You are on page 1of 8

Kehidupan di bumi sebelum Adam a.

Salam,
Pernah tak kita terfikir apa yang menghuni bumi ni sebelum Nabi Adam as diturunkan ke bumi? Ada kajian yang
menyatakan bahawa Adam diturunkan sekitar 10,040 tahun yang lalu.
Aku copy paste di sini article yang ditulis oleh seorang yang telah membuat kajian mengenai peristiwa ini..
Orang Islam, Yahudi dan Nasrani percaya bahawa Adam a.s. adalah bapa mereka semua, ertinya Adam a.s. dan
Siti Hawa adalah nenek moyang semua manusia yang hidup zaman berzaman. Mereka adalah ‘manusia’ pertama
yang diturunkan ke bumi.
‘Manusia’ itu setakat yang saya fahami adalah makhluk berakal keturunan Adam a.s. bermula dari Adam a.s.
(dalam konteks planet bumi) yang diajarkan berkata-kata, menulis dan membaca oleh Allah s.w.t. Akal yang ada
pada manusia di planet bumi ini mampu memahami semua ini, dan ia digunakan untuk mengkaji serta
menyelesaikan masalah dan menghasilkan teknologi. Allah telah mensyariatkan Islam kepada manusia bermula
dari Adam a.s.
Sebelum saya paparkan pada anda artikel yang ditulis oleh nation_kingdom, ada baiknya saya sertakan di sini
mafhum firman Allah yang menyentuh kisah kejadian Adam a.s. Saya harap anda dapat meneliti ayat-ayat ini
untuk memahami mengapa nation_kingdom menulis bahawa tidak mustahil ada humanoid di bumi ini sebelum
Adam a.s. ‘diturunkan’ dan mungkin humanoid itu suka berperang dan bertumpah darah.

Walau apa pun, saya harap anda semua dapat menerima catatan nation_kingdom sebagai ‘pembuka fikiran’ kita
semua dan sebagai penggalak agar bijak pandai Islam mengkaji dengan lebih serius untuk memecahkan persoalan
‘manusia’ sebelum Adam. Namun satu perkara sudah jelas: Kita semua adalah dari keturunan Adam a.s. dan Adam
a.s. bukan berasal dari beruk sebagaimana pendapat Darwin, para pengikutnya serta pendokong Neo-Darwinism.
Pada pendapat saya, Adam a.s. dan keturunannya tiada pertalian darah langsung dengan ‘humanoid’ sebelum
Adam a.s. Adam dijadikan khalifah (pemimpin atau pengganti) kepada sesiapa yang pernah menghuni dan
menguasai planet bumi sebelum itu.
‘Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendakNya
ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Dia Maha Mengetahui akan
tiap-tiap sesuatu. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata):
Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan
menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan
mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya’.
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 29-30).
Sebagai umat Islam, adalah menjadi rukun kepada kita untuk mempercayai bahawa moyang kita yang pertama
adalah Nabi Adam A.S. dan isterinya Siti Hawa. Namun timbul keraguan kepada saya yang jahil ini; adakah benar
Adam itu adalah manusia pertama yang berjalan di muka bumi ini. Persoalan ini timbul adalah berdasarkan
pengamatan saya selama 9 tahun yang menjurus kepada penemuan akan beberapa klu-klu penting. Adalah
ditegaskan tegaskan di sini bahawa saya sama sekali tidak menafikan bahawa salasilah sekalian manusia yang ada
di dunia ini bermula daripada seorang manusia sempurna bernama Adam A.S. Selain agama Islam, ia juga adalah
pegangan penganut agama Kristian dan Yahudi.

Dalam artikel ini, saya mengistilahkan manusia awal yakni sebelum Nabi Adam diturunkan ke dunia sebagai
humanoid demi untuk mengelakkan sebarang kontroversi yang mungkin timbul berikutan pegangan kita sekarang
bahawa tiada manusia sebelum Adam. Saya juga bukanlah ahli di dalam lapangan ketamadunan manusia;
mahupun pakar kitab. Namun saya dengan sedaya-upaya cuba menyampaikan pemikiran saya melalui susunan
kata-kata di dalam artikel ini supaya mudah diterima orang kerana saya percaya sudah tentu ada orang yang yang
amat berminat dengan paradigma baru ini; terutama individu yang sering diburu persoalan-persoalan akan sejarah
kehidupan manusia yang mengelirukan.
Sepanjang kajian dan pengamatan saya, terdapat empat klu utama yang mendorong saya untuk mempercayai
bahawa terdapat humanoid-humanoid yang wujud lama sebelum Nabi Adam A.S. dan Siti Hawa diturunkan ke
bumi.
Klu 1: Ketandusan Ilmu Manusia Awal
Sebagai seorang nabi sudah tentunya Allah Taala mengurniakan kapadanya ilmu yang selayaknya bagi seorang
manusia untuk menjalankan tigasnya sebagai khalifah di muka bumi. Fakta ini telahpun termaktub di dalam Surah
al-Baqarah, ayat 31-33 yang bermaksud;
Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya
kepada malaikat lalu Ia berfirman; ‘Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu
golongan yang benar’. Malaikat itu menjawab; ‘Maha Suci Engkau (ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan
selain apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana’. Allah berfirman; Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka.
Allah Taala juga telah mengurniakan api untuk kegunaan manusia melalui Adam. Riwayat menceritakan bahawa
api yang ada di bumi sekarang ini hanyalah percikkan bunga api neraka yang sebesar zarah. Malaikat Jibril-lah
yang telah diperintahkan untuk mengambilnya daripada malaikat Zabaniah. Oleh sebab kepanasan yang
keterlaluan, api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya ke dalam 70 batang sungai di
syurga dan 70 celupan di setiap batang sungai (70X70). Kemudian Jibril A.S. pun membawa api itu turun ke dunia
dan diletakan di atas sebuah bukit yang tinggi. Tetapi sejurus setelah diletakan, tiba-tiba bukit itu terus meleleh
cair; maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka. Maka, hanya sisa-
sisanya sahajalah yang kita gunakan pada hari ini. Konklusi, peristiwa ini jelas menerangkan kepada kita bahawa
umat manusia yang pertama berada di muka bumi iaitu Adam sudah awal-awal lagi menggunakan api untuk
kehidupan seharian.
Walaupun begitu, ahli sarjana arkeologi barat telah mendedahkan bahawa selama beberapa kurun, humanoid yang
dianggap sebagai manusia pertama selama ini tidak tahu menggunakan api baik untuk memasak, memanaskan
badan, mahupun sebagai pertahanan diri. Kehadiran humanoid ini dapat dikesan di Hadar, Ethopia; Olduvai Gorge
an Laetoli, Tanzania; Timur Turkana, Kenya; dan di sekitar Afrika Timur. Tapak-tapak arkeologi ini mengandungi
bukti kewujudan spesis bipedal (bejalan tegak dengan dua kaki). Mereka hanya tahu menggunakan api 3 juta
tahun kemudian (1.4 juta S.M). Adalah dipercayai penemu api yang pertama ialah spesis Homo erectus di gua
Zhoukoudian, China.
Gua tersebut suatu masa dahulu (sepertimana juga hari ini) bukan sahaja dihuni oleh humanoid malah burung
hantu dan juga kelawar. Longgokkan najis kelawar di dalam gua yang kaya dengan potassium nitrate mungkin
terbakar akibat suhu tinggi ataupun oleh percikan elektrik statik. Walaupun begitu, pendapat utama bagaimana
humanoid primitif mendapat api adalah daripada kebakaran hutan akibat panahan petir. Mereka mula makan
makanan yang masak apabila tiada pilihan lain selain daripada memakan haiwan yang mati terbakar dalam
kebakaran, dan secara kebetulan rasanya lebih enak daripada dimakan mentah.
Klu pertama ini membuktikan bahawa humanoid-humanoid primitif ini tidak sealiran darah dengan Nabi Adam A.S.
Ini adalah kerana dalam paradigma sejarah sekarang, masa yang berlalu telah menyaksikan kemajuan demi
kemajuan manusia dalam bidang teknologi; dan bukannya kemunduran (walaupun terdapat kemelesetan dari segi
moral mahupun ekonomi). Jika spesis humanoid primitif ini adalah berketurunan Adam, maka zaman-zaman yang
telah berlalu menjadi saksi kepada kemunduran yang teruk kepada sesuatu bangsa bersasal daripada sekumpulan
manusia yang berilmu dan senonoh; kemudiannya beransur-ansur berkembang kepada makhluk yang tak
bertamadun, bodoh, kotor, makan haiwan mentah, dan bogel; sama seperti yang anda dapat saksikan dalam
buku-buku rujukan arkeologi sekarang.
Idea utama yang ada dalam fikiran saya ialah; bumi sekali lagi telah mengalami proses penseterilan selepas yang
pertama menyebabkan kepupusan spesis dinasor. Malangnya saya tidak dapat membincangkan tentang apa atau
bagaimana penseterilan kedua tersebut terjadi kerana hal tersebut bukanlah dalam lingkungan pengetahuan,
sebaliknya ia harus dikaji oleh pakar di dalam lapangan tersebut. Namun apa yang pasti, kesan kejadian tersebut
telah menyebabkan kepupusan spesis-spesis manusia awal yang hidup pada zaman ais, zaman baru, dan zaman
logam. Kesemua golongan manusia ini tidak mempunyai sistem tulisan sebuah elemen tamadun yang terpenting.
Namun apa yang ada hanyalah klu-klu melalui lukisan pada dinding-dinding gua yang memberitahu sedikit-
sebanyak tentang kehidupan mereka sehari-harian.
Klu 2: Kalendar Adam
Pada dasarnya, Kalendar Adam adalah setara dengan Kalendar Gregorian (Masihi) tetapi dengan offset pada
permulaan. Tahun masihi diukur bermula daripada kelahiran Nabi Isa A.S. dan tahun-tahun sebelumnya disebut
sebagai sebelum masihi (S.M). Kalendar Adam pula diukur bermula daripada hari peristiwa Nabi Adam A.S
diturunkan ke muka bumi. Idea kalendar Adam ini telah dicetuskan oleh En. Mohd Fadhil Hassan bertujuan untuk
memudahkan pengiraan detik-detik peristiwa sejarah terutama sekali yang berlaku dalam tahun-tahun sebelum
masihi. Kalendar ini pernah diketengahkan dalam majalah Mastika, Januari 2006.
Kalendar Adam dihasilkan melalui pengamatan dan kajian Fadhil selama 10 tahun. Walaupun begitu, beliau
menyatakan bahawa kalendar tersebut masih terbuka kepada pembetulan dan kajian yang lebih mendalam.
Beberapa penemuan fakta penting yang beliau dapati ialah:
1. Nabi Adam A.S. dan Siti Hawa dikurniakan dengan ramai anak. Setetengah pendapat menyatakan ramainya
adalah 120 orang, manakala ada juga yang berpendapat 80 orang. Manusia sempurna inilah yang telah
mencetuskan ketamadunan manusia.
2. Nabi Ibrahim A.S. berpindah ke Mesir pada 1900 S.M. ketika berumur 40 tahun. Ini bermakna Nabi Ibrahim lahir
pada tahun 1940 S.M.
3. Selang masa di antara Nabi Nuh dengan Nabi Ibrahim ialah 2140 tahun. Ini bermakna Nabi Nuh wafat pada
tahun 4080 S.M.
4. Nabi Nuh dikatakan mempunyai umur yang panjang iaitu 950 tahun. Ini bermakna Nabi Nuh Lahir pada tahun
5030 S.M.
5. Selang masa antara Nabi Adam dengan Nabi Nuh adalah 2000 tahun. Ertinya Nabi Adam wafat pada 7030 S.M.
6. Nabi Adam mempunyai umur yang paling panjang, iaitu 1000 tahun. Maka Nabi adam di turunkan ke dunia pada
tahun 8030 S.M. Pada detik ini juga bermulanya Kalendar Adam.
Daripada fakta-fakta di atas maka dapatlah disimpulkan bahawa sekarang (tahun 2006) adalah bersamaan dengan
10036 Tahun Adam (T.A). Alangkah mudanya ketemadunan manusia ini jika hendak dibandingkan dengan apa
yang dipanggil selama ini oleh sains arkeologi sebagai permulaan manusia pertama yang wujud 4.4 juta tahun
yang lalu!
Seandainya segala output daripada segala kajian yang di buat oleh En. Fadhil tepat, maka terbuktilah bahawa
segala makhluk yang berbentuk seperti manusia (humanoid) yang wujud sebelum 10036 tahun yang lalu tiada
pertalian darah dengan manusia selepas Adam, lalu tidak layak untuk dipanggil sebagai manusia. Namun adalah
diluar pengetahuan samada spesis tersebut telah dipupuskan oleh Allah Taala secara keseluruhannya, ataupun
masih wujud segelintir darinya sehingga zaman sekarang. Mungkin inilah mahkhluk misteri yang sekarang
dianggap orang sebagai Big Foot yang membuatkan manusia melakukan pelbagai andaian tentangnya.
Timeline yang kedua ini telah dihasilkan oleh saintis yang berpegang kepada teori evolusi Charles Darwin manusia
berasal daripada monyet. Jikalau dahulu saya memang menentang teori ini bulat-bulat kerana ia bercanggah
dengan asas agama Islam. Namun sekarang saya tidak begitu mengambil peduli kerana mungkin ada benarnya
pendapat itu. Rupabentuk manusia awal sebelum Adam mungkin seperti beruk yang berbulu lebat. Tak siapa tahu
tentang hal ini kerana tinggalan mereka yang ada kini hanyalah tulang-temulang, jauh sekali cebisan-cebisan kulit
atau rambut. Alangkah baiknya sekiranya terdapat antara humanoid-hominid ini terfosil di dalam ais (seperti yang
terjadi pada gajah mammoth); maka bolehlah kita lihat bagaimana sebenar-benarnya rupa mereka.
Walaupun begitu, ternya kelas mereka lebih tinggi daripada hidup-hidupan lain yang terdapat pada zaman tersebut
itu kerana mereka berupaya menghasilkan peralatan daripada batu dan melukis pada dinding-dinding gua. Anda
mungkin pernah didedahkan dengan haiwan-haiwan primitif yang seperti dinasor, gajah mamonth, pepatung
gergasi, nyamuk gergasi, dan burung pra-sejarah. Tetapi pernahkah anda tahu akan monyet-monyet pra-sejarah
yang hidup bersama-sama manusia primitif? Nampaknya telah berlaku kesilapan sangat besar dalam sistem
kategori spesis-spesis primat primitif ini. Kesemua spesis primat yang ada pada zaman sebelum Adam telah
digolongkan dan dilebelkan sebagai manusia awal (tidak kira yang berakal atau tidak) bermula seja zaman ais lagi.
Ini adalah kerana pengelasan spesis-spesis tersebut dilakukan oleh ahli-ahli sains yang menganuti Teori Evolusi
Charles Darwin kesemua manusia dan monyet yang ada di dunia ini bermoyangkan sejenis monyet (common
ancestor).
Klu 3: Tiada Ketamadunan sebelum 10000 tahun lalu.
Ketamadunan yang pertama hanya bermula kira-kira 3000 tahun selepas Adam diturunkan (menurut kalendar
Adam) ke dunia apabila pertanian jagung bermula di Mexico iaitu pada 5000 S.M. Dunia seterusnya menyaksikan
tumbuhnya kerajaan-kerajaan silam yang tersohor (sebelum masihi) bermula dengan kerajaan Sumeria (3400
S.M), dinasti pertama kerajaan Mesir (2350 S.M.), empayar Akkadian atau Mesopotamia (2205 S.M), dinasti Xiao
di China (1600 S.M.), tamadun Minoan (1380 S.M.), Babylon (597 S.M), Republik Rom (509 S.M), dan berakhir
dengan empayar Roman (27 S.M.). Selain daripada itu, banyak lagi ciptaan manusia yang mengkagumkan seperti
pembinaan Tembok Besar China yang siap pada tahun 27 S.M.
Secara kesimpulannya ketamadunan manusia berkembang dengan pesat selepas 3000 tahun turunnya Adam ke
dunia, dan selepas ramainya keturunan Adam di bumi ini. Inilah bukti yang kukuh bahawa peningkatan kehidupan
manusia yang pesat hanya boleh dilakukan oleh manusia yang sempurna keturunan Nabi Adam dan Siti Hawa.
Manusia yang terdahulu daripada Nabi Adam tidak mempunyai apa-apa teknologi selain daripada peralatan batu,
tanah liat dan logam yang ringkas, sedangkan mereka sudah wujud sejak berjuta-juta tahun (tanpa sebarang
pembaharuan teknologi yang nyata). Sesungguhnya mereka tidak boleh dibandingkan dengan keturunan Nabi
Adam yang boleh membuat pembaharuan yang drastik dalam jangkamasa hanya 10000 tahun!
Klu 4: Keengganan Bumi
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil
sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, manusia pertama. Akan tetapi apabila Jibril sampai ke bumi, bumi
enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada
Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, kerana ia tidak dapat berbuat apa-apa, setelah mendengar sumpah
bumi. Seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah
memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing
kembali dengan tangan kosong.
Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Firman Allah, Hai Izrail, engkaulah kini yang aku
tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, bagaimanapun jangan engkau
mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan
menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.

Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman; Ya Izrail,
pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan
engkau mencabut roh manusia. Maka Izrail khuatir kerana bimbang dibenci oleh umat manusia kelak. Lalu Allah
berfirman lagi; Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian
mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.
* * * * * * * * * * * * * * *
Berikut merupakan riwayat yang menceritakan tentang proses awal penciptaan Adam; pengambilan tanah daripada
bumi. Persoalan utama daripada riwayat ini adalah keenganan bumi untuk diambil tanahnya. Kebimbangan bumi
bukanlah kerana takut tanahnya kurang, atau takut rupanya berlubang-lubang, tetapi bumi khuatir seandainya
Adam itu menjadi maksiat kepada Allah. Tidakkah itu bermakna bumi telah menyaksikan kerosakan yang
dilakukan oleh manusia terdahulu di muka bumi ini? Mengapa tiada riwayat yang menceritakan akan keengganan
bumi apabila Allah S.W.T hendak menciptakan gajah, lembu, atau unta? Ini jelas menjukkan hanya spesis
humanoid sebelum Adam telah melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak disukai oleh bumi.
Banyak antara kerosakan ini dapat dibuktikan di benua Autralia. Australia dianggap sebagai pusat kajian yang
terpenting kerana ia dikelilingi oleh lautan dan susananya bebas dari humanoid sehinggalah 50000 tahun yang lalu.
Kajian yang dijalankan di sini berupaya untuk menunjukkan perbezaan sesuatu kawasan sebelum dan selepas
kehadiran humanoid.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Nicolle Rager Fuller (2005) dari National Science Foundation; Ujian isotop
karbon fosil-fosil telur spesis burung yang tidak terbang di Australia mendapati humanoid telah menggunakan api
secara melampau. Hal ini telah membawa perubahan yang drastik kepada ekosistem yang menyebabkan
kepupusan secara besar-besaran sejumlah spesis haiwan di kepulauan tersebut 50000 tahun yang lalu tahun yang
sama dengan ketibaan humanoid. Diet yang tetap selama 140000 tahun untuk spesis burung tersebut telah
bertukar (terjejas apabila humanoid tiba di kepulauan tersebut.) daripada rumpai yang bernutrien (padi, gandum,
atau beri) kepada sampah gurun (desert scrub).
Gangguan pada ekosistem ini juga telah menggugat kewujudan mamalia-mamalia besar di Australia, yang juga
mengalami kepupusan sejurus kehadiran humanoid. Profesor Gifford Miller (2005) dari CU-Boulder’s Institute of
Arctic and Alpine Research menafikan kepupusan tersebut adalah kerana perubahan suasana iklim kerana kajian
menunjukkan tiada bukti perubahan iklim yang nyata yang disepanjang tempoh tersebut yang boleh menyokong
pendapat ini. Berikutan itu, ramai ahli sains percaya bahawa manusialah yang menyebabkan kepupusan tersebut
samada melalui pemburuan melampau, penularan wabak, atau pembakaran habitat-habitat semulajadi. Kajian
isotopik (ujian karbon) terhadap fosil-fosil telur burung emu dan genyornis (bersaiz seperti burung unta moden)
mendedahkan bahawa ekosistem flora juga mengalami perubahan sejak ketibaan humanoid.
Selain burung, mamalia-mamalia besar juga pernah wujud seiringan dengan humanoid suatu ketika dahulu di
Australia seperti gajah mammoth, mastodons, saber-toothed tiger, singa marsupial (Thylacoleo carnifex marsupial
terbesar pernah wujud) dan kuda asli Amerika. Kepupusan spesis ini berlaku pada lewat zaman Pleistocene (lihat
timeline). Pendapat bahawa perubahan iklim global menjadi faktor penyumbang kepupusan juga tidak boleh
disangkal. Akan tetapi, perubahan iklim tidak menghapuskan spesis-spesis tersebut secara drastik tetapi dengan
lebih perlahan. Kepupusan drastik hanya terjadi sejah wujudnya aktiviti pemburuan melampau oleh humanoid;
yang membawa kepada kepupusan dalam jangkamasa maksimum 1500 tahun. Pemburuan secara blitzkrieg,
dikatakan berupaya menumbangkan kewujudan sesuatu spesis fauna dalam jangkamasa kurang daripada 500
tahun!
Di bahagian Amerika utara pula; Woolly mammoths, giant armadillos and tiga spesies unta adalah sebahagian
daripada lebih 30 mamalia yang diburu sehingga kepupusan oleh humanoid di Amerika Utara 13000-12000 tahun
lampau (akhir zaman Pleistocene). Kajian ini telah dijalankan oleh John Alroy (2001, University of California)
dengan menggunakan sistem ecosystem modelling yang paling sofistikated dan realistik pada ketika itu. Lebih
daripada setengah jumlah spesis mamalia tewas diancam oleh humanoid-humanoid pada akhir zaman Pleistocene.
Perkara ini merupakan sesuatu malapetaka yang besar dalam sejarah dunia yang mana kesemua humanoid di
seantero planet ini seolah-olah bersatu hati untuk melakukan kerosakan ekosistem secara besar-besaran.
Ternyata sekali masalah kepupusan yang disebabkan oleh manusia bukanlah perkara baru di bumi ini, malah telah
dilakukan oleh manusia sebelum Adam lagi. Memanglah patut bumi khuatir dan tidak enggan menyerahkan
tanahnya kepada malaikat untuk dijadikan manusia. Bumi sememangnya mengetahui akan sifat-sifat manusia
yang terdahulu tamak dan memusnahkan. Kekhuatiran bumi adalah cukup berasas kerana dewasa ini kita
mengulangi semula kerosakan demi kerosakan yang pernah dilakukan oleh manusia terdahulu. Bukan sahaja
pemusnahan spesis haiwan, bahkan lebih teruk; pembunuhan sesama manusia melalui peperangan, penggunaan
senjata pemusnah besar-besaran, dan sengketa nuklear. Gejala sosial dalam masyarakat pula kian menjadi-jadi
penagihan dadah, pelacuran, jenayah rogol, merompak, dan haruan makan anak telah menjadi berita-berita yang
biasa dan seolah-olah tidak lagi memanaskan hati masyarakat kita pada hari ini.
* * * * * * * * * * * * * * *
Walaupun sebenarnya terdapat beberapa lagi klu, namun masih memerlukan sokongan fakta dan huraian yang
lebih kukuh sebelum dapat warwarkan. Tetapi saya amat berharap supaya peristiwa yang membawa kepada
kepupusan humanoid sebelum turunnya Nabi Adam A.S. ke dunia dapat di selidiki dan dibuktikan secara saintifik
pada suatu ketika nanti
- Wallahualam

You might also like