You are on page 1of 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah: AEE 6061

1. Nama Guru Pn Jamaliah bt Shaharum

2. Judul Pengurusan Bilik Darjah dan 3. Bidang:


Tingkah Laku Pengetahuan/Pengurusan
Profesionalisme guru
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis
Buku ini merangkumi enam bidang pengajian ilmu pendidikan iaitu:-
• Konsep pengurusan bilik darjah
• Peranan guru dalam pengurusan dalam bilik darjah
• Masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah murid
• Pengurusan masalah disiplin bilik darjah
• Pengurusan murid berkeperluan khas
• Perancangan pengurusan bilik darjah dengan berkesan
Ianya mempunyai sepuluh bab iaitu:-
• Pengurusan bilik darjah
• Peranan guru dalam pengurusan bilik darjah
• Pengurusan sumber maklumat murid
• Pengurusan pentaksiran dalam bilik darjah
• Hubungan guru-murid dalam pengurusan bilik darjah
• Pengurusan disiplin bilik darjah
• Masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah bilik darjah
• Pengurusan masalah disiplin bilik darjah
• Pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
• Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Secara ringkas, buku ini menerangkan pelbagai aspek yang berkaitan dengan kehidupan
dalam sekolah, khasnya personaliti murid serta profesionalisme perguruan, termasuk
kemudahan-kemudahan dalam bilik darjah. Ianya merupakan amalan mengurus murid,
kemudahan fizikal dan aktiviti, demi membentuk suatu iklim alam belajar yang kondusif untuk
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Ianya juga menekankan bagaimana meningkatkan keberkesanan pengajaran pembelajaran
ke peringkat optimum dan juga dihuraikan faktor fizikal, faktor kemanusian, dan faktor
teknikal. Keberkesanan P&P bukan sahaja bergantung kepada bagaimana sekolah
mengorganisasi kemudahan-kemudahan dalam bilik darjah dan kawasan sekolah tetapi
bergantung kepada sifat dan gaya guru mengajar, kepimpinan Guru Besar/Pengetua serta
kecekapan dan kemahirannya dengan penggunaan alat bantuan mengajar dalam aktiviti P&P
di bilik darjah.
Kecekapan pengurusan bilik darjah dapat mengurangkan masalah disiplin dan seterusnya
mewujudkan suasana dan keadaan bilik darjah yang kondusif untuk aktiviti pengajaran
pembelajaran.
Kejayaan sekolah sebagai sistem sosial bergantung kepada keberkesanan pengurusan
elemen-elemen yang terdapat dalam sistem sosial sekolah. Sistem sosial ialah sistem
interaksi dan aktiviti-aktiviti manusia dalam masyarakat, diantara guru dengan pelajar-
pelajarnya. Bilik darjah merupakan satu sistem sosial yang mana interaksi berlaku melalui
aktiviti-aktiviti yang dirancang dan berlandaskan sesuatu strategi pengajaran dan
pembelajaran. Ini menunjukkan betapa pentingnya hubungan guru dengan murid secara
interpersonal dan intrapersonal dalam menangani masalah komunikasi bagi membentuk
kearah budaya cemerlang.
Di dalam buku ini juga disentuh tentang kepelbagaian peranan guru- sebagai pengajar,
pembimbing, pemudah cara, inovator, pengurus, pemberi perangsang, perancang, pengelola,
dan penilai. Pengajar merupakan peranan utama. Guru yang berkesan mempunyai sifat-sifat
mengajar yang positif, berilmu pengetahuan, dan berkemahiran serta terlatih dalam pelbagai
bidang pendidikan. Pelakuan mengajar guru boleh ditinjau dari segi perancangan,
pelaksanaan, dan penilaian untuk menghasilkan pengajaran yang efektif.
Buku ini juga menghuraikan tentang permasalahan disiplin dan tingkah laku bermasalah
dalam bilik darjah sama ada melibatkan murid normal,murid berkeperluan khas, pendidkan
pemulihan dan cara-cara menanganinya.
Kesimpulannya, buku ini dapat memberi manfaat dan sumbangan kepada pendidikan,
masyarakat, dan negara.

i Nilai Pengetahuan / Pengajaran


1. Menjadikan pendidik yang bertanggungjawab mengikut arus sistem pendidikan,
meriformasikan diri kearah pandangan, sikap dan daya usaha, melengkapkan diri dengan
ilmu, dan kemahiran mengajar yang canggih demi mempertingkatkan keupayaan dan
prestasinya dalam bidang kerjaya keguruan yang kian mencabar.

2. Kemahiran dan kecekapan dalam mengurus dan mengorganisasi dalam bilik darjah dapat
mengurangkan masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah dan seterusnya
mewujudkan suasana dan keadaan bilik darjah yang kondusif untuk aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang berkualiti bagi menghasilkan kecemerlangan.

3. Pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang berkualiti,berwibawa dan berkesan akan


dapat menghasilkan produk(pelajar) berkualiti dan cemerlang.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


1. Pengurusan kelas dan P&P dapat berjalan dengan lancar tanpa pelbagai gangguan
dengan adanya ilmu pengetahuan/kemahiran pendidikan ini.

2. Ilmu yang diperolehi dapat diguna pakai dalam menghasilkan pelajar yang berkualiti dan
cemerlang dari segi intelek, rohani, jasmani, dan emosi, yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, berani, dan sanggup menghadapi cabaran hidup serta berguna untuk
pembangunan negara.

3. Keberkesanan P&P dan kejayaan sekolah bergantung kepada pelbagai faktor dan juga
sistem sosial sekolah. Kesemua ini saling melengkapi dalam mewujudkan iklim sekolah
yang kondusif dan kearah budaya sekolah cemerlang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( Pn Jamaliah bt Shaharum ) ( )