1.

ISU KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN Pada perutusan Tahun Baru 2006, Dato¶ Seri Hishamuddin Tun Hussein menyatakan: ³«merapatkan jurang pendidikan yang merangkumi jurang antara bandar dan luar bandar, jurang antara yang miskin dan kaya, jurang digital dan jurang antara mereka yang berkeperluan khas agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.´ Daripada kenyataan ini, dapat dirumuskan bahawa ketidaksamaan peluang pendidikan dapat dibahagikan kepada kelas sosial, jantina, kumpulan minoriti dan murid berkeperluan khas. Di Malaysia, ciri-ciri kelas sosial dalam masyarakat semakin ketara dan bukan satu isu yang baru. Hal ini telah timbul sejak zaman sebelum merdeka lagi yang mana rakyat bawahan, golongan pembesar dan golongan istana menerima sistem pendidikan yang berbeza. Majoriti masyarakat kita memandang seseorang individu tersebut berdasarkan kedudukan dan statusnya seperti melalui pencapaian pendidikan, kemahiran, pendapatan, harta yang dipunyai, keturunan, kedudukan politik, kuasa dan autoriti yang dimiliki, atau darjat kebesaran yang dimiliki dan lain-lain yang berkaitan. Individu yang memiliki ciri-ciri seperti ini lebih dipandang tinggi dalam masyarakat berbanding individu yang bekerja di ladang getah atau bekerja secara makan gaji. Di Tanah Melayu, semasa zaman penjajahan, kelas sosial di kalangan orang Melayu lebih merupakan perbezaan antara golongan bangsawan dan rakyat jelata dan golongan ini mendapat pendidikan khusus di bawah pengajar yang terlatih di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Senario ini tidak dapat dikecapi oleh rakyat biasa yang mana kelas rakyat yang lebih rendah menekankan mata pelajaran seperti bertukang, berkebun dan anyaman.

Ketidakseimbangan dalam pelajaran ini menyebabkan timbul konflik di antara golongan bangsawan yang terus dilimpahi dengan kesenangan dan pendidikan yang sempurna sedangkan golongan rakyat pula meneruskan kehidupan tanpa mendapat keistimewaan khususnya dalam aspek pendidikan dan mata pencarian.
(sumber: http://www.scribd.com/doc/4787134/pengelasan-sosial-)

perbelanjaan harian dan kasut. untuk kelas tambahan. Mereka daripada golongan ini tidak mampu memiliki segala peralatan persekolahan seperti alat tulis. Dapatan beliau menunjukkan arah kedua-dua hubungan adalah positif. Saifuddin Hj Masduki (1977). golongan pelajar kelas atasan ini dapat makan makanan seimbang dan berzat. Sebagai contoh. Bebanan yang dipikul dan kekangan daripada keluarga akibat faktor kewangan yang mendesak menyebabkan ada di kalangan pelajar menjadi putus asa dan tercicir daripada persekolahan walaupun mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. buku latihan dan keperluan persekolahan seperti pakaian seragam sekolah. . selain mendapat makanan tambahan untuk kecerdasan mental mereka. Selain itu. Dari sudut pemakanan pula. kita boleh simpulkan bahawa pelajar yang lahir dalam kelas atasan dan pertengahan tidak menghadapi banyak cabaran untuk mengikuti aktiviti pembelajaran berbanding dengan pelajar yang berasal daripada golongan bawahan. maka semakin tinggi tahap pencapaian akademik anak-anak mereka. FAKTOR KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DARI ASPEK KELAS SOSIAL Kelas sosial yang berbeza ini sedikit sebanyak memberi impak kepada prestasi akademik pelajar samada di peringkat sekolah rendah.com/guru/2009/12/30/ ketaksamaan-peluang-pendidikan/) Daripada kajian yang telah dijalankan. buku rujukan. Kemudahan-kemudahan ini tidak mungkin dapat dinikmati oleh pelajar golongan bawahan disebabkan faktor kemiskinan.2. dalam kajiannya mendapati bahawa terdapat hubungan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa. mereka juga mampu membeli komputer yang dapat membantu mereka dari aspek pencarian maklumat dan penerokaan ilmu baru. timbul rasa rendah diri yang menyebabkan mereka terasing daripada pelajar lain. Sehubungan ini. (sumber: http://amaljaya. Ini bermakna semakin tinggi pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan mereka. Hal ini kerana golongan kelas atasan ini mampu untuk memenuhi segala keperluan dan kehendak pembelajaran yang berkaitan. sekolah menengah atau pun di institut pengajian tinggi. ibu bapa pelajar berkemampuan untuk menggajikan guru untuk mengajar anak mereka di rumah atau menghantar anak mereka ke kelas tambahan.

seorang negarawan Inggeris yang menyatakan bahawa manusia membina bangunan. Hasil daripada kajian didapati masalah utama penghuni adalah bilangan bilik yang terhad. bagi pelajar yang berstatus sosial golongan bawahan. kita lihat pula daripada sudut tempat tinggal yang turut mempengaruhi prestasi akademik pelajar. Akibatnya pelajar tidak dapat menumpukan perhatian dan mengulangkaji pelajaram mereka yang menyebabkan kepada kegagalan di dalam pendidikan mereka.com/doc/4787134/pengelasansosial-) . Ada di antara mereka juga yang menghuni rumah tanpa kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air. Nur Faizura. mereka kebanyakannya tinggal di ruang yang sempit dan tidak selesa berbanding dengan pelajar kelas atasan dan pertengahan. tiada ruang dalam rumah untuk mengulangkaji.scribd.Seterusnya. Hal ini sedikit sebanyak menyebabkan pelajar golongan bawahan ini tidak dapat belajar dengan selesa dan tidak dapat menumpukan perhatian untuk mengulangkaji pelajaran. Winston Churcill. kebisingan jiran tetangga diikuti dengan masalah perbelanjaan keluarga dan terdedah kepada gegala sosial dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Jualiana. Kenyataan itu disokong oleh pelbagai kajian yang telah dijalankan di Malaysia antara kajian yang dilakukan oleh Nurizan. Namun. tetapi kemudiannya bangunan itu pula membentuk tingkah laku manusia. ruang yang sempit. 1997. Kuala Lumpur terhadap penghuni rumah pangsa. (sumber: http://www. Kita sudah sedia maklum bahawa suasana yang kondusif memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran.

Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian pelajar. Selain itu. . Kemudahan asrama turut disediakan bagi golongan pelajar berpendapatan rendah yang tinggal jauh dari sekolah. kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar bagi memantapkan sistem pendidikan negara. terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam usaha meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara. kerajaan menerusi MARA telah memberi bantuan basikal kepada pelajar luar bandar untuk ke sekolah serta bantuan makanan berkhasiat ketika waktu rehat bagi pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah. Bagi meringankan beban keluarga daripada golongan bawahan. taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Hal ini juga bagi memastikan setiap pelajar berkenaan dapat mengikuti proses pembelajaran yang sempurna. KPM telah memperkenalkan Skim Bantuan Buku Teks pada tahun 1975.3. etnik dan kelas sosial. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin juga disediakan bagi membantu pelajar miskin membayar yuran dan membeli pakaian seragam dan KPM juga telah menyediakan Elaun Bulanan kepada Pelajar Kurang Upaya sebanyak RM25 sebulan. KPM turut membantu dengan mewujudkan Kumpulan Wang simpanan Pelajar Miskin (KWAPM) pada tahun 2003 untuk membantu pelajar supaya tidak tercicir daripada alam persekolahan akibat kemiskinan. jantina. Bagi memberikan pendidikan yang terbaik kepada warga Malaysia tanpa mengira kaum. penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran pelajar. LANGKAH KERAJAAN MENANGANI MASALAH KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN Sudah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membenteras jurang pendidikan antara jenis sekolah. Skim-skim bantuan seperti ini bukanlah suatu yang baru kerana sekitar tahun 1969 sehingga awal 1970an. kaum. Antaranya ialah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah yang telah dilaksanakan pada tahun 1979 bagi keluarga berpendapatan kurang RM400 atau perkapita M80 dan ke bawah. Impak jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang yang ketara daripada sosioekonomi penduduk bandar dan luar bandar. agama.

Ada di antara mereka yang tidak memiliki alat tulis serta buku untuk belajar. Guru terpaksa mengambil inisiatif dan mencari jalan penyelesaian untuk membantu pelajar-pelajar ini. Secara automatik . mereka akan hilang minat untuk belajar dan akan sentiasa ketinggalan dalam pelajaran. Hal ini mengakibatkan mereka tidak dapat mengikuti pembelajaran dengan baik dan berkesan malah mereka akan berasa rendah diri apabila melihat rakan-rakan mereka yang lain mampu untuk memiliki keperluan untuk belajar.4. malah sering terganggu akibat daripada ketidakselesaan seperti keadaan yang panas. Tumpuan guru untuk mengajar turut terjejas apabila berlaku masalah ini di dalam kelas. terdapat juga pelajar yang berasal daripada golongan bawahan ini yang tinggal dalam keadaan yang tidak selesa dan serba kekurangan. Hal ini menyebabkan mereka tidak mendapat rehat yang cukup. tidur yang tak lena. Yang sering menjadi mangsa ialah pelajar daripada golongan bawahan kerana mereka tidak mampu untuk memenuhi keperluan pendidikan mereka dan hanya mengharapkan bantuan daripada kerajaan semata-mata. Selain itu. pelajar ini akan keletihan dan mengantuk serta tidak bersedia untuk menerima pembelajaran yang baru. Hal ini sekaligus menggangu proses P&P dan akibatnya P&P tidak berjalan lancar malah fokus pelajar-pelajar lain terhadap pembelajaran turut terjejas. turut sama terjejas ialah kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam kelas. gangguan nyamuk dan atap rumah yang bocor ketika musim hujan. apabila P&P sedang berlangsung. Apabila berlakunya masalah ini. Malah guru juga terpaksa mengawal segelintir pelajar yang sudah hilang minat untuk belajar serta membuat bising ketika P&P berlangsung. IMPLIKASI ASPEK KELAS SOSIAL TERHADAP P&P Dengan wujudnya kelas sosial ini. Lebih menyedihkan lagi apabila golongan pelajar ini bertindak untuk membuat bising kerana minat mereka untuk belajar telah hilang dan mereka kebosanan ketika berada di dalam kelas. Akibatnya. peluang pendidikan yang diperoleh pelajar adalah berbeza. Akibatnya. Ini kerana seseorang guru itu tidak dapat meneruskan P&P apabila ada segelintir daripada pelajarnya yang tidak bersedia untuk belajar kerana tidak mempunyai kelengkapan seperti buku latihan atau alat tulis.

telah memperolehi 8A dalam matapelajaran yang diambil. aspek sosial ini amat ketara pengaruhnya terhadap pendidikan yang diperoleh para pelajar. Namun ia tidak menjadi satu faktor untuk pelajar yang kurang berkemampuan untuk tidak berjaya. Kejayaan ini semuanya bergantung kepada diri pelajar itu sendiri dan sejauh mana keazamannya untuk berjaya. Masalah pembelajaran tidak hanya tertumpu pada golongan bawahan sahaja malah turut ditunjukkan oleh sesetengah pelajar daripada golongan berada. pelajar daripada golongan berada ini mampu untuk menghadiri kelas-kelas tuisyen dan di sana. Hal ini mengakibatkan mereka akan berasa bosan dan kurang berminat untuk mengikuti pelajaran yang sama ketika proses P&P dijalankan di dalam kelas. dan Nik Ahmad Naimudin Nik Othman (anak penggawa di daerah Machang). Sebagai contoh. Konklusinya.guru akan mengalih perhatian terhadap pelajar yang bermasalah ini menyebabkan P&P tergendala untuk seketika. Ini kerana telah dibuktikan bahawa dalam keputusan SPM 2007. Mohamad Firdaus Zulkifli (anak warden penjara). . Muhammad Shariff Mat Yusoff (anak pemandu teksi). Mereka cenderung untuk melakukan aktiviti sendiri dan hal ini akan menjejaskan penumpuan guru untuk meneruskan P&P. Kita sebagai warga pendidik pula haruslah memberi bantuan dan bimbingan kepada mereka supaya kebajikan mereka terjaga dan agar mereka juga mampu untuk berjaya. dimana empat pelajar cemerlang itu ialah Siti Fatimah Hamzah (anak yatim). mereka belajar lebih ke hadapan berbanding pelajaran di sekolah.

blogspot.BIBLIOGRAFI http://zahirzainudin.html (diakses pada 19 Februari 2011) http://amaljaya.com/guru/2009/12/30/ketaksamaan-peluang-pendidikan/ (diakses pada 19 Februari 2011) http://eprints.my/10323/1/PELUANG_DAN_CABARAN_PENDIDIKAN_DALAM_KALANG AN_MASYARAKAT_LUAR_BANDAR.com/2010/03/implikasi-ketidaksamaan-peluang.pdf (diakses pada 20 Februari 2011) .usm.

LAMPIRAN .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful