Aktiviti prabacaan

a. Mengenal gambar yang berlainan seperti memb ulatkan gambar yang berlainan b. Mengenal bentuk yang berlainan. PRABACAAN 2.1 Pendahuluan Di akhir tahun-tahun 1970-an, terdapat laporan -laporan yang menyatakan ramai murid sekolah rendah (terutama yang tinggal di luar bandar) yang tidak boleh membaca atau tidak cekap membaca bahasa mereka sendiri (bahasa Melayu). Tentu banyak sebabnya perkara µtidak boleh membaca¶ ini berlaku. Tetapi bagi mencari penyelesaian, elok dikaji semula antara lai n, kaedah mengajar Bahasa Melayu di peringkat awal (Darjah 1 atau 2), dan menggubal cara yang lebih sesuai, mudah dan berkesan. Seharusnya sebahagian besar (90%) daripada murid -murid kita dapat membaca bahan-bahan bacaan yang µsenang¶ pada akhir Darjah 1 p ersekolahan mereka, jika pengajaran membaca dibuat secara sistematik dengan mengambil kira hal -hal berikut: a) Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah µalphabetic¶ dan fonemik ± ertinya ada hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya. (Ini berbeza se kali dengan sistem ejaan bahasa Inggeris yang amat rumit itu). b) Suku kata perkataan-perkataan bahasa Melayu adalah mudah dan jelas (jika dibandingkan dengan bahasa -bahasa lain ±dengan bahasa Inggeris misalnya). Kedua-dua ciri dalam bahasa Melayu di atas sahaja seharusnya sudah dapat meyakinkan kita bahawa kita tidak boleh meniru dan mengambil terus kaedah mengajar membaca bahasa Inggeris untuk mengajar membaca di peringkat awal. c) Murid-murid Melayu (termasuk sebahagian besar murid -murid Bukan Melayu) yang melangkah masuk ke Darjah 1 rata -rata telah pun mengetahui bahasa Melayu dan mempunyai perbendaharaan kata bahasa Melayu yang mencukupi untuk mereka terus belajar membaca bahasa Melayu. Ertinya mereka belajar bahasa Melayu sebagai bahasa pertama, bukan sebagai bahasa kedua (misalnya bahasa Inggeris). Jika kita meniru kaedah mengajar membaca bahasa Inggeris (sebagai bahasa kedua) untuk mengajar mambaca bahasa Melayu sudah tentu ini akan membawa kepayahan dan kelambatan untuk murid -murid kita belajar memba ca bahasa kita. Terdapat pelbagai kaedah mengajar membaca yang pernah digunakan oleh guru guru kita ± µkaedah abjad¶ , µkaedah fonik¶, µkaedah pandang dan sebut¶, µkaedah eklektik¶ dan sebagainya. Bahan-bahan untuk murid berlatih membaca sendiri adalah pen ting, ini kerana jika murid-murid tidak mempunyai bahan-bahan atau buku yang boleh mereka membaca di masa lapang atau di rumah, pembinaan kemahiran membaca akan terencat. Ini terutamanya akan berlaku di kalangan murid -murid di luar bandar atau daripada keluarga miskin di mana bahan -bahan bacaan di rumah sangat kekurangan. Agak munasabah kenyataan bahawa murid -murid akan menambah kecekapan membaca

menulis dan mengira ± bergantung besar atas faktor adanya bahan -bahan dan buku-buku yang sesuai. mencipta. Taraf pencapaian minimum inilah yang harus dapat dicapai oleh 90% daripada murid -murid sekolah apabila mereka sampai ke Tingkatan 3. Hanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini saja hal tersebut diberi perhatian yang lain. Bahan-bahan itu haruslah menarik dan berisi : berbagai µilmu pengetahuan¶. Barangkali bagi 90% daripada kanak -kanak dalam negara kita. apa pun sebab -sebab yang mungkin diberikan. ketiga -tiga kemahiran itu menjadi alat yang asas untuk kanak-kanak mempelajari Ilmu Sains. tugas guru belum dikira sempurna. dan harus dikaji semula serta dipulihkan. dan jika ramai yang tidak mendapat kemahiran tersebut. Kemahiran 3M adalah µalat¶ asas untuk seseorang meneroka ilmu. 2. beragam dan mencukupi untuk murid-murid membaca. Sudah wajarlah masalah pembelajaran membaca (termasuk menulis dan mengira) diberi perhatian oleh semua pihak : Kementerian Pelajaran.2 Kaedah Mengajar Murid -murid Membaca di Peringkat Awal Masalah murid-murid sekolah tidak dapat membaca. guru -guru. Kebanyakan kita juga mula belajar membaca apabila kita bersekolah. Untuk mencapai taraf kemahiran ini. kerana di dalam sistem pelajaran formal. ke jayaannya ± dari segi matlamat supaya semua murid dapat membaca. mata pelajaran Teknikal. Masyarakat kita sentiasa mengharapkan sistem persekolahan kita memberikan kecekapan membaca. Muzik. mula mengenal huruf hanya apabila mereka menjejakkan kaki di bangku sekolah. Sejarah. Seni Perusahaan.dengan terus diberi kemudahan untuk mereka membaca. sebenarnya telah lama dirasakan oleh guru -guru. dan daripada beberapa kajian yang dibuat nampaknya masalah ini masih agak serius. asas-asas yang kukuh perlu dibina secara progresif dari awal. Kesusasteraan. Sivik. mesej moral. menulis dan mengira kepada anak-anak. Ilmu Alam. Jika ini belum dicapai. dan membuat komunikasi. lebih -lebih lagi untuk urusan kehidupan sehari -hari. maka sistem persekolahan itu dianggap gagal. atau tidak dapat membaca dengan cekap. hanya sekadar untuk meninja u beberapa kaedah mengajar di peringkat awal : (beberapa definisi dan andaian asas) . Pertanian. kecekapan dalam mengu asai 3M amat diperlukan. dan ibu bapa. Maksudnya. Hal ini sengaja ditekankan kerana sudah diterima sebagai µbiasa¶ bahawa di antara tugas utama guru-guru di sekolah dasar ialah mengajar kanak -kanak supaya dapat membaca dan menulis. Taraf minimum yang harus dianggap sebagai µfunctionally literate¶ di Ma laysia hari ini harus didasarkan pada keupayaan seseorang itu membaca dan memahami tulisan di dalam suratkhabar. dan sebagainya. Perdagangan. definisi had minimum dalam kemahiran membaca setakat µmengenal huruf¶ sudah tidak memadai lagi. Walau bagaimanapun tidaklah dicadangkan apa -apa pemulihan yang besar di dalam sistem pelajaran kita. Dalam rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (3M) nanti. dan menulis surat-surat urusan harian sendiri. Agama serta pengetahuan dan kemahiran lain. Dalam konteks dunia hari ini.

dan sebagainya. Setelah beberapa minggu barulah disebutkan huruf -huruf vokal: a. pokok. Selepas itu dibina suku-suku kata ³ba ± tu´. Kemudian barulah diberi latihan membaca ayat -ayat yang pendek. meja. ³ka ± ki´ dan sebagainya.i. atau lebih untuk mengetahui nama-nama huruf hingga tahu membaca ayat -ayat .b.2 Kaedah µPandang dan Sebut¶ (look and say) Kaedah Pandang dan Sebut ini atau juga pernah disebut dengan nama Kaedah Seluruh Perkataan (whole word) ini bolehlah dianggap sebagai reaksi kepada kelemahan-kelemahan yang terdapat pada Kaedah Abjad. Perkataan rumah ditulis di tepi atau di b awah gambar rumah.e.«z. sebenarnya menegaskan sesuatu yang boleh membosankan murid -murid.3.1 Kaedah abjad Kaedah Abjad bolehlah dianggap sebagai kaedah mengenal nama -nama huruf yang digunakan dalam tulisan Melayu. 2. 2. Murid -murid diajar menghafal nama-nama huruf ini mengikut aturannya a. Jadi Kaedah Pandang dan Sebut (atau Kaedah Seluruh Ayat) ini dijadikan asas untuk mengajar murid-murid membaca. rumah. Saya kira kaedah ini mengambil masa yang agak panjang sebelum murid -murid itu dapat merasa gembira atau pua s. Memulakan pengajaran membaca dengan menegaskan pengenalan dan hafalan nama -nama huruf. atau bercampur -gaul dengan orang orang Melayu. Kerap kali ditunjukkan seluruh perkataan-perkataan seiring dengan gambar -gambar yang dilambangkannya. budak. c) Murid-murid ini telah pun mempunyai kemahiran bahasa Melayu lisan (walaupun mungkin dalam bentuk dialek). a. pensel dan sebagainya.b. Murid-murid hanya mengambil masa tiga hingga empat bulan.o. Misalnya batu. di sekolahsekolah dasar kita.3 Kaedah Pengajaran yang Biasa Dibuat. Kadang-kadang digunakan kad-kad imbasan yang menunjukkan . b) Kebanyakan daripada murid -murid ini adalah µnormal¶ dari segi keupayaan atau kebolehan mereka belajar. menguasai perbendaharaan kata yang µ mencukupi¶ akibat daripada lahir di dalam keluarga Melayu. dan diikuti pula dengan mengeja perkataan-perkataan.a) Peringkat permulaan membaca di sini ditafsirkan sebagai peringkat permulaan membaca yang dihadapi oleh sebahagian besar murid -murid Darjah 1. Kae dah itu lebih bermakna daripada Kaedah Menghafal µnama setiap huruf itu¶. Perkataan -perkataan yang ditulis penuh adalah difikirkan lebih bermakna daripada pecahan tiap -tiap hurufnya. kadang -kadang ada nyanyian yang menggunakan huruf -huruf sebagai liriknya. perkataan pensel.c«hingga z.c.3. sekolah. 2. Kaedah abjad yang begini hanyalah menegaskan hafalan -hafalan yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak.u. Dengan kata lain mereka belajar membaca bahasa Melayu sebagai bahasa pertama.

Ertinya lambing huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Kaedah ini akan menyusahkan dan melambatkan lagi murid-murid mencapai kemahiran membaca bahasa Melayu. µba¶. Kemahiran murid-murid µmengenal¶ perkataan -perkataan tidak dapat menjelma dengan cepat.3. µz¶ ± µzz«¶. dan mengenal nama huruf -huruf yang mewakilinya. Misalnya µa¶ dibunyikan µaa«¶. µu¶ ± µuu«¶. Tetapi. Setelah mereka tahu hubungan tiap tiap huruf dengan bunyinya. yang melambangkan sesuatu benda. Pada ketika dahulu (bahkan bagi setengah -setengah ahli pendidik sekarang pun) kaedah Pandang dan Sebut ini sangat ditegaskan. µs¶ ± µss¶. µmi¶ dan sebagainya. µda¶. Mereka harus menge nal beberapa puluh µlambang perkataan¶ sebelum boleh membaca ayat -ayat. dan sebagainya. Oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu rata -rata adalah fonemik (satu huruf boleh dikatakan melambang satu µbunyi¶ ± lebih fonemik daripada misalnya sistem ejaan bahasa Inggeris) maka agak tidak begitu munasabah bagi Kaedah Pandang dan Sebut ini digunakan untuk mengajar permulaan membaca bahasa Melayu. dan murid-murid ini sukar mengenal perkataan-perkataan yang µbaru¶. Misalnya. Kemudian baru digabungkan suku -suku kata ini menjadi . Kemudian baru diajar mengeja tiap tiap perkataan. µtu¶. µka¶. suku kata pula dibina. dan sebagainya (satu morfem) dengan satu perkataan. Jadi dalam kaedah ini murid -murid cuba µmengenal¶ keseluruhan lambang -lambang itu untuk mendapat membaca. bahasa Inggeris ialah bahasa yang tidak mempunyai sistem ejaan fonemik yang sempurna. µlu¶. terutama mengajar murid-murid Melayu. bercelaru dari segi symbol -sound relationship.gambar dan perkataan. µt¶ ± µtah¶. idea. sebab didapati ramai murid biasa (terutama di Amerika Syarikat) yang tidak boleh membaca. baru -baru ini timbul semula hujah-hujah dan kajian-kajian yang membuktikan bahawa kaedah fonik mungkin lebih sesuai dan berkesan daripada kaedah Pandang dan Sebut untuk mengajar permulaan membaca bahasa Inggaris. Jadi. diajar µbunyi -bunyi¶ huruf. Murid-murid tidak diajar nama -nama huruf. 2. Kaedah Pandang dan Sebut ini lebih sesuai digunakan untuk mengajar bahasa bahasa yang memakai sistem tulisan ideografik (atau lebih tepat lagi logografik) seperti sistem ejaan bahasa Cina. Kecelaruan ini menyebabkan ahli -ahli pendidik bahasa menganggap kaedah Pandang dan Sebut itu lebih sesuai dan bermakna untuk mengajar permulaan membaca. Di sebalik menggunakan kaedah ini untuk mengajar. Bahkan ramai yang menghafal µperkataan -perkataan¶ berdasarkan gambar daripada µmengenal¶ perkataan -perkataan.3 Kaedah Fonik Pada asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid -murid melihat hubungan di antara simbol (huruf) dan µbunyi¶ (grapheme phoneme relationship) supaya kemudian mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baru yang mereka hadapi. sejak beberapa tahun kebelakangan ini kaedah ini dikritik semula. Mereka kuat dipengaruhi oleh ahli-ahli pendidik mengajar membaca bahasa Inggeris.

(iaitu ada hubungan yang agak teratur di antara µhuruf¶ dan µ bunyinya¶). dan oleh sebab suku kata kebanyakan perkataan Melayu agak jelas. dan tatabahasanya di suatu pihak.¶¶ 1 1 Twelfh International Conference on Public Educat ion. Dan biasanya masa yang agak panjang diambil untuk mereka mengena l semua bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang bermakna. 1949. Kemudian jika diperhatikan betul -betul cara Kaedah ini diterapkan. ialah seolah -olah mereka memikirkan Kaedah ini adalah yang paling sesuai untuk mengajar membaca bagi kanak-kanak Melayu kita. agak banyak yang mengajar kurang sistematik. and in doing so become acquainted with the elements of language.s. The Teaching of Reading. m. .perkataan-perkataan ± µdada¶. while learning the mechanics of reading. Terdapat pelbagai lagi jenis Kaedah Eklektik ini. oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu kita adalah fonemik. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat -ayat yang menggunakan perkataan perkataan ini. yang mengambil perhatian keistimewaan sifat -sifat ejaan bahasa Melayu. dan sebagainya. Maksudnya kita harus menciptakan Kaedah Eklektik yang sesuai untuk mengajar membaca bahasa Melayu sebagai bahasa pertama. tetapi Kaedah itu haruslah sistematik. Apa yang harus difikirkan dan diciptakan ialah kaedah mengajar µeklektik¶ tetapi sistematik. Sekurang-kurangnya kaedah ini adalah lebih munasabah dan mungkin lebih berkesan dibandingkan dengan Kaedah Abjad dan Kaedah Pandang dan Sebut. µkata¶. 24. in the desired order. Kelemahannya ialah kaedah ini masih memerlukan murid -murid menghafal bunyi huruf yang kurang bermakna pada permulaannya. maka kaedah fonik ini sesuai sekali digunakan untuk mengajar permulaan membaca perkataan -perkataan Melayu. ada penujuan analitik dan ada pula penujuan sintetik-analitik. com pare and synthesize more or less simultaneously right from the beginning. Geneva : International Bureau of Education 1949. Jadi kerap kali Kaedah ini menjadi akedah cacamurba. µlalu¶. Nyata sekali. µbatu¶. Gena. Bagi bahasa Melayu. dan keadaan pembelajaran murid-murid Melayu di pihak lain. kerana asas gabungan itu kurang diperhatikan. struktur suku-katanya. µ¶The analytic-synthetic method« entails selection of carefully graded words. Ada yang menggunakan penujuan sintetik. 2.3. sentences and simple passage which children analyse. kesan yang didapati apabila seseorang menyebutkan Kaedah Eklektik ini. situasi bilik darjah dan bahan -bahan bacaan yang digunakan.4 Kaedah Eklektik Kaedah ini adalah kaedah Campuran ± campuran kaedah-kaedah mengikut kesesuaian murid.

dalam satu dua pelajaran. terdapat beberapa contoh: a) Mulakan dengan perkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal: aou dengan menggunakan kad imbasan (flash card).4 Kaedah Gabungan yang dicadangkan Kaedah gabungan untuk mengajar membaca bahasa Melayu kepada murid -murid peringkat awal (prabacaan) yang dicadangkan di sini berasaskan hal -hal berikut: a) Sistem ejaan bahasa Melayu adalah mengikut abjad dan fonemik ± ertinya ada hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya. b) Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan. pada peringkat awal. dan buat latih -tubi beberapa kali supaya semua murid dapat melafazkan bunyi tiap -tiap lambang itu dengan jelas. Kaedah yang dicadangkan ini menegaskan yang kita bol eh menggabungkan terus µkaedah fonik¶ dan µkaedah pandang dan sebut¶ dalam satu pelajaran membaca.2. Untuk menjelaskan kaedah ini secara konkrit. Buat latihan membunyikan huruf ini beberapa kali. dan merasa bangga yang mereka boleh me mbaca serta faham akan yang dibaca. misalnya: ba ba baba bu bu bubu da da dada ku ku kuku . misalnya: dkm dengan menggunakan kad imbasan. Kita tidak perlu menunggu murid -murid mengetahui semua nama huruf. c« sampai z secara tertib biasa. b) Suku kata perkataan-perkataan Melayu adalah jelas (jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain ± dengan bahasa Inggeris misalnya). dan kemudian terus membunyikan suku kata dan perkataan-perkataan yang bermakna. c) Ciri-ciri yang baik daripada µkaedah fonik¶ dan µkaed ah pandang dan sebut¶ boleh digabungkan. Malahan kita tidak begitu perlu memperkenalkan dan mengajar abjad dan bunyi huruf dari a. d) Murid-murid Melayu yang baru melangkah masuk ke Darjah 1 rata -rata telah pun mempunyai perbendaharaan bahasa Melayu yang mencukupi untuk terus belajar membaca. tiga pelajaran saja mereka akan terus dapat membaca beberapa perkataan dan ayat. b. selang -seli. Kaedah gabungan ini mencadangkan biar murid -murid diperkenalkan kepada bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan. c) Gabungan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata: da di du ka ki k u sa si su Seterusnya bentukkan beberapa perkataan yang bermakna. Dengan cara begini dalam dua. bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka disuruh membaca perkataan-perkataan atau ayat.

kem udian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan latihan murid-murid membacanya: baba bubu dada kuku d) Perkenalkan gabungan lain: a ku aku a da ada i ni ini i tu itu bu ku buku ba ba baba bu ka buka ba ju baju Seluruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di atas: aku ada buku aku buka baju ini buku aku itu baju aku Kemudian gantikan µaku¶ dengan µbaba¶ dan ulang membacanya. d an µkuku¶ dan ulang bertubi -tubi dengan kad imbasan. Seterusnya baca ayat-ayat ini pula: buku dia buku baba buku aku/ku Gantikan µbuku¶ dengan µbaju¶. µbaju¶. i bu ibu bu di budi u da uda budi ibu budi ibuku budi uda di a dia ka ki kaki kaki dia kaki ibu kaki kuda Suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunakan berbagai-bagai perkataan yang dicipta: ibu buku baba uda bubu udaku ada kuda dia kaki kuda .Ulangkan ini beberapa kali. e) Perkenalkan gabungan bunyi lain pula seterusnya.

emosi dan mentalnya untuk menerima pengajaran bacaan asas. perkataan -perkataan dan ayat yang dibentuk daripadanya. ³Jika tahap ini ti dak dapat dicapai terlebih dahulu. dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi -bunyi. i. sentiasa melihat orang di sekeliling membaca dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak -kanak sebaya yang tidak mendapat peluang yang sama. iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan sebarang aktiviti bacaan. empat hari. mem belek-belek bahan bacaan. Dari segi fizikal kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari sudut keupayaan alat -alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang akan diajarkan. kesediaan membaca merangkumi kebolehan fizikal.5 Kesediaan Membaca Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran dari segi mental. Kebolehan menggerakkan otot -otot tertentu mengikut urutan sebelum berjalan dapat dianggap sebagai pecahan kemahiran berjalan. Dari segi emosi. merangkak dan berdiri terlebih dahulu. melihat bahan bacaan.buku uda Begitulah beberapa contoh kaedah gabungan yang boleh diajar di dalam tiga. k esediaan membaca melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan. konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot -otot tubuh mereka. Secara khusus. sama ada di peringkat mendirikan asas. Berdasarkan pandangan Syed Abu Bakar ini dapat kita rumusan perbandingan perkembangan kanak-kanak dengan peringkat-peringkat bacaan seperti yang di . emosi dan mental. Dari segi umur. ada kanak-kanak bersedia membaca seawall umur empat tahun dan ada pula kanak-kanak yang hanya bersedia membaca setelah berumur enam tahun. Dari segi mental. usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia -sia. k dan membaca suku kata. mereka perlu meniarap. sejam sehari. Dalam seminggu sahaja murid -murid boleh mengenal huru f-huruf a. 2. keupayaan matanya mengecam bentuk. dan berminat melihat orang di sekitarnya membaca) dan minatnya untuk mendengar bacaan. malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak. mengukuhkan asas mahupun peringkat -peringkat lain yang lebih tinggi. Secara luas. o : b. Umpamanya sebelum mereka boleh berjalan. Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat penting. khususnya yang berupa cerita. Sebagai contoh. factor persekitaran amat mempengaruhi kesediaan kanak-kanak membaca. d. kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi mintanya terhadap bahan -bahan bacaan (seperti bermain dengan bahan bacaan. ibubapa dan guru. Menurutnya. Keadaan yang sama berlaku untuk kemahiran membaca. Cuma bentuknya berbeza. emosi dan fizikal. Selain faktor fizikal. kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa -apa yang diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa -apa yang telah diketahuinya. kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir. e.´ Beliau berpendapat.

Aktiviti Guru/Murid: 1. Salmah Othman dan Elly Chong (1992) pula. Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan hidup. makna istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Aktiviti ini dilaksanakan secara individu. Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2 Menggunting dan menampal berbagai -bagai gambar mengikut tajuk di papan kenyataan atau di buku skrap kelas.bawah. baju. Murid menyebut ³benda hidup´ atau ³benda bukan hidup´ sebagai respons terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran. Dengan kata lain. aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam Buku Sumber Bahasa Malaysi a Tahun 1 (1983) dapat dimanfaatkan oleh para guru. benda bukan hidup. pengamatan pendengaran. kemahiran pengamatan penglihatan. Penekanan juga perlu diberi kepada pengalaman yang membolehkan murid membentuk kelaziman membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah : Untuk mencapai tujuan ini. Bahan: Pelbagai gambar kereta. Meniarap (aktiviti kesediaan membaca) ¢ merangkak ( aktiviti mendirikan kemahiran asas membaca) ¢ berdiri (aktiviti pengukuhan kemahiran asas membaca ¢ berjalan ( mahir membaca peringkat rendah) ¢ berlari ( mahir membaca peringkat tinggi) 2. latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. dan alat tulis -menulis. Peringkat bacaan meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Bahan: Gambar benda hidup. AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1 Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis. 2. benda yang tidak boleh dimakan. tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Menurut Ismail Zakaria. . benda yang boleh dimakan. iaitu pengamatan penglihatan. Aktiviti Murid: Murid melaksanakan gambar yang telah dicampuradukkan oleh guru. iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Tiga kategori aktiviti disediakan. Pada tahap ini murid didedahkan kepada aktiviti -aktiviti yang mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. warna dan saiz. lain -lain. dan pergerakan tangan dan mata. kelas dan kumpulan. pakaian. aktiviti koordinasi psikomotor.6 Aktiviti Kesediaan Membaca Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua.

. tanah liat atau bubur kertas dan lain -lain. angin menderu. Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap mengikut tajuk tertentu. Bahan: Paku. air menitik. 3. batang kayu. Bahan: Plastisin. dan ombak. Buat satu atau dua benda daripada ba han yang diberi sebagai contoh. batang kayu. angin kencang. meja. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda atau model yang disukainya. angin kencang. 4. Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti tin. 2. alat tulis -menulis dan lain-lain. 4. 3. Aktiviti Guru/Murid: 1. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid mendengarnya. Murid menyanyi lagu ³Mari Bergembira´ dengan meniru nyanyian daripada pita rakaman atau nyanyian atau nyanyian guru sendiri. Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid menyatakan jenis bunyi itu. Beberapa gambar carta yang dapat disesuaikan dengan bunyi-bunyi yang diperdengarkan. 3. 2. Murid menyatakan sama ada bunyi benda itu sama atau tidak. dan bubur kertas. AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN Aktiviti Pengamatan Pendengaran 1 Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam perbezaan bunyinya. meja dan batu. hujan lebat. pakaian. 2. AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata 1 Membentuk benda daripada plastisin. Guru member murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan kenyataan mengikut tajuknya seperti benda hidup. petir. paku. dan ombak. Aktiviti Guru/Murid: 1. tempurung. hujan lebat. Aktiviti Pengamatan Pendengaran 2 Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi -bunyi alam seperti bunyi air mengalir. batu. angin menderu. tin. Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi yang dinyatakan. air menitik. tempurung. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman. petir. Guru mengetuk dua benda yang berlainan.3. Bahan: Pita rakaman yang mengandungi bunyi air mengalir. Aktiviti Guru/Murid: 1. tanah liat.

apabila anda melaksanakan pengajaran peringkat prabacaan. kertas pendua yang mengandungi perjalanan atau arah yang dibuat dengan garisan putus-putus. anda perlu memberi penekanan terhadap simbol dan maknanya. memadankan huruf mengikut urutan. ‡ Selain itu. Berikut ialah kemahiran yang perlu diberi perhatian. menyusun benda atau gambar mengikut urutan 6.2 Peringkat Prabacaan ‡ Kanak-kanak perlu dibekalkan pelbagai kemahiran lain supaya peringkat prabacaan mereka dapat dilalui dengan sempurna. bola. 3. benda maujud (dulang berpasir. ‡ Pada peringkat ini. memilih bentuk-bentuk yang sama dan berbeza 3. kemahiran menyesuaikan bentuk -bentuk yang sama 2. 2. Menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri ke kanan dan sebagainya. mengelaskan benda atau gambar mengikut kumpulan 5. 1. air). suku kata dan perkataan. Aktiviti Murid: 1. mengecam bentuk-bentuk huruf kecil dan besar 7. Teknik memegang cawan dipelbagaikan. manik. anda sebagai guru harus pandai merancang aktiviti yang men arik supaya murid-murid anda dapat menguasai pelbagai kemahiran yang berkaitan dengan berkesan. . model tiang bendera. model pokok.1. cawan. 3. mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk -bentuk huruf 4. aktiviti -aktiviti melukis dan menulis hen daklah berkait rapat dengan huruf atau simbol yang diperkenalkan kepada murid -murid. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang bendera. Murid memegang cawan plastic yang penuh dengan air dengan tangan kanan dan menggerak-gerakkan tangan kanan mereka ke kiri ke kanan dan sebaliknya. Bahan: Lembaran kerja. Oleh itu. dari kanan ke kiri dan dari atas ke bawah untuk membolehkan membentuk huruf. ‡ Anda mesti ingat bahawa membaca tidak mungkin berlaku sekiranya murid -murid tidak dapat mengenal pasti simbol atau perkataan serta memahami maknanya. Anda boleh mengisi aktiviti prabacaan murid -murid anda dengan permainan huruf.Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2 Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan.

Kaedah Perkataan 5. Pendekatan Abjad -Suku Kata ‡ Bagaimana anda melaksanakan pengajaran membaca peringkat prabacaan? Berikut ialah sedikit penerangan untuk panduan anda: 1. Penguasaan bahasa lisan: Anda mesti memastikan murid-murid menguasai bahasa lisan dengan baik supaya mereka mampu menterjemah huruf atau lambang tulisan kepada bunyi -bunyi tertentu. Oleh itu. Pendengaran: Latih tubi mengeja suku kata perlu dilakukan untuk menajamkan . 3. Kaedah Ayat dan Cerita 6. murid-murid akan mengenal huruf dan bentuknya serta mampu mengena l pasti persamaan dan perbezaan huruf -huruf tersebut. anda jangan lupa bahawa ada perkara yang perlu anda ambil perhatian. Berikut ialah perkara -perkara tersebut: 1. Kukuhkan daya penglihatan dan pengamatan murid -murid dengan latihan melukis bentuk-bentuk yang menyerupai huruf dan seterusnya latihan menulis huruf. Seterusnya. Pendekatan Cerakinan 7. Penglihatan: Paparkan bentuk huruf secara visual dengan jelas. anda harus bijaksana memilih kaedah serta pendekatan yang sesuai dan berkesan supaya apa -apa yang anda lakukan benar-benar dapat menolong murid -murid anda. ‡ Setelah meneliti keterangan di atas. Kaedah Suku Kata 4. Antara kaedah dan pendekatan yang boleh anda pilih adalah seperti yang berikut: 1. Kaedah Fonik 3. Murid-murid dilatih tubi mengeja suku kata 4. Pendekatan Gabungan Bunyi Kata 9. 2. Cara ini akan membantu murid -murid mengenal huruf.‡ Untuk melaksanakan tujuan di atas. Kaedah Abjad 2. Bimbing mereka menggabungkan huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata 3. suku kata dan perkataan dengan cepat dalam latihan mengeja. Pastikan murid-murid mengenali huruf dan membun yikannya dengan betul 2. bahan bacaan yang dipilih haruslah mengandungi perkataan -perkataan yang sudah ada dalam pengalaman murid -murid. Pendekatan PEBAS 8.

carta huruf-huruf vokal dan konsonan vii. Oleh itu. anda patut mengetahui apa yang diminati oleh murid -murid anda. bertutur dan menulis terlebih dahulu. membunyikan huruf dalam perkataan 2. 5. 7. Untuk merangsang minat murid -murid. 6. pita rakaman vi. Anda boleh memilih mana -mana alat atau bahan yang berikut. 1. membaca perkataan yang sama rimanya sacara nyaring 6. Hubungan huruf dengan bunyinya: Latihan mengeja hendaklah dijalankan secara sistematik supaya murid-murid dapat menghubungkan huruf dengan bunyinya. carta huruf-huruf kecil dan besar dan lain -lain yang sesuai. Biasanya kanak-kanak amat gemar akan gambar atau kad -kad yang berwarna-warni. Gabung jalin semua aspek bahasa: Anda perlu ingat bahawa untuk mengukuhkan kemahiran membaca di kalangan murid murid. memadankan perkataan yang sama sebutan nya 7. anda boleh menjalankan aktiviti bercerita atau menyanyi untuk mengenal perkataan -perkataan dalam pelajaran membaca. anda mesti memulakannya dengan kemahiran mendengar. membaca perkataan bergambar 4. Peraturan membaca dari kiri ke kanan: Dalam tulisan Rumi. carta bergambar v. membunyikan huruf yang ditunjukkan 3. mengecam dan menyebut perkataan berdasarkan bunyi huruf. 4. Anda patut mengenal pasti strategi yang menarik untuk mengelakkan rasa jemu murid-murid apabila melakukan latihan ini.pendengaran kanak-kanak. Merangsang dan menghidupkan minat murid: Sebagai guru. latihan membaca melalui aktiviti bercerita atau menyanyi perlu digandingkan dengan alat-alat bantu mengajar yang menarik. i. mengumpulkan perkataan -perkataan yang mempunyai persamaan huruf awal 5.1. susunan dan peraturan membacanya ialah dari kiri ke kanan. kad-kad huruf ii. Melalui latihan ini murid -murid dapat mengenali bunyi -bunyi yang sama dan berbeza dalam perkataan.3 Membaca secara mekanis ‡ Untuk membolehkan murid-murid anda membaca secara mekanis. anda harus mengajarkan kemahiran-kemahiran yang berikut kepada mereka. 3. kad-kad perkataan iv. kad-kad suku kata iii. suku kata atau .

menyatakan satu maklumat yang menarik perhatian dalam bahan yang dibaca 10. memahami bahan-bahan berbentuk teknikal yang berkaitan den gan sesuatu ilmu pengetahuan. Penelitian akan mengambil kira aspek isi dan bahasa. 3. mulakan bimbingan anda terhadap kemahiran membaca dan memaham dari peringkat awal lagi.1. 1. menyatakan erti perkataan baru yang sesuai mengikut konteks 5. 3. ‡ Proses bacaan yang meneliti aspek isi ini melibatkan kemahiran membaca kritis. jadual dan data 4.1.5 Bacaan intensif ‡ Bacaan intensif ialah bacaan yang dilakukan secara teliti dengan bimbingan guru. membaca ayat yang mengandungi perkataan -perkataan yang telah dipelajari 9. . menceritakan semula cerita yang pernah dibaca 8.4 Membaca dan memahami ‡ Pada peringkat ini. menyatakan pokok persoalan dalam sesuatu ayat 7. and a sebagai guru. memahami peta. ‡ Walau bagaimanapun anda jangan lupa pada tujuh perkara yang telah disebutkan di atas tadi kerana tujuh perkara itu dapat dijadi kan panduan untuk merancang pengajaran peringkat-peringkat membaca yang berkesan. Oleh itu. cuba anda bayangkan betapa besarnya peranan anda sebagai guru dalam melaksanakan amanah membimbing murid -murid supaya menguasai pelbagai kemahiran dari peringkat rendah hingga k e peringkat yang tertinggi. harus memberi penerangan tentang struktur perkataan yang sukar supaya murid -murid dibantu mengembangkan perbendaharaan kata mereka. kemahiran yang diperlukan ialah kemahiran belajar dan berfikir. memberi keterangan untuk menyokong atau menolak sesuatu penyataan 9. menggambarkan isi bahan bacaan yang dibaca dalam bentuk rajah 3. rajah. carta. Oleh itu. menggunakan perkataan yang sesuai untuk menjelaskan pendapat sendiri berdasarkan fakta-fakta yang terdapat dalam bahan bacaan 6. menyesuaikan ayat dengan gambar yang diberi 2. Antara kemahiran tersebut adalah seperti yang berikut. ‡ Setelah meneliti kemahiran -kemahiran di atas. graf.perkataan lain yang terkandung di dalamnya 8. membaca bahan-bahan bacaan secara nyaring dengan intonas i dan sebutan yang betul ‡ Kemahiran-kemahiran di atas harus diajar melalui latihan atau aktiviti yang dibantu dengan alat atau bahan pengajaran yang menarik supaya murid -murid tidak jemu.

judul. anda sebagai guru bahasa Melayu mesti mengu asai ilmu tatabahasa supaya murid -murid anda mendapat bimbingan semaksimum mungkin. Murid -murid boleh membaca bahan bacaan sebanyak mungkin dalam tempoh yang tidak terhad. mahir merujuk kamus dalam usaha mencari makna perkataan sukar yang ditemui 8. boleh membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan yang dibaca 3. boleh menguasai dan menggunakan gaya bahasa prosa serta puisi dengan baik 7. 1. 2. ‡ Aspek bahasa yang diteliti sewaktu membaca. boleh membaca dengan baik dan betul dari segi sebutan dan intonasi. dapat membaca dengan lancar dan tahu menggunakan tanda bacaan yang betul 3. bab. mendedahkan murid -murid pada aspek tatabahasa yang meliputi komponen morfologi dan sintaksis. minat membaca 5. 1. dapat mengesan dan menikmati unsur estetik dalam bahan yang dibaca 6. boleh menilai dan mengulas isi atau idea yang tersurat serta tersirat dalam bahan yang dibaca 5. seronok. kaya dengan pengetahuan 4.6 Bacaan ekstensif ‡ Bacaan ini dilakukan di luar kelas secara kendiri tanpa bimbingan guru. anda sebagai guru perlu menggerak dan meragsang murid-murid anda supaya menguasai kemahiran ini kerana melalui bacaan ektensif anda dapat melahirkan murid -murid yang. anda akan berjaya melahirkan murid-murid yang. boleh membaca sendiri tanpa disuruh 2. Bimbing murid -murid anda . lancar membaca 3. ‡ Proses bacaan akan melibatkan penelitian indeks. pendekatan dan teknik yang berkesan. dan terhibur selepas ak tiviti membaca tersebut. ‡ Bahan bacaan harus daripada pelbagai laras dan bidang ilmu kerana murid -murid sepatutnya merasa puas.kemahiran memaham dan kemahiran mengesan idea dalam bahan bacaan yang dibaca. Oleh yang demikian. cekap merujuk kamus untuk mencari makna perkataan dalam ayat dan seterusnya mengayakan mereka dengan perbendaharaan kata 4. ‡ Walaupun bacaan ini merupakan aktiviti kendiri. ‡ Anda harus memainkan peranan sebagai fasilitator. mempunyai kepantasan membaca dan memaham yang berkualiti. tinggi daya pemikiran kreatif dan kritisnya 6. kandungan dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat umum.1. ‡ Jika anda dapat membimbing murid -murid pada peringkat bacaan intensif dengan menggunakan kaedah. daftar kata. dapat mengenal pasti pelbagai laras bahasa 7.

membuat senarai semak atau catatan tentang faedah dan peningkatan yang mereka peroleh hasil bacaan ekstensif yang telah dilakukan .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful