatu itu hal keadaannya".

Adapun kepada suatu ibarat. . kerana si 'asyiq tiada berwujud. maka bahawasanya telah kafirlah ia.Dinyatakan kepada Zat Allah.." Ertinya : "Barangsiapa menyembah nama dan erti (nama).." Ertinya : "Barangsiapa meninggalkan nama dan erti (nama).. belum fana'lah hukumnya. Jika orang fana' lagi tahu akan fana'nya. Apabila hapus daripada ghairullah nescaya yang menyembah itu pun lenyap. pada ibarat. belum menjadi esa hukumnya.Iman." "Wa man 'abada'l-ma'na duna'l-isma fahuwa mushrik. maka ia mu'min yang sebenarbenarnya. maka ia itu menduakan. Islam.." "Wa man taraka'l-isma wa'l-ma'na fahuwa mu'minu haqqan. Apabila tiada berwujud fana' hukumnya.Sifat Ketuhanan. Tauhid.Ubudiah isi persembahan. Apabila ada lagi yang menyembah dan yang disembah." "Wa man 'abada'-isma wa'l-ma'na fahuwa munafiq." Adapun fana' itu. Pengertian esa itu yang aku maksudkan untuk sebenar-benarnya.... disembah pun lenyap daripada rasanya.. ." Ertinya : "Barangsiapa menyembah erti tiada dengan nama. tiada lain. Seperti kata Ahlu'l -Suluk (Hakikat) : "Man 'abada'l-isma duna'l-ma'na fa qad kafara. . . kerana fana' itu pada ibarat hapus daripada ghairullah.. Apabila belum hapus daripada ghairullah.. Semoga kita terselamat daripada kehidupan beranasirkan syirik dan kejahilan diri. maka ia itu munafiq. maka masih menjadi dua. Fahamilah ianya dengan baik pengertian ini wahai saudara-saudaraku yang dikasihi. Nafikan rasamu daripada makhdum dan khadim. Ta'yin : . yakni menjadi esa iaitu tiada lenyap sekali-kali. ialah melenyapkan segala ghairullah.. fana' itu "syirik" kepada Allah Ta'ala.Dita'yinkan kepada nyawa. maka adalah belum lagi ia fana'.. . kerana kepada hakikat Ia Sendiri-Nya." Ertinya : "Barangsiapa menyembah nama tiada denganertinya (makna). Ma'rifat. yakni fana'kan dirimu daripada yang menyembah dan yang disembah..Ubudah yang disembah.

sekali bertasauf. Pesanan dariku untuk saudara-saudaraku yang dikasihi. pegangilah ianya akan ilmu hakikat mengenal diri dan Allah ini dengan sebenar-benar genggaman yang erat dan tidak dilepaslepaskan." Ertinya : "Kukenal Tuhanku dengan Tuhanku. jadikanlah hujjahku ini sebagai pengi'tibaran di dalam konsep ilmu yang wajib disertakan dengan perbuatan." Ertinya : "Kulihat Tuhanku dengan mata Tuhanku. (Inilah yang dikatakan Maqam Sirr). Hapus Af'al nyata Asma'. maka fana' hukumnya pada ibarat ini. ALLAHU (Nama) Lenyapkan diri yang zahir kepada diri yang batin dan hapuskan diri yang zahir kepada wujud Allah." Ertinya : "Tiada mengenal Allah lain daripada Allah.. Aku akan terus kehadapan dan kehadapan sampai bila-bila.." "La yara'l-Laha ghayra'llah." "Ra'aytu rabbi bi'ayni rabbi. Naik -> Hapus Sirr nyata Af'al." "Ma'arafa'l-laha ghayra'llah.. AKBAR (Sifat) Maka ketika itu tiadalah yang maujud hanyalah Zat Allah. Aku sering mengingat dan menekankan bahawa . Jadikanlah ia sebagai bekalan di hari ini dan kemudian.." Ertinya : "Tiada melihat Allah melainkan Allah. Hapus Asma' nyata Sifat.." Apabila lain daripada Allah tiada dilihatnya.Seperti sabda Rasulullah SAW : "'Araftu rabbi bi rabbi. Wallahu ta'ala a'lam. Sifat Allah dan Af'al Allah (Inilah yang dikatakan Maqam Mi'raj).sampai bila-bila pun akan aku bertasauf! Pesanan ku lagi untuk kalaian semua. Adalah suka aku memberi tahu adalah bahawa perkataan-perkataan ini terlalu mushkil untuk dihuraikan. Kalau sudah memandang ke hadapan... Maka adalah hendak kita mengetahui dan mempelajarinya daripada Guru Mursyid dan juga kepada kalangan ahli-ahlinya (ma'rifat) yang ariffin lagi bijaksana. tiada lagi istilah menoleh ke belakang di dalam "kamus" hidupku ini. hapus Sifat nyatalah Zat. Bagiku.Daripada Zat = Sifat kenyataan daripada Sifat = Asma' kenyataan daripada Asma' dan Af'al kenyataan daripada Af'al.. Turun <.

Janganlah sekali-kali jadikan ilmuku ini sebagai hujjah dan perdebatan demi untuk mencari keuntungan yang tidak berfaedah sama-sekali.adalah ilmu itu adalah untuk diamalkan dan bukan diperagakan. . Jadilah insan yang behemah dan sentiasa merendah diri terhadap segala sesuatu dengan apa yang dilakukan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful